Monday, November 30, 2009

Web Pengajian Al-Azhar Buat Anda


Saya sudah menjadi orang yang sering berkepit dengan kamera video. Pihak PMRAM mengamanahkan kepada saya untuk merakam kelas-kelas pengajian bersama dengan para ulama al-Azhar (Talaqqi) untuk dimasukkan ke dalam web khusus di bawah seliaan PMRAM.

Bagi saya, inisiatif pihak PMRAM yang inginkan kelas-kelas talaqqi tersebut dirakam dan dipaparkan dalam laman web pastinya akan menggembirakan hati para pencinta ilmu yang mungkin tidak berkesempatan untuk hadir ke kelas-kelas talaqqi tersebut. Pastinya para teman yang berada di Malaysia yang boleh berbahasa Arab akan tertunggu-tunggu kemunculan web tersebut.

Setakat ini, saya masih lagi menyusun rakaman video kelas-kelas pengajian di Masjid al-Azhar dan Masjid al-Asyraf untuk dipaparkan kepada para pembaca.

Semoga usaha yang diketengahkan oleh pihak PMRAM ini akan mensinonimkan lagi PMRAM dengan ilmu. Syabas buat PMRAM.

KITA PMRAM.

5 comments:

Muhamad Amirul bin Hasim said...

Moga Allah memberkati usaha kalian. Kita PMRAM. Kita ambik manfaat dari sesuatu dan kita berikan manfaat tersebut pada yang lain. :)

The Pamiesz® said...

memang sangat tertunggu-tunggu! semoga Allah mempermudahkan segala urusan berkaitan. :)

AWOLscholar said...

memang sangat dinantikan rakaman2 tersbut..tp ana bkn pmram la..eww..

Hairul Nizam Mat Husain said...

ilmu itu milik semua. Kalau bukan ahli PMRAM pun, apa salahnya pengajian tersebut dimanfaatkan buat semua. Semoga bermanfaat

alQasam said...

Askum

Ustaz, kalau dah selesai rakaman tersebut diedit dan dipublish tolong maklumkan kami. Dan kalau dapat di jual dalam bentuk cd, kami more than willing untuk membeli.

JazakALLAH.