Tuesday, December 1, 2009

Satu Hari 10 Jam

Peperiksaan semakin hampir. Teman-teman di Mesir hari ini sudah merasai kehangatan peperiksaan yang bakal menjelang bermula 16 Januari 2010 akan datang. Maknanya kira-kira sebulan setengah lagi peperiksaan akan mendatangi kalian. Saya pula sudah tidak ada lagi peperiksaan. Saya hanya akan menyiapkan tesis M.A saya yang akan dibuntuti pula dengan tesis PhD akan datang sekiranya direstui Allah.

SEBULAN SETENGAH.

Satu jangka masa yang panjang. Satu jangka masa yang sangat keemasaan bagi individu pelajar yang tahu erti mahal detik masa yang berlalu.

Saya sebelum ini di dalam majlis-majlis motivasi yang dianjurkan oleh pihak PMRAM atau (Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pernah melaungkan kepada para pelajar sekalian satu slogan "Satu Hari 10 Jam Study". Selepas daripada slogan ini saya warwarkan,sempat juga saya bertanya kepada beberapa orang teman sama ada mereka dapat menyambut baik seruan ini atau tidak. Tapi nampak gayanya agak meleset.

"Satu Hari 10 Jam Study" adalah satu slogan yang retorik?

Saya sendiri terfikir, mengapa para pelajar agak payah untuk menyambut slogan ini?

Sepatutnya seorang pelajar hanya sepatutnya tidur dalam jangka masa 6 jam sehari. Baik, katakan mereka menyambut seruan ini untuk study sehari dalam masa 10 jam, ini bermakna ada 8 jam lagi buat mereka untuk dihabiskan pada aktiviti-aktiviti yang lain. Persoalannya mengapa masih tidak mahu serius dalam study. Takkan satu hari hanya mahu study sejam sahaja atau 2 jam atau 3 jam? Kalau hanya itu waktu untuk study, saya pasti kawan-kawan tak akan mampu untuk menggondol natijah Imtiyaz ataupun Jayyid Jiddan.

Kesimpulan:

Tidur : 6 Jam
Study : 10 Jam
Aktiviti lain: 8 Jam

Jumlah : 24 Jam


Adakah masih belum cukup 8 jam berbaki untuk kalian habiskan dengan aktiviti buang masa kalian? Takan masih mahu jadi seperti bayi yang tidur berjam-jam.

Kalau masih mahu study hanya 1 jam sehari atau kurang atau hanya 2 jam atau 3 jam atau ...., memang kalian adalah spesis manusia tidak bersungguh dalam Mengejar Pelangi.

Saya harap slogan ini disambut baik oleh kalian semua. satu bulan setengah, satu waktu yang cukup panjang untuk kalian isi dengan aktiviti mentelaah ilmu. Waktu itu terlalu panjang untuk kalian mereka satu status pencapaian ilmu yang baik untuk peperiksaan mendatang.

Semoga berjaya dan bersemangat.

4 comments:

Syeikh Husory said...

us,klo ade simpan matan zubad dlm bentuk pdf,blh x tlg upload kn.

Evi LoLyta said...

salam ziarah

Anonymous said...

Salam.kaifa haluka,ya ustaz?Satu slogan dan seruan yang baik untuk semua pelajar kat Mesir ni sama ada bidang perubatan dan agama.Marilah sama-sama mengikut jejak langkah dan mencontohi Imam Nawawi yang belajar sebanyak 12 mata pelajaran(kalau x silap,kalau tersalah tolong perbetulkan) sehari.Jadikan ilmu sebagai tunjang kepada kekuatan kita dan amal sebagai bukti kita berilmu!

Dr Kadir said...

10 jam je Ustaz Hairul? :D