Thursday, February 4, 2010

Khatam Kitab Tuhfat Al-Ahwazi Dan Kitab Al-`Ilal Yang Dikarang Oleh Al-Imam Al-Tirmidzi

Pagi ini selepas Subuh, dengan izin Allah, kami semua telah selesai belajar kitab Tuhfat Al-Ahwazi yang dikarang oleh Al-Imam Al-Mubarakfuri atau Mubarkafuri. Kitab ini adalah huraian kepada sebuah kitab hadith yang masyhur; Jami' Al-Tirmidzi.

Kitab Tuhfat Al-Ahwazi yang mempunyai 9 jilid ini telah dibaca secara konsisten oleh Fadhilat Al-Syeikh Dr. Yusri bin Rusydi Bin Jabr bin Al-Sayyid al-Hasani selama 4 tahun setiap hari selepas solat Subuh di masjid beliau, Masjid Al-Asyraf.

Ulama berdarah Sayyidina Hasan Ibni Sayyidah Fatimah binti Sayyidina Muhammad s.a.w ini telah mula membaca kitab tersebut pada 12 Februari 2006 dan berjaya mengkhatamkan seluruh hadith Rasulullah yang dihuraikan di dalam kitab tersebut pada hari Jumaat dua minggu lepas (22 Januari 2010). Keesokannya, beliau meneruskan pula membaca kitab Syifa' al-Ghalal Fi Syarh Kitab al-`Ilal dan akhirnya khatam pada hari ini bersamaan 4 Februari 2010.

Insyaallah, esok (5 Februari 2010), beliau akan mula membaca Sunan Abi Daud di masjid beliau seusai solat Subuh dan kelas akan berjalan setiap pagi.

Moga Allah memberkati guru kami yang mulia ini yang tidak lelah dalam mencari cinta di balik kalam-kalam mulia milik Sayyid al-Mursalin Sayyidina Muhammad bin Abdillah.

Teringat saya pada bait syair yang saya temui dalam salah satu manuskrip hadith yang berbunyi:

أَهْلُ الْحَدِيْثِ هُمُ أَهْلُ النَّبِيِّ وَإِنْ
لَمْ يَصْحَبُوْا نَفْسَهُ أَنْفَاسَهُ صَحبُوا

yang bermaksud:

"Ulama Hadith itu adalah ahli keluarga Nabi. Sekalipun mereka tidak bersahabat dengan batang tubuh Nabi, namun mereka bersahabat dengan nafas-nafas Nabi".

.........................

Syeikh Yusri sebelum ini telah membaca keseluruhan kitab Musnad Al-Imam Ahmad selama 11 tahun dan telah membaca keseluruhan kitab Syarh al-Nawawi `Ala Sohih Muslim.

10 comments:

Lokman Yaakub @ putramanz said...

Ust Hairul..Syaikhuna Dr Yusri mula baca Tuhfatul Ahwazi 12/2/2006 ka 2004?

pembetulan - khatam Tuhfatul Ahwazi 22/1/10 bukan 29/1/10,
baca kitab Syifa' al-Ghalal Fi Syarh Kitab al-`Ilal 13 hari..

p/s:kirim salam pada Fatimah al-Nabawiyyah :)

Hairul Nizam Mat Husain said...

wah. terima kasih ats pembetulan

Mohd Juzaili Juhan said...

Tahniah...barakallahu lakum...sedih rasanya tak berkesempatan khatam kitab...moga beroleh nur ilmu dan hikmah...doakan sama ana agar dapat menjejak semula bumi kinanah...

it's peng said...

salam ustaz hairul.
sy ade soalan.
sy cuba tanya dgn sopan.
Jd sy harap ustaz tak keberatan utk jawab.

Kenape ustaz selalu promote syeikh yusri? takde syeikh lain ke kt cairo tu? Kenape mesti die? Adekah ustaz berniat utk melebarkan fahaman sufi?

FARHA & FAZA said...

Moga Allah melimpahi NurNya ...

Allahu Akbar...

Semoga ilmu itu bermanfaat untuk Ustaz, isteri, anak-anak, keluarga..

Sampai masa yang ditentukan Allah pula, sebarkan kepada kami rakyat Malaysia pula...

Perokok Soleh said...

soalan ko xperlu ustd hairul jawab...

bak aku jawab...
soalan bodoh hnya orng bodoh yg jawab,maka aku yg bodoh akan jawabkan soklan bodoh ko peng...

-jgn jadi bodoh...
tiap anak murid akan menceritakan kebaikan tntng gurunya...standard,

dan orng cemerlang bukan berjaya seorang diri tp dpt mejayakan orng lain,

ustd hairul nak ajak orng lain cemerlang mcm dia dan pegi kelas syeikh dari duk tidur wktu pagi...

ps:-dah tiap2x pagi ustd hairul pergi ngaji syekh yusri,
sbb tue dia cintakan syeikh lebih...rsnya utsd hairul sbum nie selalu ceritakan pasal syeikh syaltut..hohohoh
lainlah kalau dia ngaji dekat masjid solah jaafari,maka dia akan ceritakan perihal syeikh asyraf pula...
klau dia ngaji dengan aku,
mesti dia ceritkaan perihal aku juga
(aku perasan hebat,haaha)....dpat??

akhir kalam,

JANGAN JADI BODOH...

it's peng said...

oh, perokok soleh. Sehat?

Erm. aku tgh cube berlembut dgn ustaz hairul, tanye soalan elok2, dia bagi nasihat kt aku, aku pun bagi nasihat kt dia. Tetibe kau ckp soalan aku soalan bodoh.

Bodoh ke soalan aku?
Aku tanye die camtu, sbb die pernah janji nak siasat dua belah pihak, sufi dan salafi.
Tapi yg dia tulis kt blog ni syeikh sufi je.
So aku tanyela die, die nak promote fahaman sufi ke?


Kalo kau nak main kasar, alang2 kasar biar bersepak terajang terus kan? Tayah berani kt sini je. Nak sparring ngan aku dtg alex, tgh bulan 3 lepas aku abes exam. Anak jantan kan.

Perokok Soleh said...

haha...

seperti yg aku ckaap,

jangan jadi bodoh...~~

kalau orang yg xpuas hati,dia yg cari...JANGAN JADI BODOH~~

dan aku xder masa nak buang masa pergi alex semata2x nak gaduh...
kalau jumpa awek xper...
owh..ikthtilat xsyar'e...

akhir kalam,

orng da pergi sabah,kita duk cter purdah...
orang dah pergi sarawak,
kita duk cter sufi la itu la...

ps:-ko jg amalan ko,xpayah sibuk2x nak jadi hakim kat dunia nie...
nak hukum ulama2x..
salafi @ sufi,
sesat @ benar....

(peringatan bersama,hohhoo)

it's peng said...

org dah tak gune bahasa lancang, kau guna lagi.
org dah taubat maki orang, kau baru nak up.
org sibuk nak cari persamaan salafi dan sufi, kau sibuk cakap org bodoh.

aku tak kenal kau dan ni blog ustaz hairul. aku tanak buat kacau kt sini.

ayat2 kau sudah cukup menunjukkan keinginan kau utk jadi bodoh dan kekal bodoh. time kasih.

mizi_ said...

Assalamu alaikum
nak tanya sikit,
siapa pengarang kitab Syifa' al-Ghalal tu?
setahu saya kitab al-'ilal dikarang oleh Hakim Tirmizi, bukan Imam Tirmizi. Hakim Tirmizi hidup sezaman dengan Imam termizi, terkenal dengan gelaran Muhaddith Khurasan..
er.. mungkin saya silap..