Sunday, March 20, 2011

Kawin dalam masjid pun tak boleh??


Ada orang yang berfikir, asal Nabi tak buat, maka haram. Bila nabi tak kahwinkan orang dalam Masjid, so kawin dalam masjid menyimpang daripada ajaran Islam. Huh

Sambil2 terjemah hadith-hadith dalam sunan Abi Dawud, saya terjumpa petikan yang dimuatkan di dalam kitab Mughni al-Muhtaj 4/216 karangan al-Khatib al-Sharbini yang berbunyi:

وَلَا أَصْلَ لِلْمُصَافَحَةِ بَعْدَ صَلَاتَيِ الصُّبْحِ وَالْعَصْرِ وَلَكِنْ لَا بَأْسَ بِهَا ؛ فَإِنَّهَا مِنْ جُمْلَةِ الْمُصَافَحَةِ وَقَدْ حَثَّ الشَّارِعُ عَلَيْهَا

yang bermaksud lebih kurangnya:

"Tiada sebarang dalil yang menunjukkan pengkhususan bersalaman tangan selepas solat Subuh dan solat Asar. Namun bersalaman selepas dua solat tersebut tiada ada salahnya kerana sesungguhnya bersalaman selepas dua solat tersebut termasuk di dalam makna 'bersalaman tangan'. Sesungguhnya Syarak telahpun menggalakkan bersalaman tangan".

Maknanya yang saya faham, dalam minda para ulama dahulu, sesuatu perkara itu tidak akan dihukumkan sebagai bercanggah dengan Islam hanya semata-mata kerana Nabi tidak melaksanakannya.

Saya ketawa sendiri..

2 comments:

hairil said...

askm dato'..

tanpa segan silu sgt lah sy setuju pada penjelasan ringkas tersebut

jgn sempitkn urusan pernikahan
-aku x kawin lagi :(

uzzeh said...

Salam,macam mana satu perkahwinan tu tuk di selamatkan..atas satu pertengkaran antara suami&isteri(kebiasaan rumah tangga) dan si suami sudah menginsafi perbuatannya&berkali-kali mohon maaf tetapi si isteri masih bertegas tak mahu kembali ke pangkuan suami.dan suami kuatir hasil kekuatan hati si isteri dibantu oleh hasutan si ibunya kerana sikap si isteri seolah-olah keliru akan perbuatannya.
Suami mohon bantuan bagaimana nak menyelesaikan masalah kerana si suami sgt menyanyagi keluarganya&tak berniat tuk hancurkan rumqh Allah.