Friday, July 23, 2010

Kenapa Tak Ada Khutbah Jumaat Pasal GAY?



Mahu apa cakap lagi? Malaysia tercinta yang penuh dengan pelbagai maksiat. Mungkin jarang orang nak ulas isu ini. Isu Gay.

Sedar tidak sedar, rakyat muslim Malaysia banyak yang terlibat dengan kelakuan luar tabi`e ini. Tapi ramai yang tidak cuba untuk menyelesaikan dan membicarakan masalah yang kian membarah ini.

Asrama antara yang menyumbang.

Adakah masalah ini antara puncanya kerana ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak lelaki mereka untuk berkahwin awal? Mungkinkah kerana ingin berkahwin secara halal dihalang oleh ibu bapa lalu budak-budak lelaki yang tengah bergelora ini mencari jalan mudah untuk melempiaskan nafsu mereka tanpa ada syak wasangka daripada masyarakat sekeliling, iaitu dengan cara homoseksual?

Saya tidak pernah dengar lagi sebarang khutbah Jumaat yang cerita berkenaan dengan GAY sedangkan budak-budak lelaki Muslim dah banyak terlibat dengan keruntuhan ini.

Sesuatu mesti dilakukan untuk menyelamatkan mereka dan membimbing mereka ke jalan Islam.

p/s: Dalam mengkaji tak rasmi masalah ini, negeri-negeri yang begitu menggerunkan dalam masalah GAY adalah Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

4 comments:

Affan Ruslan said...

Astagfirullah al'azim,

Dalam gambar tu ada banner kelab gay mega? erkk, kt mana ni.

ish2

mesirkini said...

http://www.youtube.com/watch?v=M-dyrKs_nUQ

klik

Siti Aishah Hanin said...

kronik sampai tahap masyarakat jadi lali dan boleh terima.

siap jadikan gurauan dalam drama melayu...

nak tunggu khutbah mesti ade banyak birokrasi.apa kata blogger2 muslim buat kempen sekarang

Sharifah Natasha said...

Assalamualaikum wbt. Inilah berlaku di kawasan tempat ana belajar dan di universiti ana. tetapi kalau ikutkan dalam artikel ini kita bercakap mengenai gay, tetapi disini, terbalik. pengkid dan lain2. takde sorok2, adakah di masjid, dalam khutbah tertentu tidak boleh membawa isu sebegini?