Wednesday, March 11, 2009

Meja Bulat Kembali Bersidang

Saya chat lagi dengan shiha_baik. Moga bermanfaat buat pembaca.

sayang_islam: shiha
sayang_islam: salam
sayang_islam: macam mana dengan penjelasan saya
sayang_islam: moga dfahami dan bermanfaat
syiha_baik: salam
syiha_baik: hamdallah
syiha_baik: saya dah phm sbnanye
syiha_baik: saje nk tau dr ustaz plak
syiha_baik: tp sy ngaku la
syiha_baik: dlm salafi ade yg radikal
syiha_baik: yg mujassimah
sayang_islam: salafi..
sayang_islam: ada dua kesilapan dari sudut manhaj
sayang_islam: pertama
sayang_islam: dari sudut fiqh
sayang_islam: kedua dari sudut aqidah
syiha_baik: dr sdut fiqh tu
syiha_baik: sbb dorg sng haram & bid'ahkan ke?

sayang_islam: kalau dari segi fiqh, sebahagian mereka silap kerana mendakwa bahawa pandangan fuqaha adalah bercanggah dengan dalil dari quran atau sunnah sedangkan seseorang fuqahak adalah DIHARAMKAN untuk mengeluarkan pandangan melainkan dia mesti mengkaji seluruh dalil-dalil syarak
sayang_islam: maknanya

sayang_islam: kalaulah kita mendapati pandangan fuqaha bercanggah dengan nas al-Quran atau hadith, maka ini menunjukkan bahawa ada dalil lain yang dipegang oleh seseorang fuqaha sehingga mereka tidak berpegang dengan nas tertentu
syiha_baik: oo

sayang_islam: satu lagi, mereka senang untuk membid`ahkan sesuatu amalan sedangkan hak untuk mengatakan sesuatu perbuatan itu adalah halal atau haram hanyalah boleh disandang oleh golongan fuqaha
sayang_islam: merekalah yang mempunyai kelayakan dalam mencari gali hukum daripada teks al-Quran dan al-Hadith

sayang_islam: satu lagi, tak semestinya apabila sesuatu perbuatan itu tidak dilakukan oleh Rasulullah, maka hukumnya adalah haram

syiha_baik: oo
syiha_baik: tp
syiha_baik: ustaz zam pnah ajar sy
syiha_baik: dlm bab ibadat, asal hukumnya haram
syiha_baik: tu mcm mane ustaz
syiha_baik: ?

sayang_islam: menjadi kewajipan bagi kita yg tidak sampai ke tahap ijtihad (pakar dalam ilmu-lmu slam secara masak) untuk merujuk kepada golongan fuqaha terhadap bab hukum-hakam. SALAH kalau kita terus merujuk al-Quran dan al-Hadith sedangkan kita bukanlah orang yang pakar dalam ilmu bahasa Arab, Usul fiqh dan sebagainya

sayang_islam: tntg asal pada ibadah adalah haram, guru saya Fadhilat al-Syaikh Sayyid Syaltut (salah seorang tenaga fatwa di Jabatan Fatwa Mesir@Darul Iftak Misriyyah sebut
sayang_islam: yang lebih tepatnya adalah: asal bagi ibadah adalah tawaqquf
sayang_islam: tetapi dari sudut maknanya, kedua-dua istilah tu hampir sama

sayang_islam: baik
sayang_islam: memang kita tidak boleh mereka ibadat
sayang_islam: tetapi kita tidaklah diwajibkan untuk mengikut setiap zikir yang diucapkan dan dilafazkan oleh Rasulullah sahaja
syiha_baik: oo

sayang_islam: Imam Nawawi, Imam Ghazali dan lainnya banyak mendatangkan zikir-zikir yang memuji Allah yang dari sudut maknanya tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Zikir2 tu tidaklah semuanya dilafazkan oleh Rasulullah

sayang_islam: Imam al-Syafie sendiri berselawat kepada Rasulullah dengan satu selawat yang langsung tidak pernah dituturkan oleh Rasulullah
syiha_baik: maaf, dc

sayang_islam: selagi mana ia adalah zikir dan tidak mengandungi makna yang bercanggah, maka tidak mengapa

syiha_baik: oo
syiha_baik: tp kalo salafi kate
syiha_baik: ni gol salafi yg ptengahan la
syiha_baik: yg sderhana
sayang_islam: :D
syiha_baik: nk buat takpe, tp jgn sandarkan pada nabi, jgn wajibkan
syiha_baik: btol ke camtu
sayang_islam: maksudnya? tak jelas lah
syiha_baik: kalau nk buat amal ibadat yg nabi tak pnah buat
syiha_baik: boleh
syiha_baik: asalkan takde dalil yg bcanggah
syiha_baik: dan tak sandarkan pd nabi, tak kate tu sunnah dan tak wajibkan
syiha_baik: tu kwn sy kate
syiha_baik: btol ke?
sayang_islam: ada contoh tak?
syiha_baik: erm
syiha_baik: contohnye sambutan maulid nabi
syiha_baik: nk buat takpe
sayang_islam: maulid nabi bukannya ibadah
syiha_baik: tp jgn sandarkan pd nabi

sayang_islam: ia hanyalah satu tradisi (adat)
syiha_baik: erm
syiha_baik: aktiviti dlm sambutan tu la
syiha_baik: mcm ade yg buat qiam
syiha_baik: dll la

sayang_islam: dalam ilmu usul fiqh, sesuatu benda yang hukumnya adalah harus (jawaz),sekiranya kita niatkan kerana Allah, kita akan dapat pahala
syiha_baik: oo

sayang_islam: maknanya kalau kita menyambut maulid al-Rasul dengan niat kerana Allah dan ingin menambahkan kecintaan kepada Rasulullah, maka perbuatan tadi akan menjadi sunat dan dapat pahala

sayang_islam: kalau orang nak mendirikan solat malam bersempena maulid al-Rasul, kita nyatakan

sayang_islam: Rasulullah tidaklah menyatakan bahawa sunat mendirikan malam pada hari kelahiran Rasulullah

sayang_islam: tapi hukum mendirikan malam secara umum adalah dgalakkan
sayang_islam: maka tidak menadi masalah untuk mendirikan qiamullail pada hari kelahiran Rasulullah

syiha_baik: oo
syiha_baik: ok la
syiha_baik: bab ni sy da ok rasenye
syiha_baik: sy nk tau sgt la
syiha_baik: psl syiah
sayang_islam: alhamdulillah
syiha_baik: ape pegangan azhar ttg syiah

sayang_islam: golongan syiah pada hari ini adalah termasuk di dalam kalangan umat Islam
sayang_islam: namun mereka tetap tersilap dalam beberapa isu
sayang_islam: contohnya mencerca para sahabat Rasulullah dan menyatakan bahawa Rasulullah sendiri telah menetapkan bahawa sayyidina Ali adalah khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah
sayang_islam: apapun, mereka tetap saudara kita seIslam
syiha_baik: yup

****************

Seterusnya adalah sembang-sembang biasa.. (tak nak paparkan)


2 comments:

Fathiah said...

Allah yahdiina .. sukran ust atas perkongsian ni . Sangat membuka minda. Ana sendiri dah lama pikirkan persoalan2 yg shiha_baik ni kemukakan kerana pernah berdepan dengan org2 yg mengaku salafi ni . Syukran kerana berkongsi .

Hilmi Haniz said...

Salam ust Hairul. Mabruk. BarakAllahu lakuma wa jama'a bainakuma fil khair. Ana hilmi haniz. Ana ade berikan buku fajar faraidh pada ust. Untuk makluman ust ana telah membuat video tutorial berkenaan buku tersebut - www.edaurah.blogspot.com - Ana harap ust dapat linkkan dlm blog ust. Syukran . Teruskan menjala ilmu dan taburkan kepada masyarakat.