Thursday, August 20, 2009

BLOG PANAS DEDAH MAKSIAT BUDAK-BUDAK MESIR

Hari ini hari yang panas. Memang panas. Saya bersama teman-teman lain di peringkat BKAN dan DPM menghadiri mesyuarat HISBAH PMRAM. Macam-macam kes yang melibatkan salah laku segelintir mahasiswa dan mahasiswi di Mesir ini. Ada yang melibatkan pelajar agama. Ada juga yang melibatkan pelajar perubatan.

Berdating, keluar bercanda di pantai, makan bersama berdua-duaan macam mereka sudah suami isteri adalah santapan emosi saya semenjak dari saya mula terlibat dalam Badan Pengurus PMRAM tahun 2003 hingga sekarang. PMRAM dari dulu hingga sekarang tetap tegas dalam isu ini. Nasihat, amaran dan perbincangan terus berlaku dari dulu hingga sekarang. Sudah berpuluh tindakan yang dibuat, tapi orang yang degil tetap degil dan tega untuk bermaksiat.

Hari ini masalah rosak akhlak ini terus berlangsung. Satu demi satu wakil HISBAH BKAN dan DPM mendedahkan macam-macam kebejatan akhlak segelintir pelajar di Mesir.

Geram. Tak habis-habis orang-orang itu berani langgar arahan tuhan. Berani bercanda berpasangan sedangkan mereka bukan suami isteri, menghantar mesej-mesej yang tak sepatutnya kepada pasangan dan macam-macam lagi.

Hari ini HISBAH PMRAM nekad. Kalau selama ini HISBAH PMRAM mengambil sikap ingin menasihati dan berlembut semata-mata ingin menjaga nama mahasiswa Malaysia di Mesir yang terdiri daripada pelajar-pelajar agama dan perubatan, hari ini HISBAH PMRAM mengambil tindakan yang berlainan sama sekali.

BUAT BLOG DEDAH KEROSAKAN PELAJAR MALAYSIA DI MESIR.

Ya. HISBAH PMRAM bersetuju untuk bina satu blog khusus untuk mendedahkan segala isu keruntuhan moral pelajar-pelajar di Mesir. Kita dedah. Kita tonjolkan. Kita paparkan. Biar mereka tahu malu. Dah tak tahu malu sangat pada Tuhan Sang Pencipta.

Mungkin ada orang tidak bersetuju dengan tindakan HISBAH kali ini.

"Memalukan mahasiswa Islam di Mesir", "Sepatutnya biarlah masalah akhlak diselesaikan secara diam-diam" …… mungkin antara ucapan para pembaca yang budiman.

Tapi bagi kami penggerak HISBAH PMRAM, cukuplah sekitar 6 tahun yang lalu HISBAH PMRAM berlembut dan mendiamkan rentetan-rentetan kesalahan tersebut. Namun apabila orang-orang itu semakin berani untuk mempamirkan kejahatan mereka secara bergembira dan bersuka-cita, biarlah gelagat mereka ditonton ramai seluruh makhluk alam buana. Biar gambar mereka serta video gelagat GATAL mereka ditatap oleh seluruh manusia.

Biar. Biar mereka malu untuk melakukan kemungkaran setelah mana mereka langsung tidak tahu malu dengan tuhan yang menjadikan. Biar mereka berpeluh jantan apabila kelibat mereka dirakam dan dipaparkan dalam BLOG PANAS HISBAH. Padan muka.

Cadangan HISBAH PMRAM ini akan diangkat kepada Mesyuarat Badan Pengurus PMRAM untuk memutuskan sama ada cadangan BLOG PANAS ini direstui atau sebaliknya. Moga-moga Badan Pengurus PMRAM merestui nekad kami kali ini.

Kalau orang mempertikai HISBAH dengan alasan memalukan mahasiswa Malaysia di Mesir, saya jawab balik:

"lebih baik kami memalukan segelintir manusia yang terlupa untuk malu dan takut pada tuhan daripada kami jaga nama mereka dengan mendiamkan tingkah buruk mereka yang akhirnya membawa kepada semakin parah nama baik seluruh mahasiswa Islam Malaysia di Mesir".

Pelik. Datang Mesir sudahlah MALAS, mencari MURKA TUHAN pula yang digila-gilai.

Sebaiknya orang yang datang ke Mesir atas nama sebagai seorang pelajar tetapi tidak mahu untuk menjadi pelajar yang berakhlak, bungkus barang dan balik ke Malaysia selama-lamanya.

KAU DUA TIGA ORANG BUAT BENDA TAK SENONOH, HABIS MALU DAN BURUK SEMUA NAMA BUDAK-BUDAK AL-AZHAR DAN BUDAK-BUDAK PERUBATAN KAT MESIR NI.

POORAH.

15 comments:

amar husaini ismail said...

salam ziarah ustaz...cadangan ini ana sokong

hadi_qm said...

waa..insaf..

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

sokong sgt2....semoga dipermudahkan Allah segla usaha demi menegah kemungkaran bukan hanya menyuruh yg ma'ruff...
kumpul 6 ribu tandatangan pelajar kkita di mesir bg menyokong tindakan nahi mungkar antara kita...

halawatunnisa' said...

ana sokong pendapat ni. tapi biarlah dgn niat yg baik iaitu nk mereka sedar. apa2pun mintak pertolongan dari Allah, sesunngguhnya Dia lebih mengetahui

Had!e said...

setahu ana, dari dulu lagi unit hisbah PMRAM duk buka aib pesalah walaupon dah janji dengan pesalah aib dia takkan dibocor pada umum, cume itu stakat dari mulut ke mulut je. Skang nak buat blog, dari satu segi mmg patut sebab nak bagi kesedaran pada mereka yang buat salah tu, tapi ana fikir lebih baik dibincangkan secara pnjang lebar, dan fikirkan apekah kesan jika blog ini dibuat, takut ia buleh mendatangkan ketidak'siqoh'an pada masyarakat di Malaysia dan lebih teruk lagi, kita dipandang hina malah lebih teruk dari mahasiswa di universiti di Malaysia. lagipun masyarakat Malaysia masih respect mahasiswa AlAzhar ni. Bak kata pepatah:"kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.."

semoga ia mendatangkan kebaikan pada kita bersama.. mohon petunjukMu ya Allah..

NURUL LAILATI MAHAT said...

ana setuju dari satu sisi. tapi dari sisi yang lain, ana fikir daripada dedahkan aib mereka,lebih baik dedahkan bentuk 'iqob apakah yg akan dikenakan kepada mereka oleh unit HISBAH. kalau setakat beritahu semua orang yg mereka ni buat begitu dan begini, samalah macam orang baca akhbar dan tengok berita kebejatan sosial di sana-sini, masuk mahkamah tutup-tutup muka dan kepala tapi kesudahannya kita tak tahu jadi apa.

salman6057 said...
This comment has been removed by the author.
shahrul azman said...

salam ustaz.ana setuju sangat dengan cadangan hisbah ni. ana sendiri pernah terlibat dgn hisbah dan rasa pahit perit bantu laksana kerja amar makruf nahi mungkar. bukan masa nak berteori dengan kaedah.nak jaga aib org etc....itu alasan. menilai dan bertindak mengikut realiti yang syar'i lebih baik. 6 tahun satu tempoh yang lama dan adakah kita nak biarkan perkara ni berterusan 6 tahun seterusnya dan seterusnya......ana yakin dan percaya pihak pmram n hisbah dah guna uslub terbaik utk selesaikan perkara2 yang sebelum ini dgn y terbaik.maka eloklah transisi semula tindakan ke fasa baru yang lebih menggempur,menggemparkan dan membimbangkan pasangan2 haram azhariyyin & azhariyyat yang selama ini bangga melakukan maksiat dan seolah2 bangga dengan Allah dengan apa yang dilakukan sedangkan pada masa yang sama juga berbuat taat kepada Allah.setuju hisbah bertindak dengan lebih aktif dan agresif membendung kemungkaran yang semakin merebak.apa hebatnya nanti balik digelar ulamak,ustaz,ustazah etc sedangkan masa belajar tak amanah dengan bebuat maksiat dan kemungkaran. ana rasa perkara ni jelas dan jangan buka jalan untuk berlaku zina. apa yang dipelajari hasilkan dengan tindakan yang betul. syabas atas cadangan hisbah

salman6057 said...
This comment has been removed by the author.
nailah87 said...

Bagus, cadangan ini sgt menginsafkan dan menggerunkan bg yang ada hati dan iman. Tp adakah ia akan memberi kesan kepada pasangan2 haram azhariyyin dan azhariyat selain dr membuka aib mereka.

Memetik kata2 ust "KAU DUA TIGA ORANG BUAT BENDA TAK SENONOH, HABIS MALU DAN BURUK SEMUA NAMA BUDAK-BUDAK AL-AZHAR DAN BUDAK-BUDAK PERUBATAN KAT MESIR NI." Sebenarnya cara blog panas itu lebih memalukan dan memburukkan semua nama budak2 azhari. Dah la masyarakat luar dah rosak dengan masalah ini, tiba2 golongan2 yang diharapkan utk mengubah msyrkt pun 2 kali 5, serupa ja. Jangan sampai nanti, masyarakat melabelkan gol azhari sama ja ngan org biasa, malah lebih teruk lg..
"Ala, ust ni nak tegur aku, dia pun 2 kali 5 ngan aku"

"Jgn kerana nyamuk seekor, habis satu kelambu dibakar"

Ana ada satu cadangan. Mungkin boleh dibincang di peringkat HISBAH PMRAM. Daripada antum mempamerkan gambar2 aksi memalukan gol azhari tu dlm blog panas tu, adalah lebih baik hantar kepada pelaku. Dan jika kali ke2 berlaku lagi, hantar gambar tersebut kepada ibu ayah mereka. Moga2 tindakan ini akan memalukan pelaku dan menyedarkan mereka. Malah akan lebih menjaga nama baik gol azhari. Antum adalah penyubat masyarakat. Jgn hilangkan kepercayaan masyarakat.

Kembalilah kepada Al-Quran dan As-sunnah

Pandangan sebagai masyarakat di Malaysia.
Aminah Suhaimi

syahbandar87 said...

sokong2..kerna nila setitik rosak susu sebelanga..apa jenis manusia la..bwt bnda x senonoh..x pasal2 orang laen dpt nama..pastu si jahil makin suka la berkata-kata..suka la plak memperlekehkan golongan yg blaja agama dek kerana sebilangan kecil ni..harap pasni dh x de lg dh.insyarallah

AD said...

tak professional langsung jika dibuat blog sebegitu...apa bezanya dengan blog2 lain yang mendedahkan isu2 panas, merendah2kan martabat orang...ada baiknya maklumkan kepada kedua ibu bapa si pelaku itu...jika dibuat juga blog sebegitu, serius yakin masyarakat akan pandang rendah pada pelajar2 di Tanah Arab ini...ini bukan sekadar tempias tapi seperti disimbah dengan cecair yang tidak enak baunya...busuk akan melekat sampai bila2...harap jangan mulakan sesuatu yang akan mencetuskan hasil yang sebaliknya...orang ramai akan lahirkan rasa simpati pada si pelaku dan mengutuk si pendedah...

sekadar pandangan dan pendapat dari seberang UK...

AD said...

lagi satu, kenapa delete post tertentu? nanti orang kata ustaz tidak bersifat terbuka pula...menimbulkan lagi syak wasangka...

Info Duit Cepat Online Dari Rumah said...

Hot! Lihat la gambar panas dan video yang pasti membuatkan anda 'terangkat'!
Exclusive dan percuma...! Tanpa daftar...

http://bit.ly/lovelylace
http://bit.ly/cutebabe
http://bit.ly/simplybeutifool
http://bit.ly/dqt1QX
http://bit.ly/sonasty
http://bit.ly/bigonerush
http://bit.ly/hotmariaozawa
http://bit.ly/plumeria
http://bit.ly/hardcock
http://bit.ly/gayline
http://bit.ly/shittyass

Layari laman di atas dengan segera sebelum kandungannya ditukar...
p/s: di update setiap hari. hanya yang 'hot' sahaja!

mawarhanin said...

tak setuju...lebih baik hisbah buat forum perdana dan tarbiyah ahli supaya lebih peka ngan maksiat.hidupkan balik budaya tegur menegur yang diamalkan orang-orang lama.semua mukmin adalah ahli hisbah,semua pantang melihat yang salah.

masalah sebenar ialah kita semua dah kekurangan tarbiyah...