Tuesday, May 18, 2010

Saya Dipanggil Pegawai Perak. Huh

Isyak tadi (18 Mei 2010), saya ke rumah Perak untuk bertemu dengan Muhaimin. Asar tadi dia call saya nak minta jumpa. Time jumpa, banyak juga yang dipersoalkan oleh Muhaimin dan beberapa kawan-kawan dia.

Time bincang, Muhaimin bangkitkan mengapa saya sebut masalah yang berlaku dalam blog. Jelas saya nyatakan kepada pegawai Perak ini bahawa saya tak setuju dengan tindakan dia yang ugut pelajar Perak untuk dipotong zakat dan dihantar pulang ke Malaysia. Mana boleh duit zakat dijadikan sebagai bahan ugutan. Semoga ucapan terus yang saya nyatakan kepada Muhaimin akan menjadi satu kejernihan akan datang. Kalau pihak pegawai masih terus untuk menakutkan pelajar Perak dengan ugutan tarik zakat dan ugut untuk hantar pulang pelajar ke Malaysia, saya tak akan diam. Mana boleh zakat yang merupakan milik Allah dimainkan oleh individu. Harap tak akan berlaku di Perak.

Menurut saudara Muhaimin, dia sebenarnya tidak naik pada malam Jumaat tersebut sekitar dua pagi untuk mencari YDP KPIPM. Dia kata kebetulan sahaja dia naik ke atas lalu bertemu dengan dua orang yang terbabit. Inilah fakta yang dia kata kat saya.

Sempat juga saya bertemu dengan sahabat yang telah memukul seorang pelajar sebelum ini. Dia menyatakan bahawa dia ketika itu sangat tertekan dengan fitnah yang dilemparkan kepada dia sampai tak dapat nak kawal perasaan. Dia kata dia menyesal buat macam tu. Saya sebut kat dia: Walau apa keadaan sekalipun, kalau orang fitnah kita, tak betul kalau kita ambill tindakan pukul orang. Harap tak ada lagi isu kekasaran. Kalau ada, kita akan bawa ke atas.

*********************************

Dalam berbincang tu, ada seorang yang hadir tak dapat kawal perasaan. Terus naik suara dan naik angin. Terkejut juga. Saya sebut pada Muhaimin bahawa saya datang untuk berbincang, bukan nak dengar orang mengamuk-ngamuk. Bila keadaan terus tak terkawal, saya beredar terus. Salam dengan semua yang hadir dalam pertemuan itu dan keluar terus.


***********************************

Saya boleh buat kesimpulan bahawa pegawai Perak perlu berhati-hati dalam isu zakat. Kalau ada yang terus ugut pelajar dengan tarik zakat, saya tak akan diam. Pedulilah nak jadi apa. Ugut bukan budaya mahasiswa.

Saya rasa dia juga kena pastikan stile nak tinggi-tinggi suara kena dibasmi. Saya rasa akhir pertemuan tersebut agak tegang bila ada yang mula naik angin.

Pada kawan-kawan Perak khususnya, kalau ada selepas ni kes pelajar digertak, diganggu tengah malam dan dipukul -moga tidak berlaku-, harap dapat maklum terus kepada pihak HISBAH untuk diambil tindakan. Kita mahasiswa bukan orang yang boleh digertak, ditakut-takutkan dan diugut. Ni bukan sekolah menengah.

Mana boleh takut nak pertahankan hak mahasiswa. Pedulilah. Dulu saya pernah diugut oleh pegawai JPMK untuk dimasukkan ke dalam ISA dan dihantar pulang hanya kerana saya bertegas tidak mahu menurunkan tandatangan untuk menyatakan persetujuan saya bagi mendaftarkan PMRAM di bawah Kedutaan. Sekadar nak tunjuk ganas, cakap tinggi-tinggi suara, saya tak takut kot. Sorry. Tak dapat nak takut dengan gertakan. Boringlah dengan stile nak mengamuk-ngamuk ni.

27 comments:

FAHMI said...

antara tnda2 org munafiq yg ada disebutkan didlm hadis yg sabit drpd Rasulullah(xpsti kedudukan hadis) adalah: "apabila bertegang,dia melampau.." mgkin geng pgawai perak bertindak melampau atau saudara hairul cerita dlm blog melampau2..beware!

Edaran Husna (KT 0386368-K) said...

Memang dah jadi trend makhluk samseng rasanya, pukul orang tanpa bukti,tanpa sebab yang kukuh dah jadi perkara biasa. Memang style sekolah menengah lah ni. Ingat mansurah jah ada benda2 camni. Kaherah pun ada gak. Kekekeke

bosz said...

sokong us Hairul... teruskan us Hairul membela nasib mahasiswa

Mohd Azarul Aiman Bin Mohd Rosli said...

berkata lah benar walaupun pahit..teruskan membela hak kite ust..kami sentiasa bersama.

Unknown said...

Yg naik angin tu, dia marah sgt2 pasal ustaz MENIPU. mula2 ckp tak ingat, dah lupa.. lepas tu ckp sengaja nak bgtahu pulak.. tu laa yg dia naik angin tu.. nak berbing mcm mana kalau asyik nak pusing cerita, asyik nak menipu.. takkan dptnye jln penyelesaian.

mm.. saya rasa ustaz hairulnizam ni sengaja nak buat provokasi laa.. tak pun just nak cari publisiti.. kalau kata nak tegakkan keadilan.. mmg tak nampak dah.. iyee laaa, asyik pusing cerita jeee.. huhuhu~

Anonymous said...

name pon psiko..yg nak marah2 tu apsal?us.hairul tak perlu cari publisiti.die d mmg glemer pon.
ni ape kes mengamuk2.macam mangkuk jer.taw ke yg mangkuk tu b0leh pecah kal0 dicampakkn kat dinding?
anak2 perak sndiri beria2 pertahankan pegawai.y?kalian dpt untung kah?bahkan kalian yg hanya asyik bertelagah.pegawai aka muhaimin tu b0le bersenang lenang sambil melepak dengan balaci2ny..
u taw ka itu bro???(maaf us hairul,trpakse kasar skit.)
us hairul ik0n mahasiswa melayu di mesir.teruskan perjuangan.jgn gentar.(nanti kita pecahkan mangkuk2 ni satu persatu).
wassalam

Ibnu Ir Fadzil said...

"Anak" mungkin ada ketika perbincangan tersebut.. Ntah-ntah dia yang ngamuk kut.

http://ibnuirfadzil.blogspot.com

Unknown said...

ust hairul jgn takut,dorg nak gertak jer..bukan berani pon!!yang jadi geng pegawai da banyak makan budi,nak tarik ssh la..tu la yg jadi x tentu arah..makan duit x betul...yang pertahankan pegawai dalam comment ni dorg la geng pegawai,cam betul2..orang akan marah bila kta sebut kes yang betul,tah la kenapa dorg ni nak melenting plak??dorg yg buat salah kot??kalau tak salah jangan takut la..yang buat salah2 banyak2 la fikir,korg tak penah ingat ke yang allah sentiasa lihat korg??mungkin hati korg ni da buta..korg pun belajar agama,so pandai2 la sebelum korg mati...jangan marah,tapi fikir2 kan....

Ibnu Ir Fadzil said...

Tranungkite..

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4976&mode=thread&order=0&thold=0

Ibnu Ir Fadzil said...

Tranungkite..

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4976&mode=thread&order=0&thold=0

Bulan Mengambang said...

Rasanya "ANAK" tu mesti sekali dgn En Muhaimin tuh...huhuhu..

Hairul Nizam Mat Husain said...

Malam saya dicall dan ditanya siapa yang bagi maklumat kat saya, masa tu saya sedang study sama-sama dengan beberapa orang kawan-kawan. Jadi bila ada orang call, saya jawab kejap dan soalannya seperti di atas. Manalah teringat siapa nama budak yg bagi maklumat kat saya tu. Tak teringat je.

Malam tadi time saya jumpa Muhaimin, soalan tu ditanya kembali. Time tu mestilah kita dah tanya kat budak tu nama dia siapa. Tapi takkan saya nak sebut time tu.

So tak ada tipu. Kadang-kadang kita tak teringat nama orang. Tapi muka kita ingat.

Isunya bukan siapa yang bagi maklumat. Isunya salah kita panggil orang tengah-tengah malam.

Abd Rahman Mohd Tharin said...

kepada "Anak"

jangan jadi bacol dn pengecut, setakat kutuk2 dalam blog pastu tak tau sapa yng tulis.
boleh "jalan" la,

tnjukkan diri!!! sapa kau sebenar..

adam said...

Jelasnye kite ad 2 pihak..org yg bodoh menunjukan kebodohan dan org pandai menunjukan kepandaian...org pandai suka berlagak pandai..org bodoh pula berlagak pandai..hakikat 2 duanya bodoh..khususnya untuk 'anak'..
Mahasiswa ad style untuk pertahan hak...mahasiswa bijak tp bkn pencacai..
Publisiti perlu dlm islam..kalo x popular cmne nk dpt pengaruh..dlm konteks islam.
Akhirnya kami bersame ust hairul dlm mempertahankan hak mahasiswa..jike perlu pd organisasi just calling2..n lastly dunia blog x perlu org penakut. http://adamhawa-adam.blogspot.com

bahjatulqalbi said...

isu zakat digula2 kan ni dah lama ustaz hairul suarakan sejak beliau jadi presiden PMRAM. Bagi kita selaku mahasiswa perlu sensitif dengan hak2 kita sebagai MAHASISWA,jangan takut untuk suarakan kebenaran. kepada "anak", setahu hamba, budaya MENIPU ni budaya UMNO! fokus pada isu ok! to Muhaimin: LOHLAH DEMO KALU NOK TUNJUK GEDEBE SANGAK! sedorla mu tu mari atas duit RAKYAT. pape permasalahan selesaikan dengan adil&jujur LILLAHi TAALA.

udin said...

insyaAllah org yg berlagak samseng di bumi Allah lagi2 di bumi anbiya' tak kan kekal lame.... diingatkan tak payah nak samseng sekali lagi, kami tak takut pon, Allah sentiase bersama org2 yg benar...

Mujahid Kecil said...

Tahniah kpd us hairul diats keberanian berhadapan dgn kebenaran, tindakan yg bijak melambangkan keperibadian dan akhlak Islam, apabila ada org megamuk2 kita beredar supaya tak bertindak ats hasutan syaitan..berudur bukan beriti megalah ttp itulah kemenangan..Yg penting kita bukan spt mrk yg suka gaduh2& suka sgt ikut perangai syaitan..Islam ditegak dgn hujah bukan dgn megamuk2..kami sedia maafkan anda sekiranya berani membuat pengakuan terbuka..Berani krn benar takut krn salah..

MOHD FAIRUS B SOIED @ SHUAIB AL-JANIANJI said...

Mungkin sama isu ini dengan isu 'Pegawai kerajaan Vs pegawai UMNO???'

http://5rus-aljanianji.blogspot.com/

penuh kemungkinann...

Watak Kecil Pentas Dunia said...

Hati-hatilah kawan,
hidup di akhir zaman,
internet kerap digunakan,
fitnah mudah bertebaran,
bebas pula bernukilan,
boleh pula berkepentingan,
cepat saja berpandangan,
yang baik tidak ketahuan,
yang jahat tidak kejelasan,
susahnya nak dibezakan,
musuh utama ukir senyuman,
internet jalan pilihan,
porak poranda persaudaraan,
asalnya nak 'persatuan',
hasilnya hanya berbalahan,

sudah-sudah lah kawan,
episod tiada pengakhiran,
takut sendiri terkorban,
hanya kerana sangkaan,
disangkanya kebenaran,
terlupa dia akan ujian,
daripada Allah Ar-Rahman,
bagi menguji keimanan,
sejauh mana kepercayaan,
sejauh mana keikhlasan,
Allah itu maha menentukan,
tersurat seperti kecelakaan,
tersirat rupanya kebaikan,
baik jahat di akal fikiran,
siapa tahu sunnah Ar-Rahman,
Dia lah sebaik-baik aturan,

lillahi ta'ala selalu dituturkan,
tak perlu ucap keikhlasan,
itu urusan kamu dan tuhan,
pakaian yang nampak menawan,
pakaian yang serupa banjingan,
amal kebaikan dan kebajikan,
boleh terang-terangan atau sunyi-sunyian,
asal hati khusyuk pada tuhan,
yang kaya ramai kecundangan,
miskin jua beroleh kemenangan,
yang kenamaan terkeluar landasan,
tak dikenali jua tinggi kedudukan,
dipandang bagai makhluk kayangan,
hakikat tak lebih dari najisan,
disangka gila selalu peleseran,
hakikat nya wali pilihan Ar-Rahman,

waspada lah wahai kawan,
jahat orang belum kejelasan,
jahat sendiri mula dihitungkan,
memberi orang kedukacitaan,
akibat pertuturan tiada sekatan,
bertutur lembut bukan kekurangan,
bertutur keras bukan kekuatan,
baik berhikmah menjadi ucapan,
membuka hati tenteram perasaan,
terharu senyuman dipulangkan,
buka telinga terbuka fikiran,
jawab baik segala tanggapan,
Baginda Nabi indah pertuturan,
bila mendengar penuh keprihatinan,

ingat-ingatlah kawan,
surah 'Ankabut dalam Quran,
Allah telahpun memberi pesan,
apakah cukup berkata beriman,
sedangkan belum ditimpa ujian,
telahpun diuji umat sebelum kalian,
Allah jua punya pengetahuan,
orang yang sebenar-benar beriman,
dan siapa pula hanya berdustaan,

cukup-cukup lah kawan,
beristighfarlah kepada tuhan,
bertaubat kepada Ar-Rahman,
mohon hidayah dan keampunan,
atas kejahatan dilakukan,
disedari dan tanpa pengetahuan,

ilmu datang pemberian tuhan,
dikongsi bersama berpesan-pesan,
tiada niat saya memperkecilkan,
apatah lagi untuk bermusuhan,
tidak juga nak pilih pakatan,
tidak penulis lebih kebijaksanaan,
dari mereka pembaca tulisan,
hanya watak kecil-kecilan.....

bosz said...

saya minta izin copy sajak dari watak kecil pentas dunia..ye kawan

Anonymous said...

Hairan betul saya, adakah tahap pegawai namanya jika style main -main ugutan kpd mahasiswa?

apakah tujuan sebenar en.muhaimin datang ke Mesir?

kejadian-kejadian sedemikian tidak akan berlaku jika kedatangan beliau ke Mesir mengikut jalan yang sah dan niat yang baik.

Tarbus Merah said...

Ustaz Hairul yang baik,

Saya bergumbira dengan isu ini...Semoga terus maju..

Unknown said...

erm nie mesti spesis zambry and geng..belajar agama tapi perangai firaun

Unknown said...

sebeno nye org macam "anak" ni mmg kaki ampu...tapi bukan cerodik sangat pun...kami kenai jaa..kalau betoi "anak" ni yg mengamuk malam tu..kami kenai sangat laa...bertumbuk?dia pun dah penah kena tumbuk pun huhuhuhu sian sian sian...

tak payah laa setakat dijamu makan sesikit dah nak angkat melambung lambung...us hairul tak yah takut laaa, setakat dia kembangkan suara jaaa tapi habuk pun tarak...

ok laaa...

Anonymous said...

Perlembagaan telah membuktikan, bahawa kita dilindungi,
Jawapan buat gertakan tarik zakat dan ISA,
moga pendedahan berkenaan akta dan perlembagaan ini dapat menenangkan pelajar di Mesir.

halis fansuri,
http://halisfansuri.wordpress.com/

hadi_qm said...

haiya..itu budak2 pegawai talak takut ke ha..
kerajaan u pon bukannye halal pown..
next pru itu budak cacai mau backup sape plak maa..

zakat jgn maen2 maa..da ramai da kena bala pasal zakat..lu olang tgk je la contoh manusia2 yg lepas..

talak takut akhirat ka..haiiya

Al Mahadaya said...

Kebangkitan agama tuhan dan takkan melayu hilang di dunia. Kebenaran akan menghapuskan kebathilan dan hukum2 tuhan akan kembali tertegak di bumi tuhan ini. http://1asalama.blogspot.com