Saturday, March 21, 2009

Imam al-Ghazali Kata Iljam al-`Awam `An `ilm al-Kalam

Setelah meneliti perbincangan yang berlanjutan tentang ilmu kalam ini, saya berpandangan bahawa saya tidak perlu lagi untuk membicarakan perihal ilmu kalam ini di dalam blog ini. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya saya telah menyatakan kepada para pembaca bahawa ada di kalangan para ulama besar yang mengatakan bahawa hukum mempelajari ilmu kalam adalah Fardu Kifayah.

Apabila penulis yang berkenaan menyatakan bahawa para ulama tidak maksum, maka saya juga ingin mengatakan bahawa apabila para mujtahid apabila berbeza pandangan terhadap sesuatu hukum perbuatan mukallaf, maka kebenaran hanyalah satu sahaja yang hanya akan diketahui di akhirat kelak sebagaimana yang diperbincangkan secara panjang lebar di dalam kitab-kitab Usul Fiqh. Ini bermakna beliau tidak boleh merasa yakin secara seratus peratus bahawa pandangan ulama yang mewajibkan Ilmu Kalam secara Fardu Kifayah adalah pandangan yang salah dan haram untuk dipegang.

Namun menjadi tanggujawab kepada para al-Azahirah untuk mengkaji kebenaran berkenaan dengan ilmu Kalam. Ini kerana ada pandangan yang disandarkan kepada para ulama silam sedangkan apabila dikaji secara ilmiah, kenyataan tersebut tidak benar sama sekali. Sebagai contoh seperti apa yang belaku kepada kitab al-Ibanah yang dijadikan sebagai hujah bahawa al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari sendiri akhirnya telah mengkritik pandangan yang mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat. Namun setelah dikaji manuskrip-manuskrip bagi kitab al-Ibanah, akhirnya terzahirlah bahawa kitab al-Ibanah yang berada di pasaran semenjak sekian lama sebenarnya telahpun dicetak secara tidak amanah dan berlaku penyelewengan dan penipuan oleh para pentakqiq bagi kitab al-Ibanah apabila ada kalam-kalam al-Imam Abu al-Hasan al-Asy`ari yang diubah maksudnya dan ada kalam beliau yang tidak dimasukkan ke dalam kitab al-Ibanah yang dicetak.

Akhirnya, saya bertemu juga dengan nama kitab al-Imam al-Ghazali. Iljam al-`Awam `An `ilm al-Kalam. Itulah kitab yang sering kami dengar daripada bibir-bibir para ulama al-Azhar. Kitab tersebut yang telahpun saya miliki adalah dikarang oleh al-Imam al-Ghazali bagi meminta agar orang-orang yang bukan ahli di dalam ilmu Islam tidak disibukkan dengan ilmu Kalam. Walau bagaimanapun beliau hanya menyatakan Iljam al-`Awam dan bukannya menghalang para ilmuan Islam untuk mempelajari ilmu Kalam.

Berkenaan dengan persoalan-persoalan yang saya tidak sempat untuk jawab, doakan saya agar dimudahkan Allah dari sudut waktu. Apabila isu ini timbul dan masyarakat muslim mula memperlecehkan para ulama yang bersikap untuk mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat, maka golongan ilmuan Islam perlu memandang serius isu ini. Kita diminta untuk tidak membebankan masyarakat umum dengan perbahasan-perbahasan yang halus di dalam ilmu Kalam dan berkenaan dengan ayat-ayat mutasyabihat (
Iljam al-`Awam `An `ilm al-Kalam). Tapi apabila para ulama dikritik secara tidak sepatutnya, maka para penuntut ilmu Islam perlu ke hadapan.

Saudara telah menaikkan semangat saya untuk mengkaji secara dalam dan halus berkenaan dengan dua isu iaitu isu Ilmu Kalam dan isu ayat-ayat Mutasyabihat. Doakan agar saya diberikan kelapangan untuk mengupas isu ini di dalam satu kajian yang terperinci. Saya sangat berbesar hati sekiranya saudara yang berkenaan dapat membanyakkan lagi segala hujah yang saudara pegang untuk dijadikan bahan kajian saya. Kebenaran adalah segala-galanya. Moga dapat dihantarkan ke sayang_islam@yahoo.com.

Semoga isu ini tidaklah meretakkan hubungan al-Ukhuwwah al-Islamiyyah antara kita. Saya memang tidak bersetuju dengan manhaj saudara yang tidak cermat dalam menukilkan sesuatu fakta seperti yang berlaku kepada nama kitab al-Imam al-Ghazali yang menyebabkan saya akhirnya meragui fakta-fakta yang saudara sebut sebelum ini. Tidak mustahil bahawa saudara sebenarnya hanya mengambil fakta-fakta yang tersebar luas di alam maya dan tidak mustahil bahawa saudara sebenarnya belum lagi membaca kitab Iljam al-`Awam. Walaupun saya tidak bersetuju dengan sikap saudara dalam menukilkan fakta, ini tidaklah menyebabkan saya perlu bermusuh dengan saudara.

Saya tidak meminta untuk dihormati. Menyatakan sesuatu kebenaran yang ditimba daripada institusi ilmu yang betul dan diakui oleh para ulama dunia dulu dan sekarang dan bukannya daripada individu-individu jadian (maaf kalau saudara tidak bersetuju dengan istilah ini) adalah lebih utama dan lebih didahului daripada merisaukan jatuhnya rasa hormat orang kepada kita.

Sebelum pulang ke Malaysia, jemput datang ke rumah saya. Boleh saya jamu anda dan Peng masakan Minangkabau. Jazakumullahu Khairal jazak.

واللهَ أسْأَلُ وَبِنَبِيِّهِ وَأَوْلِيَائِهِ أَتَوَسَّلُ أَنْ يُوَفِّقَنِي الصَّوَابَ وَأَن يَجْعَلَنِيْ خَادِمًا للإسلام والأمة المحمدية
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
والحمد لله رب العالمين


5 comments:

yasir said...

terima kasih. sy tak nak panjang-panjangkan lagi. dulu ust add YM sy, saya tunggu ust online kat YM, tapi tak nampak2 lagi. semoga ust diberi kekuatan utk mendalami masalah ini, dan semoga Allah sentiasa menunjukkan kita ke arah kebenaran.

"Semoga isu ini tidaklah meretakkan hubungan al-Ukhuwwah al-Islamiyyah antara kita."

insyaAllah, jika ada kelapangan bolehlah sy ziarah. jika tidak semoga kita bertemu jua di syurga. ameen.

Bohemian Virtuoso. said...

Alhamdulillah.

Drp perbincangan atas angin kpd realiti..walopun dlm blog.

Sy sbg moderator tak rasmi perbincangan ilmiah Ustaz Hairul dan saudara Yasir gembirala jgk bile da ok camni.

Sampai ustaz tgerak utk mengkaji, bagus sgt tu. Mungkin itu slh 1 jln mjadi mujtahid.

InsyaAllah sy lawat rumah ustaz nanti.

senior medic said...

Tahniah ust hairul. nasihat sy kpd pelajar2 perubatan cubalah tahu siapakah anda sebenarnya. jika anda sangat meminati ilmu2 agama carilah dgn cara yg betul, dari orang yg betul, di tempat yg betul. cuba alirkan semangat yg anda ada utk dimanfaatkan dgn baik. kawal semangat anda dgn satu sifat yg dinamakan `sabar`. janganlah jika kita mengetahui atau menghafal satu dua permasalahan kita terus membangkitkannya sedangkan kita tidak mempunyai tapak atau asas bg ilmu tersebut. kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jgn diduga. ketahuilah anda berada di bumi mesir. bumi yg sdh berkurun lamanya bersinar satu institusi yg dinamakan Al-Azhar. amatlah satu perkara yg merugikan jika anda tidak mampu menilainya.

yasir said...

abang senior medic, terima kasih atas nasihat.

kalau saudara rasa ada apa2 kesalahan dalam komen2 saya dalam entri2 yg lepas, harap dapat saudara tunjukkan, moga saya boleh pelajari sesuatu daripada saudara.

p.s.: saya ada kawan, pelajar perubatan juga. tapi dia minat ilmu hadis, dan Allah mengurniakan kepadanya kepakaran dlm bidang tersebut. di samping mengaji perubatan, dia juga adalah salah seorang ahli panel hadis dlm sebuah pertubuhan di malaysia. jadi, bukan semua orang itu sama kebolehannya. hendaklah kita tidak underestimate atau memandang remeh orang lain kerana ia sebahagian daripada sifat kibr.

sheikh2 di mesir seperti muhammad ismail muqaddam, yaser borhami, sa'id abdul azim, ahmad huthaibah, dan beberapa yg lain lagi, mereka adalah doktor2 perubatan.

begitu juga dengan doktor2 di KSA dan lain2 yg 'alim dlm agama yg mengeluarkan fatwa2 berkenaan masalah2 perubatan, yg mana fatwa2 itu tidak mungkin dikeluarkan oleh ulamak2 yg tidak mengkaji masalah tersebut dari sudut perubatan.

tidak perlu rasanya menceritakan tentang tokoh2 silam, yg bukan sahaja 'alim dlm agama, tetapi juga ahli dlm bidang2 lain seperti perubatan, astronomy, kimia dan lain2.

senior medic said...

tahniah atas semangat dan cita2 yg anda ada..jadi gunakanlah ia dgn sebaik mungkin..saya sama sekali tidak `mengunderestimate` kebolehan sesiapa kerana hanya Allah sahaja yg mengetahui akan kebolehan seseorang..

cuma sekali lg sy nak nasihat dan cubalah fahami dgn baik..mohonlah drpd Allah supaya mengurniakan sifat sabar dalam menuntut ilmu iaitu jgn cepat merasa pandai dgn satu dua maklumat yg kita ada..sehari dua mengaji itulah yg sy maksudkan dgn kail panjang sejengkal dan dgn kail sejengkal itu jgn lautan dalam pula hendak diduga, belajarlah mengail ditepi pantai..

terima kasih krn menyenaraikan nama2 hebat di zaman silam kpd sy..sedikit sebanyak kita semua tahu akan kehebatan mereka ini..apa yg ptg ialah bkn setakat mengambil semangat utk menjadi seperti mereka tapi yg lebih penting ketahuilah sejarah hidup mereka, ADAB dan CARA mereka menuntut ilmu..jika kita masih jauh drpd usaha dan pengorbanan yg mereka lalui malulah akan diri sendiri utk meletakkan nama kita sebaris dgn mereka ataupun mengatakan yg kita sdh mendalami sesuatu ilmu itu ataupun berdebat sini sana..itulah yg sy maksudkan dgn ketahuilah siapa diri kita..

fahamlah..

cuma sy nk igtkn sy disini bkn utk berdebat dgn sesiapa cuma sekadar memberi nasihat atas apa yg pernah sy rasa..

ust hairul ana mintak maaf sbb guna ruang nii..