
Semoga PMRAM dan MKKK akan terus seiring selangkah dalam membawa gendongan amanah ilmu dan perjuangan kebajikan mahasiswa. Maaf buat semua dan terima kasih.
Berikut adalah perjanjian yang dimetrai oleh SayyidinÉ ‘Umar bin al-KhaÏÏÉb dengan penduduk Kristian di Bayt al-Maqdis yang sangat jelas menunjukkan bahawa Islam tidak menzalimi masyarakat bukan Islam yang tinggal dan bernaung di bawah pemerintahan Islam.
Perjanjian ini dinukilkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam buku beliau yang sedang diterjemah. Saya sertakannya kepada pembaca untuk menilai terjemahan di bawah. Sekiranya ada penterjemahan yang salah ataupun tidak tepat, komen anda sangat-sangat dialu-alukan.
بسم الله الرحمن الرحيم
هذا ما أعطى عبد الله عمر أمير المؤمنين أهل ايليا من الأمان ، أعطاهم أمانا لأنفسهم وأموالهم ، ولكنائسهم وصلبانهم ، وسقيمها وبريئها وسائر ملتها .
أنه لا تسكن كنائسهم ولا تهدم ، ولا ينتقص منها ولا من حيزها ، ولا من صلبهم ، ولا من شيء من أموالهم ، ولا يكرهون على دينهم ، ولا يضار أحد منهم ، ولا يسكن بايلياء معهم أحد من اليهود .
وعلى أهل إيلياء أن يعطوا الجزية كما يعطي اهل المدائن ، وعليهم أن يخرجوا منها الروم واللصوص ، فمن خرج منهم .. فإنه آمن على نفسه وماله حتى يبلغوا مأمنهم ، ومن أقام منهم .. فهو آمن ، وعليه مثل ما على اهل إيلياء من الجزية.
ومن أحب من أهل إيلياء أن يسير بنفسه وماله مع الروم ويخلي بِيَعهم وصلبهم .. فإنهم آمنون على أنفسهم حتى يبلغوا مأمنهم .
ومن كان بها من أهل الأرض ، فمن شاء منهم .. قعد ، وعليه مثل ما على إهل إيلياء من الجزية . ومن شاء .. سار مع الروم . ومن شاء .. رجع إلى اهله . لا يؤخذ منهم شيء حتى يحصد حصادهم . وعلى ما في هذا الكتاب عهد الله وذمة رسوله وذمة الخلفاء وذمة المؤمنين إذا أعطوا الذي عليهم من الجزية .
كتب وحضر سنة 15 هجرية عمر بن الخطاب
شهد على ذلك :
خالد بن الوليد وعمرو بن العاص وعبد الرحمن بن عوف ومعاوية بن ابي سفيان.
Terjemahan teks:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ini adalah apa yang diberikan oleh seorang hamba Allah, ‘Umar selaku AmÊr al-Mu’minÊn kepada penduduk ’ÔliyÉ daripada keamanan. Dia memberikan kepada mereka keamanan buat jiwa-jiwa mereka, harta-harta mereka, gereja-gereja mereka, salib-salib mereka, orang sakit di ’ÔliyÉ, orang yang sihat di ’ÔliyÉ dan seluruh agama yang ada di ’ÔliyÉ.
Sesungguhnya gereja-gereja mereka tidak akan dijadikan sebagai tempat tinggal dan tidak akan diroboh. Gereja-gereja mereka tidak akan dikurangi struktur binaannya dan tidak akan dikurangi kawasannya. Salib-salib mereka tidak akan dirosakkan. Harta-harta mereka tidak akan dikurangi. Mereka tidak akan dipaksa untuk mengikut agama mereka. Tidak ada seorangpun daripada kalangan mereka yang akan dianiaya. Tidak ada seorangpun daripada orang Yahudi yang akan tinggal di ’ÔliyÉ bersama-sama dengan mereka.
Menjadi tanggungjawab ke atas penduduk ’ÔliyÉ’ untuk membayar jizyah sebagaimana yang diberikan oleh penduduk al-MadÉ’in[1]. Mereka juga bertanggungjawab untuk mengeluarkan orang-orang Rom dan orang-orang yang mencuri daripada ’ÔliyÉ’. Maka sesiapa yang keluar daripada kalangan mereka, dia akan selamat dari sudut jiwanya dan hartanya sehinggalah dia sampai ke lokasi yang ditujunya. Sesiapa yang terus tinggal daripada kalangan mereka, maka dia adalah selamat dan menjadi kewajipan ke atasnya untuk membayar jizyah sebagaimana penduduk ’ÔliyÉ’ wajib untuk membayar jizyah.
Sesiapa di kalangan penduduk ’ÔliyÉ’ yang suka untuk bersama-sama menyertai Rom dengan membawa jiwanya dan hartanya, dan dia meninggalkan rumah-rumah ibadat mereka dan salib-salib mereka, maka mereka akan aman dari sudut jiwa-jiwa mereka sehinggalah mereka sampai ke tempat yang dituju.
Sesiapa di kalangan penduduk bumi yang berada di ’ÔliyÉ’, sekiranya dia mahu, dia boleh tinggal di ’ÔliyÉ’ dan dia mesti menunaikan tanggungjawab membayar jizyah seperti tanggungjawab membayar jizyah yang wajib ditunaikan oleh penduduk ’ÔliyÉ’. Sekiranya dia mahu, dia boleh bersama-sama bergerak dan menyertai Rom. Sesiapa yang mahu, dia boleh kembali kepada penduduk asalnya.
Tidak akan ada satupun yang akan diambil daripada mereka sehinggalah tanaman-tanaman mereka dituai.
Perjanjian daripada Allah, keamanan daripada RasulNya, keamanan daripada para khalifah baginda dan keamanan daripada orang-orang mukmin akan menyeliputi ke atas perjanjian yang dimetrai di dalam watikah ini sekiranya mereka membayar jizyah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
Yang menulis pada tahun 15 Hijrah,
‘Umar bin al-KhaÏÏÉb
Disaksikan oleh,
KhÉlid bin al-WalÊd, ‘Amr bin al-‘ÓÎ, ‘Abd al-RahmÉn bin ‘Awf dan Mu‘Éwiyah bin AbÊ SufyÉn.
[1] Al-MadÉ’in adalah salah satu bandar yang berada di
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين , والعاقبة للمتقين , ولا عدوان إلا على الظالمين .
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك , له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , الرحمة المهداة والنعمة المسداة والسراج المنير .
والصلاة والسلام على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد , إمام المتقين , وقائد الدعاة المجاهدين , وعلى اله وأصحابه أجمعين , ومن سار على نهجه , ودعا بدعوته , وجاهد جهاده إلى يوم الدين . وبعد .
Warga Palestin adalah saudara kita kerana Allah dan agama. Kita bertanggungjawab terhadap Palestin untuk memelihara hak Islam, hak tanah dan hak persaudaraan. Isu Palestin adalah isu orang-orang Islam, kesedihan mereka dan urusan mereka. Sesiapa yang tidak mengambil endah terhadap urusan orang-orang Islam, maka dia bukan daripada mereka.
Isu ini adalah isu yang dipetik daripada keperitan dan kesedihan yang menimpa orang-orang Islam di dalam dunia Islam. Ia bukan semata-mata isu orang-orang Palestin dan orang-orang Arab. Bahkan isu ini adalah isu yang paling penting berbanding dengan isu-isu yang lain.
Menjadi kewajipan ke atas kita selaku orang-orang Islam seluruhnya untuk memikul isu ini dan menyelesaikannya sekalipun wujudnya perancangan-perancangan jahat antarabangsa dan setempat untuk menjadikan isu Palestin ini bukan isu utama daripada Islam atau mengeluarkan isu ini atau mencerai-beraikannya daripada Islam dengan menggunakan 'Asabiyyah perkauman, persempadanan kenegaraan dan geografi yang bercirikan politik.
Sesungguhnya perancangan-perancangan jahat ini tidak akan mampu untuk memutuskan hubungan-hubungan yang bertunjangkan kepada keimanan, ruhiyyah dan Islam yang mana Allah telahpun melorongkan kita ke arah hubungan ini dan Allah telahpun menyatukan antara hati-hati kita dengan sebab hubungan ini.
Hubungan-hubungan yang bertunjangkan kepada keimanan, ruhiyyah dan Islam ini adalah merupakan nikmat yang sempurna yang pastinya akan tetap menjadi perkara yang akan dikecewai oleh orang-orang bukan Islam. Hubungan ini tidak akan hancur sama sekali walau sehebat manapun tipu daya mereka meskipun tipu daya mereka akan menyebabkan hancurnya gunung-ganang
Orang-orang Islam tidak akan kecewa untuk terus meyakini bahawa kemenangan itu adalah untuk Islam dan orang-orang Islam. Kemenangan ini adalah janji Allah yang tidak akan sama sekali memungkiri janji. Namun kemenangan ini mesti dipenuhi dahulu dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan, bukannya semata-mata dengan slogan-slogan kosong. Kemenangan ini akan tercapai apabila kita berada di atas jalan kita yang lurus, bukannya apabila kita berada di atas jalan-jalan lain yang akan memisahkan kita daripada jalan Allah dan bukan juga apabila kita berada di atas peta-peta yang akan menyesatkan kita daripada jalanNya.
Ini adalah petikan-petikan yang dipetik daripada bingkisan Palestin yang dizalimi untuk menjadi peringatan buat umat agar mereka tidak akan lupa pengkhianatan terbesar yang menjadikan Palestin sebagai mangsanya, agar umat kita yang tercinta ini akan dapat melihat siapakah pemilik-pemilik peta kepada jalan dengan nama 'Para Penyeru Kepada Keamanan' supaya umat Islam ini tidak akan disengat berulang kali di dalam lubang yang satu dan agar umat Islam ini tidak akan kecewa disebabkan musibah-musibah yang menyakitkan ini kerana kemuliaan Islam akan menjadikan umat ini lebih beriman dengan kebenaran janji Allah dan RasulNya.
Kita di atas satu keyakinan bahawa darah-darah yang mengalir di atas tanah Palestin dan tanah-tanah yang lain adalah seumpama darah-darah wanita-wanita yang mengandung yang akan menzahirkan janinnya yang kuat. Keganasan yang menggila yang membunuh pemuda-pemuda kita, orang-orang tua kita dan wanita-wanita kita di semua tempat tidak lain dan tidak bukan hanyalah gerakan-gerakan musuh-musuh kita kerana kehadiran maut dan sakaratnya. Kita di atas satu keimanan bahawa sesungguhnya kemulian itu adalah untuk Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin tetapi orang-orang munafiq tidak mengetahui.
Saudara kamu semua yang fakir kepada Allah,
Abdul Hadi Awang Muhammad,
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Peperiksaaan M.A masih tak habis lagi. Saya pohon agar para teman doakan saya. Bila ada masa lapang, saya sempat jerling-jerling blog saya yang tak seberapa ini. Huh. Menakutkan. Ramai juga yang bagi komentar bila saya ulas isu UMNO yang dipaparkan di rumah Pahang, Hayyu Asyir.
إِذَا انْفَكَّتِ الْجِهَةُ فَلاَ تَعَارُضَ
yang bermaksud:
Apabila arah berbeza, maka tiada sebarang percanggahan.
Saya sendiri memang tidak akan bersetuju sekiranya saya dan orang-orang lain menarik PMRAM dan memaksanya untuk bergerak atas dasar politik. PAS ke UMNO ke Keadilan ker dan seterusnya. Biarlah PMRAM terus bergerak atas dasar kebajikan dan tidak terlibat sama sekali dengan unsur-unsur politik.
Tapi saya tidak akan bersetuju sekiranya teman-teman tidak membenarkan saya dan mengekang mulut saya untuk membincangkan isu pilitik secara peribadi dan bukannya atas membawa dasar pergerakan PMRAM. Dua arah yang berbeza.
Saya menyatakan pendirian saya berkenaan dengan kebobrokan sistem pemerintahan Negara kita apabila UMNO terus memerintah. Sya menyatakan pendirian saya bahawa mahasiswa perlu untuk bangkit bersama rakyat dalam menangani isu UMMAH. Apa salah sekiranya saya mengatakan bahawa UMNO itu sesat dan salah? Atau anda antara pencinta setia UMNO dan Barisan Nasional lantas anda merasa sakit hati kepada saya apabila saya ingin mencari geruh dengan UMNO?
Apa yang telah berlaku kepada mesyarakat di
Apa saudara yang mencemuh tindakan saya mahu untuk saya tidak langsung bersuara untuk menyatakan kepada masyarakat pelajar dan masyarakat umumnya bahawa UMNO bertentangan dengan ilmu agama yang kita timba di Universiti al-Azhar SEMATA-MATA satu alasan dangkal, "kita masih di bangku universiti".
Anda tidak mahu untuk berbicara mengenai UMNO dan kerosakannya, itu hak anda. Tapi mengapa saya mesti untuk mengikut jejak langkah anda? Saya menulis ini bukan atas dasar saja-saja untuk membenci UMNO. Bukan kerana melihat harga minyak yang melambung tinggi? Tidak. Saya menulis dan berpena adalah semata-mata atas dasar tanggungjawab saya sebagai seorang penuntut agama yang akan menjadikan Amar Makruf dan Nahi Mungkar itu sebagai pakaian saya. Apa saudara suka melihat warga al-Azhar terkedek-kedek menuntuni punggung UMNO sedangkan UMNO adalah bertentangan dengan Islam yang saudara timba dan pelajari?
Ini prinsip saya. Anda benci dan ingin mengkritik. Saya peduli apa. Saya bukan menulis agar anda sukakan saya. Saya akan terus mengkritik warga UMNO di sini dan di
Doakan saya agar Allah tidak akan membolak-balikkan hati saya untuk menjilat UMNO. Saya ingin menjadi wakaf kepada PAS dan perjuangan Islam. Bukan untuk dinobatkan sebagai orang yang punya jawatan, tetapi sebagai satu amanah dan tanggungjawab dalam meninggikan Islam. Doakan agar saya sanggup hidup melarat dan papa kedana dalam mempertahankan perjuangan Islam yang tidak ada noktahnya.
Boringlah saya bila membaca beberapa kritikan dari orang yang rendah semangatnya. Saya ingin terus ke hadapan. Bukan melayan kritikan anda yang lemah semangat dan takut untuk menerima dugaan.
Sebelum menutup tirai, saya ada satu tanggungjawab. Anda yang ingin membantu?
Al-Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menulis satu buku (sekitar 80 muka
Kalau ada yang sudi memulakan penterjemahan ini agar saya boleh menyambungnya seusai tamat peperiksaan nanti, beri tahu saya ya.
Teman semua. Kita adalah wakaf kepada perjuangan. Rehat kita apabila kita bersemadi di liang lahat nanti. Selagi hidup berjuanglah demi ALLAH dasn RASULNYA. AMIN