Monday, April 20, 2009

Terfikir...

"Dalam blog saudara Hairul Nizam Mat Husain, mantan Presiden PMRAM sesi 2007, beliau hanya menyebut nama ISMA dan Kelab UMNO secara tepat dan tidak menyebut nama persatuan-persatuan lain yang turut menganjurkan Festival ini seperti PERUBATAN, IQRAM dan BKAN yang lain.

Seharusnya beliau lebih adil dan amanah dalam melaporkan sesuatu dengan menyebut sekali nama-nama persatuan lain, di mana dalam mesyuarat jawatankuasa penganjur program, beberapa individu pimpinan BKAN yang berada di bawah naungan PMRAM juga turut hadir".

Sumber: http://ismamesir.com.

......

Saya terfikir sejenak.. Saya dipertikai kerana tidak menyebut nama semua persatuan yang terlibat. Sedangkan tindakan membahaskan terhadap sesuatu contoh bukanlah sikap seorang yang hebat (al-Bahsu Fil Mithal Laysa Min Syu`um al-Rijal).

......

"Setelah meneliti hasil tulisan “Kenyataan Rasmi Penglibatan ISMA-Mesir dalam FEKSAS 09” di dalam web rasmi ISMA-Mesir, pihak BKASM melahirkan rasa kecewa di atas kenyataan tidak cermat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkenaan yang mengaitkan Festival ASEAN ada kaitannya dengan BKASM. Kenyataan yang dikeluarkan oleh ISMA-Mesir seperti yang tertera di bawah;

“Festival Asean ini adalah anjuran Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar Malaysia di Mesir.Antara persatuan-persatuan pelajar yang turut serta ialah, PERUBATAN, Institut Qura’ Malaysia Mesir (IQRAM), Badan-badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) seperti Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan SELANGOR dan sebuah syarikat anak Melayu, 3a Enterprise.”

adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan boleh menjejaskan nama baik BKASM di mata mahasiswa dan Kerajaan Negeri Selangor lebih-lebih lagi apabila Festival ASEAN tersebut menghidangkan hiburan tidak syar’ie yang boleh merendahkan martabat golongan ulama’ keluaran Al-Azhar, Mesir.

Pihak BKASM juga kecewa kerana nama BKASM diseret secara tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak yang menganjurkan festival tersebut kerana jika dilihat sekali imbas perkataan “Persatuan Mahasiswa di Mesir” menunjukkan semua persatuan mahasiswa di Mesir terlibat secara langsung di dalam menjayakan festival tersebut sedangkan secara realitinya BKASM tidak ada hubungan di dalamnya.

Dengan ini, pihak BKASM berpendirian agar ISMA-Mesir dapat mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada pihak BKASM dan menasihatkan agar pihak ISMA-Mesir lebih bertanggungjawab dan lebih amanah di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan kerana pepatah melayu ada menyebutkan “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa” dan “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Yang Menjalankan Amanah,


(Abdul Aziz Akhimullah Bin Roslan)

Yang di Pertua,

Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM),

Sesi 2008/2009".

Sumber: http://bkasm.org/index.php?option=com_content&task=view&id=356&Itemid=1


.......


Saya dipertikai kerana tak menyebut nama semua persatuan yang terbabit. Macam mana pula sekiranya kita menyebut bahawa BKAN tertentu terbabit sedangkan BKAN tersebut sebenarnya tidak berbabit?

Mmm. Saya menggaru kepala.

2 comments:

raihana said...

salam
sila rujuk kenyataan rasmi isma mesir berhubung isu bksam - fitnah isma mesir. Harap semua dapat penjelasan dan diminta pihak yg bertanggungjawab memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar. Ya Allah berikan kami kesabaran utk thabat di atas toriq ini
http://ismamesir.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=135:jawapan-balas-terhadap-kenyataan-rasmi-bkasm&catid=54:setempat&Itemid=113

Hairul Nizam Mat Husain said...

Mana pergi kenyataan ISMA terhadap jawapan BKASM. Tak boleh buka pun?