Saturday, April 18, 2009

PMRAM dan TOMOI


Isu joget dah makin panas. Semestinya kena panas agar kita sensitif dan buka mata di atas apa yang berlaku. Saya bersangka baik bahawa pihak penganjur tidak mengetahui dari awal bahawa persembahan yang dibuat adalah tarian wanita di hadapan penonton lelaki dan perempuan. Namun adakah semata-mata pihak penganjur tidak mengetahui persembahan joget tersebut adalah satu sebab untuk kita terus menonton dan membenarkan persembahan tersebut.

Kepada para teman yang membidas saya dan mengatakan bahawa para penari itu adalah pelajar sekolah rendah, saya harap para teman dapat menelusuri kalam-kalam fuqaha terhadap masalah tarian wanita dan adakah semata-mata para penari adalah pelajar sekolah rendah (kalau betul mereka adalah sekolah rendah) maka Islam membenarkan mereka berjoget di hadapan kaum lelaki?

Bagi saya, sepatutnya insiden ini sekiranya berlaku tanpa sengaja, pihak penganjur perlu memohon maaf kepada seluruh mahasiswa Islam Malaysia di Mesir atas insiden seperti ini. Bukannya senyap dan membiarkan isu ini berlalu tanpa sebarang kenyataan. Satu lagi, adakah semata-mata kerana wakil Indonesia ingin membuat persembahan joget, kita merasa malu mata dan malu alah lalu kita terpaksa membenarkannya? Di samping itu, menjadi satu perkara yang sangat dikesali apabila pihak penganjur tidak mengetahui bentuk persembahan yang bakal dilaksanakan.

Saya teringat satu peristiwa sekitar 3 atau 4 tahun yang lepas semasa PMRAM mengadakan festival kebudayaan yang mempertemukan mahasiswa-mahasiswa dari Palestin, Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Thailand.

Pagi itu kecoh di Hayyu Ashir apabila satu persembahan TOMOI dari Thailand akan diadakan di dataran Hayyu Asyir bersempena program ini. Isunya adalah 2 orang pelajar Thailand yang akan mempersembahkan demo seni Muai Thai tersebut berseluar pendek. Wakil PMRAM yang menjadi AJK program tersebut menemui saya dan menyatakan bahawa dua orang pelajar Thai itu naik marah apabila mereka diminta untuk menutup aurat semasa membuat persembahan yang bakal ditonton oleh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia.

Saya yang ketika itu masih Timbalan Presiden ataupun sudah menjadi Presiden - Syakka Rawi - terus bergegas ke rumah Kedah Hayyu Ashir untuk menemui dua orang pelajar tersebut. Saya menyatakan kepada mereka dengan lemai gemalai bahawa kita mesti menutup aurat dalam persembahan sebentar lagi. Saya ketika itu telah bertekad bahawa sekiranya mereka tetap berdegil, saya akan membatalkan persembahan tersebut walaupun saya memang minat betul semenjak sekolah menengah lagi seni Muai Thai berbanding dengan seni Silat Melayu.

Kenapa? Kerana kita diajar bahawa Syarak mendahului segala keinginan. Dalam melakukan apa sahaja aktiviti, kita perlu meletakkan pemutus untuk membenarkan sesuatu atau menidakkan adalah Allah dan Rasul.

Atas dasar ingin meletakkan dasar pemutus adalah Allah dan Rasul itulah kita perlu berusaha untuk merealisasikannnya khususnya dalam menggantikan era UMNO di Malaysia. Moga Allah memberikan kepada kita semua kekuatan untuk menobatkan pemerintahan berdasarkan acuan Islam di Malaysia dan seluruhnya.

4 comments:

jilullah_88 said...

salam ust khairul..ana cukup tertarik dengan peribadi ust..dan ana respect ust walau xkenal dari dekat..klau bolehnya ust perjelaskan dalil2, pendapat2 yang melarang tentang haramnya perbuatan yang dikatakan oleh ut tempoh hari ketika festival asean..supaya menjadi hujah dan bukti atas setiap kata2..masalahnya ialah disini kanak2 membuat persembahan tarian kebangsaan..dan sebelum ust mengeluarkan hukum2..ana mintak ust betul2 kaji bab ini secara terperinci..apakah bentuk tarian tersebut?betulkah kanak2 yang melakukannya?umur mereka?dan sebagainya..sebab sesuatu hukum apabila dikeluarkan oleh seseorang bukan sekadar mendengar penceritaan orang dan sebagainya tetapi selepas dikaji dengan terang2..mengatakan yang halal dan haram bukan senang2 untuk diucapkan..apabila sudah siap pengkajian ust dan terbukti halal atau haram maka disitu saya akan ikuti pendapat ust..saya bukan tidak setuju dengan ust..tapi saya perlukan pada setiap hukum dalil yang kukuh..itu yang diajar dikuliah2 azhar..waalahuaalam..harap2 ust dapat betul2 jelas2 bab ini..dan kalau ust merasakan ust bukanlah yang layak utk mengeluarkan hukum ini ana harap ust dapat merujuk pihak yang tertentu seperti ajlis fatwa dan sebagainya..mungkin selepas keluarnya semua huku2 tersebut maka disitu mungkin tarian tersebut diharamkan..harap2 lah ust mengeluarkan setiap hujah2 dengan dalil2..ana pelajar ilmu itu yang saya cari..ana x menganggap ana orang awam yang hanya terima dalil dari sesipa sahaja tanpa ada dalil..itu yang syeikh2 ulama2 yang saya pelajari pesan..dan sekiranya ust mendapati selepas pengkajian ust apa yang ust katakan itu tidak haram dan mungkin harus..ana harap ust membuat kenyataan memohon maaf balik dan menarik balik kata2 tersebut..aaf sangat2 ust..ana antara orang yang respect ust..jadi setiap kata2 ust saya lihat..harap2 ust beri penjelasan dengan dalil yang detail..dan mengkaji dan elihat sendiri tarian tersebut dibuat oleh siapa dan sebagainya..peminat ust..ikramm ikrammisr.blogspot.com

::. Wan Yaakub Wan Abdullah .:: said...

Hukum Tarian

Saya tertarik untuk membincangkan perkara ini memandangkan baru-baru ini terjadi satu insiden yang tak sepatutnya berlaku pada masyarakat mahasisiwa di Bumi Anbiya’.Kes tarian yang dilaksanakan baru-baru ini mengundang pelbagai kontroversi.Golongan yang menegur dianggap tidak pandai menyampaikan dakwah.Manakala yang berada di dalam majlis,bilamana dipersoalkan kenapa tidak mahu keluar daripada majlis bilamana perkara sebegini berlaku?Mereka menjawab dengan perasaan tidak bersalah: “Jika kita keluar di mana cara dakwah kita yang terbaik?”. Saya agak pelik dengan jawapan-jawapan yang bagi saya agak melucukan daripada para pelajar yang kononnya belajar di al-Azhar.Inilah masalahnya jika bersalah, tetap juga ingin mempertahankan kesalahan tersebut.Tidak pernah mahu mengaku bersalah.Ya Allah ampunkanlah dosa kami semua.

Benarlah Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam seperti yang diriwayatkan oleh Abu Syeikh daripada Saidina Mihraz bin Zuhair al-Aslami al-Madani radhiyallahu anhu:

الصمت زين للعالم و ستر للجاهل

Maksudnya: Diam itu merupakan perhiasan bagi orang yang alim, dan ianya juga merupakan penutup bagi orang jahil.

Jika kita memahami hadis ini dengan baik maka tentu kita akan tertawa lucu bila mendengarkan jawapan-jawapan daripada golongan yang ingin menegakkan benang yang basah sebegini.Sebab itulah kita sarankan ,sebaiknya berdiam daripada pandai bercakap mengeluarkan hukum sesuka hati demi mempertahankan diri.Takut-takut kita tergolong dalam golongan yang bodoh sombong.Apa salahnya jika kita memohon keampunan daripada Allah taala di atas kesalahan dan keterlanjuran kita padaNya.Bukan dengan menambahkan lagi kesalahan dan dosa dengan menempelak golongan yang ingin memastikan semua dalam keadaan baik dan harmoni mengikut landasan Syarak.

Saya tidak mahu mengulas isu tersebut dengan panjang lebar.Cuma saya tertarik bila terbaca pendapat salah seorang sahabat kita yang bergelar pelajar al-Azhar menyebutkan “apa salahnya yang menari di depan tersebut hanyalah pelajar-pelajar rendah daripada sekolah Indonesia di Kaherah?Bukannya tarian mereka menghairahkan pun”, dan pelbagai lagi jawapan yang makin lucu jika saya paparkan di sini. Di sini saya akan bahaskan berdasarkan hukum Islam yang disebutkan oleh para ulama berkenaan hukum tarian berdasarkan Syarak.Saya mengharapkan semua dapat menilai dengan baik apa yang akan saya sebutkan disini.

Para ulama membahaskan hukum berkenaan dengan tarian ini secara panjang lebar.Terdapat perbezaan pendapat dikalangan para ulama berkenaan hukum tarian ini tanpa menyebutkan secara terperinci(akan saya sebutkan selepas ini)hukum lelaki dan wanita yang menari.Tarian itu sendiri terdapat perbezaan pendapat (khilaf) di kalangan para ulama.Terdapat 4 mazhab di dalam permasalahan hukum halal dan haram tarian secara umumnya.

Ini perlu diingat ,hukum-hukum yang akan kita bincangkan disini bukanlah tarian yang ditarikan oleh wanita.Tetapi yang ditarikan oleh golongan lelaki.Ini kerana menurut Doktor Abdul Fattah Mahmud Idris ,Pensyarah di Universiti al-Azhar tiada khilaf di kalangan ulama berkenaan dengan hukum wanita menari di hadapan lelaki ajnabi(yang bukan mahramnya) bahawa ianya haram.

Pendapat-pendapat berkenaan adalah seperti berikut:

PENDAPAT PERTAMA

Sebahagian ulama berpendapat tarian adalah harus(melihat kepada syarat-syarat tertentu).Sebahagian ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Fawrani rahimahullah dan lain-lain berpendapat ianya adalah harus secara umumnya.Manakala al-Imam Haramain rahimahullah menerangkan dengan lebih terperinci hukum berkenaan perkara ini.Beliau mengatakan membanyakkan tarian sehingga boleh menjatuhkan maruah maka hukumnya adalah haram jika sebaliknya maka tiadalah mengapa.Al-Imam al-Rafi’e dan Ibn Abi al-Dam rahimahumallah juga berpendapat sedemikian.Sebahagian ulama bermazhab Syafie yang lain berpendapat mengatakan: Jika tarian ini semata-mata untuk bergembira dan berseronok maka hukumnya adalah haram .Jika tarian yang dilakukan oleh golongan lelaki ini tiada niat untuk bergembira sedemikian(seperti tarian perang dan lain-lain) maka hukumnya adalah harus.

PENDAPAT KEDUA

Sebahagian para ulama berpendapat hukum tarian adalah haram secara mutlak.Ini adalah seperti yang dipegang oleh para ulama bermazhab Hanafi,sebahagian ulama bermazhab Syafie,dan Hambali rahimahumullah.Kata al-Imam Ibn Abidin rahimahullah: Jika seseorang tersebut menghalalkan tarian,sebahagian ulama menghukumkan orang tersebut sebagai kafir.Beliau menyebutkan lagi bahawa : Aku telah melihat Fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikhul Islam al-Karmani rahimahullah bahawa golongan yang menghalalkan tarian sebegini adalah kafir.

PENDAPAT KETIGA

Sebahagian ulama di dalam mazhab Syafie dan Jumhur ulama Hambali berpendapat bahawa hukum tarian adalah makruh.

PENDAPAT KEEMPAT

Sebahagian para ulama membezakan hukum tarian bagi golongan Sufi dan lain-lain.Mereka mengatakan bahawa tarian yang dilakukan oleh golongan sufi adalah harus manakala golongan yang selain daripada sufi adalah makruh melakukan tarian.

Ini adalah pendapat para ulama berkenaan perkara ini.Perlu untuk saya tegaskan sekali lagi,ini adalah hukum untuk golongan lelaki sahaja.Bukan wanita.Jika kita menilai dengan baik,tentu kita akan terfikir,jika hukum untuk golongan lelaki pun masih terdapat khilaf yang pelbagai dikalangan para ulama,apatah lagi jika tarian tersebut dilakukan oleh golongan wanita?

Sepanjang kajian yang saya lakukan berdasarkan rujukan daripada kitab-kitab para ulama,tiada pula dibezakan antara tarian kanak-kanak perempuan dengan wanita yang dewasa.Malah para ulama membahaskan pula hukum untuk membuat pusat tarian. Menurut Doktor Abdul Fattah Mahmud Idris hafizahullah jika kita melihat secara terperinci maka hukum berkenaan wanita yang menari adalah haram.Maka jika dibuat pusat untuk latihan tarian bagi wanita juga adalah haram.

Tidak menjadi masalah jika wanita menari sesama wanita.Ini jika kita dapat pastikan bahawa tiada lelaki yang ajnabi melihat mereka.Jika terdapat lelaki yang ajnabi melihat mereka maka hukumnya sudah jelas lagi bersuluh.Sesiapa yang terang mata hatinya tidak perluy lagi diulas berkali-kali tentag perkara ini.

Jika sahabat-sahabat dan sidang pembaca sekalian ingin melihat dengan lebih lanjut.Bolehlah merujuk kepada Fatwa bernombor 619 yang dikeluarkan oleh Darul Ifta al-Misriyyah di dalam kitab al-Fatawa al-Islamiyah .Fatwa tersebut dikeluarkan oleh Syiekh Abdul Majid Salim rahimahullah pada bulan Ramadhan 1362 hijriyah.Malah kata Syeikh Abdul Majid Salim rahimahullah:Sesiapa yang redha dengan perkara maksiat maka dia juga dikira melakukan perkara maksiat tersebut.

KESIMPULAN

Saya hanya menyediakan sedikit sahaja maklumat berkenaan perkara ini. Selanjutnya sahabat-sahabat boleh mencari sendiri hukum-hukum berkenaan untuk lebih yakin.Kebenaran adalah kebenaran.Jangan disebabkan kita terlibat di dalam perkara tersebut maka kita tetap juga ingin menunjuk jaguh di dalam permasalahan hukum.Jangan sampai kita ditempelak oleh Sang Pencipta kelak hanya kerana kebodohan dan sikap sombong dan ego yang terdapat didalam jiwa sanubari kita maka kita tidak mampu menerima kebenaran.Saya memohon maaf jika terkasar bahasa.Bahasa saya sebegini kerana saya terkilan terdapat masyarakat yang belajar di al-Azhar yang belajar agama Islam tetapi masih redha dengan perkara sebegini.

Wallahu a’lam.

Rujukan:
1. موقف الشريعة الإسلامية من الرقص للدكتور عبد الفتاح محمود إدريس cetakan kedua 1998
2. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Dr Wahbah Zuhaili jilid 4 cetakan Darul Fikr
3.Faidhul Qadir oleh al-Imam Manawi rahimahullah jilid 4 cetakan Darul Kutub Ilmiyyah

sumber :http://nazrulnasir.blogspot.com/

Fatimah Z Rosli said...

salam, kepada semua pembaca setia, sila klik link ini:

http://ismamesir.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=134:kenyataan-rasmi-penglibatan-isma-mesir-dalam-feksas-09&catid=54:setempat&Itemid=113

thaaqhib said...

beri laluan sebentar utk ust hairul berehat. beliau perlu habiskan bahas sesegera mungkin. Untuk isu ini, masing2 dah buat yg terbaik. ada alasan masing2. sama2 lah serahkan pada allah.