Thursday, November 19, 2009

Ketika Cinta Bertasbih


Semalam saya sempat menonton filem terbaru "Ketika Cinta Bertasbih". Filem yang menarik. Kalau sebelum ini, karya Habiburrahman "Ayat-Ayat Cinta" pernah difilemkan, namun bagi saya "Ketika Cinta Bertasbih" lebih menarik dan lebih Islamik.

Melalaui filem ini:

1) Saya pasti akan terkenangkan denai-denai al-Azhar, tempat kami menuntut ilmu
2) Para penonton akan dihidangkan dengan cinta menurut kaca mata Islam yang begitu suci dan jauh daripada hawa nafsu
3) Para penonton akan mengenali sikap pasrah dan redha terhadap ketentuan Allah.
4) Para penonton akan menyedari betapa besarnya nilai ilmu tasawwuf dalam membentuk individu yang taat menjunjung arahan Allah dan RasulNya.
5) Anda juga pastinya akan tersentuh dengan sikap cekal hero dalam filem ini dalam menuntut ilmu dan menyara keluarganya yang miskin di Indonesia.
6) Anda juga akan melihat betapa halusnya nilai dakwah yang ingin disampaikan oleh hero kepada anak gadis Pak Duta.

Saya bangga dengan adanya filem seperti ini yang diketengahkan kepada masyarakat yang selalu tenggelam dalam buaian nafsu hanya semata-mata kerana sebuah cinta.

Walau bagaimanapun, filem-filem bercirikan Islam ini perlu lebih menuruti Syariat Islam khususnya dari sudut aurat wanita. Saya bukan seorang pembikin filem. Namun pendedahan aurat yang berlaku dalam filem ini tetap mencalarkan sedikit nilai Islam menelusuri filem ini.

Apapun, saya berpandangan bahawa nilai-nilai yang baik dalam filem ini lebih banyak dan bererti berbanding dengan kecacatan yang saya nyatakan sebentar tadi. Tahniah buat pembikin filem "Ketika Cinta Bertasbih".

Dalam perjalanan pulang pagi ini dari Masjid al-Azhar seusai kami menggamit bicara ilmu dari mulut guru kami yang ikhlas mendidik kami (Syeikh Sayyid Syaltut), saya berborak dengan Ustaz Nazrul. Isunya adalah filem. Mengapa kita tidak mendendangkan kepada para penonton filem-filem Islam yang baik seperti "Ketika Cinta Bertasbih"? Kenapa tidak dibuat satu filem yang mendedahkan kepada masyarakat umum betapa adil dan bertakwanya Sultan Alauddin Riayat Syah dalam kesultanan Melaka satu ketika dahulu sebagaimana watak Sultan Jalaluddin Muhammad Akbar (Sultan terhebat dalam kerajaan Islam Moghul di India) dipaparkan dalam filem Joda Akbar?

Dalam senyum-senyum, saya terfikir, adakah saya selepas ini akan membikin filem bertajuk contohnya "Bila al-Azhar Bertasbih" atau "Bila PMRAM Menangis" atau "Sultan Bertakwa Alauddin Riayat Syah" atau ... atau ... atau...

2 comments:

TENGKU KHAIRUL IDHAM said...

Boleh saja...

Saya sokong kalau ust nk buat filem Ketika Azhar Bertasbih...

Saya boleh tulun bawak barang2 atau tulun buat syai utk krew2 penerbitan...huhu

Sufi Medan said...

Ketika cinta diputus Pak Ustadz...

hehe kayaknya bagus tuh ^_