Baru-baru ini, pada malam awal tahun, saya dan beberapa anggota Hisbah PMRRAM telah turun ke beberapa lokasi untuk meninjau suasana pada awal tahun baru. Selepas selesai pengajian selepas Isyak di Masjid al-Azhar, saya terus ke pejabat PMRAM untuk mendengar penerangan ringkas daripada Unit Hisbah PMRAM.
Beberapa orang Badan Pengurus PMRAM yang diketuai oleh Presiden PMRAM sendiri, saudara Abdul Muiz turut menyertai operasi ini.
Setiba kami di lokasi yang ditetapkan, saya dan saudara Adlan berjalan-jalan meninjau suasana. Lebih kurang 3 jam kami di sana. Hasilnya:
Kami menjumpai beberapa orang pelajar wanita (saya kira mereka ini pelajar Perubatan) berlegar-legar di sekitar lokasi berkenaan.
Kami juga menjumpai beberapa pasangan pakwe makwe dari Indonesia dan Singapura. Malaysia juga ada menghantar wakil (sepasang kekasih belum berkahwin).
Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji`un.
Mengapa kita tetap tega untuk melakukan tindakan yang bercanggah dengan syarak? Belum tibakah lagi waktunya hati-hati kita diketuk untuk mengingati dan menggeruni Allah.
Nampaknya Hisbah PMRAM kena lebih berusaha keras agar tugas Amar Makruf Dan Nahi Mungkar akan dapat membasmi gejala maksiat yang mula menyerang antibodi mahasiswa Malaysia di Mesir.
Monday, January 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment