Lama betul saya tak buka blog sendiri. Proses mendapatkan tajuk tesis M.A saya betul-betul meletihkan. Pada asalnya ingin mentahqiq satu manuskrip yang merupakan Hasyiah bagi kitab Jam`ul Jawami`. Rupa-rupanya pihak universiti al-Azhar tidak menerima sebarang tesis yang mentahqiq sebarang hasyiah (hasyiah adalah sebarang kitab yang menghuraikan syarah kepada mana-mana matan@ syarah kepada syarah terhadap matan).
Hari ini ada kesempatan jenguk blog sendiri.
Rumah Labah-labah?
Pagi ini selepas solat subuh, saya dan saudara Salikin dari Terengganu memecut dalam hawa dingin subuh yang dihiasi dengan hujan yang mula turun menuju ke Masjid al-Asyraf di Muqattam.
Lepas baca beberapa hadith berkenaan dengan kelebihan Rasulullah dalam Kitab al-Manaqib daripada Jami` al-Tirmidzi, kami baca al-Quran bersama-sama dengan Syeikh Yusri -Moga Allah memelihara beliau-.
Surah yang dibaca hari ini adalah surah al-Ankabut (labah-labah).
Ketika mana kami sampai pada ayat ke 41, Syeikh Yusri mendatangkan satu penafsiran yang sangat menarik.
Beliau menyatakan bahawa Allah menjelaskan bahawa rumah yang paling lemah itu adalah rumah labah-labah.
Menurut beliau, rumah adalah tempat ketenangan dan kerehatan. Namun perkara ini tidak berlaku dalam rumah labah-labah. Apabila labah-labah betina telah menetaskan anak labah-labah, labah-labah betina akan makan labah-labah jantan supaya labah-labah betina dapat memberikan makanan yang cukup kepada anak labah-labah.
Maka rumah yang tidak tenteram dan tiada ketenangan adalah seperti rumah labah-labah. Suami akan ditekan dan diperas oleh si isteri lalu rumah kekeluargaan yang dibina tidak tenteram sebagaimana labah-labah jantan tidak tenteram apabila anak-anaknya lahir.
*******
Satu ulasan yang menarik yang saya tidak pernah dengar sebelum ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
http://www.youtube.com/watch?v=lmj7qwwTPb0
Assalamu'alaikum ustaz. apa kbr? hrp2 sihat slalu. insyaAllah..
ana nk tnya skit. ana nk tau apa pndrian PMRAM atau MANHAL dlm isu pemboikotan brangan yg berunsur yahudi spt coca cola pepsi dn sbgainya. tmbahan pula d msir ni mmg byk brangan yahudi. ana hrp ustaz dpt brikan pnjlasan mgenai prkara ini.
mgkin ustaz cndrung kpd pndapat syeikh yusof al-qaradawi yg mahukan brangan trsbut diboikot atau mgkin jga ustaz cndrung kpd pndpat lain yg mngatakn tdk prlu boikot krna mnjejaskan ekonomi (pedapatan) umat islam iaitu org islam yg mnjual produk yahudi.
ustaz bleh jlaskan pndapat ustaz dlm blog, atau bleh jga ustaz mnjadi wakil PMRAM atau MANHAL dlm mnjlaskan isu ini dgn mengadakan majlis khusus spt bru2 ini iaitu pnjlasan pndrian MANHAL dlm isu niqab d rumah klantan.
akhir kata, ana hrp ustaz tdk mengabaikan komen ini. bg ana, ini isu pntg, isu palestin dan ekonomi umat islam. bahkan prkra ini prnah dtgur oleh seorang plajar prubatan dlm prgram Q-PMRAM d mukhayyam krn trdapat brangan "muqoto'ah" dlm prgram trsbut.
stakat ini shaja, ana mnta maaf skiranya ada trksar bhsa atau trsalah taip. syukran, smga ustaz drahamati Allah sntiasa... ^_^
.
utk devotee:
Pendirian PMRAM adalah memboikot barangan Yahudi. Kalau ada program PMRAM yang ada beli barang yang diboikot, itu selalunya kesilapan adhock yang tak perasan barangan2 tersebut.
Namun tak dinafikan bahawa ada ulama berpandangan bahawa kalau barangn tersebut sudah ada dalam negara umat Islam, maka tak perlu diboikot sebab dengan memboikot bererti kita boikot ekonomi umat Islam.
Apa2pun, pendirian PMRAM adalah memboikot barangan Yahudi. Wallahu A'lam
Alhamdulillah, syukran awi2... trima kasih ustaz atas pnjlasan trsebut. mga ustaz dan PMRAM trus drahmati dn dbrkati. insyaAllah...
saya belajar dalam sains haiwan dari bauku2 sain menyatakan sarang labah2 adalah sarang yang mempunyai nilai arkitek yang tinggi kerana setiap sudut yang dibina adalah sudut yang stabil. ketepatan sudut2 pada sarang ini boleh menampung sebuah kapal terbang yang bergerak atau sebuah bangunan 20 tingkat jika dibina dengan saiz yang serupa.
saya setuju jika tamsilan lebih kepada sifat kekeluargaan yang Allah cipta pada labah2. betul, memang labah2 betina akan makan labah2 jantan dan ada sesetengah spesis anak labah2 kemudiannya yang dieram pada badan labah2 betina akan memakan ibunya...
Post a Comment