Wednesday, August 6, 2008

Sayu Bila Melihat Maqam Al-Imam Ibnu Hajar Al-`Asqalani

Teman-teman di Mesir cukup tahu keadaan maqam al-Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani, pengarang kitab Fath al-Bari yang cukup terkenal. Maqam usang ini cukup tidak terjaga, dipenuhi dengan sampah-sarap di bahagian luar maqam dan dimasuki oleh anjing. Hiba hati melihat keadaan ini. Saya ada suarakan kepada Presiden PMRAM, saudara Khairul Anuar agar sesuau tindakan mesti dilakukan untuk memperbaiki maqam ulama besar ini. Respon dari beliau sangat positif. Moga-moga akan ada tindakan dari PMRAM untuk mencari sumbangan dana dari pihak-pihak berwajib Mesir, pihak kedai-kedai buku Islam di Mesir, sumbangan dari mahasiswa Islam di Mesir dan sumbangan umum agar usaha sedikit diberkati Allah. Beliau adalah guru kepada umat Islam. Sewajarnya kita menghormatinya. Ya Rabb. Taqabbal.

5 comments:

syauqi azhari said...

salam. buah fikiran yg terbaik pernah ana jumpa. IDEA YG BAIK DATANGNYA DARI ORG YG BAIK

yasir said...

harap2 jgn sampai kubur tu jadi tempat pemujaan mcm kubur2 lain di mesir. ada yg siap tawaf dan iktikaf 3 minggu di masjidnya pada maulid sheikh tuan kubur tu.

yasir said...

nasib baik kubur ibn taimiyyah (kat mesir gak) orang tak jumpa..hehe

Hairul Nizam Mat Husain said...

Mana ada kubur di Mesir yang dipuja. Huh.

yasir said...

mana ada? tak tahu tak bererti tak ada. cuba ambil tahu.