Saya diajukan dengan soalan berkenaan dengan Mujassimah. Seakan-akan golongan Wahabi adalah Mujassimah. Semoga apa yang saya keluarkan di bawah yang merupakan chat antara saya dan penanya akan bermanfaat buat semua:
________________________
syiha_baik appears to be offline and will receive your messages after signing in.
You currently appear offline to syiha_baik.
syiha_baik: Ulama yg beraliran salaf TAK menyamakan dengan makhluk (tasybih), TAK wat contoh dengan makhluk (tamthil), TAK menggugurkan makna atau huruf (ta’thil), TAK mengubah ke makna yang lain(takwil) tanpa dalil dan TAK membayangkan bagaimana rupa bentuk (takyif) dan TAK menyerahkan maknanya (tafwidh) kepada Allah.
syiha_baik:
Tak tafwidh tu maksudnye kte serahkan maksud ayat2 tu pd Allah tp kte taula makne ayat tu, bkn berserah bulat2 tanpa tau maksud.
syiha_baik: ni ade sorg ustaz aliran salaf terang psl akidah salaf yg ramai ustaz2 azhar label wahabi.
syiha_baik: ape yg sy phm takde mujassimahnye kt situ. Tp kenapa salafi cop wahabi salu dilabel mujassimah dan sesat? time kasih ustaz
hairul: untuk pengetahuan saudara, saya tidak mengatakan golongan yg mendakwa mereka salafi sebagai mujassimah
hairul: sebagaimana yg disebut oleh dr Ali Jum`ah,: Wahabi Mesir pada hakikatnya adalah pengikut al-Asya`irah
hairul: saya terangkan tajuk perbincangan kita agar kita berdua berada di dalam tajuk yg sama, bukannya saya cerita bab lain, akhi pula bincang bab lain
hairul: dalam pegangan ahli sunnah: apabila ada ayat-ayat yang bersifat mutasyabihat (yang seakan-akan menunjukkan Allah bertempat, mempunyai anggota seperti mata, tangan dll), para ulama mempunyai dua pandangan
hairul: Pandangan pertama : menafikan Allah bertempat dan mempunyai anggota, namun disebabkan yang menyatakan ayat2 tersebut adalah Allah sendiri, maka golongan ulama ini menyatakan bahawa ada makna lain yang ingin disampaikan oleh Allah yg kita tidak tahu. Maka mereka menyerahkan makna tersebut kepada Allah. (Tafwid kepada Allah)
hairul: Sebahagian golongan ulama lain pula, setelah mereka menafikan Allah bertempat, beranggota dan berjisim, mereka mengatakan bahawa ayat-ayat tersebut mempunyai makna yang bertepatan dengan gaya bahasa Arab. Lalu mereka menyatakan bahawa maksud Allah duduk di atas kerusi adalah Allah menguasai Kursi. Makna tangan pula adalah kekuasaan dan sebagainya
hairul: Kedua-dua golongan ini adalah betul sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama silam seperti al-Imam Dardir, al-Imam al-Sanusi, al-Imam Ibrahim al-Bayjuri dan lain-lain
hairul: kedua-dua golongan ini menafikan bahawa Allah bertempat, beranggota dan sebagainya. Contohnya apabila ada ayat yang mengatakan bahawa Allah bertangan, kedua-dua golongan ulama ini akan mengatakan bahawa mustahil Allah mempunyai anggota iaitu tangan. Namun kerana ALlah sendiri yang menyatakan bahawa Dia 'Bertangan' , ini bermakna ada makna lain yang ingin dinyatakan oleh Allah. Persoalannya apakah makna tersebut?
hairul: Lalu golongan pertama (Mufawwid) menyatakan bahawa kami tidak mengetahui makna tersebut. Kami serahkan kepada Allah makna tersebut. Namun untuk mengatakan bahawa Allah memiliki satu anggota yang bernama tangan, itu adalah mustahil sama sekali
hairul: Golongan kedua pula (Muawwil) menyatakan bahawa maksud tangan itu adalah bermakna kekuasaan kerana orang Arab turut menggunakan kalimah tangan untuk makna 'kekuasaan'. Contohnya apabila saya berkata "tangan Husni Mubarak di atas negara Mesir", kalam saya tadi bermaksud "Husni Mubarak menguasai Mesir.
hairul: Kesimpulannya adalah
1) Tiada seorangpun di kalangan para sahabat Rasulullah, para tabiin dan para ulama salaf yang mengatakan bahawa Allah bertempat, bertangan dengan makna beranggota dan sebagainya. Kesemuanya menolak untuk disifatkan Allah dengan tempat, jasad dan anggota.
2) Dalam berdepan dengan ayat-ayat mutasyabihah, ada dua aliran para ulama aqidah. Golongan pertama menyerahkan bulat-bulat makna yg dikehendaki oleh Allah kepada Allah Taala. Golongan ulama kedua pula mencari makna tersebut dengan berpandukan bahasa Arab dan gaya bahasa Arab
hairul: Kepada syiha_baik, inilah yang saya timba daripada guru-guru saya di al-Azhar al-Syarif. Antara mereka adalah Prof. Dr Ali Jum`ah (Mufti Mesir), Syeikh Sayyid Syaltut, Dr Yusri Al-Hasani, Prof. Dr. Jamal Faruq, Prof Dr Rabi' al-Jawhari. Saya juga menimba fakta di atas daripada Dr. Abdullah Kamil (salah seorang ulama daripada Makkah) dan al-Syeikh Sa`id Fudah (seorang ulama daripada Jordan)
hairul: Antara kesilapan sebahagian orang adalah memahami bahawa ulama salaf menyatakan contohnya "Allah mempunyai satu anggota badan seperti mata dan tangan. Walaubagaimanapun, tangan dan mata Allah tidak sama dengan tangan dan mata makhluk. Bagaimana rupa bentuk mata dan tangan Allah, kita serahkan kepada Allah.
hairul: ############
hairul: Pandangan di atas adalah salah sama sekali.
hairul: Bagi para ulama salaf, mereka akan mengatakan begini:
hairul: Allah Taala langsung tidak bertempat dan beranggota. Mustahil Allah mempunyai anggota seperti anggota tangan dan mata. Namun penggunaan istilah 'mata' dan 'tangan' di dalam al-Quran dan al-Hadith adalah mempunyai makna lain yang kami tidak mengetahuinya secara tepat 100%. Maka kami serahkanlah makna tersebut kepada Allah dan RasulNya.
hairul: @@@@@@@@@@@@@@@
hairul: Penutupnya:
hairul: Di dalam al-Quran, Allah Taala menggunakan pelbagai kalimah yang mempunyai makna yang bukan makna asal ataupun dalam istilahnya disebut Makna Majazi. Saudara boleh merujuk contohnya Surah al-Sad ayat 17. Ayat ini menyatakan bahawa Nabi Allah daud mempunyai tangan-tangan yang banyak yang paling sedikit adalah tiga tangan. Soalannya adakah Nabi Daud memiliki tangan yang lebih daripada dua tangan? Adakah baginda memiliki tiga tangan atau empat tangan atau lima atau atau atau atau.....
hairul: Orang yang mendalami bahasa Arab dengan baik akan menyatakan bahawa Nabi Daud hanyalah mempunyai dua tangan sebagaimana manusia yang lain. Tangan-tangan yang banyak yang ditujukan kepada Nabi Daud hanyalah makna kiasan (makna majazi) yang bukanlah bermaksud dengan maksud yang asal. Maksud tangan-tangan tersebut adalah kiasan kepada pemurahnya baginda dalam membantu manusia dan menyebarkan Islam. Inilah maknanya takwil.
hairul: Guru saya, Dr Yusri al-Hasani ketika menghuraikan ayat ini dua hari yang lepas berkata: Sekiranya kita merasa mustahil untuk mengatakan Nabi Daud memiliki tangan yang lebih dari dua tangan lalu kita menyatakan makna tangan-tangan tersebut bukanlah bermaksud dengan makna asalnya, MAKA mengapa kita begitu mudah untuk menyatakan bahawa lafaz 'Tangan' yang Allah gunakan di dalam al-Quran adalah anggota yang dimiliki oleh Allah Taala????!!!!
hairul: Harap shiba_baik lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan khususnya pada perbincangan ilmu Tauhid yang berkaitan dengan dzat Allah Taala.
hairul: Ini bukan topik untuk masing-masing mengeluarkan pandangan peribadi. Perbincangan seperti ini WAJIB didasari dengan ilmu yang ditimba daripada para ulama. Semoga saya telah menerangkan perbincangan ini sebaiknya.
وصلى الله على سيدنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
والحمد لله رب العالمين