Thursday, May 21, 2009

Kesimpulan Perbahasan Dalam Membezakan Antara Manhaj Salafi Palsu Dengan Manhaj Salaf Sebenar

Bila dah tak sempat, saya tidak dapat nak fokuskan kepada menulis di kanvas blog ini. Sekalipun saya tak sempat aktif, beberapa para teman aktif bersayembara di komen-komen khususnya yang membabitkan isu wahabi yang saya timbulkan baru-baru ini. Maafkan saya kerana untuk kali ini, saya hanya menyalin kembali tulisan seorang teman berkenaan dengan tajuk di atas. Semoga para peserta sayembara akan meneliti secara cermat tulisan teman saya ini.

************
Sumber:

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/237/Kesimpulan_Perbahasan_Dalam_Membezakan_Antara_Manhaj_Salafi_Palsu_dengan_Manhaj_Salaf_Sebenar?replies_read=49

خلاصة القول

في التفريق بين المنهج السلفي المردود ومنهج السلف المقبول



Kesimpulan Perbahasan

Dalam Membezakan Antara Manhaj Salafi Palsu

dengan Manhaj Salaf Sebenar



Pendahuluan:

Beberapa ikhwan (saudara-saudara seislam) bertemu penulis lalu menyampaikan hajat mereka agar penulis yang faqir lagi hina ini, untuk menggariskan sebuah kesimpulan yang ringkas, dalam membezakan antara Manhaj Salafi Palsu dengn Manhaj Salafus Soleh yang sebenar. Ini suatu persoalan yang amat besar dan ramai dari kalangan ulama'-ulama' Islam telahpun menulis mengenainya.

Penulis yang serba jahil ini tidaklah layak untuk membuat suatu kesimpulan lengkap, di khalayak khazanah ilmiah para ulama' yang telah ada, dalam membuat kesimpulan mengenai perbezaan antara kedua-duanya.

Berbekalkan kesempatan waktu yang agak terbatas, dan sumber rujukan yang sedikit, atas kelemahan penulis sendiri, demi untuk meraikan permintaan para ikhwan yang budiman, yang jujur dalam pencarian, maka penulis yang hina ini, dengan izin dan bantuan Allah s.w.t., cuba menyimpulkan beberapa perbezaan ketara antara Manhaj Salafi Palsu dengan Manhaj Salafus Soleh yang sebenar, dalam perkara-perkara agama.

Secara asasnya, penulis cuba –dengan bantuanNya- menghimpunkan beberapa isi-isi penting daripada beberapa karangan-karangan penulis yang terdahulu, dalam membuat kesimpulan ini, bagi memudahkan para ikhwan yang budiman dalam membuat penilaian tersebut. Secara dasarnya juga, penulis mendasari kesimpulan ini dengan merujuk buku-buku para ulama' terdahulu yang telahpun membuat kesimpulan-kesimpulan berkenaan dengan masalah ini, seperti buku-buku karangan Sheikh Ahmad Zaini Dahlan r.a., Sheikh Muhammad Al-Kauthari r.a., Sheikh Yusuf An-Nabhani, Sheikh Yusuf Dijawi, Sheikh Abdul Qadir Isa r.a., Sheikh Dr. Syed Muhammad Alawi Al-Maliki r.a., Sheikh Dr. Umar Abdullah Kamil, Sheikh Sa'id Fudah, Sheikh Dr. Said Ramadhan Al-Buti, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan sebagainya -semoga Allah s.w.t. membalasi jasa mereka-.


Fasal: Persoalan-persoalan Aqidah


Fahaman Tajsim

Kebanyakkan para ulama' salafi yang mendakwa kononnya mereka mengikut salafus soleh, namun mereka berpegang dengan fahaman tajsim (menjisimkan Allah s.w.t.), dalam masa yang sama, menafikan tajsim tersebut sebagai tasybih sedangkan para salafus soleh menafikan secara mutlak, sebarang makna kejisiman untuk dinisbahkan kepada Allah s.w.t..

Punca kecelaruan mereka adalah disebabkan sikap jumud (statik) mereka dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat (ayat-ayat yang mempunyai makna yang kesamaran), di mana mereka menafikan majaz (kiasan), kaedah ta'wil (memalingkan makna perkataan tersebut daripada makna zahirnya) dan tafwidh (menyerahkan makna dan hakikat perkataan tersebut kepada Allah s.w.t.) ketika berinteraksi dengan nas-nas tersebut.

Akhirnya, mereka menetapkan makna bagi perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut dengan makna zahirnya yang membawa maksud kejisiman, lalu dinisbahkan kepada Allah s.w.t., dek kejahilan mereka tentang ketinggian bahasa Arab itu sendiri yang mengandungi konsep majaz (kiasan).

Hasilnya, mereka menisbahkan jisim bagi zat Allah s.w.t., seperti tangan, wajah, mata dan sebagainya, sehingga akhirnya menisbahkan tempat bagi Allah s.w.t., iaitu di atas Arasy. Inilah antara kesesatan dan bid'ah terbesar bagi sebahagian besar golongan salafi moden yang mengaku salaf, padahal kaum salafus soleh berlepas tangan dariapda kesesatan dan bid'ah mereka.

Guru rujukan mereka (salafi moden) dalam bid'ah aqidah iaitu fahaman tajsim ini ialah Sheikh Ibn Taimiyah, yang secara tidak langsung membuka kaedah-kaedah tajsim ini namun menafikan tajsim sebagai tasybih (menyerupakan Allah s.w.t. dengan makhluk), padahal tajsim tersebut adalah satu jenis daripada tasybih itu sendiri.

Silalah rujuk buku-buku aqidah mereka seperti buku Risalah At-Tadammuriyyah, Al-Arasy, Fatawa, At-Ta'sis dan sebagainya, karangan Ibn Taimiyah, dan buku para penganut fahaman beliau seperti buku-buku syarah Aqidah Tohawiyah versi salafi, (syarah Bin Baz dan sebagainya), dan sebagainya.

Mereka (salafi moden) tanpa segan silu, menisbahkan fahaman tajsim mereka kepada salafus soleh sedangkan salafus soleh berlepas tangan daripada fahaman mereka.

Contoh-contoh sebahagian perkataan para pelopor mereka:

Buku Al-Kawasyif Al-Jaliyyah 'an Ma'ani Al-Wasathiyyah oleh Sheikh Abdul Aziz Al-Muhammad Al-Sulaiman (m/s: 195) yang menyebut:

"Makna istiwa adalah ketinggian, naik dan menetap"


Dalam buku masa'il wa fatawa, Sheikh Ahmad bin Nasir berkata (m/s: 560):


" Allah di atas Arasy dan kursi adalah tempat letaknya kakiNya."


Dan sebagainya.

Adapun para salafus soleh, beraqidah Islam yang sejahatera. Apabila mereka berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat, maka mereka akan menekankan konsep tanzih (menyucikan Allah s.w.t. daripada sebarang sifat-sifat kekurangan) dan taqdis (menyucikan sifat-sifat Allah sw.t. daripada sebagai sifat-sifat makhluk). Dua manhaj utama mereka takkala berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat adalah samada tafwidh (menegaskan bahawa mereka tidak tahu makna sebenar perkataan tersebut, lalu menyerahkan makna sebenar perkataan tersebut kepada Allah s.w.t.) mahupun ta'wil qarib (memberi makna lain kepada perkataan tersebut, sesuai dengan aqidah Islam yang murni dan kaedah bahasa Arab yang tinggi/kaedah kiasan).

Golongan ulama' khalaf meneruskan manhaj sejahtera para salafus soleh ini. Mereka adalah golongan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah, yang merupakan golongan majoriti umat Islam, yang diakui kebenaran mereka oleh Nabi s.a.w. dalam hadith tentang kebenaran sawadhul a'zhom (lihat perbahasan: Neraca Nabawi).

Contoh-contoh manhaj tafwidh dan ta'wil para salafus soleh:

-Tafwidh

Contohnya seperti kata Abu Ubaid: “Jika ditanya kepada kami, tentang tafsirannya (ayat-ayat mutasyabihat), maka kami tidak menafsirkannya…” (Al-Asma’ wa As-Sifat karangan Imam Al-Baihaqi: 355)

Imam Sufian bin Uyainah r.a. berkata: “Apa yang disifati oleh Allah s.w.t. tentang diriNya dalam kitabNya, maka bacaan perkataan tersebut (seperti yadd) ialah tafsirannya (maknanya, cukuplah dengan menyebut perkataan tersebut, maka itulah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., tanpa perlu tahu makna sebenar dari sudut bahasa ataupun sebegainya- penulis). Tidak boleh seseorang menafsirkannya dengan Bahasa Arab (dengan mengisbatkan sifat tersebut dari sudut Bahasa Arab) ataupun menafsirkannya dengan bahasa Farsi (merujuk kepada menterjemahkan perkataan tersebut kepada bahasa asing, menurut maknanya dari sudut Bahasa Arab, seperti menterjemahkan perkataan Yadd Allah kepada tangan Allah)” (Al-Asma’ wa As-Sifat: 314).

Begitu juga dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Az-Zahabi dari perkataan Ibn Suraij: “Tidak boleh menterjemahkan sifat-sifatNya (yang mutasyabihat tersebut) ke dalam bahasa selain daripada bahasa Arab”.

Mengapa Imam Sufyan bin Uyainah dan Imam Ibn Suraij menegah seseorang menterjemahkan perkataan-perkataan mutasyabihat kepada bahasa lain selain daripada bahasa Arab, dengan maknanya dari sudut bahasa? Hal ini kerana, bagi mereka, perkataan itu tidak boleh difahami dengan makna zahirnya yang membawa makna yang tidak layak bagi Allah s.w.t. (makna-makna kejisiman).

Lihatlah, berapa ramai orang yang mengaku mengikut salafus soleh pada hari ini, sanggup menterjemahkan perkataan mutasyabihat ke dalam bahasa lain dengan makna zahirnya, seperti menterjemahkan perkataan yadd Allah dengan maksud tangan Allah. Ini bertentangan dengan saranan para Imam salafus soleh sendiri seperti Imam Sufyan dan Imam Ibn Suraij. Jelas mereka bercanggah dengan salafus soleh walaupun mengaku salafi!

Imam Abu Sulaiman Al-Khitobi r.a. berkata: “Mutasyabihat itu, cukuplah sekadar beriman mengenai sifat tersebut, dan cukuplah dengan mengetahui lafaz yang terzahir. Adapun maknanya yang sebenar(batinnya), diserahkan kepada Allah s.w.t. semata-mata…” (Al-Asma’ wa As-Sifat: 454).

Imam An-Nawawi r.a. berkata: “Mazhab jumhur ulama’ salaf dan sebahagian daripada golongan mutakallimin (ahli kalam dari kalangan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyah): bahawa mereka beriman bahawasanya sifat-sifat tersebut (mutasyabihat tersebut) itu benar bersesuaian dengan sifat-sifat yang layak bagi Allah s.w.t.. Adapun zahirnya yang diketahui bersesuaian dengan sifat kita (iaitu, makna zahir perkataan tersebut dari sudut bahasa), bukanlah apa yang dimaksudkan (oleh Allah s.w.t.), dan mereka tidak memberikan ta’wilnya (makna lain bagi memalingkan perkataan tersebut dari maknanya dari sudut bahasa), di samping mempercayai akan kesucian Allah s.w.t. daripada sebarang sifat yang menyerupai sifat makhluk, dan suci dari pergerakan, perpindahan, dan segala sifat makhluk yang lain (yang hadis atau baharu).” (Syarah Sahih Muslim: 6/36)

-Salafus Soleh dan Ta'wil


Contoh seperti dalam syarah Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi r.a., dalam bab hadis nuzul (turunnya) Allah s.w.t.:

“Pendapat kedua: Pendapat kebanyakkan golongan mutakallimin, dan sebahagian daripada kalangan salafus soleh- seperti Imam Malik dan Auza’i r.a.-yang mana mereka menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat dalam kondisi-kondisi tertentu: bahawa, ta’wil bagi nuzul (turunnya) Allah s.w.t. ada dua ta’wil. Salah satunya (ta’wil Imam Malik r.a.) ialah: turutnya rahmat Allah s.w.t. urusan dan para malaikatNya…” (Syarah Sahih Muslim 6/36-37)

Imam Ad-Dhihak r.a. dan Abu Ubaidah r.a. menta’wilkan firman Allah s.w.t.: “Setiap benda akan musnah kecuali WajahNya”. Wajah Allah s.w.t. dalam ayat tersebut bermaksud: ZatNya. (Daf’u Syibahu At-Tasybih oleh Imam Ibn Jauzi: 31).

Telah diriwayatkan secara ma’thur bahawa tafsiran sebahagian salafus soleh, terhadap ayat “Dia sentiasa bersama kamu di mana kamu berada” dengan makna, bersama makhluk dengan ilmuNya (bukan dengan zatNya).” (Fusulun fil Aqidah: 84).

Dalam ayat “Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…” Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6)

Dalam ayat berbunyi: “Telah datang Tuhanmu” (Al-Fajr: 22), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah menta’wilkannya dengan makna: telah datang pahala (dari) Tuhanmu” (Al-Bidayah wa An-Nihayah: 10/328)

Dalam hadis sahih Al-Bukhari di mana Rasulullah s.a.w. menyebut: “Yadhak Allah” (dalam bahasanya bermaksud: Allah telah ketawa), dan Imam Al-Bukhari menta’wilkannya dengan maksud: “Allah merahmati”. Beliau menta’wilkan ketawa dengan makna rahmat. (Fathul Bari 6/123-124)

Imam Mujahid r.a. menta’wilkan perkataan “janbi” (dalam maksud bahasa bererti pada sisi) Allah s.w.t., dalam ayat surah Az-Zumar ayat 56, dengan maksud: perintah Allah s.w.t.. (Tafsir At-Tabari 24/13).

- Salafus Soleh dan Tanzih (Menyucikan Allah s.w.t. daripada sifat baharu seperti bertempat)

Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesungguhnya Allah s.w.t. menciptakan Arasy, sebagai tanda kekuasaanNya, bukan sebagai tempat untuk Dia duduki” (Al-firaq bainal firaq: 333)


Saidina Ali k.r.w.j. berkata lagi: “Sesiapa yang beranggapan bahawa, Tuhan kita mahdud (ada ruang lingkup tertentu atau ada had-had tertentu), bererti dia jahil tentang Tuhan Maha Pencipta lagi Tuhan yang disembah” (hilyatul Auliya’: 1/73)

Imam Ali Zainal Abidin bin Al-Husein r.a. berkata: “Sesungguhnya, Engkaulah Allah, yang tidak bertempat” (Ittihaf Saadah Al-Muttaqin: 4/380)

Imam Abu Hanifah r.a. berkata: “...Tidaklah ada sebarang jarak antara Allah s.w.t. dengan makhlukNya” (syarh Fiqh Akbar karangan Ali Al-Qari: 136-137)

Imam As-Syafi’e r.a. berkata: “Allah s.w.t. wujud tidak bertempat. Dia menciptakan tempat, sedangkan Dia tetap dengan sifat-sifat keabadianNya, sepertimana sebelum Dia menciptakan makhluk. Tidak layak Allah s.w.t. berubah sifatNya atau zatNya.” (ittihaf saadah Al-Muttaqin: 2/24).

Imam At-Tohawi (321H) berkata juga: “Maha Tinggi dan Suci Allah s.w.t. daripada sebarang had, sempadan, anggota, dan alat. Dia tidak tertakluk dalam mana-mana sudut yang enam (tidak bertempat).” (As-Siqaat: 1/1)

Imam Ibn Hibban r.a. juga berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak tertakluk kepada tempat dan masa” (Al-Ihsan fi tartib sahih Ibn Hibban: 4/8)

Masih terlalu banyak ungkapan-ungkapan para ulama’ salafus soleh, dan para ulama’ setelah mereka, dalam menafikan sebarang sifat jismiyyah (kejisiman) Allah s.w.t.. Lantaran itu, fahamlah kita bahawa, mereka tidak pernah memahami nas-nas mutasyabihat dengan maknanya dari sudut bahasa, seperti yang didakwa oleh Ibn Taimiyah, seterusnya dikembangkan lagi oleh para pendokong beliau dari kalangan golongan mutasallifah.

Adapun para ulama’ salafus soleh terlalu berwaspada daripada menisbahkan sifat-sifat kejisiman kepada Allah s.w.t. kerana mereka mengerti bahawa, tajsim itu juga termasuk dalam fahaman tasybih yang bercanggah dengan seruan ayat Al-Qur’an berbunyi: “Tiadalah bagiNya itu akan sesuatupun yang menyerupaiNya”.

Kesimpulannya, sebahagian besar golongan pengaku salafi moden berfahaman tajsim, dengan menisbahkan makna-makna zahir berbentuk kejisiman kepada Allah s.w.t. sedangkan para salafus soleh menyucikan Allah s.w.t. dari sebarang bentuk sifat-sifat makhluk kepada Allah s.w.t. termasuklah menafikan sebarang penisbahan kejisiman (menafikan tajsim) kepada Allah s.w.t.. Para salafus soleh menyerahkan makna perkataan mutasyabihat kepada Allah s.w.t. dan ada sebahagian daripada mereka menta'wilkannya, sedangkan golongan salafi moden ini menetapkan makna zahir perkataan tersebut kepada Allah s.w.t. (na'uzubillah).

Janganlah tertipu dengan pengaku salafi moden yang menterjemahkan lafaz-lafaz mutasyabihat dengan makna zahirnya seperti menterjemahkan istiwa dengan bersemayam dan sebagainya kerana ianya tidak pernah dilakukan oleh salafus-soleh yang sebenar, bahkan bertentangan dengan pendirian salafus-soleh yang tidak memahaminya dengan maknanya yang zahir.

"Mereka mengetahui bahawasanya yang menyampaikan nas-nas tersebut (mutasyabihat) benar dan tidak diragui kebenarannya (Nabi s.a.w.) lalu mempercayainya (membenarkan lafaz-lafaz mutasyabihat tersebut) tetapi mereka tidak mengetahui hakikat maknanya (tidak tahu makna sebenar lafaz-lafaz mutasyabihat tersebut). Oleh yang demikian, mereka mendiamkan diri daripada membicarakannya…" (Zamm At-Ta'wil: m/s 30)

Pembahagian Tauhid kepada Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah

Sebahagian besar daripada golongan yang mendakwa salafi di akhir zaman ini berpegang kepada pembahagian antara Tauhid Uluhiyyah dengan Tauhid Rububiyyah. Mereka membezakan antara Tauhid Uluhiyyah (ketuhanan) dan Tauhid Rububiyyah (ketuanan). Bagi mereka, tidak semestinya seseorang itu bertauhid dengan Tauhid Rububiyyah, dalam masa yang sama mentauhidkan Allah s.w.t. dengan Tauhid Uluhiyyah.

Menurut mereka, Tauhid Rububiyyah adalah mengesakan Allah s.w.t. dalam penciptaan, pentadbiran dan pengurusan makhluk, serta mengesakan Allah s.w.t. dalam memberi sebarang manfaat ataupun kemudaratan. Menurut mereka, orang-orang musyrikin juga turut mengesakan Allah s.w.t. pada Tauhid Rububiyyah ini, di samping orang-orang Islam. Oleh yang demikian, tidak semestinya sesiapa yang beriman dengan Tauhid Rububiyyah ini, akan beriman dengan Tauhid Uluhiyyah, seperti hal orang-orang musyrikin.

Adapun tauhid Uluhiyyah adalah, mengesakan Allah s.w.t. dalam pengabdian dan penyembahan. Maksudnya, sesiapa yang beriman dengan Tauhid Uluhiyyah akan menyembah Allah s.w.t. dan tidak mempersekutukanNya dalam penyembahan dan ibadahnya kepadaNya.

Tauhid Uluhiyyah hanya dipegang oleh orang-orang beriman, di samping Tauhid Rububiyyah mereka.

Para ahlul haq dari kalangan salafus soleh dan majoriti umat Islam hari ini tidak pernah membeza-bezakan antara Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Bagi para salafus soleh, dan majoriti umat Islam, sesiapa yang beriman dengan Tauhid Rububiyyah pasti akan beriman dengan Tauhid Uluhiyyah dalam masa yang sama, kerana kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.

Adapun antara dalil penolakan pembahagian tauhid kepada tauhid al-uluhiyyah dan tauhid al-rububiyyah adalah:


Firman Allah s.w.t.:


Hai kedua penghuni penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa? (Surah Yusuf: 39)

Nabi Yusuf a.s. menyebut arbab (rabb-rabb) kepada kedua-dua penghuni penjara tersebut menunjukkan bahawasanya Nabi Yusuf a.s. sendiri tidak membezakan antara Rabb dan Ilah ataupun tidak membezakan tauhid Ar-Rububiyyah dan tauhid Al-Uluhiyyah.


Allah s.w.t. memaparkan menceritakan pengakuan dan dakwaan Fir'aun dalam Al-Qur'an:


"(Fir'aun seraya) berkata:"Akulah Rabb kamu (Tuhanmu) yang paling tinggi".(Surah An-Nazi'aat: 24)


Ini jelas menunjukkan bahawasanya Fir'aun sendiri tidak bertauhid dengan tauhid Ar-Rububiyyah.


Firman Allah s.w.t.:

Dan Berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, Aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain Aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat Kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya Aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya Aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta". (Surah Al-Qashash: 38)

` Dalam ayat ini pula menunjukkan bahawasanya Fir'aun mendakwa ketuhanan dengan menisbahkan uluhiyyah kepada dirinya. Jadi, jelaslah di sini bahawasanya, Al-Qur'an sendiri tidak membezakan antara uluhiyyah dengan rububiyyah bahkan tidak juga mendakwa bahawa orang-orang musyrikin bertauhid dengan tauhid Ar-Rububiyyah.

Hadith Nabi s.a.w.:

Malaikat dalam kubur bertanya: "Siapa Tuhan (Rabb) kamu?" (hadith sahih Muslim no 5117)

Dalam hadith ini menunjukkan bahawasanya malaikat bertanya tentang tauhid rububiyyah, bukan tauhid uluhiyyah. Kalau orang musyrik bertauhid dengan tauhid rububiyyah, pasti dia pun akan dapat menjawab soalan malaikat tersebut. Ini suatu hal yang batil kerana dalam hadith ini, orang yang kafir tidak dapat menjawab soalan malaikat tersebut lalu disiksa.

Jadi, ini menunjukkan bahawasanya, orang kafir, orang musyrik dan sebagainya tidak bertauhid dengan tauhid al-rububiyyah dan tiada bezanya antara tauhid al-uluhiyyah dengan tauhid al-rububiyyah dan sesiapa yang bertauhid dengan tauhid al-rububiyyah pasti bertauhid dengan tauhid al-uluhiyyah, begitulah sebaliknya, dan hanya orang Islam sahaja yang bertauhid dengan kedua-duanya.

Mendakwa Bahawa Rasulullah s.a.w. Sekadar Manusia Biasa

Para ulama' salafus-soleh tidak pernah berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu sekadar manusia biasa, tetapi para sahabat r.a., para tabi'in dan para ulama' salafus-soleh mengangungkan Rasulullah s.a.w. dan menghormati Baginda s.a.w. dengan penghormatan yang tinggi.

Sebahagian golongan pengaku salafi dewasa ini bersifat melampau dengan berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu sekadar manusia biasa yang tiada keistimewaannya melainkan sekadar menyampaikan risalah kepada manusia lain. Itu sahaja keistimewaan Rasulullah s.a.w.. Bahkan menurut sebahagian daripada mereka, sebelum Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi nabi, Baginda s.a.w. sama seperti manusia biasa sahaja.

Na'uzubillah…

Ibn Muni'e berkata dalam buku "Al-Hiwar" (bukunya yang mengkritik Sheikh Al-Syarif Syed Muhammad Alawi Al-Maliki r.a.):

"Adapun apa yang kita percaya tentang Rasulullah s.a.w. ialah, bahawasanya Baginda s.a.w. sekadar seorang rasul yang tiada ke atasnya melainkan sekadar menyampaikan risalah… Baginda s.a.w. tidak mengetahui yang ghaib dan tidak memiliki manfaat buat diri Baginda s.a.w. dan tidak juga memberi mudarat dan kebaikan melainkan sesuai dengan kehendak Allah s.w.t.. Baginda s.a.w. makan maknanan dan berjalan di pasar-pasar… dan sesungguhnya Baginda s.a.w. ialah seorang manusia seperti kita yang diutuskan kepada kita…Baginda s.a.w. juga hamba Allah dan RasulNya yang mempunyai tabiat kemanusiaan yang sama seperti manusia-manusia yang lain." (m/s: 35)

Hakikatnya, ungkapan sebegitu tidak pernah diungkap oleh mana-mana sahabat r.a., para tabi'in dan para ulama' salafus-soleh. Mereka tidak pernah mengungkapkan: "Rasulullah s.a.w. manusia sepertimana kita…". Mereka bahkan mengungkapkan perkataan-perkataan yang memuji Rasululllah s.a.w. dan mengagungkan kedudukan Baginda s.a.w..

Allah s.w.t. sendiri mengungkap pujian terhadap Rasulullah s.a.w. dengan berfirman:

Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. (Surah Al-Qalam: 4)

Bahkan, para sahabat r.a. sentiasa memuji dan mengagungkan Rasulullah s.a.w..

Hissan bin Thabit r.a., seorang sahabat Rasulullah s.a.w. menuturkan sajak yang memuji Rasulullah s.a.w.:


يا ركن معتمد وعصمة لائـذ ومـلاذ منتـجـع وجـار مجـاور

يا من تخـيّـره الإلـه لخلقه فحبـاه بالخلـق الزكـي الطاهـر

أنت النبي وخير عصبـة آدم يـا مـن يجود كفيـض بـحر زاخر

ميكال معك وجبرئيل كلاهما مــدد لنصـرك مـن عزيـز قادر


Maksudnya:



"Wahai tiang, tempat bersandarnya orang yang bersandar,

Tempat berlindung orang yang berlindung kepadanya,

Tempat meminta tolong orang yang kesusahan,

Dan penyelamat orang yang memohon penjagaan!

Wahai makhluk pilihan Allah bagi makhlukNya,

Maka Allah menganugerahkan kepadanya akhlak yang suci,

Engkau adalah Nabi dan sebaik-baik keturunan Adam,

Wahai Nabi yang Pemurah bagai limpahan lautan yang luas,

Mikail dan Jibril selalu menyertaimu.

Kedua-duanya bersedia untuk menolongmu,

Sebagai bantuan daripada Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa

Nah, betapa agungnya ungkapan seorang sahabat terhadap Rasulullah s.a.w., bukan seperti mereka yang mengungkapkan: "Rasulullah manusia sepertimana manusia lain", yang biadab dalam tutur katanya terhadap Saidina Rasulullah s.a.w..

Rasulullah s.a.w. bersabda sendiri dalam menunjukkan keagungan Baginda s.a.w. yang bukan sekadar manusia biasa:

(( أنا أكرم الأولين والآخرين ولا فخر( )


Maksudnya: "Aku ialah semulia-mulia manusia di antara manusia yang terawal mahupun yang terakhir dan aku tidak pula bangga" (Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:

أنا أتقى ولد آدم وأكرمهم على الله ولا فخر .

Maksudnya: Aku yang paling bertaqwa dalam kalangan anak Adam dan yang paling mulia dari kalangan mereka dan tidaklah aku bermegah dengannya" (hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi)

Nah, wahai yang berkata Rasulullah s.a.w. manusia yang sama seperti kamu, adakah kamu semulia-mulia manusia? Memang tidak sama antara orang yang dimuliakan oleh Allah s.w.t., yang beradab dengan Allah s.w.t. dan makhluk-makhlukNya, dengan orang yang tidak beradab dengan Rasulullah s.a.w..


Para salafus-soleh juga sentiasa beradab dengan Rasulullah s.a.w.. Bahkan, tidak pernah didengari perkataan seumpama yang diungkapkan oleh Ibn Muni'e tersebut. Bahkan, perkataan "Rasulullah manusia seperti kita…" hanya diungkapkan oleh orang-orang kafir kepada para nabi mereka.

Kaum Nabi Nuh berkata kepada Nabi Nuh a.s. seperti yang dirakamkan di dalam Al-Qur'an:

(( فَقَالَ الْمَلأُ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قِوْمِهِ مَا نَرَاكَ إِلاَّ بَشَراً مِّثْلَنَا )) (سورة هود : 27)


Maksudnya: "Maka berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir dari kaumnya: "Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami…". (Surah Hud: 27)

Begitu juga perkataan orang-orang kafir dari kalangan kaum Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s.:

)) فَقَالُوا أَنُؤْمِنُ لِبَشَرَيْنِ مِثْلِنَا وَقَوْمُهُمَا لَنَا عَابِدُونَ))

Dan mereka berkata: "Apakah (patut) kita percaya kepada dua orang manusia seperti kita (juga), padahal kaum mereka (Bani Israil) adalah orang-orang yang menghambakan diri kepada kita?" (Surah Al-Mu'minun: 47)

Kaum Thamud berkata begitu juga kepada nabi mereka sebagaimana yang dirakamkan dalam Al-Qur'an:

(( مَا أَنتَ إِلاّ بَشَرٌ مِّثْلُنَا فَأْتِ بِآيَةٍ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ))

Maksudnya:

Kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami; Maka datangkanlah sesuatu mukjizat, jika kamu memang termasuk orang-orang yang benar". (As-Syu'ara': 154)

Bahkan, Al-Qur'an juga merakam perkataan orang-orang kafir Quraisy kepada Rasulullah s.a.w.:

وَقَالُوا مَالِ هَذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الْأَسْوَاقِ

Maksudnya: Dan mereka berkata: "Mengapa Rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar?... (Surah Al-Furqan: 7)
Ungkapan ini sama dengan ungkapan yang dilafazkan oleh penulis kitab Al-Hiwar tersebut takkala berkata: Baginda s.a.w. makan maknanan dan berjalan di pasar-pasar…" (m/s: 35)

Nah… Sebenarnya, ungkapan-ungkapan sebegitu merupakan ungkapan-ungkapan orang-orang kafir dalam kaum Nabi-nabi yang terdahulu. Ungkapan tersebut tidak pernah diungkapkan daripada golongan yang beriman kepada para rasul kerana mereka menghormati dan memuliakan para Rasul a.s., terutamanya Rasulullah s.a.w. yang merupakan penghulu bagi sekalian nabi dan rasul.

Para salafus-soleh dan para imam mujtahidin tidak pernah mengungkapkan perkataan sebegitu sama sekali. Inilah adab para salafus-soleh terhadap Rasulullah s.a.w..


Antara sifat-sifat utama bagi para rasul itu sendiri adalah:

Benar, Amanah, Menyampaikan, Bijaksana, Sejahtera daripada keaiban yang menjauhkan manusia daripadanya dan dipelihara daripada dosa. Inilah antara ciri-ciri keistimewaan para rasul a.s. yang mulia.

Bahkan, antara ciri-ciri khusus keistimewaan Rasulullah s.a.w. itu sendiri adalah sepertimana sabda Baginda s.a.w.:

((هل ترون قبلتي هاهنا ؟ فوالله ما يخفى عليَّ ركوعكم ولا سجودكم إني لأراكم من وراء ظهري))

Maksudnya: "Adakah kamu dapat melihat kiblatku di sini? Demi Allah. Ruku' dan sujud kamu tidak sesekali terselindung daripada penglihatanku. Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku" (hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adakah penulis buku Al-Hiwar yang mendakwa Rasulullah s.a.w. manusia yang samsa sepertinya boleh melihat dari belakangnya?

Ikutilah adab dan aqidah salafus-soleh yang sebenar, yang menghormati dan memuliakan Rasulullah s.a.w.. Janganlah ta'assub dengan mengikut mana-mana pengaku salafi moden yang tidak menjaga adabnya dengan Rasulullah s.a.w..

Mendakwa Bahawa Rasulullah s.a.w. Tidak Hidup, Tidak Mendengar dan Tidak Melihat Dalam Maqam Baginda s.a.w.

Seorang ulama' pengaku salafi moden yang terkenal iaitu Abu Bakr Al-Jaza'iri (tenaga pengajar di Universiti Islam Madinah) berkata dalam bukunya "kamal al-ummah fi solahi aqidatiha" ketika mencela Sheikh Al-Bakri dan qasidahnya:

"Bagaimana dia menyeru kepada seseorang (merujuk kepada Rasulullah s.a.w. yang ditujukan dalam qasidah tersebut) yang sudah tidak lagi mendengar, tidak lagi melihat dan tidak mampu memberikan apa-apa…" (m/s: 11)

Dia berkata lagi dalam membuat komen terhadap perkataan seorang sahabat yang berkata: "Tiada bagi kami melainkan hanya kepada kamu wahai Rasulullah, tempat kami bernaung…", lalu Abu Bakr Al-Jaza'iri memberi komen:

"Kalau seseorang berkata seperti ini setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. bererti dia telah berdusta dan telahpun syirik dan kafir…Tidak boleh berkata begitu kerana Rasulullah s.a.w. telah bertemu Tuhannya, dan sudah tidak mendengar kita lagi, sudah tidak melihat kita lagi dan sudah tidak kenal kita lagi, bahkan tidak akan mendoakan kita lagi" (m/s: 10)

Betapa keringnya hati lelaki ini daripada kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. dan daripada penghayatan terhadap ajaran agama Islam itu sendiri. Sheikh As-Syarif Syed Muhammad Alawi Al-Maliki berkata dalam kitab Mafahim yajib an tosohhah: "perkataan seperti ini suatu perkataan yang biadab".

Tidakkah dia tahu bahawa Rasulullah s.a.w. boleh menjawab salam dan selawat kepada orang-orang yang berselawat dan menyampaikan salam kepada Baginda s.a.w.?

Rasulullah s.a.w. bersabda:

(( ما من أحد يسلم علي إلا رد الله علي روحي حتى أرد عليه السلام ))


“Tidaklah seseorang mengucapkan salam kepadaku kecuali Allah s.w.t. mengembalikan nyawaku, sehingga aku membalas salamnya”

Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud Thabrani Al-Baihaqi dan Al-Mundziri. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Fathul Bari (6/488) memberikan komen mengenai hadith ini dengan berkata: “Para periwayatnya adalah tokoh-tokoh yang thiqah”.

Dalam hadith ini jelas menunjukkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. mendengar, berkata-kata dan mengenali mereka yang berselawat dan menyampaikan salam kepada mereka lalu menjawab salam mereka.

Telah thabit kisan kisah di mana seseorang meminta hujan di sisi Maqam Rasulullah s.a.w. pada zaman khalifah Sayyidina Umar bin Khattab r.a..:

عن مالك الدار خازن عمر قال: أصاب الناس قحط في زمان عمر، فجاء رجل إلى قبر النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله استسق لأمتك فانهم قدهلكوا، فأتي الرجل في المنام فقيل له: ((ائت عمر فأقرئه مني السلام وأخبرهم أنهم مسقون ، وقل له : عليك بالكيس الكيس)) .. فأتى الرجل فأخبر عمر ، فقال : ((يا رب ! ما آلو إلا ما عجزت عنه )).

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Malik Al-Dar r.a. (bendahara Sayyidina Umar r.a) bahawasanya dia berkata: “Kekeringan (kemarau) teruk telah melanda kehidupan manusia di zaman Sayyidina Umar r.a. Lalu ada seorang laki-laki datang ke maqam Nabis.a.w. dan berkata: “ Wahai Rasulullah, mintakan hujan untuk umatmu kerana mereka sungguh telah binasa (menderita). Pada malam harinya orang itu mimpi didatangi Rasulullah s.a.w. dan berkata kepadanya : ‘Datanglah engkau kepada ‘Umar dan sampaikan salamku kepadanya. Beritahukan dia bahawa mereka akan memperoleh hujan. Katakan juga kepadanya: ‘Engkau harus bijaksana...bijaksana’! Orang itu lalu segera menyampaikan berita mimpinya kepada Khalifah ‘Umar r.a.. Ketika itu ‘Umar berkata: ‘Ya Rabb (Ya Tuhanku), mereka mohon pertolongan-Mu karena aku memang tidak dapat berbuat sesuatu”

Dan Saif di dalam kitab “Al-Futuh” meriwayatkan bahawa orang yang bermimpi tersebut adalah Bilal bin Harits Al-Muzani r.a, salah seorang Sahabat Nabi s.a.w.” (rujuk Fathul bari, 2/495-496) Riwayat tersebut juga dikemukakan oleh Al-Hafiz Ibnu Katsir dalam Al-Bidayah wa An-Nihayah (7/90) dengan memberi komen: “Hadith ini sanadnya sahih”.

Kisah ini jelas bertentangan dengan gambaran yang diberikan oleh Abu Bakar Al-Jaza'iri seolah-olah umat Islam sudahpun kehilangan Rasulullah s.a.w. secara mutlak, sedangkan dalam kisah ini jelas menunjukkan tentang interaksi Rasulullah s.a.w. dengan umat Baginda s.a.w. setelah kewafatan Rasulullah s.a.w..

Perisitiwa ini berlaku pada zaman Saidina Umar r.a. yang merupakan seorang salaf yang memang hidup di zaman salafus-soleh yang sebenar, memahami tentang Rasulullah s.a.w. dengan kefahaman yang berbeza sama sekali dengan kefahaman pendakwa salafi bernama Abu Bakar Al-Jaza'iri tersebut.

Adakah Abu Bakar Al-Jaza'iri lebih salafi daripada Saidina Umar r.a. dan perawi kisah ini?

Fasal: Persoalan-persoalan Fiqh

Membid'ahkan Perkara-perkara Khilafiyah

Para salafi di akhir zaman ini, kebanyakkannya ghairah dalam membid'ahkan perkara-perkara yang diperselisihkan ulama' mengenainya, padahal para ulama' yang membenarkan dan mengamalkan perkara-perkara tersebut mempunyai dalil mereka juga dari Al-Qur'an dan As-Sunnah, walaupun secara zhonni (tidak putus). Budaya membid'ahkan perkara-perkara khilafiyah (yang diperselisihkan ulama' mengenainya) ini tidak pernah diamalkan oleh para salafus soleh.

Mereka tidak pernah membid'ahkan sebarang ijtihad para ulama' yang ahli dalam fatwa, selagimana ulama' yang berijtihad tersebut mengemukakan dalil penggalian hukum terhadap ijtihad dan fatwanya. Para ulama' salafus soleh sendiri tidak pernah menuduh bid'ah sesuatu semata-mata kerana perkara tersebut suatu yang baru, dan tiada contoh pengamalan sebelumnya.

Hal ini jelas di mana, takkala Imam As-Syafi'e menyatakan tentang pembahagian najis kepada tiga, pembahagian kepada air musta'mal dan sebagainya, tiada dari kalangan ulama' fiqh pun yang menuduh Imam As-Syafi'e melakukan bid'ah, walaupun pendapat dan ijtihad beliau tidak pernah ada contohnya sebelum beliau. Begitu juga dengan pendapat-pendapat Imam Abu Hanifah yang lahir daripada proses penilaian akal yang mana, tiada contoh sebelumnya. Namun, tiada siapa menuduh Imam Abu Hanifah sebagai pembawa bid'ah dengan ijtihad beliau, kerana masih lagi didasari oleh dalil yang boleh diterima.

Hal ini jelas merupakan contoh daripada Baginda s.a.w. sendiri di mana, Baginda s.a.w. mengakui amalan Saidina Bilal r.a. yang melakukan solat sunat setelah ambil wudhuk, walaupun tidak pernah ada contoh dari Baginda s.a.w. mengenainya sebelum itu.

Golongan salafi akhir zaman ini tersalah dalam memahami makna bid'ah itu sendiri seterusnya membawa kepada membid'ahkan perkara-perkara khilafiyah. Mereka memahami makna bid'ah ialah, segala yang baru, yang dilakukan, yang mana tiada contoh sebelumnya (dari Rasulullah s.a.w.) dalam urusan agama.

Kalau Rasulullah s.a.w. memahami makna bid'ah menurut syarak seperti pemahaman orang salafi akhir zaman ini, pasti Baginda s.a.w. ialah orang yang paling awal menolak amalan solat sunat dua rakaat selepas wudhuk yang diamalkan oleh Saidina Bilal r.a..

Maka, jelaslah bahawa, makna bid'ah menurut salafus soleh, lebih luas skopnya daripada makna bid'ah golongan salafi akhir zaman ini, bahkan mafhum bid'ah dalam syarak pula, lebih ketat daripada mafhum bid'ah golongan salafi akhir zaman, dalam syarak juga.

Bagi para salafus soleh, bid'ah dari segi syarak itu sendiri ialah, suatu perkara baru yang diada-adakan, tanpa contoh sebelumnya (dari Rasulullah s.a.w.), yang mana, tiada dalil-dalil lain yang memayungi perkara tersebut secara umumnya.

Inilah maksud hadith Nabi s.a.w. yang berbunyi: "Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru, dalam urusan agama kami, apa yang bukan daripadanya (daripada agama tersebut), maka ianya tertolak".

Perkataan pengikat: "…apa yang bukan daripadanya (urusan agama tersebut)…" memberi mafhum mukhalafah (makna sebaliknya) bahawa, sesuatu yang baru yang diadakan dan ianya adalah apa yang daripadanyav(urusan agama tersebut), maka ianya tidak tertolak. Ini kerana, dalam hadith tersebut, perkara yang baru yang diadakan hanya ditolak jika ia bukan daripada agama atau tiada dalil yang memayungi perkara tersebut, serta ianya bertentangan dengan nas-nas Islam yang lain.

Adapun kalau sesuatu perkara baru tersebut, ada dalil umum yang memayunginya, maka tidaklah suatu yang bid'ah dari sudut syarak, berdasarkan hadith tersebut.

Punca kekeliruan ini adalah kerana orang-orang salafi akhir zaman tidak memahami makna bid'ah dari sudut syarak dengan maknanya yang difahami oleh salafus soleh, di samping mereka tiada kefahaman yang mendalam tentang kaedah-kaedah dan usul-usul ilmu fiqh.

Mengingkari Ijtihad-ijtihad Ulama' Lain Yang Tidak Sependapat Dengan Mereka

Di antara perangai sebahagian golongan salafi yang bertentangan dengan para salafus soleh adalah, mereka (golongan salafi moden) suka mengingkari dan menyalahkan ijtihad para ulama' yang tidak sependapat dengan mereka. Mereka bermati-matian menuduh sesat dan salah terhadap ijtihad-ijtihad para ulama' yang tidak sehaluan dengan mereka

Mereka bukan sekadar menuduh bid'ah akan sesuatu perkara, tetapi turut menyalahkan pendapat-pendapat para ulama' lain dalam masalah-masalah zhonniyah, seperti membaca qunut pada solat Subuh, membaca zikir setelah solat secara berjemaah dan sebagainya.

Menuduh Syirik terhadap Umat Islam

Golongan salafi palsu pula adalah mereka yang sewenang-wenangnya menuduh sebahagian besar umat Islam telah terjerumus ke dalam syirik, hanya semata-mata kerana mereka bertawassul kepada dengan para Nabi dan para solihin, ziarah kubur dan sebagainya.

Muhammad bin Abdul Wahab berkata dalam buku beliau At-Tauhid m/s: 37:

"Bab pada mengatakan bahawasanya sebahagian umat ini (umat Islam) menyembah berhala…"

Ahmad Aal Buthomi berkata dalam buku beliau bertajuk Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab m/s: 62:

"Jenis ketiga dari kalangan orang kafir: Orang yang mengetahui tauhid lalu mengikutinya, dia juga mengetahui syirik lalu menjauhinya. Tetapi, dia membenci orang yang masuk kepada tauhid (iaitu masuk golongan wahhabi) dan dia juga suka untuk kekal pada syirik (iaitu mereka yang membolehkan tawassul, meminta bantuan orang soleh dan para nabi). Ini juga suatu kekufuran".

` Sedangkan para sahabat, salafus-soleh dan ulama' muktabar tidak pernah bersikap sewenang-wenangnya mengkafirkan sehingga sebahagian umat Islam, seperti yang dilakukan oleh golongan salafi palsu.

Sedangkan, Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita supaya tidak sewenang-wenangnya mengkafirkan sesama muslim.


Sabda Nabi s.a.w.:

أيما رجل قال لأخيه: يا كافر، فقد باء بها أحدهما

Maksudnya: Seseorang yang berkata kepada saudaranya (seislam): wahai kafir, maka akan jadi kafirlah salah seorang daripadanya. (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi s.a.w. lagi:

ولا يرميه بالكفر، إلا ارتدت عليه، إن لم يكن صاحبه كذلك

Maksudnya: Tidaklah seseorang menuduh saudaranya yang islam dengan kekufuran, melainkan akan murtadlah dia jika kawannya tidak sedemikian (tidak kafir di sisi Allah s.w.t.)" (hadith riwayat Al-Bukhari)

Maksudnya, kalau orang yang dikatakan kafir itu tidak kafir di sisi Allah, bererti orang yang mengkafirkan itulah yang menjadi kafir di sisi Allah s.w.t..

Imam At-Tohawi, seorang ulama' salaf terkemuka berkata:

ولا نشهد عليهم بكفر ولا شرك ولا نفاق ما لم يظهر منهم من ذلك شيء، ونذر سرائرهم إلى الله تعالى.

Maksudnya: Kita tidak menyaksikan ke atas mereka (sesama muslim) dengan kekufuran mahupun dengan kemunafiqan, selagimana tiada terzahir daripada mereka apa-apapun kekufuran. Kita membiarkan rahsia hati mereka kepada Allah s.w.t. (yang mengadilinya). (risalah aqidah tohawiyah)


Mengharamkan Tawassul dengan Kedudukan Seseorang di sisi Allah s.w.t..

Nasiruddin Al-Albani berkata dalam buku beliau sifat solat An-Nabi m/s: 203:

"Adapun tawassul selain daripada itu, seperti tawassul dengan kedudukan seseorang, dengan hak seseorang dan kehormatan seseorang di sisi Allah s.w.t., maka telah wujud nas daripada Abu Hanifah dan para pengikutnya memakruhkannya, sedangkan pada asalnya membawa maksud keharaman".

Al-Albani telah tersalah dalam memahami perkataan Imam Abu Hanifah dengan mentafsirkan makruh di sisi Imam Abu Hanifah sebagai haram.

Adapun di sisi para ulama' salafus-soleh dan para ulama' muktabar, tawassul sememangnya dibenarkan bahkan disunatkan.

Allah s.w.t. menyebutkan kata wasilah di dalam Kitab suciNya pada firmanNya:

“ Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-NYA, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keuntungan. ” (QS. Al-Maidah (5: 35).

Diriwayatkan dari Sayyidina Ustman bin Hunaif r.a bahawa seorang lelaki yang rosak penglihatannya (buta) datang kepada Nabi s.a.w. dia berkata, “Berdoalah kepada Allah s.w.t. semoga Dia menyembuhkanku.” Baginda s.a.w. menjawab, “Jika kamu mahu, aku doakan. Dan jika kamu mahu, kamu bersabar. Maka, itu lebih baik bagimu.” Dia berkata, “Doakanlah kepada Allah s.w.t.” Lalu Baginda s.a.w. memerintahkan kepadanya untuk berwudhuk, benar-benar di dalam melakukan wudhuk, dan berdoa dengan doa ini:

(( اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة، يا محمد إني توجهت بك إلى ربي في حاجتي هذه لتقضى لى، اللهم فشفعه في ))

“ Ya Allah, aku memohon kepada-MU dan bertawajjuh (menghadapkan diri) kepada-MU dengan Nabi kami, Nabi rahmat. Ya Rasulullah S.A.W, aku bertawajjuh denganmu (yakni sebagai wasilah) kepada Tuhanku pada hajatku ini semoga diperkenankan untukku. Ya Allah, berilah syafaat baginya padaku. ”

(HR. Ahmad, Musnad Ahmad, vol. 4, hlm. 138; Tirmizi,; Nasa’ie, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Thabrani)

Diriwayatkan tentang hadith doa pergi ke Masjid untuk melaksanakan solat, daripada Sayyidina Abu Sa’id Al-Khudri r.a dari Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa yang mengucapkan ketika keluar untuk melaksanakan solat,:

(( اللهم إني أسألك بحق السائلين عليك، وبحق ممشاوي، فإني لم أخرج اشرا ولا بطرا ولا رياء ولا سمعة. خرجت اتقاء سخطلك وابتغاء مرضانك، أسألك أن تنقذني من النار، وأن نغفرلي ذنوبي، إنه لا يغفر الذنوب إلا أنت ))

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan hak orang-orang yang memohon atasMu dan dengan hak langkah-langkahku, bahawa sesungguhnya aku tidak keluar dengan keangkuhan, sombong, riya’ (minta dilihat), mahupun sum’ah (minta disebut). Aku keluar kerana takut terhadap kemurkaanMu dan mengharapkan redha-Mu. Aku memohon kepadaMu untuk menyelamatkan diriku daripada api neraka dan mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecualiMu, Ya Allah.”

Maka, nescaya Allah s.w.t. mewakilkan 70 ribu malaikat yang memohonkan keampunan untuknya dan Allah s.w.t. menghadap kepadanya dengan Wajah-NYA sampai dia selesai dari solatnya.

Ini adalah hadith sahih; dinyatakan sahih oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Al- Iraqi, Abu Hasan Al-Maqdisi guru Al-Mundziri, Al-Hafiz Ad-Dumyathi, dan Al-Hafiz Al-Baghawi.


Mengharamkan Taqlid Kepada Imam-imam Mazhab yang Empat

Sebahagian ulama' salafi palsu atau salafi moden mengharamkan orang-orang awam dan para penuntut ilmu daripada bertaqlid kepada imam-imam mazhab yang empat. Mereka mewajibkan semua manusia mengkaji Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Mereka (salafi palsu) menganggap bahawasanya taqlid kepada para ulama' mazhab adalah seperti kepaderian dalam agama Kristianiti.

Sheikh Al-Ma'shumi adalah antara mereka yang kuat menentang budaya taqlid kepada imam-imam mazhab, dan menyamakannya dengan amalan kepaderian dalam buku beliau "hal al-muslim mulzam bittiba' mazhabin min al-mazahib al-ar'ba'ah".

Fahaman Al-La Mazhabiyyah (tidak mahu bermazhab) ini ditentang kuat oleh para ulama' Islam dahulu dan kini. Antara ulama' yang mengarang buku khusus mengkritik fahaman ini ialah Sheikh Dr. Sa'id Ramadhan Al-Buti dalam buku beliau "Al-La Mazhabiyyah".

Secara realitinya, taqlid kepada para ulama' dan ahli ilmu yang berijtihad sememangnya berlaku dalam setiap zaman, bermula sejak setelah kewafatan Saidina Rasulullah s.a.w. lagi, di mana sebahagian para sahabat yang awam bertaqlid dengan sebahagian para sahabat yang berilmu dan berkelayakan dalam berijtihad seperti para khulafa' al-rasyidin, Saidina Ibn Abbas r.a., Saidina Muaz bin Jabal r.a. dan sebagainya.

Bukan semua para sahabat mengambil hukum terus daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah, kerana kekurangan ilmu-ilmu alat untuk berijtihad. Mereka merujuk kepada para ulama' dalam kalangan para sahabat r.a. itu sendiri. Begitulah tradisi yang berlaku di mana ada sebahagian dari mereka adalah ahli ilmu yang layak berijtihad dan sebahagian besar yang lain adalah dari kalangan muqollid (orang yang bertaqlid).


Sebahagian Buku-buku Yang Menolak Salafi Moden

Sebahagian kitab-kitab yang menolak para pengaku salafi moden pada zaman ini:[1]

Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Sheikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.

Al-Sowa’qul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sheikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi

Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

Al-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

Saif al-Jabbar oleh Sheikh Fadhlur Rasul

Al-Aqwal al-Mardiyyah fi al-Radd 'ala al-Wahhabiyyah oleh al-Sheikh al-Faqih 'Atha' al-Kasm al-Dimashqi al-Hanafi

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Sholeh al-Kuwaisy al-Tunisi

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar al-Mahjub

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Muhammad Sholeh al-Zamzami al-Syafie

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Ibrahim ibn Abdul Qadir al-Tarabulasi al-Riyahi al-Tunisi

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Madinah Zubir di Bashrah - Sheikh Abdul Muhsin al-Asyniqiri al-Hanbali

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Fez - Sheikh al-Makhdum al-Mahdi

Al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Qadhi Jamaa’ah di Maghribi - Sheikh Ibn Kiran

Al-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Sheikhul Islam Tunisia- Sheikh Ismail al-Tamimi al-Maliki

Al-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Sheikh Ahmad al-Misri al-Ahsa’i

Al-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh al-‘Allamah Barakat al-Syafie al-Ahmadi al-Makki

Al-Haqiqah al-Islamiyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Sheikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah.

Ad-Dalil Kafi fi al-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Sheikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti

Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi

Al-Haq al-Mubin fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Sheikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi

Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Sheikh Malik ibn Sheikh Mahmud.

Al-Rudud ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh al-Muhaddits Sholeh al-Fullani al-Maghribi. Telah berkata Sayyid ‘Alawi ibn Ahmad al-Haddad bahwa kitab yang besar ini mengandungi risalah dan jawapan daripada para ulama’ mazhab yang empat, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali dalam menolak pendapat/fahaman Muhammad ibn Abdul Wahhab.

Al-Radd ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh Sheikh Abdullah al-Qudumi al-Hanbali al-Nablusi

Risalah fi Musyajarah baina Ahl Makkah wa Ahl Nadj fil ‘Aqidah oleh Sheikh Muhammad ibn Nasir al-Hazimi al-Yamani

Sa’adah ad-Darain fi al-Radd ‘ala Firqatain – al-Wahhabiyyah wa Muqallidah al-Zhahiriyyah oleh Sheikh Ibrahim ibn Utsman ibn Muhammad al-Samhudi al-Manshuri al-Misri

Al-Saif al-Batir li ‘Unuq al-Munkir ‘ala al-Akabir oleh Sayyid ‘Alawi ibn Ahmad al-Haddad

Al-Suyuf al-Masyriqiyyah li Qat’ie A’naaq al-Qailin bi Jihah wa al-Jismiyah oleh Sheikh ‘Ali ibn Muhammad al-Maili al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki

Raudh al-Majal fi al-Radd ‘ala Ahl al-Dholal oleh Sheikh Abdurrahman al-Hindi al-Delhi al-Hanafi

Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarn al-Tsani Asyara fi Itsbathi ‘an al-Wahhabiyyah min al-Khawarij oleh Sheikh al-Syarif ‘Abdullah ibn Hassan Basya ibn Fadhi Basya al-‘Alawi al-Husaini al-Hijazi

Qot'u Al-'Uruq Al-Wurdiyyah min sohib Al-Buruq An-Najdiyyah oleh Al-Hafiz Sheikh Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari,

Kalimah fi As-Salafiyyah Al-Hadhirah oleh Imam Al-Allamah Sheikh Yusuf Ad-Dajawi

As-Salafiyyah Al-Mu'ashoroh: Munaqosyaat wa rudud oleh Sheikh As-Sayyid Abu Al-Hasanain Abdullah bin Abdul Rahman Al-Makki Al-Hasyimi

Al-Mizan Al-'Adil oleh Sheikh Abdul Qadir Isa Ad-Dayyab

Dan sebagainya.


Penutup

Didalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang telah difatwakan oleh Allahyarham al-‘Allamah Dato’ Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor 1936 – 1961M = 1356 – 1381H, dikumpul dan diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, halaman 397 – 399:

PERKARA: MENGENAL KAUM MUDA –WAHHABI- DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.

Soalan: Bagaimanakah dapat kenal atau ketahui alamat-alamat kaum muda (wahhabi) itu? Adakah kaum muda itu terjumlah dalam golongan Islam?

Jawab:

Jawab Soalan Pertama:

Yang dikatakan Kaum Muda (Wahhabi) pada pertuturan orang-orang zaman ini (zaman beliau) ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zhohirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setengah mereka itu (wahhabi): Babi itu suatu binatang yang suci, dan berkata setengah yang lain pula; Tiada sah ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula, Nabi Allah ‘Isa عليه السلام berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi”

Setengah dari alamat (ciri-ciri) mereka itu (wahhabi):

Mereka marahkan Imam-Imam Mazhab yang empat dan ulama’ fiqh, mereka mengaku mengetahui al-Quran dan al-Hadits Nabawi.

Mereka membangkang ijma’, menyebarkan masalah khilaf di antara umat-umat Islam supaya menambah porak peranda umat-umat Islam sebagai mana disukai oleh seteru-seteru Islam.

Apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada menyentuh al-Quran melainkan kemudian daripada mengambil air sembahyang, mereka (wahhabi) berkata; Harus menyentuh al-Quran dengan tiada air sembahyang.

Apabila mereka melihat orang Islam tiada membaca al-Quran melainkan kemudian daripada bersuci daripada hadats besar, mereka (wahhabi) berkata; Harus membaca al-Quran kalau ada hadats besar sekalipun.

Apabila mereka melihat orang-orang Islam menjauhkan diri daripada najis seperti arak dan babi, mereka berkata ; Kedua-dua perkara itu suci. Mereka mencita-cita (bercita-cita) supaya orang Islam menjadi seperti orang Majusi. Mereka berlumur dengan lemak babi dan mencurahkan arak kepada bajunya kemudian sembahyang.

Setengah mereka itu sepanjang hari memain (bermain) kemaluannya atau menyentuh kemaluan isterinya beberapa kali kemudian boleh dia sembahyang (‘la za’mihim) dengan tiada mengambil air sembahyang.

Lagi demikian jua kalau ia membuat rantai leher daripada daging babi atau memakai kulit babi yang basah kemudian pergi sembahyang, nescaya sah sembahyang disisi mereka.

Kalau mereka bergelumbang dalam reban ayam atau kandang kambing atau lembu dan jadi baunya sebusuk-busuk manusia, kemudian ia sembahyang sah juga sembahyang disisi mereka.

Dan setengah dari ‘alamat mereka itu (wahhabi), mereka bersungguh mengamat-amati dan mengambil susah dalam perkara yang kecil-kecil seperti talqin, tahlil dan seumpamanya dan tiada menghiraukan perkara-perkara yang besar-besar seperti dosa-dosa besar yang telah membiak setengah daripadanya berzina, riba, was-was sangka pada Allah dan mengajar kanak-kanak Islam agama yang bukan Agama Islam. Perkara ini semua tiada disebut (dititik beratkan oleh wahhabi) dan tiada dihiraukannya.

Dan setengah daripada ‘alamat mereka itu, mereka berseteru dan merekakan masalah-masalah fiqh yang tiada padanya khilaf, barangsiapa menyalahi akan mereka itu pada satu daripada masalah-masalah fiqah seperti suatu hukum daripada hukum-hukum sembahyang atau sujud sahwi atau tayammum atau sunnah talqin, nescaya mereka jadikan orang itu seteru, terus diingkarkannya.

Semuanya ini ialah adat orang-orang khawarij (orang-orang yang benci akan Sayyidina ‘Ali karramahu wajhah) dan ‘adat ahlul bid’ah yang menyalahi puak-puak Islam kerana sahabat-sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم, al-Tabi’in, mereka yang kemudian daripada Imam-imam mazhab yang empat dan sekalian ‘ulama’ mazhab, mereka bersalah-salahan (berselisihan pendapat) pada beberapa masalah dalam masalah fiqah (furu’ fiqhiyyah) tetapi mereka tiada berseteru diantara setengah dengan setengahnya dengan sebab bersalah-salahan ambilnya itu kerana bukannya bersalahan itu pada usul (asal masalah) bahkan pada furu’ (cawangan-cawangan) sahaja.

Demikianlah sedikit nukilan daripada fatwa di dalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor, di dalam mengakhiri risalah ringkas ini. Semoga Allah s.w.t. membela golongan kebenaran dalam membenteras golongan yang syaz. Amin…

Wallahu a'lam…



Al-Faqir ila Rabbihi Al-Qawiy Al-Qadir


Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Razi




Rujukan



Al-Qur'an Al-Karim

Kitab Sahih Al-Bukhari

Kitab Sahih Muslim

Aqidah Tohawiyah oleh Imam At-Tohawi

Al-Asma' wa As-Sifat oleh Imam Al-Baihaqi

Risalah Al-Qusyairiyah oleh Imam Al-Qusyairi

Ittihaf Saadah Al-Muttaqin oleh Imam A-Zabidi

Kitab Daf' Syubah At-Tasybih oleh Imam Ibn Al-Jauzi Al-Hanbali

Syarh Fiqh Al-akbar oleh Sheikh Ali Al-Qari Al-Hanafi

Fathul-Bari oleh Imam Ibn Hajar Al-Asqollani

Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi

Al-Kasyif As-Shoghir oleh Sheikh Sa'id Fudah

Naqd Qowa'id At-Tasybih oleh Sheikh Dr. Umar Abdullah Kamil

Qot'u Al-'Uruq Al-Wurdiyyah min sohib Al-Buruq An-Najdiyyah oleh Al-Hafiz Sheikh Ahmad As-Siddiq Al-Ghumari,

Kalimah fi As-Salafiyyah Al-Hadhirah oleh Imam Al-Allamah Sheikh Yusuf Ad-Dajawi

As-Salafiyyah Al-Mu'ashoroh: Munaqosyaat wa rudud oleh Sheikh As-Sayyid Abu Al-Hasanain Abdullah bin Abdul Rahman Al-Makki Al-Hasyimi

Mafahim yajib an tosohhah oleh Sheikh As-Syed Dr. Muhammad Alawi Al-Maliki

Al-Mizan Al-'Adil oleh Sheikh Abdul Qadir Isa Ad-Dayyab

Al-La Mazhabiyyah ole Sheikh Dr. Sa'id Ramadhan Al-Buti

Fusulun fi Al-Aqidah oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Kamal al-ummah fi solahi aqidatiha oleh Abu Bakar Al-Jaza'iri

Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab oleh Ahmad Aal Buthomi

http://al-fanshuri.blogspot.com

Dan sebagainya…

21 comments:

Dr. Muhamad Faisal Ashaari said...

Salam.
Msalah sebenar kepada umat islam ialah cabaran modenisasi yang perlu ditangani. Ana juga tidak berapa berkenan dengan cara salafi kerana mereka dilihat lebih harfiyyah. Sbb itu membawa kepada tajsi, walaupun niat mereka itu baik. Cuma, meletakkan salafi sebagai musuh akan membanyakkan lagi kerja yang pastinya tidak berkesudahan.

Umat Islam kat kampung dan di pasar malam, tak sembang pun pasal tajsim atau tashbih, tetapi mereka lebih bincang soal kereta, bola dll.

Daripada kita berusaha menolak pemikiran mereka dan bertitik bengik dengan mereka, apa kata, kita membawa pengajaran tauhid bentuk baru sejajar dengan kemajuan teknologi masa kini kerana inilah berhala yang lebih besar kepada masyarakat.

Ibnu Ali said...

@ Abuirfan,

Benar apa yang enta kata. Tapi setiap masalah perlu diselesaikan. Takkan oleh kerana orang yang berbincang tentang kereta dan bola, kita mesti tinggalkan persoalan ini. Bahkan ini persoalan akidah, wajib kita sucikan akidah dari tercemar.

Bagaimana pengajaran tauhid bentuk baru? Tauhid tetap tauhid. Sejak Nabi Adam hingga khatimul Anbia..

Namun, saya faham apa yang enta cuba maksudkan. Mungkin enta 'lemas' dengan isu seperti entri ini. Namun ianya tetap ilmu yang wajib kita pelajarinya. Ilmu Allah itu maha luas.

Wallahua'lam

Bohemian Virtuoso. said...

Ustaz Hairul, nnti bile2 free, sy mohon pencerahan, dr mane sumber kalam di bawah ini:-

"Mengapa Imam Sufyan bin Uyainah dan Imam Ibn Suraij menegah seseorang menterjemahkan perkataan-perkataan mutasyabihat kepada bahasa lain selain daripada bahasa Arab, dengan maknanya dari sudut bahasa? Hal ini kerana, bagi mereka, perkataan itu tidak boleh difahami dengan makna zahirnya yang membawa makna yang tidak layak bagi Allah s.w.t. (makna-makna kejisiman).

Lihatlah, berapa ramai orang yang mengaku mengikut salafus soleh pada hari ini, sanggup menterjemahkan perkataan mutasyabihat ke dalam bahasa lain dengan makna zahirnya, seperti menterjemahkan perkataan yadd Allah dengan maksud tangan Allah. Ini bertentangan dengan saranan para Imam salafus soleh sendiri seperti Imam Sufyan dan Imam Ibn Suraij. Jelas mereka bercanggah dengan salafus soleh walaupun mengaku salafi!"

Sy pernah berjidal dgn sorg azharian tahun lepas ttg isu terjemah al-quran ni.

Ustaz tu kate, wahabi marah org takwil ayat mustasyabihat, tp mereka pun same jgk. Kenape tukar yadd kpd tangan? kenapa tukar istiwa kdp bersemayam?

Sy hampir percaya kt ustaz tu.
Persoalannya, adekah perbuatan menakwil dan menterjemah ayat quran itu sama?

Adekah menterjemah ayat mustasyabihat itu dikira menakwil ayat?

Sy faham, dlm kondisi masyarakat umum, org awam dr zaman khalaf lg sehinggalah skarang ni, yg makin kurang faqih dlm bahase arab, maka imam asy'irah dan maturidi tpaksa menakwil ayat2 mutasyabihat bagi mengelakkan slh faham org awam. Tp secara peribadi, mereka berpegang kpd aqidah salafussoleh, mereka tidak takwil tanpa dalil, tidak pula tashbih, tidak takyif, tidak tafwidh bodo2.

Walaubagaimanapon, sy nak tau, adekah same perbuatan menakwil (tukar perkataan dlm bahasa yg sama) dan menterjemah (tukar perkataan dlm bahasa yg laen dgn maksud yg sama..). Minta ustaz jelaskan.

Sy nampak tohmahan jumud dlm bahasa arab terpalit kt saudara penulis artikel ni balek.

Die kate wahabi jumud dlm bahase arab, tp die pun nampak tak sengaja jumud, tak dpt nak bezakan terjemah quran dgn takwil quran.

-----------------------

Yg kedua.
Ttg tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah.

Sy dah berape kali duk ngulang belajar bnda ni. Sebelum sy ikut manhaj salaf, sy dah blajar camni dlm bab aqidah, tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah dan tauhid asma' wassifat.

Tp sy persoal tulisan penulis yg ustaz copy paste ni.

Bagi saya, adalah sgt berbeza tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah.

Contohnya, ramai orientalis yg terime konsep wujudnye pencipta kt alam ni. Ramai.

Mereka yg terime konsep ni bukanlah dr golongan atheis, yg tak percaya wujudnya tuhan atau pencipta alam.

Tp mereka tidak sujud pd Allah.
Malah ade dr kalangan mereka celik ttg Allah, tuhan org islam, Allah, tuhan org kristian dan Allah, tuhan org yahudi.

Seperti Karon Amstrong, penulis terkenal dlm bab agama monotheism ni, agama yg percaya kpd tuhan yg 1 (sy tak pasti status agama die sbb ade kate die dah masuk islam ade yg kate tak masuk..allahu'alam)dan ramai lagi contoh2 orientalis laen yg percaya ada tuhan (rububiyyah) tp tak percaya dgn tuhan org islam.

Tp golongan seperti ini masih tidak percaya kpd Allah.
Mereka tidak beriman dgn tauhid uluhiyyah.

So sy menerima pembahagian tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah.

Apa yg saya nampak hanyalah kejumudan saudara pengarang artikel ni. Nampak seperti terlampau nak menyerang wahabi drp nak menjelaskan salah faham wahabi sebenar dan wahabi palsu.

Bohemian Virtuoso. said...

----------------------------------

Secara terus terang, saya masih mempersoalkan kenape ustaz Hairul copy paste artikel ni?

Adekah sbb ustaz benci sgt kt wahabi?

Adekah sbb ustaz mmg nampak wahabi ni terpesong?

Sy minta ustaz jelaskan pendirian ustaz dlm hal ni.

Sbb ape yg sy nampak, sy syak ustaz ni dr kalangan yg benci wahabi, bukan dr kalangan ahli ilmu yg nak cari kebenaran, segala tulisan ustaz ttg wahabi, semuanya bersifat menghentam, mengkritik.

Segala buku yg ustaz buat rujukan, sumenye buku2 yg menghentam wahabi dr ulama yg anti wahabi (mtk maaf kalo sy terpukul rata atau terlepas pandang)

Sume ulama yg ustaz sebut dlm blog ustaz ni adalah ulama dr kalangan ahlul bait, tariqah dan yg anti wahabi.

Terus terang sy ckp.
Ustaz zalim.
Ustaz tidak bersifat adil dlm menilai wahabi.
Ustaz hanya ambil pandangan pihak yg anti kemudian ustaz terus menghukum.

Sy tidak label ustaz sbg gol. yg ghulu' sbb ustaz ahli ilmu.

Tp kalo ustaz terus dgn keadaan mcm ni, sy risau, tentangan ustaz kpd golongan wahabi ini hanyalah bersifat dendam atau benci atau ego melebihi tatacara manhaj ilmu yg ustaz war2kan sgt tu. Maka jadilah ustaz gol. yg ghulu' bile ustaz berlebih-lebihan dan beremosi dlm menghentam wahabi.

Sy mohon ustaz terime kritikan sy secara terbuka. Sebelum sy wujud rase menyampah kt ustaz, sebelum ramai lagi pengikut blog ustaz label ustaz sbg ahli ilmu yg anti-wahabi, bknnye nakkan sgt kebenaran, tp lebih kpd anti-wahabi, sebelum bdak2 tib mesir hilang kepercayaan kt ustaz dlm menaqalkan kalam2 ulama dan memberi pendapat dan sebelum ape2 perkara tak elok yg laen berlaku,
sy mohon, sy sarankan, sy paksala...
sy mintak ustaz hisab diri, muhasabah diri ustaz.
Betol ke ustaz mmg nak jadi mujtahid? atau ustaz hanya nak menentang wahabi?

Allahu'alam.

Mohd Syihabuddin Bin Mohd.
Tan Sri Penkt.
Sy sayang ustaz Hairul.
Semoga najah imtihan, insyaAllah. Ameen!

Admin said...

Bohemian atau tansri penkt.

Nak juga saya bertanya anda. Mana hujjah dan dalil ilmiyyah untuk menolak? Saya tidak nampak satu apapun dari respon anda mengenai artikel di atas ini. Yang anda bebelkan dari artikel lain dan sama juga dalam artikel ini adalah tuduhan demi penuduhan.

Nak jawab silalah hujjah dengan hujjah. Saya harap anda faham masalah yang ada pada anda sekarang ini.

lepas ini, jika anda tiada apa2 hendak berkata melainkan tuduhan. Saya berharap anda duduk diam-diam daripada tiba-tiba terus menyerang di blog orang lain.

Bohemian Virtuoso. said...

IbnNafis, ko apehal sombong sangat ni?

Aku dah bagi hujah la. Bace: hujah!

Aku bagi 2 isi dan huraian2 utk isi2 tu, tambah soalan2 utk ustaz hairul.

Ko ingat ko sorg jela yg mampu berhujah dan bagi dalil sume tu?

Mcm ni la golongan yg anti-wahabi.
Mcm mane aku tak berminat dgn wahabi nye, wahabi tak halang org laen nak belajar, malah digalakkan lagi. Buktinya member2 melayu dan member2 arab aku. Even Syeikh2 salafi kt sini pon same jgk.

Pembaca2 boleh menilai betapa sombongnya ko ni IbnNafis.

Jangan lupe utk sembah Syeikh.

Tak puas ati kontek aku, syiha_baik@yahoo.com

Admin said...

Assalamu'alaikum bohemian yang baik akhlaknya.

bila kita tegur dikata sombong.

Saya dah beberapa kali membaca respon anda. Ia tiada hujjah. Maaf cakap. Anda sedang bercakap kosong hanya dengan membawakan bukti begitu. Saya tidak dapat melihat ilmiyyahnya tulisan anda.

Pernyataan anda :


Mcm mane aku tak berminat dgn wahabi nye, wahabi tak halang org laen nak belajar, malah digalakkan lagi. Buktinya member2 melayu dan member2 arab aku. Even Syeikh2 salafi kt sini pon same jgk.

-----------------------------------

Bila pula di blog ini melarang orang lain belajar? Bukankah memang sedang diberi pengajaran dan penyampaian ilmu? Sejak bila pula dilarang untuk belajar?

Apa sebenarnya yang anda hendak sampaikan nih bohemian?

-----------------------------------

Jangan lupe utk sembah Syeikh.

------------

Perkataan anda di atas ini saya minta anda buktikan, dan saya berserah pada ALlah untuk mengadili tuduhan anda yang seterusnya ini.

Sungguh saya tidak nampak adab anda yang belajar kononnya dengan salafi.

Semakin jelas apa masalah yang ada pada wahhabi kini. Insya ALlah yang melawat blog ini akan membaca.

Anonymous said...

Artikel yg lebih ilmiah, sederhana dan mu'tadil : Saya juga salafi seperti anda."
Sila buka link : http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/11/saya-juga-salafi-seperti-anda/

Perokok Soleh said...

salam tan sri pengkid...

adohaii...kepala hongekk ko la,
ko boleh ckp yang hairul nizam nie

"Sbb ape yg sy nampak, sy syak ustaz ni dr kalangan yg benci wahabi, bukan dr kalangan ahli ilmu yg nak cari kebenaran, segala tulisan ustaz ttg wahabi, semuanya bersifat menghentam, mengkritik..."

adohaiii...tan sri pengkid,
ko xkenal mamat nizam nie..
aku rasa ko nie memang jenis vongek al-bukeke la..

dan aku nie xder ilmu..
bodoh..tapi aku nie hormat orang2x berilmu macam ustd hairul.aidil..
akupun berselisih pendapat dgn ustad nazrul dalam bab rokok..
tp aku rilekss jerk
akupun kadng2x xsuka ustad2x pangkah syiah..aku rilekss jerk..

ko nie nak ckp orang..
bertapis la beb...


kalau kita bodoh dan xboleh jadi pandai..
cukup kita hormat orang pandai dan ikut mereka...

tan sri pengkid..
ko kena sedar..
ko tue bukan alim dalam agama..
ko ue bodoh..bodoh macam aku,
jadi elok ko ajak orang solat jemaah..buat baik dgn mak pak..dll
dari ko duk ckp macam ilmu ko nie cukup besar..boleh blahh..

Ibn Salleh. said...

Salam, hujah dlm artikel ini benar sekali.Wahabi telah menjisimkan zat2 Allah maka perlulah dibenteras.
Salam Ibnu Nafis, apa khabar anta?Lama tak baca komen anta.Sama2lah kita menegakkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah agar yg belum kena virus Wahabi terselamat.Yg dah ikut memang susah nak dipulihkan walaupun dengan hujah dan dalil yg konkrit.

Tr said...

Allahu Allah.
masalah khilaf (andai ianya dikira khilafiyyah) sudah berkurun lamanya dibahaskan. khilaf akan tetap dgn sifatnya. yg plg pntg prkara yg qatieyyah subut wad dilalah perlu jelas pd smua.

alangkah baiknya kalau semua mendalami dan memahami punca permasalah. bgaimana bleh wujud mslh ini,wijhah nazar perbahasan dr sudut apa. its like perbahasan pragmatisme la.

lg stu, utk yg mmbahas mstilah org yg berautoriti.mksdnya mmg bidang takhassus dia.smua perlu hormati takhassus masing2.takkan kalau kta sakit gg nk p berubat dgn makcik kleaner. pikir2kn la!

jelas apabila kita berhujjah, pada permulaannya mmg bertujuan untuk penjernihan namun dipertengahannya, tidak ramai yang boleh mengawal emosi.infi'al, melenting perlu sgt2 dielakkan. mmg smua ade ego trsndri.namun jika hadafnya mncari kbenaran,ego tu xkan wujud. الرجوع إلى الحق خير من التمادي في الباطل
perbahasan ilmiyyah mestilah maudhuiyyah.kalau hadaf bahas mahu tunjuk pandai, lebih alim, elakkanlah.xpyh join pn xpe.tark al jidal lebih awla utk jaga maslahah perpaduan.

mmg its easier said than done, but we have tu try. sama2 lah kita cuba hayati dan praktikkan mafhum & madhmun qauliLlah 'Azza wa Jalla : ما يلفظ
من قول الا لديه رقيب عتيد

wallahuaklam
akhukum fillah

Bohemian Virtuoso. said...

Tr, 1 msg yg baik.

Camtu ke ahlisunnahwaljamaah?
Bawak fitnah dan berita yg buruk ttg wahabi?
Beserla tu, org yg dah terkena virus Syiah, mmg anti wahabi.

To perokoksoleh,
takyah sibuk urusan aku dgn ustaz hairul,
ko kalo bebal,
takyah bebalkan lg.

Ko buat dajal kt blog aku,
anon2 kt blog aku tu mesti ko, bacul,
bentila jd bebal dan bacul camtu.

Anyway aku senirik yg akan jumpe ustaz Hairul nanti. Ustaz Nazrul pun aku nak jumpe, nak tanye sal manhal Pmram nye msalah ni.

Perokokhidup yg soleh, terime kasih. Aku nk buat kepala sbb aku bleh wat dajal kt family ko kalo aku nak, aku bleh je nak upah org wat dajal kt ko (baca:bunuh).
Pastu bawak pergi court,
tuduhla,
aku senang2 bleh lepas.

So ko takyah berapi sgt kalo rase diri tu hampeh!
Jage2 skit ko tu.
Jgn sampai aku cari ko.

Perokok Soleh said...

alohaii...

aku dah kater aku xkan masuk blog ko sebab xguna sembang dengan budak yg perasan hebat

alohaii karam sing waliya..
ko nak jadi wahabi jadi..
cuma..
kalau nak carik aku..
xpayah susah2x..
ko turun rumah kl,
ko leh carik aku...

lg 1...aku bukan budak bacul yg akan cibuk dgn dunia ko dan blog ko..
aku ad dunia aku,
aku ada blog aku...
aku rasa sebelum ko nak bunuh aku,
aku dah bagi jasad aku untuk ko bunuh,
best tue mati,hohohho...

kalau dapat???

meetuncleyakcob said...

bohemian virtuoso a.k.a baukemenyan buso0k

perghh!! sembang lebat bai eh..mkn besi ker?? kalo mkn nasi jugak sama mcm org lain hati2 ba ko situ..jgn sembarang jak ckp tu...

ko akan puas, inzal dan klimaks dari mengomen di sini bila??..bila ustz hairul mengiyakan semua kata ko?? "owh ,bohemian...ya saya...ya say..ya saya!!" itu??

atau ko akan puas sampai meleleh air liur bila mana ustz hairul nizam ckp.."oeh bohemian...apa yg enta ckp selama ni dasat la..x penah ana belajar..x penah ana dengar..terima kasey la!" itu mksd ko??..

ko akn puas hati bila ustz hairul benti menulis artikel agama dan menulis tentang kehidupan umahtga beliau setiap hari..apa yang isteri dia masak..ape dorang makan??...itu pon aku x pasti ko xkn komen..hak2..

ko sebenarnya mencari glemer di dalam majlis yg glemer.....ko x glemer..komen di blog yg glemer...otomatiknya ko akan glemer..aiyaarkkk!! gelinya cara ko mengkormesialkan blog ko..yaaarrkk!! bwekk:P

Admin said...

Assalamu'alaikum sahabat yang dirahmati ALlah, Insya ALlah semoga kita diberikan kesabaran apabila berbahas dengan mereka yang berfahaman Wahhabi Salafi dan tidak terikut-terikut dengan rentak mereka yang suka memaki hamun dan berkata kesat di dalam blog dan laman web mereka sendiri dan orang lain.

Semoga ALlah dapat membantu kita.. Aminn Ya Robb

mohd firdaus said...
This comment has been removed by the author.
mohd firdaus said...

Tulisan dalam blog
"Guru rujukan mereka (salafi moden) dalam bid'ah aqidah iaitu fahaman tajsim ini ialah Sheikh Ibn Taimiyah, yang secara tidak langsung membuka kaedah-kaedah tajsim ini namun menafikan tajsim sebagai tasybih (menyerupakan Allah s.w.t. dengan makhluk), padahal tajsim tersebut adalah satu jenis daripada tasybih itu sendiri"

Kepahaman yang perlu di perjelaskan.

Tulisan seperti ini ..bila org awam baca dan akan mengatakan ibnu taimiyyah sesat

Antara karangan ibnu hajar assaqolani (perngarang kitab fathul bari' sharah sohih bukhari) dalam kitabnya DURARUL KAMINAH, kata ibnu hajar

"orang ramai telah berbeda pendapat mengenai ibnu taimiyah kepada beberapa golongan ada yang menuduhnya sebagai TAJSIM, di antara mereka ada yang mengaitakan dgn nifak. Ibnu taimiyah terus di penjara dan kembali kerahmatullah, kepada Allah jugalah kembali segala urusan dia memerhatikan kepada sesiapa yang khianat dan sembunyikan di dalam dada, hari kematian ibnu taimiyah itu menjadi bukti , manusia memenuhi jalan menyambut jenazah ibnu taimiayh .. org islam datang dari segala pelusuk dan mengambil keberkatan menghadiri jenazahnya pada hari yang di tegak bukti yang orang ingin memegang kerandanya sehingga patah.."

Ibnu hajar sebut lagi "ibnu taimiyah adalah imamdari imam-imam, keberkatan ummah yang sanggat alim , pewaris para para anbiya' dan ibnu hajar menambah lagi dengan menyebut SYAIKHUL ISLAM IBNU TAIMIYYAH"

Ibnu hajar al asqonali kata imam ibnu taimiyah syaihul islam..kita ni sapalah nak mentajsim dan sesatkan imam ibnu taimiyah..tp mungkin saja penulis blog menjumpai bahan rujukan yang ibnu hajar tak jumpa(sangka baik)

Hasbunallaha wanikmalwakil3x

Ana bukan peminat karangan imam ibnu taimiyah atau pun Muhammad bin abdul wahab..tp mereka ulama' yang telah di tohmah..ana tatap aja bermazhab syafie


Kalo kita pulau ibnu taimiyah maka akan musnahlah kesarjanaan dunia islam..beliau mamppu menulis buku yang dari malam hingga siang dan kebiasaan ulamak lain tulis dari jumaat hingga jummat.. imam ibnu kathir anak murid imam ibnu taimiyah, azzahabi anak murid ibnu taimiyah bahkan imam ibnu katdir yang kita baca tafsernya meminta di kebumukan sebelah gurunya..
Subhanahlahhhhh

Rurjukan –durarul kaminah- ibnu hajar assolani
Tazkiratul huffaz- imam azzahabi

mohd firdaus said...

Yang pertama 1
Rujukan dalam artikel ini
1. Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Sheikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.

Al-Sowa’qul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sheikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najd

Kepahaman yang perlu di perbetul kan:
Berkenaan penentangan saudara kandungnya iaitu Syeikh Sulaiman Abd Wahab, memang berlaku. Namun penentangan itu sebelum dia mengetahui hakikat perjuangan beliau. Selepas mengetahui kebenaran, Sulaiman menyesal dan menerima perjuagan tersebut. Hal ini dibuktikan dengan penemuan surat-surat berkenaan. Si penuduh mungkin tidak menjumpai bahan bacaan ini.

Jadi di sini terjadi nasah dan mansuh.

Ke- 2
Rujukan kedua dalam artikel ini
Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

Al-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

Kepahaman yang perlu di perbetulkan:
Di antara perkara yang diharamkan oleh assyeh muhammad bin abdul wahab ialah menghisap rokok, yang mana terdapat juga manusia yang dianggap ulama pada masa itu yang menghisap rokok termasuklah Syeikh Ahmad Zaini Dahlan. Justeru, tidak pelik jika berlaku pergeseran di antara mereka, tetapi sayang apabila sumber maklumat kurang, ada yang menghukum tanpa usul periksa

Tambahan lagi rahsid rehdo'
"Sesungguhnya ahmad zaini dahlan bukan seorang tokoh hadith, fiq, dan ilmu tarikh"

Dan ana melihat banyak buku- buku tersebut dari kalangan ulama' sufi..wallahu a'lam

mohd firdaus said...

Yang ke 3
Dari blog beliau:
Inilah maksud hadith Nabi s.a.w. yang berbunyi: "Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru, dalam urusan agama kami, apa yang bukan daripadanya (daripada agama tersebut), maka ianya tertolak".

Perkataan pengikat: "…apa yang bukan daripadanya (urusan agama tersebut)…" memberi mafhum mukhalafah (makna sebaliknya) bahawa, sesuatu yang baru yang diadakan dan ianya adalah apa yang daripadanyav(urusan agama tersebut), maka ianya tidak tertolak. Ini kerana, dalam hadith tersebut, perkara yang baru yang diadakan hanya ditolak jika ia bukan daripada agama atau tiada dalil yang memayungi perkara tersebut, serta ianya bertentangan dengan nas-nas Islam yang lain.

Kepahaman yang perlu di perjelaskan

من سن في الإسلام سنة حسنة كان له أجرها وأجر من عمل بها من بعده لا ينقص ذلك من أجورهم شيئاً ومن سن في الإسلام سنة سيئة كان عليه وزرها ووزر من عمل بها من بعده لا ينقص من أوزارهم شيئاً) خرجه مسلم في صحيحه


السؤال: ما معنى: (من سن في الإسلام سنة حسنة) ؟ الجواب: مناسبة الحديث توضح: أن الرسول كان جالساً في المسجد فأتاه قوم من غطفان مجتابي النمار -يلبسون جلود النمار- فلما رأى ما بهم من الفقر والفاقة قام فقال: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ ...)[النساء:1]الآيات، فقام رجل فتصدق فتبعه الناس فقال الرسول: (من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها) فهنا السنة ليس معناها اختراع أو إحداث في الدين، إنما فعل بر أمر الله سبحانه وتعالى به.

Jd bila kita tak paham sbb wurud sesuatu hadith tu maka kita tak paham dan tersalah paham, dalam hadith tadi adalah berkaitan dengan sedekah yang sudah di anjurkan dalam islam.mperkara tu sudah ada dalam silam tapi takda orang yang nak mulakan ada orang yang mula maka dia akan mendapat apa yang nabi sabdakan "man sanna fil islam sunnatan hasannatan" td.

Contoh lain yang dalam hadith:
" إضنعوا لأهل جعفر طعاما "
"Buatkan kepada ali jaafar makanan telah datang kepada mereka apa yang menyusahkan mereka"
Jika kat kampung kita ada orang meninngal dan kita orang pertama buat makanan dan beri kepada keluarga si mati dan orang lain mengikut itu baru yang di maksudkan man sanna fil islam tadi..sebab perkata itu sudah ada di dalam agama..cume tak de orang yang nak start jek..

mohd firdaus said...

Yang ke-4
Hal ini jelas merupakan contoh daripada Baginda s.a.w. sendiri di mana, Baginda s.a.w. mengakui amalan Saidina Bilal r.a. yang melakukan solat sunat setelah ambil wudhuk, walaupun tidak pernah ada contoh dari Baginda s.a.w. mengenainya sebelum itu.

Kepahaman yang perlu di perjelaskan
Kita tahu apa yang dikatakan hadith ialah "sesuatu yang di sandarkan kepada nabi sama ada dari sabdanya, perbuatanya, sifatnya atau taqrirnya"
Jd perbuatan bilal bin rabbah itu di sandarkan kepada nabi

Ana datangkan contoh lain ada sahabat yang bermimpi tentang azan dan nabi mentaqrirkan mimpi tersebut ..mereka bersandarkan kepada nabi..
Tp di sini kalo kite buat perkara ibadah dan tak der sandaran pada nas quran , hadith atau ulamak yang mengikut manhaj nabi sapa nak jamin kita perbuatan kita itu???




Yang ke 5
Di antara perangai sebahagian golongan salafi yang bertentangan dengan para salafus soleh adalah, mereka (golongan salafi moden) suka mengingkari dan menyalahkan ijtihad para ulama' yang tidak sependapat dengan mereka. Mereka bermati-matian menuduh sesat dan salah terhadap ijtihad-ijtihad para ulama' yang tidak sehaluan dengan mereka

Mereka bukan sekadar menuduh bid'ah akan sesuatu perkara, tetapi turut menyalahkan pendapat-pendapat para ulama' lain dalam masalah-masalah zhonniyah, seperti membaca qunut pada solat Subuh, membaca zikir setelah solat secara berjemaah dan sebagainya.

Kepahaman yang perlu di perjelaskan

Ya kita sudah aja tahu perkara khilafiyyah ini..
Tp ulamak membahagian perkara khilafiyyah ini kepada 2
1.khilaf muktabarah
2.khilaf muhalafah


Khilaf muktabarah
Khilaf mukatabarah adalah ulamak memahami nas dan masing2 mengunakan kaedah taarud watarjih..nas boleh di pahami dan boleh di amalkan dengan beberapa cara

Contoh dalam surah baqoroh perkataan "quru'"
Ada ulamak ckp quru' di situ maksud suci , dan ada ulamak maksudkan khaid..kedua adalah boleh di terima..contoh lain adalah qunut..ada yang mengatakan perlu qunut dan ada yang mengatakn tidak..dan nas hadith boleh di pahami dengan kedua tadi sama ada mahu qunut atau tidak..

Khilaf muhalafah:
Adalah perkara yang tiada dalam islam ..tetapi orang yang buat tu kata mereka bersandarkan kepada agama contoh macam solat jumaat yang di imamkan oleh aminah wadud..perkara mcm ni perlu di benteras dan islam larang dan ini di katakan bid'ah

mohd firdaus said...

Yang ke-5, dalam blog beliau

Didalam Fatwa Mufti Kerajaan Johor yang telah difatwakan oleh Allahyarham al-‘Allamah Dato’ Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor 1936 – 1961M = 1356 – 1381H, dikumpul dan diterbitkan oleh Bahagian Penerbitan Jabatan Agama Johor, halaman 397 – 399:

PERKARA: MENGENAL KAUM MUDA –WAHHABI- DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.


Kepahaman yang peril di perbetulkan

Ana menyarankan kepada pembaca dapat mencari buku karya prof hamka
Tajuk : Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor
Penulis : Prof. Dr. Haji Abdul Malik bin Karim bin Amrullah @ Hamka
Penerbit: Pustaka Dini (Cetakan Terbaru, 2009)

Antara isinya

Menarik sekali dalam berpolemik, tokoh ini tidak mengambil langkah bermusuhan atau paling jauh (nauzubillah) mengkafirkan orang lain. Dengan itu, baiklah kita mengambil contoh daripada Buya Hamka ini. Malah, beliau mengakui sanggup berimamkan Mufti Johor tersebut jika ada peluang untuk berjemaah bersama.

Buku ini juga menyentuh apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kaum Muda dan Kaum Tua, yang akhirnya saya tahu polemik antara dua kumpulan itu menjadi perhatian semua umat Islam di Nusantara.

Buku ini adalah The Lost Manuscript Hamka, begitulah yang dikatakan oleh penerbitnya. Tentu menarik untuk dibaca sambil menambahkan lebih pengetahuan yang menyangkut hal ehwal Islam dahulu dan sekarang

Dan perlu di perjelaskan
Mengapakan tidak menasafkan gerakan Muhammad bin abdul wahab sebagai gerakan muhammadi berdasarkan nama beliau??
Contoh imam syafie pengikut di gelar syafiie,, yang bermazhab hanafi sebagi hanafie
Sesungguhnya orang bukan islam lebih tahu siapakan Muhammad bin abdul wahab dan abdul wahab bin abdul rahman arrustimi
Abdul wahab bin abdul rahman arrustumi adalah pemimpin sebuah kerajaan islam di magribi..abdul wahab bin abdul rahman arrustumi telah menghalalkan apa yang Allah haram..telah mengkafirkan ulama'
Imam al lahomi 572 hijrah telah menfatwakan bawah gerakan abdul wahab bin abdul rahman arrustumi adalh sesat dan di kuatkan oleh imam watansrisi kurun ke 9 hijrah sebelum lahirnya Muhammad bin abdul wahab pada tahun 1115 hijrah..setelah lahirnya muhhamad bin abdul wahab dan ada orang yang benci dengan gerakan beliau telah menamakan gerakan Muhammad bin abdul wahab sebagai wahabi.

Ana cume insan yang lemah dan jahil ..ana masih kurang ilmu..ana sedia menerima kritikan jika apa yang ana sampaikan ini tak bertepatan dengan Al-quran dan assunnah..
Jazakallah khairal jaza'
mohd firdaus bin abdul hamid
kuliah syariah islamiyah tahun 4 tafahna asyraf- johor