Monday, August 17, 2009

Ucapan Selamat Hari Lahir Yang Terlambat Buat Saudara Syafiq Zulakifli


Di bawah ini adalah cacatan saya pada hari 8.8 yang lalu sempena sambutan kelahiran saudara Syafiq Zulakifli. Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya. Hari itu internet di rumah saya tiada dan terus tiada berhari-hari lamanya.

Akhirnya hari ini saya mempunyai kemudahan untuk mempamirkan tulisan yang telah lama dilakar itu. Apapun, selamat hari lahir buat saudara saya, Syafiq Zulakifli.

*********************

Cacatan bertarikh 8.8.2009 yang lalu


Hari ini genap 24 tahun umur sahabat serta teman ketawa dan menangis saya, Syafiq Zulakifli. Orang yang aneh, cukup menggilai sastera dan sering membuat provokasi dalam sesi pentadbiran PMRAM semasa saya menjadi Presidennya. Saya sendiri sering bertanya kepadanya "Siapa yang menobatkan Syafiq sebagai ahli sastera?". (Jangan marah Syafiq)

Macam-macam pengalaman pahit manis saya dengan Sasterawan Mesir ini. Bertegang urat leher dalam menegakkan pandangan masing-masing, kadang-kadang merajuk dua tiga hari dan macam-macam lagi. Banyak juga idea-idea bernas yang dikeluarkan apabila kami berdua ke mana-mana lokasi dalam teksi sehingga idea dana syaqqah PMRAMpun banyak juga yang timbul hasil lontaran idea kami dalam teksi.

Susah nak cari kawan yang betul-betul sudi menjadi teman susah dan tangis. Saya rasa beliau antara teman menangis saya.

Terima kasih buat saudara Syafiq yang pernah berpenat lelah menjaga saya sewaktu saya dirawat di hospital Rab`ah `Adawiyyah, Kaherah selama seminggu dek kerana pembedahan yang saya hadapi. Terima kasih kerana sudi teman saya di hospital selasa seminggu. Terima kasih kerana sudi menyusahkan diri semata-mata kerana saya. Terima kasih kerana sudi memerah idea dan keringat demi untuk melihat PMRAM semakin maju dan jaya.

Semoga ukhuwwah Islamiah ini akan terus mekar sehinggalah kita bertemu tuhan nanti. Selamat berjuang dengan ketajaman mata pena saudara. Saya akan sentiasa menunggu-nunggu novel hasil air tangan saudara yang pastinya akan memberikan roh Islam dan perjuangan buat para pembaca. Apa salahnya kalau saya menjadi peminat Sasterawan Syafiq Zulakifli. "Selangkah Ke Hayyu Asyir".

Selamat Hari Lahir. Semoga saudara dijaga Allah seabadinya. Terima kasih atas segalanya.

Daghi dima punai malayang,
Daghi payo tughun ka padi,
Daghi dima datangnyo sayang,
Daghi budi taghuih ka hati.

Tuai padi antagho masak,
Bisuak jangan layu-layuan,
Intailah awak samantagho nampak,
Bisuak jangan ghindu-ghinduan.

No comments: