Thursday, May 21, 2009

Kesimpulan Perbahasan Dalam Membezakan Antara Manhaj Salafi Palsu Dengan Manhaj Salaf Sebenar

Bila dah tak sempat, saya tidak dapat nak fokuskan kepada menulis di kanvas blog ini. Sekalipun saya tak sempat aktif, beberapa para teman aktif bersayembara di komen-komen khususnya yang membabitkan isu wahabi yang saya timbulkan baru-baru ini. Maafkan saya kerana untuk kali ini, saya hanya menyalin kembali tulisan seorang teman berkenaan dengan tajuk di atas. Semoga para peserta sayembara akan meneliti secara cermat tulisan teman saya ini.

************
Sumber:

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/237/Kesimpulan_Perbahasan_Dalam_Membezakan_Antara_Manhaj_Salafi_Palsu_dengan_Manhaj_Salaf_Sebenar?replies_read=49

خلاصة القول

في التفريق بين المنهج السلفي المردود ومنهج السلف المقبول



Kesimpulan Perbahasan

Dalam Membezakan Antara Manhaj Salafi Palsu

dengan Manhaj Salaf Sebenar



Pendahuluan:

Beberapa ikhwan (saudara-saudara seislam) bertemu penulis lalu menyampaikan hajat mereka agar penulis yang faqir lagi hina ini, untuk menggariskan sebuah kesimpulan yang ringkas, dalam membezakan antara Manhaj Salafi Palsu dengn Manhaj Salafus Soleh yang sebenar. Ini suatu persoalan yang amat besar dan ramai dari kalangan ulama'-ulama' Islam telahpun menulis mengenainya.

Penulis yang serba jahil ini tidaklah layak untuk membuat suatu kesimpulan lengkap, di khalayak khazanah ilmiah para ulama' yang telah ada, dalam membuat kesimpulan mengenai perbezaan antara kedua-duanya.

Berbekalkan kesempatan waktu yang agak terbatas, dan sumber rujukan yang sedikit, atas kelemahan penulis sendiri, demi untuk meraikan permintaan para ikhwan yang budiman, yang jujur dalam pencarian, maka penulis yang hina ini, dengan izin dan bantuan Allah s.w.t., cuba menyimpulkan beberapa perbezaan ketara antara Manhaj Salafi Palsu dengan Manhaj Salafus Soleh yang sebenar, dalam perkara-perkara agama.

Secara asasnya, penulis cuba –dengan bantuanNya- menghimpunkan beberapa isi-isi penting daripada beberapa karangan-karangan penulis yang terdahulu, dalam membuat kesimpulan ini, bagi memudahkan para ikhwan yang budiman dalam membuat penilaian tersebut. Secara dasarnya juga, penulis mendasari kesimpulan ini dengan merujuk buku-buku para ulama' terdahulu yang telahpun membuat kesimpulan-kesimpulan berkenaan dengan masalah ini, seperti buku-buku karangan Sheikh Ahmad Zaini Dahlan r.a., Sheikh Muhammad Al-Kauthari r.a., Sheikh Yusuf An-Nabhani, Sheikh Yusuf Dijawi, Sheikh Abdul Qadir Isa r.a., Sheikh Dr. Syed Muhammad Alawi Al-Maliki r.a., Sheikh Dr. Umar Abdullah Kamil, Sheikh Sa'id Fudah, Sheikh Dr. Said Ramadhan Al-Buti, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan sebagainya -semoga Allah s.w.t. membalasi jasa mereka-.


Fasal: Persoalan-persoalan Aqidah


Fahaman Tajsim

Kebanyakkan para ulama' salafi yang mendakwa kononnya mereka mengikut salafus soleh, namun mereka berpegang dengan fahaman tajsim (menjisimkan Allah s.w.t.), dalam masa yang sama, menafikan tajsim tersebut sebagai tasybih sedangkan para salafus soleh menafikan secara mutlak, sebarang makna kejisiman untuk dinisbahkan kepada Allah s.w.t..

Punca kecelaruan mereka adalah disebabkan sikap jumud (statik) mereka dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat (ayat-ayat yang mempunyai makna yang kesamaran), di mana mereka menafikan majaz (kiasan), kaedah ta'wil (memalingkan makna perkataan tersebut daripada makna zahirnya) dan tafwidh (menyerahkan makna dan hakikat perkataan tersebut kepada Allah s.w.t.) ketika berinteraksi dengan nas-nas tersebut.

Akhirnya, mereka menetapkan makna bagi perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut dengan makna zahirnya yang membawa maksud kejisiman, lalu dinisbahkan kepada Allah s.w.t., dek kejahilan mereka tentang ketinggian bahasa Arab itu sendiri yang mengandungi konsep majaz (kiasan).

Hasilnya, mereka menisbahkan jisim bagi zat Allah s.w.t., seperti tangan, wajah, mata dan sebagainya, sehingga akhirnya menisbahkan tempat bagi Allah s.w.t., iaitu di atas Arasy. Inilah antara kesesatan dan bid'ah terbesar bagi sebahagian besar golongan salafi moden yang mengaku salaf, padahal kaum salafus soleh berlepas tangan dariapda kesesatan dan bid'ah mereka.

Guru rujukan mereka (salafi moden) dalam bid'ah aqidah iaitu fahaman tajsim ini ialah Sheikh Ibn Taimiyah, yang secara tidak langsung membuka kaedah-kaedah tajsim ini namun menafikan tajsim sebagai tasybih (menyerupakan Allah s.w.t. dengan makhluk), padahal tajsim tersebut adalah satu jenis daripada tasybih itu sendiri.

Silalah rujuk buku-buku aqidah mereka seperti buku Risalah At-Tadammuriyyah, Al-Arasy, Fatawa, At-Ta'sis dan sebagainya, karangan Ibn Taimiyah, dan buku para penganut fahaman beliau seperti buku-buku syarah Aqidah Tohawiyah versi salafi, (syarah Bin Baz dan sebagainya), dan sebagainya.

Mereka (salafi moden) tanpa segan silu, menisbahkan fahaman tajsim mereka kepada salafus soleh sedangkan salafus soleh berlepas tangan daripada fahaman mereka.

Contoh-contoh sebahagian perkataan para pelopor mereka:

Buku Al-Kawasyif Al-Jaliyyah 'an Ma'ani Al-Wasathiyyah oleh Sheikh Abdul Aziz Al-Muhammad Al-Sulaiman (m/s: 195) yang menyebut:

"Makna istiwa adalah ketinggian, naik dan menetap"


Dalam buku masa'il wa fatawa, Sheikh Ahmad bin Nasir berkata (m/s: 560):


" Allah di atas Arasy dan kursi adalah tempat letaknya kakiNya."


Dan sebagainya.

Adapun para salafus soleh, beraqidah Islam yang sejahatera. Apabila mereka berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat, maka mereka akan menekankan konsep tanzih (menyucikan Allah s.w.t. daripada sebarang sifat-sifat kekurangan) dan taqdis (menyucikan sifat-sifat Allah sw.t. daripada sebagai sifat-sifat makhluk). Dua manhaj utama mereka takkala berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat adalah samada tafwidh (menegaskan bahawa mereka tidak tahu makna sebenar perkataan tersebut, lalu menyerahkan makna sebenar perkataan tersebut kepada Allah s.w.t.) mahupun ta'wil qarib (memberi makna lain kepada perkataan tersebut, sesuai dengan aqidah Islam yang murni dan kaedah bahasa Arab yang tinggi/kaedah kiasan).

Golongan ulama' khalaf meneruskan manhaj sejahtera para salafus soleh ini. Mereka adalah golongan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah, yang merupakan golongan majoriti umat Islam, yang diakui kebenaran mereka oleh Nabi s.a.w. dalam hadith tentang kebenaran sawadhul a'zhom (lihat perbahasan: Neraca Nabawi).

Contoh-contoh manhaj tafwidh dan ta'wil para salafus soleh:

-Tafwidh

Contohnya seperti kata Abu Ubaid: “Jika ditanya kepada kami, tentang tafsirannya (ayat-ayat mutasyabihat), maka kami tidak menafsirkannya…” (Al-Asma’ wa As-Sifat karangan Imam Al-Baihaqi: 355)

Imam Sufian bin Uyainah r.a. berkata: “Apa yang disifati oleh Allah s.w.t. tentang diriNya dalam kitabNya, maka bacaan perkataan tersebut (seperti yadd) ialah tafsirannya (maknanya, cukuplah dengan menyebut perkataan tersebut, maka itulah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., tanpa perlu tahu makna sebenar dari sudut bahasa ataupun sebegainya- penulis). Tidak boleh seseorang menafsirkannya dengan Bahasa Arab (dengan mengisbatkan sifat tersebut dari sudut Bahasa Arab) ataupun menafsirkannya dengan bahasa Farsi (merujuk kepada menterjemahkan perkataan tersebut kepada bahasa asing, menurut maknanya dari sudut Bahasa Arab, seperti menterjemahkan perkataan Yadd Allah kepada tangan Allah)” (Al-Asma’ wa As-Sifat: 314).

Begitu juga dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Az-Zahabi dari perkataan Ibn Suraij: “Tidak boleh menterjemahkan sifat-sifatNya (yang mutasyabihat tersebut) ke dalam bahasa selain daripada bahasa Arab”.

Mengapa Imam Sufyan bin Uyainah dan Imam Ibn Suraij menegah seseorang menterjemahkan perkataan-perkataan mutasyabihat kepada bahasa lain selain daripada bahasa Arab, dengan maknanya dari sudut bahasa? Hal ini kerana, bagi mereka, perkataan itu tidak boleh difahami dengan makna zahirnya yang membawa makna yang tidak layak bagi Allah s.w.t. (makna-makna kejisiman).

Lihatlah, berapa ramai orang yang mengaku mengikut salafus soleh pada hari ini, sanggup menterjemahkan perkataan mutasyabihat ke dalam bahasa lain dengan makna zahirnya, seperti menterjemahkan perkataan yadd Allah dengan maksud tangan Allah. Ini bertentangan dengan saranan para Imam salafus soleh sendiri seperti Imam Sufyan dan Imam Ibn Suraij. Jelas mereka bercanggah dengan salafus soleh walaupun mengaku salafi!

Imam Abu Sulaiman Al-Khitobi r.a. berkata: “Mutasyabihat itu, cukuplah sekadar beriman mengenai sifat tersebut, dan cukuplah dengan mengetahui lafaz yang terzahir. Adapun maknanya yang sebenar(batinnya), diserahkan kepada Allah s.w.t. semata-mata…” (Al-Asma’ wa As-Sifat: 454).

Imam An-Nawawi r.a. berkata: “Mazhab jumhur ulama’ salaf dan sebahagian daripada golongan mutakallimin (ahli kalam dari kalangan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyah): bahawa mereka beriman bahawasanya sifat-sifat tersebut (mutasyabihat tersebut) itu benar bersesuaian dengan sifat-sifat yang layak bagi Allah s.w.t.. Adapun zahirnya yang diketahui bersesuaian dengan sifat kita (iaitu, makna zahir perkataan tersebut dari sudut bahasa), bukanlah apa yang dimaksudkan (oleh Allah s.w.t.), dan mereka tidak memberikan ta’wilnya (makna lain bagi memalingkan perkataan tersebut dari maknanya dari sudut bahasa), di samping mempercayai akan kesucian Allah s.w.t. daripada sebarang sifat yang menyerupai sifat makhluk, dan suci dari pergerakan, perpindahan, dan segala sifat makhluk yang lain (yang hadis atau baharu).” (Syarah Sahih Muslim: 6/36)

-Salafus Soleh dan Ta'wil


Contoh seperti dalam syarah Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi r.a., dalam bab hadis nuzul (turunnya) Allah s.w.t.:

“Pendapat kedua: Pendapat kebanyakkan golongan mutakallimin, dan sebahagian daripada kalangan salafus soleh- seperti Imam Malik dan Auza’i r.a.-yang mana mereka menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat dalam kondisi-kondisi tertentu: bahawa, ta’wil bagi nuzul (turunnya) Allah s.w.t. ada dua ta’wil. Salah satunya (ta’wil Imam Malik r.a.) ialah: turutnya rahmat Allah s.w.t. urusan dan para malaikatNya…” (Syarah Sahih Muslim 6/36-37)

Imam Ad-Dhihak r.a. dan Abu Ubaidah r.a. menta’wilkan firman Allah s.w.t.: “Setiap benda akan musnah kecuali WajahNya”. Wajah Allah s.w.t. dalam ayat tersebut bermaksud: ZatNya. (Daf’u Syibahu At-Tasybih oleh Imam Ibn Jauzi: 31).

Telah diriwayatkan secara ma’thur bahawa tafsiran sebahagian salafus soleh, terhadap ayat “Dia sentiasa bersama kamu di mana kamu berada” dengan makna, bersama makhluk dengan ilmuNya (bukan dengan zatNya).” (Fusulun fil Aqidah: 84).

Dalam ayat “Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…” Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6)

Dalam ayat berbunyi: “Telah datang Tuhanmu” (Al-Fajr: 22), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah menta’wilkannya dengan makna: telah datang pahala (dari) Tuhanmu” (Al-Bidayah wa An-Nihayah: 10/328)

Dalam hadis sahih Al-Bukhari di mana Rasulullah s.a.w. menyebut: “Yadhak Allah” (dalam bahasanya bermaksud: Allah telah ketawa), dan Imam Al-Bukhari menta’wilkannya dengan maksud: “Allah merahmati”. Beliau menta’wilkan ketawa dengan makna rahmat. (Fathul Bari 6/123-124)

Imam Mujahid r.a. menta’wilkan perkataan “janbi” (dalam maksud bahasa bererti pada sisi) Allah s.w.t., dalam ayat surah Az-Zumar ayat 56, dengan maksud: perintah Allah s.w.t.. (Tafsir At-Tabari 24/13).

- Salafus Soleh dan Tanzih (Menyucikan Allah s.w.t. daripada sifat baharu seperti bertempat)

Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan Arasy, sebagai tanda kekuasaanNya, bukan sebagai tempat untuk Dia duduki” (Al-firaq bainal firaq: 333)


Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesiapa yang beranggapan bahawa, Tuhan kita mahdud (ada ruang lingkup tertentu atau ada had-had tertentu), bererti dia jahil tentang Tuhan Maha Pencipta lagi Tuhan yang disembah” (hilyatul Auliya’: 1/73)

Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Husein r.a. berkata: “Sesungguhnya, Engkaulah Allah, yang tidak bertempat” (Ittihaf Saadah Al-Muttaqin: 4/380)

Imam Abu Hanifah r.a. berkata: “...Tidaklah ada sebarang jarak antara Allah s.w.t. dengan makhlukNya” (syarh Fiqh Akbar karangan Ali Al-Qari: 136-137)

Imam As-Syafi’e r.a. berkata: “Allah s.w.t. wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak Allah s.w.t. berubah sifatNya atau zatNya.” (ittihaf saadah Al-Muttaqin: 2/24).

Imam At-Tohawi (321H) berkata juga: “Maha Tinggi dan Suci Allah s.w.t. daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat).” (As-Siqaat: 1/1)

Imam Ibn Hibban r.a. juga berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak tertakluk kepada tempat dan masa” (Al-Ihsan fi tartib sahih Ibn Hibban: 4/8)

Masih terlalu banyak ungkapan-ungkapan para ulama’ salafus soleh, dan para ulama’ setelah mereka, dalam menafikan sebarang sifat jismiyyah (kejisiman) Allah s.w.t.. Lantaran itu, fahamlah kita bahawa, mereka tidak pernah memahami nas-nas mutasyabihat dengan maknanya dari sudut bahasa, seperti yang didakwa oleh Ibn Taimiyah, seterusnya dikembangkan lagi oleh para pendokong beliau dari kalangan golongan mutasallifah.

Adapun para ulama’ salafus soleh terlalu berwaspada daripada menisbahkan sifat-sifat kejisiman kepada Allah s.w.t. kerana mereka mengerti bahawa, tajsim itu juga termasuk dalam fahaman tasybih yang bercanggah dengan seruan ayat Al-Qur’an berbunyi: “Tiadalah bagiNya itu akan sesuatupun yang menyerupaiNya”.

Kesimpulannya, sebahagian besar golongan pengaku salafi moden berfahaman tajsim, dengan menisbahkan makna-makna zahir berbentuk kejisiman kepada Allah s.w.t. sedangkan para salafus soleh menyucikan Allah s.w.t. dari sebarang bentuk sifat-sifat makhluk kepada Allah s.w.t. termasuklah menafikan sebarang penisbahan kejisiman (menafikan tajsim) kepada Allah s.w.t.. Para salafus soleh menyerahkan makna perkataan mutasyabihat kepada Allah s.w.t. dan ada sebahagian daripada mereka menta'wilkannya, sedangkan golongan salafi moden ini menetapkan makna zahir perkataan tersebut kepada Allah s.w.t. (na'uzubillah).

Janganlah tertipu dengan pengaku salafi moden yang menterjemahkan lafaz-lafaz mutasyabihat dengan makna zahirnya seperti menterjemahkan istiwa dengan bersemayam dan sebagainya kerana ianya tidak pernah dilakukan oleh salafus-soleh yang sebenar, bahkan bertentangan dengan pendirian salafus-soleh yang tidak memahaminya dengan maknanya yang zahir.

"Mereka mengetahui bahawasanya yang menyampaikan nas-nas tersebut (mutasyabihat) benar dan tidak diragui kebenarannya (Nabi s.a.w.) lalu mempercayainya (membenarkan lafaz-lafaz mutasyabihat tersebut) tetapi mereka tidak mengetahui hakikat maknanya (tidak tahu makna sebenar lafaz-lafaz mutasyabihat tersebut). Oleh yang demikian, mereka mendiamkan diri daripada membicarakannya…" (Zamm At-Ta'wil: m/s 30)

Pembahagian Tauhid kepada Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah

Sebahagian besar daripada golongan yang mendakwa salafi di akhir zaman ini berpegang kepada pembahagian antara Tauhid Uluhiyyah dengan Tauhid Rububiyyah. Mereka membezakan antara Tauhid Uluhiyyah (ketuhanan) dan Tauhid Rububiyyah (ketuanan). Bagi mereka, tidak semestinya seseorang itu bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah, dalam masa yang sama mentauhidkan Allah s.w.t. dengan Tauhid Uluhiyyah.

Menurut mereka, Tauhid Rububiyyah adalah mengesakan Allah s.w.t. dalam penciptaan, pentadbiran dan pengurusan makhluk, serta mengesakan Allah s.w.t. dalam memberi sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Menurut mereka, orang-orang musyrikin juga turut mengesakan Allah s.w.t. pada Tauhid Rububiyyah ini, di samping orang-orang Islam. Oleh yang demikian, tidak semestinya sesiapa yang beriman dengan Tauhid Rububiyyah ini, akan beriman dengan Tauhid Uluhiyyah, seperti hal orang-orang musyrikin.

Adapun tauhid Uluhiyyah adalah, mengesakan Allah s.w.t. dalam pengabdian dan penyembahan. Maksudnya, sesiapa yang beriman dengan Tauhid Uluhiyyah akan menyembah Allah s.w.t. dan tidak mempersekutukanNya dalam penyembahan dan ibadahnya kepadaNya.

Tauhid Uluhiyyah hanya dipegang oleh orang-orang beriman, di samping Tauhid Rububiyyah mereka.

Para ahlul haq dari kalangan salafus soleh dan majoriti umat Islam hari ini tidak pernah membeza-bezakan antara Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Bagi para salafus soleh, dan majoriti umat Islam, sesiapa yang beriman dengan Tauhid Rububiyyah pasti akan beriman dengan Tauhid Uluhiyyah dalam masa yang sama, kerana kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.

Adapun antara dalil penolakan pembahagian tauhid kepada tauhid al-uluhiyyah dan tauhid al-rububiyyah adalah:


Firman Allah s.w.t.:


Hai kedua penghuni penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa? (Surah Yusuf: 39)

Nabi Yusuf a.s. menyebut arbab (rabb-rabb) kepada kedua-dua penghuni penjara tersebut menunjukkan bahawasanya Nabi Yusuf a.s. sendiri tidak membezakan antara Rabb dan Ilah ataupun tidak membezakan tauhid Ar-Rububiyyah dan tauhid Al-Uluhiyyah.


Allah s.w.t. memaparkan menceritakan pengakuan dan dakwaan Fir'aun dalam Al-Qur'an:


"(Fir'aun seraya) berkata:"Akulah Rabb kamu (Tuhanmu) yang paling tinggi".(Surah An-Nazi'aat: 24)


Ini jelas menunjukkan bahawasanya Fir'aun sendiri tidak bertauhid dengan tauhid Ar-Rububiyyah.


Firman Allah s.w.t.:

Dan Berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, Aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain Aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat Kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya Aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya Aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta". (Surah Al-Qashash: 38)

` Dalam ayat ini pula menunjukkan bahawasanya Fir'aun mendakwa ketuhanan dengan menisbahkan uluhiyyah kepada dirinya. Jadi, jelaslah di sini bahawasanya, Al-Qur'an sendiri tidak membezakan antara uluhiyyah dengan rububiyyah bahkan tidak juga mendakwa bahawa orang-orang musyrikin bertauhid dengan tauhid Ar-Rububiyyah.

Hadith Nabi s.a.w.:

Malaikat dalam kubur bertanya: "Siapa Tuhan (Rabb) kamu?" (hadith sahih Muslim no 5117)

Dalam hadith ini menunjukkan bahawasanya malaikat bertanya tentang tauhid rububiyyah, bukan tauhid uluhiyyah. Kalau orang musyrik bertauhid dengan tauhid rububiyyah, pasti dia pun akan dapat menjawab soalan malaikat tersebut. Ini suatu hal yang batil kerana dalam hadith ini, orang yang kafir tidak dapat menjawab soalan malaikat tersebut lalu disiksa.

Jadi, ini menunjukkan bahawasanya, orang kafir, orang musyrik dan sebagainya tidak bertauhid dengan tauhid al-rububiyyah dan tiada bezanya antara tauhid al-uluhiyyah dengan tauhid al-rububiyyah dan sesiapa yang bertauhid dengan tauhid al-rububiyyah pasti bertauhid dengan tauhid al-uluhiyyah, begitulah sebaliknya, dan hanya orang Islam sahaja yang bertauhid dengan kedua-duanya.

Mendakwa Bahawa Rasulullah s.a.w. Sekadar Manusia Biasa

Para ulama' salafus-soleh tidak pernah berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu sekadar manusia biasa, tetapi para sahabat r.a., para tabi'in dan para ulama' salafus-soleh mengangungkan Rasulullah s.a.w. dan menghormati Baginda s.a.w. dengan penghormatan yang tinggi.

Sebahagian golongan pengaku salafi dewasa ini bersifat melampau dengan berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu sekadar manusia biasa yang tiada keistimewaannya melainkan sekadar menyampaikan risalah kepada manusia lain. Itu sahaja keistimewaan Rasulullah s.a.w.. Bahkan menurut sebahagian daripada mereka, sebelum Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi nabi, Baginda s.a.w. sama seperti manusia biasa sahaja.

Na'uzubillah…

Ibn Muni'e berkata dalam buku "Al-Hiwar" (bukunya yang mengkritik Sheikh Al-Syarif Syed Muhammad Alawi Al-Maliki r.a.):

"Adapun apa yang kita percaya tentang Rasulullah s.a.w. ialah, bahawasanya Baginda s.a.w. sekadar seorang rasul yang tiada ke atasnya melainkan sekadar menyampaikan risalah… Baginda s.a.w. tidak mengetahui yang ghaib dan tidak memiliki manfaat buat diri Baginda s.a.w. dan tidak juga memberi mudarat dan kebaikan melainkan sesuai dengan kehendak Allah s.w.t.. Baginda s.a.w. makan maknanan dan berjalan di pasar-pasar… dan sesungguhnya Baginda s.a.w. ialah seorang manusia seperti kita yang diutuskan kepada kita…Baginda s.a.w. juga hamba Allah dan RasulNya yang mempunyai tabiat kemanusiaan yang sama seperti manusia-manusia yang lain." (m/s: 35)

Hakikatnya, ungkapan sebegitu tidak pernah diungkap oleh mana-mana sahabat r.a., para tabi'in dan para ulama' salafus-soleh. Mereka tidak pernah mengungkapkan: "Rasulullah s.a.w. manusia sepertimana kita…". Mereka bahkan mengungkapkan perkataan-perkataan yang memuji Rasululllah s.a.w. dan mengagungkan kedudukan Baginda s.a.w..

Allah s.w.t. sendiri mengungkap pujian terhadap Rasulullah s.a.w. dengan berfirman:

Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Surah Al-Qalam: 4)

Bahkan, para sahabat r.a. sentiasa memuji dan mengagungkan Rasulullah s.a.w..

Hissan bin Thabit r.a., seorang sahabat Rasulullah s.a.w. menuturkan sajak yang memuji Rasulullah s.a.w.:


يا ركن معتمد وعصمة لائـذ ومـلاذ منتـجـع وجـار مجـاور

يا من تخـيّـره الإلـه لخلقه فحبـاه بالخلـق الزكـي الطاهـر

أنت النبي وخير عصبـة آدم يـا مـن يجود كفيـض بـحر زاخر

ميكال معك وجبرئيل كلاهما مــدد لنصـرك مـن عزيـز قادر


Maksudnya:



"Wahai tiang, tempat bersandarnya orang yang bersandar,

Tempat berlindung orang yang berlindung kepadanya,

Tempat meminta tolong orang yang kesusahan,

Dan penyelamat orang yang memohon penjagaan!

Wahai makhluk pilihan Allah bagi makhlukNya,

Maka Allah menganugerahkan kepadanya akhlak yang suci,

Engkau adalah Nabi dan sebaik-baik keturunan Adam,

Wahai Nabi yang Pemurah bagai limpahan lautan yang luas,

Mikail dan Jibril selalu menyertaimu.

Kedua-duanya bersedia untuk menolongmu,

Sebagai bantuan daripada Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa

Nah, betapa agungnya ungkapan seorang sahabat terhadap Rasulullah s.a.w., bukan seperti mereka yang mengungkapkan: "Rasulullah manusia sepertimana manusia lain", yang biadab dalam tutur katanya terhadap Saidina Rasulullah s.a.w..

Rasulullah s.a.w. bersabda sendiri dalam menunjukkan keagungan Baginda s.a.w. yang bukan sekadar manusia biasa:

(( أنا أكرم الأولين والآخرين ولا فخر( )


Maksudnya: "Aku ialah semulia-mulia manusia di antara manusia yang terawal mahupun yang terakhir dan aku tidak pula bangga" (Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

أنا أتقى ولد آدم وأكرمهم على الله ولا فخر .

Maksudnya: Aku yang paling bertaqwa dalam kalangan anak Adam dan yang paling mulia dari kalangan mereka dan tidaklah aku bermegah dengannya" (hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi)

Nah, wahai yang berkata Rasulullah s.a.w. manusia yang sama seperti kamu, adakah kamu semulia-mulia manusia? Memang tidak sama antara orang yang dimuliakan oleh Allah s.w.t., yang beradab dengan Allah s.w.t. dan makhluk-makhlukNya, dengan orang yang tidak beradab dengan Rasulullah s.a.w..


Para salafus-soleh juga sentiasa beradab dengan Rasulullah s.a.w.. Bahkan, tidak pernah didengari perkataan seumpama yang diungkapkan oleh Ibn Muni'e tersebut. Bahkan, perkataan "Rasulullah manusia seperti kita…" hanya diungkapkan oleh orang-orang kafir kepada para nabi mereka.

Kaum Nabi Nuh berkata kepada Nabi Nuh a.s. seperti yang dirakamkan di dalam Al-Qur'an:

(( فَقَالَ الْمَلأُ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قِوْمِهِ مَا نَرَاكَ إِلاَّ بَشَراً مِّثْلَنَا )) (سورة هود : 27)


Maksudnya: "Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: "Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami…". (Surah Hud: 27)

Begitu juga perkataan orang-orang kafir dari kalangan kaum Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s.:

)) فَقَالُوا أَنُؤْمِنُ لِبَشَرَيْنِ مِثْلِنَا وَقَوْمُهُمَا لَنَا عَابِدُونَ))

Dan mereka berkata: "Apakah (patut) kita percaya kepada dua orang manusia seperti kita (juga), padahal kaum mereka (Bani Israil) adalah orang-orang yang menghambakan diri kepada kita?" (Surah Al-Mu'minun: 47)

Kaum Thamud berkata begitu juga kepada nabi mereka sebagaimana yang dirakamkan dalam Al-Qur'an:

(( مَا أَنتَ إِلاّ بَشَرٌ مِّثْلُنَا فَأْتِ بِآيَةٍ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ))

Maksudnya:

Kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami; Maka datangkanlah sesuatu mukjizat, jika kamu memang termasuk orang-orang yang benar". (As-Syu'ara': 154)

Bahkan, Al-Qur'an juga merakam perkataan orang-orang kafir Quraisy kepada Rasulullah s.a.w.:

وَقَالُوا مَالِ هَذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الْأَسْوَاقِ

Maksudnya: Dan mereka berkata: "Mengapa Rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar?... (Surah Al-Furqan: 7)
Ungkapan ini sama dengan ungkapan yang dilafazkan oleh penulis kitab Al-Hiwar tersebut takkala berkata: Baginda s.a.w. makan maknanan dan berjalan di pasar-pasar…" (m/s: 35)

Nah… Sebenarnya, ungkapan-ungkapan sebegitu merupakan ungkapan-ungkapan orang-orang kafir dalam kaum Nabi-nabi yang terdahulu. Ungkapan tersebut tidak pernah diungkapkan daripada golongan yang beriman kepada para rasul kerana mereka menghormati dan memuliakan para Rasul a.s., terutamanya Rasulullah s.a.w. yang merupakan penghulu bagi sekalian nabi dan rasul.

Para salafus-soleh dan para imam mujtahidin tidak pernah mengungkapkan perkataan sebegitu sama sekali. Inilah adab para salafus-soleh terhadap Rasulullah s.a.w..


Antara sifat-sifat utama bagi para rasul itu sendiri adalah:

Benar, Amanah, Menyampaikan, Bijaksana, Sejahtera daripada keaiban yang menjauhkan manusia daripadanya dan dipelihara daripada dosa. Inilah antara ciri-ciri keistimewaan para rasul a.s. yang mulia.

Bahkan, antara ciri-ciri khusus keistimewaan Rasulullah s.a.w. itu sendiri adalah sepertimana sabda Baginda s.a.w.:

((هل ترون قبلتي هاهنا ؟ فوالله ما يخفى عليَّ ركوعكم ولا سجودكم إني لأراكم من وراء ظهري))

Maksudnya: "Adakah kamu dapat melihat kiblatku di sini? Demi Allah. Ruku' dan sujud kamu tidak sesekali terselindung daripada penglihatanku. Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku" (hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adakah penulis buku Al-Hiwar yang mendakwa Rasulullah s.a.w. manusia yang samsa sepertinya boleh melihat dari belakangnya?

Ikutilah adab dan aqidah salafus-soleh yang sebenar, yang menghormati dan memuliakan Rasulullah s.a.w.. Janganlah ta'assub dengan mengikut mana-mana pengaku salafi moden yang tidak menjaga adabnya dengan Rasulullah s.a.w..

Mendakwa Bahawa Rasulullah s.a.w. Tidak Hidup, Tidak Mendengar dan Tidak Melihat Dalam Maqam Baginda s.a.w.

Seorang ulama' pengaku salafi moden yang terkenal iaitu Abu Bakr Al-Jaza'iri (tenaga pengajar di Universiti Islam Madinah) berkata dalam bukunya "kamal al-ummah fi solahi aqidatiha" ketika mencela Sheikh Al-Bakri dan qasidahnya:

"Bagaimana dia menyeru kepada seseorang (merujuk kepada Rasulullah s.a.w. yang ditujukan dalam qasidah tersebut) yang sudah tidak lagi mendengar, tidak lagi melihat dan tidak mampu memberikan apa-apa…" (m/s: 11)

Dia berkata lagi dalam membuat komen terhadap perkataan seorang sahabat yang berkata: "Tiada bagi kami melainkan hanya kepada kamu wahai Rasulullah, tempat kami bernaung…", lalu Abu Bakr Al-Jaza'iri memberi komen:

"Kalau seseorang berkata seperti ini setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. bererti dia telah berdusta dan telahpun syirik dan kafir…Tidak boleh berkata begitu kerana Rasulullah s.a.w. telah bertemu Tuhannya, dan sudah tidak mendengar kita lagi, sudah tidak melihat kita lagi dan sudah tidak kenal kita lagi, bahkan tidak akan mendoakan kita lagi" (m/s: 10)

Betapa keringnya hati lelaki ini daripada kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. dan daripada penghayatan terhadap ajaran agama Islam itu sendiri. Sheikh As-Syarif Syed Muhammad Alawi Al-Maliki berkata dalam kitab Mafahim yajib an tosohhah: "perkataan seperti ini suatu perkataan yang biadab".

Tidakkah dia tahu bahawa Rasulullah s.a.w. boleh menjawab salam dan selawat kepada orang-orang yang berselawat dan menyampaikan salam kepada Baginda s.a.w.?

Rasulullah s.a.w. bersabda:

(( ما من أحد يسلم علي إلا رد الله علي روحي حتى أرد عليه السلام ))


“Tidaklah seseorang mengucapkan salam kepadaku kecuali Allah s.w.t. mengembalikan nyawaku, sehingga aku membalas salamnya”

Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud Thabrani Al-Baihaqi dan Al-Mundziri. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari (6/488) memberikan komen mengenai hadith ini dengan berkata: “Para periwayatnya adalah tokoh-tokoh yang thiqah”.

Dalam hadith ini jelas menunjukkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. mendengar, berkata-kata dan mengenali mereka yang berselawat dan menyampaikan salam kepada mereka lalu menjawab salam mereka.

Telah thabit kisan kisah di mana seseorang meminta hujan di sisi Maqam Rasulullah s.a.w. pada zaman khalifah Sayyidina Umar bin Khattab r.a..:

عن مالك الدار خازن عمر قال: أصاب الناس قحط في زمان عمر، فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله استسق لأمتك فانهم قدهلكوا، فأتي الرجل في المنام فقيل له: ((ائت عمر فأقرئه مني السلام وأخبرهم أنهم مسقون ، وقل له : عليك بالكيس الكيس)) .. فأتى الرجل فأخبر عمر ، فقال : ((يا رب ! ما آلو إلا ما عجزت عنه )).

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Malik Al-Dar r.a. (bendahara Sayyidina Umar r.a) bahawasanya dia berkata: “Kekeringan (kemarau) teruk telah melanda kehidupan manusia di zaman Sayyidina Umar r.a. Lalu ada seorang laki-laki datang ke maqam Nabis.a.w. dan berkata: “ Wahai Rasulullah, mintakan hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita). Pada malam harinya orang itu mimpi didatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata kepadanya : ‘Datanglah engkau kepada ‘Umar dan sampaikan salamku kepadanya. Beritahukan dia bahawa mereka akan memperoleh hujan. Katakan juga kepadanya: ‘Engkau harus bijaksana...bijaksana’! Orang itu lalu segera menyampaikan berita mimpinya kepada Khalifah ‘Umar r.a.. Ketika itu ‘Umar berkata: ‘Ya Rabb (Ya Tuhanku), mereka mohon pertolongan-Mu karena aku memang tidak dapat berbuat sesuatu”

Dan Saif di dalam kitab “Al-Futuh” meriwayatkan bahawa orang yang bermimpi tersebut adalah Bilal bin Harits Al-Muzani r.a, salah seorang Sahabat Nabi s.a.w.” (rujuk Fathul bari, 2/495-496) Riwayat tersebut juga dikemukakan oleh Al-Hafiz Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah (7/90) dengan memberi komen: “Hadith ini sanadnya sahih”.

Kisah ini jelas bertentangan dengan gambaran yang diberikan oleh Abu Bakar Al-Jaza'iri seolah-olah umat Islam sudahpun kehilangan Rasulullah s.a.w. secara mutlak, sedangkan dalam kisah ini jelas menunjukkan tentang interaksi Rasulullah s.a.w. dengan umat Baginda s.a.w. setelah kewafatan Rasulullah s.a.w..

Perisitiwa ini berlaku pada zaman Saidina Umar r.a. yang merupakan seorang salaf yang memang hidup di zaman salafus-soleh yang sebenar, memahami tentang Rasulullah s.a.w. dengan kefahaman yang berbeza sama sekali dengan kefahaman pendakwa salafi bernama Abu Bakar Al-Jaza'iri tersebut.

Adakah Abu Bakar Al-Jaza'iri lebih salafi daripada Saidina Umar r.a. dan perawi kisah ini?

Fasal: Persoalan-persoalan Fiqh

Membid'ahkan Perkara-perkara Khilafiyah

Para salafi di akhir zaman ini, kebanyakkannya ghairah dalam membid'ahkan perkara-perkara yang diperselisihkan ulama' mengenainya, padahal para ulama' yang membenarkan dan mengamalkan perkara-perkara tersebut mempunyai dalil mereka juga dari Al-Qur'an dan As-Sunnah, walaupun secara zhonni (tidak putus). Budaya membid'ahkan perkara-perkara khilafiyah (yang diperselisihkan ulama' mengenainya) ini tidak pernah diamalkan oleh para salafus soleh.

Mereka tidak pernah membid'ahkan sebarang ijtihad para ulama' yang ahli dalam fatwa, selagimana ulama' yang berijtihad tersebut mengemukakan dalil penggalian hukum terhadap ijtihad dan fatwanya. Para ulama' salafus soleh sendiri tidak pernah menuduh bid'ah sesuatu semata-mata kerana perkara tersebut suatu yang baru, dan tiada contoh pengamalan sebelumnya.

Hal ini jelas di mana, takkala Imam As-Syafi'e menyatakan tentang pembahagian najis kepada tiga, pembahagian kepada air musta'mal dan sebagainya, tiada dari kalangan ulama' fiqh pun yang menuduh Imam As-Syafi'e melakukan bid'ah, walaupun pendapat dan ijtihad beliau tidak pernah ada contohnya sebelum beliau. Begitu juga dengan pendapat-pendapat Imam Abu Hanifah yang lahir daripada proses penilaian akal yang mana, tiada contoh sebelumnya. Namun, tiada siapa menuduh Imam Abu Hanifah sebagai pembawa bid'ah dengan ijtihad beliau, kerana masih lagi didasari oleh dalil yang boleh diterima.

Hal ini jelas merupakan contoh daripada Baginda s.a.w. sendiri di mana, Baginda s.a.w. mengakui amalan Saidina Bilal r.a. yang melakukan solat sunat setelah ambil wudhuk, walaupun tidak pernah ada contoh dari Baginda s.a.w. mengenainya sebelum itu.

Golongan salafi akhir zaman ini tersalah dalam memahami makna bid'ah itu sendiri seterusnya membawa kepada membid'ahkan perkara-perkara khilafiyah. Mereka memahami makna bid'ah ialah, segala yang baru, yang dilakukan, yang mana tiada contoh sebelumnya (dari Rasulullah s.a.w.) dalam urusan agama.

Kalau Rasulullah s.a.w. memahami makna bid'ah menurut syarak seperti pemahaman orang salafi akhir zaman ini, pasti Baginda s.a.w. ialah orang yang paling awal menolak amalan solat sunat dua rakaat selepas wudhuk yang diamalkan oleh Saidina Bilal r.a..

Maka, jelaslah bahawa, makna bid'ah menurut salafus soleh, lebih luas skopnya daripada makna bid'ah golongan salafi akhir zaman ini, bahkan mafhum bid'ah dalam syarak pula, lebih ketat daripada mafhum bid'ah golongan salafi akhir zaman, dalam syarak juga.

Bagi para salafus soleh, bid'ah dari segi syarak itu sendiri ialah, suatu perkara baru yang diada-adakan, tanpa contoh sebelumnya (dari Rasulullah s.a.w.), yang mana, tiada dalil-dalil lain yang memayungi perkara tersebut secara umumnya.

Inilah maksud hadith Nabi s.a.w. yang berbunyi: "Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru, dalam urusan agama kami, apa yang bukan daripadanya (daripada agama tersebut), maka ianya tertolak".

Perkataan pengikat: "…apa yang bukan daripadanya (urusan agama tersebut)…" memberi mafhum mukhalafah (makna sebaliknya) bahawa, sesuatu yang baru yang diadakan dan ianya adalah apa yang daripadanyav(urusan agama tersebut), maka ianya tidak tertolak. Ini kerana, dalam hadith tersebut, perkara yang baru yang diadakan hanya ditolak jika ia bukan daripada agama atau tiada dalil yang memayungi perkara tersebut, serta ianya bertentangan dengan nas-nas Islam yang lain.

Adapun kalau sesuatu perkara baru tersebut, ada dalil umum yang memayunginya, maka tidaklah suatu yang bid'ah dari sudut syarak, berdasarkan hadith tersebut.

Punca kekeliruan ini adalah kerana orang-orang salafi akhir zaman tidak memahami makna bid'ah dari sudut syarak dengan maknanya yang difahami oleh salafus soleh, di samping mereka tiada kefahaman yang mendalam tentang kaedah-kaedah dan usul-usul ilmu fiqh.

Mengingkari Ijtihad-ijtihad Ulama' Lain Yang Tidak Sependapat Dengan Mereka

Di antara perangai sebahagian golongan salafi yang bertentangan dengan para salafus soleh adalah, mereka (golongan salafi moden) suka mengingkari dan menyalahkan ijtihad para ulama' yang tidak sependapat dengan mereka. Mereka bermati-matian menuduh sesat dan salah terhadap ijtihad-ijtihad para ulama' yang tidak sehaluan dengan mereka

Mereka bukan sekadar menuduh bid'ah akan sesuatu perkara, tetapi turut menyalahkan pendapat-pendapat para ulama' lain dalam masalah-masalah zhonniyah, seperti membaca qunut pada solat Subuh, membaca zikir setelah solat secara berjemaah dan sebagainya.

Menuduh Syirik terhadap Umat Islam

Golongan salafi palsu pula adalah mereka yang sewenang-wenangnya menuduh sebahagian besar umat Islam telah terjerumus ke dalam syirik, hanya semata-mata kerana mereka bertawassul kepada dengan para Nabi dan para solihin, ziarah kubur dan sebagainya.

Muhammad bin Abdul Wahab berkata dalam buku beliau At-Tauhid m/s: 37:

"Bab pada mengatakan bahawasanya sebahagian umat ini (umat Islam) menyembah berhala…"

Ahmad Aal Buthomi berkata dalam buku beliau bertajuk Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab m/s: 62:

"Jenis ketiga dari kalangan orang kafir: Orang yang mengetahui tauhid lalu mengikutinya, dia juga mengetahui syirik lalu menjauhinya. Tetapi, dia membenci orang yang masuk kepada tauhid (iaitu masuk golongan wahhabi) dan dia juga suka untuk kekal pada syirik (iaitu mereka yang membolehkan tawassul, meminta bantuan orang soleh dan para nabi). Ini juga suatu kekufuran".

` Sedangkan para sahabat, salafus-soleh dan ulama' muktabar tidak pernah bersikap sewenang-wenangnya mengkafirkan sehingga sebahagian umat Islam, seperti yang dilakukan oleh golongan salafi palsu.

Sedangkan, Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita supaya tidak sewenang-wenangnya mengkafirkan sesama muslim.


Sabda Nabi s.a.w.:

أيما رجل قال لأخيه: يا كافر، فقد باء بها أحدهما

Maksudnya: Seseorang yang berkata kepada saudaranya (seislam): wahai kafir, maka akan jadi kafirlah salah seorang daripadanya. (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi s.a.w. lagi:

ولا يرميه بالكفر، إلا ارتدت عليه، إن لم يكن صاحبه كذلك

Maksudnya: Tidaklah seseorang menuduh saudaranya yang islam dengan kekufuran, melainkan akan murtadlah dia jika kawannya tidak sedemikian (tidak kafir di sisi Allah s.w.t.)" (hadith riwayat Al-Bukhari)

Maksudnya, kalau orang yang dikatakan kafir itu tidak kafir di sisi Allah, bererti orang yang mengkafirkan itulah yang menjadi kafir di sisi Allah s.w.t..

Imam At-Tohawi, seorang ulama' salaf terkemuka berkata:

ولا نشهد عليهم بكفر ولا شرك ولا نفاق ما لم يظهر منهم من ذلك شيء، ونذر سرائرهم إلى الله تعالى.

Maksudnya: Kita tidak menyaksikan ke atas mereka (sesama muslim) dengan kekufuran mahupun dengan kemunafiqan, selagimana tiada terzahir daripada mereka apa-apapun kekufuran. Kita membiarkan rahsia hati mereka kepada Allah s.w.t. (yang mengadilinya). (risalah aqidah tohawiyah)


Mengharamkan Tawassul dengan Kedudukan Seseorang di sisi Allah s.w.t..

Nasiruddin Al-Albani berkata dalam buku beliau sifat solat An-Nabi m/s: 203:

"Adapun tawassul selain daripada itu, seperti tawassul dengan kedudukan seseorang, dengan hak seseorang dan kehormatan seseorang di sisi Allah s.w.t., maka telah wujud nas daripada Abu Hanifah dan para pengikutnya memakruhkannya, sedangkan pada asalnya membawa maksud keharaman".

Al-Albani telah tersalah dalam memahami perkataan Imam Abu Hanifah dengan mentafsirkan makruh di sisi Imam Abu Hanifah sebagai haram.

Adapun di sisi para ulama' salafus-soleh dan para ulama' muktabar, tawassul sememangnya dibenarkan bahkan disunatkan.

Allah s.w.t. menyebutkan kata wasilah di dalam Kitab suciNya pada firmanNya:

“ Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-NYA, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keuntungan. ” (QS. Al-Maidah (5: 35).

Diriwayatkan dari Sayyidina Ustman bin Hunaif r.a bahawa seorang lelaki yang rosak penglihatannya (buta) datang kepada Nabi s.a.w. dia berkata, “Berdoalah kepada Allah s.w.t. semoga Dia menyembuhkanku.” Baginda s.a.w. menjawab, “Jika kamu mahu, aku doakan. Dan jika kamu mahu, kamu bersabar. Maka, itu lebih baik bagimu.” Dia berkata, “Doakanlah kepada Allah s.w.t.” Lalu Baginda s.a.w. memerintahkan kepadanya untuk berwudhuk, benar-benar di dalam melakukan wudhuk, dan berdoa dengan doa ini:

(( اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة، يا محمد إني توجهت بك إلى ربي في حاجتي هذه لتقضى لى، اللهم فشفعه في ))

“ Ya Allah, aku memohon kepada-MU dan bertawajjuh (menghadapkan diri) kepada-MU dengan Nabi kami, Nabi rahmat. Ya Rasulullah S.A.W, aku bertawajjuh denganmu (yakni sebagai wasilah) kepada Tuhanku pada hajatku ini semoga diperkenankan untukku. Ya Allah, berilah syafaat baginya padaku. ”

(HR. Ahmad, Musnad Ahmad, vol. 4, hlm. 138; Tirmizi,; Nasa’ie, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Thabrani)

Diriwayatkan tentang hadith doa pergi ke Masjid untuk melaksanakan solat, daripada Sayyidina Abu Sa’id Al-Khudri r.a dari Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa yang mengucapkan ketika keluar untuk melaksanakan solat,:

(( اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك، وبحق ممشاوي، فإني لم أخرج اشرا ولا بطرا ولا رياء ولا سمعة. خرجت اتقاء سخطلك وابتغاء مرضانك، أسألك أن تنقذني من النار، وأن نغفرلي ذنوبي، إنه لا يغفر الذنوب إلا أنت ))

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan hak orang-orang yang memohon atasMu dan dengan hak langkah-langkahku, bahawa sesungguhnya aku tidak keluar dengan keangkuhan, sombong, riya’ (minta dilihat), mahupun sum’ah (minta disebut). Aku keluar kerana takut terhadap kemurkaanMu dan mengharapkan redha-Mu. Aku memohon kepadaMu untuk menyelamatkan diriku daripada api neraka dan mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecualiMu, Ya Allah.”

Maka, nescaya Allah s.w.t. mewakilkan 70 ribu malaikat yang memohonkan keampunan untuknya dan Allah s.w.t. menghadap kepadanya dengan Wajah-NYA sampai dia selesai dari solatnya.

Ini adalah hadith sahih; dinyatakan sahih oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Al- Iraqi, Abu Hasan Al-Maqdisi guru Al-Mundziri, Al-Hafiz Ad-Dumyathi, dan Al-Hafiz Al-Baghawi.


Mengharamkan Taqlid Kepada Imam-imam Mazhab yang Empat

Sebahagian ulama' salafi palsu atau salafi moden mengharamkan orang-orang awam dan para penuntut ilmu daripada bertaqlid kepada imam-imam mazhab yang empat. Mereka mewajibkan semua manusia mengkaji Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Mereka (salafi palsu) menganggap bahawasanya taqlid kepada para ulama' mazhab adalah seperti kepaderian dalam agama Kristianiti.

Sheikh Al-Ma'shumi adalah antara mereka yang kuat menentang budaya taqlid kepada imam-imam mazhab, dan menyamakannya dengan amalan kepaderian dalam buku beliau "hal al-muslim mulzam bittiba' mazhabin min al-mazahib al-ar'ba'ah".

Fahaman Al-La Mazhabiyyah (tidak mahu bermazhab) ini ditentang kuat oleh para ulama' Islam dahulu dan kini. Antara ulama' yang mengarang buku khusus mengkritik fahaman ini ialah Sheikh Dr. Sa'id Ramadhan Al-Buti dalam buku beliau "Al-La Mazhabiyyah".

Secara realitinya, taqlid kepada para ulama' dan ahli ilmu yang berijtihad sememangnya berlaku dalam setiap zaman, bermula sejak setelah kewafatan Saidina Rasulullah s.a.w. lagi, di mana sebahagian para sahabat yang awam bertaqlid dengan sebahagian para sahabat yang berilmu dan berkelayakan dalam berijtihad seperti para khulafa' al-rasyidin, Saidina Ibn Abbas r.a., Saidina Muaz bin Jabal r.a. dan sebagainya.

Bukan semua para sahabat mengambil hukum terus daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah, kerana kekurangan ilmu-ilmu alat untuk berijtihad. Mereka merujuk kepada para ulama' dalam kalangan para sahabat r.a. itu sendiri. Begitulah tradisi yang berlaku di mana ada sebahagian dari mereka adalah ahli ilmu yang layak berijtihad dan sebahagian besar yang lain adalah dari kalangan muqollid (orang yang bertaqlid).


Sebahagian Buku-buku Yang Menolak Salafi Moden

Sebahagian kitab-kitab yang menolak para pengaku salafi moden pada zaman ini:[1]

Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Sheikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.

Al-Sowa’qul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sheikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi

Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

Al-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

Saif al-Jabbar oleh Sheikh Fadhlur Rasul

Al-Aqwal al-Mardiyyah fi al-Radd 'ala al-Wahhabiyyah oleh al-Sheikh al-Faqih 'Atha' al-Kasm al-Dimashqi al-Hanafi

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Sholeh al-Kuwaisy al-Tunisi

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar al-Mahjub

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Muhammad Sholeh al-Zamzami al-Syafie

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Ibrahim ibn Abdul Qadir al-Tarabulasi al-Riyahi al-Tunisi

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Madinah Zubir di Bashrah - Sheikh Abdul Muhsin al-Asyniqiri al-Hanbali

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Fez - Sheikh al-Makhdum al-Mahdi

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Qadhi Jamaa’ah di Maghribi - Sheikh Ibn Kiran

Al-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Sheikhul Islam Tunisia- Sheikh Ismail al-Tamimi al-Maliki

Al-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Sheikh Ahmad al-Misri al-Ahsa’i

Al-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh al-‘Allamah Barakat al-Syafie al-Ahmadi al-Makki

Al-Haqiqah al-Islamiyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah.

Ad-Dalil Kafi fi al-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Sheikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti

Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi

Al-Haq al-Mubin fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Sheikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi

Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Sheikh Malik ibn Sheikh Mahmud.

Al-Rudud ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh al-Muhaddits Sholeh al-Fullani al-Maghribi. Telah berkata Sayyid ‘Alawi ibn Ahmad al-Haddad bahwa kitab yang besar ini mengandungi risalah dan jawapan daripada para ulama’ mazhab yang empat, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali dalam menolak pendapat/fahaman Muhammad ibn Abdul Wahhab.

Al-Radd ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh Sheikh Abdullah al-Qudumi al-Hanbali al-Nablusi

Risalah fi Musyajarah baina Ahl Makkah wa Ahl Nadj fil ‘Aqidah oleh Sheikh Muhammad ibn Nasir al-Hazimi al-Yamani

Sa’adah ad-Darain fi al-Radd ‘ala Firqatain – al-Wahhabiyyah wa Muqallidah al-Zhahiriyyah oleh Sheikh Ibrahim ibn Utsman ibn Muhammad al-Samhudi al-Manshuri al-Misri

Al-Saif al-Batir li ‘Unuq al-Munkir ‘ala al-Akabir oleh Sayyid ‘Alawi ibn Ahmad al-Haddad

Al-Suyuf al-Masyriqiyyah li Qat’ie A’naaq al-Qailin bi Jihah wa al-Jismiyah oleh Sheikh ‘Ali ibn Muhammad al-Maili al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki

Raudh al-Majal fi al-Radd ‘ala Ahl al-Dholal oleh Sheikh Abdurrahman al-Hindi al-Delhi al-Hanafi

Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarn al-Tsani Asyara fi Itsbathi ‘an al-Wahhabiyyah min al-Khawarij oleh Sheikh al-Syarif ‘Abdullah ibn Hassan Basya ibn Fadhi Basya al-‘Alawi al-Husaini al-Hijazi

Qot'u Al-'Uruq Al-Wurdiyyah min sohib Al-Buruq An-Najdiyyah oleh Al-Hafiz Sheikh Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari,

Kalimah fi As-Salafiyyah Al-Hadhirah oleh Imam Al-Allamah Sheikh Yusuf Ad-Dajawi

As-Salafiyyah Al-Mu'ashoroh: Munaqosyaat wa rudud oleh Sheikh As-Sayyid Abu Al-Hasanain Abdullah bin Abdul Rahman Al-Makki Al-Hasyimi

Al-Mizan Al-'Adil oleh Sheikh Abdul Qadir Isa Ad-Dayyab

Dan sebagainya.


Penutup

Didalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang telah difatwakan oleh Allahyarham al-‘Allamah Dato’ Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor 1936 – 1961M = 1356 – 1381H, dikumpul dan diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, halaman 397 – 399:

PERKARA: MENGENAL KAUM MUDA –WAHHABI- DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.

Soalan: Bagaimanakah dapat kenal atau ketahui alamat-alamat kaum muda (wahhabi) itu? Adakah kaum muda itu terjumlah dalam golongan Islam?

Jawab:

Jawab Soalan Pertama:

Yang dikatakan Kaum Muda (Wahhabi) pada pertuturan orang-orang zaman ini (zaman beliau) ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zhohirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setengah mereka itu (wahhabi): Babi itu suatu binatang yang suci, dan berkata setengah yang lain pula; Tiada sah ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula, Nabi Allah ‘Isa عليه السلام berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi”

Setengah dari alamat (ciri-ciri) mereka itu (wahhabi):

Mereka marahkan Imam-Imam Mazhab yang empat dan ulama’ fiqh, mereka mengaku mengetahui al-Quran dan al-Hadits Nabawi.

Mereka membangkang ijma’, menyebarkan masalah khilaf di antara umat-umat Islam supaya menambah porak peranda umat-umat Islam sebagai mana disukai oleh seteru-seteru Islam.

Apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada menyentuh al-Quran melainkan kemudian daripada mengambil air sembahyang, mereka (wahhabi) berkata; Harus menyentuh al-Quran dengan tiada air sembahyang.

Apabila mereka melihat orang Islam tiada membaca al-Quran melainkan kemudian daripada bersuci daripada hadats besar, mereka (wahhabi) berkata; Harus membaca al-Quran kalau ada hadats besar sekalipun.

Apabila mereka melihat orang-orang Islam menjauhkan diri daripada najis seperti arak dan babi, mereka berkata ; Kedua-dua perkara itu suci. Mereka mencita-cita (bercita-cita) supaya orang Islam menjadi seperti orang Majusi. Mereka berlumur dengan lemak babi dan mencurahkan arak kepada bajunya kemudian sembahyang.

Setengah mereka itu sepanjang hari memain (bermain) kemaluannya atau menyentuh kemaluan isterinya beberapa kali kemudian boleh dia sembahyang (‘la za’mihim) dengan tiada mengambil air sembahyang.

Lagi demikian jua kalau ia membuat rantai leher daripada daging babi atau memakai kulit babi yang basah kemudian pergi sembahyang, nescaya sah sembahyang disisi mereka.

Kalau mereka bergelumbang dalam reban ayam atau kandang kambing atau lembu dan jadi baunya sebusuk-busuk manusia, kemudian ia sembahyang sah juga sembahyang disisi mereka.

Dan setengah dari ‘alamat mereka itu (wahhabi), mereka bersungguh mengamat-amati dan mengambil susah dalam perkara yang kecil-kecil seperti talqin, tahlil dan seumpamanya dan tiada menghiraukan perkara-perkara yang besar-besar seperti dosa-dosa besar yang telah membiak setengah daripadanya berzina, riba, was-was sangka pada Allah dan mengajar kanak-kanak Islam agama yang bukan Agama Islam. Perkara ini semua tiada disebut (dititik beratkan oleh wahhabi) dan tiada dihiraukannya.

Dan setengah daripada ‘alamat mereka itu, mereka berseteru dan merekakan masalah-masalah fiqh yang tiada padanya khilaf, barangsiapa menyalahi akan mereka itu pada satu daripada masalah-masalah fiqah seperti suatu hukum daripada hukum-hukum sembahyang atau sujud sahwi atau tayammum atau sunnah talqin, nescaya mereka jadikan orang itu seteru, terus diingkarkannya.

Semuanya ini ialah adat orang-orang khawarij (orang-orang yang benci akan Sayyidina ‘Ali karramahu wajhah) dan ‘adat ahlul bid’ah yang menyalahi puak-puak Islam kerana sahabat-sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم, al-Tabi’in, mereka yang kemudian daripada Imam-imam mazhab yang empat dan sekalian ‘ulama’ mazhab, mereka bersalah-salahan (berselisihan pendapat) pada beberapa masalah dalam masalah fiqah (furu’ fiqhiyyah) tetapi mereka tiada berseteru diantara setengah dengan setengahnya dengan sebab bersalah-salahan ambilnya itu kerana bukannya bersalahan itu pada usul (asal masalah) bahkan pada furu’ (cawangan-cawangan) sahaja.

Demikianlah sedikit nukilan daripada fatwa di dalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor, di dalam mengakhiri risalah ringkas ini. Semoga Allah s.w.t. membela golongan kebenaran dalam membenteras golongan yang syaz. Amin…

Wallahu a'lam…



Al-Faqir ila Rabbihi Al-Qawiy Al-Qadir


Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi




Rujukan



Al-Qur'an Al-Karim

Kitab Sahih Al-Bukhari

Kitab Sahih Muslim

Aqidah Tohawiyah oleh Imam At-Tohawi

Al-Asma' wa As-Sifat oleh Imam Al-Baihaqi

Risalah Al-Qusyairiyah oleh Imam Al-Qusyairi

Ittihaf Saadah Al-Muttaqin oleh Imam A-Zabidi

Kitab Daf' Syubah At-Tasybih oleh Imam Ibn Al-Jauzi Al-Hanbali

Syarh Fiqh Al-akbar oleh Sheikh Ali Al-Qari Al-Hanafi

Fathul-Bari oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqollani

Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi

Al-Kasyif As-Shoghir oleh Sheikh Sa'id Fudah

Naqd Qowa'id At-Tasybih oleh Sheikh Dr. Umar Abdullah Kamil

Qot'u Al-'Uruq Al-Wurdiyyah min sohib Al-Buruq An-Najdiyyah oleh Al-Hafiz Sheikh Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari,

Kalimah fi As-Salafiyyah Al-Hadhirah oleh Imam Al-Allamah Sheikh Yusuf Ad-Dajawi

As-Salafiyyah Al-Mu'ashoroh: Munaqosyaat wa rudud oleh Sheikh As-Sayyid Abu Al-Hasanain Abdullah bin Abdul Rahman Al-Makki Al-Hasyimi

Mafahim yajib an tosohhah oleh Sheikh As-Syed Dr. Muhammad Alawi Al-Maliki

Al-Mizan Al-'Adil oleh Sheikh Abdul Qadir Isa Ad-Dayyab

Al-La Mazhabiyyah ole Sheikh Dr. Sa'id Ramadhan Al-Buti

Fusulun fi Al-Aqidah oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Kamal al-ummah fi solahi aqidatiha oleh Abu Bakar Al-Jaza'iri

Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab oleh Ahmad Aal Buthomi

http://al-fanshuri.blogspot.com

Dan sebagainya…

Thursday, May 14, 2009

Para Petugas PAS! Jangan Panik


Makin sesak suasana di Malaysia khususnya di Perak. Pemerintahan B.N terbaru ini sungguh lawak. Keputusan berubah sekelip mata adalah terlalu laju. Kalau saya jadi Presiden mana-mana pertubuhanpun tak tergamak nak buat kelakar macam yang berlaku di Perak hari ini. Para petugas PAS! Anda tension. Tertekan dengan kekelakaran UMNO yang mencuit hati? Ya. Moga ini bakal melegakan anda.

Perlu Bersabar Dalam Ujian, Memahami Konsep Qadha Dan Qadar Dan Jangan Marah.

Ujian yang menimpa anda pasti bertalu-talu. Para petugas PAS jangan panik. Islam mempunyai kelebihan dalam mendidik jiwa para muslim.

Dalam Islam, kita diajar bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan Allah. Nikmat atau ujian, itu adalah yang terbaik yang Allah takdirkan utk kita. Maka kenapa perlu resah dan tertekan dengan ujian. Bukankah kita telah berusaha sebaiknya. Maka serahkan usaha kita kepada Allah. Biar Allah yang memutuskan keputusannya.

Kalaulah konsep redha dan berserah pada ketentuan Allah selepas segala usaha dan perancangan dilaksanakan menjadi amalan yang kukuh tersemat dalam jiwa para pejuang, kalian akan menjadi manusia gembira dalam semua keadaan.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:



yang bermaksud:

"Hairan sungguh keadaan seorang mukmin. Sesungguhnya setiap keadaannya adalah baik. Keadaan ini tidak ada pada seseorangpun melainkan pada orang mukmin. Sekiranya dia dianugerahkan kesenangan, dia bersyukur. Maka bersyukur itu adalah baik buatnya. Sekiranya dia ditimpa kesusahan, dia akan bersabar. Maka sabar adalah baik baginya"

(Riwayat Imam Muslim).

Dakwah yang anda sampaikan diterima oleh masyarakat, maka anda telah beroleh satu nikmat. Maka bersyukurlah kepada Allah atas nikmat yang diberikan.

Anda disesakkan dengan kebuntuan, keperitan dari segenap aspek, bukankah itu satu ujian dari Allah buat anda? Seyogianya anda berterima kasih kepada Allah atas dugaan yang akan mematangkan anda. Kesabaran anda dalam meneguk kesusahan dan keperitan dalam berjuang adalah erti kesabaran anda dan keredhaan anda pada Yang Esa.

Ujian adalah aturan Allah. Para nabi dan rasul terdahulu bukan kepalang ujian yang Allah hadiahkan kepada mereka. Bukan bukti Allah membenci sebaliknya bukti kepada manusia seluruhnya bahawa kemenangan itu mahal, sama ada menang di dunia atau syahid menuju Allah.

Anda sepatutnya malu kepada para nabi dan rasul yang tega untuk terus memimpin dakwah dan memikul amanah demi untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan Jahiliyyah kepada cahaya Iman dan Islam. Maka sabarlah atas segalanya. Kelak anda akan temui manisnya.


Salam perjuangan tanpa noktah,

Insan kerdil,
Hayyu Asyir Wara' Masjid al-Walidayn,
Mesir Bumi Perjuangan Para Nabi.

Sayonara Buat Semua

Saya mohon berundur seketika daripada aktif menulis dalam beberapa fasa waktu ini. Peperiksaan M.A saya sudah terlalu hampir. Minggu akhir bulan Jun ini adalah peperangan buat saya dalam menentukan kemenangan saya dalam permusafiran ilmu ini.

Kita perlu gemilang dalam status keilmuan kita. Status M.A al-Azhar atau PhD al-Azhar atau apa sahaja status ilmu mesti digenggam oleh kita. Mana tahu status-status itu dapat diguna buat kemenangan dan perjuangan Islam di Malaysia secara khusus.

Saya memohon untuk tidak aktif menulis sepanjang musim peperangan ini sehingga selesai peperiksaan nanti. Kalau ada tulisan baru yg bakal dilahirkan, mungkin secara tidak berkala.

Semoga seluruh mahasiswa Islam di Mesir khususnya dan seluruh dunia umumnya dapat bergelanggang secara serius dalam bidang ilmu kita masing-masing kerana membikin daulah memerlukan kepakaran dari seluruh bidang keilmuan.

Kalaulah dari Mesir contohnya bakal mengeluarkan 50 orang pemegang PhD al-Azhar al-Syarif dan 50 orang doktor pakar dalam bidang perubatan..

Alangkah cerahnya masa depan pemerintahan Islam di Malaysia sehari dua lagi.

Monday, May 11, 2009

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar


Itu sahaja kalimah yang mampu saya ucapkan dalam deraian air mata atas keputusan yang Allah takdirkan buat kita semua. Syukur pada Allah atas sahnya YB Nizar sebagai Menteri Besar Negeri Perak. Tuhan. Besarnya nikmatmu. Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahil Hamd.

Ya Allah. Kuatkanlah kami agar kami akan menjadi waqaf buat agama Islam dan perjuangan suci ini.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahil Hamd

Prof Dr. Ali Jum`ah (Mufti Mesir) - Menolak Hadith Dhaif Adalah Bid`ah. AlBani Melakukan Kesilapan Dalam Manhaj Hadith.

Mungkin ramai tak berkesempatan untuk mendengar pengajian seorang tokoh yang cukup disegani keilmuannya. Beliau adalah Fadhilat al-Syaikh Dr. Ali Jum`ah. Saya mengajak para pendengar yang cukup tebal dengan pegangan "Hadith Dhaif adalah ditolak" mendengar ucapan ulama besar. Rasanya ilmu beliau semestinya jauh lebih dalam daripada MAZA atau mana-mana orang yang mendakwa mereka di atas manhaj salaf yang menjadi tokoh dan ikutan salafi hari ini.

Cuma maaf sebab pengajian ini dalam bahasa Arab tanpa alih bahasa. Tapi kawan-kawan yang terkesan dengan al-Wahhabiyyah insyaallah pandai berbahasa Arab kerana mereka mampu untuk terus mencari hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah di samping untuk mengkaji darjat sesuatu hadith sebagaimana yang diceburi oleh para mujtahid sahaja satu ketika dahulu.

Maaf pada semua kalau tak bersetuju dengan tindakan saya yang banyak membincangkan kecelaruan Salafiah atau Wahabiah. Saya merasakan peri pentingnya kita membersihkan cara pemikiran muslim agar bertepatan dengan disiplin ilmu Islam yang murni.

Maaf sekiranya saya menyatakan satu kesimpulan bahawa:

masyarakat muslim terkesan dengan Wahabi adalah disebabkan mereka tidak mendalami manhaj ilmu Islam yang betul sebaliknya ingin mendalami Islam secara short term. Lalu jadilah mereka menyangka bahawa mereka adalah ilmuan Islam. Maaf. Mereka adalah ilmuan jadi-jadian.




************

Agar faedah ucapan Mufti Mesir ini dapat dinikmati oleh seluruh pembaca, saya telah membuat beberapa kesimpulan daripada kalam beliau.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat saya paparkan para saudara pembaca hasil daripada syarahan Fadhilat al-Syaikh Prof. Dr. Ali Jum`ah (Mufti Kerajaan Mesir) di atas:

1) Meninggalkan seluruh hadith dhaif adalah BID`AH yang tidak pernah dibuat oleh umat Islam sebelum ini.

2) Hadith Dhaif boleh digunakan dengan beberapa syarat:

• Hadith tersebut tidaklah disandarkan kepada Rasulullah (kita tidak boleh menyatakan bahawa matan hadith tersebut adalah kalam Rasulullah secara yakin 100% kerana hadith tersebut tidak mencapat tahap hadith Sahih atau Hasan)
• Hadith Dhaif tersebut tidak boleh terlalu dhaif
• Tidak ada hadith lain yang membicarakan sesuatu bab melainkan hadith dhaif tersebut.
• Hadith Dhaif tersebut tidak bercanggah dengan perkara-perkara pokok dalam agama Islam
• Hadith Dhaif tersebut adalah digunakan hujah dalam Fadha`il A'mal

3) Fikrah yang dipegang oleh golongan Wahabi hasil daripada idea Syeikh Albani yang mahu agar hadith dhaif dibuang di dalam tong sampah adalah satu pandangan yang BID`AH.

4) Hujah bahawa tokoh ulama berikut menolak hadith dhaif adalah salah sama sekali. Tokoh-tokoh yang dimaksudkan adalah:

• al-Imam al-Bukhari: Beliau sendiri mengarang beberapa buku dan memuatkan hadith-hadith dhaif di dalam buku-buku tersebut seperti kitab al-Adab al-Mufrad.

• Abu Syamah al-Maqdisi: Beliau telahpun mengarang satu buku yang berjudul al-Bahis `Ala Inkar al-Bida' Wa al-Hawadith (الباعث على إنكار البدع والحوادث) telah menggunakan hadith dhaif ketika berhujah.

• Ibnu Hazm al-Zohiri: Kitab al-Muhalla yang dikarang oleh beliau penuh dengan hadith-hadith yang dhaif.

• Abu Bakr bin al-Arabi: Beliau telah berhujah dengan menggunakan hadith dhaif di dalam kitab beliau Ahkam al-Qur`an.

5) Golongan Wahabi berhujah bahawa al-Imam Muslim menyatakan di dalam muqaddimah kitab beliau iaitu Sahih Muslim bahawa hadith dhaif tidak boleh dipakai sama sekali.

Dr. Ali Jum`ah mempersoalkan golongan Salafi/Wahabi mengapa mereka hanya berpegang dengan kalam al-Imam Muslim ini sahaja dan menolak pandangan ribuan para ulama yang lain yang membenarkan berhujah dengan hadith Dhaif. Bagi Dr. Ali Jum`ah, ini tidak lain dan tidak bukan kerana pandangan al-Imam Muslim bertepatan dengan hawa nafsu mereka.

6) Hadith Dhaif adalah diperlukan dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan akhlak dan peribadi yang mulia. Contohnya kita memerlukan:

• Hadith dhaif yang berbunyi:


yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mencintai seseorang di kalangan kamu apabila dia bekerja, dia bekerja dengan penuh tekun.

• Hadith dhaif yang berbunyi:


yang bermaksud: Bersihkanlah halaman rumah kamu semua.

7) Antara contoh hadith dhaif yang digunakan sebagai dalil dalam hukum sesuatu perbuatan adalah seperti:


yang bermaksud: Rasulullah Sallalahu `Alaihi Wasallam melarang daripada menjual hutang dengan bayaran hutang.


yang bermaksud: Setiap hutang yang menyebabkan terhasilnya sebarang keuntungan, maka ia adalah riba

8) Orang yang cuba untuk menyebarkan fahaman bahawa hadith dhaif adalah ditolak sama sekali adalah orang yang jahil.

9) Syeikh Albani telah melakukan pelbagai kesilapan dalam manhaj hadith. Berikut adalah kesilapan beliau:

• 86% daripada pandangan Syeikh Albani terhadap martabat hadith-hadith Rasulullah adalah berubah sama sekali daripada pandanganya yang awal. Sekejap beliau mengatakan bahawa hadith tertentu adalah dhaif kemudia beliau menyatakan bahawa hadith tersebut adalah sahih. Ada hadith yang pada awalnya beliau hukumkan sebagai hadith sahih namun akhirnya beliau menyatakan hadith tersebut adalah dhaif.

• Syeikh Albani telah mempertikaikan al-Bayhaqi, al-Tirmidzi, Ibn Majah, al-Bukhari dan al-Muslim. Namun akhirnya beliau sedar bahawa beliau telah tersilap.

• Syeikh Albani menyatakan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Zubayr al-Makki daripada Sayyidina Jabir adalah hadith yang dhaif kerana Abu al-Zubayr adalah seorang Mudallis. Apabila orang mempertikaikan kenyataan Syeikh Albani dengan menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Zubayr al-Makki daripada Sayyidina Jabir ada di dalam Sohih Muslim, Syeikh Albani menyatakan bahawa beliau tidak kisah dengan Rijal (orang-orang tertentu). Akan tetapi beliau menghukum pula hadith tersebut sebagai hadith yang sahih.

10) Al-Imam al-`Iraqi tidak langsung menyatakan bahawa kitab al-Ihya' yang dikarang oleh al-Imam al-Ghazali adalah haram. (Kitab Ihya' Ulum al-Din mengandungi hadith-hadith yang dhaif). Al-Imam al-`Iraqi hanya menyatakan darjat hadith-hadith di dalam Ihya' Ulum al-Din dengan menyatakan bahawa hadith ini Sahih, hadith ini Hasan, hadith ini Dhaif, hadith ini Kadzib. Al-Imam al-`Iraqi menamakan buku beliau ini dengan nama:


Al-Imam al-`Iraqi sama sekali tidak menyatakan kepada kita bahawa Jangan Membaca Kitab Ihya' Ulum al-Din.


******

Inilah beberapa kesimpulan yang saya dapat petik daripada kalam tokoh ulama al-Azhar yang disegani ini. Semoga bermanfaat buat seluruh pembaca.

Sunday, May 10, 2009

DEBAT AGAMA - Satu Cara Terbaik Buat PAS?


Setiap kali saya berangan-angan untuk membuat draf atau kajian ringkas berkenaan dengan cabaran pelaksanaan Islam di Malaysia, satu isu yang sering bermain di benak saya adalah bangkangan non Muslim terhadap pelaksanaan Islam sebagai dasar kerajaan yang bakal tiba. Mungkin kalau Islam dapat dipraktikkan di Mesir, isu bangkangan non Muslim mungkin tidak akan memberikan kesan yang banyak. Ini berikutan dengan bilangan masyarakat non Muslim di Mesir yang beragama Kristian hanya sekitar 10% sahaja (kalau saya tidak silap).

Namun situasi ini berbeza di Malaysia. Suara non Muslim yang sebahagian mereka tidak bersetuju dengan hadaf dan matlamat PAS untuk mentadbir Malaysia dengan aturan Islam ditambah pula dengan semangat nasionalisme sebahagian masyarakat Melayu yang ditipu oleh UMNO sehingga mereka tidak berkenan untuk menjadikan Islam sebagai pemutus dasar kerajaan menyebabkan bertambahnya peratus bangkangan terhadap hasrat murni PAS yang ingin merajakan Islam.

Kalau antara masalah pelaksanaan Islam di Malaysia adalah bangkangan non Muslim, mengapa secara ideanya kita tidak mengislamkan mereka? Secara idea yang mudah, sekiranya bilangan non Muslim dapat dikurangkan dengan pengislaman mereka, kita sudah semakin senang untuk menjayakan hasrat murni PAS untuk memahkotakan Islam di singgahsananya.

Terlalu idea? Saya hanya ingin mengeluarkan apa yang terpendam dalam benak saya.

Mungkin kita terpaksa menerima hakikat bahawa proses untuk memberikan penerangan kepada non Muslim terhadap Islam adalah kurang. Memang ada tetapi tidak terlalu memberangsangkan. Akhirnya peratus ke arah non Muslim di Malaysia berjumlah 50% daripada seluruh penduduk Malaysia adalah terlalu hampir. (Saya tidak tahu sekiranya hari ini peratus non Muslim sudah berjumlah 50%).

Bagi saya, golongan agamawan khususnya mesti mencuba satu proses yang boleh membawa kepada kesedaran terhadap Islam. Proses yang saya maksudkan adalah PERDEBATAN antara agama-agama di Malaysia secara akademik.

Saya yakin, dengan kebenaran yang dicanang dan didasari oleh Islam, Islam akan memenangi perdebatan tersebut kerana Islam adalah agama kebenaran, bukannya agama rahsia seperti yang berlaku dalam agama Kristian.

Mungkin juga satu cadangan yang molek sekiranya mahasiswa Islam mula dari sekarang untuk mengkaji berkenaan agama Kristian, Budha dan Hindu agar sekiranya ruang untuk perdebatan antara agama dapat dilaksanakan di Malaysia pada masa hadapan, kita ketika itu memang sangat sudah bersedia dan bukannya baru hendak terhegeh-hegeh membuka lembaran buku untuk mencari hujah dalam mempertahankan kebenaran.

Kebenaran adalah segala-galanya. Seluruh individu tidak akan rela untuk membiarkan manusia dihukum dengan kebatilan dan kesesatan. Cumanya setiap agama mendakwa bahawa mereka adalah kebenaran.

Sekiranya perdebatan ini dibuat dan Islam menjuarai kebenaran, maka non Muslim perlu menerima bahawa Islam perlu untuk menjadi pemutus MELAINKAN mereka dapat membuktikan bahawa kebenaran itu bukan pada ISLAM.

Pastinya mereka tidak akan dapat untuk menghalang hukuman riddah contohnya yang dikenakan kepada Muslim yang memeluk Kristian, Budha ataupun Hindu kerana seluruh individu tidak akan rela untuk membiarkan manusia dihukum dengan kebatilan dan kesesatan dan mereka tidak dapat untuk menolak bahawa kebenaran adalah bersama Islam.

Adakah ini satu idea yang baik? Saya budak mentah dalam perjuangan Islam.

Bid`ah-Bid`ah-Wahabi-Wahabi



Saya tak gemar sangat nak menumpukan tajuk ini. Tapi seakan-akan menjadi satu kefarduan semasa untuk menjelaskan kesilapan beberapa pihak dalam memahami disiplin ilmu Usul fiqh terhadap hukum-hakam fiqh. Ada orang membincangkan kesilapan golongan wahabi atau salafi dengan meneliti masalah-masalah fiqh yang ditimbulkan oleh golongan ini. Saya pula ingin mengajak para pembaca memahami metod ilmu usul fiqh secara ringkas berkenaan dengan manhaj ilmu Usul Fiqh berkenaan dengan masalah hukum-hakam.

Bolehkah kita terus merujuk al-Quran dan al-Hadith untuk mencari hukum sesuatu perbuatan. Adakah bila Rasulullah meninggalkan sesuatu perbuatan, maka ini adalah bukti bahawa perbuatan itu adalah haram dan bid`ah.

Saya menyedari tulisan ini bukanlah secara panjang lebar. Semoga dapat menjadi satu batu loncatan untuk para pembaca memahami manhaj dan metod ilmu Usul Fiqh di dalam memahami konsep ijtihad.

Moga bermanfaat.

http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2008/05/kenapa-terlalu-mudah-membidahkan-amalan.html

Saturday, May 9, 2009

Membaca Sadaqallahul `Azim Selepas Membaca Al-Quran Adalah Bid`ah


Dulu saya pernah membaca al-Quran di dalam dewan kuliah di Tanta. Selepas selesai membaca, saya terus menyudahkan bacaan saya dengan Sadaqallahul Azim. Seorang teman warga Arab Mesir terus menegur saya dengan menyatakan "Membaca Sadaqallahul `azim adalah bid`ah kerana Rasulullah tidak melakukannya".

Ini adalah satu contoh situasi yang memperlihatkan kepada kita manusia-manusia mujtahid jadi-jadian. Mereka cukup mudah untuk berlagak bak seorang faqih dan begitu cepat menyatakan bahawa ini adalah bid`ah, haram dan sebagainya.

Dalam tiga empat hari lepas, kami sama-sama membaca surah Ali Imran di hadapan Syeikh Yusri. Bacaan kami akhirnya sampai pada ayat 95 surah berkenaan yang berbunyi:



yang bermaksud: Katakanlah "Sodaqallah" (Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah). Maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid) dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik.

Ketika mengulas ayat ini, Syeikh Yusri menjelaskan bahawa Allah memerintahkan kita untuk mengucapkan 'Sodaqallah'. Beliau bertanya kepada kami "Bilakah waktu yang paling sesuai untuk kita mengucapkan Sodaqallah? Selepas ayah kita selesai berucap, selepas Husni Mubarak selesai memberikan ucapan ataupun yang paling munasabah dan sesuai adalah selepas ayat-ayat Allah dibacakan?"

Beliau menyatakan: "Semestinya waktu yang paling sesuai untuk kita menyatakan Sodaqallah adalah selepas ayat-ayat al-Quran dibacakan".

Saya tersenyum sendirian apabila memikirkan kisah saya yang ditegur apabila mengungkapkan Sodaqallah seusai saya menyudahkan bacaan al-Quran al-Karim.

Rupa-rupanya bukan hanya ada harimau jadian, atau serigala jadian. Ada lagi satu: Mujtahid Jadian.

Ya Allah. Jadikan saya seorang mujtahid yang didasari dengan ilmu bukannya mujtahid jadian. Amin.

Wahabi Dan Sekularisme

Setiap zaman mempunyai pelbagai cabaran yang khusus. Contohnya satu ketika dahulu para ulama Islam berdepan dengan isu Khalq al-Quran (satu pandangan golongan Mu'tazilah yang menyatakan bahawa al-Quran itu makhluk). Hari ini pula umat Islam dilanda dengan pelbagai isu yang membingitkan pemikiran umat Islam. Bagi saya ada dua isu besar yang perlu diselesaikan oleh para mahasiswa pengajian Islam:

Pertama: Isu Wahabi Atau Salafi
Kedua: Isu Mendaulatkan Islam Dalam Negara

Bagi saya ini adalah dua isu utama yang mengakibatkan kekeliruan dalam pemikiran umat Islam.

Kalau isu Wahabi atau Salafi, golongan ini pada hakikatnya ingin mengajak para muslim untuk menilai kebenaran dengan menjadikan pandangan Ibn Taimiah dan Ibn Qayyim sebagai neraca. Sekiranya pandangan ulama Islam bertepatan dengan pandangan dua orang ini, maka pandangan mereka adalah benar. Sekiranya sebaliknya, pandangan para ulama lain akan dianggap sebagai pandangan yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah. Akhirnya wujudnya para mujtahid jadi-jadian hari ini yang mula mempertikaikan pandangan dan ijtihad ulama silam dengan alasan pandangan tersebut bercanggah dengan hadith sahih. Ini satu masalah pemikiran di dalam manhaj dan disiplin fiqh. Habis semua masalah dibid`ahkan dan jadilah orang-orang yang hanya mendengar hadith-hadith Rasulullah sebulan sekali atau setahun sekali berubah menjadi tok faqih yang mengharamkan yang ini dan mengharamkan yang itu.

Masalah kedua pula berkaitan dengan isu mendaulatkan Islam dalam kerajaan. Kalau di Malaysia khususnya, ajaran dan doktrin Sekularisme yang mendodoikan lagu pemisahan agama daripada kehidupan nampaknya sudah lapuk dan tidak laku. Rata-rata masyarakat Malaysia hasil daripada usaha para ulama di Malaysia telah sedar bahawa Islam tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Golongan sekularisme yang bersimbulkan UMNO dan Barisan Nasional sendiri akhir-akhir ini terpaksa menggunakan simbul Islam. Lalu wujudlah istilah Islam Hadhari yang dijangka akan berkubur tidak lama lagi memandangkan Imamnya sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia.


***********

Ini adalah masalah besar yang dihadapi oleh umat Islam hari ini secara umum. Apa yang perlu kita buat?

Perkara-perkara yang di bawah adalah beberapa garis asas yang saya fikir perlu dihadamkan oleh para penuntut ilmu agama khususnya mahasiswa al-Azhar. Namun ini tidaklah bermakna mahasiswa dalam bidang lain tidak boleh menguasainya. Sekurang-kurangnya masyarakat Islam secara umum perlu mengetahui perkara-perkara berikut secara kasar.

Pertama: Menguasai ilmu usul fiqh dengan baik. Dengan ilmu ini, seseorang itu akan mengetahui metod seseorang fuqaha dalam memutuskan sesuatu hukum. Apabila ilmu ini dikuasai, seseorang itu akan merasa malu untuk mengatakan "perbuatan ini adalah bid`ah kerana Rasulullah tidak melakukannya"

Kedua: Mendalami secara dalam beberapa isu fiqh yang diperbesar-besarkan oleh golongan wahabi atau salafi. Contohnya seperti isu sambutan maulid al-Rasul, isu menziarahi maqam Rasulullah, isu tawassul dengan para nabi dan para wali Allah, isu tabarruk dan pelbagai isu yang telah lama selesai tetapi dibangkitkan kembali oleh golongan ini. Mungkin para pembaca akan berpandangan bahawa cadangan kedua ini agak membuang masa. Namun saya berpandangan bahawa golongan al-Azhar perlu menguasainya kerana tanpa penelitian yang teliti dan dalam berkenaan isu ini, masyarakat akan dipupuk terus untuk mempertikaikan ijtihad para ulama silam sedangkan mereka tidak mengetahui konsep ijtihad di dalam Islam.

Ketiga: Para mahasiswa al-Azhar khususnya perlu untuk mendalami secara masak isu ayat-ayat mutasyabihat. Ini kerana golongan wahabi atau salafi sebahagiannya membawa fikrah-fikrah yang pelik sehingga akhirnya membawa kepada mentajsimkan Allah (menyatakan sama ada secara jelas atau kiasan bahawa Allah Taala adalah mempunyai tubuh badan dan anggota), menyatakan bahawa Allah Taala bertempat dan lain-lain isu lagi.

Keempat: Mahasiswa Islam perlu untuk mempersiapkan diri dengan cadangan dan penyelesaian yang membabitkan isu pelaksanaan Islam. Kita mahu dianugerahkan nikmat memerintah Islam dalam keadaan kita bersedia. Persedian itu semestinya membabitkan pandangan-pandangan Islam terhadap isu-isu pemerintahan Islam berdasarkan realiti dan suasana hari ini. Jadikanlah peluang keberadaan kita di timur tengah dan tenaga-tenaga pakar para ulama al-Azhar sebagai pemangkin kepada kajian-kajian ilmiah dalam menghadapi kemenangan akan datang.

**********************

Sebenarnya, sekiranya para mahasiswa mendambakan kejatuhan UMNO dan kebangkitan Islam sebagai pemerintah mutlak, kita sewajibnya menyedari tugas kita selaku mahasiswa pengajian Islam. Bagi saya satu perkara yang sangat malang sekiranya kita begitu bersemangat untuk mendirikan khilafah Islam dan pemerintahan Islam di Malaysia sedangkan kitalah orang yang paling malas dalam mendalami ilmu.

Mahukan kemenangan PAS dan Islam di Malaysia? Sila bertalaqqi dan mendalami ilmu daripada para ulama al-Azhar. Sekiranya anda tetap tidur dan gembira dengan agenda dan aktiviti membuang masa, anda memang cakap banyak dan sengal.

Thursday, May 7, 2009

Mengaghut Bebeno Le UMNO Ni. Ate Kome Pikior Le Sendighi





Memang UMNO Dah Gila

Cara-Cara Untuk Menampar Isteri?

"Apa ni. Gila ker nak ajar orang tampar isteri". "Tak der benda lain ke nak ajar".

Ini mungkin antara persepsi awal para pembaca bila membaca tajuk post kali ini. Sebenarnya saya ingin berkongsi dengan para pembaca apa yang saya timba daripada guru Fiqh al-Syafi`e dan Usul Fiqh saya, Fadhilat al-Syaikh Sayyid Syaltut di Dar al-Ifta' al-Misriyyah (Jabatan Fatwa Kerajaan Mesir) pagi tadi. Hampir 6 tahun saya mendamba ilmu dari sang guru yang cukup ikhlas ini tanpa sesenpun beliau minta dari saya.

Boleh ke menampar isteri?

*********

Pagi tadi selepas habis kelas dengan Syeikh Yusri al-Hasani, saya dan saudara Zahran terus ke Dar al-Ifta' al-Misriyyah untuk bertemu dengan Syeikh Sayyid Syaltut dan bertalaqqi kitab Ghayat al-Bayan yang merupakan salah satu karangan dalam fiqh mazhab al-Imam al-Syafi`i.



Tajuk yang dibincangkan seminggu ini adalah Bab al-Qasm Wa al-Nusyuz (Bab Pembahagian Hari Untuk Para Isteri Dan Nusyuz).

Hari ini kami membincangkan perihal pandangan Islam terhadap tindakan memukul isteri.

Di dalam kitab Ghayat al-Bayan yang ditulis oleh Syamsuddin al-Ramli (anak kepada Syihabuddin al-Ramli), beliau menyatakan bahawa seseorang isteri sama sekali tidak boleh dipukul dan disakiti melainkan apabila si isteri berlaku nusyuz (ingkar kepada arahan si suami)

Nusyuz di dalam fiqh mazhab al-Syafi`e hanya berlaku apabila si isteri melakukan dua perkara:

1) Keluar rumah tanpa izin si suami

2) Tidak ingin melakukan hubungan kelamin sedangkan si isteri tidak ada mempunyai sebarang keuzuran.

Ini bermakna apabila si isteri memukul si suami, bermasam muka dengannya, mencacinya dan sebagainya, wanita ini tidak dinamakan sebagai wanita yang nusyuz sekalipun dia berdosa kepada Allah Taala.


Apa Akan Berlaku Apabila Seseorang Isteri Menjadi Nusyuz?

Apabila si isteri telah melakukan salah satu atau kedua-dua perkara di atas, dia telah menjadi nusyuz lalu si suami berhak (bukan wajib) melakukan perkara-perkara di bawah:

1) Si suami dibenarkan oleh Islam untuk tidak bermalam di rumah isteri tersebut sekiranya si suami berpoligami

2) Si suami boleh untuk tidak memberikan nafkah kepada si isteri sehinggalah si isteri bertaubat dan tidak mengulangi 2 kesalahan tersebut

3) Si suami berhak untuk mengasingkan diri daripada tidur bersama dengan si isteri.

4) Suami juga boleh memukul si isteri.

****************

Saya ingin menarik perhatian pembaca kepada perkara keempat iaitu MEMUKUL SI ISTERI.

Berikut adalah beberapa kesimpulan daripada kitab Ghayat al-Bayan dan huraian daripada Fadhilat al-Syaikh Sayyid Syaltut al-Syafi`e berkenaan tajuk ini:

1) Si suami boleh memukul si isteri sekiranya wujud syarat-syarat berikut:

* si suami merasai dengan satu sangkaan yang kuat (dzan) bahawa si isteri akan berubah dan bertaubat daripada nusyuznya sekiranya dia dipukul. Sekiranya si suami menyedari dengan sangkaan yang kuat bahawa pukulan terhadap isterinya tidak akan menyebabkan si isteri kembali insaf, si suami DIHARAMKAN daripada memukul isteri yang nusyuz ini

* si suami DIHARAMKAN daripada memukul si isteri di wajah si isteri. Jelas sekali perbuatan menampar isteri adalah diHARAMKAN oleh Islam

* si suami tidak boleh memukul si isteri dengan pukulan yang mengakibatkan kesan seperti lebam, luka, patah dan sebagainya. Ini kerana tujuan Islam membenarkan si suami memukul isterinya adalah untuk mendidik bukannya untuk mencederakan ataupun membalas dendam dan melepaskan geram.

2) Sekiranya berlaku sebarang kecederaan pada tubuh si isteri hasil daripada pukulan suami, suami akan dihukum oleh Qadhi (pihak pemerintah) atas kecuaiannya dalam menggunakan pukulan terhadap si isteri.

3) Sekalipun Islam membenarkan si suami untuk menggunakan pukulan bagi mendidik si isteri, namun tindakan yang paling baik adalah TIDAK MEMUKUL ISTERI SAMA SEKALI. Ini adalah kerana Rasulullah Sallalahu `Alayhi Wa Alihi Wasallam sama sekali tidak pernah memukul isteri-isteri baginda. (Selawat dan Salam serta kerinduan buat manusia agung ini)

4) Sekiranya si isteri tidaklah menjadi nusyuz (dia tidak melakukan dua perkara di atas)tetapi dia sering menyakiti hati suaminya sama ada seperti memukul si suami(seperti yang berlaku di Mesir), bermasam muka dengan suaminya, sering mencaci dan memalukannya, maka dalam keadaan ini si suami DIHARAMKAN daripada memukul si isteri. Hak memukul hanya apabila si isteri melakukan salah satu atau kedua-dua perbuatan di atas. Si suami hanya perlu menasihati si isteri agar takutkan azab Allah kerana tindakannya yang mengguris hati si suami. Selepas itu suami hanya ada dua pilihan sekiranya si isteri tetap berdegil dan meneruskan tindakannya yang mengguris hati suami; sama ada si suami terus bersabar menerima ujian isteri yang berdosa ini atau si suami menceraikannya demi untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.

******

Maha Suci Allah yang menurunkan Islam sebagai Rahmat Buat Seluruh Alam. Begitu sekali Islam menghormati wanita. Isteri adalah amanah, bukannya timpat singgahan amarah. Si isteri adalah tempat menghibur si suami. Maka kerana si isteri adalah lemah fizikalnya, Allah menjadikan suami sebagai dahan tempat dia bergantung.

Kalaulah para muslim menghayati keindahan ini... Kalaulah non muslim terdetik hatinya apabila melihat betapa agungnya Islam kami ini.. Kalaulah....Kalaulah...

Kenapa Para Ulama Dari Golongan Ahlul Bayt Tidak Tersenarai Di Kalangan Perawi Al-Imam Al-Bukhari?



Hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca ilmu yang saya dapat timba daripada Fadhilat al-Syaikh Yusri al-Hasani selepas Subuh tadi di Masjid al-Asyraf di Muqattom.

Beliau mengemukakan soalan di atas kepada kami. Kenapa para ulama dari kalangan keluarga Rasulullah seperti al-Imam Jaafar al-Sodiq tidak tersenarai di kalangan para perawi hadith Rasulullah yang dimuatkan di dalam Sahih al-Bukhari contohnya?

Satu sebab yang sangat kena dengan suasana politik ketika itu.

Fadhilat al-Syaikh Yusri al-Hasani menjelaskan kepada kami bahawa para ulama dari ahli keluarga Rasulullah pada zaman Umawiyyin dan Abbasiyyin adalah hidup dalam suasana yang menyedihkan. Mereka ditangkap, tidak dibenarkan untuk mengadakan pengajian kerana pemerintah ketika itu sangat takut kepada pengaruh Ahlul Bayt. Mereka takut kerajaan yang dipegang oleh mereka akan beralih kepada ahli keluarga Rasulullah. Atas sebab itulah menjadi satu kebiasaan pada zaman itu untuk menyudahkan khutbah Jumaat dengan menghina dan mencaci ahli keluarga Rasulullah.

Namun zaman telah berubah. Hari ini kebanyakan para ulama adalah dari kalangan Ahlul Bait. Antara para ulama al-Azhar yang merupakan keturunan Sayyidul Mursalin adalah Prof Dr Sa`ad bin Sa'd Jawish al-Husaini, Dr. Ahmad Toyyib, Dr. Yusri al-Hasani, Dr. Jamal Faruq dan lain-lain.

Kata Dr. Yusri:

"Rasulullah pernah bersabda: ((Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengan kedua-duanya selama-lamanya; Kitab Allah dan `Itrati iaitu ahli keluargaku)). Selama hampir 600 tahun ahli keluarga Rasulullah dianiaya dan dizalimi oleh para pemerintah. Namun akhirnya ramalan Rasulullah terbukti pada hari ini apabila kebanyakan ulama hari ini adalah dari kalangan ahli keluarga Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Alihi Wasallam.

************

Syukur padaMu tuhan yang menjadikan kami di kalangan Ahl al-Sunnah yang mencintai ahli keluarga Rasulullah dan mencintai para sahabat Rasulullah seluruhnya. Ya Allah matikan kami dalam cinta ini.