Sekadar kongsi apa yang kami timba pagi-pagi daripada Dr. Yusri al-Hasani -Hafizahullah-. Surah Sad memiliki satu ayat tilawah yang disunatkan apabila dibaca untuk sujud. Ayat ke 24 surah ini berdasarkan ijtihad mazhab al-Imam al-Syafie hanyalah disunatkan untuk sujud sekiranya dibaca di luar solat. Sekiranya dibaca di dalam solat, tidak boleh untuk sujud tilawah bahkan akan batal sembahyang sekiranya seseorang yang membaca ayat ini di dalam solat sujud seusai membaca ayat ini. Batal solat kerana berlaku pergerakan tambahan di dalam solat. Namun dalam mazhab lain, tetap juga disunatkan sujud.
Ijtihad ini kerana Rasulullah pada akhir hayat baginda ketika membaca ayat ini di dalam solat tidak sujud sedangkan baginda sebelum ini akan sujud apabila membaca ayat ini. Ini bermakna hukum sunnat sujud telahpun dinasakhkan dengan hukum yang baru iaitu tidak boleh sujud.
Sekadar kongsi dengan para pembaca. Jom ngaji dengan para ulama al-Azhar.
No comments:
Post a Comment