Thursday, June 23, 2011

Ada Orang Kata Tak Boleh Lawan UMNO Sebab Kita Kena Taat Pada Para Pemimpin???


Saya pernah membaca sebanyak dua kali buku Fiqh al-Khilafah hasil karangan Dr. Abdul Razzaq al-Sanhuri yang pastinya merupakan tokoh yang begitu dikenali dalam dunia undang-undang. Buku yang merupakan tesis beliau di University Of Lyon di Perancis ini seingat saya telah ditulis pada tahun 1928 iaitu empat tahun selepas kejatuhan Khilafah Islamiyyah di Turki.

Buku karangan beliau yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Perancis adalah membincangkan konsep kerajaan menurut kaca mata Islam. Antara yang menarik di dalam buku ini adalah seperti berikut:

  1. Sesebuah kerajaan tidak akan dianggap sebagai kerajaan Islam melainkan apabila kuasa penetapan dasar (al-Sultoh al-Tasyri`iyyah) adalah diserahkan bulat-bulat kepada ketetapan Allah dan RasulNya, bukan kepada pandangan ahli parlimen.
  2. Kerajaan Islam terbahagi kepada dua; al-Khilafah al-Rashidah (kerajaan yang sempurna) dan al-Khilafah al-Naqisoh (kerajaan yang berlaku kekurangan). Menurut beliau, al-Khilafah al-Rashidah hanya akan berlaku apabila sistem perlantikan seseorang khalifah adalah dengan pemilihan daripada rakyat. Sekiranya sistem yang diamalkan adalah sistem beraja, maka kerajaan tersebut adalah al-Khilafah al-Naqisoh.
  3. Dari sudut sejarah, al-Khilafah al-Rashidah hanya berlaku bermula daripada pemerintahan Sayyidina Abu Bakar dan berakhir pada pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Tolib. Selepas itu sehinggalah jatuh Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924, Khilafah adalah Khilafah yang tempang kerana perlantikan Khalifah adalah dengan cara kekeluargaan.
  4. Apabila khilafah adalah khilafah yang tempang (al-Khilafah al-Naqisoh), maka sekiranya umat Islam dapat menjatuhkan khilafah ini dan dapat menggantikannya kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka umat Islam hendaklah menjatuhkan sebuah Khilafah Islamiah yang tempang.
  5. Sekiranya umat Islam tidak mampu untuk menggantikan al-Khilafah al-Naqisoh kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka bersabar dengan kezaliman al-Khilafah al-Naqisoh adalah lebih baik daripada hidup di dalam zaman tiadanya Khilafah langsung.
  6. Antara usaha yang perlu dimainkan bagi mendirikan Khilafah Islamiah buat masa hadapan adalah mewujudkan institusi ilmu yang mampu mengeluarkan orang-orang yang pakar dalam bidang fiqah (al-Mujtahidun).
Saya secara peribadi semasa di Mesir telah bertemu dengan al-Marhum Dr. Tawfiq Shawi yang merupakan menantu kepada Rd. Abdul Razzaq al-Sanhuri (Dr. Tawfiq Shawi dan isterinya Dr. Nadiah al-Sanhuri adalah orang yang bertanggungjawab menterjemahkan buku Fiqh al-Khilafah ke dalam bahasa Arab). Saya bertanya kepada beliau: "Adakah Malaysia sebuah negara Islam?" dan beliau dengan pantas menjawab "Tidak". Saya dapat mengesan sebabnya iaitu Syarak tidak dijadikan pemutus paling tinggi dalam dasar negara sebaliknya tugas ini dirampas oleh dua pertiga ahli Parlimen.

Saya membuat satu kesimpulan:

Sekiranya sebuah Khilafah Islamiah yang melaksanakan hukum-hukum Islam dan menjadikan kuasa pemutus dasar tertingginya adalah Syarak pun boleh dijatuhkan oleh rakyat apabila cara perlantikan Khalifah bukan dengan cara suara rakyat, maka apa sangatlah dengan kerajaan BN yang memerintah Malaysia pada hari ini yang sememangnya bukan negara Islam bahkan sanggup pula mengenepikan aturan-aturan Syarak.

Rasanya Kerajaan BN hari ini sangat-sangat layak untuk diruntuhkan oleh rakyat yang cintakan Islam dan cintakan kesejahteraan sejagat.

21 comments:

nuarbro7 said...

ape bleh buat bile mulut diorang dah disumbat dek duit...pemerintah yang zalim...

@wie said...

saya tak setuju, kita kena lawan UMNO yang sebenarnya tidak langsung membela Islam, apalagi mendakwahkannya. Sikap pemimpin-pemimpin mereka pun pada namanya saja keturunan Islam, tapi haram tak sorang pun yang sanggup menjadi Imam. Pemimpin Islam apanya yang tahu mengajak kepada perkara-perkara dunia semata-mata, akhirat langsung takdak. Begitu jugak la dengan raja-raja ni, mengaku ketua agama Islam, tapi bila masa yang mereka ini ada mengimamkan solat dan mengimarahkan masjid-masjid dalam negara ini sebagaimana pemimpin-pemimpin Islam yang tersohor dalam sejarah Islam? Wallahu'alam. Saya hanya menyokong Allah dan Rasul-Nya, dan mereka yang mendaulatkan agama-Nya saja. Yang lain-lain, masuk dan keluar telinga kanan dan kiri sahaja. Satu pun tidak berbekas. Insya-Allah, dengan izin Allah.

sirbiz_faqli said...

Minta izin copy tulisan ustaz, jazakumullah...

Permata Perjuangan said...

Assalamualaikum ustaz..
ana mintak izin copy artikel ini..
syukran..:)

PengembaraMinda said...

betuuuuui tu.saya sokong.

The Tea Drinker said...

salam alaikum. kalau ikut definasi diatas, malaysia tak masuk dalam al-khilafah al-Rashidah sebab mengamalkan sistem beraja.

tp sistem beraja diMalaysia tidak berkuasa penuh memandangkan kuasa sebenar adalah pada pemerintah yg dilantik majoriti rakyat (contohnya kalau raja tak setuju pada sesuatu undang2 pun, perkara itu cuma postpone beberapa minggu). adakah kita masih boleh dikata bukan al-khilafah alRashidah atas sebab itu?

Abu Mustafar said...

Assalamualaikum,
Terima kasih kerana tulisan ustaz amat-amat baik. Ana baru berjumpa dgn blog ini. penuh dgn ilmu, Alhamdulilah.

Soalan ana, kalau kita runtuhkan kepimpinan/kerajaan sekarang, nak ganti dgn apa? dan bagaiman? harap dapat pandangan dlm pandangan logikal dan semasa. Insha'allah.

misnona said...

setuju amat dengan artikel ini, sebab Umno ni dah lama bodohkan orang Melayu. Mereka memang menyuburkan kebid'ahan yang melampau di mana-mana. di kampung-kampung memang subur Umnoisme ini, sehingga payah hendak diputar, kecuali anak-anak muda. dah tiba masanya Umno kena muhasabah diri. Melayu makin terciri di bumi sendiri kerana Umno membina Melayu elitis bangsawan yang lupa daratan.

ABUJAZARIEY said...

assalam...minta copy

nadine nadel said...

assalamualaikum ... empunya blog .. sy nak minta izin copy .. :)

Sorrow said...

Assalam...menarik. ingin saya bertanya... saya mungkin jahil yelah tak belajar agama lama macam ustaz kan..nnt lepas abis belajar nanti saya pun nak ambik gak la course syariah..oh, berbalik kepada isu ini..sayalah
1. SANGAT SETUJU andai kerajaan sekarang diganti dengan yang lebih adil (ADA KE??dan saya percaya definisi ADIL dalam islam BERBEZA dengan ape yang didefinasikan oleh kafirun dan tentera taghut ni)..ini kerana kezaliman mereka telah jelas..tetapi kebaikan mereka pun tidak kurang juga...lainlah jika ramai pelajar yang sekarang melanjutkan pelajran ni pakai duit sendiri kan..
2. akan tetapi, boleh tak nak pakai kaedah menolak mudharat yang lebih besar dalam kaedah ini?
3. ini kerana walaupun umno dan angkatannya jelas zalim (saya tak sebut la baik mereka disini sebab secara psikologinya pun yang buruk je kita nampak...haha) saya risau PR dan angkatannya (DAP??) yang jelas menentang islam atas dasar liberal,etc (oh..mungkin mereka ni di kire bukan harbi KOT) ini mampu melakukan KEBURUKAN yang lebih BESAR jika mereka berjaya ke putrajaya??
4. TAPI..ini sangkaan je. Sebab DAP belum BUAT APAPE lagi (sebab xmenang lagi..ini tak termasuk la ape2 yang karpal dah pertikai dan apa matlamat die kan..),
5. Jadi..buruk DAP adalah sesuatu yang diramalkan. Buruk UMNO dah ZAHIR tapi baiknya pun dah ZAHIR. Sdang DAP agenda mereka yang ZAHIR je dah jelas..

JADI APA PANDANGAN USTAZ?

jadinya...ayuh jadi generasi yang berfikir...cari dalil baru buat. bukan buat dulu baru cari dalil...

Gauss-Seidal said...

Assalamualaikum..
Nak mintak pandangan ustaz,kalau undang2 Islam dilaksanakan, macam mana dengan kaum yang bukan islam kat malaysia ni?

Neilkie69 said...

Setuju sangat, daripada UMNO yang terdiri dari pada Melayu yang beragama Islam lebih baik di beri pada DAP yang anti Melayu dan Islam yang memerintah. Itukan adalah lebih afdha kan menurut fahaman Tok Nik...jom guling kerajaan BN dan UMNO..

mio said...

salam, trma ksh ustaz. moga diberkati ilmu yang dikongsi.

Ayid said...

salam ukawah ya akhi, manthop aarticle ini ana copy dan but link kat blog ana blog ini

Dazrul said...

Ramai orang spt ustaz-ustaz di atas pandai berkata Islam itu syumul. Tetapi adakah kita pernah melihat wujudnya model-model kesyumulan di mana-mana daerah/negeri di Malaysia ini? Kalau adapun ianya sudah menjadi sejarah yang dikenang sahaja atau cuma di atas-atas kertas di muktamar sahaja. Tiada model dan tiada sistem. Kerana kita sibuk berpolitik untuk jatuhkan yang lain, sbb ingin menguasai pemerintahan. Dan meninggalkan yang lebih utama - dakwah dan menyediakan model dan tapak.
Kita hanya pandai membaca kitab-kitab ulama, tetapi tidak tahu menggerakannya. Sama spt kita membaca buku membina sebuah rumah, tetapi adakah bermakna kita mampu membinanya spt yang dikehendaki oleh buku itu? Jadi kenapa kita tidak bina modelnya dahulu?

LaKsMaNa HaMbA said...

gemilgnya islam pada stu saat dulu bukn kerana pemerintah...jauh skali ngan undg2nya....yg menyebbkn gemilgnya agama kta dulu adalah dakwah yg dibuat nabi SAW n sahabt r.anhum.....
sabda nabi SAW...sahabtku umpama bintg dilangit,ikutilah salah stu drnya...maka kmu akn berjaya....
insyaAllah stakat yg sy taw....semua sahabt buat dakwah....n asbab dakwah, dakwah sahabt bukn pd ilmu n bukn pada kerajaan,bukn jua pd dunia....tp pd Allah yg Esa...asbb 2 Allah turunkn nusra Allah....~

! BUJANG SENANG ! said...

pemerintahan zalim atau rakyat yang tak faham "DIUNTUNG"..

1. KORANG NAK NEGARA ISLAM?

FAKTANYA...boleh ker Cina dan India terima Islam.

2. MAKNA NEGARA ISLAM?

FAKTANYA...1BAHASA, 1BUDAYA, 1AGAMA...CINA DAN INDIA BOLEH TERIMA?

RENUNG-RENUNGKAN SELAMAT BERAMAL !!!!

Mohammad Abu Bakar Kamal said...

Malaysia hanya negara Islam atas nama shaja.. Hakikatnya tidak!

Pengikut Nabi Muhamad said...

USTAZ...semoga jihad dalam BERSIH
KENA SEPAK SEMUA POLIS
HANCURKAN HARTA AWAM
TIDUR DALAM KHEMAH CAMPUR LAKI POMPUAN
BUANG AJA SAMPAH RATA....
APA KESAH KAN....
kalau tak gamak nak buat
BAGI DUIT BAGI HURU HARA BUNUH SMUA!!!! JIHAD
ajaran sesat

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI