Tuesday, August 4, 2009

Akhirnya Saya Akan Ke Ujian Penghabisan

Hampir sebulan saya beruzlah. Tak berani untuk melangkah. Apa ke tidaknya, peperiksaan menakutkan dan menggetarkan sukma.

"Pulun sungguh" tema kali ini. Akhirnya semalam saya dan empat bersaudara yang lain (Fakhri dari Ranah Minangkabau, Salman dari Acheh, Munaffiz dan Ato' dari tanah Jawa) diumumkan berjaya dalam semua subjek M.A Usul Fiqh tahun dua, Universiti al-Azhar. Alhamdulillah.

Walaupun semua subjek telah lulus, pastinya kami tetap risau. Lulus itu tandanya kami mesti ambil satu ujian lagi. UJIAN SYAFAWI MADDAH. Setiap seorang dari kami akan disoal siasat berkenaan dengan 3 subjek yang telahpun ditentukan. Biasanya setiap seorang akan disoal secara lisan selama lebih kurang 45 minit. Aduh. Menakutkan.

Lulus Syafawi akhir ini, menulislah saya. Sekiranya tidak (minta dijauhkan tuhan), saya kena ambil semula semua subjek yang telah lulus sebelum ini di Peperiksaan Ulangan 5.9.2009 ini.

Ahad ini adalah hari menakutkan. Jayailah kami wahai tuhan dengan keberkatan Sayyidul Awwalin Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam.

3 comments:

arrajirahmatarabbih said...

Bittaufiq wan najah ust..
kami semua doakan kejayaan Ust

Hares Takeery said...

mabruk!! smoge Alloh bagi kjayaan kpd ustaz lam syafawi..amin.

yasir said...

alhamdulillah, mabruk 'alaik, semoga terus najah.