Tuesday, September 21, 2010

Non Muslim Kenapa Dijauhkan Daripada Masjid?

Sepanjang saya balik cuti ke Malaysia (sampai Malaysia 2 Ramadhan), ada beberapa isu yang hangat diperkatakan di Malaysia iaitu:

a) Non Muslim masuk masjid
b) Isu buang bayi
c) Gereja Gay di Malaysia

Saya kali ni nak komen pasal bukan Islam masuk masjid. Kami di al-Azhar, Mesir tiap-tiap hari lihat pelancong bukan Islam masuk ke Masjid al-Azhar sehingga ke ruang solat. Ulama al-Azhar sikit pun tak kisah bahkan ada pelancong yang masuk Islam apabila masuk ke dalam masjid dan menjumpai ketenangan yang dicarinya selama ini.

Hanya segelintir kecil sahaja ulama silam yang tidak membenarkan bukan Islam masuk ke dalam masjid.

Isu ini hanya dimainkan oleh UMNO untuk tarik simpati umat Melayu. Tapi setiap kali mereka cuba nak menonjolkan kononnya mereka begitu prihatin dengan kesucian Islam, maka setiap kali itulah mereka akan terlopong bila mereka dihujani dengan hujah-hujah ilmiah yang mematahkan segala isu yang mereka bawa. Kesian UMNO.

Saya ada kumpul sikit hujah secara ringkas berkenaan isu ini. Mungkin dah basi,, huhu.. rumah tak ada internet. Ini pun menumpang kasih dengan wireless rumah mak mertua.

Semoga bermanfaat. Klik

6 comments:

mae1000 said...

1. Apa yang dilakukan di Al-Azhar tidak semestinya betul. Mungkin mereka sudah bertuhankan 'pelacongan' sehingga demi pelancongan, bukan Islam pun sudah dibenarkan masuk ke dewan solat. Memang pada ketika ini 'pelancongan' adalah 'the in-thing' kepada Mesir.

2. Orang Kafir masuk Islam adalah hidayah Allah semata-mata, bukan kerana apa yang orang Islam lakukan, bukan kerana orang Islam berbuat baik kepada orang bukan Islam. Orang Islam jika berbuat baik kepada bukan Islam hendaklah kerana itu merupakan suruhan Allah, bukan kerana hendak menarik orang bukan Islam kepada Islam. Jika kita kata orang bukan Islam masuk Islam kerana usaha kita, kita sudah menidakkan hak Allah.

3. Di tanah Melayu sendiri, berpuluh ribu orang bukan Islam sudah masuk Islam tanpa mereka masuk ke dewan solat masjid atau surau terlebih dahulu.

4. Masjid itu untuk orang yang sudah lulus Islamnya. Sama seperti orang yang tak lulus SPM tak boleh masuk belajar di universiti, dan banyak lagi analogi seumpamanya.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Apa yang disebut oleh saudara mae1000 perlu dinilai.

1)Saya harap saudara sudah membaca ringkasan yg saya buat berkenaan dgn pandgn ulama terhadap non muslim masuk masjid.

2)"mungkin ulama al-azhar tak larang sebab perlancongan"? itu satu andaian. kenapa kita tak buat andaian yg lebih cocok dgn sikap seorg ulama iaitu: mereka tak larang non muslim sebab tak ada salahnya dlm islam. (rujuk semula kajian ringkas saya dalam bentuk pdf)

2)semua org Islam yg berfahaman sunni akan beriman bahawa hidayah adalah milik Allah. Tiada sapa yg tolak benda ni. Kita juga diminta oleh Allah utk menyeru manusia kpd Islam. Antara caranya kita buat baik dan akhlak yg Islam suruh agar bukan Islam tertarik kpd Islam. so takde pertentangan. yg bagi hidayah Allah. kita pula disuruh berusaha agar non muslim masuk islam dan kita buat kerana Allah.

4)Kalau di Tanah melayu, berpuluh ribu org masuk Islam dalam keadaan mereka tak pernah masuk masjid, TAPI di tanah Arab bermula pada zaman Rasulullah sampai sekarang...entah dah berapa ratus ribu atau lebih non muslim masuk Islam sebab melihat suasana di dalam masjid.

5)"Masjid itu untuk orang yang sudah lulus Islamnya", itu just pandangan anda.. Islam pula tak ada letak syarat kena Islam dulu baru masuk masjid.

Danial Farhan @ Humair said...

Tambahan dari saya pula untuk komen mae1000:

1) Kenyataan beliau yang no satu ni seolah-olah menggambarkan bahawa beliau bersangka buruk dengan para ulama' al-Azhar. Ini sikap yang perlu diperbetulkan malah dijauhkan. Ya, pelancongan antara sumber ekonomi Mesir, namun tidak bererti para ulama' al-Azhar mengharuskan para pelancong memasuki masjid kerana unsur perlancongan. Sudah pasti mereka mengharuskannya berdasarkan dalil. Jadi kenyataan beliau ini kurang teliti dan terlalu cepat menghukum.

2) Hidayah di tangan Allah. Namun kita dituntut untuk menjadi sebab kepada hidayah. Sebab itu kita wajib berdakwah. Membenarkan non-Muslim memasuki masjid adalah antara cara dakwah. Sebagaimana yang Ustaz Hairul sebutkan, ada antara pelancong memeluk Islam hanya kerana masuk masjid dan melihat suasana masjid. Ertinya masjid dan suasananya menjadi sebab mereka mendapat hidayah dari Allah. Dan para ulama' yang mengharuskan non-Muslim memasuki masjid juga menjadi sebab hidayah. Perlu diingat, memang hidayah di tangan Allah tapi ia diikat dengan sebab. Itu adalah sunnah kehidupan. Wallahu a'lam.

Dr. Musa Mohamad said...

semmgnya Ulama` xkan m`diamkan yg salah pada sisi agama...sb mereka pewaris nabi..
manakala pandangan ulama yg tidak membenarkan sesuai dengan keadaan mereka...kaji dulu sb apa mereka berfatwa, maka kita akan mendapat kepastian sbnya kenapa mereka berfatwa demikian..
kalaulah semua ulama al-Azhar hanya berdiam di sebabkan ekonomi..itu lgsung xmasuk akal..

brotherz89 said...

mae1000.
hang kalau diam pun xpa dh. ini bila bckap nmpak sgt mu ni bodo. lain kali klau xreti jgn nk komen mcm alim dlm agama. mu xreti dh, tpi nk bgi org lain bodo mcm mu jugak. jgn smpai org kata mu jahil murakkab.

nk m'pertikai ulama'??? tgk diri dlu la wei..klau al-azhar xbtul, dh mu ingat org2 d putrajaya tu buat btul. 100x lgi la xbtul. klau ikut kata mu la, xyah bdakwah la, xyah wat baik kat org bkn Islam la,pakat bnuh blaka.rmai yg mati pun depa ttp blh msuk Islam, hidayah Allah kan..

mu kalu malas g blajar pun duk diam sudah la, bnyk sgt tmbul ptikaian sbb ni la. xreti aga. tpi nk bckp pasal aga. sama la m'teri2 ke, hak xreti sgt Islam tpi nk jugak bckp msuk tv,surat kaba. emh..kalu bdk2 dgr pun blh tgelak.(kalu bdk PASTI la, bdk KEMAS xtahu pape.joget pndai la dia)

Cicit Raja Jembal said...

kalau ko sendiri pun x jujur pada idealisme x yahlah nak kondem org , baik balik malaysia ko betulkan pas dulu...

jangan terperangkap dengan idealisme