Wednesday, August 19, 2009

Akhirnya Kegagalan Itu Menyapa Jua Tetapi Alhamdulillah

Semalam adalah tarikh kegetaran buat saya. Seusai perbincangan dengan beberapa teman-teman di Kuala Lumpur berkenaan dengan program, saya bergegas ke Universiti al-Azhar Al-Syarif untuk melihat keputusan peperiksaan M.A saya. Namun pasrah pada Allah adalah sebaik-baik pengubat.

GAGAL LAGI. Itulah jawapan yang saya perolehi sebaik sahaja keputusan M.A Tahun Dua Al-Azhar saya tatap. Senarai para teman yang berjaya saya tatap lama. Ya. Tiada ada mana yang berbunyi Hairul Nizam Mat Husain.

Sabar, pasrah dan syukur pada kehendak tuhan. Itu sahajalah zikir saya ketika itu. Benar. Orang yang mulia adalah orang yang bersyukur pada Allah terhadap nikmat dan ujian yang ditimpakan kepadanya.

INDRA. Ya. Nama itu adalah antara yang tersenarai dalam mahasiswa yang berjaya dalam bidang Usul Fiqh. Saya terkasima. Siapa INDRA. Setahu saya tiada nama itu di dalam teman-teman di bidang saya.

Bergegas kembali menemui pihak Qism Dirasat Ulya. Rupa-rupanya kerana kekalutan dan gemuruh saya sebentar tadi sementelah saya tahu keputusan telah keluar, rupa-rupanya ketika pihak pegawai bertanya pada saya "Anda di tahun satu"?, jawapan saya adalah "ya". Setelah saya jelaskan bahawa saya di tahun dua, terus beliau mengeluarkan senarai mahasiswa berjaya tahun dua Usul Fiqh dan akhirnya......

Akhirnya saya berjaya. Akhirnya saya sudah layak untuk menulis tesis M.A di Bidang Usul Fiqh Universiti Al-Azhar.

Akhirnya doa saya dimakbul tuhan. Alhamdulillah. Moga kalian juga akan berjaya dan tidak akan putus asa. Kita bakal menjadi pengisi kemenangan Kerajaan Islam Malaysia mendatang.

Ayuh. Terus menggali ilmu.

6 comments:

Hares Takeery said...

mabruk!! semoga Alloh bagi kemudahan kpd ustaz lam pnulisan tesis tu..amin

dabeizzz said...

salam~ hish buat gempak je intro dia....by da way alf mabruk ya shaikh!!!

hadza min fadhli Robb

-kim salam pd k opis=)

hadi_qm said...

alfu mabruk ya akhi..
semoga diberkati dan dirahmati-NYA selalu..doakn kami pula ye..

Had!e said...

Alfun mabruk.. nanti nak 'bergulai' nanti jangan lupe kami2 ni ye?

oh ya, matyie pok jab mantan ydp tanta kem salam :D

Dr Kadir said...

Ya Allah lamanya tak bersua, tak tau naqibku dah najah tahun 2. Alfun Mabruk Ustaz Hairul. Moga sentiasa bersemangat berjuang mengisi kemenangan, doakan juga adik2 usrahmu . Ramadhan Kareem

far_east said...

tahniah ustaz..!! kami bakal azhari yg bwu smpi nih akan jd kan ustaz2 senior sbg role model kami...harap ustaz dpt tunjuk ajar
(imarah selangor-nasiruddin faiz)