Wednesday, January 20, 2010

Hari Ketujuh Buat Fatimah Al-Nabawiyyah Yang Menggembirakan

Hari ini hari ketujuh buat puteri kesayangan kami sekeluarga, Fatimah al-Nabawiyyah. Kami memang sudah merancang kiranya kami dikurniakan seorang putera, maka namanya adalah Muhammad. Kiranya dia adalah seorang puteri, maka namanya adalah Fatimah. Tak lain dan tak bukan sebagai bukti cinta kami suami isteri pada Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Alihi Wasallam.

Alhamdulillah, pagi ini seusai solat subuh, saya dan saudara Azlan membawa Fatimah al-Nabawiyyah ke Masjid Al-Asyraf untuk bertemu dengan Fadhilat al-Syeikh Yusri al-Hasani untuk Fatimah al-Nabawiyyah ditahnik oleh guru mulia ini.

Seminggu berlalu dan saya tidak berkesempatan untuk mengikuti hadith-hadith Jami'al-Tirmidzi yang dibaca oleh beliau. Selesai beliau membaca mutiara hadith Rasulullah yang ditutupi dengan bacaan al-Quran, seingat saya beliau terus bersuara dengan lantang "Keberkatan Buat Fatimah Al-Nabawyyah".

Ya. Memang saya bertanya pada beliau sebelum Fatimah dilahirkan, saya sendiri bertanya pada beliau adakah boleh saya namakan putri saya dengan nama Fatimah yang digandingkan dengan sifat "al-Nabawiyyah". Yelah. Saya bukannya daripada titihan Rasulullah Sallallahu Àlaihi Wa Alihi Wasallam. Begitu mudah beliau menjawab "Silakan".

Alhamdulillah, pagi ini anak saya Fatimah al-Nabawiyyah telahpun ditahnik oleh Fadhilat al-Syeikh Yusri yang berdarah Rasulullah ini. Semoga bait-bait doa beliau memberkati puteri kami.

Fatimah. Cepat besar yer. Boleh jadi wakaf buat perjuangan Islam.

Ya Ilahi. Kalaulah di sisi IlmuMu bahawa kami menamai puteri kami ini hanya semata-mata kerana mencintai RasulMu, maka sampaikanlah salam kasih kami buat baginda agar kami bisa tersenyum gembira dengan hadiah senyuman dari wajah baginda yang mulia. Tuhan, kurniakanlah kami kasihMu dan kasih RasulMu sebagai bekal kami dari dunia hingga ke alam sana.

Kepada keluarga di Malaysia, bolehlah download majlis ringkas tahnik Fatimah al-Nabawiyyah di link di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=j8SMV_c636A

atau

http://www.megaupload.com/?d=PK74R959

4 comments:

refah00 said...

Selamat menjadi seorang ayah Us Hairul.Moga puterimu menjadi mujahidah solehah.

salmanfasiri said...

Allahumma faqqihha fiddiin, wa'allimhaa atta'wiil

Abqori Bro said...

Tahniah Ustaz.... Alhamdulillah!

Unknown said...

salam tahniah buat saudara...

moga² semangat perjuangan tu tidak padam sebaik menjejakkan kaki dibumi Malaysia ni sebagaimana kebanyakan sahabat-sahabat saudara disana dulu.

Benar kata guru saya, andai perjuangan ini disertai dengan ribuan graduan Azhar dan Timur Tengah, maka tidak perlu lagi org jahil memimpin yg 'alim...

salam perkenalan dari Budak Ipoh Timor