Saturday, May 31, 2008

Ustaz Azizan


Hari Khamis lalu, 29 Mei, saya dengan presiden PMRAM dan beberapa orang Badan Pengurus dan anggota Lembaga Penasihat PMRAM diperkenankan untuk bertemu dengan ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah yang baru di hotel yang beliau menginap. Seronok juga berbicara dengan beliau. Tak ada rasa yang kami niorang asing. Seperti bertemu dengan orang biasa yang simple. Ustaz Azizan juga rupa-rupanya salah seorang Badan Pengurus PMRAM dalam era 60 an dulu. Bila kami cerita tentang ujian yang dihadapi oleh PMRAM hari ini, ustaz Azizan kata lebih kurang beginilah "Biasalah. Orang yang nak bawa Islam memang kena tekan selalu. Yang penting jangan mengeluh". Sepanjang borak dengan ustaz Azizan, kami tak kering gusi dengan kelucuan beliau. Walaupun mungkin kawan-kawan Badan Pengurus PMRAM yang lain rasa ustaz Azizan ni ganas juga dalam berlawak (lawak kasar), tapi saya yang ada darah orang Kedah ni rasa cukup mesra dengan ustaz Azizan.

Saya sangat tertarik dengan semangat beliau. Belajar Kuliah Syariah di Azhar. Tahun akhir beliau, ibu yang disayangi meninggal dunia dan lepas habis kuliah di al-Azhar beliau sambung dua tahun di negeri orang putih untuk belajar bahasa Inggeris. Saya rasa mungkin sayapun nak tiru juga cara beliau. Nanti dah habis Phd di al-azhar, nak pergi ke UK dan belajar bahasa Inggeris.

Ustaz Azizan pesan pada kami agar buat apa-apa sahaja program yang boleh kuatkan bahasa Arab di kalangan ahli. Beliau mengeluh sangat bila budak-budak al-Azhar lemah bahasa arab. Bila saya timbulkan pada beliau sistem pelajaran bahasa Arab yang lemah di Malaysia, beliau mengakui bahawa sistem beliau berbeza dengan sistem kami hari ini. Zaman beliau, mata pelajaran agama di Malaysia dahulu sebelum beliau datang ke Mesir diajar dalam bahasa Arab. Bila datang ke al-Azhar, tugas beliau hanyalah untuk mengutip ilmu dan bukannya nak kuasai bahasa Arab lagi. Tapi beliau pesan pada kami, walaupun sistem pengajian Malaysia dari sudut bahasa Arab hari ini lemah, jangan itu dijadikan alasan untuk mahasiswa terus lemah dalam bahasa Arab.

Saya terfikir sejenak. Macam mana mahasiswa nak boleh kuasai bahasa Arab. Pergi kuliah malas. Kalau belajar kitab, hanya nak belajar dengan ustaz-uztaz Melayu. Nak pergi talaqqi dengan ulama Mesir di al-Azhar, mereka bagi alasan tak faham dan jauh sangat. Aduh.. Mengapa malas sangat dan kecil sangat semangat budak-budak ni.

Saya terus memikir..

No comments: