Sunday, June 29, 2008

Seputar seminggu berlalu dan Bila Anuar Dititnah Balik

Dalam pening menempuh kertas-kertas peperiksaan, sempat juga saya meneliti sinario dan peristiwa yang berlaku sepanjang 4 kertas peperiksaan yang ditempuh ini. Dari cerita Syafiq, kemudian mengenai isu buku Syiah, beberapa pandangan PANAS terhadap PMRAM dan macam-macam lagi. Saya juga turut disebut-sebut sama ada dalam rancangan, blog dan cakap-cakap luar. Semoga ada yang terbaik buat semua dalam menyelesaikan isu ini secara baik. Walaupun ada juga ktitikan pedas buat PMRAM, tapi bagi saya selagi PMRAM, pimpinan dan ahlinya ikhlas dalam mendokong amanah ini, walaupun macam manapun masalah yang menimpa, pasti Allah akan menyelamatkan PMRAM kita ini.

Saya sendiri yang telah berada di dalam PMRAM dalam tempoh yang lama merasakan bahawa kritikan membina dari para ahli sangat baik dan wajar untuk dinilai. Adapun kata-kata pedas yang ditujukan disebabkan perasaan benci terhadap PMRAM atas dasar tidak berpuas hati, saya menganggap ia seolah kemuncup kecil yang berlari-lari di gigian perjalanan. Walaupun saya bukan presiden lagi, tapi tanggungjawab bersama dengan PMRAM ini bukanlah semata-mata apabila kita punya manfaat yang ingin dicedok dan dikaut, tetapi yang lebih penting adalah susah senang bersama dalam membina kecintaan mahasiswa dan manusa terhadap Alah dan perjuangan Islam.

Saya kira saya tidak perlu rugi dengan kehilangan beberapa insan yang sudah meletakkan PMRAM sebagai tujahan maki dan celaan mereka. Saya tidak memerlukan mereka. Saya perlukan orang yang mampu untuk susah dan senang serta dengan dan patuh kepada arahan seorang ketua sekalipun kita rasa arahannya tidak masuk ke dalam benak dan akal kita. Selagi ia bukan bercanggah dengan syarak, dia tetap arahan yang mesti dipatuhi.

Kadang-kadang saya ketawa sendirian apabila ada satira jauh yang mencemuh bahawa para penasihat PMRAM inilah yang mengatur dan menundukkan kepala si Presiden. Timbul istilah Presiden Boneka. Ya. Anda boleh menyulam seribu kata tanpa sebarang sandaran kata. Adapun saya, saya tidak akan sedikitpun lemah semangat dan langkah untuk terus berkhidmat buat PMRAM.

PMRAM ada tuhannya. Biarlah tuhannya yang menjaganya dengan usaha kita.

Sempat juga saya ke Hayyu Asyir. Merenung jauh lambang Barisan Nasional Keris Bersilang megah ditegakkan di sana..Di rumah Pahang. Dalam jauh saya berbisik, "bagaimana di saat rakyat jelata nun di balik benua sudah jelik dan jijik kepada perjuangan UMNO TIBA-TIBA ada insan-insan musafir di gerbang al-Syarif terkial-kial cuba mendokong perjuangan sesat itu. Hairan. Memang hairan.. Ahhh..Persetankan..Esok lusa kita bakal bersinsing lengan di gelanggang perjuangan nanti. Kalau kalian tega untuk menjunjung perjuangan sesat itu, maknanya kalian mencari geruh dengan saya".

Pantang orang agama menunduk hina kepada yang selain daripada Islam.

Hari ini bising lagi dengan satu isu baru. Anuar Ibrahim MELIWAT. Gila. Memang mereka semakin gila. Agaknya mereka fikir rakyat jelata takutkan Tulah dan Daulat Perdana Menteri? Isu ini pasti takkan menggubah minda Rakyat.. Buat Barisan Nasional, selamat menjadi Parti yang bakal kalah dan menjunam serta tunduk menyembah bumi. Bila anda jatuh, anda tidak akan bangkit lagi..

Rasanya rakyat sudah bosan dengan teater UMNO yang penuh menggelikan hati.

Meminjam kalam al-Izz Ibnu `Abd a-Salam : "Senjata Ulama itu ilmunya dan lidahnya"


Thabat dalam perjuangan seabadinya.

5 comments:

mdzuhi said...

Ni Hairul...hang jgn cakap kemaih sgt ..nak berjuang konon..balik m'sia nanti baru hang tau langit tu tinggi ka rendah..setakat ilmu hang yg ciput tu nak belagak sebagai pejuang ..tok sah duk angan2 la...nanti kut lemaih mcm tu ja...toksah duk bangga yang kita ini pejuang islam yang sejati sebab byk lg org lain duk berjuang tp xpernah tunjuk bangga diri pun...(maaf aku cakap kedah pekat sikit..aku rasa hang faham sebab tok hang pun asal kedah kan)..aku harap hang muhasabah diri hang tu dulu sebelum tulis apa2 dalam blog hang ni.. klu tak hang akan memalukan diri hang sendiri

muaz said...

apa masalahnya jika kita punya tekad dan keazaman diri utk terus berjuang di jln Allah? Lantas, panjatkan doa kita, agar Allah swt mengkabulkan hasrat mereka2 yg ikhlas utk menyediakan diri menjadi salah seorang di barisan pejuang2 ISlam.

Mynastena Blog's said...
This comment has been removed by the author.
anakpmram said...

alaaa mat zuhi ni memang selalu dok nak jadi pencacai UMNO pun... dalam MKKK dialaa hat dok kuat kutuk pmram.... agaknya sebab lama sangat dok kat sini tu hat jadi bingong tak kena tempat tu.... hang tok sah laa dok nak perli ust hairul tu madzuhi oiiii... aku tau laa dia balik malaysia dulu buat keja dalam dewan ulama.... hang balik buat apa kat malaysia? kaa tak penah balik lagi sepanjang mai mengaji kat sini.. patut laaa beku sangat...balik laa tgk malaysia tu... kalau rasa nak jadi pencacai UMNO... tok sah laa nak mengaji kat sini... buat perabih duit mak pak hang jaaa
ilmu dia hang ckp lagu tu... ilmu hang tara mana....? tok sah laa nak hingaq kat org... tgk diri tu dulu...

perokoksoleh said...

aduiss madzuhi,cakap semborono jerkk...
xguna cakap,blog sendiripun tarakk...
sila hormati pandangan orang..
aku rasa hang yang sibuk kata PMRAM jumud tapi hakikatnya hg yg jumud...
pmram tidak jumud yg jumud adalah ahlinya saja..
hg sorang jerkk kot yg rasa tok ketua kampung nie bangga diri..huhuhuh