Thursday, April 30, 2009

Gerakan Islam Perlu Bersatu



Sumber: http://malaysianchronicle.blogspot.com/2009/04/gerakan-islam-perlu-waspada-musuh.html

PAS sangat mengimpikan kerajaan Islam di Malaysia. Sejarah parti itu juga dilakar sebagai cabang dari pelopor gerakan dakwah terbesar di dunia, Ikhwan Muslimin di Mesir, yang diasaskan oleh Assyahid Imam Hasan Albana.

PAS meletakkan dasar perjuangan parti bersandarkan hujah-hujah Islam iaitu Quran, Sunnah, ijmak Ulama dan Qias.

PAS percaya, dengan mengamalkan hukum-hukum Islam dalam negara, bahkan seantero dunia, boleh menyelamatkan manusia dan alam dari segala kerosakan dan kezaliman.

Ini berikutan, Islam bukan sekadar amalan ritual semata-mata tetapi mencakupi segala aspek dalam kehidupan dari bab ibadah sehinggalah kepada siasah.

Malah segala persoalan dalam kehidupan mampu dijawab dengan hujah-hujah Islam.

Pada zaman ketamadunan Islam pula, semua asas keilmuan dihasilkan oleh tokoh-tokoh Islam.

Antaranya ahli matematik terkenal-Abu Abdullah Mohammad Ibn Musa al-Khawarizmi, ahli astronomi-Abul Wafa Muhammad Al-Buzjani, ahli saintis- Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina dan Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, pakar perubatan- Ibnu Sina, ahli falsafah, Fakhruddin al-Razi, sasterawan-Khojeh Shamsuddin Muhammad Hafez Shirazi dan Hamzah Fansuri.

Bukan sahaja PAS, tetapi seluruh gerakan Islam di dunia mengimpikan perkara yang sama, iaitu menghidupkan semula pemerintahan berasaskan khalifah yang telah hilang, terakhirnya di Turki di bawah Daulah Uthmaniyyah.

Kuasa imperial dan kolonial Anglo Amerika sangat risau jika impian seluruh umat Islam ini tercapai. Mereka mendakwa kehidupan akan lebih mundur di bawah pemerintahan Islam, bersifat teokrasi semata-mata, tiada kebebasan dan menyekat kebebasan beragama dan gender.

Justeru, impian mereka untuk melaksanakan agenda 'new world' akan tersekat dek kuasa baru dari timur tengah ini.

Para kapitalis adalah golongan yang amat risau sekali. Di bawah pemerintahan Islam, ekonomi berasaskan riba gawat justeru menyekat kuasa monopoli yang sebelum ini amat menguntungkan.

Malah, kebergantungan sesuatu perniagaan adalah bersandarkan kepada dinar emas sebagai komoditi. Instrumen ini dijadikan perantara dalam penentuan kadar/nilai perdagangan bersama negara-negara lain.

Lalu bertambah risaulah para pencipta wang kertas, tambahan hasil bumi yang banyak hanya terdapat dalam negara-negara Islam sahaja. Maka sumber alam itu dianggap sebagai talian hayat bagi membolehkan sesebuah negara bernafas sampai masa akan datang.

Maka tercetuslah peperangan. Berperang untuk merebut asas kehidupan iaitu punca-punca ekonomi seperti petroleum, gas, bijih timah, perladangan dan sebagainya.

Kapitalisma dan peperangan mempunyai hubungan yang sangat rapat.

Kapitalisma baru ini telah mengembangkan sebuah perlumbaan senjata sejak ia bermula selepas hujung Perang Dingin.

Negara-negara Islam juga, malah diperbataskan melalui persempadanan geografi. Dari sebuah tanah Islam yang besar, hinggalah pecah kepada beberapa negara seperti Mesir, Jordan, Syria, Iraq dan Arab Saudi.

Akibatnya, pemimpin-pemimpin negara timur tengah itu hanya menjaga negara dan rakyat mereka sahaja.

Dengan dakyah koloni iaitu pecah dan perintah, umat Islam diajak berebutkan pemerintahan atas nama manjanya, demokrasi.

Kuasa memerintah hanya diserahkan kepada pemimpin tempatan yang boleh menjaga kepentingan penjajah sahaja. Kuasa memilihnya adalah rakyat. Biarpun raja atas carta tertinggi namun kuasa imuniti dihilangkan sebagai menghalang kuasa pemutus.

Bagi rakyat kebanyakan, media dikawal selia oleh pemerintah. Kehendak sosial seperti hiburan, sukan, program realiti dipersembahkan bagi melalaikan mereka dari isu yang paling utama.

Wartawan dan pembuat dokumentari, John Pilger, seorang penerbit rancangan television (The New Rulers of The World) mendakwa 'pemerintah baru dunia' ialah sebuah junta ekonomi yang terdiri daripada perusahaan-perusahaan multinasional dan kuasa-kuasa imperial, khususnya Amerika Syarikat.

"Walaupun projek ini memang lama, bermula lebih 500 tahun dahulu, keadaan era moden telah berubah dengan pesat sekali. Perusahaan-perusahaan multinasional bukan sahaja telah mengambil-alih, malah kerajaan Amerika Syarikat tidak pernah lebih berkuasa daripada sekarang.

Tetapi ia merupakan sebuah gabungan, sebuah integrasi di antara kuasa kerajaan dengan perusahaan multinasional yang merupai badan diktator," tegasnya.

Antara kekuatan dan kekuasaan kolonial adalah melalui bahasa. Ya, bahasa melambangkan bangsa.

Di Malaysia sendiri, bahasa Melayu sukar bernafas berbanding bahasa Inggeris yang disanjung tinggi. Malahan, bagi rakyat yang tidak tahu berbahasa Inggeris akan berasa rendah diri.

Para pelajar pula terpaksa mempelajari bahasa Inggeris bagi mencapai keperluan antarabangsa. Ini kerana, setiap ilmu kepada asas kehidupan yang pada asalnya dipelopori oleh tokoh-tokoh Islam sudah beralih kepada barat.

Maka, keperluan memahami dan mempelajari bahasa tersebut adalah penting bagi memiliki semula khazanah yang telah dirampas dahulu.

Mahu tidak mahu, bagi menewaskan penjajahan bentuk baru itu, gerakan-gerakan Islam yang tumbuh dalam negara, yang berhadapan serangan halus berupa era demokrasi moden, perlu bertanding dalam pilihan raya sebagai pra syarat memerintah negara.

Walaupun boleh memilih jalan yang paling singkat iaitu peperangan, namun ia bukanlah jalan terbaik mengikut hak asasi manusia. Tambahan melanggar undang-undang antarabangsa, pencerobohan tersebut hanya memburukkan imej Islam di persada global.

Lalu, memilih gerakan Islam sebagai wadah perjuangan adalah kewajipan kepada penganut beragama Islam sendiri, bagi menghidupkan semula ketamadunan Islam yang telah hilang dahulu.

Apapun masalah yang berlaku kepada pimpinan dalam gerakan Islam, ia adalah masalah individu itu sendiri. Sedikitpun kecacatan tersebut bukan disebabkan oleh peraturan yang selalu digunakan oleh pejuang-pejuang agama, dahulukala.

Bergabung di bawah satu panji adalah penting untuk mempercepatkan kemenangan Islam. Apakah masalahnya untuk tidak menyatakan sedemikian justeru mewujudkan pelbagai kumpulan tetapi atas matlamat yang sama?

Sekiranya hal tersebut berterusan, secara tidak sedar, umat Islam yang mendakwa dirinya sebagai pejuang agama, sudah terpedaya dengan penjajahan bentuk baru yang diamalkan penjajah; iaitu memecah-belahkan sesama umat kepada beberapa kumpulan.

Akibatnya, mereka berselisih dalam perkara cabang agama, mereka bergaduh hanya disebabkan perbezaan uslub dakwah, mereka juga menyalahkan antara satu sama lain, tanpa menyedari musuh yang sebenar sedang ketawa memerhatikan mereka dan menunggu masa untuk menikam mereka dari belakang!

Selamat Menempuh Peperiksaan Buat Para Teman Di Bumi Kinanah


Salam peperiksaan buat kalian. Peperiksaan tahriri yang bakal tiba sekitar 16 hari lagi semestinya adalah waktu berharga buat kalian semua sebelum menempuh pintu peperiksaan. Saya mengharapkan para teman tidak gabra dan cuak dalam meniti hari-hari peperiksaan. Kita kena meyakini bahawa kita boleh mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan ini. Saya suka untuk berkongsi tips dengan para teman agar anugerah "jayyid Jiddan" yang berjaya saya perolehi selama tiga tahun berturut-turut (sesi 2001/2002 - 2004/2005)semasa saya di bangku B.A turut sama dapat dikecapi oleh para teman.

Pertama: Jangan Membuang Masa Dalam Tempoh-Tempoh Getir ini. Sikap tidur berpuluh jam, berchating dalam tempoh yang lama, berziarah ke sana ke sini hendaklah ditangguhkan sehinggalah tamat hari akhir peperiksaan. Anda kena ingat, waktu yang berbaki HANYA 16 HARI. Jadi gunakanlah waktu emas ini sebaiknya.

Kedua: Sila Senaraikan Hari-Hari Yang Berbaki Ini Dengan Mata Pelajaran Yang Anda Ingin Ulangkaji. Maknanya anda kena tulis jadual ulangkaji anda bermula hari ini sehingga hari peperiksaan. Hari ini nak study mata pelajaran apa, esok mata pelajaran apa ..... Akhirnya anda akan mendapati bahawa waktu yang berbaki masih sangat banyak lalu anda akan tenteram dalam ulangkaji anda.

Ketiga: Sila Buat Nota Sebagai Ringkasan Kepada Buku Anda. Ada orang suka study hanya dengan membaca buku semata-mata tanpa membuat nota. Saya merasakan ini kurang sesuai kerana cara ini begitu mengganggu emosi kita lebih-lebih lagi sehari sebelum hari peperiksaan. Bagi saya orang yang tidak membuat nota ringkasan akan begitu kelam kabut apabila bertemu dengan hari terakhir peperiksaan. Buku yang tebal sedangkan esok adalah hari peperiksaan akan menyebabkan kita akan merasa loya untuk membaca buku tersebut. Akhirnya kita memandang buku tersebut dengan satu pandangan yang MENAKUTKAN. Anda ingin merasai perasaan tersebut, silalah tak buat nota.

Keempat: Kongsilah Tension Anda Bersama Teman-Teman Yang Lain. Sekiranya di saat-saat akhir ini ada lagi kitab-kitab yang masih anda tidak fahami apabila membacanya, maka jangan membaca sendirian dan tension seorang diri. Kongsikanlah ketensionan itu pada teman-teman yang lain agar anda turut mengheret teman-teman anda untuk turut tension. Sekurang-kurangnya bebanan emosi akan dapat dibahagi-bahagikan.

Maksud saya adalah hendaklah buku yang sukar itu dibaca secara bersama ataupun dengan bahasa yang lain adalah secara study group. Carilah teman-teman yang lain yang turut menghadapi masalah kefahaman terhadap buku tersebut. Kemudian biarlah setiap seorang akan mengambil beberapa muka surat agar setiap seorang hanya berusaha untuk memahami helaian muka surat yang dipertanggungjawaban ke atasnya. Lalu setiap seorang akan membentangkan hasil pembacaannya kepada para teman yang lain.

Terakhir: Anda Perlu Sedar Bahawa Anda Adalah Seorang Hamba. Sehebat manapun anda berusaha, anda tetap seorang hamba. Mengadulah pada Allah segala kelemahan anda dan pohonlah padaNya agar tuhan seluruh alam ini bisa membantu anda. Kalau selama ini anda begitu jauh padaNya, maka malulah dan memohon ampunlah padaNya kerana seakan-akan anda hanya mencariNya apabila anda terdesak. Walau bagaimanapun, Dia tetap tuhan saudara dan Dia akan mengasihi saudara.

Semoga kalian berjaya dan bakal menjadi harta yang sangat berguna kepada kerajaan Islam mendatang.

Salam peperiksaan, salam kejayaan.

Saudara tua anda,
Hairul Nizam Mat Husain

Sunday, April 26, 2009

Apakah hukum fiqh yang akan ditentang oleh non Muslim?

Isu penentangan non Muslim terhadap beberapa hukum fiqh yang melibatkan mereka atas alasan hak mereka dizalimi perlu dilihat oleh para pengkaji Islam dengan cermat dan berhati-hati.

Saya sendiri sering terfikir tajuk-tajuk yang memerlukan pengkajian yang dalam sebagai satu persediaan untuk memahkotakan Islam dalam kerajaan Islam Malaysia akan datang.

Moga para pembaca dapat membantu saya dalam menyenaraikan segala kritikan non Muslim terhadap hukum-hukum fiqh yang menyentuh mereka agar kita dapat bersedia dengan satu jawapan dan penyelesaian yang paling baik dan cermat sebelum berlakunya pilihanraya akan datang.

Harap saya dapat dibantu.

Saturday, April 25, 2009

DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU SAUDARA MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA

DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU SAUDARA MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA


1. PENDAHULUAN

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang akan dibincangkan di sini adalah

1. Status agama tiga orang anak beliau iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun).
2. Hak penjagaan anak.
3. Status perkahwinan selepas pengislaman.


2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM


2.1 Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.

Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah. (1)

Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

عَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .

Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."
Pandangan Kedua:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam.

Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah. (2)

Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.


2.2 Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya. (3)

b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh (الثوري) al-Imam al-Thauriyy(4).

c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.


3. HAK PENJAGAAN ANAK

3.1 Pendapat Ulama

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini. Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Non Muslim tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa’ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain .

Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه

Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut). Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan. Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah: Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya). (5)

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

1) Ulama Hanafiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan (iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut (seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan (6). Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan (7).

3.2 Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada di bawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun) dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

4.1 Pendapat Para Ulama

Syariah Islam menetapkan apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa (tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya). Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan (8).

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh (9). Para ulama hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, sama ada daripada saat pengislaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi (10).

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia sama ada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 Hak Pemberian Nafkah (11)

1. Nafkah kepada anak

a. Si ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

2. Nafkah kepada isteri

a. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.

Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.


Disediakan oleh:

Fellow MANHAL PMRAM 2009.

Hasil Kajian:

Saudara Syed Abdul Qadir al-Joofre
Saudara Abd Rahman Mohd Tharin
Saudara Mohd Nazrul Abd Nasir
Saudara Hairul Nizam Mat Husain



___________________________

1 Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.

2 Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.

3 Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam.

4 Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/271. Para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.

Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.

Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.

5 Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah

6 Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh.

7 Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985

8 Bada’ie Sana’ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.

9 Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.

10 Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.

11 Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 – 409, jilid 7.

Wednesday, April 22, 2009

Ya Allah. Saya Tersentuh. Ya Allah. Air Mata Ini Mula Mengalir



Sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/04/kenangan-juang-bersama-ayah-chik.html

Kenangan Juang Bersama Ayah Chik

Assalamualaikum , salam perjuangan terlebih dahulu saya hulurkan buat Ayah Chik semoga senantiasa dikurniakan taufiq dan hidayah , jua ketabahan jiwa yang tinggi dan mantap dalam memimpin sebuah bahtera perjuangan yang besar meredah samudera luas dan buas .

Saya memohon maaf berbanyak maaf jika kenangan on line ini mengganggu penumpuan Ayah Chik dalam mengemudi bahtera saat laut kian bergelora dan gelombang kian mengganas .

Saya yakin , melalui susur galur pentarbiyyahan yang pernah dilalui oleh Ayah Chik pula berbekalkan pengalaman yang luas sebagai seorang pejuang yang tidak pernah penat dan lelah mengharungi cabaran , rintangan dan halangan di sepanjang jalan , Ayah Chik cekal menghadapi apa jua situasi sukar .

Biarpun kini wajah dan jasad Ayah Chik semakin dimamah usia namun jiwa kental dan hati waja seorang pejuang yang diamanahkan oleh ummah untuk menjulang panji syariah masih terserlah . Pastinya semangat Ayah Chik tidak akan luntur apalagi mundur hanya kerana kedengaran dentuman petir dan kilat di langit , kerana sebelum ini sudah biasa basah dihujan dan goyang diribut .

Saya telah mengikuti dari dekat perjuangan Islam yang digerakkan oleh Ayah Chik sejak tahun 1984 , sedang tika itu saya hanyalah seorang murid bertatih baca alif , ba , ta di tingkatan 2 sekolah menengah kebangsaan . Setiap hujung minggu saya akan ke pekan sehari untuk membeli kaset ceramah Ayah Chik dan Ayah Ziq [ Tok Guru Nik Aziz ] yang diterbitkan oleh Pustaka Jihad [ kalau tidak silap saya ] .

Amanat Hj. Hadi

Tidak perlulah saya meriwayatkan kisah yang sedia diketahui umum . Cuma apa yang saya mahu kenangkan kembali ialah bagaimana Ayah Chik telah membawa satu gelombang kebangkitan Islam dengan meletakkan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang benar - benar menepati piawaian sebuah gerakan Islam yang tulen .

Bergandingan dengan Al Marhum Tuan Guru Hj Yusuf Ar Rawa , Al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Noor dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat , Ayah Chik mara memobilisasi kesedaran rakyat yang bermula dengan pemantapan aqidah perjuangan mereka .

Amanat Hj Hadi menjadi popular malah seluruh markaz PAS ketika itu akan menyimpan amanat tersebut di dalam frame tergantung di dinding . Bermula dari mak cik dan pak cik di kampung dan desa hinggalah kepada ikhwah dan akhawat mahasiswa university mula menyahut seruan jihad ke arah mendaulatkan Islam di atas tanahair tercinta .

Nabi Hadi dan Nabi Fadhil

Ayah Chik gigih ke serata negeri memenuhi undangan membelah kubu kuat UMNO yang berserakan di seluruh negara . Membangkitkan kesedaran , menyemarak semangat juang , membekalkan ilmu , menambah ahli serta cawangan dan menggerakkan jentera parti di semua peringkat agar aktif mendepani cabaran faham sekular yang dibawa oleh UMNO dan BN .

Melihat sambutan luar biasa rakyat dari seluruh negara terhadap dakwah Ayah Chik bersama PAS , akhirnya Ayah Chik dan Al Marhum Tuan Guru Fadhil Noor difitnah oleh UMNO dan BN kononnya mereka berdua [ Ayah Chik dan Ust Fadhil Noor ] akan menjadi nabi Melayu menjelang usia 40 tahun . Fitnah ini terpampang di dada - dada akhbar . Ya ... saya masih ingat !

Nyata segalanya tidaklah melemahkan semangat Ayah Chik untuk terus menongkah cabaran . Melalui Kuliah pagi jumaat dan Khutbahnya di Masjid Rusila , Ayah Chik membina fikrah Islami yang syumul dikalangan ahli yang rata - rata belum jelas hala tuju perjuangan mereka . Suara mimbar Rusila terus bergema menguasai ruang udara , membentengi ummah dari wabak sekular yang disebarkan oleh UMNO dan BN .

Masjid Rusila menjadi pangkalan kebangkitan Islam ketika itu . Nama Masjid Rusila terus masyhur ke serata dunia serentang dengan kehebatan al Qum di zaman pemerintahan Khomeini. Malah para pemimpin Gerakan Islam di peringkat antarabangsa lebih mengenali Rusila berbanding Taman Melewar pada waktu itu .

Seangkatan dengan kemasyhuran Masjid Rusila ialah Masjid Pulau Melaka di Kelantan yang di pimpin oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nikmat .

Bertolak dari dua masjid inilah , bersama sentuhan 2 Tok Guru [ Ayah Chik dan Ayah Ziq ] , sinar Islam terus memancar menerangi kegelapan ummah . Sehingga kini , hampir tidak kedengaran lagi mereka yang berani mengatakan politik suku agama suku sebagaimana sebelumnya , kalimah ini senantiasa meniti di bibir pemimpin UMNO dan BN .

Ayah Chik juga dinobatkan sebagai ulama' bertaraf antarabangsa . Sebaris Dr Yusuf Al Qaradhawi , Qadhi Hussein , Mehdi Akif , dan lainnya dalam menganggotai majlis Gerakan Islam antarabangsa , Majlis Pembebasan Al Quds dan Majlis Taqrib Mazahib di peringkat antarabangsa .

Tentu sahaja air tangan Al Marhum Mujahid ulung Said Hawa rhm ini benar - benar menjadi , bak mutiara buat ummah sepanjang zaman khasnya bagi ummat Islam di blok Nusantara ini .

Jauh Ayah Chik meniti ranjau , sehinggalah kini Ayah Chik diamanahkan sebagai Presiden PAS . Al Marhum Yusuf Rawa dan Al Marhum Ustaz Fadhil telah lama meninggalkan kita semua . Kini tinggal Ayah Chik bergandingan dengan Ayah Ziq memimpin parti .

Malang cabaran mutaakhir ini ternyata lebih liar dan cukup menguji ketahanan kepimpinan 2 Tok Guru ini . Namun saya doakan agar mereka terus diberikan kekuatan luar biasa bagi menyerap segala tekanan dan terus gemilang memacu perjuangan yang masih jauh destinasinya .

Ayah Chik , usahlah resah dan risau biarpun diluar sana kedengaran suara kritikan keras ke atas gaya dan cara kepimpinan Ayah Chik . Bagi saya , mereka berhak untuk melahirkan rasa tidak puas hati selama mana masih dalam frame akhlak dan adab berbeza pandangan . Segala kritikan boleh diambil secara positif untuk muhasabah dan sempadan dalam gerakkerja kita memimpin perjuangan ini .

Selama Ayah Chik benar dan ikhlas memimpin perjuangan ini , saya sangat yakin pertolongan Allah swt akan senantiasa mengiringi perjuangan dan kepimpinan Ayah Chik sementara anak - anak buah yang dididik sekian lama akan terus mengantar doa restu mereka agar Ayah Chik sabar dan tabah seterusnya dipelihara oleh Allah swt .

Rasulullah. Dalam Melatih Diri Menyayangimu

Rasulullah. Terimalah kami sebagai Ummatmu

Wah..BKSAM Selepas Era BAS....

Kenyataan rasmi demi kenyataan rasmi berputar sekitar Mesir. Semakin matang mahasiswa dalam menongkah arus perubahan.


JAWAPAN BALAS YDP BKASM TERHADAP KENYATAAN ISMA-MESIR

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W,para Sahabat,para Tabie’,Tabie’ Tabiein dan seluruh pendokong agama Allah. Salam ukhuwwah dan salam kasih sayang kerana Allah S.W.T

Firman Allah SWT;

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلا رِجَالا نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ (٤٣)


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, Yang Kami wahyukan kepada mereka. oleh itu Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui._Surah An.Nahl ayat 43.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (١٠)

Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat._ Surah Hujurat ayat 10.


Merujuk kepada jawapan balas pihak ISMA-Mesir terhadap kenyataan “Menolak fitnah Isma-Mesir” dari pihak BKASM, saya selaku Yang Di Pertua BKASM dan seluruh Ahli Jawatan Kuasa Tadbir BKASM ingin memberi penjelasan sepertimana yang diminta oleh pihak ISMA-Mesir dan seterusnya menafikan bahawa pihak BKASM terlibat selaku penganjur bersama di dalam menjayakan festival Asean.

Saya Abdul Aziz Akhimullah Bin Roslan, Yang Di pertua BKASM sesi 2008/09 bertanggungjawab untuk menjelaskan berkaitan kehadiran saya di dalam mesyuarat Festival Kebudayaan dan Sukan ASEAN 2009 (FEKSAS) kali ketiga merujuk kepada petikan dari web rasmi ISMA-Mesir;

“Justeru itu, ISMA-Mesir menyarankan agar Saudara Abd Aziz Akhimullah bin Roslan, sebagai Yang Di pertua BKASM menjelaskan kehadiran beliau sendiri ke mseyuarat tersebut kerana beliau sendiri yang menyatakan bahawa beliau mewakili ‘Selangor’ dalam catitan kehadiran yang diedarkan ketika mesyuarat tersebut.”

Di bawah adalah antara penjelasan bagi menafikan dakwaan keterlibatan BKASM selaku penganjur bersama bagi festival tersebut:

1. MEWAKILI PEGAWAI HEP SELANGOR

Saya ingin menjelaskan bahawa kehadiran saya ke mesyuarat tersebut adalah mewakili pihak pegawai Selangor dan bukannya hadir di atas tiket Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir. Ini berikutan di atas permintaan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Selangor, Ustaz Abdul Halim Bin Saljadi yang tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut. Saya juga tidak dimaklumkan mengenai agenda mesyuarat itu. Ditegaskan kembali,kehadiran saya hanya mewakili pihak pegawai yang bertindak selaku pemerhati mesyuarat bukan selaku ahli mesyuarat. Saya nyatakan di sini, saya tidak memberikan sebarang respon di dalam mesyuarat tersebut kecuali satu pertanyaan beserta cadangan daripada pengiring saya mengenai maklumat dan prosedur kemasukan ke universiti-universiti tempatan kepada pengarah JPMK.

Menurut muka hadapan laporan minit mesyuarat Festival Asean kali ketiga yang dipaparkan di dalam web ISMA-Mesir, saya dan saudara Mohd Norhan bin Hamsi sebagai pengiring saya berasa kecewa atas kesilapan yang telah dilakukan oleh setiausaha mesyuarat kerana telah menyenaraikan nama kami di bawah ruang senarai kehadiran. Mengikut protokol mesyuarat,sepatutnya nama kami diletakkan di bawah ruang turut hadir kerana mewakili pihak pegawai HEP Selangor sebaris dengan pegawai-pegawai yang hadir di dalam mesyuarat tersebut.

2. TIADA JEMPUTAN RASMI DARI PIHAK PENGANJUR.

Untuk makluman pihak ISMA-Mesir dan ahli BKASM yang dikasihi Allah, pihak BKASM tidak pernah menerima sebarang jemputan secara lisan atau bertulis daripada pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) untuk bekerjasama menganjurkan Festival ASEAN yang lepas.

BKASM juga tidak ditugaskan untuk memegang mana-mana portfolio dalam jawatankuasa pelaksana program tersebut. Bagaimana pihak ISMA-Mesir boleh mendakwa BKASM terlibat menjayakan festival tersebut dengan hanya berbuktikan penyertaan tidak rasmi saya pada mesyuarat ke tiga?, Dalam masa yang sama, saya tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri mesyuarat pertama hingga ke mesyuarat terakhir. Seperti yang telah dinyatakan di atas, satu-satunya kehadiran saya pada mesyuarat ke tiga tersebut, hanya mewakili pegawai dan bukan sebagai ahli mesyuarat rasmi seperti ISMA,IQRAM dan lain-lain.

3. TIADA PENYERTAAN BKASM .

Pihak BKASM tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh JPMK, akan tetapi,dalam Festival ASEAN kali ini, pihak BKASM tidak menghantar mana-mana individu atau kumpulan mewakili BKASM sebagai ajk pelaksana atau peserta.

BKASM juga tidak tersenarai sebagai jawatankuasa pelaksana program sebagaimana yang boleh dilihat dalam laporan minit mesyuarat kali pertama :-

1. Asri bin Jaafar (Nadi)

2. Mohd Hafizi (DMAK)

3. Mohd Firdaus Abd Razak (DMAK)

4. Nubli Abd Ghani (Bkan Sabah)

5. Awg. Affzainizam Awg. Aris (Bkan Sabah)

6. Nuraznan Jaafar (N.9)

7. Mohd Farid bin Sallehuddin (BKAN PAHANG)

8. Fahmi Md. Faisol (Negeri Sembilan)

9. Ahmad Tarmizi Hj. Ali (IQRAM)

10. Salman Abdul Rahman (ISMA-Mesir)

11. Salman Al-Farisi Selamat (ISMA-Mesir)

12. 3 wakil Sarawak

13. Syukri Fahmi (Nadi Wafidin)

4. PENJELASAN BERKAITAN ISTILAH “BKAN”.

Di dalam kenyataan yang dibuat oleh pihak ISMA-Mesir di dalam web rasmi mereka sebelum ini, seperti yang tertera di bawah;

“Festival Asean ini adalah anjuran Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar Malaysia di Mesir.Antara persatuan-persatuan pelajar yang turut serta ialah, PERUBATAN, Institut Qura’ Malaysia Mesir (IQRAM), Badan-badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) seperti Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Selangor dan sebuah syarikat anak Melayu, 3a Enterprise.”

Dengan bersangka baik terhadap pihak ISMA-Mesir, BKASM mengandaikan bahawa pihak ISMA-Mesir masih lagi tidak arif tentang penggunaan istilah BKAN seperti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak Isma-Mesir

Seperti yang telah dimaklumi oleh persatuan-persatuan pelajar Malaysia di Mesir ini, penggunaan Istilah BKAN, merujuk terus kepada persatuan yang diiktiraf oleh kerajaan negeri yang mewakili anak-anak negeri tersebut. Bagi setiap negeri hanya terdapat satu BKAN sahaja.

Oleh demikian, dakwaan ISMA-Mesir terhadap istilah BKAN Selangor tidak dimaksudkan sebagai BKASM adalah tidak tepat. Ini kerana, Kerajaan Negeri Selangor hanya mengiktiraf BKASM sahaja sebagai persatuan anak-anak Selangor di Mesir ini.

PENEGASAN

Pihak BKASM sekali lagi menegaskan bahawa BKASM tidak terlibat secara langsung sebagai penganjur bersama di dalam Festival Asean anjuran JPMK yang lepas sepertimana tafsiran silap ISMA-Mesir dan juga menegaskan tidak akan menarik balik kenyataan BKASM terhadap ISMA-Mesir sebelum ini.

BKASM melahirkan kekesalan terhadap ISMA-Mesir kerana menarik kenyataan rasminya yang asal terhadap BKASM yang merujuk kepada helaian minit mesyuarat Festival Asean kali ketiga dan meminta agar ISMA-Mesir lebih amanah dan bertanggungjawab dengan kenyataan yang telah dikeluarkan. BKASM juga menasihatkan agar ISMA-Mesir lebih berhati-hati dan cermat serta merujuk terlebih dahulu kepada pihak BKASM mengenai perkara yang tidak jelas sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

HARAPAN

Semoga dengan penjelasan ini, saya berharap dapat memuaskan hati semua pihak samada daripada pihak ISMA-Mesir mahupun ahli BKASM. Penjelasan ini bukanlah untuk memusuhi sesiapa tetapi hanya untuk memperbetulkan tanggapan salah terhadap BKASM. BKASM juga menyeru seluruh mahasiswa di Mesir dapat menyemai kasih dan sayang walaupun berbeza pandangan dan persatuan.

Harapan kami semoga Allah sentiasa memelihara dan memandu BKASM agar BKASM dapat menjulang Islam ke tempat yang paling tinggi.

Siiru ‘ala barakatillah.

Salam ukhuwwah, salam perjuangan kepada seluruh mahasiswa di Mesir daripada Ahli Jawatankuasa Tadbir BKASM sesi 2008/2009.

Sumber: http://bkasm.org/index.php?option=com_content&task=view&id=358&Itemid=1

Biodata Al-Imam al-Bukhari Radhiallahu Anhu


(Pusara Al-Imam Al-Bukari)

Insan bertuah dalam sejarah Islam ini bernama Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari al-Ju‘fi atau turut dikenali dengan panggilan Abu ‘Abdillah. Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 13 Syawal 194 Hijrah di Bukhara.

Al-Imam al-Bukhari adalah seorang yang sangat cermat dalam menulis hadith-hadith Rasulullah. Beliau telah menjelaskan kepada kita berkenaan dengan proses penulisan kitab Sahih beliau dengan berkata:

خَرَّجْتُ كِتَابَ الصَّحِيْحِ مِنْ زُهَاءِ سِتِّمِائَةِ أَلْفِ حَدِيْثِ فِيْ سِتَّ عَشَرَ سَنَةً . وَمَا وَضَعْتُ فِيْهِ حَدِيْثًا إِلاَّ اغْتَسَلْتُ وَصَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ .

yang bermaksud:

Saya mengeluarkan kitab al-Sahih (Sahih al-Bukhari) ini daripada kadar 600 ribu hadith dalam masa 16 tahun. Saya tidak akan meletakkan di dalam al-Sahih satu hadithpun melainkan saya akan mandi dan melaksanakan solat dua rakaat .


Para ‘ulama pada zaman al-Imam al-Bukhari sangat menghormati beliau lantaran ketinggian ilmunya dan ketakwaannya kepada Allah. Beliau sendiri telah bertemu dengan lebih 1000 orang para ‘ulama demi untuk menuntut ilmu .

Allah Taala memberikan kepada beliau kelebihan hafazan yang kuat. Apabila al-Imam al-Bukhari melihat mana-mana kitab sekali sahaja, maka beliau akan terus dapat menghafaz seluruh isi yang ada di dalam kitab tersebut hanya dengan sekali pandang sahaja .

Sekitar 100 ribu para ‘ulama telah belajar daripada beliau . Al-Imam Muslim sendiri yang merupakan salah seorang murid beliau pernah mengeluarkan satu kata-kata yang cukup menunjukkan betapa Al-Imam Muslim amat mengkagumi al-Imam al-Bukhari. Al-Imam Muslim berkata:

دَعْنِيْ أُقَبِّلُ رِجْلَيْكَ يَا طَبِيْبَ الْحَدِيْثِ فِيْ عِلَلِهِ ، وَيَا سَيِّدَ الْمُحَدِّثِيْنَ .

yang bermaksud:

Biarkanlah saya mencium kedua belah kakimu, wahai orang yang mengubati hadith daripada penyakit-penyakitnya, dan wahai ketua bagi al-Muhaddithin (para ulama hadith) .

Al-Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata:

مَا أَخْرَجَتْ خُرَاسَانُ مِثْلَ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْمَاعِيْلَ

yang bermaksud:

[Negeri] Khurasan tidak pernah mengeluarkan seorangpun seperti Muhammad bin Isma‘il [al-Bukhari] .

Antara para ‘ulama hadith yang meriwayatkan hadith daripada beliau adalah al-Imam al-Tirmidzi dan al-Imam Ibn Khuzaymah

Al-Imam al-Bukhari adalah antara para ‘ulama yang sampai ke tahap al-Ijtihad. Ijtihad dan pandangan fiqh beliau dapat difahami berdasarkan tajuk-tajuk setiap hadith-hadith yang dimuatkan oleh beliau di dalam al-Sahih. Ini kerana beliau sendiri yang memberikan tajuk kepada setiap hadith dalam Sahih al-Bukhari. Ini berbeza dengan al-Imam Muslim yang hanya memuatkan hadith-hadith Sahih di dalam kitab Sahih beliau tanpa beliau memberikan tajuk-tajuk kepada hadith-hadith tersebut.

Al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa para ‘ulama seluruhnya telah bersepakat bahawa Sahih al-Bukhari dan Sahih al-Imam Muslim adalah dua kitab yang paling sahih selepas al-Qur’an al-Karim berbanding dengan kitab-kitab hadith yang lain. Walau bagaimanapun, al-Imam al-Nawawi dan kebanyakan ‘ulama berpandangan bahawa Sahih al-Imam al-Bukhari adalah kitab hadith yang paling Sahih berbanding dengan Sahih al-Imam Muslim.

Atas dasar inilah, menjadi satu kesalahan berat dari sudut ilmu Islam apabila ada individu Muslim yang mempertikaikan kesahihan hadith-hadith yang dimuatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka. Ini kerana al-Ijma‘ telahpun termetrai bahawa semua hadith yang dinyatakan di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim benar-benar adalah hadith yang pernah diucapkan oleh baginda Rasulullah tanpa ada sebarang kesalahan sebagaimana umat Islam seluruhnya menyakini bahawa seluruh ayat-ayat al-Qur’an al-Karim adalah benar-benar kalam Allah Taala tanpa ada sebarang syak.

Sahih al-Imam al-Bukhari memuatkan sebanyak 7, 275 hadith. Sekiranya kita hanya mengira bilangan hadith-hadith tersebut tanpa mengira bilangan hadith yang berulang, bilangan hadith Rasulullah dalam Sahih al-Imam al-Bukhari adalah sebanyak 4 ribu hadith.

Al-Imam al-Bukhari meninggal dunia pada malam Sabtu iaitu malam hari raya ‘Id al-Fitr tahun 256 Hijrah di Khartank (salah satu perkampungan di Samarqand). Semoga Allah merahmati beliau dan menempatkan beliau di syurgaNya atas sumbangan beliau yang sangat hebat dan sangat bermakna kepada umat Islam khususnya. Amin.

Tuesday, April 21, 2009

Ukhuwah Islamiah Itu Adalah Segala-galanya.

Salam Ukhuwah buat akhi Suhail. Kita memang berbeza pandangan. Namun Ukhuwah Islamiah tidak akan bercalar sekalipun kita berbeza idea dan cara. Saya sayangkan anda dan seluruh para muslim keranaNya. Selamat menuju ke aras pembentukan kerajaan yang bertunjang kalam Allah dan Sabda Rasulullah.

......................

hairul: salam
hairul: hihi
mohd suhail mohd sufian: wslm
hairul: mengaji rajin2
hairul: maafkan saya kalau terguris hati
mohd suhail mohd sufian: kaifa halak?
hairul: saya hanya berbincang dari segi pandangan saya
mohd suhail mohd sufian: takde
mohd suhail mohd sufian: bagi ana usta antara yg plg hebat dlm hormat pandangan org lain
hairul: tak bermakna saya memusuhi sesama muslim
mohd suhail mohd sufian: sbb bila lihat cara ustaz komen
hairul: astaghfirullah
hairul: ada gambar
mohd suhail mohd sufian: ustaz dkt cairo ke?
hairul: boleh bersilaturrahmi
hairul: yep
mohd suhail mohd sufian: ana dkt alex
mohd suhail mohd sufian: kalau ustaz dtg sini jemputla dtg rumah
mohd suhail mohd sufian: zuajah ana kenal je zaujah ustaz
hairul: yer ker
mohd suhail mohd sufian: tapi zaujah ustaz mgkn tak knl zaujah ana kot
hairul: sent la gambar kat saya
mohd suhail mohd sufian: ok la
mohd suhail mohd sufian: ana pun nak smbg studi
mohd suhail mohd sufian: moga kita sama2 menggarap ilmu sebagai mujtahid
hairul: amin ya rabb
mohd suhail mohd sufian: blog ana www.suatuharinanti.wordpress.com
mohd suhail mohd sufian: insya'allah
mohd suhail mohd sufian: dkt blog ana ada.
mohd suhail mohd sufian: aiewah
hairul: oo
hairul: tengah bukak ni
hairul: hihi
mohd suhail mohd sufian: yg ditegah oleh islam adalah perbezaan hati, tetapi perbeaan diluar merupakan dhoruri-Imam AsySyahid Hasan Albanna dlm risalah ukhuwwah
hairul: mana satu gambarnya
hairul: tak perasan la
mohd suhail mohd sufian: yg atas skali. header dia.
hairul: alahai
hairul: gambar tunduk la pula
hairul: huhu
hairul: sent je la gambar akhi kat saya
mohd suhail mohd sufian: ssh gak nak cari gambar sendiri
mohd suhail mohd sufian: he he
mohd suhail mohd sufian: tu kot gmbr yg plg clear
mohd suhail mohd sufian: insya'allah kalau jumpa nanti kita smbg pnjg lg.
hairul: insyaallah
hairul: salam mujtahid
hairul: salam ukhuwwah
hairul: Saya sayang anda kerana Allah
mohd suhail mohd sufian: salam mujtahid juga.
hairul:
hairul:
mohd suhail mohd sufian: saya cinta ustaz hairul kerana Allah dan dakwah ini.
mohd suhail mohd sufian:
hairul: ok study dulu
hairul: doakan saya
hairul: assalamualaikum
mohd suhail mohd sufian: insya'allah
mohd suhail mohd sufian: doakan ana juga
mohd suhail mohd sufian: wa'alikumussalam
hairul: amin
hairul: walhamdulillahi Rabbil alamin
mohd suhail mohd sufian: ameen

Monday, April 20, 2009

Sajak Untuk Masjid Itu



Kau wujud,
Kau terbina megah mencari nama,
Agar manusia terkasima dan bangga dengan dirimu.

Bukankah aku dibina agar manusia menyembah tuhan Yang Esa?
Bukankah aku dibina agar Sang Pencipta diagungkan dan ini tiada salahnya bukan?
Maka tujuanku zahirnya baik. Usah bergaduh duhai para sahabat Rasul. Aku ini untuk jadi lokasi ibadah kalian agar kalian menyembah tuhan.

Kata satu insan

"Tidak!
Kau bukan dibina atas sebab itu.
Kau dibina untuk memperpecahkan.
Agar muslim bercanggah pendirian.
Aku peduli apa atas alasan tarbiah, menyembah Allah, memuja dan memujiNya di dalammu.
Pokoknya kau parasit dalam rupa seorang hamba bergelar masjid yang Esa.
Kan Masjid Quba' sudah ada. Mau apa lagi".

Aduh. Kenapa mahu bergaduh. Itukan masjid. Tujuannya mulia. Mahu menggamit manusia agar menyembah dan sujud pada tuhannya?
Usah bercakaran. Usah bercarangiak (dialek minangkabau).
Yang penting masjid itu tetap punya peranan.
Masjid yang telah lama teruskan.
Misi kita sama.
Mahu mengajak manusia menyembah Yang Esa?
Aduh. Mengapa kamu terlalu sempit?

Rasul Allah.
Macam mana ini?.
Itu masjid. Tempat menyembah Allah.
Apo teh aka awak leh. Haniang-haniang jo la (apa yang boleh kita buat lagi. Senyap sudahlah).

Bergegas wahyu tuhan membelah langit.
Sampai ke hadrat Rasul Mulia.
Tuhan berbicara:

لا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) al-Taubah 108.

Rasul mulia bingkas bangkit.
Mari kita ke masjid itu.
Masjid itu masjid Dhirar
Masjid itu ingin memudaratkan kita.
Kita bakar masjid itu.
Kerana ia dibina bukan atas dasar takwa.
Tapi dibina untuk memecahkan saf kita.

Tolong Rasul.
Jangan bakar aku.
Aku ini tempat solat.
Aku ini tempat zikir.
Aku ini tempat Quran dibaca.
Jangaaaaaaaan.
Ja ja Jangan..
Aduh aduhhh. Panas.
Api api..tolong...jangan bakar aku...
Toloooooooooog.

(Sekadar satu sajak buat Masjid Dhirar yang dibakar oleh baginda Rasulullah Sallallhu Alaihi Wa ala alihi Wasallam)

Terfikir...

"Dalam blog saudara Hairul Nizam Mat Husain, mantan Presiden PMRAM sesi 2007, beliau hanya menyebut nama ISMA dan Kelab UMNO secara tepat dan tidak menyebut nama persatuan-persatuan lain yang turut menganjurkan Festival ini seperti PERUBATAN, IQRAM dan BKAN yang lain.

Seharusnya beliau lebih adil dan amanah dalam melaporkan sesuatu dengan menyebut sekali nama-nama persatuan lain, di mana dalam mesyuarat jawatankuasa penganjur program, beberapa individu pimpinan BKAN yang berada di bawah naungan PMRAM juga turut hadir".

Sumber: http://ismamesir.com.

......

Saya terfikir sejenak.. Saya dipertikai kerana tidak menyebut nama semua persatuan yang terlibat. Sedangkan tindakan membahaskan terhadap sesuatu contoh bukanlah sikap seorang yang hebat (al-Bahsu Fil Mithal Laysa Min Syu`um al-Rijal).

......

"Setelah meneliti hasil tulisan “Kenyataan Rasmi Penglibatan ISMA-Mesir dalam FEKSAS 09” di dalam web rasmi ISMA-Mesir, pihak BKASM melahirkan rasa kecewa di atas kenyataan tidak cermat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan yang mengaitkan Festival ASEAN ada kaitannya dengan BKASM. Kenyataan yang dikeluarkan oleh ISMA-Mesir seperti yang tertera di bawah;

“Festival Asean ini adalah anjuran Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar Malaysia di Mesir.Antara persatuan-persatuan pelajar yang turut serta ialah, PERUBATAN, Institut Qura’ Malaysia Mesir (IQRAM), Badan-badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) seperti Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan SELANGOR dan sebuah syarikat anak Melayu, 3a Enterprise.”

adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan boleh menjejaskan nama baik BKASM di mata mahasiswa dan Kerajaan Negeri Selangor lebih-lebih lagi apabila Festival ASEAN tersebut menghidangkan hiburan tidak syar’ie yang boleh merendahkan martabat golongan ulama’ keluaran Al-Azhar, Mesir.

Pihak BKASM juga kecewa kerana nama BKASM diseret secara tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak yang menganjurkan festival tersebut kerana jika dilihat sekali imbas perkataan “Persatuan Mahasiswa di Mesir” menunjukkan semua persatuan mahasiswa di Mesir terlibat secara langsung di dalam menjayakan festival tersebut sedangkan secara realitinya BKASM tidak ada hubungan di dalamnya.

Dengan ini, pihak BKASM berpendirian agar ISMA-Mesir dapat mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada pihak BKASM dan menasihatkan agar pihak ISMA-Mesir lebih bertanggungjawab dan lebih amanah di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana pepatah melayu ada menyebutkan “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa” dan “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Yang Menjalankan Amanah,


(Abdul Aziz Akhimullah Bin Roslan)

Yang di Pertua,

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM),

Sesi 2008/2009".

Sumber: http://bkasm.org/index.php?option=com_content&task=view&id=356&Itemid=1


.......


Saya dipertikai kerana tak menyebut nama semua persatuan yang terbabit. Macam mana pula sekiranya kita menyebut bahawa BKAN tertentu terbabit sedangkan BKAN tersebut sebenarnya tidak berbabit?

Mmm. Saya menggaru kepala.

Ikhlaskanlah Kami Dalam Menegakkan Islam

Bila al-Allamah al-Syaikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bersuara: Umat Islam Di Malaysia Tidak Ada Pilihan Lain Melainkan Menggabungkan Diri Dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Sekadar Renungan Dan Tafakkur

Peperiksaan makin hampir. Dalam sekitar 20 hari lagi. Waktu yang masih berbaki sangat begitu emas buat kita. Berlatihlah untuk menjadi seorang yang mencintai ilmu. Belajarlah kerana dengan ilmu yang ditimba bakal memberikan satu kesan yang cukup positif dalam pembinaan negara yang bertunjangkan Islam.

Kalau dulu pengarang kitab Fiqh al-Khilafah iaitu Dr. Abdul Razak al-Sanhuri menyatakan bahawa pembinaan khilafah Islam sangat memerlukan tenaga para ulama pakar yang akan menjadi Ahl al-Hall wa al-Aqd (orang yang berautoriti) dalam memastikan perjalanan negara adalah bertunjangkan Syariat ataupun tidak.

Hari ini, masing-masing sekalipun mempunyai pegangan yang pelbagai berkenaan dengan gerakan Islam di Malaysia tetap boleh bersetuju bahawa kita perlu menggantikan pemerintahan sekular hari ini dengan satu negara yang diperintah dengan mana Allah dan Rasul adalah pemutusnya. Maka saya menyeru kepada seluruh mahasiswa Islam agar bersungguh-sungguh dengan agenda menuntut ilmu secara serius dan bukan bermain-main kerana untuk mengisi negara Islam yang diidam-idamkan tersebut adalah sangat memerlukan tenaga ilmu secara pakar.

Berusahalah untuk menjadi manusia cemerlang kerana kerajaan Islam itu merindui para ulama dan ilmuan Islam yang pakar dan masak dalam ilmunya.

Apa kata kita sahut bersama-sama perkara di bawah:

1- Kita mesti menghabiskan pengajian kita di Mesir sehingga kita selesai menjulang Phd.

2- Kita mesti berusaha agar keberadaan kita di Mesir adalah sekurang-kurangnya 10 tahun lamanya

3- Kita akan menumpukan sesungguh-sungguhnya waktu kita yang terhad di Mesir ini untuk kita melutut dan bersimpuh menadah kitab dan pengetahuan daripada para ulama al-Azhar al-Syarif yang begitu agung keilmuannya agar keberadaan lama kita dalam mengejar Phd akan menjadikan ilmu-ilmu yang begitu agung di luar universiti dapat diambil semaksimanya.

Bagi saya, taraf M.A dan Phd hanyalah gula-gula yang dianggap bahawa ia adalah tanda bahawa kita adalah orang berilmu. Yang paling utama dan paling penting adalah bertalaqqi dengan ulama-ulama ikhlas al-Azhar di Ruwaq al-Atraq, Zollah Fatimiyyah dan sebagainya kerana itulah sebenarnya hakikat kematangan dan kedalaman ilmu. Tinggalkanlah kegemaran membuang masa mahasiswa dengan tidur dan menonton pelbagai acara kerana permusafiran kita adalah permusafiran sang kelana yang mendamba ilmu sang Pencipta, bukan permusafiran sang pelancong dan membasuh dan mencuci matanya.

Sudahlah buat segala agenda membuang masa kerana daulah yang diharapkan memerlukan ulama yang ikhlas dan pakar dalam bidangnya. Semoga Allah memilih kita.

Teman-Teman Di Malaysia Dijemput Menjayakan Misi 300

Sebagaimana yang dimaklumi, PMRAM sedang berusaha keras untuk mendapatkan pejabat baru PMRAM sebelum berlalu tahun ini. Dijangkakan Syaqah PMRAM yang anggarannya berjumlah LE 1 Juta bersaman USD 188, 928.77 / RM 612, 223.66 akan cuba diperolehi sebelum akhir tahun ini.

Setakat ini PMRAM yang sudah memiliki sejumlah sekitar LE 200 ribu telahpun melancarkan kempen satu orang 300 geneh yang seandainya berjaya disahut oleh 3000 orang ahli, pendokong dan mana-mana individu yang bersimpati terhadap PMRAM, jumlah yang bakal terhasil adalah sejumlah LE 900 ribu yang akan terus memungkinkan PMRAM mencapai sasarannya akhir tahun ini.

Kempen yang bukanlah bermakna memaksa ahli ini diharapkan akan mendapat sambutan daripada seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir dan bekas-bekas mahasiswa Malaysia Mesir yang telah pulang berkhidmat di Malaysia.

Justeru bagi mana-mana penyumbang luar Mesir yang ingin menderma, anda boleh terus menyalurkan sumbangan anda ke akaun HSBC bernombor 001017193011 atas nama Hairul Nizam Mat Husain. Akaun tersebut untuk maklumat pembaca telah dijadikan secara rasmi sebagai akaun dana apartmen PMRAM.


Selamat menyumbang.

Sunday, April 19, 2009

Syabas PMRAM

PMRAM merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) kerana menerima baik kunjungan PMRAM, BKAN dan DPM yang diketuai oleh Presiden PMRAM, Abdul Mui'zz bin Muhammad. Kunjungan yang berlangsung dalam suasana yang harmoni itu tidak lain demi menyampaikan surat kekesalan hasil dari insiden tarian luar batas syariat yang berlaku ketika program Festival ASEAN 11 April lepas yang dikelolakan oleh JPMK. Nasihat yang menyatakan kekesalan PMRAM, BKAN dan DPM merupakan bukti kerjasama dan prihatin mahasiswa-mahasiswi al-Azhar terhadap apa-apa isu sensitif yang berlaku. Justeru PMRAM mengira kerjasama seperti ini yang dilandasi semangat nasihat menasihati perlu dipupuk agar masyarakat Melayu Islam di Perlembahan Nil ini sentiasa terpelihara dari gejala yang menjejaskan kredibiliti akhlak individu Muslim.

Sumber: www.pmram.org

Menarik Juga Blog Ini


http://kebangkitan-pemuda.blogspot.com/

Saturday, April 18, 2009

Walhamdulillah

Saya baru sahaja menatap kenyataan rasmi dari pihak ISMA-Mesir dalam web rasmi persatuan ini. Syukur kerana ISMA-Mesir menyatakan pendirian ketidaksetujuan mereka atas persembahan tarian tersebut. Sekurang-kurangnya kita dapat bersatu dalam membasmi segala budaya negatif yang dipaparkan kepada kita di Mesir ini. Syukur kepada Allah yang menjadikan perkara-perkara maksiat adalah asing dan janggal dalam komuniti masyarakat pelajar Malaysia di Mesir. Walhamdulillah.

Begitu juga dengan saudara saya yang saya anggap seperti adik saya sendiri, saudara Asri Jaafar yang juga turut memohon maaf atas insiden tersebut. Sempat juga saudara Asri bermesej dengan saya:

"kami pon xtau yang die nak antar tarian wanita... tup2 dah sampai depan padang waili.mcm taun lepas dia antar muzik je...kiteorng dah wat gak surat yang ada batasan kepda segala persembahan yang nak dibuat.... maaf kan saya....pengarah program: asri bin jaafar".

Walhamdulillah. Kita sepakat untuk memastikan segala percanggahan Syarak tidak berlaku di Mesir ini.

Saya tidak bercadang untuk menjawab beberapa perkara yang tertera dalam kenyataan rasmi tersebut yang berkaitan dengan saya. Saya hanya inginkan kejujuran dan rasa tanggungjawab seluruh persatuan yang terlibat dalam festival lalu atas insiden yang berlaku. Alhamdulillah kita sama-sama tidak merestui maksiat yang berlaku. Isu ini isu besar yang mencalarkan kredibiliti mahasiswa Islam. Kita tidak mahu ada mahasiswa yang akhirnya akan merasakan bahawa isu ini adalah isu kecil.

Habis isu joget.

Saya memang tidak bersetuju dengan ISMA, JIM, ALAMI, ABIM dan mana-mana sahaja jemaah-jemaah Islam di Malaysia sedangkan PAS sudah ada. UMNO lagilah saya tidak bersetuju dan kita semua boleh bersetuju bahawa UMNO bukanlah jemaah Islam.

Jemaah-jemaah Islam ini adalah jemaah baru yang muncul sedangkan PAS sudah berjuang aktif dalam menegakkan Syariat Allah di Malaysia. Kalian menyatakan kalian inginkan khilafah sedangkan kalian tidak menjadi pendokong dan kaki tangan kepada PAS. Kalian menubuhkan satu demi satu demi satu demi satu jemaah-jemaah Islam dan melupakan untuk duduk bertanya pertolongan yang diperlukan oleh PAS daripada kalian.

Saya tidak menafikan bahawa usaha dakwah yang kalian laksanakan akan mendapat ganjaran di sisi Allah sekiranya kalian ikhlas. Itu bukan perselisihan kita. Sesiapa sahaja yang melakukan sesuatu tindakan untuk menyampaikan mesej Islam, dia bakal beroleh pahala daripada Allah Insyaallah.

Namun yang saya lihat adalah pembaziran tenaga dalam menggagahkan dakwah Islam di Malaysia. Saya sering terdengar orang mengatakan PAS tidak kuat tarbiah dan hanya mementingkan politik. Lalu jemaah-jemaah itu menyatakan bahawa slogan mereka adalah tarbiah. Kalian seakan beranggapan bahawa kita hanya perlu mengutamakan tarbiah dengan alasan masyarakat Malaysia sekiranya masyarakat yang ditarbiah, mereka akan memilih untuk mendaulatkan pemerintahan Islam di Malaysia. Wah. Adakah Solahuddin Al-Ayubi hanya berjihad membebaskan Masjid al-Aqsa setelah mana semua umat Islam ketika itu telah selesai tarbiahnya? Mengapa tidak seiring antara siasah dan tarbiah? Agak-agaknya berapa lama masa yang kita perlukan untuk memastikan masyarakat Malaysia seluruhnya akan kuat tarbiahnya dan akan mendaulatkan Islam?

Adakah anda ingin mendakwa bahawa perjuangan PAS selama ini adalah perjuangan yang silap dan perlu untuk ditukar kepada satu perjuangan baru?

Sekiranya PAS bagi anda adalah satu perjuangan yang relevan di Malaysia dalam perjuangan tarbiah dan siasah, maka adakah cukup dengan sekadar pengakuan ini seterusnya membiarkan PAS terkontang-kanting bergerak sendirian sedangkan anda hanyalah penyokong dan bukannya pendokong.

Sekiranya anda berpandangan pula bahawa PAS adalah tidak wajar di Malaysia, maka apakah cara yang paling sesuai untuk mendaulatkan pemerintahan Islam di Malaysia? Adakah secara realitinya cukup dengan misi mentarbiah dan mentarbiah tanpa bergelendangan dalam gelanggang siasah?

Ke mana hala tuju tarbiah anda? Ke arah menyucikan jiwa semata-mata tanpa terjun dan mewaqafkan diri untuk menerima tentangan dan ujian dalam melawan arus nasionalisme di Malaysia?

Saya sering melihat kelompongan dalam aktiviti dakwah di bawah PAS. Pimpinan-pimpinan PAS tidak cukup penumpuan disebabkan tugasan yang berjela-jela. Kenapa saudara-saudara di dalam ALAMI, JIM, ABIM dan mana-mana jemaah yang mengatakan mereka ingin mendaulatkan Islam di Malaysia tidak mengisi kekosongan ini dan memberikan komitmen yang padu dalam memperindahkan perjuangan Islam dalam wadah siasah ini. Yang berlaku adalah pembaziran tenaga yang disalurkan kepada macam-macam jemaah Islam yang mendakwa mereka ada cara tersendiri dalam menegakkan Islam di Malaysia.

Apapun, sekalipun saya tidak bersetuju dengan jemaah-jemaah tersebut, ini tidaklah membawa kepada kebencian sesama muslim. Sekiranya antara muslim dan non muslim ada haknya untuk tidak dizalimi, dihina dan dicaci, maka lebih-lebih lagi antara sesama muslim. Hak sesama muslim wajib dijaga sekalipun berbeza fikrah dan ideologi.

Entahlah. Apa pula agaknya jemaah yang akan lahir seterusnya yang akan turut menyatakan bahawa mereka ada cara dan metod tersendiri untuk menegakkan Islam di Malaysia. Banyakkanlah jemaah agar tenaga yang ada dapat dibazirkan. Saya nak bilang berapa jemaah yang bakal lahir seterusnya.

Salam ukhuwwah dari:

Anak Minang suku Piliang dan Jambak Auih.

PMRAM dan TOMOI


Isu joget dah makin panas. Semestinya kena panas agar kita sensitif dan buka mata di atas apa yang berlaku. Saya bersangka baik bahawa pihak penganjur tidak mengetahui dari awal bahawa persembahan yang dibuat adalah tarian wanita di hadapan penonton lelaki dan perempuan. Namun adakah semata-mata pihak penganjur tidak mengetahui persembahan joget tersebut adalah satu sebab untuk kita terus menonton dan membenarkan persembahan tersebut.

Kepada para teman yang membidas saya dan mengatakan bahawa para penari itu adalah pelajar sekolah rendah, saya harap para teman dapat menelusuri kalam-kalam fuqaha terhadap masalah tarian wanita dan adakah semata-mata para penari adalah pelajar sekolah rendah (kalau betul mereka adalah sekolah rendah) maka Islam membenarkan mereka berjoget di hadapan kaum lelaki?

Bagi saya, sepatutnya insiden ini sekiranya berlaku tanpa sengaja, pihak penganjur perlu memohon maaf kepada seluruh mahasiswa Islam Malaysia di Mesir atas insiden seperti ini. Bukannya senyap dan membiarkan isu ini berlalu tanpa sebarang kenyataan. Satu lagi, adakah semata-mata kerana wakil Indonesia ingin membuat persembahan joget, kita merasa malu mata dan malu alah lalu kita terpaksa membenarkannya? Di samping itu, menjadi satu perkara yang sangat dikesali apabila pihak penganjur tidak mengetahui bentuk persembahan yang bakal dilaksanakan.

Saya teringat satu peristiwa sekitar 3 atau 4 tahun yang lepas semasa PMRAM mengadakan festival kebudayaan yang mempertemukan mahasiswa-mahasiswa dari Palestin, Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Thailand.

Pagi itu kecoh di Hayyu Ashir apabila satu persembahan TOMOI dari Thailand akan diadakan di dataran Hayyu Asyir bersempena program ini. Isunya adalah 2 orang pelajar Thailand yang akan mempersembahkan demo seni Muai Thai tersebut berseluar pendek. Wakil PMRAM yang menjadi AJK program tersebut menemui saya dan menyatakan bahawa dua orang pelajar Thai itu naik marah apabila mereka diminta untuk menutup aurat semasa membuat persembahan yang bakal ditonton oleh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia.

Saya yang ketika itu masih Timbalan Presiden ataupun sudah menjadi Presiden - Syakka Rawi - terus bergegas ke rumah Kedah Hayyu Ashir untuk menemui dua orang pelajar tersebut. Saya menyatakan kepada mereka dengan lemai gemalai bahawa kita mesti menutup aurat dalam persembahan sebentar lagi. Saya ketika itu telah bertekad bahawa sekiranya mereka tetap berdegil, saya akan membatalkan persembahan tersebut walaupun saya memang minat betul semenjak sekolah menengah lagi seni Muai Thai berbanding dengan seni Silat Melayu.

Kenapa? Kerana kita diajar bahawa Syarak mendahului segala keinginan. Dalam melakukan apa sahaja aktiviti, kita perlu meletakkan pemutus untuk membenarkan sesuatu atau menidakkan adalah Allah dan Rasul.

Atas dasar ingin meletakkan dasar pemutus adalah Allah dan Rasul itulah kita perlu berusaha untuk merealisasikannnya khususnya dalam menggantikan era UMNO di Malaysia. Moga Allah memberikan kepada kita semua kekuatan untuk menobatkan pemerintahan berdasarkan acuan Islam di Malaysia dan seluruhnya.

Thursday, April 16, 2009

Astaghfirullah. Kenapa Mesti Ada Joget Wanita?

http://www.youtube.com/watch?v=bjo9y3nYj8o

Saya terkejut besar bila Festival Asian 2009 yang disokong dan didokong oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang dikelolai dan dibantu oleh persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah KBMK seperti ISMA, Kelab UMNO dan lain-lain telah mengejutkan mahasiswa Islam di Mesir apabila penutup festival tersebut telah dihidangkan dengan tarian wanita Indonesia.

Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun. Mengapa perkara ini boleh berlaku dan sanggup dihidangkan di hadapan para mahasiswa Malaysia di Mesir yang majoritinya adalah mahasiswa al-Azhar yang diajar untuk memahami dan mendalami Islam?

Mengapa para hadirin tidak bangkit lalu meninggalkan majlis tersebut sebagai tanda tidak redha terhadap maksiat yang ditonjokan di hadapan mereka?

Mengapa pihak-pihak yang menjayakan program ini seperti ISMA dan Kelab UMNO tidak menyatakan secara rasmi kekesalan mereka terhadap upacara maksiat ini.

Adakah ini satu petanda bahawa mahasiswa Islam di Mesir sedang cuba untuk dilalikan dan dibius dengan pelbagai upacara melalaikan dan lebih malang berbau maksiat agar mereka tidak lagi sensitif dengan kejijikan ini. Astaghfirullah.

Teman-teman semuslim. Ini satu perkara yang cukup tidak patut berlaku di Mesir yang terkenal sebagai ladang subur bagi ilmu Islam dan para ulama. Kita semua perlu sensitif dalam isu-isu seperti ini. Budaya bencikan maksiat yang telah dipupuk di dalam sanubari para mahasiswa Islam di Mesir semenjak sekian lama perlu untuk dipergagahkan.

Wah. Mengapa joget itu perlu ditonton dan dihidang? Apa sudah redha seluruh kakitangan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, JPMK, ISMA, Kelab UMNO dan persatuan-persatuan berdaftar di bawah KBMK sehingga ke saat tangan ini mencoret karya masih tetap utuh bisu tanpa berbicara dengan bahasa kekesalan terhadap insiden ini.

Demi tuhan Ka'bah. Kita wajib untuk mencantas dan membenteras segala anasir maksiat dan kejijikan yang seakan-akan cuba dibiasakan dalam atma mahasiswa Islam Malaysia di Mesir.

Saya sangat kesal dengan insiden ini.

Tuesday, April 14, 2009

Nihayah al-Sul.. Akhiran Wasala Ila Nihayatihi


Alhamdulillah. Allah perkenankan juga untuk terjemahan dari al-Faqir berdasarkan sukatan pelajaran mahasiswa Syariah Islamiah tahun satu untuk terbit di alam nyata. Buku yang akan menjadi waqaf buat PMRAM ini akhirnya terbit juga setelah saya menterjemahkannya selama dua tahun.

Saya akan menyambung terjemahan buku Nihayah al-Sul yang menjadi sukatan pelajaran Usul al-Fiqh al-Nassi di Universiti al-Azhar al-Syarif sehingga sempurna seluruh sukatan pelajaran bagi pelajar Syariah Islamiah tahun satu hingga tahun empat.

Khamis ini, 16 April selepas Maghrib, saya dijemput oleh pimpinan Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir untuk membentangkan buku ini buat mahasiswa Sabah tahun satu di Rumah Sabah Abas Aqqad bersempena dengan peperiksaan yang bakal menjelang. Kalau ada kawan-kawan tahun satu Syariah Islamiah yang ingin hadir, maka dialu-alukan.

Malaupun peperiksaan saya juga bakal tiba pada akhir Jun ini, saya berkelapangan untuk membentangkan buku waqaf Dana Syaqqah ini buat mahasiswa Syariah Tahun Satu seluruh Mesir agar jualan buku terjemahan ini berjaya dihadiahkan kepada Dana Apartmen PMRAM.

Ya Rabb. Taqabbal

Dana Syaqah PMRAM - Satu Kepala LE 300.00 ??

Saya telah mencadangkan dalam Muktamar Sanawi PMRAM baru-baru ini untuk diterima satu usul bahawa setiap ahli PMRAM menyumbang sebanyak LE 300.00 perkepala. Macam-macam pandangan yang dilontarkan dalam perbahasan usul ini. Akhirnya usul ini diterima oleh sidang muktamar secara majoriti.

Saya mendengar pelbagai respon ahli PMRAM selepas muktamar. "Mana nak cari duit sebanyak 300 geneh?". "Mahal 300 geneh tu". "Inilah PMRAM. Hanya tahu untuk menyusahkan dan membebankan ahli".

Respon-respon di atas adalah antara suara-suara ahli terhadap isu ini. Saya memohon keampunan daripada Allah dan menyusun 10 jari kepada para ahli PMRAM sekiranya cadangan saya adalah menyusahkan dan membebankan. Walau macam mana sekalipun, usul tersebut telahpun diterima oleh sidang muktamar dan mesti disambut oleh para ahli PMRAM yang dihormati.

Saya boleh digolongkan di kalangan manusia yang tidak berduit. Tidak berzakat, dan tidak mendapat mana-mana tajaan. Namun saya tetap merasakan bahawa saya mampu dalam kemiskinan saya untuk berusaha mendapatkan 300 geneh dari poket kosong saya untuk saya hadiahkan kepada PMRAM. Kita mudah untuk berbelanja besar sekiranya kita merasa kenyangnya. Namun kenapa kita terlalu migrin bila diminta untuk mengeluarkan sumbangan 300 geneh kepada dana apartmen PMRAM.

Para sahabat PMRAM yang dikasihi. PMRAM telah cuba untuk berdikari dalam mencari sumbangan dan projek perniagaan. Saya pasti PMRAM akan terus dengan usaha-usaha tersebut sekalipun usul LE 300 telahpun diterima secara majoriti. Para teman. Marilah kita berusaha untuk menjayakan misi ini. Walaupun ianya adalah berat, namun saya merasakan itulah erti pengorbanan buat persekutuan yang telah lama menabur bakti buat masyarakat Melayu di Lembah Nil ini.

Kalaulah cita-cita saya berhasil iaitu 3000 orang ahli berjaya menginfaq sebanyak 300 geneh, kita bakal menerima sejumlah LE 900 ribu yang sudah terlalu molek untuk pembelian pejabat PMRAM. Kalaulah yang menyumbang adalah lebih daripada 3000 ahli, alangkah berbahagianya.

Saya bukan orang berduit. Kadang-kadang terpaksa berhutang untuk hidup berkelana dalam permusafiran ilmu ini. Namun saya akan tetap berusaha untuk menyumbangkan LE 300 bahkan lebih buat PMRAM agar saya akan tidur lena dalam dakapan barzah kelak.

Ya Rabb. Taqabbal.

Jemaah-jemaah Islam Yang Pelbagai

Lama tidak menulis. Selepas kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil baru-baru ini, saya terpanggil untuk menulis sekadar membuka minda pembaca berkenaan dengan satu isu lama tetapi terus wujud dalam dunia dakwah Islam hari ini iaitu kepelbagaian jemaah-jemaah Islam di Malaysia atau dengan gaya bahasa yang lain; Ta`addud al-Jama`ah.

Persoalan yang saya ingin lontarkan di kanvas maya ini adalah "Mengapa perlu ada pelbagai kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia selepas wujudnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Malaysia?".

JIM, ALAMI, ABIM, ISMA dan macam-macam lagi kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia adalah nama-nama yang sering meniti di bibir-bibir aktivis dakwah dalam membincangkan kewajaran jemaah-jemaah ini selepas wujudnya PAS di Malaysia.

Saya sering terfikir mengapa perlu wujud pelbagai jemaah Islam di Malaysia sedangkan seakan-akan misi dan hadaf dakwah setiap kumpulan ini adalah apa yang diperjuangkan oleh PAS itu sendiri. Masing-masing bersetuju (saya tidak tahu kalau ada yang tidak bersetuju) bahawa menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai dasar dan pegangan berkerajaan adalah satu perkara yang wajib.

Sering disebut bahawa PAS hanya mementingkan politik dan tidak mengutamakan tarbiah. Lalu JIM, ALAMI, ISMA dan sebagainya mula menyatakan bahawa mereka mementingkan tarbiah. Kalaulah benar PAS kekurangan tarbiah atau tidak mementingkan tarbiah, maka mengapa jemaah-jemaah ini tidak bertemu Lajnah Tarbiah PAS Pusat lalu menawarkan KEHEBATAN tarbiah mereka untuk disalurkan dan disebarkan kepada rakyat Malaysia yang tidak ada tarbiah.

Kadang-kadang saya merasakan kewujudan golongan-golongan bertarbiah ini hanya melambatkan kemenangan Islam. Mahunya tidak. Kekurangan tenaga di dalam PAS sudahlah tidak diisi . Tenaga tarbiah yang ada pula disalurkan kepada kewujudan jemaah-jemaah ini yang mengkritik PAS dengan alasan bahawa PAS bukan parti tarbiah.

Ada orang buat rumah. Ramai yang tolong untuk siapkan rumah tersebut. Tiba-tiba ada kekurangan. Tak ada yang pandai nak buat tingkap yang sempurna. Ada yang katanya dia pandai nak buat. Tiba-tiba orang yang dikatakan pandai ini tak nak tolong buatkan tingkap. Dia pula cari kawan-kawannya yang lain buat rumah baru. Kenapalah si pandai buat tingkap ini tak sempurnakan dan bantu untuk cantikkan rumah yang pertama?

Satu persoalan.

Sunday, April 5, 2009

Keni. Selamat Berjuang.

Keni..Terima kasih atas dokongan kepada saya dan PMRAM selama ini. Semalam, saya terasa sayu bila pergi ke pejabat, Keni dah tak ada. Keni. Terima kasih kerana jadi teman saya di kala saya sayu dan susah. Keni. Selamat berjuang dalam menobatkan agama Allah.

Manuskrip Silam, Buku Dan Internet


Boleh dikatakan mahasiswa tidak akan dapat lari daripada internet. Saya pun begitu sehingga saya pernah mengucapkan satu pandangan "Para ulama zaman ini perlu memiliki dua perkara; laptop dan internet.

Ada orang hanya menggunakan internet untuk chat, tengok video, download filem dan macam-macam lagi. Cukup tidak segianya sekiranya mahasiswa Pengajian Islam juga turut terbuai dengan program membuang masa melayari internet semata-mata hanya untuk berbual kosong dan mendownload filem-filem hiburan. Huh. Sengal.

Mungkin ramai orang tidak tergerak hati untuk berkenalan dengan manuskrip-manuskrip yang telahpun berumur ratusan tahun yang lepas ataupun mungkin ramai yang tidak pernah menatap rupa makhtutat (manuskrip).

Saya ini bukanlah digolongkan daripada kalangan orang berduit. Dulu pernah dapat zakat dan seterusnya dipotong oleh Kerajaan Selangor Era UMNO semata-mata kerana terlibat dalam saf kepimpinan PMRAM. Lantaklah. tak nak bagi sudah. Jadi saya selalunya akan menelan air liur bila melihat pelbagai buku di toko-toko buku sekitar Mesir. Saya juga sering ketawa bila teringat ucapan seorang penjual buku Maktabah Darul Salam, Masakin Othman yang berseloroh dengan saya lalu mengatakan "Orang miskin tidak akan mampu untuk menjadi ulama sebab tidak memiliki wang. Jadi macam mana nak beli buku?"

Namun akhirnya saya dapat menyangkal seloroh di atas kerana walaupun kita tidak berwang, kita tetap mampu untuk memiliki pelbagai khazanah ilmu berupa buku-buku yang telahpun dicetak mahupun buku-buku yang masih berbentuk manuskrip lama.

Macam mana caranya? Mudah sahaja. Download daripada internet. Alhamdulillah. Sehingga ke waktu ini, saya sudah memiliki buku-buku dalam bentuk pdf ataupun m.word sebanyak 30.2 GB dan manuskrip yang telah berumur ratusan tahun seluas 27.1 GB. Kawan-kawan di Mesir mengiginkan dari saya. Sila bawa external saudara dan copy secara percuma dari saya.

Ini adalah antara laman web yang menyediakan perkhidmatan mendownload makhtutot (manuskrip lama) dan kitab-kitab cetakan lama yang berkemungkinan sudah tidak kedapatan lagi di kedai-kedai buku hari ini:
  • http://www.mediafire.com/?sharekey=c653fb699c9ba706ab1eab3e9fa335ca27fd109aa5377cc3
  • http://khizana.blogspot.com/
Selamat mendownload.

Thursday, April 2, 2009

Kalam saya?


Saudara Abdul Rahman dari Selangor kata ucapan di atas adalah ucapan saya satu ketika dahulu. Saya pun dah lupa bila saya bertutur dengan bilah-bilah ayat tersebut. Apapun semoga bermanfaat. Thanks Rahman

Wa.. Bahrul Mazi

Minggu ini saya sentiasa berteman dengan laptop saya. Proses mentahqiq kitab Bahr al-Mazi mesti dibereskan akhir bulan ini. Ya Rabb. Permudahkanlah. Kalau diizinkan Allah, akhir bulan 4 ini 1/3 daripada juzuk pertama kitab ini bersedia untuk dicetak. Ya Rabb. Berkatilah usaha kami untuk membuat khidmat kepada al-Marhum al-Syaikh Idris al-Marbawi agar hasil tangan beliau akan menerangi dan menyuluhi hati manusia yang rindukan tuhannya.

h/p: Jualan kitab Bahrul Mazi cetakan PMRAM akan disalurkan sepenuhnya kali ini kepada usaha pembelian pejabat PMRAM.

Nampak gayanya 1/3 daripada juzuk pertama Bahrul Mazi selepas dikomentar (ditahqiq) akan menjadi 300 halaman lebih. Bahrul Mazi ada 22 juzuk. Maknanya kalau berjaya ditahqiq semua juzuk-juzuk Bahrul Mazi, Bahrul Mazi keluaran PMRAM akan berjumlah 66 JUZUK. WAHHH