Wednesday, January 6, 2010

Kenapalah bloger di Malaysia selalu buat kelam kabut bila ada isu baru dalam PAS??

Pening saya tengok para blogger yang begitu rajin mengulas isu itu dan ini. Bila ada sahaja seakan-akan percanggahan pandangan antara dua orang pimpinan PAS, para penulis blog akan cepat membuat pelbagai pandangan yang akhirnya memburukkan suasana.

Bila isu nama ALLAH bising di Malaysia, Dr Hasan Ali pula dijaja namanya untuk dijadikan satu polemik baru pula. Kononnya tidak walak pada pimpinan.

Saya harap para blogger di Malaysia yang riuh pikuk itu relaks dan jangan buat kecoh. Kelang kabut sangat. Adakah kalian menulis untuk mengkucar-kacirkan PAS dari dalam? Masalah akan terus ada. Gunakan saluan yang betul untuk menyentuh isu-isu yang boleh mengundang kesan negatif yang besar pada PAS. Fikir biar elok sikit.

Menulis itu ada etikanya. Biarlah bermanfaat dan bukannya memburukkan keadaan. Sikap 'Mempercayai Pimpinan'(Thiqah) perlu ada dalam diri kita semua. Saya yakin, para pimpinan dapat menyelesaikan isu-isu dalaman yang timbul secara matang dan baik.

Kita menggabungkan diri dalam PAS adalah di atas dasar kefahaman bahawa wajib menegakkan Islam. Maka tak usahlah kalian berada dalam klik itu dan klik ini. Tak sepatutnya timbul "saya orang Tok Guru Nik Aziz', 'saya orang Tok Guru Haji Hadi', 'saya orang Dato Hasan Ali'dan macam-macam lagi klik bidàh yang kalian reka dalam PAS. Akhirnya maki pimpinan itu, maki pimpinan ini. Apahal korang ni!

Bagi saya, blogger yang suka mengapi-ngapikan kepimpinan dan suka kelang-kabut buat isu sehingga menyusahkan PAS dan pergerakan PAS mesti diambil tindakan disiplin.

Tenanglah sikit bila timbul isu. Jadikan hasil tangan anda sebagai pembantu dan pelega kepada PAS dan pimpinannya, bukannya menyesakkan dan mengkelam-kabutkan PAS.

Sengal betul.

8 comments:

refah00 said...

Betul tu.Ambil tindakan kat depa no.

Hadi said...

slain blogger, pimpinan pas sendiri pon cepat benau kuakan statement bila minta komen. sampai ada percanggahan yang buleh menimbulkan kacau bilau dan puak2 dalam parti. sebab itulah adanya 'saya org TGNA', 'saya org TGHH' dan lain2. para blogger ni mmglah, bila pimpinan dah kuakan kenyataan, tentu tingin nak sampaikan pada masyarakat

Hamba Allah said...

ini akibat diri terasa betul dan terlampau pandai. Ikut dan sokonglah pimpinan yang lemah. Barulah kemenangan akan datang.

kenapa pimpinan lemah?. Kerana pengikut lemah.

Dulu kutuk TGHH, sokong TGNA
Kini mereka kutuk kedua-dua Tok Guru.
Jadi siapa yang perlu dikutuk?..

ridhwan

it's peng said...

kenapelah blogger di Mesir suke buat fitnah ttg isma & jpmk?

UmmuL SyabinaR said...

kenapa blogger bebudak medic mesir suka cari pasal yang xberkaitan dgn tajuk posting?

~sengal betul~

al-Balingi said...

pasal semua nk tunjuk hero kot..nk tunjuk pandai

Muhammad Eimaduddin said...

kenapa budak medic selalu dituduh?
ada yg x masuk campur pun kena

Kelantan Insider said...

itu menunjukkan pAS bukannya betul sangat...

yahudi memalui Anwar pun telah berjaya pecah belahkan PAS dari dalam..inilah strategi yahudi ustaz..kesian ngan anta masih x tau hal ini..husnuzon lah lagi ya