Monday, May 17, 2010

Angin Samseng Dari Bumi Perak Di Mesir


Semua sedia maklum, kerajaan UMNO yang merampas kerajaan Perak daripda pakatan rakyat adalah kerajaan ala lanun. Memerintah tetapi takut untuk menghadapi kenyataan dan rakyat. Gaya mereka gaya lanun, tarik jubah speaker, tangkap orang dan macam-macam lagi. Itulah kerajaan Lanun Baru Perak yang takut untuk menyerahkan mandat pemerintahan sekali lagi kepada rakyat Perak. Takut untuk membiarkan Dun Perak dibubar dan diserahkan sepenuhnya kepada rakyat dalam menentukan siapakah pilihan mereka. Samseng.

Siapa sangka, angin samseng itu rupanya singgah sebentar di rumah Perak di Mesir. Sebelum ini anak-anak Perak tenang di wisma penempatan mereka tanpa ada pegawai rumah negeri yang mentadbir. Baru-baru ini pegawai untuk rumah Perak akhirnya datang.

Saya bukanlah anti pegawai. Cuma selalunya para pelajar akan sedikit tegang apabila beberapa pegawai anak negeri sebelum ini akan memberikan tekanan, ancaman dan ugutan potong zakat kepada persatuan dan ahli.

Malam Jumaat lepas (13 Mei 2010) selepas sahaja pulang dari pengajian di Masjid al-Azhar al-Sharif, saya singgah sebentar ke Rumah Perak untuk menjemput isteri yang menghadiri majlis dialog yang menampilkan pegawai baru dan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM). Walau bagaimanapun, pegawai berumur 24 tahun ini tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Sedang saya dan kawan-kawan menjamu selera selepas majlis tamat, kami dikejutkan dengan kedatangan pegawai baru ini yang datang dalam keadaan marah dan terus meminta seorang pelajar Perak yang ada di situ untuk terus bertemu dengan dia dalam bilik pegawai. Semua terkejut. Datang dalam gaya marah-marah. Rupa-rupanya ada kawan-kawan yang tak ada kerja telah menghantar laporan penuh secara segera kepada pegawai berkenaan secara sukarela. Terima kasih buat budak-budak tak ada kerja itu.

Dari malam itu bermulalah gaya lanun dan gangster di Rumah Perak. Malam itu juga sekitar jam dua pagi, pintu rumah YDP KPIPM diketuk bertalu-talu oleh pegawai dan dua rakannya dalam keadaan lagaknya seperti gangster. Alamak. Macam stile duduk asrama masa time sekolah menengah dulu la. Stail panggil orang tengah-tengah malam.

Apa ini! Mau jadi gangster ker? Rumah Perak diserang gangster ker? Dengarnya dah ada dah budak Perak yang membelasah pelajar Buuth dalam asrama. Waw. Menarik. Nak buat cara budak tak matang. Nak belasah-belasah orang pula. Saya rasa pegawai kena ambil tindakan dengan gangster kampong dusun ini. Mana boleh biar ada orang belasah dan pukul orang lain. Ini bukan budaya budak-budak Mesir. Budak budaya pelajar agama! AMBIL TINDAKAN!!!! Saya cadang YDP laporkan kes pukul ini kepada ibu bapa pelajar yang dipukul. Hampeh. Ingat dia seorang sahaja yang ada penumbuk.

Lepas tu mulalah Muhaimin ini yang sedang mendapatkan hitam putih secara rasmi sebagai pegawai ugut kawan-kawan Perak bahawa mereka akan disekat zakat.

Ugut sekat Zakat? Saya memang pantang bila ada orang yang main-main dalam masalah Zakat. Dulu saya dan kawan-kawan Selangor pernah menerima ancaman bodoh macam ni. “Kalau awak tak nak ikut saya, awak akan kena potong zakat”. Inilah slogan yang pernah dimainkan oleh pihak penguasa dulu time UMNO memerintah Selangor. Ada pelajar Selangor yang dipotong zakatnya hanya semata-mata ikut PMRAM. Ingat zakat tu mak bapak dia punya yang sampai boleh main-main nak sekat zakat kawan-kawan pelajar?!!

Paling saya kesal, ada juga dua tiga ketul budak-budak Perak yang seakan suka bila ada kawan-kawan yang lain diugut dipotong zakat. Ada yang tulis dalam status YM masing-masing yang menggambarkan kegembiraan mereka bila ada yang kena dipotong zakat. “Kita tengok lepas ini siapa yang kena potong zakat” dan macam-macam lagi status hampeh yang dibuat. Ada juga spesis manusia yang bergembira apabila ada kawan-kawan diancam dengan ugutan seperti ini!!

Saya seru pada kawan-kawan Perak untuk bersabar dengan tekanan di musim peperiksaan ini. Kepada YDP sendiri, saya harap anda tabah melayan tekanan tidak matang ini. Teruskan study dan kawal emosi. Kalau ada orang yang nak minta suruh jumpa jam itu jam ini, sebut sikit: “Saya nak periksa”.

Semua kena sedar, zakat milik Allah. Jangan khianati hak Allah. Kepada yang suka sangat nak ugut orang dengan potong zakat; “Kalau zakat mak bapak korang punya, tak kesahlah. Tapi kalau zakat itu milik Allah, agak-agak kalau nak kena sumpah dan doa orang yang dizalimi oleh anda dan nak try rasa hidup dimurkai Allah, silakan.”

Perangai ugut zakat ni memang perangai budak UMNO. Hampeh.

17 comments:

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Saya suka dengan artikel ini...Sudah lama Tun tidak mengarang...

:)

SEmaLu berDuRi said...

sekali tuan tanah bagi! puas hati

ibn ghazali said...

Wah...tulisan sebegini mengenangkan saya kepada WARAQAH BISU..wal hasil, semoga sahabat PERAK tegar dan terus berjuang selaku perantau dan penuntut ilmu Allah s.w.t

hadi_qm said...

budak2 bru nak naek..biase la..

Kamarul said...

rileks la dlu jgn cepat mngelabah...nape la asyik nk brtegang lidah..btul ke die samseng umno..btul ke die nk sekat zakat..main blasah je..p jmpe die sembang baik2 bincang elok2..letih la
ni la masalah menteliti kite..org nk masuk pmbangkang pn malas...aku org perak,aku tau citer nie dripde awal

don_rakus said...

beradab dengan pgawai tu dulu,,, baru la org leh hormat,, ni x,, sampai je pegawai2 dari perak kat mator terus nak mintak surat pelantikan la apa la,, apa masalah,, x yah la selindung,,satu lagi,,yg susah sgt geng2 yg ada jawatan kat umah perak ni nak bagi kerjasama apsal?? takut sgt nak bg penyata akaun tu suma apsal eh?? korang ni da burukkan nama pelajar mesir,, aku malas nak ckp banyak,, dgr cite 2dua belah pihak la,, aku pun ahli pemeram,, ubah pemikiran,, baru org bleh ikut pejuangan kita,, aku nasihat kat sini,, x yah la korang nak hasut @ fitnah sesapa,, dengar cite 2 pihak,, baru kita nilai.. papepun,,minta maaf la kat sapa2 yg terasa hati,, ana akhukum fil islam,, semoga allah merahmati kita semua,, amiin ya rabbal alamiin...

Ibnu Ir Fadzil said...

Memang betul apa yang Us Hairul sebut. Kepada sesiapa yang tak tahu, jangan buat-buat tahu.. Konon tahu cerita dari mula.

ibnuirfadzil.blogspot.com

AWOLscholar said...

susah kalau hati tu mmg dh keras.. bersikap adil la kgkwn..umno ke pas ke..kite sume org islam..

mental said...

Salam...Pegawai dah tunjuk samseng depan org ramai. Ramai yg nampak. Sapa tak nampak mmg la x leh kate pe pe.. siap member kami kena ugut nk tarik zakat dan hantar pulang mesia.. ade gak yg seronok kawan kami kena gitu..sedih la...

mental said...

Bab samseng ni mmg x leh blah.Mcm budak2..penumbuk sulung aku x bg lg.

ayat kamarul(aku org perak,aku tau citer nie dripde awal)

Ni la puncanya..tau dari awal tapi sembunyikan yg hak.

ingat org perak ko sorg ke?kami ramai lg bro kamarul. kami pun tau.
Pegawai mai ni awat kalut ja...mcm pegawai KL mai sebulan sebelum keje. tgk2 dl...ni terus keje je..last2 mcm amik bidang tugas YDP la plk.huhuuh

saffa@srar said...

hmm, memang hampeh...xde hati perut..tp makan pandai..!

don_rakus said...

kalau dia datang marah2 pon sebab apa? korang ade fikir x? mesti ade sebab,, dia dtg x terus keje la,, x yah la nak reka2 cite,, ydp yg x nak bg kejesama,, minta senarai nama pelajar ngan penyata akaun mcm2 alasan bg,, sapa yg takut ngan sapa,, ydp yg takut xde keje kot,,, korang dengar sebelah pihak,, bende ni kecik je,, aku kenal pegawai tu dari kecik,, dia tu bukan mcm korang sangka weh.. pikir dulu sebelum ckp,, jgn nilai org dari baju dia,,walaupun baju dia "1 malaysia".. kita kena matang,, nak dakwah org,, kita sume ngaji agama,, ingat yob,, teman oghang peghok,, teman pon pekat ijonye,, bukan mcm ni cara nak ajak org ikut kite.. ok,,jgn gaduh2,, berbaik kita semua,, jgn biarkan kita dilage2...

raja_malaya03 said...

sebut ttg pegawai..kalian pon taw kan ape visi pegawai yg dihntr ke setiap bkan?kalian terima je bulat2 kedatangan pegawai.tak kire dari mne pon die dtg.asalkan ia menyusahkan persatuan.dek kerana bencikan kalian pada persatuan,langsung kalian gadaikn prinsip.sekalipon prinsip kalian sememangny bncikn UMN0,kan..aku tahu,ramai dikalangn ank perak yg sygkn persatuan..khususnya prsatuan ank perak..

rajamalaya03 said...

en.d0n jagn rakus berbicara.en.d0n sudah dikenali.sebut ttg hormat,sape yg x hormat sape?en.d0n sndri dah tk hormat ydp.sape yg jemput pegawai mase di airp0t?ydp ke en.d0n?en.d0n tahu ker yg ydp dah maklum awal kat pegawai berkaitan surat tu?en.d0n tahu ke bagaimana pegawai berdalih nak bagi surat tu yg akhirny sape yg bagi surat tu kat ydp?ade en.d0n tny pegawai sendri?ana dah call ydp.en.d0n sudah?
en.d0n jgn bersa bagus dengan mengaku ahli PMRAM..ana yg bukan ahli PMRAM pon tahu sejarah PMRAM.ingat lagi tak mase usul pengharaman PMRAM diusulkan dalm mesyuarta agung UMNO yg lalu?en.d0n tahu x yg pegawai ni pon ade mase tu?dimana maruah en.d0n sbgai ahli PMRAM?
bicara ttg kerjasama,bayangkan kalo ade seseorg dtg berjumpa family en.d0n dan mntak akaun family.bole ker fmily en.d0n nk bagi?(bhs kasarny,ingat2 buta2 je ke aku nak bagi?)
en.d0n jgn nk marah2.kalo en.d0n ade perasaan marah,sy dan kawan2 pon ade perasaan marah.bahkan ade maruah hatta kami mmpu buat lebih dari tu.
ingat ye en.d0n.ni bukan ugutan.tlg berhati2 bicara.

don_rakus said...

salam,, oo mcm tu,,mekasih atas jawapan yg diberikan,,, bende kita bincang kan,, x mo gaduh2,, ok,, kalau mcm tu,, sy minta maaf pada sapa2 yg terasa,,pasal marah tu,, sy x marah sesapa pun,, kalau org lain yg marah,,sy minta maaf la,, semoga kita semua diramati allah dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat... amiin ya rabbalalamiin...

ana masri said...

Soalan..

1. korang nampak dengan mata kepala ke korang dengar je.. dalam syariah saksi dengar2 tak boleh

2. yg kata nak tarik zakat tu kata dari pegawai muhaimin tu sendiri ke? atau org dia je?

3. yg bertindak samseng pegawai muhaimin tu sendiri ke?? atau org dia??

4. yg mula buat khianat dulu sape?? pegawai tu atau KPIPM??

5. korang kata dah tanya.. tanya siapa?? YDP?? pegawai muhaimin tu sendiri?? atau pegawai atasan kat malaysia tu??

ada benda yg tak kena..

1. pegawai muhaimin baru sangat sampai.. pejabat pun bertikar je.. bidang tugas pun belum jelas.. nama pelajar pun tak berkenalan lagi.. cepatnya dia nak tarik zakat.. taktau kepala ekor boleh terus tarik zakat ke?

2. setahu saya cik muhaimin tu diam orangnya tapi sebodoh-bodoh lembu yg takde perasaan pun kalau diprovoke dia marah.. inikan pula manusia.. baru nak berbual mesra dah dicemuh.. betul ke tindakan korang??

3. rumah pegawai dah tersedia tapi sengaja disulitkan urusan pegawai tu masuk rumah.. kenapa? dia baru sangat sampai beg pun belum bertempat.. tunggu lah kat luar rumah tu tumpang sana sini.. betul ke tindakan korang?? siapa khianat siapa dulu??

4. cik muhaimin baru nak belajar hidup di mesir.. jalan pun tak tahu pasar pun tak tahu.. ada ke korang tolong dia?? korang sebut hak korang, hak dia sbg manusia pun korang tak endah..

5. korang yg "baik-baik" belaka ni takde plak nak tolong bawa dia tunjuk jalan tunjuk pasar, tolong bawa pergi mesyuarat.. last2 yg muka cam samseng dengan rokok ni juga yg tolong.. ini akhlak korang?? muslim dengan kafir pun ada aturan akhlak.. ni sesama islam.. tanya Us. Hairul Nizam..

6. benar, pengalaman sblm ni pegawai kat rumah bkan lain mengkhianati pelajar, tapi muka pun lain2 hati lagi tak tahu.. datang la pegawai hati mulia pun klu akhlak korang macamni boleh ke??

7. klu nak professional hantar surat rasmi minta jawapan dari kej ngr perak.. telefon lagi senang.. dan lagi zakat bawah adat dan istiadat agama islam bawah sultan.. kerajaan yg bawah umno mamak tu.. bukan senang nak bleh tarik zakat melainkan 2je. satu, sultan tu pun umno, dua, pegawai pecah amanah.

8. dalam umno ada pak angguk, dalam pas pun ada pak angguk, buka lah fikiran byk fikir.. tuhan pun suruh.. byk ayat quran suruh kita fikir.. korang nak tahap mahasiswa universiti tapi fikiran tahap sek men.. terimalah pengalaman korang kurang.. banyak tempat pegi banyak pengalaman.. korang masyi abis ke sistem politik pentadbiran m'sia?? how the system work?? klu pemikiran korang ni betul, apa guna pimpinan pas bersungguh-sungguh nak menang pilihan raya nak masuk parlimen. klu ikut pemikiran korang, dah kerajaan umno patut pulaukan tapi ni lagi nak masuk plak..apsal?? tak terfikir?? fikir-fikirkan lah

9. berjuang menuntut ilmu itu yg sebetulnya, bagi dalaman tu mantap, fikiran mumtaz, ilmu padat, faham rapat. ini peksa ulang tahun berkali2 natijah tak sebarapa.. belaja la sungguh2 peksa semakin hampir..

ana masri said...
This comment has been removed by the author.