Berikut adalah beberapa untaian kata Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah berjaya diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Semoga kalam bermakna beliau ini akan menguatkan lagi azam dan tekad kita untuk terus mempertahankan bumi Palestin dengan apa cara sekalipun. Amin. Kalau tahun lepas, mahasiswa Malaysia di Mesir berjaya sumbangkan LE 22 000.00 untuk rakyat Palestin melalui PROSMA (Projek Sumbangan Amal Palestin), saya harap tahun ini bersempena sambutan kemerdekaan, kita akan dapat sumbangan lebih daripada itu.
*************
Sesungguhnya isu Palestin telah dirakamkan dalam episod paling hitam yang memaparkan kezaliman dan permusuhan dalam sejarah semasa serta merupakan gambaran buruk buat sejarah dunia. Ini disebabkan kerana peranan Palestin yang jelas di hadapan alam di tengah-tengah siang itu telah diambil oleh kelompok manusia -semoga kemurkaan Allah mengenai mereka- lantaran tindakan yang dipamerkan oleh mereka yang berupa kekufuran, kezaliman dan pelampauan batas yang menyebabkan hati-hati yang beriman menjadi sempit dan resah, fitrah kemanusian yang betul akan menidakkan tindakan mereka dan norma-norma antarabangsa yang menyeru kepada supaya dilaksanakan keadilan dan hak-hak asasi serta kebebasan manusia turut menolak kezaliman yang berlaku dalam isu Palestin. Sesungguhnya isu ini telah dieksploitasi oleh golongan yang tidak mementingkan hak-hak asasi manusia dan tidak menghargai nilai harga diri individu.
Bagi mengetahui kepentingan dan kedudukan isu ini, perlulah difahami status Palestin di kalangan para penganut agama samawiyyah yang beriman dengan risalah dan wahyu yang bertunjangkan kepada prinsip yang benar dan jalan yang lurus kerana tidak wujud perselisihan akidah di antara para rasul dan nabi-nabi mereka. Begitu juga tidak ada percanggahan antara hubungan kerohanian yang kukuh antara kitab-kitab samawi mereka.
Agama mereka satu sekalipun terdapat perbezaan hukum dan cabang-cabang syariat yang terdapat di antara agama mereka berdasarkan hikmah pensyariatan yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Antara hikmah yang sangat jelas adalah bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w telah mengimami para nabi dan para rasul -Selawat dan salam ke atas mereka semua- dalam solat jemaah pada malam al-Isra' di Masjid al-Aqsa semata-mata kerana Allah s.w.t yang Maha Asa dan Maha Satu dengan cara yang satu dan qiblat yang satu.
Palestin adalah bumi para Nabi dan para Rasul. Tidak ada sebarang hubungan yang baik antara orang-orang Yahudi dengan nabi-nabi mereka. Kita sering mengulangi dalam setiap rakaat solat yang kita lakukan sepotong ayat yang bermaksud:
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai
(Surah al-Fatihah ayat 7)
Ayat tersebut telah ditafsirkan dengan ayat al-Quran yang lain yang bermaksud:
Dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
(Surah al-Baqarah ayat 61)
Firman Allah yang bermaksud:
Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?"
(Surah al-Baqarah ayat 87)
Begitu juga dengan al-Taurat, al-Injil dan sejarah mereka. Kesemuanya telah telah menggambarkan sifat mereka sebagai pembunuh nabi dan musuh para rasul. Oleh hal yang demikian, orang-orang Yahudi tidak memiliki sebarang hak terhadap bumi Palestin dan tidak mempunyai sebarang keistemewaan terhadap al-Quds.
Adapun kita selaku seorang muslim, tidak membeza-bezakan keimanan terhadap para Nabi. Sebahagian daripada para Nabi adalah merupakan nabi-nabi Bani Israel. Iman kita tidak akan sah sekiranya kita mengkafirkan salah seorang daripada mereka. Al-Quran telah melarang daripada membeza-bezakan keimanan terhadap sekalian Nabi seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu; Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata.
(Surah al-Baqarah ayat 136)
Kita juga wajib beriman dengan semua kitab Samawi. Antaranya ialah kitab al-Zabur, al-Taurat, al-Injil dan lembaran-lembaran yang diturunkan kepada para nabi Bani Israel. Seandainya seseorang itu tidak beriman dengan salah satu daripada kitab-kitab tersebut, maka tidak sahlah keimanannya dan terbatallah syahadahnya kerana kedua-dua perkara tersebut saling berkaitan antara satu sama lain. Begitu jugalah dengan keimanan kepada Allah, para malaikat, kitab, risalah-risalah para Nabi dan Rasul serta Islam kesemuanya.
Pada hakikatnya, tidak ada permusuhan di antara kita dengan orang-orang Yahudi disebabkan perkauman dan asabiyyah. Sebahagian daripada isteri-isteri Rasulullah dan ibu-ibu kami selaku orang-orang yang beriman adalah berasal daripada keturunan Bani Israel. Sebahagian daripada Bani Israel ada yang memeluk Islam dan ada di kalangan mereka menjadi sahabat Nabi s.a.w dan menjadi ulama besar dalam dunia Islam.
Ini kerana orang-orang yang terpilih di kalangan mereka ketika era Jahiliyyah adalah merupakan orang-orang yang terpilih di kalangan mereka semasa Islam seandainya mereka memahaminya.
Makanan mereka pula halal bagi kita dan mereka merupakan golongan yang paling utama untuk diajak memeluk agama Islam. Mereka juga menyertai persepakatan untuk menubuhkan negara Islam pertama di muka bumi ini ini. Apa yang berhak diperolehi oleh mereka adalah apa yang berhak diperolehi oleh kita. Tanggungjawab yang dipundakkan ke atas mereka adalah tanggungjawab yang dipundakkan ke atas kita. Namun sikap asabiyyah, hasad dengki, khianat dan perancangan jahat mereka telah menghancurkan hubungan yang sepatutnya wujud.
Palestin merupakan bumi Allah yang suci dan diberkati. Kesucian dan keberkatan bumi Palestin disebut di dalam semua kitab samawi. Tidak ada seorangpun yang berhak terhadap bumi tersebut melainkan orang-orang yang diizinkan oleh Allah dengan sebab keimanan mereka dan jihad mereka untuk membebaskan bumi Palestin daripada kekufuran dan pelampauan batas. Orang yang berhak ke atas Palestin adalah orang yang melakukan jihad untuk menegakkan kalimah Allah dan mendirikan agamaNya yang telah dijunjung oleh para Rasul dan Nabi.
Sejarah Yahudi mebuktikan bahawa kehidupan mereka adalah dipenuhi dengan sikap mengingkari perintah Allah, kedegilan, kerosakan dan tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan.
Antaranya adalah kederhakaan mereka terhadap Rasul Allah, Musa ‘Alayh al-salam yang telah menyampaikan kepada mereka arahan Allah supaya memerangi golongan sombong yang melakukan kerosakan di Palestin dan tidak melakukan kebaikan. Sekalipun Allah telah membebaskan mereka daripada kekejaman Firaun dan pengikut-pengikutnya dengan mukjizat yang mereka lihat sendiri dengan mata mereka sendiri iaitu dengan terbelahnya laut dan menenggelamkan musuh mereka, namun mereka menjawab arahan Allah tersebut dengan menyakiti Rasul Allah, Musa ‘Alayh al-salam dengan berkata yang bermaksud:
Oleh itu pergilah engkau bersama tuhanmu dan perangilah mereka. Sesungguhnya kami di sini duduk menunggu
(Surah al- Ma`idah ayat 24)
Lantas Allah telah mengharamkan mereka daripada memasuki bumi Palestin selama 40 tahun dan menyesatkan mereka di muka bumi. Kemudian lahirlah generasi baru selepas kewafatan Nabi Musa ‘Alayh al-salam dan Nabi Harun ‘Alayh al-salam yang telah dapat memasuki Palestin dengan pimpinan nabi selepas kewafatan dua orang nabi tersebut. Maka berlakulah seperti apa yang telah berlaku sebelumnya. Mereka bersikap degil, keengganan, bongkak dan melampaui.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri) dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah ampunilah dosa kami; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik.
Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).
(Surah al-Baqarah ayat 58-59)
Dakwaan mereka untuk ingin mengembalikan kembali kerajaan mereka di Palestin dengan alasan mereka berpegang kepada ajaran nabi-nabi, rasul-rasul dan raja-raja mereka yang soleh semata-mata atas dasar nama Yahudi dan Bani Israil adalah merupakan satu pembohongan dan pendustaan yang besar. Hakikatnya merekalah golongan yang diusir daripada bumi Palestin disebabkan mereka telah mengotorkan bumi suci tersebut dengan dosa membunuh para Nabi dan orang-orang yang menyuruh manusia supaya melakukan keadilan. Maka sia-sialah amalan mereka dan terbatallah cita-cita mereka.
Orang-orang Yahudi telah melakukan kerosakan dan berulang-alik di pelbagai negeri untuk terus melakukan kerosakan dan mengaut segala hasil negeri tersebut. Ini adalah satu janji yang akan terlaksana. Matlamat mereka akan terus-menerus runtuh dengan sebab sejarah hitam mereka, tangan-tangan mereka yang berinaikan darah dan kegiatan-kegiatan kufur serta kedegilan mereka.
Yahudi juga tidak mempunyai hak dari sudut sejarah untuk tinggal di Palestin kerana mereka bukanlah orang yang pertama sekali yang tinggal di negara tersebut. Kaum-kaum lain daripada keturunan Arab telahpun tinggal di Palestin pada tempoh zaman yang paling lama dan paling panjang berganda-ganda berbanding dengan orang-orang Yahudi.
Penubuhan negara
Sesungguhnya kempen-kempen yang dicipta selepas itu seperti Pelan Damai tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk mengesahkan projek mereka yang zalim, menjadikan tindakan-tindakan mereka yang pelik dari sudut norma antarabangsa seakan-akan satu perkara yang bersifat biasa dan untuk penerimaan terhadap keganjilan politik dalam kehidupan manusia yang bertamadun.
Pembentangan ringkas ini adalah kalam kebenaran di hadapan kezaliman yang nyata dan di hadapan perkara-perkara yang lahir daripada kezaliman tersebut iaitu sikap menganggap tindakan Yahudi sebagai satu tindakan biasa dan sikap menyerah kalah.
Pembentangan ringkas ini adalah untuk mengambil berat terhadap segala isu yang melibatkan orang-orang Islam.
Pembentangan ringkas ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada umat tercinta ini yang dikerumuni oleh umat-umat lain seperti mana orang-orang yang ingin makan mengerumuni pinggan-pinggan yang mana bilangan umat tercinta ini adalah ramai namun tidak ubah seperti buih-buih di lautan disebabkan hilangnya kehebatan dan penyakit al-Wahn; mencintai dunia dan bencikan kematian.
Akan tetapi di
Allah di atas setiap sesuatu adalah Maha Berkuasa.
(Masjid Qubbah al-Sakhrah, al-Quds)
No comments:
Post a Comment