Sunday, March 28, 2010

Selamat Datang Anak-Anak Luar Nikah Dari Mesir


Setelah lama tidak menulis, saya ingin mengucapkan: Ahlan Wasahlan.

Ahlan Wasahlan buat kalian yang bakal hadir kalau masalah gejala couple yang makin menakutkan di Mesir terus dipandang sepi.

Ahlan Wasahlan buat anak-anak gampang yang tidak berdosa kiranya pihak-pihak agen yang mengaut teman-teman pelajar dari Malaysia terus membutakan mata daripada keruntuhan akhlak yang berlaku di hadapan mata kepala mereka.

Welcome buat anak-anak yang bakal lahir kiranya seluruh pihak terus tidak mengambil perduli dengan hubungan lelaki dan wanita yang tidak dibatasi Syarak.

Welcome untuk bakal anak-anak itu kiranya kita yang mengetahui kesedudukan antara pria dan dara yang tengah mengelamun cinta gila tanpa takutkan murka Allah terus membiarkan mereka gila dirasuk syaitan yang sedang ketawa.

Ya. Seakan kita semua di Mesir sedang berlatih untuk mengucapkan ucapan selamat datang itu.

Sabtu lepas, saya hampir gila dalam mesyuarat Hisbah PMRAM Pusat apabila mendengar laporan hisbah setiap peringkat bermula sekitar jam 2 petang hingga 4 petang yang rata-ratanya melaporkan berita mual gelagat mahasiswa Islam Malaysia yang menuntut ilmu di Mesir. “Pelajar perubatan lelaki perempuan berdua-duaan di dalam bilik”, “Pelajar perempuan itu berpakaian menunjukkan lurahnya”, “Pelajar itu dan kekasihnya memasuki kelab malam”, “Pelajar lelaki itu di rumahnya ada pakaian wanita”, “Pelajar itu di rumahnya ada arak” dan ……………………………

Gila. Memang gila. Mana boleh kita biarkan maksiat demi maksiat terus melampau-lampau berlaku di Mesir.

“Woi bodoh! Kau nak tuduh budak-budak yang dating dan lepas satu rumah tu berzina ke? Mana saksi kau?!!”.

Saya jawab: Aku tak kata diorang berzina, tapi kalau kita masih selamba biarkan tindakan berpeleseran jantan betina tanpa dibatasi syarak itu terus berlaku tanpa sekatan, tindakan dari semua pihak, maka kita sebenarnya sedang menanti keputusan yang sama.

Semua pihak mesti bertanggungjawab. Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, agen-agen yang mengadakan program pengajian perubatan di Mesir, Hisbah PMRAM Pusat beserta hisbah-hisbah di setiap cawangan mesti buat satu tindakan segera sebelum semuanya terlambat.

Kalau budak buat maksiat tak rasa malu bahkan rasa berani untuk tekan budak-budak yang nak menegur, budak-budak hisbah PMRAM tak boleh rasa takut untuk membantu budak-budak ini agar kembali mentaati Allah yang Maha Perkasa.

26 comments:

Fatma Husna Abdul Razab said...

salam..

astaghfirullah..terkejut sy dengar berita ini..

kebnyakan kita terlepas pandang hal ini kerana rata2 daripada kita menggannggap mesir adalah zon selesa, zon selamat,biah solehah mustahil benda2 sepetri ini berlaku , lainlah kalo blaja di europe..tapi sedarlah, selagi dunia tak kiamat, selagi itulah syaitan akan terus menhgasut manusia ke arah kejahatan..tak kiralah di mana kita berada..

Jauhilah couple, kerana ia permulaan atau pencetus kepada zina..

dunia dah nak kiamat.. semua ikut telunjuk nafsu ngan syaitan..

Moga Allah tetapkan iman kita semua dan jauhkan kita daripada maksiat.. moga kita dalam hidayat Allah sentiasa..

Salam..

P/S: teruskan usaha membasmi maksiat.. tahniah kepada HISBAH PMARAM

MOHD NOR HIDAYAT said...

salam ust,

saya cuba buat carian tentang blog2 pelajar malaysia yg belajar di mesir sekarang. malang sekali apabila didapati ada blog dipenuhi gambar n aktiviti mereka dipenuhi dengan aktiviti yg kurang berfedah seperti ke kaw2 hiburan, taman2 permainan2 dlln. pada hemat saya pun ia sudah menggambarkan sebahagian kecil sahaja dari " sisi gelap" pelajar di sana. Apatah lagi jika diselidiki dgn lebuh terperinci. Bukankah kata orang " mesir semua ada, baik ada jahat pun ada ". Alangkah baiknya kalau mereka ke sana mendapat kebaikan dan alangkah jahatnya kalau mereka ke sana mendapat mendapat kejahatan.

Ustaz, itulah produk pendidikan malaysia yg di hantar ke mesir bukan dengan niat untuk mendapat keberkatan ilmu Allah.

Nilai keimanan yang teguh sangat mahal sekarang ust. ustaz dn sahabat2 yg membuat kerja agama ini akan tahu ertinya "agama seperti menggenggam bara api" dan bara apai ini lebih panas di malaysia. kadang2 kat mesir pun panas juga.

Agama ialah ketenangan. kita akan rasa tenang, aman, damai dan selesa jika tiada perkara yg mendatangkan murka Allah. tetapi kita akan sesak nafas, pening kepala, jantung berdegup laju, suhu badan tinggi, keadaan badan tidak stabil jika kita bertemu dengan maksiat Allah. Bukan begitu ust? Bukankah Imam Nawawi membawa hadis yg lebih kurang begitu maksudnya dlm hadis 40.

Ust dan sahabat2, buatlah kerja agama kerana ia bukan hanya sekadar pada sijil, ijazah dlln, tetapi ia adalah kerja kehidupan yang kita berada sekarang. Gila ust akan mendapat pahala drp tidak gila org yg membuat maksiat.

pesanan saya ust tarik nafas dalam2, lepas dan banyakkan beristighfar krn apa yg akan ust tempuhi selepas ini adalah lebih dashyat.

Siru Ala Barakatillah.

( terkenang bersama ust bermuzakarah kitab Qawaid Fiqhiyyah karangan Syeikh Dr Bakar Ismail di musolla rumah pahang selepas subuh 2003 )

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Begitulah keadaannya tak kira dimana sahaja apabila hati manusia tidak lagi mempunyai perasaan takut terhadap Tuhannya.

Perkara seperti ini semakin berleluasa apatah lagi sewaktu masyarakat dunia memandangnya sebagai suatu yang biasa dan tidak mendatangkan dosa.

Anonymous said...

Sohih ke ni? Atau hanya gimik pihak PMRAM jer.?Dulu kecoh pelajar malaysia kena ROGOL dengan pak arab..Masih ingat lagi masa muktamar PMRAM tahun 2007. Salah seorang perwakilan daripada BKAN Kelantan menggemparkan suasana Muktamar PMRAM,dengan mengatakan bahawa ada akhwat kita (mahasiswi Malaysia) yang di ROGOL. Menurut perwakilan itu lagi, akhwat yang di ROGOL itu sampai dijahit 'kemaluannya' dengan beberapa jahitan (lebih dari tiga jahitan)..Tapi bila disediliki..Tidak ada khabar ianya berlaku..sekiranya ada, mengapakah pihak PMRAM mendiamkan diri?Kenapa pihak JPMK dan pihak kedutaan Malaysia tidak dimaklumkan hal yang begitu serius ini?..Sekiranya ada pelajar kita yang di ROGOL, minta pihak PMRAM datangkan bukti..Rasanya sudah beberapa tahun isu ini diperkatakan..Tetapi sampai saat ini, pihak PMRAM tidak dapat membuktikan kebenaran fakta isu yang diperkatakan dalam Muktamar Tahunan PMRAM tersebut...Dan kini, sekali lagi, PMRAM cuba membangkitkan isu yang agak serupa..Kalau betul seperti yang didakwa..Saya CABAR PIHAK PMRAM datangkan BUKTI...sekian..Wassalam..

Ustazah Amirah Muda said...

assalamualaikum..

Nampaknya budaya ini semakin membarah disini. Apa tugas kita, tugas hisbah dan PMRAM?

Asasnya sekarang, adalah keruntuhan Iman dan taqwa dihati para pelajar kita. Kita perlu membawa mereka kembali kepada takutkan Allah bukan takut kepada HISBAH atau PMRAM atau JPMK atau Kedutaan. Tapi takut dan iman kepada ALLAH. Sekarang kita lihat para pelajar al-azhar lelaki atau perempuan mmg cukup tidak menjaga pemakanan. Minum air coca-cola, schweppes, molto, brg yg perlu diboikot yg telah pasti ada yg haram didalamnya. Tetapi ramai dikalangan kita yg tidak mengindahkannya. Bahkan ramai juga para pimpinan kita. Tahukah kita, rakyat dibarat telah ramai yg meninggalkan coca-cola, dan segala bentuk makanan yg ditaja oleh syarikat YAHUDI. Tapi pelajar2 al-azhar mesir masih memandang enteng perkara ini.

Unsur makanan yg bercampur BABI adalah penggiat utama kepada unsur sosial yg semakin membarah ini. INgat ekonomi Ummat Islam amat rendah. Ekonomi yg dikuasai kuffar pasti beragenda meruntuhkan Islam. Mana mungkin air tangan yg sentiasa membunuh dan menghancurkan Ummat akan memberikan makanan yg baik2 kepada Ummat Islam.

Ambillah sensitivi yg kuat untuk ini. Berhenti lah minum dan makan yg Haram dan Syubhah. Hati yg gelap tidak akan mungkin mudah menerima cahaya petunjuk.

Seiring usaha dakwah yg tidak boleh berhenti. Jangan hanya sibuk bersufi, jangan hanya sibuk berbola, tapi kita pencilkan tafaqquh fiddin yg boleh dibilang dengan jari pelaksanaannya.

Bila ramai yg keluar tafaqquh ada pula suara2 dr kita yg bimbang tidak akan ada yang ambil cakna ttg persatuan. Timbul dilemma dihati banyak sahabat kita. Dimana pokok asalnya. Besama bincangkan. Keruntuhan akhlak masyarakat kadangkala berpunca dari keruntuhan akhlak para pemimpin juga. Sama- sama bermuhasabah. Jangan hanya PROSMA yg bermatian melawan dan memboikot yahudi. Sedang yang lain masih berseronok dengannya.

Kembalikan kesedaran kepada iman dan taqwa kepada ALLAH. Barulah masalah ini akan ada penyelesaiannya.

Ibnu Ir Fadzil said...

Salam.. Siapa nak bukti isu maksiat di bumi Mesir di kalangan Melayu. Sila klik http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/siapa-nak-bukti-isu-maksiat-di-bumi.html

dr.muslimah said...

assalamualaikum..ana sebagai pelajar perubatan juga turut terkesan dengan masalah ni..kadang2 malu juga nak mengaku ana ni student perubatan..xsangka la ada pelajar perubatan cam ni..alhamdulillah, ana msih dapat menjaga diri ana ni..duk BKAN Perak ni selamat walaupun orang asyik kata syadid tapi kesyadidan tu ana rasa amat bagus untuk menjaga diri ana dan sahabat2 lain..

manusia biasa yang cuba menjadi luar biasa dari kebiasaan.. said...

YE...SY SALAH SEORG PERUBATAN MANSURAH..BOLEH DTG SNI LIHAT SAKSIKAN MAKSIAT BERLELUASA..COUPLE,ARAK,SABAN TAHUN..HARAP SGT PHAK JPMK DTG TRUN SNDRI SAKSIKN ANK MSIA DSNI ATAU HNTAR BALIK SHJ MEREKA.HISBAH SNTSA BENTERas MAKSIAT WPUN HISBAH DISNI DICERCA.

mohd noor fathi b montalib said...

salam

hakikat ni perlu kite terima bersama..
first sekali kite perlu rse diri kite y melakukan.. akan tetapi tidak..
moga² org y membaca artikel terbaru ust dpt bersama² u membanteras gejala ini..
sye harap ia tidak berleluasa..

Anonymous said...

jom kita pakat-pakat tolong hisbah..

"MAJULAh HISBAH UNTUK KESEJAHTERAAN BERSAMA"

sayangibu said...

sama2 banteras maksiat...

Humairah said...

PMRAM - Unit Hisbah
PERUBATAN - JAKSI

Bukan PERUBATAN dan PMRAM - ???

-In case klu nk letakkan tanggungjawab mencegah kpd persatuan shj-

Pada malam majlis penutup Cairo Sport's Day anjuran PERUBATAN, Prof Madya Dr Jamil, pengarah JPMK juga ada menyebut masalah sosial yg berlaku ini. Bahkan beliau sendiri menyebut kewujudan pelajar perempuan dan lelaki tinggal serumah, strsnya menyeru ke arah membanteras gejala ini.

So, klu pihak MSD sendiri dah akui perkara ni mmg terjadi, serta disebut di tempat umum, bolehlah kiranya mereka yg masih dahagakan bukti ke Pejabat Kedutaan, dapatkan data dan setelah yakin serta percaya, iringi dgn tindakan.

Baru2 ni heboh juga satu lg berita yg membabitkan maruah seorang akhawat perubatan. W/pun tdk mustahil bg saya utk mencari siapakah mangsa, takkan nk geledah benda yg orang rahsiakan? Semua ada aib masing2, letakkan diri di tempat mangsa.

Takkanlah bila orang tgh bubuh tepung kat ayam kita masih nk pertikai adakah di sana kemungkinan besar utk ayam itu digoreng?

dakulah said...

salam ustaz.....

baru-baru ni saya turun ke mansurah menemani pegawai melaka melawat pelajar perubatan melaka yang di masukkan ke hospital......mula-mula saya terkejut kedatangan kami di sambut dengan pelajar yang duduk berbual di hadapan asrama mereka....kalau lelaki jer x per laaa ni lelaki dan perempuan.... macam takda apa-apa......hilang rasa segan dan silu....walhal yang datang ni pegawai dari rumah negeri.....ish x tau lah aper dah terjadi.....ada saya tanya adik medic di sana mereka kater setakat keluar pergi makan kfc pukul 1 pagi tu biasa....pening saya dengar....doakan mereka mendapat petunjuk ke jalan yang benar....yang bercakap bukan baik sangat tapi terpanggil tu menyentuh.....

Thaaqhib Mohammed said...

erm. saya bersetuju dgn apa yang berlaku di mesir.

cuma, ustaz.

saya secara peribadi, tak dapat terima cara marah-marah dan tembak-menembak apatah lagi memalukan mereka.

sebab bagi saya, ia akan menjauhkan jurang antara kita dan mereka. kalau mereka meninggalkan maksiat pon, mungkin hanya hipokrit.

tp, sebagai orang yg cetek pengalaman, saya harap..ustaz boleh diskusikan pasal ni. pasal method penyampaian kita. camna nak deliver message.

mungkin boleh jemput warga2 negara omputih ke..malaysia ke..dan sama2 mesir ke.. utk diskus bende camni.. method dakwah.

selamat maju jaya. dalam dakwah dan syariah.

.. said...

salam,

perlulah kita terima hakikat bahawa maksiat ada dimana2 tak kira tempat. Zaman ini adalah zaman yang penuh noda, hanya segelintir sahaja yang selamat. 1 dari 1000 orang sahaja, 999 lagi tergolong dikalangan mereka yang rugi.

Zaman akhir menusia menjadi keliru sehingga sanggup mempersenda hukum semata ingin mempertahankan cara hidup yang rosak. Mereka selesa dengan kerosakan dan menghalalkan segalanya demi kepuasan dan ego.

Dimana lagi ada ruang yang selamat setelah seluruh dunia menganut edologi (agama moden) kapitalisma, sekularisma, demokrasi mengikut acuan pemodal yang sentiasa mahu kaya.

Mana sunnah Rasulullah saw? Semua telah diketepikan. Pengaruh arus perdana yang dikuasai musuh Allah menjadi ikutan muda mudi. Itulah mainan The Hidden Hand! Illuminati dan freemason yang berselerak dimuka bumi ini. Mereka menawarkan hidup melayan hawa nafsu. Cara termudah mengkafirkan umat manusia ialah melalui sex! Itu yang sereka tawarkan, kita terus menerus dikelirukan terutama mereka yang tiada asas agama.

Semoga Islam dapat bertahan dari serangan THH.

Dr Aesya Lurve said...

salam..
sy juga terkejut dgn kenyataan nih..
at 1st sy dtg mesir..
sy ngat Allah dh dtgkan sy tmpt yg plg slmt n yg plg sswai utk sy mbina dri n peribadi..

namun ternyata, mslh2 sosial yg digambarkan senior2 agak melampau..sm truknye dimalaysia..
sy sgt tkut utk mghadapi hri2 mdtg yg mgkin mrubah dri sy..
sy cme bdoa n mge2 didoakan kalian slmt n sentiasa dibwh kesedaran n hidyah n lindungan dr NYA..

isu agama menjadi sgt sensitif di sni..
walaupon mesir sprti yg kite taw merupakan bumi anbiya' bumi barakah..namun arab2 di sni xkurg teruknye..mgkin effect dr ctu..pljr2 m'sia xsegan silu meleluasakan maksiat..astaghfirullahalazim..!
dating adlh pkara yg sgt biase n plg menakotkan mrk brani2 mbuat dinner dgn tema n pkaian yg xsenonoh bsama psgn msing2..
xkalah dgn peristiwa tumbuk menumbuk antra pemimpin krn fitnah bkaitan isu dinner itu.
sgt mgejutkan sy krn sy agk respek pmimpin itu..namun, sy mulai xmpcyai sape2 di mansurah..

bkenaan isu rogol.. sy pnh tdgr dr senior yg mceritakan..itu terjadi kpd rkn2 dirasat, bkn perubatan. tp isu itu xdigemparkan krn mgsa mgambil tindkan mendiamkan dri krn malu n maruah warga dirasat sndri..kes ini xsmpi ke embasy juga krn bimbg akn gempar d msia n myebabkan ibu bapa akn tkt dgn k'adaan ank di sna malah tkt utk mghantar ank blaja ke mesir..namun stkt mn kesahihannya..hny mgsa n Allah yg MAHA TAHU..wallahualam..

sy hrp..ape2 tndkn tros dilakukan n dipantau krn semenjak btambahnye kdai2 mkn melayu n indon di mansurah.. aktiviti dating makin aktif n couple2 makin bertambah..
sedihnya krn kami mata2 yg melihat hny mampu trus melihat krn xsiapa mahu mendgr~

doakan kami di mansurah tros kuat n terlindung dr hasutan syaitan yg durjana..wallahualam wslm.stst

ZaidatulAkmal said...

Ya Allah...Nauzubillah...hampir menitis air mata ni baca...geram + rs nk berdepan + rs kesian amat2 pd mrk.. adakah mrk dlm tekanan, adakah mrk rs jauh dgn family, adakah krn mrk dh terbiasa dgn maksiat dn perkara tu mnjadi kebiasaan, biasanya ketagih slps pnh melakukan maksiat. prkara yg berkali2 dilakukan akn mnjadi kebiasaan. kasihan amat...amat2 rs geram, rs nk tlg sgt2 mrk. pd akhawat terutamanya..tahukah kalian, cuba bygkan jika kalian tdk ditakdirkan berkhwin dgn lelaki yg pnh kalian buat maksiat, apakah kalian akn rs? pasti akn rs hancur dn gelap dunia kalian, seolah2 kalian tdk layak utk sesiapa lg. nk nangis tumpah air darah sekalipn xkn mmpu kembalikan mahkota kalian. bagai rs nk bnuh dri jika perkara tu berlaku. bukak lah mata wahai akhawat2 sekalian. pengalamn ni brlaku pd kwn baik ana sndiri. seluruh kehidupan nya hancur dn dia hanya menyepikan dri. rs dirinya jijik dn kotor sehingga tdk mmpu nk berdpn dgn sesiapa lg. begitulah hakikat sudah terhantuk baru terngadah. skrng rs seronok dn asyik dlm kenikmatan. nmun, kesakitan dn keperitan yg amat2 akn membututi slps kalian ditnggalkan. lelaki semuanya tdk blh percaya sekuat mn pn imannya. jika dia pnh menyentuh kta sekalipn, bagaimn mahu tnamkn kepercayaan pd nya walau setelah kta berkahwin? justeru, berhati2 lah kalian...sngguh hampir menitis air mata ni..tdk mahu kalian merasa spt mn shbt baik ana lalui...kasihanilah dri kalian, bgnlah dr cinta yg membuaikan. ianya mmg manis...nmun, bersabar lah skejap...nkmat bhgia dn cinta tu hanya akn wujud stelah bernikah dn dgn jln yg halal, krn janji Allah tu adalah pasti. bkn senang utk jd mujahadah. nangislah, ngadulah, berdoalah dgn penuh rs hati. bgn lah adk2 ku sekalian. hargailah hdup kalian. Allah sdg memerhatikan kita!

mujib said...

http://pencegah-infopalsu.blogspot.com/2010/04/tranungkite-annual-dinner-kebodohan.html

Taengoooo~ said...

kenapa nak salah kan pelajar malaysia satu mesir..
padahal yang buat angkara kat satu tempat je..
jangan la kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
siasat perkara betul2..kalau benar..dengan lapang dada...hukum la perosak agama ni..

gelapcerah said...

salam akhi... antum perlu lebih professional... kita keilmuan, bukan emosi....

walau siapapun kita, syaitan dan nafsu akan sentiasa memainkan peranan, makanya, siapapun kita kita harus berhati-hati...

tugas kita bukan sekadar sampaikan risalah ISLAM sahaja, tetapi bagaimana agar risalah ISLAM itu diterima.... inilah dakwah nubuwwah

sayang menarik sayang, benci menarik benci...

apakah kita mahu orang2 yang masih belum memahami risalah ini membenci pembawa risalah... sebelum mereka memahami....



merekalah yang akan menghujahkan kita di hadapan ALLAH di yaumul liqo' nanti...



afwan akhi... ana harap ia bermanfaat... bagi ana, artikel/ucapan sebegini hanya wajar untuk lingkungan kita sahaja, bukan untuk umum... nanti tafsirannya akan bermacam....

yang untuk umum hanya gerak kerja dakwah kita mendekati mereka secara fardi





dakwah kita adalah kasih sayang.. taarif qobla taklif

Mohd Hafiz Bin Hj Mansor said...

Assalamualaikum...

Ramai dah komen, pada saya apa yang ditulis syeikhuna ustaz Hairul tidak salah. Hikamh itu luas takrifnya, dalam hal ini, selaku orang yang pernah berada dalam kepimpinan di Mesir pada saya pendedahan seperti ini amat bagus. Paling tidak semua pelajar Mesir sedar bahawa tanggung jawab mereka bukan sekadar belajar sahaja, tetapi disekeliling kamu ada maksiat yang turut sama adalah tanggungjawab yang perlu kamu lakukan dan mencegahnya.

Kalau nak sebut Hikmah dalam gerak kerja, sudah terlalu banyak yang telah dilakukan oleh PMRAM untuk memastikan Biah Solehah terlaksana, namun ada juga tangan2 kotor yang tidak mahu menyokong sebaliknya membiarkan maksiat berleluasa.

Saya selaku bekas Tim, Presiden yang memegang lajnah dakwah, pengalamannya tidaklah meluas, namun cukup saya katakan, saya telah berhadapan untuk menyelesaikan beberapa masalah pasangan yang bercumbu-cumbuan dan yang siswinya merelakan badannya diratah oleh siswa, pernah ada kes liwat yang saya tangani, pernah juga kes lelaki dan perempuan dalam keadaan muqaddimah zina berdua2an dalam bilik siswi (bukan rumah tetapi bilik) dan banyak lagi kes yang pernah saya tangani ketika disana.

dari sudut lain, sudah tiba masanya pendedahan ini dibuka bagi memalukan mereka yang tidak takut buat maksiat kerana itu Hikmah yang pada saya sudah sampai masanya, bukan sekadar untuk mendiamkan sahaja sedangkan pemaksiat sering kali ingkar dan tidak mendengar nasihat...

Tahniah Syeikhuna Ustaz hairul yang terus berjuang untuk memastikan Biah Soleha terlaksana di sana, moga pemaksiat2 yang ada mendapat hidayah untuk kembali kepangkal jalan, jangan ingat tiada yang memerhatikan kamu...

wslm

Al Mahadaya said...

Kebangkitan agama tuhan. Takkan Melayu Hilang Di Dunia. http://1asalama.blogspot.com

Syamir @ Sito said...

salam..sy mintak maaf... sy x bersetuju dgn dakwaan saudara bahawa pelajar2 yg dtg dgn agen sahaja yg memberi masalah di sini... adakah pelajar azhar tidak terlibat sama dengan gejala2 seperti ini atau lebih lagi..kenapa perlu ditutup cerita???? adakah saudara hanya nak menjaga nama azhar??? biar kebiksanaan menulis segaris dengan tahap kematangan saudara dan ketelusan jiwa.. maaf salah silap...

sito- mansoura

alias_safwan said...
This comment has been removed by the author.
alias_safwan said...

to saudara sito:
panggil ust hairul dgn 'ustaz', hormat sikit.. ustaz hairul x cakap pon hanya pelajar2 ejen yg buat masalah camni.. pelajar medik azhar pon ada yg menuju ' ke arah' ini.. tapi kalau aku tgk pon, ada 'beza' dari segi perlakuan, pergaulan antara golongan tibb ngn azhari.. walaupun aku ni tibb, aku respek golongan azhari.. betol lah senior cakap, antara sebab PMRAM dibenci ialah kerana unit hisbah berfungsi.. kalu unit hisbah tidor sah2 hal ni xkan naik kan??????? fikir2kanlah..

July 24, 2010 7:22 PM

Syamir @ Sito said...

to saudara alias_safwan :
adakah sy x beradab/hormat dgn memanggil ustaz hairul dgn panggilan saudara?? jgnla narrow minded sgt..please..
btw,unit hisbah mmg berfungsi,tp mcm mana dgn cara peneguran? apakah kesan atas cara peneguran tersebut?
dan saudara setuju dgn pendapat saya bahawa golongan azhari pon terlibat sama,tetapi mana laporannya??kenapa tidak digembar-gemburkan seperti pelajar agency??
pesanan= tutup kebaikan kamu sebagaimana kamu tutup keaiban kamu..

saudara fikirlah dgn akal fikiran saudara sendiri yang baru menjangkau 20-an...