Saturday, March 14, 2009

Sangat Bermanfaat


Saya suka sangat program ini. Banyak membantu saya dalam mencari fakta-fakta dalam kitab-kitab ilmuan Islam lampau. Mudah untuk mencari hadith beserta huraian para ulama yang mensyarahkan hadith, mudah untuk mencari biografi tokoh-tokoh Islam dan macam-macam lagi. Saya gunakan program ini semenjak 3 tahun yang lepas. Masa itu saya kumpul duit untuk beli program yang semestinya dimiliki oleh setiap mahasiswa pengajian Islam khususnya. Saya beli dulu dalam harga LE 1000 lebih. Walaupun agak tinggi harganya, ianya sangat berpadanan untuk sekitar 1778 buah buku (bukannya 1778 jilid). Kawan-kawan kena usaha untuk dapatkan duit untuk beli program ini. Sangat berguna buat kalian dalam kajian-kajian yang bakal kalian hasilkan.

5 comments:

Ezo said...

Assalamualaikum,

Ustaz,macam mana ana nak dapatkannya? boleh bagi ana maklumat?

Faizal,
011 872 872 9
mohdfaizal81@yahoo.com..

Hairul Nizam Mat Husain said...

Dulu saya beli dengan Ust Ahmad Yusuf. Cuba tanya Ustaz Rahman (Selangor) yang duduk sekali dengan Alang. Dia ganti ust Ahmad Yusuf.

Izudin Abqori said...

Assalamualaikum. Salam kenal.

Saya sudah dapat program ini sejak berada di Malaysia lagi, tapi sayang sejak sampai ke mesir CD itu sudah tidak boleh dipasang lagi.

yasir said...

assalamu 'alaikum ustaz.
pernah dengar al-maktabah as-shamelah?

ia adalah software yg mengandungi beribu-ribu buku lama dan baru.
biasanya boleh di download di www.shamela.ws, tapi saya tak tahu kenapa hari ini laman tu tak boleh di buka. mungkin ustaz boleh cuba lain kali. jika site itu telah berpindah, ustaz boleh cuba google "maktaba shamela" dan download dari mana2 provider. tapi mungkin bukan versi terbaru. utk versi terbaru, kena rujuk www.shamela.ws

bahkan boleh didownload buku2 secara berasingan daripada internet dan dimasukkan ke dalam software tersebut. contohnya buku2 drp laman berikut:

http://saaid.net/book/index.php
http://www.almaktba.com/
http://www.almeshkat.net/books/index.php

ada orang yg punya lebih drp 8000 buku.

robbuna yusahhil.

semoga bermanfaat.

jamikkabir said...

Jamik kabir agak berbeza dari maktabah syamilah kerana Jamik kabir menyerupai kitab asal dan menggunakan sistem tausik di mana kitab yang dipaparkan dalam Jamik Kabir sama dengan kitab asal dari segi muka surat, syarikat pencetakan kitab dan pentahqiq kitab(pembaca pruf) tersebut.