Thursday, April 16, 2009

Astaghfirullah. Kenapa Mesti Ada Joget Wanita?

http://www.youtube.com/watch?v=bjo9y3nYj8o

Saya terkejut besar bila Festival Asian 2009 yang disokong dan didokong oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang dikelolai dan dibantu oleh persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah KBMK seperti ISMA, Kelab UMNO dan lain-lain telah mengejutkan mahasiswa Islam di Mesir apabila penutup festival tersebut telah dihidangkan dengan tarian wanita Indonesia.

Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Rajiun. Mengapa perkara ini boleh berlaku dan sanggup dihidangkan di hadapan para mahasiswa Malaysia di Mesir yang majoritinya adalah mahasiswa al-Azhar yang diajar untuk memahami dan mendalami Islam?

Mengapa para hadirin tidak bangkit lalu meninggalkan majlis tersebut sebagai tanda tidak redha terhadap maksiat yang ditonjokan di hadapan mereka?

Mengapa pihak-pihak yang menjayakan program ini seperti ISMA dan Kelab UMNO tidak menyatakan secara rasmi kekesalan mereka terhadap upacara maksiat ini.

Adakah ini satu petanda bahawa mahasiswa Islam di Mesir sedang cuba untuk dilalikan dan dibius dengan pelbagai upacara melalaikan dan lebih malang berbau maksiat agar mereka tidak lagi sensitif dengan kejijikan ini. Astaghfirullah.

Teman-teman semuslim. Ini satu perkara yang cukup tidak patut berlaku di Mesir yang terkenal sebagai ladang subur bagi ilmu Islam dan para ulama. Kita semua perlu sensitif dalam isu-isu seperti ini. Budaya bencikan maksiat yang telah dipupuk di dalam sanubari para mahasiswa Islam di Mesir semenjak sekian lama perlu untuk dipergagahkan.

Wah. Mengapa joget itu perlu ditonton dan dihidang? Apa sudah redha seluruh kakitangan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, JPMK, ISMA, Kelab UMNO dan persatuan-persatuan berdaftar di bawah KBMK sehingga ke saat tangan ini mencoret karya masih tetap utuh bisu tanpa berbicara dengan bahasa kekesalan terhadap insiden ini.

Demi tuhan Ka'bah. Kita wajib untuk mencantas dan membenteras segala anasir maksiat dan kejijikan yang seakan-akan cuba dibiasakan dalam atma mahasiswa Islam Malaysia di Mesir.

Saya sangat kesal dengan insiden ini.

4 comments:

Jackster® said...

Kenyataan rasmi ISMA =) http://ismamesir.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=134:kenyataan-rasmi-penglibatan-isma-mesir-dalam-feksas-09&catid=54:setempat&Itemid=113

ciKBat said...

salam, ustaz, cuma nak tanya, kalau setiap lelaki yang klik link yang ustaz bagi di atas tu, diorang tengok tarian tu dose tak? kalau dose, mungkin..... wallahu a'lam..

Bohemian Virtuoso. said...

Ustaz, istighfar banyak2 ustaz.
Ustaz nak jadi mujtahid kan?
Mujtahid ni imam.
Imam ni pemimpin.
Seblah kaki syurga n seblah neraka.
Ramai org ikut ustaz.
Semoga ustaz boleh renungkan elok2.
Kalo main politik pun, berpada2la.
Jgn sampai org slh phm dgn ustaz.

Tak sume jemaah yg setuju kot dgn tarian tu.
Termasukla Perubatan, sy yakin.
Ade salah paham lagi tu.

Sebarkanlah islam itu dgn nada islam, bukan dgn nada kepartian.
Kalo mad'u (JPMK) dah tak suke kte, kte pulak lagi kutuk mengutuk,
sampai bile nak abes?

Justeru, sy dgn rase rendah diri mengajak ustaz dan diri sy berdoa byk2 kt Allah, semoga diberi petunjuk, apekah jln terbaik utk selsaikan masalah ini.
Ameen.
Tq.

Juta Ones EasyReload said...

kepada pak Bohemian Virtuoso,patut ke tak patut majlis tersebut dibuat..adakah ianya halal atau tidak..takkan benda yg jelas pun tak boleh nak beda...utk cikBat..sila fahami apa yg nak disampaikan..