Saturday, July 19, 2008

Maaf Buat MKKK


Hasil daripada perbincangan bersama antara PMRAM dan MKKK, saya dengan penuh rasa tanggungjawab ingin menjelaskan bahawa saya sama sekali tidak bermaksud ingin mencemuh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah beserta para AJKT. Sekiranya kalam saya menyebabkan kalian menganggap bahawa saya ingin mencemuh MKKK dan para pimpinan, saya memohon kemaafan atas gaya bahasa yang saya gunakan. Terima kasih buat MKKK di bawah kepimpinan saudara Mohd Fadhil atas segala kerjasama yang kalian sumbangkan kepada PMRAM khususnya kepada ahli Kedah yang berada di Mesir. Saya juga suka untuk tidak menzahirkan tulisan lepas yang membawa kepada salah tanggap ahli terhadap kenyataan saya berhubung dengan MKKK.

Walau bagaimanapun saya tetap berpendirian bahawa perjuangan yang bertunjangkan kepada Ketuanan Melayu semata-mata sehingga Islam tidak dijadikan sebagai pemutus kepada negara adalah satu fikrah yang salah dan wajib dijauhi kerana kita diajar untuk menjadikan Allah dan Rasul sebagai pemutus dasar kepada kehidupan dan bernegara.

Semoga PMRAM dan MKKK akan terus seiring selangkah dalam membawa gendongan amanah ilmu dan perjuangan kebajikan mahasiswa. Maaf buat semua dan terima kasih.

3 comments:

Unknown said...

ucapan yg penuh bertanggungjawab dari ust khairul nizam pada MKKK . ana salut .

kilauan mutiara ilmu said...

kami sedar bahawa apa yang ust cakap adalah utk kebaikan kita bersama...terima kasih ust...semoge sama2 kita berjaye amian....

JHaZ KiTaRo said...

salam ziarah from Dublin. :) Macam pernah jumpa kat Cairo dulu..