Tuesday, September 29, 2009

Kenapa Keluarga Penuntut Terengganu Diketepikan. Kenapa Mesti ISMA?

Saya dengar dari jauh kesalan dan keluhan anak-anak terengganu yang dinafikan hak mereka. Kenapa mesti Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) dinafikan hak mereka dalam menyambut adik-adik baru dari Terengganu. Kenapa mesti ISMA pula yang menggantikan KPT. Saya paparkan fakta sedih dari anak Terengganu.

Sumber asal: http://syeikhubaidillah.blogspot.com

*******************

Sebelum & di Airport

Ternyata ana dan sahabat2 di pihak KPT sangat gembira untuk menyambut kehadiran pelajar2 baru, tidak sabar rasanya untuk bertemu & beramah mesra dengan mereka. Itu sudah menjadi kebiasaan kami menyambut pelajar2 baru, dan bukan perkara baru di bumi mesir ni. Ternyata kami diberi amaran oleh En. Kamal: “kalau saya jumpa awak dan kawan2 awak di airport, jaga awak semua.

Kita nak kata kepada En. Kamal, kenapa perlu halang kita daripada menjemput pelajar2 baru, kita bukan nak buat apapun, cuma sekadar menyambut mereka sahaja, kenapa tidak mahu memberi peluang kepada kita berbaik-baik dengan pelajar2 baru seolah-olah mahu menjauhkan kita daripada mereka, memangnya kita ni menyebarkan dakyah2 yang sesat ke? Setahu ana, yang mendedahkan dakyah2 sesat tu persatuan yang satu lagi dan bukannya PMRAM.

Apa yang peliknya sahabat2 sekalian, kenapa pegawai Terengganu tergamak mengabaikan pelajar2 Terengganu dan mengutamakan UMNO dan ISMA, siapa mereka, sedangkan persatuan tunggal dalam Terengganu hanyalah (KPT) sahaja. Kenapa perlu mereka, tambahan pula, mereka yang dari Nadi UMNO dan ISMA tu bukan dari negeri Terengganu, tapi negeri2 luar seperti Selangor, Melaka, Pahang dan lain2, apa kaitan mereka dengan pelajar2 baru Terengganu, sedikit pun tidak ada kaitan, jadi kenapa nak sibuk2 sangat, boleh jadi adik2 menyampah tengok mereka.

Sesampainya ana dan sahabat2 di airport, ternyata begitu ramai tentera bersekutu seperti ISMA dan UMNO, yang ana hairannya pegawai Terengganu dan Yayasan seolah-olah menganggap keberadaan kami di situ tidak wujud. Kenapalah kalian jadi sedemikian, padahal kami sudi untuk berkhidmat untuk pegawai demi adik2 baru, tak perlu kutip pengemis2 di jalanan. Kalau pengemis, kena bayar, tapi kami sanggup jadi hamba, bekerja tanpa upah sedikitpun, hanya pengorbanan tenaga dan ihsan kepada adik2. Ternyata niat ikhlas kami dipersiakan oleh pegawai yang cerdik tapi tak cerdik.

Buat pengetahuan sahabat2 sekalian, punyalah teruk pakatan2 pegawai ni, termasuklah ISMA dan UMNO, mereka merahsiakan perjalanan adik2 baru, kononnya nak sembunyikan mereka daripada kita, ternyata Allah menggagalkan perancangan jahat mereka, akhirnya kita dapat tahu juga. Di airport, group2 ISMA atau UMNO ni mengibarkan bendera Terengganu, tak malu langsung, padahal mereka bukan dari negeri Terengganu, semua dari negeri2 luar, tak patut langsung pegawai Terengganu (UMNO) ni, dah tahu orang tak suka dekat dia, nak paksa2 orang suka dia, mana boleh. Bertaubatlah, ana bukan tak suka dia tapi perbuatan dia.

Kawan2 nak tahu, pegawai Terengganu tu bekas ADUN SURA kawasan Dungun, tapi tidak terpilih untuk terus bertanding sebab mempunyai rekod yang buruk di kawasannya, terus-terang ana katakan, bahawa mereka semua adalah jahat, merekalah penculik, merekalah penyamun, dan merekalah penyangak, ana secara peribadi tidak sesekali meredhai perbuatan khianat dan jahat mereka termasuk ISMA dan Nadi UMNO, tak kiralah En. Mustaqim ISMA ke, Faizal Nadi UMNO ke, En. Majdi bebas ke, En. Kamal pegawai ke….

Apa yang pasti ana tidak sesekali meredhai kalian memperlakukan adik2 sedemikian, termasuk usaha untuk menjauhkan adik2 selama seminggu ni, kononnya nak jaga kebajikan adik2 baru, ternyata manis di mulut jahat di hati, kata orang PMRAM munafiq namun merekalah yang sebenarnya munafiq, kata perjuangan kita bukan Islam, ternyata perjuangan mereka yang sebenarnya bukan Islam, kerana cuba untuk memecahbelahkan Mahasiswa di sini.

Di airport, ternyata group mereka ramailah juga termasuk pegawai2, masing2 saling memandang antara ana, sahabat2 dan group lawan(Pegawai2, ISMA & UMNO), sambil menunggu urusan adik2 baru di dalam selesai di dalam, namun ana berusaha untuk menampakkan bayang2 ana kepada adik2 yang baru datang, bila dilambai masing2 menyahut, Alhamdulillah, dalam setengah jam lagi nak masuk waktu maghrib akhirnya adik2 baru keluar, dan ternyata ana orang yang pertama sempat menyapa, bersalam dan mengucapkan sesuatu kepada adik2 yang baru datang, maklumlah semua adik2 baru yang datang dari SMAASZA dan IQT mengenali ana, sekali lagi Alhamdulillah, namun ternyata keluar ayat yang sayu dari adik2 baru, dahagalah ust Ubai, tak ada air ke, ternyata kebajikan yang dijanjikan oleh pegawai dan konco2nya sudah terabai saat permulaan lagi.

Adik2 kemudiannya dibawa menaiki bas yang telah disediakan oleh pegawai Terengganu En. Kamal. Pihak kami(KPT) langsung tidak dibenarkan untuk bersama adik2 sampai untuk naik bas bersama merekapun kami tidak dibenarkan, namun takdir telah menentukan perancangan orang2 di pihak yang benar itu terpelihara, senior dikalangan akhowat kita berjaya menyelinap masuk ke dalam bas tersebut tanpa pengetahuan mereka, ternyata kami terpaksa menggunakan cara tersebut untuk mengetahui pergerakan adik2 dan memastikan agenda2 tersembunyi pihak yayasan di bawah penyelenggaraan En. Kamal.

Perhatian!!!

Ana sangat berharap agar pihak2 yang prihatin terhadap isu ini dapat menyebarkannya kepada orang ramai dan pihak yang berkenaan agar sebarang tindakan dapat diambil demi menjamin tugas seorang pegawai berjalan dengan amanah, tiada apa yang ana rahsiakan, ana cuba korek sedaya mungkin daripada adik2 baru dan pihak yang terlibat, dan ana akan dedahkan, dalam masa yang terdekat, mungkin esok hari, ana akan posting pulang artikel berkenaan hari yang kedua, ketiga sehinggalah kepada perjalanan yang seterusnya iaitu hari kelmarin ke (Sinai) dan (Alex).Ana terpaksa membuat laporan secara bersiri kerana tidak mempunyai masa yang cukup untuk menaip artikel semasa adik2 baru ada di sisi, kerana berkorban untuk merisik perjalanan adik2 dan menjaga kebajikan mereka secara senyap.

Perjalanan ke kompleks

Sememangnya perjalanan mereka adalah ke kompleks pelajar di Haiyyu Asyir, itulah maklumat yang kami terima dari senior akhowat yang mendengar ucapan dari pihak yayasan ketika berada di dalam bas. Pada masa itu, kami juga dalam perjalanan pulang, meskipun pulang tanpa adik2 namun pulang bersama hati adik2, lalu kami memaklumkan kepada sahabat2 yang ada di kompleks agar bersiap sedia untuk menyambut adik2 baru yang akan tiba tidak lama lagi, sediakan air dan sambut adik2 dengan baik, kerah semua pelajar2 lama turun, jangan biar orang2 ISMA dan UMNO mendahului kita untuk sambut adik2 baru, itulah arahan yang ana dengar.

Sesampainya mereka di kompleks, sahabat2 yang sudah berada di sana menyambut mereka dengan baik dan mesra sambil membahagikan sedikit kuih sebagai alas perut sambil menyediakan air sejuk untuk menghilangkan dahaga adik2 yang kehausan, kami yang pada ketika itu juga baru tiba dan sempat memeluk mereka semua, terzahir keletihan di wajah mereka sambil tersenyum melihat layanan dan celotehan dari sahabat2 KPT. Kuih yang dibahagikan itu adalah untuk AJK pelaksana program Unit Sambutan Mahasiswa Baru, namun melihat keadaan mereka yang lapar dan dahaga, maka dibahagikan semua itu kepada mereka, kami tidak kisah, bahkan kami rasa sangat berbesar hati kerana dapat berbakti dan membantu adik2 meskipun dihalang oleh pegawai Terengganu.

Seterusnya apa pula yang berlaku sahabat2 sekalian, adik2 dihalang untuk mengerjakan sembahyang maghrib oleh pembantu En. Kamal, padahal 30 minit lagi nak masuk waktu isya’, namun En. Farid mengatakan bahawa pergi ke galeri terlebih dahulu sebab En. Kamal nak bercakap sedikit, namun YDP Terengganu telah menyuruh adik2 naik ke surau dulu untuk sembahyang, tapi En. Farid membuat sekatan di tangga seolah-olah menghalang adik2 daripada naik ke atas, katanya lagi, En. Kamal nak ambil masa sekejap sahaja, lalu YDP mengalah lalu menyuruh adik2 ke galeri terlebih dahulu kerana En. Farid kata sekejap sahaja.

Tahu tak apa yang berlaku sebelum tu sahabat2 sekalian, salah seorang bekas Imam Besar Masjid Negeri Terengganu boleh mengeluarkan kenyataan yang pelik, tak layak langsung dipanggil Imam, apa yang dia kata, dia suruh adik2 bari jama’ takhir maghrib dengan isya’, mazhab mana yang ajar ni, kan dah sampai, lagipun datang sini(Mesir) nak menetap bukan melancong 2 atau 3 hari, jadi mana boleh jama’ lagi, ana yang kebetulan ada di situ pun cuba bersuara, mana boleh ustaz, kan dah sampai, mana boleh jama’ lagi, setahu ana mazhab syiah jer yang boleh jama’ bila2 masa jer, tak terkata Bekas Imam Besar tu, En. Fadzli namanya. Inilah yang dipanggil keluar fatwa tanpa ilmu.

Semua adik2 ikhwah masuk ke dalam galeri, termasuklah ISMA dan UMNO, namun pihak kita tetap masuk meskipun tidak dijemput untuk memastikan perancangan mereka, antara yang masuk ialah YDP dan beberapa orang Exco, apa yang berlaku, En. Kamal membahagikan adik2 ikhwah yang seramai 23 orang kepada 3 kumpulan, kumpulan satu, kumpulan 2, kumpulan 3. kemudian mereka dibawa ke rumah pegawai, villa dan pejabat pegawai untuk solat maghrib yang hampir luput. Mereka tidak dibenarkan untuk solat di surau yang luas lagi selesa di atas tapi dibawa ke bilik yang sempit.

Perbuatan tersebut menjelaskan lagi kepada kami, bahawa mereka memang benar-benar ingin menjauhkan adik2 daripada pelajar2 lama, apa lagi agaknya perancangan mereka, ana kata dalam hati, tunggu dan lihat sahajalah. Memang benar, apa yang berlaku, ternyata sekitar jam 11 malam lebih, sekumpulan adik2 dibawa turun dalam keadaan keletihan, dan dikalangan mereka yang kelihatan baru sahaja bangun daripada tidur, disuruh tunggu di bawah, rupan2nya mereka akan dibawa lari ke suatu tempat yang kami tidak tahu, apatah lagi adik2 baru.

Tidak berapa lama kemudian datang kereta hitam yang dibawa oleh warga ISMA, bukan ISMA apa, ISMA lah, ingat orang tak kenal, orang yang bawa kereta tu orang ISMA lah, tak payah nak berdalih, tidak dinafikan dalam ISMA ada orang yang baik, tapi itulah yang berlaku, bila ditanya tak tahu, sikit2 En. Kamal, skit2 En. Kamal, padahal dia yang memandu, ternyata 2 kali dia orang angkut adik2 baru ni ke suatu tempat, dalam pemikiran ana pada masa tu, mungkin ke Bawabah(nama kawasan) kot, lagipun kami langsung tak dapat nak hubungi mereka sebab adik2 tak ada nombor Mesir lagi, jadi susahlah kami nak berhubung dengan mereka, sampai bila2 pun kami takkan dapat tahu keadaan mereka, makan minum mereka, dikawal seperti banduan sahaja.

Hari kedua di Mesir-Khamis

Ternyata adik2 mengadu lapar dan dahaga, maklumlah sepanjang lewat malam yang berlalu, mereka ketiadaan makanan sehingga pagi, namun ana yang kebetulan memasak untuk ahli bilik terpaksa mengorbankan makanan tersebut kepada adik2, dalam lingkungan lapan orang yang dapat ana bawa ke rumah untuk menikmati hidangan yang ala kadar untuk mengisi perut adik2 yang baru datang, nasi goreng dengan keropok dan air tea O & tea susu, itu sahajalah yang mampu ana sediakan, meskipun sedikit sahaja, tergambar kegembiraan di wajah adik2 yang baru ni.

Dalam hati ana, tergamak betul pegawai buat macam ni dekat adik2, langsung tidak menjaga kebajikan pelajar2 baru. Namun sahabat2 sekalian, ada lagi perkara yang lebih menyayat hati, kumpulan pertama dikurung di dalam Villa tanpa ada makanan dan minuman, sehinggakan kami tidak sedar bahawa masih ada pelajar yang disembunyikan, kunci mereka pegang, kami bukan tak nak beri adik2 makan, tapi macam mana kami nak beri makan kalau kunci, bayangkan, bila jam pukul 7 lebih baru kunci dibuka, seolah-olah adik2 yang baru ni macam ayam yang dikurung dalam reban.

Setahu ana, ayam yang dikurung pun masih ada makanan, ni langsung tak ada makanan, adik2 mengeluh kelaparan, sehinggakan ada seorang adik tu mengadu dekat ana, “abang! sampai bila keadaan macam ni?” Ana beritahu kat dia orang sabarlah, nak buat macam mana, antum pilih yayasan(jalan macam ni), terpaksalah ikut arahan dia sekarang, sabarlah dalam seminggu lagi, lepas tu group anta akan kembali semula kepada Keluarga Penuntut2 Terengganu. Tak sabar rasanya…

Agaknya pegawai dan konco2nya sedang lena di alam mimpi, itu yang ana bayangkan dalam hati, sehinggakan ana memberanikan diri untuk mendekati adik2 yang sehingga jam 7.30 pagi, maklumlah perjalanan mereka hari ini akan bertolak sekitar jam 8.00 pagi, itulah perancangan yang ditetapkan oleh pegawai dan tentera bersekutu.

Seorang pelajar baru melaporkan perjalanan mereka hari ini, pertamanya mereka ke Masjid Hassan, kemudian ke Masjid ‘Arafah, setelah itu ke Masjid Ibnu Tulub, solat jumaat di Masjid Amru ibnu Al-‘As, setelah solat mereka ke Malaysia Hall atau dikenali sebagai Asrama Rumah Melayu Abbasiyyah(ARMA), di situ mereka makan dan berehat-rehat seketika, selepas itu mereka berjalan-jalan ke Bandar Kaherah, mengenali universiti, selepas asar akan menaiki bot di Perlembahan Sungai Nil. Katanya tak tahu bila balik ke Kompleks tapi mereka mengadu bahawa mereka keletihan dan kepenatan, terasa mengantuk sangat. Tapi nak buat macam mana, pegawai bukan faham pun, jadi adik2 terpaksa ikut.

Pada malam hari pula, adik2 melaporkan bahawa mereka sekarang makan malam di salah sebuah restoran di tengah Bandar Kaherah, mungkin dalam pukul 10 malam baru pulang. Bukan apa sahabat2 sekalian, segala perjalanan mereka dirahsiakan kerana pegawai tidak mahu kami tahu, tetapi adik2 yang lebih percaya kepada kami daripada pegawai telah memudahkan urusan kami untuk mendapatkan maklumat perjalanan mereka. Sekitar jam 10 malam lebih kami menunggu adik2 dari atas, ada juga yang tunggu di bawah dan sebagainya. Tunggu punya tunggu, tak sampai2 lagi, ana pun ke Restoran untuk isi perut yang sedikit kekosongan kerana tidak makan seharian, setelah makan….

Ana sedikit terkejutlah apabila ramai sahabat2 yang melaporkan kepada ana bahawa adik2 telah pulang tapi keadaan mereka sangat berbeza, berbeza macam mana tu? Mereka langsung tidak senyum, seolah-olah lari atau mengelak daripada kita, kata salah seorang sahabat2 ana, begitu juga laporan yang ana terima ketika tiba di kompleks, ditambah lagi dengan adik2 baru yang tidak membalas mesej dan panggilan ana, namun ana tetap bersangka baik meskipun ada dikalangan sahabat2 ana yang bersangka bahawa mungkin pegawai telah memberi amaran kepada adik2 baru agar tidak mempedulikan abang2 lama, boleh jadi adik2 kepenatan kerana seharian berjalan-jalan sekitar Bandar Kaherah padahal rehat tidak cukup dan stamina pula lemah.

Ternyata apa yang berlaku mala mini, berita yang sangat menyayukan lagi menambahkan benci, apabila ada seorang sahabat ana yang menceritakan peristiwa yang berlaku sekitar jam 1 pagi. Peristiwa ini berlaku bilamana adik2 pulang ke rumah yang ana kata di Bawabah sebelum ni, rupa2nya Walidain. Lagi jauh…Adik2 dibawa lari ke Walidain? Terkejut ana dan sahabat. Sahabat ana itu ikut jalan bersama adik2 baru sampai ke rumah, namun apa yang berlaku, datang sekumpulan arab minta duit sewa rumah yang dihuni adik2 baru, katanya rumah yang adik2 baru huni sudah tidak dibayar sejak tahun lepas, adik2 tak faham apa yang arab perkatakan, namun nasib baik sahabat ana yang bertaraf abang tu kebetulan berada di situ, akhirnya dapat diselesaikan. Bagi ana, ini dah dikira menindas adik2 baru seolah-olah mangsa kurungan yang tidak bersalah. Semuanya angkara pegawai.

Atas kebijaksanaan senior ana, akhirnya kami dapat mengambil nombor pelajar tersebu untuk memudahkan urusan kami menghubunginya bagi malam berikutnya, dan juga untuk mendapatkan maklumat, maklumlah mereka terlalu jauh daripada kami berbanding 2 kumpulan lagi dari lelaki, perempuan semuanya ditempatkan di Rumah Pahang bersama kawalan akhowat ISMA Pahang, ana tak kata semua ISMA jahat, yang terlibat dalam isu ini sahaja...

Ana juga tidak redha kepada mereka yang terlibat sahaja, yang tak terlibat kenapa nak berasa pula, ke ini semua atas arahan pimpinan ataupun kalian semua ada pakatan, kalau betul kalian jahatlah, kalau tidak tidaklah, Tuhan pun dah kata orang yang baik maka dia baik, kalau dia jahat maka dia jahat, kenapa pula ana nak kata yang baik itu jahat atau sebaliknya, persatuan tidak ada yang jahat atau baik, tapi yang di dalam tu(orang2) sahaja. Harap sahabat2 blog tidak salah faham.

9 comments:

salman6057 said...
This comment has been removed by the author.
salman6057 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

"ISMA membezakan antara menegakkan politik Islam yang memerlukan sokongan masyarakat yang faham dan yakin dengan hukum Islam dengan politiking sekular yang saling menjatuhkan antara satu sama lain dengan apa cara sekali pun."

-patut la us hairul cakap ISMA dll melambatkan kemenangan.. nak tnggu semua faham dl baru nak tegakkan politik Islam yang sebenar... ish2..

"Pada pandangan ISMA, masyarakat masa kini masih belum bersedia untuk menerima pemerintahan Islam. Kita boleh sampai kepada kuasa pemerintahan, tetapi kita mungkin tidak dapat melaksanakan Islam seperti yang sepatutnya."

-ni lagi satu memang lambat giler la kalau nak tnggu sume kena bersedia.. golongan2 munafik jer akan cakap dengan pelbagai alasan..tak bersedia la.. tak gie perang sebab panas la..sebab anak bini la..dll

"Pada perhitungan ISMA, dalam konteks percaturan politik Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, mazhab politik dan ketamakan, maqasid syarak menuntut kita memastikan bahawa kuasa mesti sentiasa berada di tangan orang Islam sama ada adil atau fasiq, dan mesti memastikan komposisi Muslim di dalam Parlimen sentiasa dominan."

-btl..daripada org bukan Islam memerintah..baik org Islam sama ada fasiq atau tidak..masalah skrng..kita ada ulama' nape tak naikkan ulama? kejer sama2 ulama'.. bukn kejer ngan org ISLAM..tp.. hancurkan Islam..cakap pasal maqasid la..waqi la.. tak kena la bro..

"Untuk menegakkan Islam memerlukan kekuatan, yang mana kekuatan yang paling utama ialah perpaduan Islam. Justeru itu bagi kami perpaduan umat Islam/Melayu adalah pra-syarat ke arah itu. Usah harap kita dapat tegakkan negara Islam kalau kita lemah dan berpecah-belah."

- aku tak nafikan kekuatan utama kita adalah kesatuan, bersatu, perpaduan dll istilah.. tp bro.. ko sendiri ckp..kalau kita lemh dan pecah belah akan mengndng sebaliknya.. so..joinlah PAS..usah harap kalau kita nak memerintah MSIA kalau dalam gerakan Islam kita (PAS) masih ada org2 mcm ni..ingt...kita kerjesama ngan org bkn ISLAM adalah kerana kita nak bg th mereka dan nak fahamkan mereka inilah ISLAM sebnar.. bukan ISLAM HADHARI..

-sekadar pandangan-...

-bro..jawab la sikit pasal bdk2 terengganu ni.. apesal la ISMA boleh gabung ngan NADI UMNO???-

-kalau nak tarik ahli pon..guna lah cara berhemah sikit...bkn cara mcm %*&%$#@$# ni...

-manusia ni leh tau mana satu persatuan/gerakan/jemaah/ dll yang die org suka... bt kejer mcm nie.. tak tau la aku.. ini rupenyer konsep dan pendirian ISMA..mcm lalang...

sorry la bro kalau terasa..gua bg pandangan jer... kalau nak balas.. sent kat email gua..sorry tak da blog.. sesiburcantik@yahoo.com

Anonymous said...

Ana pasti 100% ustaz x tabayyun dulu sebelum ustaz copy & paste cerita ini. ustaz x ikut pesanan Rasul dalam menyampaikan berita. Ustaz x fikir ape perasaan manusia2 yg ustaz dah calar perasaan dan maruah mereka. Mereka tak buat salah ape2 melainkan tak join 'mazhab' ustaz.

-gua pon yakin..lu tak tanya dl us hairul..salah ke copy paste? yang gua tau..salah kalau copy paste tanpa izin atau kita tulis sapa tuan punya tulisan tu..lu pon copy paste jgk kenyataan press isma.. tp..gua tau..mesti lu nak jwb..lu dah tabayyun kat pres isma tue...

-gua tgk us Hairul tak pernah pon ajak ikut "mazhab" die.. dan gua tak pernah dengar pon.. kecuali la us hairul suruh ikut PAS... dan ikut PAS pon bkn us Hairul suruh ikut mcm lembu kena cucuk hidung.. ikut dengan kefahaman.. nak ikut..ikut..tak nak sudah.. Nak cakap benda makruf nie kekadang kena ikut cara saidina Umar..kekadang kena ikut cara Saidina Abu Bakr dan lain2 cara sahbt2 dan alim ulama'.. terasa ke?.. ish2..



Maaf. Saya rasa ustaz sampai tahap ni sahaja kot. Ustaz x seperti Dr Qardhawi yg boleh menjadi ulama' yg menaungi semua muslim atas muka bumi tanpa mengira apa pegangan ideologi masing2.


lu plk boleh main rasa2...mmg us Hairul tak pernah ckp die mcm sheikh Dr Yusuf Qaradhawi..

Anonymous said...

saya bangga dengan ust hairul,berani bukan takat mengajak pada maaruf.tp jugak pada mencegah kemungkaran.

benda munkar ni pada ketikanya kita kena jah kan, kena bg org tau kata yg tu salah..yg tu betul..org zaman la ni kalau dok buat cakap kias2n ni, depa x paham dah.
kadang2 benda x betul ni,xpayah tunggu kita bongkar,Allah pasti akan sebarkan...

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

Isma'berfikir luar kotak pemikiran'kata tuan presidennya..
erm..antum semua berfikir dalam kotak sahaja
lepas ni kita pakat berfikir di luar kotak..kita yang mengaji agama ni ,kita sokong umno,bantu umno supaya islam dapat dinaikkan dengan parti umno,kita bersih parti umno...pas x yah tolong ,x yah bantu,x yah lengkapkan ,tolong pas berfikir di dalam kotak pemikiran x advance... sama2 kita fikirkan di luar kotak ye..

Bohemian Virtuoso. said...
This comment has been removed by the author.
Bohemian Virtuoso. said...
This comment has been removed by the author.
Bohemian Virtuoso. said...

Sy delete comment sy sablom ni, sbb tuan punye name dlm tu mtk tlg delete, die tanak tlibat, juz nk bg penerangan kt sy je.
-------------------------

Salam. Samat ari raye ustaz. Peng ni. Taqobbalallohuminnawaminkum.

Sy ade kwn, die masih join isma lg.
Sy pun bekas isma ustaz.
Sy kuar sbb tak setuju dlm bbrape hal & isi tarbiyyah die. Lg pun, bg sy, scara peribadi sy rase cam buang mase sy join isma, slow sgt, sy nk belajar feqah n bab2 laen pun ssh kalo teros join. So sy kuar.

Ade kwn sy sorg tu, die kuar isma gak, die gtau sbb ade ustaz isma kutuk pmram ape ntah. Allahu'alam. Kt depan sy tade plak ustaz2 isma kutuk Pmram. Siap puji PAS ade la. so sy taleh nak buat kesimpulan melulu.

Cume sy pun tertanye2 la, Isma ni nak ape sbnanye..

kawan2 sy kt alex, yg join isma, bagus2 jgk dorg tu, akademik bagus..tp yg kurangnye, dorg cam terlampau terdesak nak cari ahli, dorg cam rase tarbiyyah dorg yg betol, pastu salu quote kalam2 pimpinan IM dulu2, mcm dorg ni btindak dgn tindakan yg warid dr IM la... tu yg sy nampakla. Tp, sampaikan ade bdak2 laen yg jd ajk perubatan kt alex ni tak puas hati. Ssh jgk nak damaikan dorg tu.

Jd, lagila menambahkan tande soal sy, amendela yg ustaz2 isma ajar kt dorg tu, sampai jd camtu.

Asasnye, yg sy paham, dorg cam mndakwa dorg la yg buat tarbiyyah, PMRAM or PAS ni sibuk politik, sibuk lawan kedutaan, sibuk nak arma je, "tarbiyyah" tak bape nak jalan.

Pastu sorg ustaz isma penah gak gtau sy, napela Pmram syadid sgt, psl kes tarian budak sekolah indon yg pompuan tu, die kate, "tu baru budak2 menari..."..

Dlm bab hukum2 ni, elok kte raikan pendapatla, rujuk fiqh muassoroh ke. bg sy la camtula..

Semoga dapat selsaikan masalah ni dgn baik dan kurangkan politiking.

Ni sy copy paste yg sy chat ngan member sy.

---------------------------------
Az: Salam
Az: aku join ISMA..
Az: nasihat aku selidik berita sebelum percaya
Az: setahu aku ISMA xde sambut mana2 pelajar kecuali yg dtg under ISMA
syiha baik: salam
syiha baik: selamat ari raye neli
syiha baik: taqobballohuminnawaminkum
Az: selamat hari raya
syiha baik: taqobbalallohuminnawaminkum
syiha baik: aah
syiha baik: kene slidik dlu
syiha baik: ma*** pun pnah citer kt aku
syiha baik: antara sbb die kuar isma
syiha baik: sbb ade ustaz isma kutuk pmram
syiha baik: walopun aku tabape suke pmram
Az: hmm..
syiha baik: tp aku rase ustaz2 isma pon kene siasat dlu
Az: itu masalah peribadi
Az sama juga kalau ada ust pmram kutuk isma
syiha baik: aah
Az: itu masalah peribadi dan kita xleh nak slahkan pmram
syiha baik: kn dalam artikel yg aku forward tu
syiha baik: die ade tulis
syiha baik: bg die bukan isma yg msalah
syiha baik: tp sstgh org dlm isma
Az: aku ada baca artikel tu
syiha baik: oo
syiha baik: ko tau pape ke psl kesah tu?
Az: setahu aku org yg diceritakan itu
syiha baik: citer r sket
Az: ialah kawan aku
Az: sebab nak amik budak mansurah yg baru sampai
Az: drpd bercuti
Az: dia dok masnurah n dia g airport
syiha baik: oo
syiha baik: camtu ke?
syiha baik: tape
syiha baik: nnti aku tanye ustaz hairul & ustaz salman snirikla
syiha baik: aku ade exam 3 4 5 ni
syiha baik: pas2 tu la aku tanye
Az: aku citer takat mana tadi? aku terdc td
syiha baik: Az: ialah kawan aku
Az: sebab nak amik budak mansurah yg baru sampai
Az: drpd bercuti
Az: dia dok masnurah n dia g airport
syiha baik: oo
syiha baik: camtu ke?
syiha baik: tape
syiha baik: nnti aku tanye ustaz hairul & ustaz salman snirikla
syiha baik: aku ade exam 3 4 5 ni
syiha baik: pas2 tu la aku tanye
Az: aku citer takat mana tadi? aku terdc td
Az: ok.. pastu kawan aku tu sembang ngan pegawi tanya pasal zakat terengganu
Az: itu je yg aku tau...
Az: yg lain2 aku x tahu...
Az: sekadar utk penerangan

October 2, 2009 3:17 AM