Tuesday, March 17, 2009

Bila ada orang kata ILMU KALAM ITU HARAM

Saya bukan pelajar perubatan. Maknanya saya perlu merujuk para doktor terhadap isu perubatan.

Tapi mengapa bila ............

Ada orang kata ilmu kalam itu salah dan haram serta telah meracuni aqidah, saya tertawa seorang diri. Bila saya kata ada yang kata wajib belajar ilmu kalam, dia kata dia tak pernah jumpa. Saya tersenyum lagi.

Ada kaedah menyatakan:

لاَ يَلْزَمُ مِنْ عَدَمِ الدِّلاَلَةِ وُجُوْدُ الدِّلاَلَةِ عَلَى الْعَدَمِ


Jadi bagaimana dengan pandangan para ulama di bawah yer? Mereka pun sesat juga ker..Saya makin tertawa:

قال الشيخ ابن حجر الهيتمي في كتابه "الفتاوى الحديثية" ما نصه :

" الذي صرّح به أئمتنا أنه ‏يجب ‏على كل أحد وجوباً عينيّاً أن يعرف صحيح الاعتقاد من فاسده، ولا يشترط فيه علمه بقوانين ‏أهل ‏الكلام لأن المدار على الاعتقاد الجازم ولو بالتقليد على الأصح. وأما تعليم الحجج الكلامية ‏والقيام بها ‏للرد على المخالفين فهو فرض كفاية، اللهم إلا إن وقعت حادثة وتوقف دفع المخالف فيها ‏على تعلم ما ‏يتعلق بها من علم الكلام أو ءالاته فيجب عيناً على من تأهل لذلك تعلمه للرد على ‏المخالفين " اهـ.‏

وقال الشيخ شمس الدين الرملي الشافعي في شرح الزبد ما نصه :

"التوغل في علم الكلام بحيث ‏‏يتمكن من إقامة الأدلة وإزالة الشبه فرض كفاية على جميع المكلفين الذين يمكن كلاًّ منهم فعله، فكل ‏‏منهم مخاطب بفعله لكن إذا فعله البعض سقط الحرج عن الباقين، فإن امتنع جميعهم من فعله أثم كل ‏من ‏لا عذر له ممن علم ذلك وأمكنه القيام به " اهـ.‏

وقال النووي في "شرح صحيح مسلم " ما نصه :

"قال العلماء: البدعة خمسة أقسام واجبة ‏ومندوبة ‏ومحرمة ومكروهة ومباحة، فمن الواجبة نظم أدلة المتكلمين للرد على الملاحدة والمبتدعين ‏وشبه ذلك ‏‏"اهـ.‏

Wah..Nampaknya banyak juga ulama yang SESAT sebab mewajibkan ilmu Kalam secara Fardu Kifayah.. Hebat juga yer kawan-kawan di sana.

Kesian Imam Nawawi yang mempelajari ilmu Islam begitu ikhlas dari kecil hinggalah meninggal dunia di Dimasq...Rupa-rupanya beliau ni sesat sebab menyatakan ilmu Kalam itu wajib. Maknanya saya kena buanglah yer kitab al-Majmuk dan segala karangan beliau sebab pengarangnya sesat sebagaimana yang dikaji oleh kawan saya itu. Saya rasa saya kena berenti lah bertalaqqi kitab Minhaj al-Talibin yang kami sedang pelajari di Masjid al-Azhar sebab Imam Nawawi yang saya sangka hebat, rupanya sesat sebagaimana kata kawan saya yang bukan pelajar al-Azhar itu sebab orang yang membawa dan mendalami ilmu Kalam adalah sesat. Ilmu kalam adalah ilmu yang meracuni ilmu aqidah.

Aduh. Kesian saya sebab hampir 5 tahun saya telah belajar dan bertalaqqi kitab Ghayat al-Bayan karangan Syams al-Din al-Ramli di masjid al-Azhar al-Syarif. Rupa-rupanya saya, guru saya iaitu al-Syaikh Sayyid Syaltut yang merupakan tenaga fatwa di Dar al-Iftak al-Misriyyah beserta Mufti Kerajaan Mesir, Fadhilat al-Syaikh Prof. Dr. Ali Jum`ah yang meminta sendiri muridnya, al-Syaikh Sayyid Syaltut untuk mengajar kami kitab karangan Syams al-Din al-Ramli ...kami semua sekali dengan Mufti Mesir rupanya telah terSALAH sebab mempelajari kitab seorang tokoh yang mewajibkan Ilmu Kalam yang semestinya seorang yang SESAT.

Imam Nawawi sesat? Imam Shams al-Din al-Ramli pun sesat? Ibn Hajar al-Haitami pun sesat juga ker?? Aduh...banyaknya ulama yang sesat. Kesian ulama silam dahulu yang begitu tawadhuk dan takutkan Allah. Rupa-rupanya mereka ini sesat sebab mewajibkan ilmu Kalam yang menjadikan akal sebagai salah satu dalil.

Siapa sebenarnya yang sesat ni.. Dalam ketawa saya berdoa agar tak sesat. Sesat??

Aduh. Hari ini selepas Zohor, saya dengan kawan-kawan yang bertalaqqi setiap pagi selepas subuh kitab Tuhfat al-Ahwazi Syarh al-Jami' al-Tirmidzi dengan al-Syaikh Dr. Yusri al-Hasani di masjib beliau di al-Muqattom akan berjaulah ke Aswan sampai hari Sabtu ini untuk menziarahi maqam Wali Allah terkenal, ٍSayyidi Abu al-Hasan al-Syazuli yang dimaqamkan di sana Aduh..setahu saya Dr. Yusri al-Hasani pun menyatakan bahawa ilmu kalam adalah ilmu yang penting buat kami. Nampaknya -berdasarkan apa yang kawan saya itu sebut, - guru saya ini yang cukup dikagumi oleh para ulama al-Azhar yang membaca dan menghuraikan hadith-hadith Sahih al-Bukhari di Masjid al-Azhar al-Syarif pun sesatlah. Aduh..mana satu guru saya yang tak sesat ni.?? Adakah al-Azhar WAJIB DIHARAMKAN sebab al-Azhar mengajar ilmu KALAM?.

Aduh..Dalam ketawa saya berdoa moga-moga saya tak tersesat di Aswan dan boleh balik semula ke Kaherah.


14 comments:

Bohemian Virtuoso. said...

Ustaz, peng ni.
Ustaz ni da mcm abg sy.
Yasir tu kwn baik sy.
Kte sume umat islam.

Izin celah, mohon perbincangan berarah dan baik.

Sy rase kalo yg sane tuduh sini sesat,yg sini pulak balas balik dgn hujah yg sokong yg sini tak sesat ajer, tak ke mane2 perbincangan ilmiah kite.

Saya selalu sembang dgn Yasir.
Ada juga pendapat ulama or hadis (sy x igt antara 2 tu) yg dia tulis ttg haramnya ilmu kalam ni.

Jadi mungkin ade baiknye kalo ustaz kaji pulak dalil atau pendapat2 ulama yang mengharamkan ilmu kalam.

Kalolah lepas kaji pun tak boleh nak duduk semeja jgk, kte boleh elakkan cari pbezaan, cari ape yg sama antara kte sume. Banyak je kan?

Yasir tu sy hormat sbb dia rajin ke kelas2 agama dgn Syeikh2 kt Iskandariah ni. Walaupun dia ahli perubatan, tapi dalam hal agama dia juga bertanyakan ilmu agama.

Macam Ustaz juga, bila belajar english ataupun hal2 perubatan bertanyakan pada yang ahli.

Tapi smestinya Ustaz dan org lain nak kan bidang profesional bukan stgkat profesional aje kan? Mesti nak boleh kuasai ilmu agama skali kan?...

Alangkah bagusnya kalo sume pemuda mcm Ustaz & Yasir, berlumba2 kutip ilmu. Moga sy pun camtu jgk nanti.

Allahu'alam.

y.mercury said...

salaamun 'alaykum.

Pertama2nya sy ingin membaiki kenyataan peng di atas yg berbunyi “Yasir tu sy hormat sbb dia rajin ke kelas2 agama dgn Syeikh2 kt Iskandariah ni.”. Sy bukanlah org yg rajin mana pun, sikit2 je kat alex ni. Sy pernah bljr usuluddin berguru selama 3 tahun semasa di malayisa. Tapi sy tak pernah lagi bertalaqqi bertahun2 smpai ke aswan, dan kalau pernah pun tak perlu rasanya sy menceritakan kpd satu dunia, semoga dgn demikian itu lebih terhindar drp sifat riyak, bangga diri dan sifat2 mazmumah yg lain.

Ust hairul nizam yg sy kasihi, sy sgt terluka membaca tulisan ini. Ust seolah2 cuba menggambarkan bahawa sy kata ulamak2 di atas sesat. kenapa ust dah jadi mcm ust2 lain? Apa yg ust cuba sampaikan ni? Apakah sikap yg ust telah tonjolkan ini? Semoga Allah memelihara saya dan ust drp hasutan syaitan ketika menulis dan diwaktu2 lain.

Sejak bila pula kami menyesatkan an-nawawi, ibn hajar al-haithami, ar-ramli dan selainnya? Adakah semudah itu menyesatkan orang? Jika benar pun ada seorang tokoh yg betul2 salah dlm satu masalah, dan ustaz sbg ‘aalim perasan dan iktiraf bahawa dia salah dlm masalah tersebut, adakah ust nak kata dia sesat, semua bukunya perlu buang? Apakah mentaliti yg ust cuba tonjolkan pada kami adik2 ini? adakah sesempit itu?

Mereka itu ulamak mujtahidin yg tidak maksum, mereka boleh benar dan boleh tersilap, bak kata az-zahabi dlm siya a’lam an-nubalak ketika mengulas ttg kesilapan al-ghazali: “tidak menjadi syarat seorang alim utk tidak berbuat salah”.

Lihat shj kpd imam abu hanifah. Adakah mana2 ulamak mendakwa imam abu hanifah sbg murjiah dan sesat apabila dia tidak memasukkan amal dlm iman? Begitu juga dgn imam at-thohawi yg juga tidak memasukkan amal dlm iman dlm bukunya aqidah at-thohawiyyah. sedangkan ahli sunnah beriman bahawa iman itu qaul dan amal, bertambah dan berkurang. Tapi tidak ada yg kata mereka sesat pun! samalah kesnya dgn kes di atas ttg an-nawawi dan lain2. tidak berlaku sesat-menyesatkan melainkan dlm khayalan ust.

Ulamak hanya mengatakan imam abu hanifah tersalah dlm masalah tersebut, walaupun ia masalah yg penting dlm akidah, tetapi adakah mereka kata imam abu hanifah sesat? Laa haula wa laa quwwata illa billah!

Kesalahan itu perkara lazim, tetapi kita tidak mempertahankan kesalahan, lalu mengatakan ia benar. Kita hormat akan tokoh2, sumbangan mereka sangat besar, tetapi mereka itu bukan maksum. Mereka mujtahidin, jika mereka tersalah mereka diberi satu pahala. Tetapi kita, sbg org terkemudian tidak wajar membuta tuli bertaklid kpd kesalahan mereka setelah jelas kpd kita akan kesalahan2 tersebut.

Saya kecewa dgn tulisan ini, tidak seperti tulisan2 sebelumnya. Saya dan kawan2 respek pada ustaz, saya harap respek itu tidak pudar. Wassalam.

Anonymous said...

assalamualaikum..

sekadar berkongsi ilmu..



berkata imam malik bin anas :
"..jagalah dirimu daripada perkara-perkara bida'ah. Ditanyakan : wahai abu abdillah (gelaran kepada imam malik) apakah perkara bida'ah itu?" beliau menjawab : "ahli bida'ah ialah orang yang bercakap mengenai nama Allah, sifat-sifat-Nya, ilmuNya, kudratNya. Mereka tidak bersikap diam terhadap apa yang telah diam mengenainya oleh para sahabat dan pengikut-pengikut mereka dengan baik.."
(Imam As-sobuni - Akidah As-Salaf wa Ashab Al-Hadith m/s 183, Al-Baghawi Syarhu As-Sunnah 1/217)




Al-Imam Husain Bin Mas'ud al-Baghawi :
"..dan telah SEPAKAT di kalangan ulama salaf dari ahlu as-sunnah wa jamaah dalam melarang berbahas dan berbalahan mengenai sifat-sifat Allah dan mencegah dari memasuki ke dalam perbicaraan ilmu kalam dan mempelajarinya.."

(Imam Al-Baghawi syarhu As-sunnah 1/216)




Imam Nawawi sendiri ketika membahaskannya menegaskan sikap imam as-syafie rh dalam masalah ilmu kalam di mana beliau berkata :
"..sesungguhnya imam kita as-syafie adalah bersangatan di segi mengharamkan usaha menyibukkan diri dengan mempelajari ilmu kalam.beliau cukup banyak bercakap hal mengharamkan ilmu kalam ini. beliau memberatkan dendaan ke atas orang yang mempelajarinya serta mengganggap sangat keji perbuatan itu dan besar dosa padanya..antaranya berkata imam as-syafie : "..bahawasanya seorang hamba itu mati bertemu Allah dengan segala dosanya yang selain dari syirik adalah lebih baik dari ia mati bertemu Allah dalam keadaan ia berpegang dengan sedikit dari ajaran ilmu kalam.."

(An-Nawawi, Al-Majmuk 1/48)

Imam syafie berkata :
"..hukuman aku ke atas ahli kalam ialah bahawa dipukulkan mereka dengan pelepah tamar dan dimuatkan mereka ke atas unta dan diarakkan mereka di tengah-tengah orang ramai serta dikatakan : "inilah balasan orang yang meninggalkan al-kitab dan as-sunnah serta mengambil ilmu kalam.."

(Hilyatul Auliya' 9/116 dan Syarhu As-sunnah 1/218)



al-imam ibn taimiyyah rh :
"..sesungguhnya imam syafie ialah orang yang paling mencela ahli kalam dan mengganggapnya sebahagian dari bida'ah yang keluar dari assunnah. tetapi sayangnya sebahagian dari pengikutnya, pada ZAMAN kebelakangan ini, bersikap terbalik dari itu. Di mana mereka menjadikan ilmu kalam yang dicelakan oleh imam syafie itu sebagai sunnah dan USULUDDIN yang WAJIB BERI'TIQAD dengannya serta serta MEMULIAKAN ahlinya di samping mereka mengganggap usaha mengikut akidah al-quran dan assunnah yang dipuji oleh as-syafie itu sebagai perkara bida'ah yang didendakan ahlinya.."

(al-istiqamah 1/15)

Danial Farhan @ Humair said...

Assalamu'alaikum warahmatullah.
Izinkan saya mencelah. Bila saya baca artikel ini, kemudian saya baca pula komen khususnya daripada saudara Yasir, saya melihat kedua-duanya benar. Saya tidak berpihak ke mana-mana. Ustaz Hairul berhujah bagi pihak ulama' yang menyokong ilmu Kalam. Begitu juga saudara Yasir berhujah bagi pihak yang sebaliknya. Cuma jika kita perhatikan baik-baik kalam-kalam para ulama' yang dipetik oleh al Ustaz, jelas menunjukkan kepada kita bahawa mereka menyatakan mempelajari ilmu Aqidah itu Fardhu 'Ain bagi semua orang kerana dengan ilmu ini kita boleh mengenal Allah atau dengan ibarat lain untuk mengukuhkan rukun Iman yang enam. Manakala mempelajari ilmu Kalam atau dengan ibarat lain hujah-hujah untuk menyangkal dakwaan musuh terhadap akidah adalah fardhu Kifayah. Dah nampak beza kan. Kemudian memang benar ada ulama' yang memfatwakan bahawa mempelajari ilmu Kalam itu adalah haram tetapi dengan sebab-sebab tertentu. Ia berbalik kepada sejarah kemunculan ilmu Kalam itu sendiri. Ia berpunca apabila orang awam pun terlibat sama dalam ilmu Kalam ini sehingga membawa kepada salah faham dan kecelaruan. Saya sempat berbincang dengan seorang ustaz yang kami hormati jika ada yang kenal iaitu al Ustaz Helimy Aris mengenai perkara ini. Beliau menyatakan bahawa memang ada ulama' yang memfatwakan pengharaman mempelajari ilmu Kalam seperti Imam al Syafi'i dan Imam Ahmad bin Hambal. Kemudian beliau menceritakan sedikit sejarah kemunculan ilmu Kalam. Ia berpunca apabila golongan Muktazilah menimbulkan banyak syubhah terhadap aqidah. Ini adalah kerana mereka terlalu berpegang kepada kaedah aqliyyah melalui ilmu Mantiq. Justeru golongan Ahli Sunnah mengambil alternatif menyangkal semula syubhah-syubhah tersebut dengan cara yang sama iaitu melalui ilmu Mantiq. Dengan medium yang sama, Ahli Sunnah menyanggah syubhah yang pernah ditimbulkan oleh golongan falsafah sebelum itu. Namun sayangnya, ia menjadi bercelaru apabila orang awam meneliti hujah lawan tanpa sempat meneliti hujah golongan Ahli Sunnah. Di sini kekeliruan bermula. Kerana itu muncul ulama' yang memfatwakan pengharamannya khususnya buat golongan awam yang memiliki sekadar asas ilmu yang tidak melayakkan mereka untuk menjadi mujtahid. Saya tidak nampak Ustaz Hairul silap dalam berhujah, begitu juga saudara Yasir. Saya yakin kedua-duanya berniat baik dalam memahami perbincangan ini. Cuma bagi saya perbincangan lanjut tentang ilmu Kalam ini perlu diserahkan kepada pakarnya yang benar-benar boleh memberikan kata putus mengenai kes ini. Saya bukan orangnya. Al Ustaz pun sama juga sebab pengkhususan beliau adalah Usul Fiqh. Saudara Yasir pun begitu juga. Beliau adalah pelajar Perubatan. Kerana itu, kita minta sahabat-sahabat yang belajar khusus di Jabatan Aqidah dan Falsafah supaya tampil dan memberikan penjelasan yang boleh memuaskan hati kita dalam kes ini. Benar, ilmu Kalam ada pro dan kontranya. Manusia juga ada silapnya. Cuma kesilapan itu lebih ketara apabila orang yang bukan ahli masuk campur dalam perkara yang bukan bidangnya. Kita belajar di bidang yang berlainan adalah untuk saling tolong menolong. Bukan untuk berbalah atau untuk menunjukkan bidang siapa yang paling baik. Dalam perbincangan artikel ini, saya lihat ia dikemukakan oleh orang yang bukan bidangnya. Serahkan kepada ahlinya, mudah-mudahan ada jalan penyelesaian.
Maaf jika ungkapan saya kurang menyenangkan. Wallahu 'alam.

y.mercury said...

terima kasih saudara Danial Farhan..

saya secara peribadi masih lenient/fleksibel bagi org yg menggunakan ilmu kalam dan lojik akal utk menolak hujjah muktazilah, jahmiyyah, atheis dan sebagainya.

tapi apabila sampai tahap menafikan sifat Allah yg sabit, dan mensifatkan Allah dgn sifat yg bukan daripada sifat2 Allah, maka ini dah masuk kes lain.

harap dapat dibezakan.

apapun, sekarang muktazilah dan lain2 bukan lagi ancaman utama ahli sunnah, maka tidak perlu kiranya menyibukkan diri dgn ilmu kalam.

wallahu a'lam.

hadi_qm said...

assalamualaikum..
sorry kcau line..
erm..rilek ar bro..
khilaf tu kan rahmah..
bgi pendapat saye la kan..pndapat aje taw..
klau rse sesuatu ilmu tu penting dan ade manfaatnye..
belajar je la..
klau xnak belajar skalipon terpulang..
tp jgn plk sekat org nak belajar da la eah..
sori lari tajuk skit..
~~daa~~

y.mercury said...

wa alaikumussalam.

terima kasih atas nasihat.

sekadar memberitahu, kata2 "ikthtilaafu ummati rahmat" adalah hadis yg tidak sahih, bahkan dihukum batil, palsu dan tidak ada asal oleh ramai muhaddithin.

kedua, bukanlah semua ilmu itu penting dan bermanfaat. bahkan nabi pernah berdoa: "ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada ilmu yg tidak bermanfaat" [sahih muslim].

yang penting bukan saya yang menghalang, tetapi ulamak2 ummah seperti Imam Malik, Imam As-Syafie dan lain2. sila rujuk komen ke-3 dari my-ansarullah.

wallahu a'lam

Anonymous said...

Berkata Al Imam Al Barbahari Rahimahullahu Ta’ala:

واعلم رحمك الله أنه ليس في السنة قياس ولا تضرب لها الأمثال ولا تتبع فيها الأهواء بل هو التصديق بآثار رسول الله صلى الله عليه وسلم بلا كيف ولا شرح ولا يقال لم ولا كيف فالكلام والخصومة والجدال والمراء محدث يقدح الشك في القلب وإن أصاب صاحبه الحق والسنة

Anonymous said...

قال شيخ الإسلام ابن تيميه (728هـ): " ومما ينبغي أن يعرف أن الطوائف المنتسبة إلى متبوعين في أصول الدين والكلام على درجات، منهم من يكون قد خالف السنة في أصول عظيمة، ومن من يكون إنما خالف السنة في أمور دقيقة.

ومن يكون قد رد على غيره من الطوائف الذين هم أبعد عن السنة منه، فيكون محموداً فيما رده من الباطل وقاله من الحق، لكن يكون قد جاوز العدل في رده بحيث جحد بعض الحق وقال بعض الباطل، فيكون قد رد بدعة كبيرة ببدعة أخف منها، ورد باطلاً بباطل أخف منه، وهذه حال أكثر أهل الكلام المنتسبين إلى السنة والجماعة.

ومثل هؤلاء إذا لم يجعلوا ما ابتدعوه قولاً يفارقون به جماعة المسلمين يوالون عليه ويعادون كان من نوع الخطأ، والله سبحانه وتعالى يغفر للمؤمنين خطأهم في مثل ذلك.

ولهذا وقع في مثل هذا كثيرٌ من سلف الأمة وأئمتها لهم مقالات قالوها باجتهاد وهي تخالف ما ثبت في الكتاب والسنة، بخلاف من والى موافقه وعادى مخالفه، وفرق بين جماعة المسلمين، وكفر وفسق مخالفه دون موافقه في مسائل الآراء والاجتهادات، واستحل قتال مخالفه دون موافقه، فهولاء من أهل التفرق والاختلافات ".

مجموع الفتاوى [3/348-349

Anonymous said...

ini mungkin boleh ustaz jadikan kajian...ini adalah linknya :

http://ubudiah.wordpress.com/2008/08/14/larangan-imam-malik-terhadap-ilmu-kalam-dan-berdebat-dalam-agama/

Anonymous said...

Berkata Al Imam Al Barbahari Rahimahullahu Ta’ala:


“Ketahuilah –semoga Allah merahmatimu–, sungguh tidaklah muncul kezindiqan, kekufuran, keraguan, bid’ah, kesesatan, dan kebingungan dalam agama kecuali akibat ilmu kalam, ahli ilmu kalam, debat, berbantahan, dan perselisihan.”

(Syarhus Sunnah, hal. 93)

Abdurrahman Muhammad Sa’id Dimasyqiyah berkata: “Ilmu kalam –yang telah disepakati Al-Imam Malik, Abu Hani-fah, Ahmad, dan Asy-Syafi’i sebagai suatu yang bid’ah– tidak akan mungkin menjadi penjaga aqidah dari berbagai bid’ah. kerana ilmu kalam itu sendiri adalah bid’ah.”
(Abu Hamid Al-Ghazali ‘Aqida-uhu wa Tashawwufuhu hal. 9)

bnu Rajab rh berkata: “Mengikuti ahli ilmu kalam dan filsafat merupakan kerosakan yang nyata. Tak sedikit pun orang yang cuba menyelami perkara itu akhirnya berlumuran dengan berbagai kotorannya, sebagaimana ucapan Al-Imam Ahmad: ‘Tidaklah orang yang melihat ilmu kalam kecuali akan terpengaruh dengan Jahmiyyah’. Beliau dan para ulama salaf lainnya selalu memperingatkan dari ahli ilmu kalam walaupun (ahli ilmu kalam itu) berniat membela As-Sunnah.”
(Fadhlu ‘Ilmis Salaf ‘alal Khalaf, hal. 43)

Asy-Syaikh Abdul Lathif bin Abdur-rahman Alusy Syaikh berkata:
“Di dalam kitab Ihya`, beliau (yakni Al-Ghazali) menulis dengan methode falsafah dan ilmu kalam dalam banyak pembahasan yang berkaitan dengan permasalahan ketuhanan dan teologi, serta membingkai falsafah dengan syariat. Ibnu Taimiyyah berkata: ‘Namun Abu Hamid telah memasuki ruang lingkup ilmu filsafat dalam banyak hal, yang Ibnu ‘Aqil menyatakan ilmu filsafat sebagai sebahagian dari zindiq’.."
(At-Tahdzirul Mubin min Kitab Ihya` ‘Ulumiddin karya Asy-Syaikh Abdul Lathif bin Abdurrahman Alusy Syaikh)

Anonymous said...

Abdurrahman bin Abu Hatim Ar-Razi berkata: “Aku mendengar bapakku dan Abu Zur’ah, keduanya memerintahkan untuk memboikot ahlul bid’ah. Keduanya sangat keras terhadap mereka, dan mengingkari pemahaman kitab dengan akal semata tanpa bersandar dengan atsar, melarang duduk bersama ahlul kalam dan melihat kitab-kitab ahlul kalam.”
(Syarh Ushul I’tiqad Ahlis Sunnah wal Jama’ah, hal. 322)

Berkata Imam Ahmad:
“Janganlah kalian bersama dengan ahlul kalam, walaupun dia membela sunnah. Kerana urusannya tidak akan membawa kebaikan!”
(Al-Ibanah, juz 2/540 melalui nukilan Lamu ad-Duur Minal Qaulil Ma’tsur, Syaikh Jamal Ibnu Furaihan, hal. 40)

Berkata Abdul Harits:
“Aku mendengar Abu Abdillah berkata: “Jika engkau melihat seseorang menyukai ilmu kalam, maka berhati-hatilah kalian dengannya”.

Imam Syafi’i berkata; “Barangsiapa yang bermantiq, maka dia akan jadi zindiq (sesat)”.

Beliau juga berkata: “Hukumanku bagi ahlul kalam adalah dipukul dengan pelepah kurma dan kasut, dikelilingkan ke kampung-kampung dan diumumkan di hadapan manusia: “Inilah balasan bagi orang-orang yang meninggalkan kitab dan sunnah dan berpaling pada ilmu kalam””.
(Syarh al-Aqidatul ath-Thahawiyah, hal. 72)

Admin said...

Assalamu'alaikum

Kepada yang suka membid'ahkan dan menggunakan kalam ulamak untuk mengharamkan ilmu kalam secara total. Sepatutnya perlu diselusuri dahulu mengapa timbulnya ilmu kalam, mengapa adanya perdebatan di antara ulamak muktabar dan mereka juga berkecimpung di dalam ilmu kalam.

Saya nak bawa sikit artikel mengenai kepentingan ilmu kalam dari pendapat Imam Taqiyuddin al Subki.

http://www.marifah.net/articles/importanceofkalam-subki.pdf

Nak ingatkan juga pada yang nukil kata ulamak ia bid'ah (sebenarnya bid'ah yang mana ulamak yang dipergunakan kalam tersebut, adakah bid'ah dari segi bahasa atau dari segi syariat kat atas tuh?)

Kepada yasir - suka juga saya ingin mengingatkan, memang ulamak itu tidak maksum. Tetapi mereka itu ilmunya lebih tinggi dan mereka lebih berkelayakan berbicara soal hukum. Jadi adakah saudara pula adalah maksum? Dan sudah menjadi ulamak muktabar yang tahu ijtihad mana pula yang salah?

Atas kriteria penilaian mana yang diambil untuk melayakkan anda mentarjih pendapat imam Nawawi di atas?

"ikthtilaafu ummati rahmat" adalah hadith palsu? Tidak soheh?

Di sini ada perbahasannya :

http://www.themodernreligion.com/basic/madhab/mercy.html

Admin said...

Nak tanya juga, dalam alam realiti sekarang seperti adanya anti hadith, atheist, muktazilah moden, golongan falsafah yang berkiblatkan barat dan berunsurkan orientalis barat - adakah anda yang menolak dan mengatakan sesat kepada ilmu kalam ini tidak pernah berdakwah denagn golongan ini?

Jika berdakwah anda gunakan kaedah apa?

Terima kasih.