Tuesday, September 29, 2009

Walau Apa Keadaan Sekalipun, Kita Tetap Menitip Ukhuwwah


(sekadar hiasan)

Malam itu, bicara siswa yang dianjurkan oleh SPR MKKK menarik minat ramai di kalangan mahasiswa Islam dan Perubatan di Mesir. Ramai betul yang datang. Majlis yang pada asalnya ingin juga menampilkan wakil dari ISMA dan UMNO telah mencuit hati para mahasiswa untuk melihat sayembara minda ini. Walaupun ISMA dan UMNO tidak dapat menghantar wakil ke majlis tersebut, saya mengharapkan para hadirin yang datang malam itu dapat mengkaji bait-bait hujah yang para panel utarakan.

Benar. Saya tidak bersetuju dengan ISMA. Apatah lagi dengan UMNO. Saya juga telah nyatakan secara terbuka malam itu agar dapat diamati dan dihalusi oleh para ilmuan bahawa sangat wajar hari ini untuk seluruh gerakan-gerakan Islam di Malaysia bersatu dan bekerjasama.

Saya sering tidak bersetuju dengan teori-teori berbunyi "Kita mesti bersatu atas dasar Islam. Ketepikan fahaman politik. Tanamkanlah sikap berkasih sayang sesama muslim" dan macam-macam slogan lagi yang menyanyi-nyanyi di "JAPUIK BAKECEK" saya.

Itu semua ada teori asas sebelum dipraktikkan di alam sebenar. Memang. Kita perlu bersatu di atas dasar ISLAM. Memang. Kita perlu mengetepikan fahaman politik. Memang kita perlu menjaga ukhuwah Islamiah. Ini semua adalah sikap dan konsep asal sebelum kita melihat realiti.

KITA PERLU BERSATU DI ATAS DASAR ISLAM.

Kalau kita melihat realiti dan kanvas perjuangan Islam di Malaysia, bukankah jamaah Islam yang begitu lama ingin menyatukan umat Islam yang bengong fikirannya agar kembali kepada dasar Islam adalah PAS? Maka wajar umat Islam bersatu untuk menegakkan Islam di Malaysia dengan wadah PAS. Sekiranya anda merasakan bahawa "tidak mengapa sekiranya kita tidak membantu PAS dan mendokong PAS, yang penting bersatu di atas dasar ISLAM", bukankah kenyataan ini adalah kenyataan kosong tanpa usaha? Bagaimana cara yang paling ideal dalam menobatkan Islam di Malaysia?

Saya kira para pembaca yang berfikrah Islam akan menyatakan secara jujur bahawa medan perjuangan ISLAM di Malaysia adalah PAS. Saya kita figur-figur Cream of the Cream juga akan memangkah PAS dalam pilihanraya.

Soalan saya: adakah satu tindakan yang wajar untuk kita mahu PAS kuat dan berjaya di dalam pilihanraya sedangkan kita tidak menyalurkan tenaga untuk membantu harakah Islamiah ini. Kita mahu dia menang tapi tak nak bantu dan dokong. Bahkan kita membazirkan tenaga dengan menubuhkan gerakan-gerakan dakwah yang lain.

Saya boleh bersetuju dengan ISMA, JIM, ALAMI dan lain-lain untuk bergerak cergas dalam kumpulan-kumpulan mereka sekiranya tenaga yang diperlukan oleh PAS untuk bergerak cergas sudah melebihi daripada kuantiti yang diperlukan. Katakan PAS memerlukan 500 ribu penggerak dan kita sudah memiliki 700 ribu tenaga yang boleh menggerakkan PAS. Saya boleh bersetuju untuk pertubuhan-pertubuhan ini bergerak kerana kuantiti tenaga yang diperlukan oleh PAS melebihi tahap yang diperlukan.

Realitinya adakah teori itu berlaku. Hasil pengalaman saya menyatakan bahawa PAS memang tak cukup tenaga. Para pimpinan PAS memegang jawatan-jawatan yang perbagai hasil daripada ketidakcukupan tenaga.

Maka adakah relevan untuk teman-teman ISMA bergiat bersungguh-sungguh untuk mencari cream of the cream yang saya kira mereka akan ditarbiah untuk membantu ISMA dan tidak diasuh untuk menjadi tenaga belakang kepada PAS?

Malam itu saya menyatakan kepada para hadirin bahawa "melihat kepada realiti perjuangan PAS di Malaysia, ISMA, JIM dan lain-lain memang MELAMBATKAN KEMENANGAN ISLAM. KEMENANGAN YANG BOLEH DICAPAI DALAM TEMPOH SEPULUH TAHUN AKAN TERLAMBAT 100 TAHUN."

KETEPIKAN FAHAMAN POLITIK.

Bagaimana ISLAM ingin ditegak di Malaysia tanpa politik. Slogan agar mahasiswa ISLAM tidak terlibat dalam politik sebenarnya amat menyenangkan golongan UMNO yang berhempas pulas inginkan kuasa politik. Fikir-fikirkan suara saya ini.

PENTINGKAN KASIH SAYANG.

Kita bertentang dari sudut ideologi. Kita bertegang urat dari sudut kefahaman. Namun ukhuwah Islamiah tidak akan terguris semata-mata perbezaan idea dan perjuangan. Saya memang tidak bersetuju dengan ISMA yang melambatkan kemenangan ISLAM. Namun adakah saya mesti mencaci ahli-ahli ISMA dan menjadikan umpatan dan mendedahkan aib peribadi mereka sebagai zikir harian saya?

Sedangkan antara muslim dengan non muslimpun kita diwajibkan untuk menjaga hak mereka sebagai manusia, apatah lagi hubungan ikatan aqidah antara sesama muslim. Ya. Saya akan terus mengecam ISMA yang melambatkan kemenangan ISLAM di Malaysia. Namun mereka tetap teman seIslam saya yang wajib saya sambungi tali kasih sayang ini.

Moga para teman semua akan mendokong kepada PAS hanya semata-mata inginkan Islam itu dimahkotakan di singgahsana kerajaan. Tinggalkanlah ideologi-ideologi yang melawan kebangkitan ISLAM seperti UMNO (maaf yer saudara Izo) atau yang melambatkan kemenangan Islam.

Kalau sayang Islam, terus menjadi tenaga buruh buat PAS yang mahu menegakkan Islam secara jelas di Malaysia.

Alah teh. Den ado kajo lain. Banyak bando den kano buek agar Islam dapet dijulang. Kalau inyo managak an Islam, taghuih mambantu. Kalau indak, lantaklah ken.

6 comments:

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

salam,ust pohon copy entry..

hadi_qm said...

slm.aduii.segannye tgk pic ni..huhu..

star_taqwa said...

salam ustaz, saya memang tertarik dengan tajuk dan isi kandungan post ini..maaf ye us? penerangan daripada ustaz tak jelas. maaf.. sangat2 tak jelas. ustaz hanya cakap yang ustaz tak setuju dengan kenyaataan ini; ""Kita mesti bersatu atas dasar Islam. Ketepikan fahaman politik. Tanamkanlah sikap berkasih sayang sesama muslim."
tapi penerangan ustaz selepas tu tidak menjelaskan sejelas-jelasnya kenapa ustaz tak setuju dngan kenyatan itu. (sudah beberapa kali saya baca dan cuba fahamkan, tapi masih gagal)

1. apa maksud ayat ini?? "Kalau kita melihat realiti dan kanvas perjuangan Islam di Malaysia, bukankah jamaah Islam yang begitu lama ingin menyatukan umat Islam yang bengong fikirannya agar kembali kepada dasar Islam adalah PAS? Maka wajar umat Islam bersatu untuk menegakkan Islam di Malaysia dengan wadah PAS. Sekiranya anda merasakan bahawa "tidak mengapa sekiranya kita tidak membantu PAS dan mendokong PAS, yang penting bersatu di atas dasar ISLAM", bukankah kenyataan ini adalah kenyataan kosong tanpa usaha? Bagaimana cara yang paling ideal dalam menobatkan Islam di Malaysia? "

kenapa nak bersatu melalui PAS sahaja?? semakin bertambah umur dunia, semakin berlainan cara manusia berfikir. biasa la tu nak gunakan wasilah lain untuk perjuangkan Islam. Bukankah agama kita membenarkan ijtihad? dan Allah sahaja yang tau yang mana satu yang haq(sebab Nabi dah tak akan wujud lagi). Bukankah kalau ijtihad kita betul dapat 2 pahala dan kalau salah dapat 1 pahala, kan?
apa yang penting, masing2 JANGAN NAK SALING MENGUTUK.. JANGAN SALING TAK MENGIKTIRAF SATU SAMA LAIN..TA'SUB DENGAN PERSATUAN SENDIRI SAHAJA SAMPAI TAK NAK MENGIKTIRAF PERSATUAN LAIN.. JANGAN NAK MENYALAHKAN SATU SAMA LAIN..
kalau semua buat kerja, then sumbangkan tenaga untuk Islam, apa masalah? ahli ISMA JIM dll pakat2 tolong PAS, berkempen semasa pilihanraya, mengajar kat masjid, mentarbiyah penduduk Malaysia(tanpa memilih-milih ahli) dan laksanakan semua kerja masing2, guna cara masing2, apa masalahnya??? bukankah itupun satu bentuk kerjasama, walaupun dibuat tanpa perundingan dan perbincangan sesama jemaah yang ada? Mungkin ada yang berka' "laa, kalau gitu, bazir tenanga la.. ada yang buat kerja yang sama berulang-ulang kali!!"
mm.. pada saya, tak de masalah pun. peringkat awal, memang la..bila dah buat bertahun2, ahli2 yang lain akan nampak dan fikir sendiri!! yang penting, JANGAN SEMBUNYIKAN ILMU, DAN MAKLUMAT YANG kelihatan mengancam jemaah kita dan menguntungkan jemaah lain. bersikap benarlah demi Islam!! (rujuk tafsir surah al-Asr)
JANGAN ADA SEBARANG KUTUK MEGUTUK(ada ke syariat Islam yang benarkan kutuk mengutuk sesama jemaah Islam sendiri? kalau tak de, kenapa masih ada yang mendakwa mereka tu jemaah Islam duk buat jugak???? korng memperjuangkan Islam ke memperjuangkan persatuan korang, menjadikan Islam sebagai nilai tarikan?? )

mesti ada orang kata, "teori bolehlah! praktikalnya macam mana?!!" Kenapa timbul perkataan macam ni? Sikap mengutuk, saling menyalahkan, tak nak iktiraf persatuan lain, huru-harakan persatuan lain, dan seumpamya itu timbul dari nafsu atau dari iman? dari syaitan ke dari nabi? (kalau dah tau jawapannya, kenapa nak kutuk2 jugak?????!!!!)

2. kenapa ustaz kata "bukankah kenyataan ini adalah kenyataan kosong tanpa usaha?"???? saya tak nampak kaitannya dengan ayat sebelum ini..

star_taqwa said...

3. PADA PENDAPAT SAYA,
kenyataan macam ni ( "Kita mesti bersatu atas dasar Islam. Ketepikan fahaman politik. Tanamkanlah sikap berkasih sayang sesama muslim") kedengaran kerana sikap ahli persatuan mana2 persatuan yang TERLALU TA'ASUB dengan persatuan sendiri. Mereka tidak langsung tengok orang lain sebagai sasaran dakwah yang harus dijaga perasaan, berkasih sayang, memperkenalkan kebenaran dan membetulkan kesilapan. Mereka hanya fikir, mereka sahaja yang betul, persatuan mereka perfect, persatuan lain silap dan mesti berubah dan ikut persatuan mereka. Sekiranya sikap berkasih sayang dan mencintai atas dasar Islam tersemat di hati, mungkinkah masalah-masalah perpecahan akan diungkapkan lagi?

4. pada saya,ustas tersalah faham maksud kenyataan ni; "Ketepikan fahaman politik". bkan maksud diorang tak nak berpolitik. tapi JANGALAH KERANA PERBEZAAN POLITIK, kita saling membenci sesama ahli. us, pada saya, kita menentang dasar sesetengan persatuan, tapi adakah kerana perbezaan wasilah menjadikan kita saling membenci orang dari persatuan lain dan membenarkan persatuan kita sahaja? bukankah DAKWAH = KASIH SAYANG?

5. us yang sy hormati, saya meminta maaf jk mengambil masa us membaca komen saya yang panjang ini.. harap ustaz dapat jelaskan ketidakjelaskan saya dalam artikel ustaz tu.. dan betulkan segala kesilapan saya yang masih lagi belajar ini.. salam berkasih sayang.. @};-

Dzuu Haniin said...

salam..
kpd en. star_taqwa
cuba realistik..
lihat tragedi terbaru.ISMA dan UMNO berpakat menghuru-harakan Keluarga Penuntut2 Terengganu.KPT adalah sbhgian dr PMRAM.jika ISMA khianat pd KPT dan PMRAM, bagaimana PMRAM nak menerima ISMA dan bertolak ansur dgn ISMA...
just use your common sense..
tak perlu belajar 'Logic Gate' kita masih mampu berfikir secara logik..

jika en. star_taqwa ahli ISMA,ISMAN mahupun ISMAM sila jelaskan tentang isu terengganu itu.nyatakan pendirian anda!

Colgate said...

timbul beberapa persoalan..

kenapa perlu gopoh dlm menegakkan islam sedangkan islam akan menang juga?? ini janji Allah... yg penting apa sumbangan kita... sebuah analogi "rumah yg dibina dgn terburu2 nescaya akan binasalah siapa yg berada di dlmnya"


kpd komentar sblm ini..
kenapa begitu mudah memberi tanggapan yg buruk kpd 'mereka', sgala2nya negetif..think positive pls!.. mungkin anda ta'sub, muhasabah diri dan berlapang dadalah..inilah selemah2 ukhuwah..

Walau apa keadaan sekalipun, kita tetap menitip ukhuwah, syabas!