Tuesday, December 28, 2010

Jabatan Agama Islam Di Malaysia Kena Buat Tindakan Pada Golongan Gay

Jumaat dua minggu lepas 17 Disember selepas saya selesai menghuraikan beberapa potong ayat al-Quran daru Surah al-Hujurat, seorang sahabat memaklumkan kepada saya berkenaan pengakuan berani yang dibuat oleh seorang lelaki Muslim di dalam youtube yang menyatakan dengan tegas bahawa beliau adalah seorang gay. "Saya Gay Saya OK".

Pengakuan berani ini bagi saya adalah satu percubaan untuk melihat sejauh mana aksi dan sikap Malaysia terhadap gay. Kalau orang Malaysia senyap, ini satu petanda baik untuk golongan Gay terus meluas dan semakin membiak.

Kita dah lihat dengan jelas percubaan demi percubaan golongan gay untuk mendapat hak yang mereka inginkan untuk hidup sebagai gay di Malaysia. Dalam friendster, facebook dah bersepah seorang demi seorang budak Melayu yang selamba menggaykan diri mereka secara terbuka.

Saya sangat mencadangkan agar mimbar khutbah mula menjelaskan kepada masyarakat akan pengharaman homoseksual di dalam Islam. Sepanjang saya hidup di dunia ini, belum pernah lagi saya bertemu dengan mana-mana khatib di Malaysia yang membincangkan isu ngeri ini di pentas mimbar.

Kerajaan UMNO kena bertanggungjawab dalam gejala rosak ini. Sesuatu tindakan tegas harus dibuat untuk basmi kerosakan melampau ini. Jabatan Agama Islam juga mesti berperanan untuk mengenalpasti remaja dan orang tua yang terlibat dalam dunia songsang ini seterusnya mengambil tindakan keras. Cukup dengan facebook sahaja untuk kenal diorang ni.

Itulah padahnya kalau hukum Islam ta nak dibuat di Malaysia. Moga UMNO hancur dalam pilihanraya ini demi kesejahteraan anak bangsa di dunia hingga akhirat. PAS FOR ALL.