Sunday, May 10, 2009

DEBAT AGAMA - Satu Cara Terbaik Buat PAS?


Setiap kali saya berangan-angan untuk membuat draf atau kajian ringkas berkenaan dengan cabaran pelaksanaan Islam di Malaysia, satu isu yang sering bermain di benak saya adalah bangkangan non Muslim terhadap pelaksanaan Islam sebagai dasar kerajaan yang bakal tiba. Mungkin kalau Islam dapat dipraktikkan di Mesir, isu bangkangan non Muslim mungkin tidak akan memberikan kesan yang banyak. Ini berikutan dengan bilangan masyarakat non Muslim di Mesir yang beragama Kristian hanya sekitar 10% sahaja (kalau saya tidak silap).

Namun situasi ini berbeza di Malaysia. Suara non Muslim yang sebahagian mereka tidak bersetuju dengan hadaf dan matlamat PAS untuk mentadbir Malaysia dengan aturan Islam ditambah pula dengan semangat nasionalisme sebahagian masyarakat Melayu yang ditipu oleh UMNO sehingga mereka tidak berkenan untuk menjadikan Islam sebagai pemutus dasar kerajaan menyebabkan bertambahnya peratus bangkangan terhadap hasrat murni PAS yang ingin merajakan Islam.

Kalau antara masalah pelaksanaan Islam di Malaysia adalah bangkangan non Muslim, mengapa secara ideanya kita tidak mengislamkan mereka? Secara idea yang mudah, sekiranya bilangan non Muslim dapat dikurangkan dengan pengislaman mereka, kita sudah semakin senang untuk menjayakan hasrat murni PAS untuk memahkotakan Islam di singgahsananya.

Terlalu idea? Saya hanya ingin mengeluarkan apa yang terpendam dalam benak saya.

Mungkin kita terpaksa menerima hakikat bahawa proses untuk memberikan penerangan kepada non Muslim terhadap Islam adalah kurang. Memang ada tetapi tidak terlalu memberangsangkan. Akhirnya peratus ke arah non Muslim di Malaysia berjumlah 50% daripada seluruh penduduk Malaysia adalah terlalu hampir. (Saya tidak tahu sekiranya hari ini peratus non Muslim sudah berjumlah 50%).

Bagi saya, golongan agamawan khususnya mesti mencuba satu proses yang boleh membawa kepada kesedaran terhadap Islam. Proses yang saya maksudkan adalah PERDEBATAN antara agama-agama di Malaysia secara akademik.

Saya yakin, dengan kebenaran yang dicanang dan didasari oleh Islam, Islam akan memenangi perdebatan tersebut kerana Islam adalah agama kebenaran, bukannya agama rahsia seperti yang berlaku dalam agama Kristian.

Mungkin juga satu cadangan yang molek sekiranya mahasiswa Islam mula dari sekarang untuk mengkaji berkenaan agama Kristian, Budha dan Hindu agar sekiranya ruang untuk perdebatan antara agama dapat dilaksanakan di Malaysia pada masa hadapan, kita ketika itu memang sangat sudah bersedia dan bukannya baru hendak terhegeh-hegeh membuka lembaran buku untuk mencari hujah dalam mempertahankan kebenaran.

Kebenaran adalah segala-galanya. Seluruh individu tidak akan rela untuk membiarkan manusia dihukum dengan kebatilan dan kesesatan. Cumanya setiap agama mendakwa bahawa mereka adalah kebenaran.

Sekiranya perdebatan ini dibuat dan Islam menjuarai kebenaran, maka non Muslim perlu menerima bahawa Islam perlu untuk menjadi pemutus MELAINKAN mereka dapat membuktikan bahawa kebenaran itu bukan pada ISLAM.

Pastinya mereka tidak akan dapat untuk menghalang hukuman riddah contohnya yang dikenakan kepada Muslim yang memeluk Kristian, Budha ataupun Hindu kerana seluruh individu tidak akan rela untuk membiarkan manusia dihukum dengan kebatilan dan kesesatan dan mereka tidak dapat untuk menolak bahawa kebenaran adalah bersama Islam.

Adakah ini satu idea yang baik? Saya budak mentah dalam perjuangan Islam.

3 comments:

Bohemian Virtuoso. said...

Ustaz, sy ade exam ari ni.
Tajuk ni menarik sbnanye.
Sbb melibatkan penyebaran islam.
Nanti sy kemukakan pendapat2 sy bknaan dgn tajuk ni. InsyaAllah.

salman6057 said...

assalamualaikum alfadhil ustaz hairul..

saya setuju dgn idea mengislamkan non-muslim di malaysia akan menjamin kedaulatan islam di tanah air.
tp ust, kenapa org bukan islam walaupun mgkn dpt dicerahkan aqal fikiran mereka bahawa islam agama yg plg fitrah dan benar, tp ramai yg x bersedia. sbb tgk qudwah msyrkt islam melayu yg sedia ada, x menunjukkan pun ciri2 dan nilai2 alquran. ataupun memberikan imej yg betul2 buruk kpd islam.

hakikat yg pahit utk ditelan : org melayu miskin, org melayu ketinggalan, org melayu rempit, org melayu b*hsi*, org melayu buang anak, org melayu politik kotor, org melayu dlm politik tak pandai, org melayu ketinggalan dlm pelajaran, org melayu kalau bisnes muflis, org melayu dlm byk segi suka hasad dengki.. dan byk lg. x mampu saya nk sebut semua.

cdgn saya : baiki dan islah masyarakat islam/melayu dahulu. kita dah punya kuantiti yg besar, tp kita kekurangan kualiti sbg umat terbaik. khaira ummah disimbolikkan alquran sbg ummah du'at.

~syg melayu islam, syg malaysia negara umat islam.
syg bangsa, syg negara, syg agama.

Colgate said...

Assalamualaikum ust..

sedikit pandangan...

tajuk ni juga sgt menarik bg ana..ana bersetuju dgn mengislamkan non-muslim. ana byk melihat siri perdebatan dr tokoh2 Islam seperti s.ahmed deedat, dr. Zakir naik, dan beberapa lg tokoh. dan dari siri perdebatan itu Jelas menunjukkan Islam adalah benar..

namun ana lebih gemar mengambil manhaj dakwah Rasulullah SAW dlm pesanan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna..

1) Elakkan PERDEBATAN dan gantikannya dgn QUDWAH

2) Kurangkan PERCAKAPAN dan gantikannya dgn AMAL/KERJA

3) Lebihkan SENI berbanding LOGIK dlm menyampai risalah (yg ni ana yg reka sendiri:)

syarah..

1) faktor kejayaan besar dakwah nabi drpd QUDWAH yg ditunjukkan oleh baginda. namun PERDEBATAN yg sihat blh dilaksanakan mengikut kesesuaian realiti.

2) Nabi kurang berCAKAP dan byk berAMAL. inilah yg nabi ajarkan kepada kita kerana Allah menilai dari sudut amalan bukan perkataan. (sape suke dgr org byk membebel)

3) "kekeringan LOGIK x mampu menandingi keindahan SENI" (ayat ni ana reka). ramai org tertarik dgn seni berbanding logik kerana seni memainkan hati dan emosi manusia namun logik yg kering berjaya menidurkan manusia dlm kelas.
cth: al-Quran memenangi hati org Arab kerana keindahan bahasanya walaupun kekurangan ilmu logik didalamnya. (namun ada juga golongan saintis yg tertarik dgn al-Quran kerana terdapat penemuan sains didalamnya yg x ditemui pada 1400 thn dulu).

kata2 nabi juga penuh dgn seni...

mohon perbetulkan jika terdapat kesalahan dlm komen ana..