Monday, November 30, 2009
Web Pengajian Al-Azhar Buat Anda
Saya sudah menjadi orang yang sering berkepit dengan kamera video. Pihak PMRAM mengamanahkan kepada saya untuk merakam kelas-kelas pengajian bersama dengan para ulama al-Azhar (Talaqqi) untuk dimasukkan ke dalam web khusus di bawah seliaan PMRAM.
Bagi saya, inisiatif pihak PMRAM yang inginkan kelas-kelas talaqqi tersebut dirakam dan dipaparkan dalam laman web pastinya akan menggembirakan hati para pencinta ilmu yang mungkin tidak berkesempatan untuk hadir ke kelas-kelas talaqqi tersebut. Pastinya para teman yang berada di Malaysia yang boleh berbahasa Arab akan tertunggu-tunggu kemunculan web tersebut.
Setakat ini, saya masih lagi menyusun rakaman video kelas-kelas pengajian di Masjid al-Azhar dan Masjid al-Asyraf untuk dipaparkan kepada para pembaca.
Semoga usaha yang diketengahkan oleh pihak PMRAM ini akan mensinonimkan lagi PMRAM dengan ilmu. Syabas buat PMRAM.
KITA PMRAM.
Saturday, November 21, 2009
Isi Penting Dari Huraian Syeikh Yusri Terhadap Al-Muwatto' dan Al-Syama`il al-Muhammadiyyah
Semalam saya diberikan lagi peluang untuk mendengar bait-bait hikmah daripada seorang ulama berdarah Rasulullah ini. Semoga isi-isi penting yang dapat saya petik daripada huraian Dr. Yusri al-Hasani ini dapat diambil manfaat buat para pembaca budiman.
Sungguh beliau telah menanamkan di dalam hati kami cinta Nabi.
_____________________________________
1. Maksud setiap nabi mempunyai doa khusus adalah doa tersebut diterima secara terus tanpa dilambatkan. Ini kerana semua doa para nabi selalunya adalah mustajab . Cuma tidak semestinya dikabulkan sejurus selepas doa diminta
2. Rasulullah begitu menyayangi umat baginda. Baginda tidak menggunakan doa khusus tersebut menghancurkan musuh sebaliknya Nabi menyimpannya untuk umatnya di akhirat nanti. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah Taala dalam Surah al-Taubah ayat 128 yang berbunyi:
“Baginda terhadap orang-orang mukmin adalah seorang yang lembut dan penyayang”.
3. Seorang ayah akan menghalau anaknya apabila anaknya terus hidup sehingga mati dalam maksiat. Dia akan membenci anaknya dan putus asa kerana jahatnya seorang anak. Namun Rasulullah akan memberikan syafaat di akhirat kelak kepada umatnya yang hidup sehingga mati dalam maksiat.
4. Ilmu bukannya huruf-huruf di dalam buku sebaliknya ilmu adalah cahaya yang ada di sebalik huruf-huruf tersebut.
5. Berbicara dengan Allah mesti dengan penuh adab. Orang yang berdoa “Ya Allah. Ampunkanku sekiranya Engkau mahu” menunjukkan seakan-akan dia tidak berhajat kepada Allah. Jadilah seorang yang fakir dan berharap kepada tuhannya. Rasulullah mengajar umatnya agar beradab dengan Allah Taala.
6. Doa Nabi Isa di dalam Surah al-Ma`idah ayat 118 yang bermaksud:
"Sekiranya Engkau (Ya Allah) mengazab mereka (orang-orang Kristian), maka mereka adalah hamba-hambaMu. Sekiranya Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkau adalah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.
menunjukkan bahawa baginda tidak redha dengan tindakan Kristian yang mentuhankannya. Baginda tidak menyatakan di hadapan Allah di akhirat kelak agar Allah mengampunkan dosa orang-orang Kristian yang mempertuhankan baginda. Ini sebagai satu bukti bahawa baginda tidak meredhai tindakan mereka.
7. Orang yang kenal tuhannya adalah orang yang tidak bersegera untuk doanya diterima. Orang yang jahil terhadap tuhannya akan gopoh dalam mengharap doanya dikabulkan. Berdoa kepada Allah pada hakikatnya adalah perbuatan Allah yang dizahirkan pada lidah sang hamba sebagai satu bukti bahawa Allah akan menerima doanya. Apabila Allah mengizinkan sang hamba untuk berdiri di pintuNya dengan mengharap agar suaranya didengar oleh Allah sebenarnya satu kemuliaan.
8. Nabi Isa digelar al-Masih kerana baginda tidak mempunyai rumah. Baginda berkelana di mayapada ini dari satu tempat ke satu tempat utk menyampaikan Islam. Di mana sahaja malam berlabuh, di situlah baginda akan tidur.
9. Yahudi, Kristian dan Muslim masing-masing menunggu al-Masih. Yahudi menunggu al-Masih al-Dajjal. Kristian menunggu Nabi Isa. Namun mereka adalah sesat kerana baginda bukanlah tuhan. Orang Islam menunggu al-Masih bin Maryam yang akan bersyariat dengan syariat Rasulullah.
10. Rasulullah hidup dengan al-Quran yang dibaca semasa solat. Apabila baginda membaca ayat rahmat, baginda akan berhenti dan berdoa memohon rahmat. Apabila baginda membaca ayat azab, baginda akan berhenti dan berdoa memohon dijauhkan daripada azab.
Oleh itu apabila Rasulullah disebut di dalam ayat al-Quran semasa solat, maka berselawatlah kepada Rasulullah.
11. Suara Rasulullah dapat didengar oleh orang yang paling jauh dalam sesuatu majlis. Syeikh Yusri menyedari perkara ini sekalipun tiada para ulama yang menyatakan perkara ini sebelum ini. Ini dibuktikan apabila tiada dinyatakan bahawa adanya Mustamli (Muballigh) dalam majlis Rasulullah. Seramai 124 ribu orang para sahabat yang bersama dengan baginda dalam Hajjat al-Wada’ tanpa ada sebarang Mustamli.
12. Rasulullah tidak meminta nikmat syurga di dunia sebelum umat baginda merasainya di syurga nanti. Bahkan di syurga nanti apabila sebahagian umat baginda telahpun masuk ke syurga, baginda masih lagi keluar dari syurga untuk memberikan syafaat kepada umatnya yang masih belum berada di syurga.
13. Rasulullah mencium tangan Sayyidatina Fatimah dan beliau mencium tangan baginda.
Selawat Dan Salam Buat Nabi Muhammad Dan Buat Ahli Keluarga Baginda Yang Mulia. Amin
Thursday, November 19, 2009
Ketika Cinta Bertasbih
Semalam saya sempat menonton filem terbaru "Ketika Cinta Bertasbih". Filem yang menarik. Kalau sebelum ini, karya Habiburrahman "Ayat-Ayat Cinta" pernah difilemkan, namun bagi saya "Ketika Cinta Bertasbih" lebih menarik dan lebih Islamik.
Melalaui filem ini:
1) Saya pasti akan terkenangkan denai-denai al-Azhar, tempat kami menuntut ilmu
2) Para penonton akan dihidangkan dengan cinta menurut kaca mata Islam yang begitu suci dan jauh daripada hawa nafsu
3) Para penonton akan mengenali sikap pasrah dan redha terhadap ketentuan Allah.
4) Para penonton akan menyedari betapa besarnya nilai ilmu tasawwuf dalam membentuk individu yang taat menjunjung arahan Allah dan RasulNya.
5) Anda juga pastinya akan tersentuh dengan sikap cekal hero dalam filem ini dalam menuntut ilmu dan menyara keluarganya yang miskin di Indonesia.
6) Anda juga akan melihat betapa halusnya nilai dakwah yang ingin disampaikan oleh hero kepada anak gadis Pak Duta.
Saya bangga dengan adanya filem seperti ini yang diketengahkan kepada masyarakat yang selalu tenggelam dalam buaian nafsu hanya semata-mata kerana sebuah cinta.
Walau bagaimanapun, filem-filem bercirikan Islam ini perlu lebih menuruti Syariat Islam khususnya dari sudut aurat wanita. Saya bukan seorang pembikin filem. Namun pendedahan aurat yang berlaku dalam filem ini tetap mencalarkan sedikit nilai Islam menelusuri filem ini.
Apapun, saya berpandangan bahawa nilai-nilai yang baik dalam filem ini lebih banyak dan bererti berbanding dengan kecacatan yang saya nyatakan sebentar tadi. Tahniah buat pembikin filem "Ketika Cinta Bertasbih".
Dalam perjalanan pulang pagi ini dari Masjid al-Azhar seusai kami menggamit bicara ilmu dari mulut guru kami yang ikhlas mendidik kami (Syeikh Sayyid Syaltut), saya berborak dengan Ustaz Nazrul. Isunya adalah filem. Mengapa kita tidak mendendangkan kepada para penonton filem-filem Islam yang baik seperti "Ketika Cinta Bertasbih"? Kenapa tidak dibuat satu filem yang mendedahkan kepada masyarakat umum betapa adil dan bertakwanya Sultan Alauddin Riayat Syah dalam kesultanan Melaka satu ketika dahulu sebagaimana watak Sultan Jalaluddin Muhammad Akbar (Sultan terhebat dalam kerajaan Islam Moghul di India) dipaparkan dalam filem Joda Akbar?
Dalam senyum-senyum, saya terfikir, adakah saya selepas ini akan membikin filem bertajuk contohnya "Bila al-Azhar Bertasbih" atau "Bila PMRAM Menangis" atau "Sultan Bertakwa Alauddin Riayat Syah" atau ... atau ... atau...
Wednesday, November 18, 2009
Gaya Baru Isu Hari Ini
Apabila kes Sabotaj Kutub Sittah meletup sehingga mendapat perhatian di parlimen, pastinya pihak JPMK akan lebih berhati-hati dalam berurusan dan berdialog dengan para mahasiswa.
Kalau selama ini mahasiswa di Mesir seakan-akan enak dibuli oleh orang-orang yang terbabit, saya kira mereka hari ini akan semakin berhati-hati dalam setiap gerak dan tindakan kerana;
Banyak Cerita, Bawa Ke Parlimen.
Dari satu sudut, saya seronok dengan perkembangan gaya baru ini. Sudah sampai ketikanya mahasiswa itu diuruskan dan didialog sebagai SEORANG MAHASISWA dengan penuh profesional, bukannnya dibuat bak seorang pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah.
Semoga dengan gaya "Bawa Ke Parlimen" hari ini akan menyahkan sikap tidak profesional beberapa orang pegawai kerajaan di Mesir baik di peringkat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, JPMK ataupun Pegawai Rumah Negeri.
Kalau masih mahu dengan gaya ingin memperlekeh dan memerah ugus mahasiswa, kita bincang panjang di PARLIMEN.
Tuesday, November 17, 2009
Labah-Labah Dalam Institusi Kekeluargaan
Lama betul saya tak buka blog sendiri. Proses mendapatkan tajuk tesis M.A saya betul-betul meletihkan. Pada asalnya ingin mentahqiq satu manuskrip yang merupakan Hasyiah bagi kitab Jam`ul Jawami`. Rupa-rupanya pihak universiti al-Azhar tidak menerima sebarang tesis yang mentahqiq sebarang hasyiah (hasyiah adalah sebarang kitab yang menghuraikan syarah kepada mana-mana matan@ syarah kepada syarah terhadap matan).
Hari ini ada kesempatan jenguk blog sendiri.
Rumah Labah-labah?
Pagi ini selepas solat subuh, saya dan saudara Salikin dari Terengganu memecut dalam hawa dingin subuh yang dihiasi dengan hujan yang mula turun menuju ke Masjid al-Asyraf di Muqattam.
Lepas baca beberapa hadith berkenaan dengan kelebihan Rasulullah dalam Kitab al-Manaqib daripada Jami` al-Tirmidzi, kami baca al-Quran bersama-sama dengan Syeikh Yusri -Moga Allah memelihara beliau-.
Surah yang dibaca hari ini adalah surah al-Ankabut (labah-labah).
Ketika mana kami sampai pada ayat ke 41, Syeikh Yusri mendatangkan satu penafsiran yang sangat menarik.
Beliau menyatakan bahawa Allah menjelaskan bahawa rumah yang paling lemah itu adalah rumah labah-labah.
Menurut beliau, rumah adalah tempat ketenangan dan kerehatan. Namun perkara ini tidak berlaku dalam rumah labah-labah. Apabila labah-labah betina telah menetaskan anak labah-labah, labah-labah betina akan makan labah-labah jantan supaya labah-labah betina dapat memberikan makanan yang cukup kepada anak labah-labah.
Maka rumah yang tidak tenteram dan tiada ketenangan adalah seperti rumah labah-labah. Suami akan ditekan dan diperas oleh si isteri lalu rumah kekeluargaan yang dibina tidak tenteram sebagaimana labah-labah jantan tidak tenteram apabila anak-anaknya lahir.
*******
Satu ulasan yang menarik yang saya tidak pernah dengar sebelum ini.

Saturday, November 7, 2009
Mencuri Atau Menurunkan Kain Rentang
Saya tertarik dengan ulasan teman saya ini. Ayatnya biasa dalam membidas kalam seorang Prof. Madya.
Sila layari:
http://fuaizgeneration.blogspot.com/2009/11/mencuri-atau-menurunkan-kain-rentang.html

Thursday, November 5, 2009
Kisah Mamak Bendahara Raja Melaka
Alkisah tersebutlah kisah Mamak Bendahara Kota Melaka. Senyumnya mampu sahaja menggugurkan hati hamba sahaya. Tentaranya sahaja derap tapak kakinya bak geroda membelah angkasa lalu azmat dan gegak gempita seluruh alam mayapada.
Arakian termaktublah di dalam pena bahawa Sultan Melaka menitah seluruh warga Istana dan Orang-Orang Kaya untuk datang menghadap menjunjung kasih merafak sembah buat baginda.
Peluh memercik, panas sungguh.
Murka Sultan murka berdaulat.
Pacal hina takut memucat
Mamak Bendahara tiada kelibat,
Ke mana menghilang, ke mana gerangan,
Adakah padah bakal menyusul,
Adakah sembah sembah derhaka?
"Mana gerangan Mamak Bendahara? Apakah beta ingin dipermain-mainkannya? Sehingga kini tiada kelibat. Apa ingin tulah raja berdaulat". Bak halilintar suara raja Melaka raja berdaulat membelah telinga para pacal yang hadir. Senyap membisu bahasa, tidak berani mengadap wajah baginda.
"Ampun Tuangku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun", suara Mamak Bendahara tiba-tiba kedengaran dalam hawa panas murka sang sultan.
"Cis. Bedebah kau Mamak Bendahara. Membiarkan beta termanggu-manggu menunggu Mamak Bendahara. Apa sudah kepingin kepala meninggalkan tubuh bernyawa?" Bentak sultan bentak bahaya.
Terketar-ketar Mamak Bendahara mengangkat sembah.
"Ampun Tuanku. Patik lewat ada sebabnya. Ada 3 orang hamba Melaka mengamuk di hujung kampung. Bergegas patik untuk mengawal suasana. Mereka mahu berMuzoharat (demontrasi) di sana, Tuanku. Ampun Tuanku"
"Bermuzoharat?"
"Benar tuanku. Kabarnya mereka menuntut 3 tuntutan agar Tuanku tunaikan. Kiranya tidak, mahu diamuknya seluruh Melaka. Lalu atas itulah patik terlewat Tuanku. 3 orang bedebah itu telahpun ditangkap oleh orang-orang Datuk Laksamana. Lalu patik terlambat kerana ingin membebaskan mereka di balai polis Tuanku. Ampun Tuanku."
"Oh. Maknanya Mamak Bendahara lewat untuk ke Istana Sembilan ini atas kerana itulah?"
"Ya Benar Tuanku".
***********************
Dalam masa itu Datuk Laksamana hanya menggeleng kepala. "Kenapa mesti menipu?", desis suara hati Datuk laksamana. Datuk Laksamana sangat arif bahawa Bendahara bermain dusta. 3 orang itu orang-orang suruhan Mamak Bendahara sendiri. Ditangkap orang kerna mahu mencuri kain di hujung Melaka. Sudahlah mencuri, kuda tunggangan pencapok-pencapok suruhan Mamak Bendahara inipun kepunyaan Mamak Bendahara. Copnya pun tidak ditanggal lagi.
Dalam Datuk Laksamana Menggeleng kepala, kalam sukmanya berbunyi:
Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri.

Makan Kenduri & Lamanya Tak Pergi Kelas
Ya. Lama sungguh saya tak ke kelas Ghayat al-Bayan (Syarah Matan Zubad Dalam Mazhab Imam Syafie). Hampir 4 hari rasanya saya tak ke Masjid al-Azhar untuk mendengar syarahan dan huraian kitab ini yang disampaikan oleh guru tercinta, Fadhilat al-Syeikh Sayyid Syaltut. Ini semua gara-gara demam yang menemani saya sehingga doktor menasihatkan untuk saya berehat selama 3 hari. Saya rasa saya berjangkit daripada Badan Pengurus PMRAM. Habis hampir satu pejabat PMRAM ditimpa demam. Biasalah, berubah cuaca ke musim sejuk.
Pagi ini saya nekad. Badan pun dah kebah sikit. Naik teksi jam 7.00 pagi. Sampai ke Masjid al-Azhar dalam jam 7.30 pagi. Le 20.00 (lebih kurang RM 15.00) saya hadiahkan kepada pemandu teksi. Sejuk gila kepit kitab untuk mengaji kitab al-fiqh.
Hari ini kami sama-sama bincang tajuk al-Walimah atau dalam bahasa Melayunya "Kenduri Kahwin". Elok juga kalau saya dapat kongsi dengan kawan-kawan beberapa kesimpulan hukum yang saya dapat hari ini yang telahpun lama disemadikan di dalam dada kitab Ghayat al-Bayan karangan Syams al-Din al-Ramli ini.
***********************
1) Megadakan kenduri kahwin adalah sunnat dan digalakkan manakala menghadiri jemputan kenduri kahwin pula adalah wajib berdasarkan pandangan yang terpilih. Kewajipan menghadiri majlis kenduri kahwin adalah apabila tiada sebarang keuzuran.
2) Apabila seseorang yang dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin tersebut berpuasa dengan puasa sunat, maka sekiranya dengan sebab orang tersebut terus berpuasa akan menyebabkan kesedihan dan kekesalan pada hati tuan rumah yang mengadakan mejlis kenduri kahwin, maka orang yang berpuasa sunat tersebut disunatkan untuk berbuka puasa demi untuk meraikan tuan rumah yang mengadakan majlis kenduri kahwin. Namun sekiranya tuan rimah tidak kisah dan tidak merasa sedih sekiranya orang yang dijemput terus berpuasa, maka orang yang berpuasa itu lebih baik meneruskan puasanya.
3) Orang yang berpuasa wajib seperti puasa qadha ataupun puasa nazar diharamkan untuk berbuka puasa semata-mata erana ada majlis kenduri kahwin kerana puasanya adalah puasa wajib.
*********************************
Berikut pula adalah hukum-hukum yang berkenaan dengan tetamu sama ada dalam majlis kenduri kahwin ataupun bukan
1) Apabila tuan rumah telahpun menghidangkan makanan di hadapan tetamu yang berkunjung, tetamu boleh untuk memakan makanan yang dihidangkan sekalipun tuan rumah tidak mempelawanya untuk makan. Ini kerana hidangan makanan yang diletakan di hadapan tetamu adalah satu qarinah (tanda dan bukti) bahawa tuan rumah sebenarnya ingin menjemput tetamu untuk makan. Namun sekiranya ada sebarang tanda bahawa tuan rumah tidak membenarkan tetamu untuk makan selepas makanan dihidangkan seperti tuan rumah masih menunggu kedatangan beberapa orang tetamu lain yang masih belum sampai, maka makanan yang dihidangkan tidak boleh dimakan melainkan setelah diizinkan oleh tuan rumah ataupun setelah tetamu yang ditunggu telah tiba.
2)Seseorang tetamu yang dihidangkan makanan di hadapannya hanya boleh untuk makan sahaja. Dia diharamkan membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang, dia juga diharamkan untuk memberikan makanan tersebut kepada kucing ataupun kepada orang lain yang meminta makanan tersebut daripadanya. Namun sekiranya tuan rumah merestui, maka tetamu boleh untuk membungkus makanan tersebut untuk dibawa pulang dan boleh untuk memberikannya kepada binatang atau manusia lain.
3) Seseorang tetamu boleh untuk mengagihkan makanan yang dihidangkan kepadanya kepada tetamu yang lain dengan syarat tuan rumah tidak mengkhususkan makanan tertentu kepada tetamu tertentu sahaja. Sekiranya tuan rumah telahpun mengkhususkan bahawa makanan tertentu (contohnya udang) hanya untuk tetamu A, maka haram bagi tetamu A memberikan makanan tersebut kepada tetamu B melainkan dengan izin daripada tuan rumah.
4) Perbuatan tuan rumah yang membeza-bezakan makanan tertentu hanya untuk tetamu tertentu sahaja adalah makruh.
5) Seseorang itu diharamkan untuk pergi ke mana-mana majlis makan tanpa dijemput oleh tuan rumah melainkan sekiranya orang yang datang tanpa undangan tersebut tahu bahawa tuan rumah tidak akan marah dan terasa sekiranya dia datang ke majlis makan tersebut.
6) Tidak mengapa (al-Jawaz) sekiranya dalam majlis kenduri ada makanan, duit dan sebagainya dicampakkan kepada pengantin atau hadirin yang akan dikutip dan dimiliki oleh para hadirin. Ini kerana tindakan seperti ini hanyalah sebagai tanda tuan rumah ingin menghadiahkan benda yang dicampakkan tersebut kepada para hadirin.
## Saya bertanya kepada Syeikh Sayyid Syaltut berkenaan dengan adat orang-orang Melayu yang melemparkan beras kepada pengantin. Lalu beliau menjawab bahawa tindakan tersebut adalah haram kerana membawa kepada pembaziran. Ini kerana beras yang dilemparkan tidak akan diambil semula dan tidak akan dimakan sebaliknya dibiarkan ataupun dibuang. Islam mengharamkan sebarang tindakan yang merosakkan harta.
***********************
Subhanallah. Indahnya Islam.

Monday, November 2, 2009
Silsilah 1 Hadith-hadith Terpilih Daripada Sahih al-Bukhari
Hari itu saya ada selesaikan terjemahan beberapa hadith yang saya petik daripada Sahih al-Imam al-Bukhari. Alhamdulillah percubaan pertama saya selesai dengan baik.
Saya bercita-cita untuk menyudahkan penterjemahan ini sebelum mata tertutup rapat. Semoga hasil tangan berdosa saya ini akan menyelamatkan saya daripada murka Allah Taala. Amin.
Muka depan
http://ia341332.us.archive.org/0/items/MukaDepanSilsilahHadith-hadithTerpilihDaripadaSahihAl-bukhari/MukaSilsilahSahihBukhariSekaliDenganSanad.pdf
Isi
http://ia341319.us.archive.org/2/items/Silsilah1Hadith-hadithTerpilihDaripadaSahihAl-bukhari/Silsilah1Hadith-hadithTerpilihutkCetakanMalaysia.pdf
ataupun layari:
http://www.archive.org/details/Silsilah1Hadith-hadithTerpilihDaripadaSahihAl-bukhari
p/s: Anda berhak untuk menyebarkannya dengan syarat bukan dengan tujuan perniagaan.
Sunday, November 1, 2009
Mana Ada Orang Tidak Berdosa
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
"Semua anak-anak Adam itu berdosa dan orang-orang berdosa yang terbaik adalah orang yang bertaubat".
Kalam nabi riwayat Ibnu Majah di atas adalah antara ucapan yang sering meniti di setiap kalam umat Islam. Bahkan berkemungkinan anak-anak kecil jua turut menghafaznya.
Dosa. Ya. Mana ada yang tidak melakukan dosa. Yang tidak melakukan dosa di kalangan manusia hanyalah para nabi dan para Rasul. Selebihnya tetap membuat dosa sama ada sengaja atau tidak.
Orang Mukmin itu berada antara dua perasaan; takut dan harap. Takut dengan dosa yang dilakukannya pada Allah yang Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras Siksanya, Maha Pendendam dan pelbagai lagi nama-nama Allah yang bersifat Jalal.
Namun sekiranya takut itu terlalu berlebihan, ia akan menyebabkan seseorang itu akan putus asa daripada rahmat Allah Taala sedangkan ia bukan sikap seorang mukmin.
Akhirnya wujudlah sikap kedua iaitu mengharap kasih serta pengampunan dari Allah. Semestinya kerana Allah itu Maha Pengampun, Maha Lembut terhadap hambaNya, Maha Merahmati ......
Satu hadith Rasulullah yang dimuatkan di dalam Sohih al-Bukhari berbunyi:
لَمَّا قَضَى الله الْخَلْقَ كَتَبَ في كِتَابِهِ فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ إِنَّ رَحْمَتِي غَلَبَتْ غَضَبِي
bermaksud: ((Apabila Allah meletakkan ketentuan terhadap makhluk, Allah telah menulis di dalam kitabNya yang mana kitabNya itu di sisiNya adalah di atas Arasy. Tulisan di dalam kitab tersebut berbunyi: "Sesungguhnya RahmatKu Mengalahkan KemurkaanKu")).
Banyak sungguh dosa kita pada Allah. Kadang-kadang manusia memandang kita dengan pandangan yang terlalu mulia sedangkan kita sendiri sangat tahu betapa hinanya kita di hadapan sang Pencipta alam buana.
Dalam tasawwuf, kita diajar agar jangan mendabik dada dengan amalan dan ibadat yang dibuat kerana syurga yang dirindui itu bukan akan diperolehi dengan amalan dan ibadat sebaliknya ia diperolehi semata-mata atas dasar rahmat dan kasih sayang Allah.
Dalam tasawwuf kita diajar bahawa jangan memandang hina pada orang yang terjatuh dalam lembah dosa. Mana tahu akhirnya dia bangkit dan kembali bertaubat sesungguh-sungguhnya lalu dia diterima oleh Sang Maha Pengampun.
Akhirnya yang berlaku dalam jiwa seorang hamba adalah sentiasa merasa takut pada murka Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Berat SiksaNya. Namun dia tetap mengharap agar Allah mengampuni ketelanjurannya.
Dia pula apabila melihat ada teman yang kecundang lalu jatuh dalam lembah hina dan dosa, dia memandang temannya dengan mata kasih sayang. Benci pada dosa yang dilakukan namun bejiwa besar untuk memimpin tangan teman sang pendosa kerana dia mahu mendapat cinta tuhan. Mana tahu kelak Allah merahmatinya dek kerana sikap rahmatnya yang mahu membimbing teman yang disayanginya agar tidak terus jatuh selama-lamanya.
Sekali jatuh bukan bererti akan terus jatuh selama-lamanya.
Janganlah ada dalam jiwa kita bahawa kita manusia suci yang memandang sang pendosa dengan pandangan hina. Seakan-akan kita sangat yakin bahawa kita adalah ahli syurga dan pendosa itu memang ahli neraka.
Syurga dan neraka milik Allah seabadinya.
Jadilah seperti seorang yang melihat orang lain hampir tergelincir yang akan menyebabkan dia akan jatuh ke dalam gaung yang dalam. Pasti orang yang jiwanya bersih akan berkejar dan merentap tangan si miskin tersebut agar dia selamat daripada kematian yang mengerikan. Namun kalau kita tetap membiarkannya untuk terus tergelincir lalu mati dalam gaung yang dalam, anda memang tidak menyayanginya. Anda memang kejam.
Begitulah perumpamaan hidup ini. Mati di dunia itu adalah terlalu kecil jika ingin dibandingkan dengan sengsara di akhirat nanti.
Orang berdosa memang bersalah pada tuhanNya. Namun mana tahu air matanya yang gugur tanda insaf dan taubat yang murni akhirnya mengalahkan ibadat orang-orang yang memandang jelik pada insan berdosa. Mana tahu air mata keinsafannya rupa-rupanya mampu untuk memadam api neraka serta murka Sang Pencipta.
Tuhan. Ampunkan kami sebelum kami dipaksa pergi.

Subscribe to:
Posts (Atom)