Wednesday, January 20, 2010

Hari Ketujuh Buat Fatimah Al-Nabawiyyah Yang Menggembirakan

Hari ini hari ketujuh buat puteri kesayangan kami sekeluarga, Fatimah al-Nabawiyyah. Kami memang sudah merancang kiranya kami dikurniakan seorang putera, maka namanya adalah Muhammad. Kiranya dia adalah seorang puteri, maka namanya adalah Fatimah. Tak lain dan tak bukan sebagai bukti cinta kami suami isteri pada Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam.

Alhamdulillah, pagi ini seusai solat subuh, saya dan saudara Azlan membawa Fatimah al-Nabawiyyah ke Masjid Al-Asyraf untuk bertemu dengan Fadhilat al-Syeikh Yusri al-Hasani untuk Fatimah al-Nabawiyyah ditahnik oleh guru mulia ini.

Seminggu berlalu dan saya tidak berkesempatan untuk mengikuti hadith-hadith Jami'al-Tirmidzi yang dibaca oleh beliau. Selesai beliau membaca mutiara hadith Rasulullah yang ditutupi dengan bacaan al-Quran, seingat saya beliau terus bersuara dengan lantang "Keberkatan Buat Fatimah Al-Nabawyyah".

Ya. Memang saya bertanya pada beliau sebelum Fatimah dilahirkan, saya sendiri bertanya pada beliau adakah boleh saya namakan putri saya dengan nama Fatimah yang digandingkan dengan sifat "al-Nabawiyyah". Yelah. Saya bukannya daripada titihan Rasulullah Sallallahu Àlaihi Wa Alihi Wasallam. Begitu mudah beliau menjawab "Silakan".

Alhamdulillah, pagi ini anak saya Fatimah al-Nabawiyyah telahpun ditahnik oleh Fadhilat al-Syeikh Yusri yang berdarah Rasulullah ini. Semoga bait-bait doa beliau memberkati puteri kami.

Fatimah. Cepat besar yer. Boleh jadi wakaf buat perjuangan Islam.

Ya Ilahi. Kalaulah di sisi IlmuMu bahawa kami menamai puteri kami ini hanya semata-mata kerana mencintai RasulMu, maka sampaikanlah salam kasih kami buat baginda agar kami bisa tersenyum gembira dengan hadiah senyuman dari wajah baginda yang mulia. Tuhan, kurniakanlah kami kasihMu dan kasih RasulMu sebagai bekal kami dari dunia hingga ke alam sana.

Kepada keluarga di Malaysia, bolehlah download majlis ringkas tahnik Fatimah al-Nabawiyyah di link di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=j8SMV_c636A

atau

http://www.megaupload.com/?d=PK74R959

Sunday, January 17, 2010

Selamat Datang Anakku

Hari Rabu, 13 Januari 2010 jam 10.30 malam, anak pertama saya selamat dilahirkan. Syukur pada Zat yang Maha Esa atas kurniaan ini. Semoga puteri ini bakal menjadi mujahidah Islam akan datang. "Sesungguhnya aku memohon perlindunganMu ya Allah buat putriku dan zuriatnya daripada syaitan yang direjam". Amin.




Wednesday, January 6, 2010

Kenapalah bloger di Malaysia selalu buat kelam kabut bila ada isu baru dalam PAS??

Pening saya tengok para blogger yang begitu rajin mengulas isu itu dan ini. Bila ada sahaja seakan-akan percanggahan pandangan antara dua orang pimpinan PAS, para penulis blog akan cepat membuat pelbagai pandangan yang akhirnya memburukkan suasana.

Bila isu nama ALLAH bising di Malaysia, Dr Hasan Ali pula dijaja namanya untuk dijadikan satu polemik baru pula. Kononnya tidak walak pada pimpinan.

Saya harap para blogger di Malaysia yang riuh pikuk itu relaks dan jangan buat kecoh. Kelang kabut sangat. Adakah kalian menulis untuk mengkucar-kacirkan PAS dari dalam? Masalah akan terus ada. Gunakan saluan yang betul untuk menyentuh isu-isu yang boleh mengundang kesan negatif yang besar pada PAS. Fikir biar elok sikit.

Menulis itu ada etikanya. Biarlah bermanfaat dan bukannya memburukkan keadaan. Sikap 'Mempercayai Pimpinan'(Thiqah) perlu ada dalam diri kita semua. Saya yakin, para pimpinan dapat menyelesaikan isu-isu dalaman yang timbul secara matang dan baik.

Kita menggabungkan diri dalam PAS adalah di atas dasar kefahaman bahawa wajib menegakkan Islam. Maka tak usahlah kalian berada dalam klik itu dan klik ini. Tak sepatutnya timbul "saya orang Tok Guru Nik Aziz', 'saya orang Tok Guru Haji Hadi', 'saya orang Dato Hasan Ali'dan macam-macam lagi klik bidàh yang kalian reka dalam PAS. Akhirnya maki pimpinan itu, maki pimpinan ini. Apahal korang ni!

Bagi saya, blogger yang suka mengapi-ngapikan kepimpinan dan suka kelang-kabut buat isu sehingga menyusahkan PAS dan pergerakan PAS mesti diambil tindakan disiplin.

Tenanglah sikit bila timbul isu. Jadikan hasil tangan anda sebagai pembantu dan pelega kepada PAS dan pimpinannya, bukannya menyesakkan dan mengkelam-kabutkan PAS.

Sengal betul.

Tuesday, January 5, 2010

Allah Kami Dan Allah Kamu

Isu penggunaan nama Allah oleh non muslim menjadi satu polemik baru di Malaysia. Sungguh. Bukannya senang untuk mentadbir sesebuah negara berdasarkan acuan Syarak. Pastinya para penuntut ilmu Islam khususnya yang berada di Timur Tengah perlu lebih serius dan bersengkang mata dalam mengaut lautan ilmu bagi melengkapkan diri sebagai pengisi kepada pelaksanaan Islam di Malaysia selepas tumbangnya era zalim UMNO tida lama lagi.

Sempat saya mengambil pandangan Syeikh Yusri Al-Hasani pagi tadi berkenaan isu ini. Menurut beliau, Allah adalah tuhan bagi seluruh makhluk. Allah jugalah tuhan bagi penduduk syurga dan penduduk neraka. Menurut beliau, tidak betul sekiranya non Muslim disekat daripada menggunakan kalimah Allah.

Beliau sempat membacakan beberapa potong ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa non Muslim juga menyebut nama Allah. Antaranya:

1) Surah Luqman Ayat 25
2) Surah Al-Ankabut Ayat 65

Beliau menegaskan bahawa Allah tidak menyalahkan golongan musyrikin di dalam ayat di atas kerana mereka menggunakan nama Allah, sebaliknya Allah membidas mereka kerana mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah.

Saya sempat juga menyatakan kepada beliau bahawa berkemungkinan dengan membenarkan non muslim menggunakan nama Allah akan menyebabkan kecelaruan dalam diri orang-orang Islam yang tidak mendalami Islam dengan baik, beliau mencelah "Maka tugas para ulama di Malaysialah yang sepatutnya menjelaskan kepada masyarakat Islam tentang kebenaran Islam".

Dalam perjalanan pulang dari Muqattam tadi, saya terus memikirkan isu ini. Saya terfikir, Nabi Isa Alaihissalam adalah salah seorang Nabi yang dimuliakan oleh orang-orang Islam. Namun golongan Kristian telah mentuhankan baginda dan semestinya ini juga adalah satu perkara yang terkutuk di dalam Islam.

Walau bagaimanapun, saya belum pernah terbaca mana-mana buku sejarah Islam lampau yang menyatakan bahawa pihak gereja dilarang daripada meletakkan patung nabi Isa yang disalib di dalam gereja. Mereka bebas menganut agama Kristian dan bebas untuk menganggap Nabi Isa adalah tuhan sedangkan isu mentuhankan nabi Isa adalah isu yang begitu sensitif dalam agama Islam.

Makanya, seakan-akan isu penggunaan nama Allah hampir sama dengan isu patung Nabi Isa yang disalib dan isu gambar Sayyidatina Maryam yang dijadikan hiasan utama di dalam gereja-gereja.

Saya akan terus mengkaji.

Mungkin isu ini adalah satu jambatan kepada dialog agama secara terbuka di antara pihak para ulama Islam di Malaysia dengan pihak gereja dalam isu-isu ketuhanan secara ilmiah.

Bagi saya dialog seperti ini sangat penting agar masyarakat Kristian khususnya dapat menilai kembali keyakinan mereka selama ini berkenaan Allah dan Nabi Isa Alaihissalam.

.........................................

Antara Allah di sisi kami dan Allah di sisi kamu wahai masyarakat Kristian.

1) Allah di sisi kami adalah tuhan yang tiada sama sekali memiliki kekurangan. Allah kami adalah tuhan yang agung.

Allah di sisi kamu pula adalah dianggap sebagai tuhan yang lemah yang bermurung duka.

2) Allah kami adalah tuhan yang perkasa. Tiada sesiapapun yang dapat mengalahkannya. Allah kamu pula adalah tuhan yang pernah bertarung dan bertumbuk dengan Nabi Yaakub, lalu akhirnya Allah dikalahkan oleh Nabi Yaakub lalu tuhan merayu-rayu meminta agar dia dikasihani dan dilepaskan.

3) Allah di sisi kami adalah tuhan yang sama sekali tidak melakukan perkara yang sia-sia. Dia adalah zat yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Allah kamu pula pernah bersedih dan menyesal kerana menjadikan manusia apabila Allah melihat manusia tidak mentaatinya.

4) Allah kami adalah tuhan yang tidak dilahirkan dan tidak melahirkan. Maha Suci Allah daripada memiliki anak. Allah kamu pula memiliki anak. Persoalannya adakah Nabi Isa yang kamu katakan bahawa baginda anak Allah adalah hasil daripada hubungan jenis antara Allah dan isterinya? Atau anak yang kamu maksudkan adalah Allah menciptakan Nabi Isa lalu Allah menjadikannya sebagai anakNya.

* Kalau kamu kata Jesus itu adalah anak Allah hasil daripada hubungan kelamin antara Allah dan isterinya, jijik sungguh kamu nyatakan kepada Allah. Bagaimana Allah sedemikian rupa? Dan siapa pula isteri Allah. Setahu kami, tiada seorangpun di kalangan kamu yang menyatakan bahawa Sayyidatina Maryam itu isteri Allah.

* Kalau kamu nyatakan bahawa Nabi Isa itu diciptakan oleh Allah lalu Allah mengangkatnya ke darjat yang tinggi lalu menjadi anak Allah, maka hakikatnya itu hanyalah satu anugerah ketinggian darjat. Namun ini sama sekali tidak akan menyebabkan Jesus itu dinobatkan sebagai tuhan. Bagaimana Jesus menjadi tuhan sedangkan dia diciptakan oleh tuhan.

Sungguh beza betul antara Allah kami dan Allah kamu.

Monday, January 4, 2010

Hisbah PMRAM Bergerak Lagi

Baru-baru ini, pada malam awal tahun, saya dan beberapa anggota Hisbah PMRRAM telah turun ke beberapa lokasi untuk meninjau suasana pada awal tahun baru. Selepas selesai pengajian selepas Isyak di Masjid al-Azhar, saya terus ke pejabat PMRAM untuk mendengar penerangan ringkas daripada Unit Hisbah PMRAM.

Beberapa orang Badan Pengurus PMRAM yang diketuai oleh Presiden PMRAM sendiri, saudara Abdul Muiz turut menyertai operasi ini.

Setiba kami di lokasi yang ditetapkan, saya dan saudara Adlan berjalan-jalan meninjau suasana. Lebih kurang 3 jam kami di sana. Hasilnya:

Kami menjumpai beberapa orang pelajar wanita (saya kira mereka ini pelajar Perubatan) berlegar-legar di sekitar lokasi berkenaan.

Kami juga menjumpai beberapa pasangan pakwe makwe dari Indonesia dan Singapura. Malaysia juga ada menghantar wakil (sepasang kekasih belum berkahwin).

Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji`un.

Mengapa kita tetap tega untuk melakukan tindakan yang bercanggah dengan syarak? Belum tibakah lagi waktunya hati-hati kita diketuk untuk mengingati dan menggeruni Allah.

Nampaknya Hisbah PMRAM kena lebih berusaha keras agar tugas Amar Makruf Dan Nahi Mungkar akan dapat membasmi gejala maksiat yang mula menyerang antibodi mahasiswa Malaysia di Mesir.

Menanti Hari

Sedar tak sedar saya bakal bergelar ayah. Kiranya diizinkan Allah, saya dan isteri bakal menimang cahaya mata pada 20 Januari ini.

Hati berdebar. Moga semuanya selamat. Doakan kami sekeluarga. Moga zuriat kurniaan Allah ini akan menjadi wakaf buat perjuangan Islam sebagaimana ibu Sayyidatina Maryam mewakafkan anak kesayangannya untuk menjadi wakaf kepada Masjid al-Aqsa.