Tuesday, August 25, 2009

Ya Tuhan Pemilik Arasy. Kemenangan Buat Permatang Pasir

Dari jauh kami menadah tangan moga tuhan kabulkan. Dari jauh kami mengharap restu tuhan moga diberikan sebuah kemenangan. Dari bumi para nabi kami mengulum zikir moga menjadi tawasul kepada kemenangan yang hampir.

Wahai Tuhan. Bantulah kami yang menagih ruang dan peluang untuk melaksanakan SyariatMu. Bantulah PAS agar wadah ini akan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan arahanMu. Wahai Tuhan. Kemenangan dariMu.

Banyak Sungguh Kitab-Kitab Yang Masih Dalam Bentuk Manuskrip

Sepanjang hari, saya selepas pulang dari kelas akan mengadap laptop untuk menyudahkan proses menyalin dan menta'liq kitab Bahrul Mazi. Banyak pengalaman saya sepanjang usaha kecil dalam menjadi khadam kitab besar karangan ulama Lubuk Merbau ini. Antara yang menarik adalah terpaksa mencari satu kitab dalam fiqh al-Syafi`e yang bernama Takmil al-Ibanah yang ditulis oleh al-Mutawalli yang berkait dengan fakta yang disebut di dalam Bahrul Mazi.

Rupa-rupanya kitab ini masih dalam rupanya yang asal. Manuskrip. Setahu saya kitab ini belum lagi dicetak seluruhnya walaupun ada beberapa bahagiannya telahpun ditahqiq sebagai tesis M.A dan PhD. Cari punya cari akhirnya terjumpa satu nuskhah manuskrip kitab awal dalam mazhab Syafi`e ini.

Anda mungkin tak pernah lihat rupa bentuk tulisan dan ejaan lama dalam bahasa Arab. Sayapun pada awalnya letih juga untuk memahaminya.

Agak-agak, betul tak apa yang saya tulis?

(Moral: Banyak sungguh kerja kita selaku pelajar. Kalau kita tahu lah .....)


Friday, August 21, 2009

Kisah Saya Yang Gagal


(Syeikh Sayyid Syaltut, Guru Yang Banyak Mendidik Saya)

Jangan Mengalah. Ya. Itulah pegangan saya sepanjang permusafiran menuntut ilmu. Banyak sungguh suka duka dan ujian sepanjang saya di bumi Kinanah ini. Kadang-kadang macam tak percaya bahawa Kalau Kita Nak, Kita Tetap Nak.

Akhir tahun 1999, saya tiba di Mesir. Semangat berkobar-kobar untuk menuntut ilmu hampir padam sebaik sahaja saya tiba di Lapangan Terbang Kaherah petang itu. Gelagat orang Arab Mesir yang ganas ditambah dengan suasana berdebu dan berhabuk di padang pasir Hayyu Asyir (sekarang ini dah jadi pasar kereta @ Suk Sayyarat) cukup menyesakkan saya yang berjiwa zapin ini.

Bulan 11 1999 hingga tahun 2003 adalah masa perkelanaan saya ke bumi Tanta. Paksa diri ke kuliah, membaca buku sekitar 100 muka surat sehari, dipaksa oleh Naqib tercinta Us Zul Janggut untuk sentiasa hasilkan kertas kerja ilmiah, berulang-alik ke Markaz Bait Izzah (Markaz pentadbiran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta) dengan basikal dalam mengikuti agenda tarbiah dan thaqafah, menghadiri mesyuarat yang kadang-kadang sampai ke subuh adalah antara kehidupan saya di sana. Wah. Manisnya kenangan.

Ya. Empat tahun di Tanta, saya boleh merasa puas hati dengan sikap saya. Syukur pada Allah yang memberikan kekuatan fizikal dan mental pada saya.

2000 - berjaya mendapat Jayyid
2001 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2002 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2003 - tamat B.A dan berjaya mendapat Jayyid Jiddan

Selesai mendapat B.A dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti al-Azhar cawangan Tanta, saya terus menyambung ke Kaherah. Ya. Cita-cita untuk menggondol M.A dan PhD al-Azhar al-Syarif yang saya semat semenjak saya di tahun dua di Tanta mesti saya teruskan. Walaupun kawan-kawan seusrah saya di Tanta dahulu seorang demi seorang meninggalkan bekas kaki mereka di Mesir lalu meninggalkan bumi ilmu ini seusai tamat B.A, saya pasrah dan cekal untuk menghirup kepahitan sistem pembelajaran M.A Universiti al-Azhar bersama beberapa orang teman yang lain.

Master Al-Azhar. Bunyi yang cukup menggerunkan. Umpama satu hilaian hantu langsuir yang menyeramkan atma sang pelajar. Mananya tidak, satu paper kita gagal, semua paper akan turut gagal.

Lantaklah. Susah ker, senang ker, saya mesti cuba.

M.A al-Azhar, markah lulus (Maqbul) adalah 60-69. Jayyid 70-79. Jayyid Jiddan 80-89. Imtiyas 90-100.


2004 - Tahun Satu M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh

Saya berjaya di Daur Thani untuk naik ke tahun dua dengan keputusan Maqbul. Sedih juga dapat Maqbul. Kita inginkan keputusan yang cemerlang bukannya yang cukup-cukup makan.


2005 - Tahun Dua M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh

Tahun ini tahun kepedihan. Setelah saya cuba berhempas pulas dalam peperiksaan, saya akhirnya GAGAL. Inilah kegagalan pertama saya sepanjang hidup saya di dunia akademik.


2006 - Tahun Dua M.A al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh (Mengulang)

Saya menduduki peperiksaan di Daur Awal. Keputusannya adalah mengecewakan. Gagal. Susahnya
nak lulus. Aduh. Tinggal satu lagi peluang di M.A al-Azhar. Saya mesti lulus pada Daur Thani. Kalau tidak. Saya akan gagal terus dalam M.A (Mafsul).

Daur Thani: setelah usaha, akhirnya keputusan yang menyentak jiwa saya. ANDA GAGAL. ANDA SUDAH TAMAT DALAM PERCUBAAN MERAIH M.A UNIVERSITI AL-AZHAR. ANDA MAFSUL.

Tuhan. Besarnya ujian. Tak pernah dalam hidup saya, saya merasai kegagalan seteruk ini. Habislah usaha saya semenjak 2004 lagi. Keluarga mula memberikan pandangan. "Pulanglah. Sambung M.A di Malaysia".

Ada juga terdengar sindiran orang-orang itu. "Itulah. Terlibat sangat dengan persatuan. Akhirnya gagal".

Tidak. Saya bukannya orang yang mudah menyerah kalah. Memperjuangkan nilai ilmu agar saya boleh mengisi keperluan Parti Islam SeMalaysia dalam mengisi kerajaan Islam akan datang dengan neraca Syarak mesti terus dipertahankan. Mana boleh menyerah kalah. Siapa akan jadi tenaga pakar dalam bidang Syarak yang sangat diperlukan oleh kerajaan yang mahu bertunjangkan Syarak?

Tak boleh. Saya mesti terus. Tak boleh putus asa. MESTI CUBA LAGI AMBIL M.A AL-AZHAR SAMPAI BERJAYA. MESTI.


2007 - Tahun Kosong

Saya mengambil keputusan untuk mengambil semula M.A al-Azhar yang semestinya terpaksa mula dari tahun satu M.A. Oleh kerana saya telahpun gagal sehingga mafsul sebelum ini, saya tidak dibenarkan untuk terus mengambil tahun satu al-Azhar melainkan setelah berlalu tempoh setahun. Wah. Ujian lagi. 2007 adalah tahun saya tidak berstatus pelajar universiti. Kosong. Setahun saya tak ada Iqamah (visa).


2008 - Saya pelajar Tahun Satu

Mengulang kembali M.A al-Azhar dalam pengkhususan Usul Fiqh. Saya kembali menjadi pelajar tahun satu M.A al-Azhar. Daur Awal saya gagal lagi. Ya Rabb. Peritnya ujian.

Daur Thani akhirnya memberikan senyuman kepada saya. Saya lulus dengan keputusan Jayyid Jiddan. Alhamdulillah. Asykuruka Ya Rabb. Hihi. Terpaksa tinggalkan kenduri kahwin peringkat saya apabila terpaksa bergegas pulang ke Mesir untuk mengambil ujian Syafawi. Kesian pada isteri. Jadi pengantin seorang diri.


2009 - Tahun Air Mata Kegembiraan

Tahun Dua M.A Al-Azhar Pengkhususan Usul Fiqh. Nekad. Saya mahu berjaya. Saya tidak mahu jadi seperti mana tahun 2006 dulu. Pulun sungguh. Akhirnya Allah terima rintihan saya. Saya lulus dengan keputusan Jayyid. Sedih juga sebab tak dapat Jayyid Jiddan. Apapun, syukur pada Allah.

Akhirnya saya sudah masuk ke dunia penulisan. Dunia Tesis M.A. Selamat tinggal peperiksaan selama-lamanya.

Kalau dah selesai munaqasyah tesis nanti, saya akan terus sambung PhD pula di al-Azhar al-Syarif.

Wah.. lamanya perjalanan.


....................................


Hari ini saya berani untuk bentak hati orang-orang yang diuji dengan kegagalan. Kita tak boleh putus asa. Sepatutnya sayalah orang yang mesti putus asa. Saya sudah gagal sampai Mafsul.

Tapi kecewa dan putus asa bukan kamus kita. Teruskan cita-cita kalian untuk menggali ilmu. Kita mesti menjadi ulama itu. Ulama yang pakar dalam bidang ilmu.

Memerintah cara UMNO cukup senang. Tak perlu merujuk pandangan Syarak, tak perlu membelek ijtihad ulama silam. Senang sebab mereka memerintah dengan meletakkan akal dangkal mereka sebagai pemutus dasar.

PAS pula ingin memerintah dengan dasaran Syarak. Maknanya sebelum memutuskan sebarang keputusan, Syarak perlu ditanya dulu. Hakikatnya Allah dan Rasullah yang akan memutuskan dasar kerajaan yang diidam-idamkan oleh PAS.

Hari ini mungkin anda boleh berceramah. Goreng sana goreng sini. Hari ini mungkin anda boleh berdemonstrasi. Anda juga boleh menampal poster dan membawa usrah.

Tapi bila daulah itu sudah menjadi realiti, adakah anda seorang ulama pakar yang sampai ke tahad IJTIHAD? Adakah anda ketika itu seorang yang faqih dalam bidang fiqh Islami sehingga anda mampu menjelmakan ijtihad ulama silam dan semasa dalam rupa baru bagi sebuah negara Islam di Malaysia?

Atau anda ketika itu masih tetap ingin goreng sana dan goreng sini dalam masalah hukum?

Saya tidak mengharap orang lain. Saya mesti jadi pengisi itu.

Anda lemah semangat? Tak mahu serius dalam menuntut ilmu? Masih lagi tega untuk tidur di bilik anda lalu anda tinggalkan mutiara ilmu yang keluar dari mulut mulia para ulama di Ruaq Atrak, Ruaq Magharibah, Zollah Fatimiyyah dan lokasi-lokasi ilmu yang lain? Masih lagi punya jiwa pemalas? Masih berseronok dengan hiburan anda sehingga Masjid al-Azhar akan anda lawati setahun lagi?

Maaf. Saya meluat dengan anda. Anda tidak akan menjadi pengisi kemenangan itu. Anda memang mengecewakan.

Thursday, August 20, 2009

BLOG PANAS DEDAH MAKSIAT BUDAK-BUDAK MESIR

Hari ini hari yang panas. Memang panas. Saya bersama teman-teman lain di peringkat BKAN dan DPM menghadiri mesyuarat HISBAH PMRAM. Macam-macam kes yang melibatkan salah laku segelintir mahasiswa dan mahasiswi di Mesir ini. Ada yang melibatkan pelajar agama. Ada juga yang melibatkan pelajar perubatan.

Berdating, keluar bercanda di pantai, makan bersama berdua-duaan macam mereka sudah suami isteri adalah santapan emosi saya semenjak dari saya mula terlibat dalam Badan Pengurus PMRAM tahun 2003 hingga sekarang. PMRAM dari dulu hingga sekarang tetap tegas dalam isu ini. Nasihat, amaran dan perbincangan terus berlaku dari dulu hingga sekarang. Sudah berpuluh tindakan yang dibuat, tapi orang yang degil tetap degil dan tega untuk bermaksiat.

Hari ini masalah rosak akhlak ini terus berlangsung. Satu demi satu wakil HISBAH BKAN dan DPM mendedahkan macam-macam kebejatan akhlak segelintir pelajar di Mesir.

Geram. Tak habis-habis orang-orang itu berani langgar arahan tuhan. Berani bercanda berpasangan sedangkan mereka bukan suami isteri, menghantar mesej-mesej yang tak sepatutnya kepada pasangan dan macam-macam lagi.

Hari ini HISBAH PMRAM nekad. Kalau selama ini HISBAH PMRAM mengambil sikap ingin menasihati dan berlembut semata-mata ingin menjaga nama mahasiswa Malaysia di Mesir yang terdiri daripada pelajar-pelajar agama dan perubatan, hari ini HISBAH PMRAM mengambil tindakan yang berlainan sama sekali.

BUAT BLOG DEDAH KEROSAKAN PELAJAR MALAYSIA DI MESIR.

Ya. HISBAH PMRAM bersetuju untuk bina satu blog khusus untuk mendedahkan segala isu keruntuhan moral pelajar-pelajar di Mesir. Kita dedah. Kita tonjolkan. Kita paparkan. Biar mereka tahu malu. Dah tak tahu malu sangat pada Tuhan Sang Pencipta.

Mungkin ada orang tidak bersetuju dengan tindakan HISBAH kali ini.

"Memalukan mahasiswa Islam di Mesir", "Sepatutnya biarlah masalah akhlak diselesaikan secara diam-diam" …… mungkin antara ucapan para pembaca yang budiman.

Tapi bagi kami penggerak HISBAH PMRAM, cukuplah sekitar 6 tahun yang lalu HISBAH PMRAM berlembut dan mendiamkan rentetan-rentetan kesalahan tersebut. Namun apabila orang-orang itu semakin berani untuk mempamirkan kejahatan mereka secara bergembira dan bersuka-cita, biarlah gelagat mereka ditonton ramai seluruh makhluk alam buana. Biar gambar mereka serta video gelagat GATAL mereka ditatap oleh seluruh manusia.

Biar. Biar mereka malu untuk melakukan kemungkaran setelah mana mereka langsung tidak tahu malu dengan tuhan yang menjadikan. Biar mereka berpeluh jantan apabila kelibat mereka dirakam dan dipaparkan dalam BLOG PANAS HISBAH. Padan muka.

Cadangan HISBAH PMRAM ini akan diangkat kepada Mesyuarat Badan Pengurus PMRAM untuk memutuskan sama ada cadangan BLOG PANAS ini direstui atau sebaliknya. Moga-moga Badan Pengurus PMRAM merestui nekad kami kali ini.

Kalau orang mempertikai HISBAH dengan alasan memalukan mahasiswa Malaysia di Mesir, saya jawab balik:

"lebih baik kami memalukan segelintir manusia yang terlupa untuk malu dan takut pada tuhan daripada kami jaga nama mereka dengan mendiamkan tingkah buruk mereka yang akhirnya membawa kepada semakin parah nama baik seluruh mahasiswa Islam Malaysia di Mesir".

Pelik. Datang Mesir sudahlah MALAS, mencari MURKA TUHAN pula yang digila-gilai.

Sebaiknya orang yang datang ke Mesir atas nama sebagai seorang pelajar tetapi tidak mahu untuk menjadi pelajar yang berakhlak, bungkus barang dan balik ke Malaysia selama-lamanya.

KAU DUA TIGA ORANG BUAT BENDA TAK SENONOH, HABIS MALU DAN BURUK SEMUA NAMA BUDAK-BUDAK AL-AZHAR DAN BUDAK-BUDAK PERUBATAN KAT MESIR NI.

POORAH.

Wednesday, August 19, 2009

Akhirnya Kegagalan Itu Menyapa Jua Tetapi Alhamdulillah

Semalam adalah tarikh kegetaran buat saya. Seusai perbincangan dengan beberapa teman-teman di Kuala Lumpur berkenaan dengan program, saya bergegas ke Universiti al-Azhar Al-Syarif untuk melihat keputusan peperiksaan M.A saya. Namun pasrah pada Allah adalah sebaik-baik pengubat.

GAGAL LAGI. Itulah jawapan yang saya perolehi sebaik sahaja keputusan M.A Tahun Dua Al-Azhar saya tatap. Senarai para teman yang berjaya saya tatap lama. Ya. Tiada ada mana yang berbunyi Hairul Nizam Mat Husain.

Sabar, pasrah dan syukur pada kehendak tuhan. Itu sahajalah zikir saya ketika itu. Benar. Orang yang mulia adalah orang yang bersyukur pada Allah terhadap nikmat dan ujian yang ditimpakan kepadanya.

INDRA. Ya. Nama itu adalah antara yang tersenarai dalam mahasiswa yang berjaya dalam bidang Usul Fiqh. Saya terkasima. Siapa INDRA. Setahu saya tiada nama itu di dalam teman-teman di bidang saya.

Bergegas kembali menemui pihak Qism Dirasat Ulya. Rupa-rupanya kerana kekalutan dan gemuruh saya sebentar tadi sementelah saya tahu keputusan telah keluar, rupa-rupanya ketika pihak pegawai bertanya pada saya "Anda di tahun satu"?, jawapan saya adalah "ya". Setelah saya jelaskan bahawa saya di tahun dua, terus beliau mengeluarkan senarai mahasiswa berjaya tahun dua Usul Fiqh dan akhirnya......

Akhirnya saya berjaya. Akhirnya saya sudah layak untuk menulis tesis M.A di Bidang Usul Fiqh Universiti Al-Azhar.

Akhirnya doa saya dimakbul tuhan. Alhamdulillah. Moga kalian juga akan berjaya dan tidak akan putus asa. Kita bakal menjadi pengisi kemenangan Kerajaan Islam Malaysia mendatang.

Ayuh. Terus menggali ilmu.

Monday, August 17, 2009

Ucapan Selamat Hari Lahir Yang Terlambat Buat Saudara Syafiq Zulakifli


Di bawah ini adalah cacatan saya pada hari 8.8 yang lalu sempena sambutan kelahiran saudara Syafiq Zulakifli. Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya. Hari itu internet di rumah saya tiada dan terus tiada berhari-hari lamanya.

Akhirnya hari ini saya mempunyai kemudahan untuk mempamirkan tulisan yang telah lama dilakar itu. Apapun, selamat hari lahir buat saudara saya, Syafiq Zulakifli.

*********************

Cacatan bertarikh 8.8.2009 yang lalu


Hari ini genap 24 tahun umur sahabat serta teman ketawa dan menangis saya, Syafiq Zulakifli. Orang yang aneh, cukup menggilai sastera dan sering membuat provokasi dalam sesi pentadbiran PMRAM semasa saya menjadi Presidennya. Saya sendiri sering bertanya kepadanya "Siapa yang menobatkan Syafiq sebagai ahli sastera?". (Jangan marah Syafiq)

Macam-macam pengalaman pahit manis saya dengan Sasterawan Mesir ini. Bertegang urat leher dalam menegakkan pandangan masing-masing, kadang-kadang merajuk dua tiga hari dan macam-macam lagi. Banyak juga idea-idea bernas yang dikeluarkan apabila kami berdua ke mana-mana lokasi dalam teksi sehingga idea dana syaqqah PMRAMpun banyak juga yang timbul hasil lontaran idea kami dalam teksi.

Susah nak cari kawan yang betul-betul sudi menjadi teman susah dan tangis. Saya rasa beliau antara teman menangis saya.

Terima kasih buat saudara Syafiq yang pernah berpenat lelah menjaga saya sewaktu saya dirawat di hospital Rab`ah `Adawiyyah, Kaherah selama seminggu dek kerana pembedahan yang saya hadapi. Terima kasih kerana sudi teman saya di hospital selasa seminggu. Terima kasih kerana sudi menyusahkan diri semata-mata kerana saya. Terima kasih kerana sudi memerah idea dan keringat demi untuk melihat PMRAM semakin maju dan jaya.

Semoga ukhuwwah Islamiah ini akan terus mekar sehinggalah kita bertemu tuhan nanti. Selamat berjuang dengan ketajaman mata pena saudara. Saya akan sentiasa menunggu-nunggu novel hasil air tangan saudara yang pastinya akan memberikan roh Islam dan perjuangan buat para pembaca. Apa salahnya kalau saya menjadi peminat Sasterawan Syafiq Zulakifli. "Selangkah Ke Hayyu Asyir".

Selamat Hari Lahir. Semoga saudara dijaga Allah seabadinya. Terima kasih atas segalanya.

Daghi dima punai malayang,
Daghi payo tughun ka padi,
Daghi dima datangnyo sayang,
Daghi budi taghuih ka hati.

Tuai padi antagho masak,
Bisuak jangan layu-layuan,
Intailah awak samantagho nampak,
Bisuak jangan ghindu-ghinduan.

Saturday, August 8, 2009

Bulan Terbelah Dan Raja Malabar

Kita biasa dengar satu mukjizat Rasulullah yang berlaku satu ketika dahulu. BULAN TERBELAH. Saya pula kali ini ingin paparkan satu peristiwa yang dirakamkan oleh satu manuskrip hindu kuno yang menceritakan peristiwa bulan terbelah ini yang pastinya akan memberikan satu kekaguman yang bakal lahir dalam hati kita. Manuskrip tersebut masih tersimpan di India Office Library, London bernombor siri 2807/152-173.



Manusrip hindu kuno itu menceritakan kisah seorang raja Malabar (selatan India) yang bernama Chakrawati Farmas yang hidup sezaman dengan Rasulullah S.A.W. Raja ini telah menyaksikan peristiwa bulan terbelah dua di Malabar ketika mana Rasulullah yang berada di Mekah ketika itu telah membelah bulan di hadapan golongan Quraisy sebagai mukjizat yang membuktikan kerasulan baginda.

Chakrawati bingung dengan fenomena bulan terbelah yang disaksikannya. Akhirnya sekumpulan pedagang muslim yang ingin berdagang ke China yang singgah di Malabar telah menjelaskan kepada Raja Chakrawati bahawa seorang Rasul di Mekah yang bernama Nabi Muhammad telah dianugerahkan oleh Allah satu mukjizat iaitu BULAN TERBELAH.

Mendengar kisah ajaib ini, raja Malabar ini terus menitahkan anakanda baginda menggantikan dirinya untuk menjadi raja di Malabar. Baginda pula terus bersiap untuk menuju ke Mekah demi untuk menemui Rasulullah S.A.W.

Manuskrip ini menceritakan bahawa raja ini akhirnya berjaya menemui Rasulullah dan akhirnya memeluk Islam. Setelah mempelajari selok-belok agama suci ini, baginda bertolak semula ke Malabar untuk menyampaikan Islam kepada rakyat Malabar.

Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Niat suci raja ini tidak dapat diteruskan apabila baginda mangkat semasa perjalanan pulang di satu tempat bernama Zafar, Yaman. Peristiwa pengislaman Raja Chakrawati ini telah membuka lembaran baru kepada pengislaman rakyat India di Malabar.

Sumber: Khawatir Fi Ma`iyyat Khatam al-Anbiya Wa al-Mursalin karangan Dr. Zaghlul Najjar muka surat 110-111 cetakan Nahdetmisr tahun 2004.

Friday, August 7, 2009

Air Dan ISA


Dua hari yang meletihkan. Semalam dan hari ini, rakyat jelata yang tinggal di Tub al-Ramli, Hayyu Asyir, Kaherah tension sebab tak ada AIR. Saya sendiri terpaksa cari AIR dan bawa naik ke rumah saya di tingkat lima. Aduh. Cukup letih dan cukup seksa.

Semalam sahaja bila saya nak ke Masjid Walidayn untuk solat Isyak, AIR kat masjid pun tak ada. Terpaksa pula balik semula ke rumah untuk berwuduk.Huh. Cukup letih. Tapi rasanya keletihan kami di Kaherah ini sebab tak ada AIR tidaklah seletih dan seseksa kawan-kawan seperjuangan yang disimbah dengan AIR pada 1 Ogos lalu.

Tapi rasanya kawan-kawan yang disimbah dengan AIR oleh polis-polis yang baik dan mesra rakyat hari itu tidaklah seseksa dan sesedih tahanan ISA yang sering ditemani dengan AIR mata yang mengalir di kolam mata mereka dan keluarga mereka.

AIR memang menyedihkan kalau dia tidak ada. Memang menyakitkan kalau AIR itu disimbah dan dipancut kepada para demonstrasi jalanan. Tapi AIR itu lebih-lebih lagi menyedihkan apabila AIR itu dilihat mengalir laju dari kelopak mata tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara hanya semata-mata ingin memperjuangkan hak mereka selaku rakyat di bumi merdeka. Tapi sayang, kerajaan UMNO sengal yang bakal dikebumikan tak lama lagi tak tahu nilai AIR mata mereka. Kerajaan sengal ini tetap berkeras untuk menangkap mereka dengan satu akta ortodok ISA yang sinonim dengan AIR yang ditembak kepada reformis jalanan.

AIR AIR AIR AIR. Bila nak ada air kat Hayyu Asyir ni?

**************

Akhirnya AIR ada balik selepas solat Jumaat. Alhamdulillah.

Tuesday, August 4, 2009

Nabi Yusuf, Mangsa ISA Dalam Lipatan Sejarah Islam

Semalam semasa saya dalam bas dalam perjalanan pulang dari kelas Syeikh Sayyid Syaltut di Jami' al-Azhar ke Hayyu `Asyir, saya terfikir panjang perihal tahanan ISA. Mereka dizalimi, dirampas kebebasan tanpa hak, ditangkap tanpa bicara, disumbat dalam sel-sel tahanan bertahun-tahun lamanya. Hiba. Tapi pemerintah zalim tetap tiada punya perasaan. Hati mereka tetap tegar untuk menzalimi sang hamba.

Tiba-tiba saya disinggahi dengan firman Tuhan dalam Surah Yusuf ayat 33:


maksudnya: Tuhanku. Penjara itu adalah lebih aku cintai dari apa yang mereka mengajakku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".

Nabi Yusuf Alaihissalam. Ya. Baginda juga antara tokoh yang pernah dizalimi dengan akta ISA. Ditangkap tanpa bicara. Disumbat bertahun-tahun lamanya dalam penjara sedangkan yang bersalah adalah Zulaikha.

Namun baginda tabah, sabar dalam menerima ujian tuhan dan akhirnya baginda keluar sebagai orang yang menang dan mulia.

Moga kalam mulia Nabi Yusuf Alaihissalam akan menguatkan semangat kita dalam menerima segala ujian Allah dalam memperjuangkan hak Allah dan nasib hamba rakyat.

Ya. Penjara itu jauh lebih baik berbanding daripada tega dan redha untuk berlutut dan mengampu kerajaan yang zalim yang tidak pernah tahu untuk meletakkan Islam sebagai neraca.

ISA, Tanda Nyawa UMNO Semakin Hampir Disentap Tuhan


Rakyat bangkit lawan ISA. Akta zalim, akta primitif, akta orang gila. Mainan UMNO yang takutkan kuasa rakyat dan kuasa hamba dina. Tapi esok lusa UMNO hanya boleh dipaparkan di muzium rakyat yang bakal berkuasa. Tapi masih ada orang agama mahu jadi pencacai UMNO seabadinya???

Najib mungkin merasa gagah. Arah polis sembur sini, sana dan serata arah. Dia lupa dia adalah presiden UMNO dinasti terakhir yang bakal menyembah bumi sekitar 50 purnama lagi.

Bangkit terus duhai rakyat. Lawan tetap lawan. Ini bukan zaman penakut. Bukan juga zaman pencacai. Lawan terus lawan. Raja adil raja disembah. Raja zalim ini rakyat datang menyanggah.

Bangga sungguh dengan Pakatan Rakyat. Mampu menyedarkan masyarakat untuk bangkit pertahan hak mereka. Walaupun digari, dikasari, disembur asid dan macam-macam lagi kezaliman mainan kerajaan dinasti akhir ini, mereka tetap gagah, melaungkan kalimah keramat Allahu Akbar demi melakar sejarah bahawa rakyat sudah bertemu arah, untuk menobat agama Allah.

Terus bangkit duhai pemuda. Terus berani duhai anak bangsa. Itulah tarbiah bukti segalanya. Bukan tarbiah bersujud lama atau bergelang tasbih dan memuji tuhan dan memuja. Tarbiah itu ada buahnya. Berani dan berkorban jiwa dan kesakitan demi agama. Apa guna laungan "PAS tidak ada tarbiah" tapi bila diajak 'manusia pendakwa pemuka tarbiah itu', mereka lari, kecut untuk menerima TARBIAH di lapangan perjuangan berdarah. PELAMBAT KEMENANGAN.

Kata guru tua "Gagak buruk rambutan jantan. Orang berbunga ia berbunga. Orang berbuah ia kosong dan hampa". (Bahrul Mazi)

Pergi mati UMNO dan pencacainya.

Akhirnya Saya Akan Ke Ujian Penghabisan

Hampir sebulan saya beruzlah. Tak berani untuk melangkah. Apa ke tidaknya, peperiksaan menakutkan dan menggetarkan sukma.

"Pulun sungguh" tema kali ini. Akhirnya semalam saya dan empat bersaudara yang lain (Fakhri dari Ranah Minangkabau, Salman dari Acheh, Munaffiz dan Ato' dari tanah Jawa) diumumkan berjaya dalam semua subjek M.A Usul Fiqh tahun dua, Universiti al-Azhar. Alhamdulillah.

Walaupun semua subjek telah lulus, pastinya kami tetap risau. Lulus itu tandanya kami mesti ambil satu ujian lagi. UJIAN SYAFAWI MADDAH. Setiap seorang dari kami akan disoal siasat berkenaan dengan 3 subjek yang telahpun ditentukan. Biasanya setiap seorang akan disoal secara lisan selama lebih kurang 45 minit. Aduh. Menakutkan.

Lulus Syafawi akhir ini, menulislah saya. Sekiranya tidak (minta dijauhkan tuhan), saya kena ambil semula semua subjek yang telah lulus sebelum ini di Peperiksaan Ulangan 5.9.2009 ini.

Ahad ini adalah hari menakutkan. Jayailah kami wahai tuhan dengan keberkatan Sayyidul Awwalin Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam.