Boleh dikatakan mahasiswa tidak akan dapat lari daripada internet. Saya pun begitu sehingga saya pernah mengucapkan satu pandangan "Para ulama zaman ini perlu memiliki dua perkara; laptop dan internet.
Ada orang hanya menggunakan internet untuk chat, tengok video, download filem dan macam-macam lagi. Cukup tidak segianya sekiranya mahasiswa Pengajian Islam juga turut terbuai dengan program membuang masa melayari internet semata-mata hanya untuk berbual kosong dan mendownload filem-filem hiburan. Huh. Sengal.
Mungkin ramai orang tidak tergerak hati untuk berkenalan dengan manuskrip-manuskrip yang telahpun berumur ratusan tahun yang lepas ataupun mungkin ramai yang tidak pernah menatap rupa makhtutat (manuskrip).
Saya ini bukanlah digolongkan daripada kalangan orang berduit. Dulu pernah dapat zakat dan seterusnya dipotong oleh Kerajaan Selangor Era UMNO semata-mata kerana terlibat dalam saf kepimpinan PMRAM. Lantaklah. tak nak bagi sudah. Jadi saya selalunya akan menelan air liur bila melihat pelbagai buku di toko-toko buku sekitar Mesir. Saya juga sering ketawa bila teringat ucapan seorang penjual buku Maktabah Darul Salam, Masakin Othman yang berseloroh dengan saya lalu mengatakan "Orang miskin tidak akan mampu untuk menjadi ulama sebab tidak memiliki wang. Jadi macam mana nak beli buku?"
Namun akhirnya saya dapat menyangkal seloroh di atas kerana walaupun kita tidak berwang, kita tetap mampu untuk memiliki pelbagai khazanah ilmu berupa buku-buku yang telahpun dicetak mahupun buku-buku yang masih berbentuk manuskrip lama.
Macam mana caranya? Mudah sahaja. Download daripada internet. Alhamdulillah. Sehingga ke waktu ini, saya sudah memiliki buku-buku dalam bentuk pdf ataupun m.word sebanyak 30.2 GB dan manuskrip yang telah berumur ratusan tahun seluas 27.1 GB. Kawan-kawan di Mesir mengiginkan dari saya. Sila bawa external saudara dan copy secara percuma dari saya.
Ini adalah antara laman web yang menyediakan perkhidmatan mendownload makhtutot (manuskrip lama) dan kitab-kitab cetakan lama yang berkemungkinan sudah tidak kedapatan lagi di kedai-kedai buku hari ini:

- http://www.mediafire.com/?sharekey=c653fb699c9ba706ab1eab3e9fa335ca27fd109aa5377cc3
- http://khizana.blogspot.com/
2 comments:
Assalamualaikum abang hairul,
syukran atas pemberitahuan laman web berkenaan kitab khazanah turath. Semoga Allah merahmati abang hairul. amin.. - mahir-al-hujjah.blogspot.com
salam...
Semoga Allah memberkati usaha murni ustaz Hairul..teruskan usaha memberi kesedaran buat kami yang masih mentah dan dahagakan ilmu ini..
Post a Comment