Saturday, May 9, 2009

Membaca Sadaqallahul `Azim Selepas Membaca Al-Quran Adalah Bid`ah


Dulu saya pernah membaca al-Quran di dalam dewan kuliah di Tanta. Selepas selesai membaca, saya terus menyudahkan bacaan saya dengan Sadaqallahul Azim. Seorang teman warga Arab Mesir terus menegur saya dengan menyatakan "Membaca Sadaqallahul `azim adalah bid`ah kerana Rasulullah tidak melakukannya".

Ini adalah satu contoh situasi yang memperlihatkan kepada kita manusia-manusia mujtahid jadi-jadian. Mereka cukup mudah untuk berlagak bak seorang faqih dan begitu cepat menyatakan bahawa ini adalah bid`ah, haram dan sebagainya.

Dalam tiga empat hari lepas, kami sama-sama membaca surah Ali Imran di hadapan Syeikh Yusri. Bacaan kami akhirnya sampai pada ayat 95 surah berkenaan yang berbunyi:



yang bermaksud: Katakanlah "Sodaqallah" (Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah). Maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid) dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik.

Ketika mengulas ayat ini, Syeikh Yusri menjelaskan bahawa Allah memerintahkan kita untuk mengucapkan 'Sodaqallah'. Beliau bertanya kepada kami "Bilakah waktu yang paling sesuai untuk kita mengucapkan Sodaqallah? Selepas ayah kita selesai berucap, selepas Husni Mubarak selesai memberikan ucapan ataupun yang paling munasabah dan sesuai adalah selepas ayat-ayat Allah dibacakan?"

Beliau menyatakan: "Semestinya waktu yang paling sesuai untuk kita menyatakan Sodaqallah adalah selepas ayat-ayat al-Quran dibacakan".

Saya tersenyum sendirian apabila memikirkan kisah saya yang ditegur apabila mengungkapkan Sodaqallah seusai saya menyudahkan bacaan al-Quran al-Karim.

Rupa-rupanya bukan hanya ada harimau jadian, atau serigala jadian. Ada lagi satu: Mujtahid Jadian.

Ya Allah. Jadikan saya seorang mujtahid yang didasari dengan ilmu bukannya mujtahid jadian. Amin.

49 comments:

Bohemian Virtuoso. said...

Hehe.

Dlm wahabi pun ade wahabi jadian,
salafi jadian, bkn mujtahid aje.

Ustaz, tak bestla sy tgk ustaz bertepuk-tampar seblah tangan aje ni.

Ape kate kalo ustaz usyar website ni.

www.al-fikrah.net

Forum mereka2 yg bermanhaj salafussoleh @ahli sunnah waljamaah.

Kalo betulla ustaz2 moderator kt forum tu mujtahid-jadian, sy mohon ustaz beta dorg. hehe

Bkn nak laga2kan ustaz dgn dorg.
Tp sy pun nak nilai, mane 1 benar mane 1 tak benar.
Btepuk tampar sorg2 ni mungkin tak menghalakan kte kpd kebenaran.

Cumenye, suke sy pada slogan PAS, PAS untuk semua dan islam untuk semua.

Kalo ade sahabat2 yg bkn dr kuliah agama nak mendalami agama, ape salahnye pandukan die.
Tak elok perangai bolot sorg2 ni.
Kenapa ditekankan sgt sifat taklid tu? Kenapa tak dibuka peluang utk berbincang?

Dan kenapa harus ustaz melabel org yg tak sefahaman sbg mujtahid jadian?

Kalo pendapat yg berbeza tu same kuat same kukuh, tak ke tu da masuk perkara khilaf?

Mmg mujtahid tak boleh ikut pdapat mujtahid laen. Tp kalo org awam yg dilabel mujtahid jadian tu ikut pendapat yg ustaz tak biasa, kenapa tak boleh dihormati?

Sy fikir, dlm isu wahabi,anti wahabi ni, kte perlu keluar dr dilema tu.

Mcm mane nak keluar?
Benarkan perbincangan scara ilmiah,
tanpa mengira sape yg berbincang,
nilaila bdasarkan hujah dan ilmu,
bkn bdasarkan tokoh pangkat darjat fakulti ahli yg berbincang tu.

Mcm mane nak keluar lagi?
da kalo due2 pndapat kuat, hormat je la. Ape bleh buat.

Sy meramal Ustaz akan mjadi ssorg yg bguna, paling kurang pun utk Dewan Ulama PAS, itu paling kurang la. Semoga bakal ketua dewan ulama kte bleh berbakti lebih drp PAS, bahkan sume umat islam. Mcm Ustaz Harun Taib, lebih dr PAS.

Bab sekular, sy bersama ustaz.

Bilo kok buleh makan masokan minangkabau ostad? hehe.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Mungkin Peng tak jelas isu pokok yang saya ingin bincangkan. Cuba Peng baca tulisan saudara nazrul tentang isu ini:
http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/05/adakah-wajib-berpegang-dengan-mazhab.html

Hairul Nizam Mat Husain said...

Peng nak belajar agama. Tidak ada sesiapa yang menghalang. Tetapi untuk mendalami ilmu agama Islam bukanlah dengan masa yang singkat. Saya sendiri sudah 9 tahun. itupun masih banyak yg kita tak tahu. Mungkin saya perlu timba lagi ilmu di mesir ini sekitar 5 atau 10 tahun lagi..

Maka menjadi satu kecacatan untuk kita menjadi seperti seorang yang boleh berbicara seenaknya dalam Islam sedangkan kita belum mendalaminya

yasir said...

salam.

bosan la isu wahhabi. dr muhammad said ramadhan al-buti yg sangat tidak wahhabi pun ada keluar fatwa tak wajib ikut mazhab empat tu. dia juga ada keluarkan fatwa tidak ada bid'ah hasanah. boleh search fatwa tu. mazhab org awam ialah mazhab org yg ditanya.

ust ade belaja usul bida'?

Hairul Nizam Mat Husain said...

Mahu berpegang dengan pandangan mana-mana mujtahid, silakan kerana selagi masalah itu adalah masalah khilaf, maka perkara tersebut akan tetap menjadi masalah khilaf sampai hari kiamat. Saya tidak bersetuju sekiranya ada orang yang hanya ingin memaksa masyarakat hanya berpegang dengan mazhab al-Imam al-Syafi`e. Khilaf itu adalah rahmat.

Buku dr. Muhammad Said Ra,adham al-Buti "Alla Mazhabiyyah" sangat baik itu kita hadamkan. Begitu juga buku karangan beliau yang berjudul:
السلفية مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي

Dua kesalahan dari sudut manhaj fiqh:

1) memaksa manusia untuk menerima satu pandangan fiqh sahaja sedangkan dalam masalah tersebut berlaku perbezaan pandangan para ulama terhadap hukum perkara tersebut. Tindakan untuk memaksa manusia menjadikan masalah khilaf seakan-akan masalah Ijmak adalah salah.

2) Individu yang tidak sampai ke tahap Ijtihad bersikap seolah-olah mereka adalah mujtahid. Mereka terus mengeluarkan pandangan mereka terhadap hukum sesuatu perbuatan mukallaf tanpa mereka merujuk ijtihad para fuqaha. Menjadi satu kesalahan dalam manhaj dan disiplin ilmu Islam apabila seseorang yang bukan mujtahid mengeluarkan hukum berdasarkan kefahaman mereka dengan cra terus meneliti dalil-dalil syarak.

Wallahu A'lam

yasir said...

berlapang dada dlm khilaf dlm fiqh yg muktabar, bertegas dlm masalah akidah.

boleh baca tulisan Dr MAZA tentang perkara ni di drmaza.com

khilaf fiqh bukan semuanya muktabar, tiada fiqh yg layak diistinbat dari riwayat2 yg batil, munkar dan maudhu.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Betul Yasir.

Tetapi apabila perkara tersebut berlaku khilaf di sisi ulama tanpa didahului dengan Ijma mereka terhadap satu pandangan, itu adalah bukti bahawa masalah itu adalah khilafiyah. Khilaf fiqh yang tidak muktabar apabila ia adalah khilaf yang datang selepas wujudnya ijmak. Contohnya pandangan Imam Ibn Taymiah yang mendakwa berlakunya Ijma sedangkan masalah tersebut bukanlah masalah ijmak adalah contoh pandangan yg tidak muktabar.

Betul. Kita kena bertegas dalam masalah aqidah sekiranya ada pandangan2 aneh yang membawa kepada bertempatnya Allah Taala atau membawa kepada Allah mempunyai anggota badan seperti muka, tangan dll.

Kalaulah saudara Yasir dapat mengemukakan kepada saya satu masalah fiqh yang diceduk dan diambil hukum daripada dalil yang munkar, maudhuk dan batil secara ittifaq seluruh para ulama Islam....
Adakah dalil itu hanya quran dan hadith? Apa erti dalil yang saudara faham?

ghuraba' said...

assalamualaikum..

jadi.adakah membaca صدق الله العظيم setiap kali selesai tilawah dikira...

1)bida'ah hasanah?
(berdasarkan hadith "man sanna sunnatan hasanatan.."

atau

2)sunnah Rasulullah SAW..

yasir said...

tidak perlu bincang apa itu dalil di sini. kalau sumber yg sama tetapi pemahaman yg berbeza pun tak kemana.

lebih baiklah mengikut kefahaman salaful ummah, yg telah mendapat 'cop sirim' daripada Allah dan Rasul.

saya tak mahu berbincang bab ni. perbincangan akidah kita masih belum selesai. saya masih menanti reply ustaz utk komen saya dlm perbincangan panjang tentang akidah pada entri yg dulu tu.

dulu ustaz suruh e-mail nak bincang pasal akidah. saya dah e-mail lama dah, saya masih menanti reply dari ustaz. YM tu kalau add tapi tak nak reply mesej, serupa tak payah add kan?

ok, dah magrib.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Yasir. Saya dalam kalut nak exam. Saya dah sebut saya akan siapkan kajian berkenaan dengan isu aqidah yg kita bincang sebelum ini selepas saya selesai exam.

Itu janji saya dalam masalah ayat-ayat mutasyabihat. Moga dapat bersabar. Li Kulli Maqam Maqal.

Dalam isu feqh dan ijtihad fuqaha, saya memang dalam bahagian ini. Pengkhusussan saya pun memang dalam bidang Usul fiqh.

Yang tengah dibincang hari ini adalah masalah fiqh.

Bila begitu saudara Yasir perlu jelas apa itu dalil.

Saya mengamati bahawa saudara ingin menyatakan kita wajib berpegang dengan ijtihad ulama salaf. Adakah ini bermakna kita diharamkan berpegang dengan ijtihad ulama yang terkemudian?

Dan adakah saudara Yasir ingin mendakwa bahawa kalam ulama salaf atau sahabat adalah hujah dalam masalah fiqh.?

Wah.. Saudara sedang membincangkan satu isu yang merupakan pengkhususan saya iaitu ilmu Usul Fiqh

Bohemian Virtuoso. said...

Yasir, bg laluan dlu kt ustaz hairul utk exam. insyaallah najah.

yasir said...

saya tak kata salah ikut ijtihad baru. fiqh boleh berubah ikut keadaan, masa, tempat..fiqh juga ada tajdid di dalamnya. tetapi tidak ada bermaksud menambah ibadah/syari'at yg baru.. saya percaya ust lagi pakar bab2 ni.

ok, exam. exam maksudnya tak payahlah provoke2 orang. saya rasa ustaz, bila nak exam buat lah post mintak maaf kat semua ke, kot ada salah-silap, mintak tolong doakan kejayaan ke. saya rasa je la. kot2 ust rasa cam lain, tak tau la pulak.

saya sangat tak setuju bila ustaz kata wahabi begini dan begitu, salafi begini dan begitu. kalau pun ustaz ada jumpa sorang dua, tiga, empat puluh orang wahabi/salafi yg macam tu, jangan main pukul rata anggap semua macam tu. setiap perkataan yg kita tujukan kepada orang, itu semua dipersoalkan.


ok ustaz, semoga mumtaz ustaz. jangan tension2.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Menambah ibadat/syariat yang baru? Berat kes ni. Ada ke orang menambah ibadat dan syariat yang baru? Atau yang dibuat adalah satu adat yang diniatkan kerana Allah lalu menjadi ibadat sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama?

Betul tak saya sebut: dua kesilapan yang sering dibuat oleh wahabi:

1) paksa orang utk ikut satu pandangan tertentu

2) berijtihad sedangkan mereka bukan ahli ijtihad.

Mengapa wahabi @ salafi mengajar sahabat saya di tanta itu untuk cepat mengatakan itu bid`ah dan ini bid`ah.

yasir said...

bergantung. memang ada orang semangat lebih. terutama bila baru lagi. tapi main pukul rata bukan sesuatu yg bijak. cuba ustaz bergaul dengan mereka lebih sikit. pergi lepak dgn mereka yg melazimi majlis ilmu, nilai dgn adil. cuba memahami.

contoh, bila kita kata tidak ada dalil yg sahih dlm bab galakan potong kuku hari jumaat. terus orang kata kita dakwa potong kuku hari jumaat bid'ah. apa kes?

bukannya kita larang potong kuku hari jumaat, kita cuma kata tidak ada galakan potong hari jumaat, awak nak potong hari apa pun, senin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad, potong lah bila2, bila dah panjang.



saya ulang lagi ust. cuba ustaz bergaul dengan mereka lebih sikit. pergi lepak dgn mereka yg melazimi majlis ilmu, nilai dgn adil. cuba memahami.

hanya cadangan je. kalau rajin. supaya kita tak hidup syok sendiri, tanpa keluar daripada tempurung.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Maknanya tidak berlaku isu menambah syariat kan?

Dan pandangn orang yang mengatakan suatu perkara yang tidak dibuat oleh Rasulullah sebagai satu benda yang bid`ah adalah satu benda yang salah kan?

Adakah itu pandangan saudara? Semoga apa yang saya sangka adalah betul.

Manhaj wahabi bukan sekadar diambil daripada pengajian-pengajian yang dibuat oleh mereka. Kitab-kitab yang ditulis juga adalah bukti yang baik dalam menyatakan pendirian mereka.

Saya juga menjemput saudara untuk datang ke al-Azhar dan mendengar kupasan para ulama al-Azhar yang cukup masak dalam bidang fiqh dll. Saudara juga dicadangkan untuk membaca pandangan Mufti Mesir, Dr. Ali Jum`ah yang tidak ditolak lagi ketinggian ilmu beliau khususnya dalam masalah fiqh dan Usul fiqh. Saya cadangkan saudara membaca buku ulama ini yang berjudul al-Bayan.

Moga-moga kita berada di bawah naungan ilmu para ulama silam seperti al-Suyuti, Ibn Hajar al-Asqalani dan Ibn Hajar al-Haitami yang telahpun mewarisi disiplin ilmu Islam dalam karangan mereka yang tersemat kukuh di dalam dada para ulama al-Azhar.

Moga-moga kita tidak berada dalam tempurung jadian

yasir said...

suatu perkara yang tidak dibuat oleh Rasulullah dan kita buat, boleh jadi bid'ah dan boleh jadi tidak. bergantung la. boleh ngaji usul bida'.

tidak mengapa kreatif dlm hal2 duniawi, tetapi dlm ibadah , bak kata ibn mas'ud radhiyallahu 'anhu:

اتبعوا ولا تبتدعوا، فقد كُفِيتم؛ فإن كل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة

"ikutlah, dan jangan mengada-adakan perkara yg baru, nescaya yg demikian itu dah mencukupi. kerana sesungguhnya setiap perkara baru (dlm ibadah) itu bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat" [HR ad-darimi dgn sanad yg sahih, sharh sunnah li al-baghawi]


ps: as-suyuti dlm tafsir jalalain, tafsir surah taha ayat 5, beliau kata Allah istiwa atas 'arasy sesuai dgn kemuliaanNya. camne tu ust?

Hairul Nizam Mat Husain said...

اتبعوا ولا تبتدعوا، فقد كُفِيتم؛ فإن كل محدثة بدعة، وكل بدعة ضلالة

Boleh jelaskan:

Pertama: Anda kata ini kalam Sayyidina Ibn Mas`ud. Adakah kalam para sahabat Nabi hujjah dan wajib untuk kita pegang?

Kedua: Anda sebut فإن كل محدثة بدعة
dan anda terjemahkan:

kerana sesungguhnya setiap perkara baru (dlm ibadah) itu bid'ah,

Kenapa anda mengkhususkan dalam penterjemahan teks di atas dengan: "bid`ah hanya pada ibadah" sedangkan kalam Ibn Mas`ud di atas tidak pula mengkhususkan pengharaman bid`ah pada ibadah sahaja. Kenapa anda tidak mengumumkan bid`ah adalah haram pada ibadah dan bukan ibadah?

Bukankah ada kaedah yang berbunyi: التخصيص بدون مخصص باطل

Ketiga: Anda menterjemahkan kalimah Kull dengan semua.

Saya minta penjelasan: Adakah Kull dalam teks di atas Kull untuk Majmu' atau Kull untuk Jami'. Bukankah Kull di dalam bahasa Arab mengandungi salah satu daripada dua makna ini?

Keempat: Anda mendatangkan kalam Imam Suyuti berkenaan dengan ayat mutasyabihat. Saya dah terangkan sebelum ini pandangan ulama Islam berkenaan ayat mutasyabihat kepada dua golongan. Tafwidh dan Takwil. Tapi anda tak terima yang kedua. Insyaallah isu ayat mutasyabihat satu isu yang saya akan cuba buat kajian terperinci mengenainya.

Walau bagaimanapun, tidak ada seorangpun di kalangan umat ini yang mendakwa bahawa zat Allah berada di atas arasy sebagaimana zat anda berada di atas kerusi.

Kita bincang khusus ya dalam isu ayat mutasyabihat ini akan datang selepas saya habis exam.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Yasir. adakah pandangan saudara akan berubah sekiranya saya menyatakan bahawa Ibn Kathir, murid Ibnu Taimiah pernah mentakwil ayat berkenaan dengan dzat Allah?

Anda kata takwil ni salah dan haram. Kalau Ibn Kathir, murid Ibnu Taimiah pula yang takwil, macam mana pula hukumnya?

Hairul Nizam Mat Husain said...

Disebut di dalam al-Sirah al-Halabiah satu keterangan yang berkenaan dengan tajuk bid`ah ini. Saya tidak bercadang untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu kerana sepatutnya orang yang ingin memahami kalam Allah dan Rasul perlulah memahami bahasa Arab dengan baik. Memahami kalam Allah dan Rasul bergantung kepada kefahaman bahasa Arab. Orang yang tidak mahir dalam bahasa Arab tidak layak untuk membicarakan kehendak Allah dan kehendak Rasul.

ومن الفوائد أنه جرت عادة كثير من الناس إذا سمعوا بذكر وضعه صلى الله عليه وسلم أن يقوما تعظيما له صلى الله عليه وسلم وهذا القيام بدعة لا أصل لها أي لكن هي بدعة حسنة لأنه ليس كل بدعة مذمومة وقد قال سيدنا عمر رضي الله تعالى عنه في إجتماع الناس لصلاة التراويح نعمت البدعة وقد قال العز ابن عبد السلام إن البدعة تعتريها الأحكام الخمسة وذكر من أمثلة كل ما يطول ذكره ولا ينافى ذلك قوله صلى الله عليه وسلم إياكم ومحدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة وقوله صلى الله عليه وسلم من أحدث في أمرنا أي شرعنا ما ليس منه فهو رد عليه لأن هذا عام أريد به خاص فقد قال إمامنا الشافعي قدس الله سره ما أحدث وخالف كتابا أو سنة أو إجماعا أو أثرا فهو البدعة الضلالة وما أحدث من الخبر ولم يخالف شيئا من ذلك فهو البدعة المحمودة وقد وجد القيام عند ذكر إسمه صلى الله عليه وسلم من عالم الأمة ومقتدى الأئمة دينا وورعا الإمام تقي الدين السبكى وتابعه على ذلك مشايخ الإسلام في عصره فقد حكى بعضهم أن الإمام السبكي اجتمع عنده جمع كثير من علماء عصره فأنشد منشد قول الصرصري في مدحه صلى الله عليه وسلم

قليل لمدح المصطفى الخط بالذهب
على ورق من خط أحسن من كتب
وأن تنهض الأشراف عند سماعه
قياما صفوفا أو جثيا على الركب

فعند ذلك قام الإمام السبكي رحمه الله وجميع من في المجلس فحصل أنس كبير بذلك المجلس ويكفى مثل ذلك في الإقتداء

وقد قال ابن حجر الهيتمي والحاصل أن البدعة الحسنة متفق على ندبها وعمل المولد وإجتماع الناس له كذلك أي بدعة حسنة ومن ثم قال الإمام أبو شامة شيخ الإمام النووي ومن أحسن ما ابتدع في زماننا ما يفعل كل عام في اليوم الموافق ليوم مولده صلى الله عليه وسلم من الصدقات والمعروف وإظهار الزينة والسرور فإن ذلك مع ما فيه من الإحسان للفقراء مشعر بمحبته صلى الله عليه وسلم وتعظيمه في قلب فاعل ذلك وشكر الله على ما من به من إيجاد رسوله صلى الله عليه وسلم الذي أرسله رحمة للعالمين هذا كلامه

قال السخاوي لم يفعله أحد من السلف في القرون الثلاثة وإنما حدث بعد ثم لا زال أهل الإسلام من سائر الأقطار والمدن الكبار يعملون المولد ويتصدقون في لياليه بأنواع الصدقات ويعتنون بقراءة مولده الكريم ويظهر عليهم من بركاته كل فضل عميم قال ابن الجوزي من خواصه أنه أمان في ذلك العام وبشرى عاجلة بنيل البغية والمرام

وأول من أحدثه من الملوك صاحب أربل وصنف له ابن دحية كتابا في المولد سماه التنوير بمولد البشير النذير فأجازه بألف دينار وقد استخرج له الحافظ ابن حجر أصلا من السنة وكذا الحافظ السيوطى وردا على الفاكهاني المالكي في قوله إن عمل المولد بدعة مذمومة

yasir said...

salam.

pertama, saya terjemah mcm tu utk org yg awam yg tak faham. supaya mereka tahu bid'ah dari segi istilah itu hanya dlm masalah agama. supaya mereka tak terpengaruh dgn fahaman sempit orang2 yg kata "habis kumpul al-qur'an pun bid'ah? habis buat penjara pun bid'ah? bahagikan ilmu kepada disiplin2 tertentu seperti fiqh, tafsir, nahu sorof, dll pun bid'ah?" dan macam2 kiasan2 mereka.

kerana nabi sendiri kata 'man ahdatha fi amrina hazha fa huwa raddun'. sy ulang, nabi kata 'fi amrina hazha'. jangan la sempit sgt dakwa kita kata kumpul qur'an pub bid'ah.

kalam sahabat ialah tafsiran terbaik utk kalam nabi, selagi tidak bertentangan dgn kitab dan sunnah, atau ditentang oleh sahabat yg lain. atau ust percaya kalam pengarang sirah halabiyah itu lebih baik drp kalam abdullah ibn mas'ud seorang faqih sohabiyy?? atau ust menafikan keistimewaan qurun al-mufaddolah dari generasi sahabat sampai tabi' tabiin?

dan buat pengetahuan semua, bahagian kedua kalam ibn mas'ud tu adalah daripada sabda nabi sendiri.

kedua, cuba ust aplikasikan kedua2 maksud 'kull' tu, kami nak tengok apa jadinya.

ketiga, bab2 bid'ah hasanah ni pun tak habis lagi? sebab tu saya tanya dulu, ada belajar usul bida' tak? boleh rujuk fatwa ulamak tidak wahabi iaitu muhammad sa'id ramadhan al-bouti tentang tidak wujudnya bid'ah hasanah bahkan semua bid'ah dhalalah di laman webnya di sini
http://www.bouti.net/fatawas.php?PHPSESSID=2b90be2de9b7fe90581ebfaadb47f693&id=2423

bacalah al-i'tisom oleh as-syatibi.

kita hendaklah membezakan antara bid'ah dari segi lughah dan istilah. baru boleh faham. kalau macam tu, cuba ust jelaskan, kenapa an-nawawi yg kata tambahan 'wa barakatuh' pada rukun salam di akhir solat itu bid'ah? bukankah ia nampak baik?kenapa an-nawawi kata solat raghaib itu bid'ah yg buruk lagi mungkar? bukan ke baik nak beramal banyak2?

keempat, ust kaji dulu akidah ulamak2 salaf, imam2 mazhab, dan imam2 hadis dari zaman sahabat sampai sekarang. tafwidh itu hanya pada kaif, tidak pada makna.

kelima, bab takwil. siapa yg mengaji bab ni akan tahu ada takwilan yg dicela dan ada yg dipuji. takwilan ibn kathir itu adalah takwilan berdalil, bil athar, bukan dgn akal fikiran. ini isu lama ustaz.

ust ada baca akidah al-wasitiyyah oleh ibn taimiyyah? dia sebut kita kena terima sifat Allah tanpa ta'til, tahrif, takyif, dan tamthil. dia tak sebut tanpa takwil pun. kenapa? sebab saya dah jelaskan sebentar tadi. faham betul2 makna takwil.

ok, saya ada kelas. esok lusa dan tulat saya sangat sibuk juga. kalau ust memaksa saya utk reply apa2 sebelum ust benar2 jelas masalah ini, terutamanya masalah akidah dan bid'ah, ust memang membuang masa saya.

selamat exam. salamun alaykum.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Kesian. Memaksa manusia untuk mengikut pandangan sebahagian ulama dan menghalang manusia untuk mengikut pandangan ulama lain. Semua yang bertepatan dengan Ibnu Taimiah adalah betul. Semua yang bercanggah dengan Ibn Taymiah adalah salah. Imam Nawawi betul kalau sesuai dengan Ibn Taimiah. Imam Nawawi salah kalau bercanggah dengan Ibn Taimiah.

yasir said...

link al-bouti di atas tu terputus bagi pengunjung yg view melalui comment page. sila tambahkan nombor '3' di hujung link.

bagi sesiapa yg view melalui page asal, tak ada masalah insyaAllah.

ps: bahagian akhir link tu ialah: =2423

bukan =242

Hairul Nizam Mat Husain said...

Sayyidina Umar yang mengadakan solat tarawih berjemaah yang kata ini adalah sebaik-baik bid`ah....macam mana pula. Nabi tak buat pun sembahyang tarawih berjemaah.

Sahabat Rasulullah yang menambah zikir selepas i'tidal sedangkan Rasulullah tak pernahpun ajar dia macam tu...salah juga nampaknya sebab mengadakan ibadat dan zikir yang tiada dalam ajaran Rasulullah sebelum itu

Hairul Nizam Mat Husain said...

Anda sebut:

kenapa an-nawawi yg kata tambahan 'wa barakatuh' pada rukun salam di akhir solat itu bid'ah?

Saya nak tengok manhaj saudara dalam berhujah.

Imam Nawawi sebut dalam kitab mana tambahan itu bid`ah?

Kalau betul imam nawawi ada sebut tambahan itu bid`ah, adakah Imam Nawawi kata haram?

Kalau Imam Nawawi kata haram sekalipun, adakah seluruh ulama bersetuju dengan beliau. Maknanya semua kata tambahan tu haram ker?

Kalau anda jawab bahawa ada ulama kata tak haram cuma Imam Nawawi kata haram, sejak bila kita kena paksa umat Islam seluruhnya menjadikan masalah khilaf sebagai masalah Ijma'?

Atau saudara nak sebut khilaf itu tidak muktabar. Kalau tidak muktabar, maknanya yang muktabar adalah berlakunya Ijma'.

Bila pula masalah ini berlaku Ijmak.?

Saya semakin aneh dalam meneliti manhaj saudara dalam bermuamalat dengan pandangan-pandangan fiqh.

Memang sangat aneh.

Anda berhujah dengan kalam Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buthi. Anda tak tahu ker beliau antara orang yang cukup lantang menentang fikrah wahabi dan salafi?

Cukup Aneh

yasir said...

Ust kata:

Kesian. Memaksa manusia untuk mengikut pandangan sebahagian ulama dan menghalang manusia untuk mengikut pandangan ulama lain. Semua yang bertepatan dengan Ibnu Taimiah adalah betul. Semua yang bercanggah dengan Ibn Taymiah adalah salah. Imam Nawawi betul kalau sesuai dengan Ibn Taimiah. Imam Nawawi salah kalau bercanggah dengan Ibn Taimiah.

Saya jawab:

ibn taimiyyah sependapat dgn an-nawawi dlm masalah tambahan ‘wa barakatuh’ adalah bid’ah? Saya tak pernah tahu pulak ust. Semua yg bertepatan dgn sunnah itulah yg betul, tidak kira dari sesiapa pun. Adakah ust cuba menuduh saya pentaklid buta ibn taimiyyah?

Ust kata:

Sayyidina Umar yang mengadakan solat tarawih berjemaah yang kata ini adalah sebaik-baik bid`ah....macam mana pula. Nabi tak buat pun sembahyang tarawih berjemaah.

Saya jawab:

Siapa kata nabi tak buat tarawih berjemaah? Sila mengaji hadis. Nabi pernah solat tarawih berjemaah selama dua malam, dan dalam riwayat yg lain selama tiga malam menunjukkan perbuatan ini ada asalnya dalam sunnah, kemudian baginda tidak keluar pada malam ketiga/keempat. Baginda berhenti kerana takut2 wahyu turun mewajibkan tarawih berjemaah kerana masa tu masih zaman penurunan wahyu.
Tetapi sekarang mana ada wahyu turun nak mewajibkannya. Maka sudah tidak ada penghalang utk tarawih berjemaah kerana wahyu telah putus. Maka tak ada masalah utk berjemaah, kerana hukum asalnya kekal. Bukan ke ust ada belajar usul fiqh? Takpe, mungkin tak sampai lagi. Sy tak nak kata ust belajar usul fiqh jadi-jadian.

Adapaun kata2 umar radiyallhu ‘anhu itu, itu merujuk pada bid’ah dari sudut lughah, bukan istilah. Ust baca tak website al-bouti tu? Ke nak saya bagi yg dr. wahbah zuhaili pulak? Ataupun sheikh al-azhar atiyyah saqar ke.


Ust kata:

Sahabat Rasulullah yang menambah zikir selepas i'tidal sedangkan Rasulullah tak pernahpun ajar dia macam tu...salah juga nampaknya sebab mengadakan ibadat dan zikir yang tiada dalam ajaran Rasulullah sebelum itu


Saya jawab:

Sila mengaji usul bida’. Kes ni sama dgn kes bilal solat sunat wudhuk, bab kepelbagaian doa2 istiftah, dan beberapa masalah lagi. Banyak sangat jawapan yg boleh diberi utk org yg guna dalil2 tersebut utk buat bid’ah hasanah.

Dan masalah ini juga termasuk dlm fiqh solat. Semua orang tahu boleh berzikir dlm solat dengan beberapa garis panduan, bahkan nak doa dlm bahasa melayu dalam sujud pun dibolehkan oleh sesetengah ulamak.


Ust kata:

Imam Nawawi sebut dalam kitab mana tambahan itu bid`ah?
Kalau betul imam nawawi ada sebut tambahan itu bid`ah, adakah Imam Nawawi kata haram?
Kalau Imam Nawawi kata haram sekalipun, adakah seluruh ulama bersetuju dengan beliau. Maknanya semua kata tambahan tu haram ker?
Kalau anda jawab bahawa ada ulama kata tak haram cuma Imam Nawawi kata haram, sejak bila kita kena paksa umat Islam seluruhnya menjadikan masalah khilaf sebagai masalah Ijma'?
Atau saudara nak sebut khilaf itu tidak muktabar. Kalau tidak muktabar, maknanya yang muktabar adalah berlakunya Ijma'.
Bila pula masalah ini berlaku Ijmak.?


Saya jawab:

Ust gagal memahami maksud saya membawa kalam an-nawawi itu. Bukan saya nak bincang masalah fiqh dlm isu itu, boleh ke tak tambah ‘wa barakatuh’, adakah khilaf, adakah bid’ah dan lain2. Mana ada orang nak paksa ikut pendapat an-nawawi tu ustaz.. adoi laaa..
kalam an-nawawi tu ada dlm syarah sahih muslim.

Tujuan saya naqal benda tu, supaya orang yg sibuk berhujjah bahawa an-nawawi membahagikan bid’ah kepada macam2, ada yg boleh, ada yg tak boleh, supaya mereka faham apa kehendak an-nawawi dlm pembahagian itu. Mengapa an-nawawi tak kata tambahan itu bid’ah hasanah sedangkan dia sendiri bersetuju dgn pembahagian2 bid’ah?? Kerana pembahagian itu adalah pembahagian bid’ah dari sudut lughawi, manakala semua bid’ah pd istilah adalah tidak hasanah (baca: dhalalah).


Ust kata:

Saya semakin aneh dalam meneliti manhaj saudara dalam bermuamalat dengan pandangan-pandangan fiqh.
Memang sangat aneh.
Anda berhujah dengan kalam Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buthi. Anda tak tahu ker beliau antara orang yang cukup lantang menentang fikrah wahabi dan salafi?
Cukup Aneh

Saya jawab:

Aneh? Ust sekali lagi gagal memahami tujuan saya. Tak payah pening2 ust. Kalau saya nak bagi fatwa semua bid’ah itu sesat, saya boleh bagi sekian banyak fatwa drp ulamak salafi, dan tidak mustahil ust tolak mentah2. Tapi saya pilih fatwa al-bouti, kerana kita semua maklum dia tidak bersetuju dgn wahabi. Saya sendiri cakap kat komen kat atas tu: ‘ulamak tidak wahabi iaitu muhammad sa'id ramadhan al-bouti’. Seseorang yg ‘alim dan faqih yg menentang wahabi pun sependapat dgn wahabi dlm masalah bid’ah, adakah ust masih dengan pendirian ust tentang bid’ah? Ini lagi aneh.

Ust bawak sekain banyak dalil2 yg macam nak menyokong perbuatan bid’ah. saya musykil betul..
adakah ust ahli bid'ah? Atau hanya terperangkap dalam kalam sheikh ini dan sheikh itu, sehingga tidak mampu menilai dgn akal sendiri.

Ok la ust, baik la ust ngaji usul fiqh tu, nnt nak exam. Kalau dah masuk bab kat atas tu, boleh la bagi tau saya.

Pesanan saya: bila baca, baca dengan kritis, ini bukan zaman suap dan telan. Bila nak komen, ketahuilah setiap huruf itu akan dipersoalkan. Maka jangan kata nabi tak buat ini, nabi buat ini, tanpa selidik terlebih dahulu kerana takut2 termasuk dlm bab dusta ke atas nabi. Takut2 orang ramai mengambil kesalahan kita dan beramal dengannya.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Alhamdulillah. Saudara membantu saya dalam mencambahkan lagi idea dalam meluaskan lagi kajian saya sebelum ini berkenaan dengan kesilapan Wahhabiyyah atau Salafiyyah dalam bermuamalat dengan hukum-hukum fiqh dan ijtihad para fuqaha.

Saya untuk sehari dua ini agak kurang berwaktu untuk menjawab penjelasan saudara.

Walau apapun saya mengharapkan saudara terus mengeluarkan sebarang bukti yang saudara fikir cukup kuat untuk menolak pandangan saya dalam menegakkan kebenaran golongan Wahabi di sisi pandangan saudara. Itu adalah isi penting saya dalam meneruskan kajian saya. Mungkin boleh jadi tesis M.A atau PhD saya.

Semoga saya dapat meneliti hujah saudara selepas ini dan dapat mengemaskan lagi kajian saya.

Thanks Bro Yasir.

yasir said...

sama2. jawapan yg bergaya.

saya tidak menegakkan kebenaran wahabi. yg benar itu benar, walaupun datang dari mulut kafir harbi.

saya tidak ada al-azhar di belakang saya utk saya pertahankan, tidak juga shiekh2 yg banyak, atau jawatan yg tinggi, atau persatuan yg gah, atau pengaruh yg besar, atau segulung ijazah BA, maka saya tidak ada apa2 kepentingan langsung dalam munazharah ini melainkan utk menegakkan apa yg benar.

sangat pelik orang buat tesis MA/PhD macam tu. seolah2 wahabi itu ancaman terbesar umat kini. mengapa pejamkan mata pada syi'ah yg sedang pesat dgn dakwah mereka sekarang? atau golongan ahbash? atau lebih parah lagi masalah islam liberal?

wallahul musta'aan.

That said...

Saudara Yasir rasa pelik kalau orang buat risalah MA/PHD camni, krn saudara tak perasan betapa caca merbanya pemikiran ummat dibuatnya. Sama berat dgn syiah n liberal.

Syiah n liberal senang kita nak nampak kesesatannya. Tapi Wahhabi ni orang pandai macam yasir pun sangka benar.

Orang awam pula makin pening dan makin pening, sampai tak nampak fokus sebenar utk menegakkan Islam di Malaysia.

Jadi saya setuju sangat kalau bleh buat risalah ilmiah utk tunjukkan kesesatan pemikiran mereka ini.

Saudara da baca buku Allmazhabiah dan buku Salafiah marhalah zamaniah mubarakah karangan Dr Bouti tu sampai habis belum? Cuba baca dgn fikiran yg terbuka dan ilmiah. Saudara di mesir kan? Darussalam dengar cerita dan buka cawangan di Iskandariah.

Jangan baca sebelah pihak je. Jangan baca kitab2 albani n gang sajer. Berat sebelah pemikiran kita nanti. Dan rugi sangat2lah kalau copy pasta dari Net je.

Saudara kata Dr Bouti kata bid;ah cuma satu je takde bid'ah hasanah. Memang ada dalam tulisan beliau di net tu, tapi fahamkah saudara maksud kalam beliau ini?

Saya belajar sendiri dgn Dr Bouti dan beliau sendiri biasa mengungkap kalimah bid'ah hasanah pada banyak perkara yang dipanggil kita sebagai cara beribadah (bid'ah dari segi bahasa mengikut bahasa Yasir).

Saudara tanya Ustaz Hairul da belajar belum Usul Bida', dan baca belum kitab I'tisam. Saudara tahu tak kitab i'tisam itu dipelajari oleh pelajar tahun satu MA Usul Feqh Al-Azhar? Belajar pula dengan guru2 yang hebat.

Tetapi sebelum tu mereka perlu khatamkan dulu kitab2 seperti asybah wannazair dan kitab2 maqasid yg lain. Jadi mereka memahami berta'amul dgn bid'ah.

Antara bid'ah yg dholalah apabila melompat2 baca kitab sana sini tanpa berguru pula tu, dan tanpa asas yang kukuh.

Bid'ah dalam cara ibadah tu yg saudara katakan bid'ah dari segi bahasa yang disebutkan ulamak sebagai bid'ah hasanah. Sebenarnya takde perbezaan apa pun. Hukumnya tetap sama, kembali pada hukum taklifi yang 5, kerana bid'ah bukan hukum, tetapi sifat. CARA beribadah (bid'ah dari segi bahasa) yang bercanggah dgn nas, haramlah hukumnya. Yang tidak bercanggah, maka boleh jadi harus hukumnya, malah boleh jadi sunnah atau wajib. Itulah kefahaman Usul Feqh.

Pasal takwil tu, alhamdulillah saudara sudah faham ada takwil yg boleh ada yang tidak boleh. Takwil yg ada dalil boleh. Takwil yang pakai kepala otak semata-mata tak boleh.

Jadi saudara rasakan jutaan ulamak khalaf yang mentakwil itu menggunakan kepala otak mereka semata-mata atau ada dalil yang mereka tahu, lalu mereka gunakan kepakaran mereka (yang tentu sekali tiada pada kita)?

Kalau saudara hormat ulamak, tentu saudar tidak rasa buruk sangka mereka gunakan otak mereka semata-mata kan?

Jadi tiada masalahlah dengan manhaj khalaf yang sebenarnya bertepatan saja dgn manhaj salaf. Tiada apa pertembungan pun rupanya.

Jadi mengapa ada pula golongan hari ini nak gelarkan diri mereka salaf? Tentu ada udang di sebalik batu atau ada kejahilan di sebalik gelaran ya...

Fikir-fikirkanlah...

yasir said...

saudara That,

saya tak kenal saudara, tolong ta'aruf kalau ada batu.

kalau saudara yakin macam yg saudara kata tu, buatlah risalah apa pun. boleh kita lihat sama2 nanti. jangan jadi mcm mereka yg tidak ingin saya sebut namanya di sini, buat risalah macam2 akhirnya terbukti mereka tidak amanah dalam menaqal. setahu saya menipu itu dosa besar. saudara setuju?

saudara pun jangan baca kitab2 sheikh2 saudara saja.

sila bagi contoh2 penggunaan istilah bid'ah hasanah oleh Sheikh Al-bouti dlm kitab2nya, semoga dapat kita tengok sama2.

saya tak pernah kata bid'ah itu termasuk salah satu hukum taklifi. kita maklum bahawa setiap bid'ah dlm ibadah adalah haram, manakala mengikut sunnah adalah wajib. saudara setuju?

kalau saudara masih rasa dlm bab nama2 Allah dan sifat2Nya yg maha ghaib masih ada ruang utk menggunakan akal, innii barii'un minkum. saya dah jelaskan dlm komen2 yg lepas, sila rujuk, siap buat analogi alien lagi. atau mungkin akal saudara dan sheikh saudara lebih hebat daripada akal Rasulullah, para sahabat, dan tabi'in? sekarang bukan zaman memerangi muktazilah. sekarang zaman moden, sila sedarkan diri.

pasal syi'ah, memang la kita senang nak nampak kesesatan mereka. tapi saya bercakap tentang umat islam seluruhnya, termasuk orang2 awam yg tak mengaji. saya yakin saudara tidak akan meremehkan bahaya syi'ah sekarang jika saudara mengikuti kepesatan perkembangan mereka sekarang. atau saudara terlalu sibuk dgn wahhabi sehingga tertutup mata daripada isu yg lebih penting? saya seru saudara dan sheikh2 saudara, marilah kita tingkatkan kesedaran umat tentang penyelewengan syi'ah, moga kita dan masyarakt tidak terpengaruh dengan syi'ah.

pasal islam liberal malas dah saya nak cakap. mungkin saudara hanya sibuk bergaul dgn alim ulamak sahaja, tidak pernah turun padang, sehingga tidak sedar akan kerosakan umat islam, dari yg muda sampai yg tua. saya amat berharap tanggapan saya ini salah.

lagi satu, tolong jangan buang masa saya dgn persoalan sama yg saya dah jawab sebelum ini, terutama bab akidah dlm entri2 ust hairul nizam yg lepas. kalau point sama yg saya dah jawab, tak payah ulang kot. kalau saya salah, tolong tunjukkan mana yg salah secara spesifik, dan betulkan kalau boleh. moga saya boleh mendapat manfaat yg banyak dari ilmu saudara.

adifsya said...

aku pening tgok yasir nie...asik nak suruh org baca buku usul bida'.. satu buku jer ker dalam dunia nie??? adeh... hampes tol rsenyer.. jgn marah..huahuahua

That said...

Saudara Yasir yang dirahmati Allah..

kelihatannya saudara tidak membaca apa yg saya tulis dgn hati terbuka dan nampaknya terburu2..

Sampai banyak yg salah pada menaqalkan mahallul khilaf.

Saya tidak berminat memperkenalkan diri di sini, kerana saudara pun tahu kan, kebenaran itu diambil dari siapa jua hatta kafir harbi kan? Saya Alhamdulillah seorang Muslim Sunni Sufi lagi salafi. Saya juga tidak membaca karangan masyaikh saya sahaja, bahkan berpuluh2 karangan Albani sudah saya khatam (saudara sudah ke?), malah saya mempunyai sanad dgn albani, syaikh utsaimain, syaikh binbaz, dan berpuluh lagi ulamak yg digelar Wahhabi lain. Malah ramai guru-guru saya juga bermanhaj sedemikian. Jadi saya dapat 1st hand, dan bukan dengar2 sahaja ya.

Saudara menyangka saya tidak kenal liberal kerana saya hanya bercampur dgn ulamak. Saya telah lama berdakwah di Malaysia dan biasa berdebat dgn golongan ini. Bila masa saya kata mereka tidak bahaya? Saya cuma katakan mereka ini mudah utk dikalahkan dan dikenalpasti kesesatan oleh orang awam. Tetapi golongan Wahabi orang yg pandai (pandai dalam bidang tertentu, tapi takde kepakaran dalam agama), mudah terikut. Itu yang bagus dibuat kajian tu.

Buat risalah macam2 tapi terbukti tidak amanah menaqal itu sudah terbukti zaman berzaman dari kelompok wahabi tau. Itu yang saudara saya sarankan jangan baca sebelah pihak sahaja. Walau footnote beribu, tapi amanah tiada, hancusss.

Saudara baca betul2 apa yg saya tulis berkenaan Dr Bouti. Saya katakan beliau guru saya. Dan saya selalu mendengar kata-katanya perihal bid'ah hasanah dan cara-cara ibadah yang baru.

Kita sebutkan cara ibadah yang baru tak ada masalahnya. Yang bermasalah adalah kalau create satu ibadah yang baru yang tak pernah ada contohnya di zaman Rasulullah. Sila bezakan ya...

kalau saudara tidak percaya, cuba saudara tanyakan kepada Dr Bouti (beliau tiap tahun turun ke Mesir pada ma'ridh kitab), apa hukumnya berzikir ramai2 lepas solat atau hukum membaca tahlil beramai-ramai utk si mati dsb. Yakinlah, beliau akan jawab boleh dan kalaupun bid'ah ia adalah hasanah.

Berkenaan takwilan itu, di perenggan mana saya ada katakan boleh takwil guna akal fikiran semata tu? Cuba baca baik2 apa yg saya tulis sebelum hujum saya, kononnya akal saya lebih baik dari Rasulullah dan lain-lain (berat tuduhan saudara ni, macam nak rosakkan aqidah saya plak).

Saya minta saudara bertaubat dan mohon maaf dari mengeluarkan kenyataan senada begini. Ini kenyataan Wahhabi biasanya tau ;-)

Malah saya katakan, para ulamak tu takwil pun ada dalil-dalilnya, bukan guna akal semata-mata. Yang ini yang patut jadi titik pertemuan kita yang patut pula difahami oleh golongan yang anti dgn ulamak khalaf ni (na'uzubillah min zalik).

Saya tertawa bila bacakan kenyataan saudara bid'ah dalam ibadah haram, dan mengikuti sunnah wajib. hehehe..

bagaimana saya mahu bersetuju dengan kenyataan sedemikian. Bid'ah dalam ibadah yang bertembung dgn Alquran dan Sunnah maka haram. itu jelas. Tapi bid'ah dalam baca melakukan ibadah itu adalah sifat yang tertakluk pada hukum taklifi yang 5. Kalau melakukan yang tidak wajib itu namanya sunnah. Kalau dia sampai tahap wajib maka bukan sunnah lagi, tetapi wajib diamalkan.

Saya tolong menjawab beberapa kenyataan saudara di atas sebelum pengunjung blog ini keliru dgn kenyataan saudara yang lambat dijawab oleh Us Hairul yang sibuk nak periksa tu.

Mungkin saya juga salah, dan boleh dibetulkan oleh Us Hairul. Jadi kenyataan saya bukan mewakili Us Hairul. Tapi berdasarkan ilmu seciput yg saya pelajari dari ulamak2 di Arab Saudi, Syria juga Mesir.

Tenang2kan hati saudara Yasir apabila membaca. Niatkan utk mencari ilmu dan bukan utk berdebat. Jawablah apabila saudara rasakan ada yang tidak kena, setelah saudara baca berulang kali. Tanyalah jika saudara rasa ada yang perlu ditanya (malah itu sepatutnya adab saudara dgn us Hairul yang merupakan guru dan anda anak murid, bukan berdebat macam dgn kawan).

Belajar dan terus belajar dgn ikhlas dan adab, Anda akan temui kebenaran.. Tapi awas, jika hilang ikhlas dan adab anda pada golongan ulamak, maka makin gelaplah hati, dan makin jauhlah dari kebenaran. Jadi bahan tawa Syaitan, dalam keadaan kita rasa kita menegakkan kebenaran.

yasir said...

adifsya, saudara tak perlu pening2. sy cakap usul bida' bukan saya merujuk pada nama buku pun. sama mcm usul fiqh.

***

kepada saudara That, nampaknya saudara banyak ilmu. kenapa tak mahu ta'aruf? kalau saudara benar, apa yg ditakutkan? kot2 boleh saya tanya ustaz2 saya yg pernah mengaji kat saudi, syria, mesir dan lain2, mana tau mereka ngaji sekali dgn saudara. boleh buat reunion kot.
dan boleh saya tau, sanad apa yg saudara ambil daripada bin baz dan ibn uthaymeen? dan tolong add YM saya [ID saya: yasir_mercury] boleh kita sembang2, saya nak pastikan saudara tidak berbohong. kerana ramai orang mengaku si fulan dan si fulan adalah sheikhnya, sedangkan hanya 2-3 kali menghadiri majlis ilmu sheikh tersebut.

***

wah, islam liberal yg tidak bahaya itulah yg telah menghancurkan umat islam. adakah saudara cuba nak cakap bahawa orang yg tak pergi majlis tahlilan dan kenduri arwah dan mentahzir manusia daripada keduanya itu lebih bahaya dan menyesatkan daripada orang yg pergi ke parti liar dengan arak dan seks bebas dan menyeru manusia ke arahnya?

***

tolong berikan satu contoh tidak amanah dlm menaqal, kot2 saya sendiri boleh tegur mereka. saya memang tak suka orang menipu. tolong bagi contoh ye saudara That. jika benar memang saya nak ambil tindakan kat diorang, buat malu je.

***

tentang dakwaan2 saudara pasal Sheikh Al-Bouti, sekali lagi saya minta, bagi contoh2 penggunaan istilah bid'ah hasanah oleh beliau dlm buku atau laman web beliau. saya dah buktikan dakwaan saya, saudara macam mana?

***

berkenaan takwilan, saya faham maksud saudara nak takwil kena pakai dalil. tapi tidak ada dalil yg menafsirkan secara jelas sifat2 khabariyah dan beberapa sifat fi'liyyah yg banyak dinafikan dan ditakwil oleh ulamak khalaf. cuba bagi satu dalil macam mana 'istiwa' boleh tukar jadi 'istawla'. atau 'yadaani' boleh jadi 'nikmat/rahmat'.


adakah saudara cuba mendakwa bahawa dalam masalah akidah yg besar seperti nama2 Allah dan sifatNya yg Maha Ghaib ada terdapatnya ruang ijtihad utk ulamak ijtihadkan utk mencari takwilannya? saudara tidak setuju bahawa ianya tauqifiyyah? adakah boleh kita tengok nas, belajar lebih sikit, lepas tu brainstorm, main teka2 dan buat ijtihad sedangkan Allah mengharamkan utk kita katakan sesuatu keatasNya tanpa ilmu? atau ilmu saudara meliputi ilmu berkenaan sifat2 dan nama Allah? bukankah Allah berfirman: wa laa yuhiituuna bihi 'ilma?

sedangkan para sahabat ketika nabi nak khabarkan perkara ghaib dan menyoal mereka, mereka kata "Allah dan rasulNya yg lebih mengetahui". tak pernah lagi saya dengar ada sahabat yg main cuba-cuba dlm masalah ini, walaupun kita maklum, mereka yg lebih faqih dan lebih memahami nas.


***

kenapa saudara kata boleh buat bid'ah dlm cara beribadah? adakah cara melakukan ibadah yg diajar oleh nabi boleh kita modify dan dan membuat inovasi? bukankah nabi sabda: "solatlah kamu mcm mana kamu lihat aku solat?", "ambillah dariku manaasik kamu", "barangsiapa yg beramal dgn amalan yg tidak ada atasnya perintahkan kami maka ia tertolak", "barangsiapa yg buat perkara baru dlm urusan kami ini, apa yg bukan daripadanya maka ia tertolak", "dan hendaklah kamu jauhi perbuatan mengada2kan perkara2 baru, kerana setiap perkara2 baru itu bid'ah". buat apa nabi tahzir akan bid'ah kalau ia boleh jadi sunnah atau wajib? (saya bukan bercakap ttg bid'ah lughawi, harap maklum).


mengapa bid'ah boleh jadi sunnah dan wajib pula? kalau ada dalil yg mewajibkannya atau mesunnahkannya, mengapa dipanggil bid'ah? cuba saudara contohkan beberapa bid'ah dlm melakukan ibadah yg dihukum sunnah dan wajib supaya kami jelas dalam memahami maksud bid'ah pada pemahaman saudara. atau saudara memaksudkan itu bid'ah pada lughah dan bersepakat dgn saya bahawa bid'ah pada istilah semuanya dhalalah?


***

terima kasih atas nasihat, saya akan cuba menjadi baik.

***

ps: Al-Bouti kata Allah beristiwa di atas arasy dengan zatNya. saudara bagaimana?

That said...

Wah.. dari awal nak pastikan saya tidak bebohong pula ya. Bukankah saudara jua yang mengatakan kebenaran itu saudara akan ambil hatta dari seorang kafir harbi. Itulah puncanya saya tak memperkenalkan diri dari awal. Saya nak melihat sejauh mana saudara percaya kepada kalam saudara itu dan meninggalkan pula kata-kata para ulamak supaya ilmu itu perlu diambil daripada ahlinya sahaja ;-) Nampaknya sudah sedikit goyah tu.

-----------------------------

Sekali lagi nasihat buat Saudara Yasir. Sila bertenang dalam membaca komentar ana. Bila masa ana katakan Islam liberal tidak bahaya pun ? Ana katakan mereka bahaya. Wahhabi juga bahaya. Liberal merosakkan ummat dgn cara dunia. Wahhabi pula merosakkan ummat dgn kefahaman agama. Sampai segelintir ummat tidak memahami manhaj ilmu sebenar lalu melarang orang melakukan ibadah yang ulamak ajar. Lalu segelintir mereka menyibukkan diri menghalang orang pergi tahlil dan membaca yasin, daripada menghalang orang menyokong sekular dsb. Lalu segelintir mereka suka membahaskan ayat mutasyabihat dan furuk fiqhiah tanpa ilmu yang cukup, dari mengajak ummat menghormati ulamak...

------------------

Contoh tidak amanah di dalam menaqal yang paling mudah dan saya ingat di sini adalah apa yang diletakkan di dalam kitab Al-Azkar Imam Nawawi pada bab menziarahi Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Kalau Dr Asri boleh kita katakan golongan ini, maka mudah juga. Lagi banyak yang disalahnaqalkan. Antaranya apa yang dia sebutkan (ada di youtube ceramahnya) apabila menaqalkan kalam Imam Nawawi daripada kitab Majmuk berkenaan lafaz Niat. Imam Nawawi yang beranggapan lafaz itu hukumnya mustahab, tetiba dia naqal terbalik terus. Beribu lagi contoh boleh dan telah dibawa oleh para ulamak. Cuma tinggal nak buka hati dan baca dgn tenang saja.

----------------------------------

Syaikh Bouti apabila ditanya berkenaan hukum menyambut maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengatakan hukumnya bid'ah yang mustahabbah. Kalau saudara tidak berjumpa di webnya, saudara boleh tanya sendiri di ruang soalan.

----------------------------------

Dalam bab takwil ini, saya lihat saudara sudah semakin kurang ajar dgn ulamak yang berjuta itu. Adakah saudara rasakan para ulamak itu hanya belajar lebih sedikit kemudian brainstorming dan mengeluarkan ijtihad mereka sahaja?
Hasbunallah wani'mal wakil.

Kalau saudara tidak menjumpai dalil bagaimana mereka boleh mentakwil lafaz-lafaz tersebut, maka saudara belum habis belajar. Maka caranya belajar dengan guru dari awal sampai habis. Bukan bila kita tak jumpa maka kita terus katakan tiada dalil. Inilah manhaj Wahhabi yang rosak.

Percayalah saudara, para ulamak lebih dahulu mengetahui ayat yang saudara bawakan itu. Mereka juga faham bahawa mereka tidak akan menggunakan akal mereka semata dalam memahami sifat-sifat Allah. Mereka juga meyakini kelebihan para sahabat daripada mereka. Bukan saudara dan guru-guru sefahaman dengan saudara sahaja yang baru tahu begitu tau.

Tapi lebihnya para ulamak terdahulu ni, selain ilmu mereka yang mantap (tak terbanding dgn kita ni), adalah akhlak mereka dan hati mereka yang bersinar.

Dalil takwilan istawa dsb itu terlalu banyak. Tetapi bukan blog Ustaz Hairul ini tempatnya. Cuba saudara belajar dgn para guru yang bermanhaj benar.

---------------------------------

Cara beribadah itu saya katakan berbalik pada hukum taklifi yang 5. Kalau bercanggah dengan nas maka jadilah haram. Kalau bertepatan dgn nas, maka boleh jadi harus, mustahab atau wajib.

Fahaman saya sama dgn fahaman jutaan para ulamak terdahulu. Pemahaman para ulamak terhadap bid'ah yang lima itu adalah pada bid'ah dari segi istilah. Kerana bid'ah dari segi bahasa adalah segala sesuatu yang baru. Tetapi dari segi istilah apa yang melibatkan urusan agama.

Maka apabila para ulamak memberi contoh, antara bid'ah yang baik, adalah mengumpulkan Alquran (yang saudara katakan bid'ah dari segi bhs), maka mereka mengatakan ia bid;ah dari segi istilah. Mereka bukan sedang menulis kitab lughah tapi kitab hukum hakam. Apabila disebutkan dalam kitab mereka maka itulah istilah mereka. Lebih2 lagi, siapa berani mengatakan mengumpulkan Alquran bukan urusan agama kan.

Cumanya saudara dan yang sefahaman dengan saudara mengatakan ia bid'ah dari segi bahasa sahaja, kerana ia hanyalah teknik memudahkan ummat Islam menghafal dan membaca AlQuran. Bukan melakukan satu ibadah khusus yang baru.

Oleh itu, kesimpulannya, sebenarnya tiada perbezaan pun antara fahaman kita asalnya. Kerana yang penting adalah hukum yang datang pada satu2 permasalahan tu. Bukan samaada ia bid'ah dari segi bahasa atau istilah.

Masalah yang berlaku adalah apabila ada golongan yang tidak memahami lalu menyapu rata dan mengatakan semua perkara baru yang hanya berbetuk cara ibadah, urusan administerasi ibadah dsb, sedangkan bukan ibadah itu sendiri yang baru, adalah bid'ah dari segi istilah mereka (iaitu haram).

Contoh paling mudah adalah bila kita berdoa tertentu utk imtihan. Setiap kali nak imtihan kita baca satu doa yang tertentu utk najah. Zaman Nabi tiada imtihan macam kita. Tapi kita baca doa yang tertentu, sesuai dengan suasana kita. Dan Ustaz pun ajar pada anak muridnya cara berdoa utk imtihan tu. Sifat doa pada imtihan itu bid'ah kerana ia satu perkara baru dalam urusan agama. Akan tetapi hukumnya baik, kerana doa itu sendiri adalah ibadah yang ada asalnya di sisi Syarak. Caranya pula (bacaan tertentu utk najah dlm imtihan) itu pula tidak bercanggah dgn syarak. Maka hukumnya jelas baik walaupun ia bid'ah (yang saudara katakan bid'ah dari segi bahasa sahaja).

Jadi fahami dulu nuqtatul khilaf sebelum melontarkan pandangan dsb. Dan fahami benar-benar kalam Imam Syafie yang semua para ulamak berpegang bahawa apa yang bercanggah dgn nas maka ia bid'ah yang tercela...

---------------------------------

Kalau saudara katakan Dr bouti beranggapan seperti fahaman saudara tentang istiwa' alal arsy, maka jelas saudara belum membaca kitab beliau "assalafiah marhalah zamaniah mubarakah la mazhaba islami"

Saya pohon saudara Yasir jangan menggunakan kalam Dr Bouti lagi selepas ini, (walau saudara naqal dari mana pun) supaya saudara dapat berhenti dari tersalah faham apa yang beliau sampaikan. Takut jadi fitnah pula.

Sekali lagi nasihat saya baca dan hadamkan kitab tu ya. Terlalu banyak kitab yang kita kena baca kan, sebelum nak berbincang isu2 di atas. Tu pasal ulamak ajar supaya kita tidak bermunazarah benda2 ni, selagi belum cukup ilmunya. Belajar dan terus belajar...

yasir said...

saya suruh ta'aruf bukan sebab nak bagi percaya fakta2 ilmiah yg saudara bawa. sy nak bagi percaya samada saudara ada belajar dgn sheikh2 yg saudara cakap tu, ada baca kitab2 yg saudara cakap tu, supaya boleh kenal dgn ustaz2 saya. kenapa tak mahu?

***

aik, sejak bila pula wahabi suka bahaskan ayat mutashabihat? itu kan kerja ahli kalam. wahabi tu la yg menahan lidah mereka daripada bercakap ke atas Allah tanpa ilmu. yg hanya bercakap setakat dalam ruang lingkup al-qur'an dan sunnah, tanpa pergi lebih dari keduanya. Allah kata begini, mereka kata begini. Allah kata istiwa mereka kata istiwa.

manakala yg kata ISTAWLA tu lah yg banyak bahas ayat mutashabihat. pergi bahas 'wujud Allah' ni sifat ke zat. pergi bahas wujud Allah ni ada zat ke takde zat. nak bahas tangan Allah ni qudrat ke nikmat. nak bahas kalam Allah ni nafsi ke tak nafsi. pergi bahas macam mana Allah boleh ada sifat nuzul dan majik sampai tak boleh fikir tentangnya lalu menafikannya. pergi bahas macam mana istiwa, ada jihah ke takde jihah, ada tempat ke takde tempat, kalau bertempat macam mana Allah boleh duduk dlm tempat sedangkan tepat adalah makhluk, lalu pening2 jadinya, lalu mereka menafikan sifat istiwa.

yg lebih teruk lagi, pergi bahas qudrat Allah. Allah ni boleh buat semua benda, lalu adakah Allah boleh ada anak. apa punya falsampah la yg masuk dlm otak mereka.

sedangkan kami, kami menahan diri kami daripada berbahas secara detail tentang benda2 ini, kerana akal kami terhad. yg mana yg datang dlm kitab dan sunnah yg itulah yg kami terima dan pegang, tak perlu pening2 fikir.

***

tolong bagi contoh tidak amanah dalam menaqal secara spesifik sikit. mudah saya nak rujuk nanti. dan tolong sebutkan kat kitab an-nawawi mana yg beliau sebut lafaz niat itu hukumnya mustahab.

***

Al-Bouti tidak mengatakan/menganggap sambutan maulid nabi bid'ah. saya baru baca fatwa beliau. sekali lagi, sila bagi contoh penggunaan bid'ah hasanah oleh Al-Bouti. saudara dakwa ada, tolong tunjukkan. simple je saya mintak, tak payah masuk tajuk lain. kalau takde cakap je takde, boleh jimat masa saya dan masa saudara juga. tak payah segan2, kita semua manusia buat silap bukan?

***

pasal takwil2 tu, kalau ada dalilnya tolong tunjukkan pada saya. boleh saya belajar. bentang kat sini, takde masalah, kita bincang satu persatu.

takkanlah ulamak ni kerjanya menyembunyikan ilmu.

haatuu burhaanakum in kuntum sodiqiin.

***

mengapa mengumpulkan al-qur'an dikira bid'ah pula? nampaknya saudara tidak dapat membezakan antara bid'ah dan masolehul mursalah. saudara banyak2 sanad mustahil tak belajar usul fiqh, takpe mungkin terlupa. tapi saya sudah mulai meragui dakwaan saudara memiliki berpuluh2 sanad dan mengaji bnyk2, kerana isi tulisan saudara langsung tidak mencerminkan dakwaan saudara.

nah, sila rujuk fatwa JAKIM pasal masolehul mursalah, kot2 boleh refresh balik zaman2 saudara 'belajar' dulu. kat bawah sekali ade tulis pasal pengumpulan al-qur'an (sila view dari entri asal, bukan melalui comment page, supaya link di bawah tidak terputus):
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/31f524b74c185e994825739a001d7be5?OpenDocument

psl berdoa tu, termasuk dlm hukum keumuman membaca doa, baca je la apa2 ikut keadaan, kenapa la saudara cop ia sebagai bid'ah? takkanlah naik kereta pun nak dibid'ahkan juga. cuba saudara baca takrifan bid'ah dlm al-i'tisom. dan dlm bab2 awal kitab al-i'tisom pun ade sebut secara ringkas pasal kumpul qur'an bukanlah bid'ah secara IJMAK. kalau nak detail lagi baca yg tengah2 sikit, bab ketiga dlm buku cetakan saya.

saudara ngaji bnyk2 mesti ada belajar perbezaan antara bid'ah dan masoleh al-mursalah kan? kalau saudara nak tahu, ini bab yg famous dlm kebanyakan buku2 tentang bid'ah.


***

saya tidak mendakwa al-Bouti beranggapan seperti fahaman saya tentang istiwa' 'alal 'arsy. tapi sekurang2nya dia mengiktiraf bahawa Allah beristiwa di atas arasy.

mengapa setiap kali saya naqal daripada fatwa al-Bouti saudara kata saya faham ikut lain? setakat ni dlm masalah tidak wujudnya bid'ah hasanah dan istiwa Allah di atas arasyNya. adakah al-bouti ni jenis cakap lain maksud lain? adakah al-Bouti ni bagi fatwa kat orang awam supaya orang awam pening2 nak faham sehingga setiap fatwanya perlu ditakwil2 sehingga lari dari maksud zahirnya yg mudah difahami oleh mustafti? kenapalah semua benda nak ditakwilnya.. wallahul musta'aan.

***

saya tak pernah ajak saudara bermunazarah. saya hanya mampersoalkan beberapa perkara dlm blog ni yg saya tidak setuju. orang yg menulis perlu menerima hakikat bahawa setiap yg ditulisnya terdedah pada kritikan dan komen pembaca.

wassalamu 'alaikum.

Bohemian Virtuoso. said...

Selamat Gayong-MML kt al-fikrah.net
Dan saudara That di sini.

Mmg tulisan ini 1 bentuk provokasi.
Saudara cube provok yasir scara lembut, tp yasir cam tak bape nak provok balek. Mungkin die ade blajar akhlak nabi camane kot bile diprovok ni. Takpe, sy tlg provok utk die.

Saudara That, aku tanak bias.
So mtk saudara pon fahamilah kalam2 saudara Yasir dulu sablum berhujah.

Saudara mtk die phm kalam2 saudara, saudara pun kene paham kalam2 die jgk.

Sy nak tau, bile saudara mendapat sanad dr Syeikh2 salafi tu, al-Bani, Ben Baz, Utsaimin.
Tolong bagitau kpd sy.
Email sy syiha_baik@yahoo.com

Org2 yg menipu ni mmg celaka.
Sampai Syeikh tu da mati pun die tatau. Pastu die dakwa die pnah blajar dan mdapat sanad dr Syeikh tersebut. Walhal Syeikh tu da dalam kubur.

Mungkin die bzikir mlompat2 di kubur Syeikh2 salafi tu, ditambah dengan amalan bertawasul tanpa batas lalu meneka2 zat2 Allah dgn akal scipuk, make hasilnye, sanad dr Syeikh utsaimin, Ben Baz. dan laen2. Syeikh Penkt al-Langiti tanak ke? hehe

Menipu ni manhaj ilmu yg lagi parah rosaknye. dahla berdosa. Besar plak tu. isk3...Daud, daud. hehe.

Panas? kalo panas sile email kt sy, sy nak siasat.

Saudara That, sile jawab soalan2 yg Yasir tanye. Bukan keluar tajuk.
Saudara banyak pusingla.
Saudara tgh pening agaknye nih.
Da jumpe doktor ke belom?

Saudara That jgn gelabah sgt.
Saudara main tuduh je Yasir yg goyah. Sy nampak saudara yg gelabah lagi goyah, pastu putar belit, tak jawab soalan pun dan kemudian tuduh Yasir sudah goyah.
Jangan main ayat byk sgt ye.

Jgn takut2 ye saudara That or Gayong MML or Daud al-Amin kot.
hehe. Sile emailkan ye. Aku tak makan org.

Semoga perbincangan ini dpt dialurkan kpd kebaikan. Kalo nak suruh kami hormat ustaz2 melayu Azhar, kami boleh. Tp tolonglah hormat kami jge ye.

That said...

Salam

Moga Allah memberikan hidayah kepada Yasir dan kita semua.

Nampaknya saudara sendiri dah nampak apa masalahnya bila kita belajar bukan dengan ahlinya. Kita sendiri akan berasa sangsi, benarkah kalam yang dibawakannya itu. Kalau dia sebutkan dia belajar dgn seseorang pun boleh kita sangsikan, apatah lagi kalau didakwa sesuatu yang berbentuk hujjah ilmiah. Oleh kerana itu, ilmu agama ini perlu diambil dari ahlinya bak kata para ulamak terdahulu yang tentu lebih tau dari kita. Di forum2 lain saya biasa menggunakan nama penuh saya secara jelas, yang orang boleh kenal dan boleh datang ke ceramah2 saya, dan kalau saya sebutkan nama saya, besar sangkaan saya, saudara akan kenali. Tapi saya sengaja menyembunyikannya di sini, untuk menunjukkan betapa silapnya manhaj saudara. Maaf ya.

----------------------------------

Sejak bila Wahabi suka membahaskan ayat mustasyabihat? Sejak kemunculannya. hehe. Cuba saudara belek2 forum2 di internet atau kitab2 yg ditulis oleh mereka yang bermanhaj kalian, saudara akan dapati tentu sekali di sana ada perbahasan dan (perdebatan kadang kala), berkenaan ayat-ayat mustasyabihat. Bukti yang paling jelas adalah realiti bukan...

Tentu saudara akan katakan, mereka bukan saja2 nak bahaskan, tapi menjernihkan fahaman ummat yang dah rosak. Saya katakan, pertamanya fahaman para ulamak Alhamdulillah hingga kini masih suci dan tidak rosak, dan aqidah Islamiah ini Allah akan jaga hingga qiamat dgn menjaga fahaman para ulamaknya.

Namun kalau pun rosak atau apa jua alasannya, ini bukan point saya. Apa yang saya katakan memang manhaj kalian terlalu gemar berdebat berbincang berbahas perkara-perkara ini, daripada bagaimana menghadapi masalah mat rempit, gejala sosial, rasuah di kalangan rakyat n pemimpin masyarakat, dan 1001 lagi problem ummah yang besar.

Saudara jua buat kesian kalinya kurang ajar dengan jutaan para ulamak terdahulu dengan mengatakan mereka "pening" dgn apa yang mereka bawakan, serta apa yang mereka bawakan hanyalah falsampah.

Hasbunallahu wani'mal wakil.. Beginikah adab yang diajar? Beginikah akhlak nabawi yang diajar oleh guru2 salafi saudara? Ingat suadara, jutaan para ulamak khalaf itu jauh lebih alim dari saya dan saudara.

----------------------------------

Contoh apa lagi yang saudara mahu saya bawakan? Cuba saudara cari di Mesir tu sebuah kitab berjudul nasihah li ikhwanina ulama' najd. Di situ dibawakan cth2 yg cukup jelas.

Pasal Imam Nawawi sebut lafaz niat itu mustahabbah dalam hampir kesemua kitab Feqh beliau, dan yang paling jelas MAZA tersilap itu dalam kitab Majmuknya seperti yang ana dah sebutkan sebelum ni. Cuba saudara buka kitab majmuk dan baca (walaupun saya yakin belum tahap saudara lagi utk baca kitab sendiri tanpa guru). Yang ini cukup jelas, sebagai bukti celarunya maza dan mereka yang bertaqlid dgnnya.

----------------------------------

Dalil takwilan ulamak tu sentiasa ada. Mengapa saudara katakan "kalau ada". Bagai mengatakan para ulamak ini dok hujah dgn akal semata-mata pula. Cukup rendahkan pandangan saudara terhadap jutaan para ulamak itu? Tapi macam saya sebut, kena belajarlah. Bukan dengan cara membaca di blog begini.

---------------------------------

Saya fahami masalih mursalah, dan ia antara subjek yang saya mengajar dulu2. Tapi nampaknya saudara yang tak faham. Saudara meletakkan antara bid'ah dan masalih mursalah seolah2 dalam dua nau' daripada kategori yang sama, sehingga boleh dibuat perbandingan.

Fahamilah. Masalih mursalah adalah dalil. Bid'ah pula adalah sifat. Banyak benda bid'ah (bid'ah dr segi bahasa mengikut saudara) yang dibolehkan kerana dalilnya adalah masalih mursalah. Begitulah konsepnya.

(kereta tu bid'ah hanya dari segi bahasa dan tidak perlu kita nak bahaskan kat sini. Bukan perkara agama. Itu mahalluttifaq kita)

Begitu juga dgn masalah doa tu. Saudar sendiri mengatakan ia boleh kerana umum keharusan berdoa. Begitu juga umumnya pensyariatan zikir, membolehkan kita membaca tahlil dan ma'tsurat. Umumnya pensyariatan menasihati manusia, maka diharuskan talqin. Umumnya pensyariatan mengingati Nabi, maka diharuskan menyambut maulid Nabi. Dan seterusnyalah daripada 1001 perkara yang dikatakan bid'ah oleh kalian. Itu petunjuk yang mudah. (walaupun sebenarnya banyak lagi dalil lain yang membolehkan perkara2 tersebut).

Begitu juga dgn sebutan Sodaqallahul 'Azim yang disebutkan di dalam posting ini, ada dalilnya. Maka ia samaada jadi bid'ah dari segi bahasa sahaja, (mengikut bahasa saudara), atau, bid'ah mustahabbah (mengikut bahasa jutaan ulamak).

Yang jadi masalah adalah bila ada pihak yang mengharamkannya, mcm kawan arab yang mengaku salafi itu.

-------------------------------

Adakah ulamak yang tidak mengiktiraf Allah yastawi 'alal 'arsy? itukan ayat Alquran. Cuma masalahnya adalah kepada kefahaman kepada ayat tersebut yang biasanya ulamak fahami. Dan apabila disalahfahami maka samaada menjadikan seseorang itu mujassimah atau mu'attilah atau lain2.

Bukan Syaikh Buti yang bercakap lain tapi maksud lain, yang jadi masalahnya adalah orang jahil yang membaca lalu difahami lain. Lalu dinaqalkan juga salah. Lalu apabila Syaikh Bouti menerangkan maksud kalam2 beliau di kelas2 beliau, maka dikatakan Syaikh Bouti ini pula yang cakap lain daripada apa yg ditulis. Maka jelas kan.. Masalahnya adalah kejahilan yang membaca, bukan kesilapan ulamak tertentu. Tu sebablah nak baca kitab ni, ada syarat2nya.

Jangan disalahkan lantai kononnya tidak rata, kalau tidak tahu menari ya...

Begitu juga dalam masalah fatwa, fatwa khusus utk mustafti tertentu dan bukan kepada semua masyarakat. Jadi apabila ada masyarakat yang nak umumkan dgn kejahilan, hancur jadinya.

That said...

Buat saudara bohemian, tiada provikasi di sini. (kalau di posting lain tu mungkin ada).

Saya juga bercakap lurus dan tiada pusing sana pusing sini.

Tapi saya tertarik dgn nasihat saudara kalau pening kena jumpa doktor. Kalau pening dalam urusan agama, jumpa......

Faham maksud saya? Kalau pening kena jumpa doktor...

Bohemian Virtuoso. said...

Dah ustaz2 melayu azhar cam enta ni pening, camane kami bdak medic nak rujuk kt entum?

Enta ade je provokasi kt sini. Bace balik komen2 enta.

Alhamdulillah, masih ada ustaz2 melayu azhar yg boleh diharap, spt ustaz salman yg blajar kt pakistan dlu, smpai sini nak sambung master, tp azhar tak iktiraf BA dr pakistan, so demi cita2, die ulang BA balek kt Azhar. Ustaz salman ni la yg ana kagum, ana byk jgk tanye kt die soklan2 agama, die takde pon nak halang, die takde pon melabel2 wahabi-mujtahid jadian.. die takde pon halang kami nak blajar agama snirik dulu...
Camane tak terbukak atinye nak blajar ngan ustaz salman ni.

Kan bagus kalo ustaz2 azhar melayu ni cam die.
Tanak ikut wahabi takpela.
Tp jgnla sampai kiamat pegi tipu budak2 medic laen yg tak tau menahu, pegi tipu forumers iluvislam, pegi tipu mat2 rempit kt kedah, ckp wahabi ni sesat, tak ikut mazhab dan mcm2 tuduhan2 laen.

Berubahla.
Ana malu nak citer kt Tok Guru Haji Hadi ustaz2 azhar melayu mesir mcm ni. Ana malu.

That, enta ni byk peningla.
kejap tak suke ibn taimiyyah, kejap suke.
kejap puje imam nawawi, kejap tdiam tgamam bile imam nawawi kate tabley tahlil2 kematian ni.

Kalo enta tak pening, berani ngaku salah bile dah tersilap, berani ckp taktau bile taktau dan tak taksub mazhab, ana respect kt enta, ana pun bleh support enta, tlg kembangkan dakwah enta.
Tp enta camtu jgk.

Ikut entala, semoga berubah. Ameen.

yasir said...

Saudara That, semoga Allah melindungimu.

Saya tidak faham mengapa perlu bersembunyi utk menunjukkan kesilapan manhaj orang, semoga tidak jadi macam baling batu sembunyi tangan. bahkan niat saudara (untuk menunjukkan betapa silapnya manhaj sy) mula2 sekali dah tak betul. Adakah mana2 ulamak mengajar niat sebegini dalam bermunazarah? Sehingga Imam Al-Syafie berkata: aku sangat takut utk berdebat dgn orang. Kerana jika kebenaran terbit dari mulutnya, aku pasti mengikutinya, tetapi jika kebenaran terbit dari mulutku, aku khuatir dia tidak mahu mengikutku.

Jika seorang kafir harbi kata kat saya 1+1=2, saya akan percaya. Itu adalah fakta ilmiah. Tapi bila dia kata dia ada mengaji dan mendapat sanad dari berpuluh2 sheikh, saya perlu kepada bukti sebelum mempercayainya. Bukankah Allah berfirman: “in jaa akum faasiqun bi naba’in fatabayyanuu”?

***

Saudara That, semoga Allah mengurniakan kpd saudara keadilan dlm menilai.

Kalau kami belajar akidah, sudah pasti perlu belajar tentang nama2 dan sifat2 Allah, kerana itu adalah tuntutan utk mengenal Tuhan kita dan itulah yg terkandung dlm kitab2 akidah kami.

Tetapi jika saudara buka tulisan2 yg berbentuk radd, sudah tentu perbahasan tersebut menjadi lebih detail. Seperti juga Imam Ahmad dan anaknya, dan sekalian banyak ulamak2 salaf yg tulis kitab membangkang jahmiyyah dan muktazilah dan kalau saudara baca sendiri, sangat banyak ayat2 mutasyabihat dan sifat2 Allah dibincangkan. tetapi mereka tidaklah sampai mendahulukan akal daripada dalil. sebaliknya mereka mempertahankan apa yg sudah ada dlm kitab dan sunnah.

Berkenaan mat rempit dan lain2 tu, kalau saudara tak tahu usaha seseorang itu menghalang kemungkaran, jangan kata mereka tak buat apa2. bukanlah kerja kami beramal dan memberitahu orang ramai akan amalan kami.
Bahkan kami disibukkan dengan golongan2 yg sibuk mengatakan kami sesat dan menyeleweng, sehingga masalah lain tidak dapat diberi tumpuan yg lebih. semoga kita dapat sama2 memerangi islam liberal dan akidah irja' mereka.

***

Saudara That, semoga Allah menjadikan saudara teliti dlm membaca.

Jika yg dibahaskan itu sehingga tahap berbahas adakah Allah Yang Maha Berkuasa berkuasa utk mempunyai anak, maka perkataan sampah itu kira baik dah tu.

Yang kata pening asalnya bukan saya. rujuk kalam imam al-haramian ketika beliau meniggalkan ilmu kalam sebelum matinya. ulamak2 lain lebih hebat lagi dlm mengkritik ilmu kalam. Boleh rujuk komen my-ansarullah dlm beberapa entri yg lepas.

***

Alhamdulillah, saya dah penat baca buku radd salafi. Kebanyakannya dah diradd balik. Macam buku ‘mafahim yajib an tusohhah’ oleh sheikh muhammad alawi al-maliki, telah dijawab oleh sheikh soleh alu sheikh, bekas mufti KSA. Banyak sangat penyelewengan didedahkan.

***

Alhamdulillah, saya selama belajar akidah dlm tempoh yg singkat ini takda lagi jumpa dalil nak tukar ‘istiwa’ jadi ‘istawla’. Saudara dakwa ada, tolong buktikan. Mengapa tak boleh dibuktikan di sini? Kerana tak ada?

***

Alhamdulillah, saudara rupanya faham apa itu al-masoleh al-mursalah. Tetapi saya hairan mengapa saudara kata mengumpulkan al-qur’an itu bid’ah, sedangkan Al-Syatibi di dlm Al-I’tisom mengatakan:

"Orang yang menyebutnya (perbuatan menyusun disiplin ilmu kepada bahagian2 dan termasuk juga perbuatan mengumpulkan al-qur’an) bid'ah, baik secara majaz (seperti Umar yg menamakan solat pada malam bulan Ramadhan sebagai bid'ah), maupun atau karena ketidaktahuannya tentang kedudukan Al-Sunnah dan bid'ah, maka pendapat orang yang mengatakan demikian TIDAK BERDASAR dan TIDAK DAPAT DIJADIKAN DASAR dalam mengambil keputusan".

Alhamdulillah, sy tidak pernah mengambil pendapat saudara utk dijadikan dasar.

***

Alhamdulillah, yg membuat perbandingan antara bid’ah dan masolehul mursalah itu bukan sy yg memulakannya, bahkan dlm al-I’tisom sendiri ada bab tersebut. Kata al-syatibi dlm al-I’tisom:
الباب الثامن : في الفرق بين البدع والمصالح المرسلة والإستحسان
terjemahan: bab kelapan: perbezaan antara bid’ah dan al-masoleh al-mursalah dan al-istihsan.

***

berkenaan bab tahlilan2, zikir menari dan sebagainya, Alhamdulillah, saya ada banyak lagi benda berfaedah yg nak dibuat daripada berbincang masalah ini.

***

Alhamdulilah, saudara That juga mengiktiraf Allah istiwa ‘alal ‘arsy.

***

Alhamdulillah, saya berdoa agar tidak tergolong dalam golongan jahil yg selalu salah faham kalam ulamak.

***

Alhamdulillah sy juga berdoa agar tidak tergolong dari golongan mereka yg menganggap bahawa mereka sahaja yg menuntut ilmu dgn disiplin yg sahih, mereka sahaja yg mengaji dan bertalaqqi, mereka sahaja yg mendapat ilmu yg tulin, mereka sahaja yg mendapat kefahaman yg betul dari kalam ulamak, sehingga memandang rendah orang lain yg tidak sefahaman dgn mereka. semoga saudara That juga tidak menjadi sepeti mereka.

***

alhamdulillah, sy teringat pula. tolong bagi contoh penggunaan bid'ah hasanah oleh Al-Bouti.

***

allahummaj'alni di 'aini saghira.

wasslamu 'alaikum.

yasir said...

allahummaj'alni FI 'aini saghira.

wasslamu 'alaikum.

haa, yg tadi tu baru salah taip namanya..=)

That said...

Mengikut manhaj Yasir, tak perlu dilihat siapa yang berkata, jadi tak perlulah saya buktikan siapa saya, untuk dakwaan saya belajar di mana sekalipun. Kerana bukan masalah saya belajar dengan siapa, tetapi apa yang saya bawakan. jadi tolong terima apa yang saya hujahkan dan bukan siapa guru2 saya. Bukan begitu? Jadi tak perlulah tau sungguh2 siapa saya, untuk mengetahui adakah benar saya berguru dgn si fulan atau si fulan, kerana ia tidak penting bukan? Mengapa apabila saya memberitahu saya ada belajar dgn masyaikh Wahhabi tetiba ia menjadi penting pula ya?

----------------------------------

Nilailah dengan baik Yasir.. Saya katakan, kalau belajar dgn guru2 tidak ada masalahnya. Para ulamak kalau dalam perbahasan radd pun tiada masalahnya. Tetapi contoh yg saya beri adalah pada orang awam yang tak habis2 berbincang masalah2 ini. Inilah contoh kecelaruan yang saya sebutkan.

-----------------------------

Saudara kena belajar pula subjek Aqidah daripada para ulamak Aqidah Ahlissunnah Waljamaah yang hebat2. Maka saudara akan temui dalil. Tapi itu bukan apa yg saya perlu sampaikan di sini. Kerana dalil itu sendiri saudara bukan boleh nilai kerana saudara bukan mujtahid.

Cuma saya ingin bertanya terus terang dgn saudara Yasir, adakah saudara sangkakan jutaan para ulamak terdahulu yang beraqidah khalaf, semuanya berkata tentang sifat Allah tanpa dalil, dan hanya menggunakan akal fikiran semata???

Kalau begitu, betapa teruknya sangkaan saudara. Dan makin yakin saya, betapa dasyatnya virus wahhabi ini merosakkan cara pemikiran sebahagian ummat, hingga bersangka buruk dgn para ulamak al'ajilla'.

---------------------------------
Saya sarankan saudara buka buku yg saya sebutkan tu utk tunjukkan khianat yg dilakukan, yang saudara minta bukti tu. tak kisahlah kalau saudara dah penat pun. Saudara yang minta kan..

Kalau saudara baca buku radd pulak pada buku2 tu (Cth yg dibawa saudara iaitu Rad tidak ilmiah pada buku mafahim), kena baca pulak jawapannya, atau bertanya pada guru2 jawapannya. Macam buku allamazhabiah yang cuba dijawab oleh Binbaz, akhirnya dijawab semula oleh Dr Bouti hingga menampakkan kecelaruan pemikiran yang menolak.

Macam jawapan Maza pada Zamihan. Dihebohkan sedunia. Jawapan balasnya yg cukup ilmiah tidak dibaca pula. Tak adillah kan...

That said...

---------------------------------

Saudara membawakan kalam Imam Assyatibi dalam menilai kalam saya. Sedangkan takrifan jutaan ulamak yg saya bawakan pada bid'ah itu berbeza dgn takrifan Imam Assyatibi. Maka tentu sekali jadi lain. Manhaj kena betullah bila buat perbandingan.

Assyatibi mengatakannya bukan bid'ah bermaksud bukan bid'ah yng haram yang disebutkan bid'ah dari segi istilah itu. Maka ia hanya jadi bid'ah dari segi bahasa, mengikut beliau.

Apapun beliau dan semua ulamak sepakat sebenarnya apabila natijah yg sama terhasil, walau berbeza takrifan istilah.

Yang jadi masalah adalah apabila segolongan yang tak faham istilah yang berbeza di sisi Ulamak, lalu mengambil dari kitab ini sekejap, kemudian mengumumkan pula pada bahasa ulamak lain.

Contohnya pada bab maulid. Syaikh Albouti menerangkan cukup panjang masalah ini dalam kitabnya الإسلام ملاذ المجتمعات الإنسانية.

Apabila beliau sebutkan bid'ah hanya satu iaitu bid'ah yang salah, seperti mana kalam Imam Syatibi, beliau katakan juga masalah menyambut maulid ini samaada bid'ah dari segi bahasa (dan beliau sebutkan, ia dinamakan bid'ah hasanah oleh ulamak lain), atau kaedah umum dalam dakwah dsb. Walhasil beliau katakan, walaupun mengikut istilah mereka yang mengatakan bid'ah itu sesat semuanya, sambutan itu tetap harus hukumnya.

Apa yang jadi masalah, sekali lagi ana sebutkan, adalah apabila perkara-perkara furu'iyyat itu diambil mengikut istilah Imam Syatibi iaitu semua bid'ah itu haram, maka hancur leburlah fahaman kita.

Itu yang Imam Syatibi sebutkan selepas itu, golongan ini tak boleh dijadikan dasar. Kerana mengatakan perkara2 itu sebagai bid'ah dan natijahnya ia haram. Sedangkan para ulamak mengetahui hukumnya tidak haram.

Kalau saudara baca betul2 maka saudara akan dapati rupanya, mengikut nasihat Imam Syatibi ini, saudara tidak boleh menjadikan dasar kalam ulamak zaman sekarang yang membid'ah haramkan pelbagai perkara yang sebenarnya tidak haram dan tidak dikira bid'ah mengikut takrifan para ulamak.

Boleh saya tahu saudara belajar kitab I'tisom ni dengan Syaikh mana? Dan dah khatam ke kitab2 qawaid sebelumnya? Kalau tidak, maka saya tidak hairanlah dengan kefahaman saudara yang begini.

---------------------------------

Apa saudara sangka kami sebelum ini menolak Allah istawa alal arasy. Saudara rasakan saya menolak Al-Qurankah???

inilah masalah yang selalu berlaku. Anda tidak nampak mahallul khilaf, lalu membuat pelbagai andaian, lalu berhujah beria-ia.


----------------------------------

Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua agar menghormati para ulamak, dan menganugerahkan kita taufiq agar dapat belajar dgn cara yang betul dan diberikan ilmu yang bermanfaat.

yasir said...

saudara That, semoga dirahmati Allah.

sejak bila saya ada manhaj begitu? sila rujuk balik kata2 sy pada ust hairul nizam. bertaqwalah kepada Allah.

saudata That, tidak mengapa jika tidak mahu memperkenalkan diri. saya sudah kenal melalui salah seorang sahabat saudara. dan berdasarkan umur dan tahap pengajian saudara, saya bertambah sangsi terhadap dakwaan saudara ada mengaji dan mendapat sanad daripada berpuluh2 sheikh salafi. kerana mendapat satu sanad itu bukan mudah. lainlah kalau ambil sanad baca al-qur'an secara bertajwid, mungkin lebih mudah. atau mungkin sheikh2 saudara bagi sanad macam bagi biskut?

bahkan kebanyakan yg saudara bawa di sini menambahkan kesangsian tersebut, contohnya saudara mempertikaikan kewajaran perbandingan bid'ah dan al-masoleh al-mursalah, dan dakwaan saudara al-bouti ada guna bid'ah hasanah sedangkan saudara sehingga kini tidak dapat membuktikannya, sy mintak dalil takwil 'istiwa' jadi 'istawla' sampai sekarang masih berdalih2, dan beberapa point lagi. belum kira ust hairul nizam kata nabi tak buat solat tarawih berjemaah (selamat menghadapi imtihan ust hairul). ini bukan dtg dari saya sendiri sahaja, tetapi dari org2 yg neutral yg meneliti perbincangan kita.

***

saudara That, alhamdulillah, bukan sy yg mulakan di sini. kalau ust hairul nizam tak start kat sini, saya takkan masuk. dan beliau juga bukan mengkhusus dlm bidang akidah.

***

saudara That, alhamdulillah sy mengaji akidah dgn ulamak ahli sunnah wal jamaah.

kenapa pula bukan mujtahid tak boleh nilai dalil? bukan kita nilai dalil nak bawak keluar hukum. setiap org yg berakal perlu menilai apa yg dtg kpdnya dan memilih yg paling hampir dgn kebenaran, dan menolak apa yg salah.

al-khatib al-baghdadi menyebut:
“Jika seorang awam yang luas pemikirannya, sempurna kefahamannya, apabila diminta berfikir dia mampu berfikir, apabila diberi kefahaman dia mudah memahami, maka orang seperti ini hendaklah bertanya tentang perselisihan antara mujtahid, melihat hujah-hujahan mereka, dan mengambil yang paling rajih di antaranya”. (al-faqih wa al-mutafaqqih).

kenapa saudara tak bawak je dalil tu, kita tengok sama2 dan bincang? tidak perlu pusing2, masuk tajuk lain pula. kalau saudara rasa sy tidak layak berbincang, sy boleh panggilkan orang2 yg lebih layak utk masuk diskusi ini, insyaAllah. tidak perlu timbul soal saya bersangka buruk dgn para ulamak. bahkan sikap itu ada pada saudara yg menggelar2 sheikh al-huwayni, dan cuba mengaibkan dr juanda dlm komen kat entri lagi satu tu. bukankah saudara yg menyeru kpd adab dgn ulamak?

sebelum ini saudara That mengkritik wahabi yg bahas ayat mutasyabihat. tapi bila sy buktikan itu adalah kerja ahli kalam, saudara takde pulak nak kritik diorang, siap bukak tajuk lain pulak.

***

jika beginilah cara saudara That respon kpd hujjah dan soalan sy, apa yg membuatkan saudara ingat saya teringin nak baca buku2 radd tersebut? sedangkan di sini pun nampaknya tidak menjawab hujjah dengan hujjah. tidak perlu membuka tajuk baru sebelum menjawab hujjah dan persoalan.

yasir said...

***
saudara That, saudara nampaknya tidak baca betul2 kalam al-syatibi. dia kata mengumpul al-qur'an tidak boleh dinamakan bid'ah LANGSUNG, sama ada dari sudut bahasa atau istilah. apa lagi yg saudara cuba pertahankan? bukankah saudara yg kata kalau silap mengaku je?

sy bawak kalam al-syatibi sbb beliau diterima oleh yg salafi dan khalafi. malah al-i'tisom itu diikriraf oleh semua, bahkan saudara sendiri kata ia termasuk silibus di al-azhar. kalau sy bwk fatwa Bin Baz, berkemungkinan tinggi saudara reject. kalau saudara bwk fatwa sheikh saudara, mungkin sy reject. maka kita carilah ulamak yg diterima oleh kedua2 pihak.

***

tentang al-bouti, beliau tidak menganggap sambutan maulid itu bid'ah pun, sama ada dari segi bahasa apatah lagi dari sudut istilah. maka hujah saudara yg mengatakan beliau mengatakan ia bid'ah dari segi bahasa adalah tidak valid. sila baca fatwa beliau sendiri di sini:

http://www.bouti.net/fatawas.php?PHPSESSID=959fafd39ef2493ca09d72b9eaf1c083&id=2860

bahkan beliau menganggap masyruk sambut maulid nabi. sila baca yg ini pula:

http://www.bouti.net/fatawas.php?PHPSESSID=959fafd39ef2493ca09d72b9eaf1c083&id=2167

maka sekali lagi saya minta, tolong bawakan contoh penggunaan bid'ah hasanah oleh al-bouti. jangan main pusing2, saya minta senang je. kalau ada dlm buku beliau, tolong boleh tulis dlm arab sebijik mcm dlm buku tu, boleh sy cek kat ebook2 beliau.

***

wah, nampaknya saudara sekarang berminat nak tahu sy ngaji dgn sape. tapi bila sy tanya saudara tentang pengajian saudara, cuba mengelak2. nak bersembunyi.

alhamdulillah, sy ngaji sikit2 je. tapi sekurang2nya sy tahu al-syatibi sendiri membuat perbandingan antara bid’ah dan al-masoleh al-mursalah, dan begitu juga seperti yg terdapat dlm kitab2 lain yg membincangkan masalah bid’ah secara khusus. Sedangkan saudara dari mula dah cakap sy salah bila buat perbandingan itu, walaupun saudara mengaku mengaji tinggi2. bertambah keraguan saya pada saudara.

***

Alhamdulillah, saudara That tidak menolak al-qur’an. semoga setiap yg dtg dlm al-qur'an itu diterima tanpa apa2 penyelewengan.

***

saya ingin mengingatkan diri sy dan saudara juga, bertaqwalah kepada Allah. takutlah akan hari kiamat, ketika semua amal kita dipamerkan. maka ketika itu pembohong dan penipu tidak lagi boleh bersembunyi. maka janganlah kerana nak menang debat, sehingga mendakwa macam2 yg tidak benar.

wassalamu 'alaikum.

faizal said...

assalamualaikum..
maaf mencelah,kepada saudara that,harap anda dpt menjawab soalan yg dikemukakan oleh saudara yasir krn kelihatan anda tidak menjawab langsung melainkan memusing2 ayat..agak tidak adil krn saudara yasir mnjawab persoalan anda..

hrp kedua2 belah pihak dpt berlaku adil bg perbincangan ini..

perokoksoleh said...

salam....

rasanya mamat "that" xpaayh jawab dah persoalan2x suadara yasir...
nak bincang ilmiah konon...
aku teliti semuanya berhujah kerana nak mengatakan masing2x benar...xgitu?

sibuk korang bincang masalah nie...

yang puak lain dok bincang camner nak rosakkan anak muda islam...

lagi elok korang bincang cara terbaik nak bagi umat islam membangun...


aku bukan penghafaz hadith 40
aku bukan penghafaz quran..
aku bukan alim macam korang semua,

tapi...

aku cukup menyampah tengok korang berbahas masalah2x yang dah selesai 1001 tahun dahulu..
dan lagi bosan sebab korang semua power2x..
keluar hujah hadith dan lain2x..
tapi sebenarnya..???..

penyelesaiannya???
tutup perbahasan nie dengan tasbih kifarah dan surah asr..huhu

korang nak baca sadaqallah baca..
xnak baca sudah...
islam ini MUDAHHH..

aku tetap nak baca dan kalau ada korang nak pangkah aku..
silakan...

aku xreti berhujah tapi aku tahu apa yang aku buat tidak menyalahi akidah...

nak kata aku bidaah?
silakan...nak kata aku ahli nerakapun silakan..
aku rasa jika emak aku redha dengan aku...itu sudah cukup untuk dapt keredhaan ALLAH bersamaku..

korang xredha..KORANG PUNYA PASAL

yang benar,
aku bukan wahabi,bukan salafi..
aku budak surau sahaja...

IbnuNafis said...

Ini pendapat Dr Said Ramadhan Al Bouti tentang Muhammad bin Abdul Wahhab dan Wahhabi :

أولاً: بريطانيا تستخدم أعمالها السياسية في بلادنا العربية لهدف ديني معروف هو القضاء على الإسلام.

ثانياً: محمد بن عبد الوهاب اجتهد فأخطأ في كثير من مبادئ العقيدة والسلوك، ولا يملك أحد أن يجزم بأنه كان عميلاً، ولا مانع من إحياء ذكرى ولادته أو وفاته.

Rujuk :

http://www.bouti.net/fatawas.php?lvl=2&PHPSESSID=092c6f2f3061982121b88e3f5b630e11&id=471

jarah wa ta'dil said...

salam..

ibnunafis..come on la..
sekarang ini kita berhujjah atas apa yang dibawa oleh individu..permasalahan fiqhiyyah..bukan masalah peribadi..nak bawa hujjah dr.said ramadhan albouti hafizahullah yang mengkritik muhammad ibn abdul wahhab untuk menunjukkan kesalahannya..kenapa tak rujuk pula kernyataan2 dari dr yusuf alqaradhawi dan dr wahbah zuhaily?

orang bincang pasal lain dia bincang pasal lain..org fokus pada topik kita fokus pada pendapat ulamak terhadap peribadi seseorang..

Dr.Wahbah Zuhaily :

كان من أجرأ أصوات الحق ، وأكبر دعاة الإصلاح ، والبناء والجهاد لإعادة تماسك الشخصية الإسلامية وإعادتها لمنهج السلف الصالح: دعوة الشيخ محمد بن عبدالوهاب في القرن الثاني عشر الهجري (الثامن عشر الميلادي) لتجديد الحياة الإسلامية ، بعد ما شابها في أوساط العامة من خرافات ، وأوهام ، وبدع ، وانحرافات ، فكان ابن عبدالوهاب بحق ، زعيم النهضة الدينية الإصلاحية المنتظر

…dakwah syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab pada kurun ke-12 hijrah adalah antara suara kebenaran yang paling berani dan (beliau) merupakan pendakwah pembaharuan, pembinaan dan merupakan jihad yang paling besar bagi mengembalikan keteguhan pegangan individu muslim terhadap manhaj salaf, untuk memperbaharui kehidupan Islam di kalangan masyarakat awam yang telah pun tercemar dengan khurafat, waham, bida’ah dan penyelewengan…dan beliau dengan kebenaran, dan pembaharu agama yang ditunggu-tunggu..”

(تأثر الدعوات الإصلاحية الإسلامية
بدعوة الشيخ محمد بن عبدالوهاب)

Dr.Yusuf Al-Qaradhawi :

فالإمام محمد بن عبد الوهاب في الجزيرة العربية كانت الأولوية عنده للعقيدة، لحماية حمى التوحيد من الشركيات والخرافيات التي لوثت نبعه، وكدرت صفاءه، وألف في ذلك كتبه ورسائله، وقام بحملاته الدعوية والعملية في هدم مظاهر الشرك

".....Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan pelbagai fenomena /gambaran - gambaran syirik...."
(فقه الأولويات )

Syeikh Rashid Redha :

لم يخل قرن من القرون التي كثر فيها البدع من علماء ربانيين ، يجددون لهذه الأمة أمر دينها بالدعوة والتعليم وحسن القدوة ، وعدول ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين ، وتأويل الجاهلين ، كما ورد في الأحاديث .ولقد كان الشيخ محمد بن عبد الوهاب النجدي ، من هؤلاء العدول المجددين قام يدعون إلى تجريد التوحيد ، وإخلاص العبادة وحده ، بما شرعه في كتابه وعلى لسان رسوله خاتم النبيين صلى الله عليه وسلم . وترك البدع والمعاصي وإقامة شعائر الإسلام المتروكة وتعظيم حرماته المنتهكة المنهوكة.

(Bahagian Ta'rif dalam Kitabnya : ( صيانة الإنسان )


mohon ibnu nafis kembali kepada topik asal..

sebagaimana kata yasir,kita menerima apa sahaja bentuk kebenaran walaupun ianya datang dari orang kafir..atau orang yang mencela syeikh muhammad ibn abdul wahhab..atau mereka yang menentangnya..kami tidak memilih2 dalam menerima kebenaran..

Rhezi Ramdhani said...

Syaikh Yusri itu siapa ??Nabi Bukan ???

Ketemu malaikat Jibril mana si Syaikh Yusri itu hingga mengatakan bahwa ayat tadi dibaca setelah selesai membaca Al ur'an

dari : Mu'allaf Centre Indonesia