Monday, May 11, 2009

Prof Dr. Ali Jum`ah (Mufti Mesir) - Menolak Hadith Dhaif Adalah Bid`ah. AlBani Melakukan Kesilapan Dalam Manhaj Hadith.

Mungkin ramai tak berkesempatan untuk mendengar pengajian seorang tokoh yang cukup disegani keilmuannya. Beliau adalah Fadhilat al-Syaikh Dr. Ali Jum`ah. Saya mengajak para pendengar yang cukup tebal dengan pegangan "Hadith Dhaif adalah ditolak" mendengar ucapan ulama besar. Rasanya ilmu beliau semestinya jauh lebih dalam daripada MAZA atau mana-mana orang yang mendakwa mereka di atas manhaj salaf yang menjadi tokoh dan ikutan salafi hari ini.

Cuma maaf sebab pengajian ini dalam bahasa Arab tanpa alih bahasa. Tapi kawan-kawan yang terkesan dengan al-Wahhabiyyah insyaallah pandai berbahasa Arab kerana mereka mampu untuk terus mencari hukum daripada al-Quran dan al-Sunnah di samping untuk mengkaji darjat sesuatu hadith sebagaimana yang diceburi oleh para mujtahid sahaja satu ketika dahulu.

Maaf pada semua kalau tak bersetuju dengan tindakan saya yang banyak membincangkan kecelaruan Salafiah atau Wahabiah. Saya merasakan peri pentingnya kita membersihkan cara pemikiran muslim agar bertepatan dengan disiplin ilmu Islam yang murni.

Maaf sekiranya saya menyatakan satu kesimpulan bahawa:

masyarakat muslim terkesan dengan Wahabi adalah disebabkan mereka tidak mendalami manhaj ilmu Islam yang betul sebaliknya ingin mendalami Islam secara short term. Lalu jadilah mereka menyangka bahawa mereka adalah ilmuan Islam. Maaf. Mereka adalah ilmuan jadi-jadian.




************

Agar faedah ucapan Mufti Mesir ini dapat dinikmati oleh seluruh pembaca, saya telah membuat beberapa kesimpulan daripada kalam beliau.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat saya paparkan para saudara pembaca hasil daripada syarahan Fadhilat al-Syaikh Prof. Dr. Ali Jum`ah (Mufti Kerajaan Mesir) di atas:

1) Meninggalkan seluruh hadith dhaif adalah BID`AH yang tidak pernah dibuat oleh umat Islam sebelum ini.

2) Hadith Dhaif boleh digunakan dengan beberapa syarat:

• Hadith tersebut tidaklah disandarkan kepada Rasulullah (kita tidak boleh menyatakan bahawa matan hadith tersebut adalah kalam Rasulullah secara yakin 100% kerana hadith tersebut tidak mencapat tahap hadith Sahih atau Hasan)
• Hadith Dhaif tersebut tidak boleh terlalu dhaif
• Tidak ada hadith lain yang membicarakan sesuatu bab melainkan hadith dhaif tersebut.
• Hadith Dhaif tersebut tidak bercanggah dengan perkara-perkara pokok dalam agama Islam
• Hadith Dhaif tersebut adalah digunakan hujah dalam Fadha`il A'mal

3) Fikrah yang dipegang oleh golongan Wahabi hasil daripada idea Syeikh Albani yang mahu agar hadith dhaif dibuang di dalam tong sampah adalah satu pandangan yang BID`AH.

4) Hujah bahawa tokoh ulama berikut menolak hadith dhaif adalah salah sama sekali. Tokoh-tokoh yang dimaksudkan adalah:

• al-Imam al-Bukhari: Beliau sendiri mengarang beberapa buku dan memuatkan hadith-hadith dhaif di dalam buku-buku tersebut seperti kitab al-Adab al-Mufrad.

• Abu Syamah al-Maqdisi: Beliau telahpun mengarang satu buku yang berjudul al-Bahis `Ala Inkar al-Bida' Wa al-Hawadith (الباعث على إنكار البدع والحوادث) telah menggunakan hadith dhaif ketika berhujah.

• Ibnu Hazm al-Zohiri: Kitab al-Muhalla yang dikarang oleh beliau penuh dengan hadith-hadith yang dhaif.

• Abu Bakr bin al-Arabi: Beliau telah berhujah dengan menggunakan hadith dhaif di dalam kitab beliau Ahkam al-Qur`an.

5) Golongan Wahabi berhujah bahawa al-Imam Muslim menyatakan di dalam muqaddimah kitab beliau iaitu Sahih Muslim bahawa hadith dhaif tidak boleh dipakai sama sekali.

Dr. Ali Jum`ah mempersoalkan golongan Salafi/Wahabi mengapa mereka hanya berpegang dengan kalam al-Imam Muslim ini sahaja dan menolak pandangan ribuan para ulama yang lain yang membenarkan berhujah dengan hadith Dhaif. Bagi Dr. Ali Jum`ah, ini tidak lain dan tidak bukan kerana pandangan al-Imam Muslim bertepatan dengan hawa nafsu mereka.

6) Hadith Dhaif adalah diperlukan dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan akhlak dan peribadi yang mulia. Contohnya kita memerlukan:

• Hadith dhaif yang berbunyi:


yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mencintai seseorang di kalangan kamu apabila dia bekerja, dia bekerja dengan penuh tekun.

• Hadith dhaif yang berbunyi:


yang bermaksud: Bersihkanlah halaman rumah kamu semua.

7) Antara contoh hadith dhaif yang digunakan sebagai dalil dalam hukum sesuatu perbuatan adalah seperti:


yang bermaksud: Rasulullah Sallalahu `Alaihi Wasallam melarang daripada menjual hutang dengan bayaran hutang.


yang bermaksud: Setiap hutang yang menyebabkan terhasilnya sebarang keuntungan, maka ia adalah riba

8) Orang yang cuba untuk menyebarkan fahaman bahawa hadith dhaif adalah ditolak sama sekali adalah orang yang jahil.

9) Syeikh Albani telah melakukan pelbagai kesilapan dalam manhaj hadith. Berikut adalah kesilapan beliau:

• 86% daripada pandangan Syeikh Albani terhadap martabat hadith-hadith Rasulullah adalah berubah sama sekali daripada pandanganya yang awal. Sekejap beliau mengatakan bahawa hadith tertentu adalah dhaif kemudia beliau menyatakan bahawa hadith tersebut adalah sahih. Ada hadith yang pada awalnya beliau hukumkan sebagai hadith sahih namun akhirnya beliau menyatakan hadith tersebut adalah dhaif.

• Syeikh Albani telah mempertikaikan al-Bayhaqi, al-Tirmidzi, Ibn Majah, al-Bukhari dan al-Muslim. Namun akhirnya beliau sedar bahawa beliau telah tersilap.

• Syeikh Albani menyatakan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Zubayr al-Makki daripada Sayyidina Jabir adalah hadith yang dhaif kerana Abu al-Zubayr adalah seorang Mudallis. Apabila orang mempertikaikan kenyataan Syeikh Albani dengan menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Abu al-Zubayr al-Makki daripada Sayyidina Jabir ada di dalam Sohih Muslim, Syeikh Albani menyatakan bahawa beliau tidak kisah dengan Rijal (orang-orang tertentu). Akan tetapi beliau menghukum pula hadith tersebut sebagai hadith yang sahih.

10) Al-Imam al-`Iraqi tidak langsung menyatakan bahawa kitab al-Ihya' yang dikarang oleh al-Imam al-Ghazali adalah haram. (Kitab Ihya' Ulum al-Din mengandungi hadith-hadith yang dhaif). Al-Imam al-`Iraqi hanya menyatakan darjat hadith-hadith di dalam Ihya' Ulum al-Din dengan menyatakan bahawa hadith ini Sahih, hadith ini Hasan, hadith ini Dhaif, hadith ini Kadzib. Al-Imam al-`Iraqi menamakan buku beliau ini dengan nama:


Al-Imam al-`Iraqi sama sekali tidak menyatakan kepada kita bahawa Jangan Membaca Kitab Ihya' Ulum al-Din.


******

Inilah beberapa kesimpulan yang saya dapat petik daripada kalam tokoh ulama al-Azhar yang disegani ini. Semoga bermanfaat buat seluruh pembaca.

43 comments:

y.mercury said...

sejak bila pula al-bukhari karang ihya'?
ini pertama kali dlm hidup saya, bahkan mungkin pertama kali dalam sejarah ada orang kata kitab ihya' ditulis oleh al-bukhari.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Syukran. Tersilap tulis. Jazakumullahu Khairal Jazak

y.mercury said...

wa iyyaak.

teringat saya bila saya tersilap tulis tajuk buku al-ghazali juga, saya tersilap tulis dua HURUF sahaja, bahasa arab pulak tu, kemudian ust sudah mempersoalkan saya. ust kata:

"Saya memang tidak bersetuju dengan manhaj saudara yang tidak cermat dalam menukilkan sesuatu fakta seperti yang berlaku kepada nama kitab al-Imam al-Ghazali yang menyebabkan saya akhirnya meragui fakta-fakta yang saudara sebut sebelum ini. Tidak mustahil bahawa saudara sebenarnya hanya mengambil fakta-fakta yang tersebar luas di alam maya dan tidak mustahil bahawa saudara sebenarnya belum lagi membaca kitab Iljam al-`Awam".

sekarang ust pula yg silap. saya kira kesalahan fatal bagi seorang pelajar master jurusan agama utk tersilap tulis pengarah ihya' yg sangat masyhur di alam nusantara, bahkan ia sudah menjadi seperti sesuatu yg ma'lum bid dhoruri.
lalu apa pandangan ust jika saya mempersoalkan soalan2 yg sama pada ust? jika dengan kesalahan satu PERKATAAN saya kata manhaj ust tidak cermat, dan saya jadi ragu2 pada fakta2 ust, dan tidak mustahil fakta2 itu semuanya dicedok.
tapi saya tidak akan kata macam itu. mungkin kita berbeza.

Allah Maha Adil.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Saya tidak akan menegakkan kesilapan saya. Kesilapan saya hanyalah pada menulis nama pengarang Ihya'. Saya juga telah menyatakan bahawa tulisan saya tersebut adalah ringkasan daripada syarahan Dr. Ali Jum`ah yang saya turut paparkan.

Alhamdulillah, tulisan tersebut bukan saya copy paste sebaliknya hasil ringkasan saya sendiri terhadap ucapan Dr. Ali Jum`ah.

Terima kasih kerana menegur.

Adapun kesilapan saudara sebelum ini, Kalau saudara masih ingat, saya telah bertanya judul kitab tersebut kepada saudara agar saudara menyedari kesilapan saudara. Lama betul baru saudara tersedar.

Ya. Saya sampai sekarang masih mempertikai saudara berkenaan dengan kitab Iljam al-`Awam. Saya sangat kuat zhan bahawa saudara tidak mendalami kitab tersebut kerana kitab tersebut tidak mengharamkan ilmu Kalam secara mutlak. Saudara pula mendakwa kitab tersebut mengharamkan ilmu kalam sedangkan tajuk buku itu sendiri sudah menjawab mengapa Imam al-Ghazali menghalang ilmu kalam disebarluaskan.

Saya betul-betul menyangka bahawa saudara menyatakan bahawa buku tersebut adalah dalil pengharaman ilmu kalam.... hasil saudara membaca tulisan orang lain di mana-mana sumber, bukannya kerana saudara meneliti sendiri buku tersebut.

Saya sampai sekarang meragui bahawa saudara mengkaji buku tersebut secara cermat atau saudara hanya menceduknya daripada tulisan-tulisan di alam maya.

Apapun Insyaallah, selepas periksa nanti saya akan menyingsing lengan baju saya untuk berusaha mengkaji ilmu kalam secara terperinci.

Doakan agar hasil tersebut akan bermanfaat buat semua.

y.mercury said...

aik, bila pulak saya mendakwa kitab tersebut mengharamkan ilmu kalam. saya kata beliau kritik ilmu kalam dlm kitab tu, dan menyeru utk kembali kepada manhaj salafussoleh. ust dah baca ke belum?

tolong jangan putar belit kenyataan saya ustaz. bukankah ust sendiri menyeru kpd disiplin ilmu?

Hairul Nizam Mat Husain said...

Maksud saudara Imam Ghazali mengkritik ilmu Kalam itu beliau memakruhkan ilmu Kalam ataupun mengharamkannya atau mewajibkannya atau menyunatkannya atau memubahkannya?

Maksudnya Imam Ghazali minta golongan mahasiswa Islam dalam bidang pengajian Islam tak perlu belajar ilmu Kalam ker?

Pening lagi

y.mercury said...

ilmu kalam memang pening pun.

Hairul Nizam Mat Husain said...

Bukan masalah ilmu kalam itu pening.

Saya pening dengan kefahaman kamu tentang kritikan al-Ghazali -sebagaimana yg kamu dakwa- terhadap ilmu Kalam. Adakah saudara berpahaman bahawa maksud kritikan beliau adalah beliau mengharamkan ilmu kalam? atau memakruhkan ilmu kalam? atau apa sebenarnya makna yang saudara ingin maksudkan dengan kritikan al-ghazali terhadap ilmu kalam?

Hairul Nizam Mat Husain said...

Saya rasa saya kena selamatkan kamu la. Maaf kalau kamu rasa saya yang sepatutnya diselamatkan.

Ada rezeki nanti, kita bersua dengan fakta kajian yg saya bakal hadiahkn buat anda dan teman-teman yang lain.

Pernah disebutkan sebelum ini bahawa Imam al-Syafi`e (kalau saya tak silap) mencela ilmu Kalam?

Saya sudah ketemu dengan maksud al-Imam al-Syafi`e mencela ilmu Kalam.

Insyaallah..kita bermunaqasyah nanti.

y.mercury said...

haatuu burhaanakum in kuntum soodiqiin

semoga Allah menyelamatkan saya dan ustaz juga.

jarah wa ta'dil said...

assalamualaikum...

tuduhan paling berat..

"..masyarakat muslim terkesan dengan Wahabi adalah disebabkan mereka tidak mendalami manhaj ilmu Islam yang betul sebaliknya ingin mendalami Islam secara short term. Lalu jadilah mereka menyangka bahawa mereka adalah ilmuan Islam. Maaf. Mereka adalah ilmuan jadi-jadian..."

mungkin ust dan para anti-wahhabi sahaja yang belajar mengikut manhaj ilmu yang sebenar??maka, mereka yang bukan wahhabi sahajalah yang ilmuan dan layak menjadi mujtahid,ulama' dll..inilah pemikiran songsang yang telah sekian lama bertakung di kalangan beberapa mahasiswa azhar kita..habis semua dipukul rata...

apakah ust lupa..para pelajar yang melanjutkan pengajian mereka di madinah..makkah..yaman (sanaa')..jordan (ust zaharuddin,ust maszlee malik,ust hasrizal, Ust Fathul Bari dll tokoh ilmuan di malaysia yang rata-rata lebih disukai oleh mahasiswa)..mereka ini bakal-bakal pemegang PhD..bukan MASTER..kalau bukan mengikut manhaj ilmu lagi, ana tak tahu lah bagaimana..

Dr.Juanda Jaya, Dr. Abdul Basit, Dr.Takiri, dll ini hanyalah sampah yang terkena serpihan wahhabi..mereka bukanlah ilmuan walaupun mereka kian diterima di malaysia..mereka sampah dan ilmuan jadian belaka...bukan kah begitu?

apakah belajar di azhar sahaja mereka yang berhak digelar thaalibul ilm yang sebenar?apakah belajar dengan dr ali jumuah,dr yusri alhasani sahaja yang berhak digelar ilmuan islam?

sungguh tidak berhati-hati dalam berkata-kata..istighfarlah dan mohonlah ampun kepada Allah..ini bukanlah kalam seorang yang ingin menjadi mujtahid..moga Allah mengampuni kita semua..

Hairul Nizam Mat Husain said...

Ghuraba

Anda boleh hina saya atau tidak bersetuju dengan saya.

Anda boleh sebut anda tidak bersetuju dengan Syeikh Ali Jum`ah.

Tapi untuk anda bersifat kurang ajar dengan Syeikh Ali Jum`ah, ulama besar yang diakui oleh dunia Islam, saya tak boleh maafkan.

Saya benci baca ayat anda:
"jawapan kepada PEMBOHONGAN syeikh ali jumu'ah.."

Maaf. Saya benci tulisan anda yang kurang ajar kepada Dr. Ali Jum`ah. Apa yang anda tahu tentang beliau?!!

Ruangan ini adalah untuk orang yang tahu adab.

Yasir tak bersependapat dengan saya. Bahasa dia juga ganas kadang2. Tapi dia tidak menghina ulama macam anda hina.

Saya benci orang tak ada adab dengan ulama Islam seperti Mufti Mesir yang diiktiraf keilmuannya oleh ulama dunia.

Tak ada adab.

Hasbiyallahu Wa Ni'mal Wakil

Hasbiyallahu Wa Ni'mal Wakil

Unknown said...

Imam Syafie, Imam Ghazali, dan seluruh ulamak yang berada di atas jalan kebenaran tak pernah haramkan ilmu kalam yang membawa kepada kefaham Alquran dan Sunnah. Krtitikan mereka hanya apabila disalahguna oleh orang yang jahil (macam ulamak jadian hari ini), atau apabila bercanggah dgn nas.

Saudara Ghuraba' yang tidak beradab..

Adakah saudara katakan senarai ustat2 yang saudara sebutkan itu semua terkena virus wahhabi? Ustaz Hairul tak sebut pun nama2 mereka kan? Ait, camna ni saudara? Saudara ada cara ilmiah tak?

Ustaz Hairul hanya sebutkan mudahnya virus Wahabi menyerap pasal tak fahami ilmu Islam dgn manhaj yang benar, tapi nak short-cut version je. (itu yg saudara yasir suka cut n paste tu kot, maaf ya yasir. hehe)

Tapi sesiapa jua (hatta golongan profesional lain) nak belajar agama dgn tekun dgn manhaj yang benar, maka mereka akan selamat dan boleh jadi ulamak, insyaAllah.

y.mercury said...

saudara That, cakap baik sikit. tolong jangan bikin panas kat blog orang. saya masuk sini takde kutuk sape2 lagi ni. sesuka hati cakap saya copy paste, pastu nak mintak maaf. tahu tak setiap perbuatan saudara itu dinilai? kalau saya tak maafkan saudara, saudara sanggup menerima akibat memfitnah orang?

seronok menyorok di belakang private profile dengan nama pelik?

Unknown said...

eh eh saudara yasir.. panas nampak.. tak ngaku ke saudara copy paste? takkan saudara bikin ijtihad sendiri plak kan? Tentu seklai copy paste.. apsal panas ni? musim panas eh kat sana? apsal melalut sampai fitnah dsb ni? sabar sedara.. sifat seorang mujtahid mestilah sabar ;-)

y.mercury said...

saudara That, tolong tunjukkan tang mana saya ijtihad dan tang mana saya copy paste. cakap banyak tak guna.

tak boleh ke panas? nabi pun pernah marah sampai merah mukanya.

Unknown said...

saudara Yasir..

Rasulullah nasihat kita la taghdab berulang kali. Marah tu boleh tapi biar kena dengan sebabnya... ;-)

Bila saudara sebut pasal ilmu kalam macam2 tu, bukan ke saudara copy paste dari pelbagai sumber. Takkan saudara baca AlQuran dan Hadis (dari sumber yg asal, ie. ktub sitah dll), lalu membuat ijtihad mengatakan ilmu kalam itu memeningkan dan tak perlu dipelajari dsb.

Jadi tentu sekali saudara copy paste dari sumber2 yg saudara percayai kan..

Saudara tak boleh ijtihad lagi kan? ;-)

y.mercury said...

tak payah tukar tajuk kot.

kalau saya naqal ayat qur'an, hadis atau kata2 ulamak, salah ke copy dan paste? jatuh maruah ke? bukan ke kita kena sampaikan sebijik, tanpa penyelewengan?

bahkan banyak yg saya salin sendiri dari pada buku2 saya. bukan 'control C' dan 'control V'. jangan main tuduh2 ok? bukankah saudara menyeru kepada adab yg baik?

walk the talk.

Unknown said...

Saudara Yasir boleh scan muka depan dan muka dalam (yang ada tulisan ia milik saudara) kitab "iljamul 'awam" saudara itu? Dan kemudian scan sekali di muka surat yang Imam Ghazali katanya mengkritik ilmu kalam itu. Selepas scan saudara letak di photobucket dan linkkan ke sini ya. Saudara tidak copy n paste dari orang lain kan, kan, kan... ;-)

Ust Hairul apabila tersalah tulis nama pengarang Ihya' itu siapa pun tau itu kesalahan menaip. Siapa jua yg belajar agama walau sedikit akan tau. Maka ia tidak termasuk satu perkara yang mengaibkan langsung. Sebuah risalah ilmiah MA atau PhD pun biasa tersilap ejaan walau sudah disemak oleh supervisor, maka biasa diadakan munaqasyah pula. Inikan pula blog begini.

Tetapi saudara menyebutkan nama sebuah kitab, setelah ditegur oleh Ust Hairul berulang kali pun masih tak perasan.

Dua perkara yang berbeza tau...

Tapi saya lihat saudara cukup pantang apabila Ustaz tersilap sedikit, cukup cepat mengkritik dan mengutuk (posting pertama saudara kan sudah cukup utk menegur dan ustaz hairul sudah menjawab, mengapa perlu dipanjangkan lagi kalam)...

-------------------------------

Menaqalkan Alquran dan Hadis memang kena tepat. Malah naqal kalam seorang kafir pun kena tepat. Tapi apa yg saya nak katakan adalah, saudara kena sedar, saudara bukan membaca Alquran dan Hadis itu sendiri lantas mengeluarkan hukum. Tetapi saudara cedok dari sana sini. Maka jadilah saudara seorang muqallid kepada yang lain. Copy dari buku sana paste di sini. Copy dari sana paste di sini. Kemudiannya saudara sendiri keluarkan natijahnya. Itulah perbezaannya dengan cara para ulamak.

This is actually the fact that i want to emphasize. By "Copy n Paste", i dont mean it literally (ctrl c & ctrl V), but i'm referring to the level of our knowledge... Think carefully before any action is taken.

Dont be angry, dont be angry, dont be angry... ;-)

jarah wa ta'dil said...

assalamualaikum..

ini merupakan tajuk yang ditulis oleh pengirim video dan ianya bukan dari ana..ana sekadar menterjemahkan semula dengan menghormati syeikh ali jumuah dengan menyebut "syeikh" + "hafizahullah"..
mungkin telah dipadam oleh ust hairul nizam sendiri perkataan ana..

رد الشيخ أبو اسحاق الحويني علي كذب علي جمعة في مناظرته للألباني و أنه ابتدع بدعة التصحيح و التضعيف

linknya untuk dilihat para pembaca blog ust hairul nizam :

http://www.youtube.com/watch?v=12uQu0lj4Rk&feature=related

sekiranya penulis / pengirim blog / ana tidak beradab sebagaimana ust telah salah fahami..maka, berapa ramaikah ulama' yang dipanggil antum sebagai wahhabi telah antum hina mereka..

lihat ayat2 ini :

"... Rasanya ilmu beliau semestinya jauh lebih dalam daripada MAZA atau mana-mana orang yang mendakwa mereka di atas manhaj salaf yang menjadi tokoh dan ikutan salafi hari ini.."

p/s : tidak perlu disebut nama MAZA..

"..masyarakat muslim terkesan dengan Wahabi adalah disebabkan mereka tidak mendalami manhaj ilmu Islam yang betul sebaliknya ingin mendalami Islam secara short term. Lalu jadilah mereka menyangka bahawa mereka adalah ilmuan Islam. Maaf. Mereka adalah ilmuan jadi-jadian..."

p/s :ini adalah satu kaedah bahayah dalam generalisasi.."masyarakat muslim yang terkesan dengan wahhabi"...ini merujuk kepada siapa kalau bukan kepada semua?termasuklah ust-ust madinah,makkah,jordan,yaman,dll..mereka ini kebanyakannya mendapat mumtaz dlm PhD mereka..


"..Rupa-rupanya bukan hanya ada harimau jadian, atau serigala jadian. Ada lagi satu: Mujtahid Jadian..."


"..Mereka cukup mudah untuk berlagak bak seorang faqih dan begitu cepat menyatakan bahawa ini adalah bid`ah, haram dan sebagainya...."

p/s : perkataan berlagak juga sesuai diletakkan kepada penulis blog kerana gemar mengatakan itu ini jadi-jadian,tak ada disiplin ilmu dll..apakah mereka yang bertalaqqi di azhar sahajakah yang berhak dikatakan ilmuan yang TIDAK JADI-JADIAN?ilmuan tulen?

bertakwalah kepada Allah..

y.mercury said...

aiseh, baru nak reply kat suadara That, saudara ghuraba' dah masuk..hehe.

mcm menarik je video tu. sy pun ade beberapa kali baca majalah tauhid kat mesir ni, dlm beberapa keluaran ada radd fatwa Sheikh Dr Ali Jum'ah kerana beliau pakai hadis yg tak sabit dlm fatwa2nya. (ini bukan menghina ulamak ye..just nak cakap).

takpe, sy beri laluan saudara That menjawab utk saudara ghuraba' dulu, kalau ada yg nak dijawabnya.

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

mmg laa klu bckap d sni pyah nk cri jln penyelesaiannya..yalaa.pkat2 ada hujah masing2..hmm..klu lah antum dpt brjmpa face to face sma2 lg baguih..setel mslah..klu x setel lgi xtau laa nk ckp apa...hmmm..-skadar pmerhati..-

jarah wa ta'dil said...

bertaqwalah kepada Allah dan berhati-hatilah serta amanahlah dalam menuturkan setiap perkataan..

1)yang dikatakan mengkritik jangan ditakwilkan atau ditahrifkan menjadi haram..

2)yang tidak bersetuju dengan kita jangan pula dikatakan "wahhabi" kerana berkata sesuatu yang melukakan hati seseorang muslim apabila mendengarnya WAJIB dielakkan..

3)yang menilai ketinggian ilmu seseorang itu bukanlah kita, tetapi Allah.

4)apabila seseorang menegur tentang sesuatu yang salah,jangan pula kita katakan mereka telah mengatakan "sesat"..cth : yasir mengatakan para imam mujtahid tidak terlepas daripada kesalahan, jangan kita katakan yasir mengatakan para imam mujtahid adalah sesat..

kesalahan-kesalahan di atas perlu diperbaiki oleh mereka yang inginkan disiplin dalam berhujjah dan mengikut manhaj ilmu yang benar..

Unknown said...

Huwaini Muftari masih hidup lagi rupanya. Untuk pengetahuan saudara ghuraba', Huwaini ni terkenal dgn manhaj celaru dan betapa bertaqlid dgn Albani. Tentu sekali melompat dia apabila Syaikh Ali Jum'uah (yang merupakan seorang muhaddis) mempersoalkan manhaj Albani, yang bercanggah dgn manhaj muahddisin terdahulu. Kritikan beliau terlalu tidak adil tau. Jarh yang langsung tidak boleh dipakai, malah hujah yg tidak ilmiah.

Apabila saudara membawakan ayat "pembohongan" itu tanpa diterangkan bahawa saudara tidak bersetuju dgn ayat tersebut, maka secara langsung saudara juga tidak beradab. Maka tepatlah kata2 ustaz Hairul bahawa saudara tidak beradab. Apalah susahnya nak minta maaf ya.

-------------------------------

Mengapa apabila disebutkan nama Maza saudara kata tak perlu disebutkan pula. Hanya sekadar memberi contoh yang dikenali sahaja. Tentu beliau sendiri sedia utk dikritik. Dan apabila disebutkan Syaikh Ali lebih alim, ada ke yang berani canggah kenyataan tersebut? Ke saudara rasa Maza lebih alim dari Syaikh Ali?

---------------------------------

Kalau mereka yang belajar di mana (hatta di Mesir sekalipun) terkesan dgn ideologi Wahhabi, maka sebabnya adalah tidak memahami manhaj ilmu Islam yang betul. Itu satu pendapat Ust Hairul. Tak kisahlah. Kenapa saudara perlu kaitkan pula dgn ustaz2 yg khirrij tempat lain tu? Macam nak laga2kan pula.

Ustaz Hairul sejauh yang ana baca, tak pernah sebut, hanya talaqqi di Azhar sahaja yang boleh jadi ilmuan tulin. Mengapa saudara beranggapan sedemikian pula? Tak lain yang saya lihat melainkan ada perasaan tertentu saudara kepada Al-Azhar Assyarif.

Cumanya nak jadi ilmuan tulin, kenalah mengikuti manhaj pengajian yang disepakati ummah akan kebenarannya, tak kiralah di mana jua dipelajari.

Kalau belajar tanpa mengikuti sistem yang betul, maka jadilah ilmuan jadian. Takkanlah cakap begitu menjadikan Ustaz Hairul berlagak pula.

Saya tak pernah dengar seorang doktor pakar dikatakan berlagak, jika seorang awam yang belajar dgn mencedok di sana sini ilmu perubatan tanpa melalui sistem pengajian perubatan yang betul, lalu dr pakar itu menggelarnya Dr jadian, walau Dr jadian itu menulis 101 kajian pun selepas itu.

Ilmu agama jauh lebih2 lagi perlu kepada manhaj yang betul tersebut...

Bohemian Virtuoso. said...

That, enta ni ckp banyak la.

Enta bias kt Ustaz Hairul.
Ana nak bias kt Yasir gak la camni.

Bkn nak besar2kan hal ni.
Tp ana ingat, ustaz Hairul mempersoalkan kredibiliti Yasir sng2 je slepas tsilap tulis 2 huruf je.

Ini tajuk&penulis buku, ana pun tau sape pengarang die. Takpela, ana terime ustaz hairul tsilap.

Tp Yasir takde pon tuduh ustaz hairul maen cedok copy paste kt tenet mane2, takde pon Yasir tuduh ustaz hairul ttido time bertalaqqi ngan syeikh yusri.

Tp enta tuduh Yasir bkn maen hentam ustaz hairul bile nampak ustaz hairul tsilap skit. Takde pon. Ana nampak ustaz hairul je lbey2 hentam Yasir slepas yasir tsilap 2 huruf tu.

Ana snirik pnah nampak Yasir tgh beli buku kt Pustaka Darussalam caw. Alex. Die pun bertalaqqi jgk that. Bkn enta sorg.

Enta blagak nak mampos ni enta igt enta sorg je ke yg bertalaqqi.

Kalo ana jumpe enta la, nak jgk ana lempang skali due ni.
Penakot benor nak pakai name betol.
Pulak tu enta dakwa enta mdapat sanad dr Syeikh2 salaf.
Ntah2 enta pun taktau syeikh2 tu mati bile.

Ana syak enta Gayong-MML kt al-fikrah.net, pemilik blog daud al-amin. Kalo dlm bahase undang2, kte sebut melampaui keraguan yg munasabah. Pattern ayat same walopun enta ade cube tukar skit2.
Sile kontek ana kalo tak puas hati gak. syiha_baik@yahoo.com

Yg ana tau, Dr Asri mdapat sanad dr Syeikh al-Bani. Enta nak kutuk al-Bani, Dr Ali Jumuah byk je fatwa die yg kene radd balek.

Hati enta ni busukla.
Suruh org laen sabar, jgn marah.
Enta tu maen api takpe plak.
Pegi mandila. Basuh hati, sembur perfume ke ape. Bagi wangi skit.

Camane kami bdak2 medic yg tersoal2 kredibiliti ustaz2 Azhar melayu nak hormat ustaz2 Azhar melayu ni? Org tegur die putar kt laen, putar alam. Kt al-fikrah lagila, bile dah desperate, maen tafsir bodoh je ayat quran, pastu salah gune utk dalil kpd halalnye zikir2 tahlilan kematian. Astaghfirullahal azim.

Imam Nawawi gayong tanak ikut.
Syeikh2 nusantara tu jgk die nak ikut.
Ibnu Taimiyyah die tanak ikut.
Tetibe bile ibnu taimiyyah kate sampai pahala sddekah bacaan kpd si mati, bkn maen gadoh nak ikut.
Enta, gayong-MML @ daud al-amin ni same je la, pilih bulu.

Tak susah pon nak mtk maaf, nak ngaku salah. Tp kalo keje duk putar alam, ego melangit, mmg tak abes2la isu wahabi-bid'ah ni.

Inila perangai ustaz2 azhar melayu.
Kalo bdak2 medic bleh berubah, kami tanam smgt nak mendalami agama, mohon ustaz2 azhar pun bleh berubah jgk. Rugi syeikh, rugi kalo enta terus ego bodoh camtu. Rugi dan bodoh... serta bangang.

k la. Puas bkhutbah. Time kasih.

jarah wa ta'dil said...

that kata :

"Huwaini Muftari masih hidup lagi rupanya. Untuk pengetahuan saudara ghuraba', Huwaini ni terkenal dgn manhaj celaru dan betapa bertaqlid dgn Albani. Tentu sekali melompat dia apabila Syaikh Ali Jum'uah (yang merupakan seorang muhaddis) mempersoalkan manhaj Albani, yang bercanggah dgn manhaj muahddisin terdahulu. Kritikan beliau terlalu tidak adil tau. Jarh yang langsung tidak boleh dipakai, malah hujah yg tidak ilmiah.."

ana :

dah tahu sangat dah perangai mereka yang anti dengan "wahhabi" ni..suka melabelkan orang..albani ada kesilapan yang beliau lakukan..al-imam ghazali ada kesilapan yang beliau lakukan..al-imam ibn taimiyyah juga ada kesilapan yang beliau lakukan..setiap orang tidak terlepas daripada kesilapan dalam ijtihad mereka (wallahua'lam)..melainkan al-maksum "rasulullah saw"..albani telah pun menulis beberapa pembetulan dalam kitabnya dan pernah menyatakan kalau ada kesalahan,itu menandakan dia (albani) juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan bukannya maksum..


jarah dan ta'dil dr.ali jumuah hafizahullah sahaja kah yang adil?juga jarah anta sahaja kah yang adil..tak puas hati dengan pendapat orang lain,mula la kata muftari..wahhabi..jadian..siapa yang sebenarnya memaksa-maksa mengikut pendapatnya?tak lain tak bukan mereka yang sangat anti dengan dakwah salafiyyah..tak ikut je manhaj mereka,jadilah mujtahid jadian,ilmuan jadian,muftari,celaru,dll..sebelum bercakap,tengok pada diri dahulu..


that kata :

"...Apabila saudara membawakan ayat "pembohongan" itu tanpa diterangkan bahawa saudara tidak bersetuju dgn ayat tersebut, maka secara langsung saudara juga tidak beradab. Maka tepatlah kata2 ustaz Hairul bahawa saudara tidak beradab. Apalah susahnya nak minta maaf ya.

ana :

tak perlu ana sebutkan setuju ke tidak..kalau ana diminta menterjemah buku-buku,kemudian ada pembaca yang suka dan ada yang tidak,maka,yang tidak suka akan cakap pada ana "kurang ajar/tidak ada adab" kerana beberapa point dalam buku tersebut dirasakan tidak sesuai/kurang ajar/tidak kena dengan hatinya walaupun ana hanya menjadi penterjemah buku tersebut..dan ana tidak perlu menyatakan ana setuju atau tidak pada sesebuah buku yang ana terjemahkan..


that kata :

"...Mengapa apabila disebutkan nama Maza saudara kata tak perlu disebutkan pula. Hanya sekadar memberi contoh yang dikenali sahaja. Tentu beliau sendiri sedia utk dikritik. Dan apabila disebutkan Syaikh Ali lebih alim, ada ke yang berani canggah kenyataan tersebut? Ke saudara rasa Maza lebih alim dari Syaikh Ali?.."

ana :

kalau nak berbicara tentang dr ali jumaah hafizahullah,berbicaralah tentangnya..tak perlu nak rendah-rendahkan sesiapa dengan menyebut nama..ana tak kisah kalau MAZA..tapi..sila lihat ayat ust hairul nizam..

"..Rasanya ilmu beliau semestinya jauh lebih dalam daripada MAZA atau mana-mana orang yang mendakwa mereka di atas manhaj salaf yang menjadi tokoh dan ikutan salafi hari ini.."

atau MANA-MANA ORANG YANG MENDAKWA mereka DI ATAS MANHAJ SALAF..habis tu,para mufti saudi di lajnah daimah..hai'ah kibar ulama' semuanya siapa?syeikh uthaymeen,dll..guru kita sahaja yang hebat,benar,tinggi ilmunya mengatasi segala makhluk..?

tak kisahlah siapa lebih alim..MAZA dia alim dalam hal-hal yang berkaitan di malaysia umpamanya..dr ali jumaah alim dalam hal2 berkaitan mesir..dr.fauzan alim dalam hal2 beliau..syeikh uthaymeen alim dalam hal2 beliau dan pandangan2 beliau..jadi, tak perlu rendah2kan sesiapa dengan menyebut nama..

sekurang-kurangnya,dr yusuf al-qardhawi pernah puji albani dalam bukunya thaqafah dai'yah..dan,pernah meminta beliau menyemak status hadith dalam buku al-halal wal haram..

buku fiqh as-sunnah,juga pernah diminta kpd albani yang ketika itu masih lagi muda untuk menyemak status hadith dalam kitab tersebut..


that kata :

"..Kalau mereka yang belajar di mana (hatta di Mesir sekalipun) terkesan dgn ideologi Wahhabi, maka sebabnya adalah tidak memahami manhaj ilmu Islam yang betul. Itu satu pendapat Ust Hairul. Tak kisahlah. Kenapa saudara perlu kaitkan pula dgn ustaz2 yg khirrij tempat lain tu? Macam nak laga2kan pula..."

ana :

kesimpulannya,sesiapa sahaja yang belajar dan terkesan dengan "wahhabi" berada atas manhaj tak betul..itulah paksaan mereka yang tidak boleh menerima pendapat daripada gologan ini..wahhabi = manhaj salah+ilmuan jadian+mujtahid jadian+muftari+etc..kita sahajalah yang benar..atas manhaj ilmu yang benar..sebab tulah suka berbelit2 bila bercakap..berbelit2 = manhaj yang benar = mereka yang anti wahhabi..

that kata :

"..Ustaz Hairul sejauh yang ana baca, tak pernah sebut, hanya talaqqi di Azhar sahaja yang boleh jadi ilmuan tulin. Mengapa saudara beranggapan sedemikian pula? Tak lain yang saya lihat melainkan ada perasaan tertentu saudara kepada Al-Azhar Assyarif.

Cumanya nak jadi ilmuan tulin, kenalah mengikuti manhaj pengajian yang disepakati ummah akan kebenarannya, tak kiralah di mana jua dipelajari..."

ana :

sila semak artikel-artikel ust hairul sebelum ini..malas nak menjawab jawapan yang cuba diputarbelitkan..al-azhar as-syarif melahirkan ramai tokoh yang hebat antaranya dr.juanda jaya = "wahhabi" perlis..dan ramai lagi ust-ust ahkam yang pernah di azhar pun..tapi mereka tetap "wahhabi" juga..jadi tak timbul ada satu perasaan bias terhadap al-azhar..melainkan enta yang suka bersangka-sangka...

that :

"..Kalau belajar tanpa mengikuti sistem yang betul, maka jadilah ilmuan jadian. Takkanlah cakap begitu menjadikan Ustaz Hairul berlagak pula.

Saya tak pernah dengar seorang doktor pakar dikatakan berlagak, jika seorang awam yang belajar dgn mencedok di sana sini ilmu perubatan tanpa melalui sistem pengajian perubatan yang betul, lalu dr pakar itu menggelarnya Dr jadian, walau Dr jadian itu menulis 101 kajian pun selepas itu.

Ilmu agama jauh lebih2 lagi perlu kepada manhaj yang betul tersebut..."

ana :

kita tak bersetuju dengan orang lain,kita kata orang lain jadi-jadian..muftari..celaru..manhaj tak betul dll..melabelkan orang itu dikira berada di atas manhaj yang benar ke?

kita bukan nak berhujjah begitu..bawakan dalil..bukan cakap kosong kemudian label itu dan ini..

ghuraba' a.k.a jarah wa ta'dil

jarah wa ta'dil said...

Kata-kata Al-Qardhawi hafizahullah kepada buku yang diterbitkan oleh syeikh albani rahimahullah berjudul "Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram" :

وقد تميزت هذه الطبعة بأن جعل المكتب الإسلامي أرقام الأحاديث والأثار التي عني بتخريجها المحدث الشيخ ناصر الدين الألباني على هامش الكتاب ، ليسهل الرجوع إليها بعد طبع التخريج . فجزى الله الشيخ الألباني وصاحب المكتب الإسلامي خيرا عن عملهما

hebat kedua-dua ulama' ini..bukannya seperti mereka yang gemar mencari kesalahan dan melabel-labelkan orang..

y.mercury said...

buat saudara That.

Alhamdulillah, sy dlm proses nak scan buku iljam tu. tapi sy sangat sibuk. dan saya perlu baca buku tu sekurang2nya sekali lalu lagi utk memastikan tidak ada point2 penting yg sy tertinggal.

yg pasal masalah saya tegur dan panjang2kan tu masalah saya dgn utz hairul nizam itu, biarlah, saudara tidak akan faham dgn hanya membaca beberapa komen. ini masalah lain.

ps: saudara That, kesalahan tu bukan salah eja namanya. kalau orang nak tulis 'kereta' ditulisnya 'lori' itu bukan salah taip atau salah eja. bahkan ust hairul sendiri dah mengaku silap tulis. saudara kelihatan seperti ingin menyerang sy.

saya cuma terfikir, apa yg akan saudara lakukan bila dah baca tulisan al-ghazali dlm kitab iljam tu nanti? adakah saudara akan berubah pendirian?

syidi said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya lihat komen2 di atas sudah semakin beremosi dan tidak ilmiah lansung. Sukar utk kita berbincang dgn golongan yang suka putar belit dan tidak sudah2 menghujum dan mengkritik orang lain. Ilmiah dan beradab sungguh kalian ya...

Saya ulang sekali lagi ayat saya di atas:

Saya tak pernah dengar seorang doktor pakar dikatakan berlagak, jika seorang awam yang belajar dgn mencedok di sana sini ilmu perubatan tanpa melalui sistem pengajian perubatan yang betul, lalu dr pakar itu menggelarnya Dr jadian, walau Dr jadian itu menulis 101 kajian pun selepas itu.

----------------------------------

Saya dah semak artikel2 ustaz Hairul. Mungkin saudara yang belum baca. Tiada langsung Ustaz Hairul mengatakan hanya yang belajar di Al-Azhar akan alim atau yg bermanhaj benar. Ini satu fitnah yang keji dari saudara. Mungkin ustaz hairul rajin menunjukkan kelebihan belajar di AlAzhar, tapi itukan satu perkara yang normal, dan tanggungjawabnya.

Bila saudara sebutkan Juanda dan beberapa orang graduan Al-Azhar yang terpengaruh dgn Wahabi, sebenarnya ia adalah bukti kebenaran dakwaan Ustaz Hairul tau...

Cuba lihat, (malah saya pun ada sebutkan), hatta yang belajar di Universiti Al-Azhar boleh terpengaruh dgn Wahabi jika tidak belajar dgn sistem pengajian yg betul.

Tahukah saudara Juanda terkenal di Asrama Kenyalang dahulu sebagai seorang yang rajin membaca buku sendiri dan tidak pergi belajar di Masjid Al-Azhar. Kalau saudara tidak percaya, saya yakin ustaz2 di rumah sarawak yang lama yg masih ada di mesir boleh saudara rujuk.

Maka tidak peliklah jika yang belajar di Al-Azhar pun terpengaruh dgn Wahabi kan.

Itulah hujahnya, tak kira anda belajar di mana sekalipun, yang penting belajar dgn Manhaj pengajian ilmu yg telah disebutkan dan diamalkan para ulamak zaman berzaman.

-------------------------------

Buat saudara Yasir, nampaknya anda tidak nampak point saya. Saya katakan bila tersalah tulis pengarang kitab Ihya' siapa pun tau Ustaz Hairul tersilap tulis. Tak mungkin anda sangka ustaz Hairul tak tau siapa penulisnya kan...

Berbeza dengan kesalahan fatal anda. Anda telah ditegur dan tetap dengan kesalahan itu juga, malah menegakkan kesalahan itu pula. Maka tentu sekali sesiapa yang membaca akan bersangka saudara sebenarnya tidak membuka sendiri kitab tersebut.

Itu perbezaannya. Maka itu, usah dipanjangkan kalam pada sesuatu yg obvious..

Sekali lagi nasihat saya buat semua, beradablah kalian semua dgn para ulamak.. Beradablah juga anda dgn Ustaz Hairul yang keilmuannya diiktiraf oleh para ulamak kini, samaada di Mesir mahupun di Malaysia. Bukan saya bias, tapi saya nasihati agar tidak gelap dan keras hati kalian...

Bohemian Virtuoso. said...

agar tidak gelap hati enta that.

Sy hormat ustaz hairul.
Kalo sy tak hormat, dah lame sy buat agenda "buat bodo" je kt ustaz2 azhar camtu.
Sbb tu adenye pbincangan kt sini.

That, enta tegur org jgn emosi, lebihkan ilmu, enta pun emosi la that. Cube keluar dr tempurung jadian tu.

Ada sorg sahabat ana, die kate sume syeikh azhar bermanhaj salaf.
Kalo ade yg bukan, mesti syeikh tu dah digugurkan atau dilucut sijilnya. Ana taktau la kebenarannye sejauh mane.

Make ana pelik, enta, ustaz hairul blajar ape sbenanye kt Azhar.
Adekah entum blajar cara2 utk mhapuskan wahabi?
Atau silibus azhar ni mmg ksufian?
Atau entum sume yg putar alam?
Atau Syeikh2 yg entum talaqqi tu syeikh sufi dan bbeza dgn pensyarah2 entum kt azhar yg salafi?
Blajar kt kuliah laen dgn blajar bile talaqqi, camtu ke yg entum buat?
Ana tanye ni.

Ana tidak ade masalah utk mengubah kefahaman dan membuang segala kebencian ana kt ustaz2 azhar yg anti-wahabi ni kalau dpt dibuktikan wahabi ni mmg tak bleh pakai. Tp x dpt pon.

Mmg betolla spt yg kwn ana kate, bbincang dgn ustaz2 azhar ni mmg buang mase, depa duk maen putar alam je.

Malah, slh sorg ustaz azhar pun gtau ana, ari tu ade 1 daurah kitab kt umah kelantan.
Geng2 "PMRAM" ni tanye die psl kitab ihya ulumuddin, ana xtau sgt psl ape, tp ade kaitan psl wahabi dan ustaz tu back up wahabi walopun die bukan wahabi.
Tp camane perangai ustaz2 azhar ni?
Bile ustaz tu jwb, ustaz2 azhar buat bodo, sembang same2 sndiri.

Inike manhaj ilmu yg enta war2kan sgt tu?

Dengan budak2 Tib bkn maen, manhaj ilmu la, talaqqi jgn x talaqqi la, tp same2 azharian yg enta takut kalah tu, bdalih mcm tu.

Itu bkn contoh yg baik utk kami.
Maka jgn salahkan kami kalo kami tidak baek dlm manhaj ilmu. Kalo kami tak baekla. Kalo kami baek, silelah berasa malu.

Bkn kami nak rampas title ustaz dr entum. Tp kami rase dah terokla perangai ustaz2 azhar ni., bukan sume ye. Ustaz Hairul snrik pun pernah mengeluh, ustaz2 azhar malas membaca. Tu baru bab membaca, belum bab talaqqi lg.

Adik ana pun azharian, die salu pegi talaqqi, die ade gtau ana, bape kerat je ustaz2 azhar yg pegi talaqqi.

Takyah dok kona sgtla That. Ana tau entum camane.

Entum pun tau kot ana camane.

Semoga kite same2 berubah.
Dan ukhuwwan ttp ukhuwwah, ana tanak putus kwn dgn ustaz2 azhar. Ameen.

jarah wa ta'dil said...

assalamualaikum..

adab-adab dan tatasusila that ketika berbincang..

1)memanggil syeikh huwaini sebagai muftari..

2)menyokong usaha melabelkan orang kemudian membawa analogy yang tak masuk akal..hendak disamakan ilmu agama dengan ilmu kedoktoran..ilmu agama ni untuk semua..tak kira dapat sijil ke tidak..masuk azhar ke tidak..ilmu kedoktoran,sepatutnya seperti ilmu agama,oleh kerana sistem dunia berubah,jadilah doktor yang perlukan sijil..

3)berputar-putar..ana bicarakan tentang prasangka buruk anta yang mengatakan "Tak lain yang saya lihat melainkan ada perasaan tertentu saudara kepada Al-Azhar Assyarif..." sebab itu ana jawabkan di azhar pun ada melahirkan tokoh2 yang dikatakan "wahhabi"..

4)membuka aib seseorang..buka cerita tentang dr.juanda jaya..rasulullah kata "cukuplah seseorang tu berdusta apabila dia mengatakan apa yang dia dengar.." -HR.Muslim...hadith ini memang sesuai untuk saudara that..dengar dan bercerita..

......................

ana nak tanya sungguh2 saudara that kita ni..

1)adakah jalan saudara,ust hairul nizam dan yang seangkatan dengannya adalah benar,tulin di sisi Allah?sebab dari awal lagi saudara sebut2kan tulin,manhaj benar,ilmuan tulin dll..sehingga menafikan manhaj ilmu orang lain..SIAPAKAH YANG BERTAKLID DAN MEMAKSA-MAKSA MENGIKUT SATU PENDAPAT INI?adakah golongan "WAHHABIYYAH"?

2)sila bawakan contoh kami tidak beradab dengan ulama'?

sebenarnya saudara that yang tidak beradab dengan ulama'..asalkan "wahhabi" jer..panggil org dengan gelaran apa pun..."muftari".."melompat".."masih hidup lagi"..."wahhabi" dll..sungguh TAK ADA ADAB LANGSUNG dalam berbincang..moga Allah yang membalas kejahatan tangan yang menulis,mulut yang berbicara..

3)bawakan contoh kami mengkeji syeikh ali jumuah..sedangkan setiap kali ditulis,ana selitkan "syeikh" dan ada "hafizahullah"...dan,bawakan contoh kami membuka aib seseorang..

yang membuka aib adalah saudara that..inilah manhaj ilmu yang benarrrr..kemudian nanti, kita akan tengok MUNGKIN..membuka aib itu tak mengapa,utk ibrah..atau utk bukti...dan segala mcm lagi alasan yang menjadikan haram menjadi halal..

kalau utk IBRAH - sila bawakan bukti..kalau benar bukti tersebut, barulah ada ruang untuk itu..

kalau utk BUKTI - bawakan bukti baru bercakap...ambil hadith nabi di atas,sematkan dalam dada saudara..supaya bila bercakap,akan berhati-hati..

nasihat :

1)beradablah dengan ulama' apabila berbicara..tak perlu la menggelari seseorang sekiranya kita tidak setuju dengannya..

2)jangan menuduh orang menghujum..sebabnya,tuduhan itu tidak berasas dan sikap menghujum itu ada pada saudara sebenarnya..jangan menutup kesalahan sendiri dengan cuba membuat tuduhan pada orang lain..

3)bertakwalah kepada Allah..beradablah dalam berbicara...


wassalam...

Admin said...

Assalamu'alaikum,

Ini dakwaan siapa ?

Dr.Juanda Jaya, Dr. Abdul Basit, Dr.Takiri, dll ini hanyalah sampah yang terkena serpihan wahhabi..mereka bukanlah ilmuan walaupun mereka kian diterima di malaysia..mereka sampah dan ilmuan jadian belaka...bukan kah begitu?


apakah belajar di azhar sahaja mereka yang berhak digelar thaalibul ilm yang sebenar?apakah belajar dengan dr ali jumuah,dr yusri alhasani sahaja yang berhak digelar ilmuan islam?

-----------------------------------

Pernyataan di atas adalah ditulis oleh GHURABA'

Tentang perkataan MAZA Sila tengok : http://drmaza.com/

-----------------------------------

Kepada Tan Sri Penkt atau Bohemian Virtuoso. - anda lebih kenal diri dan akhlak anda sendiri bila di blog orang lain. Dan saya yakin anda sedang membuat satu lagi penuduhan bahawa us. al-amin adalah yang menggunakan nick That. Sila selidik sebelum berkata-kata.

Kepada jarah wa at ta'dil. Sheikh Dr Yusof al Qardhawi memang menghormati sheikh Albani pun, dalam pada itu beliau juga mengkritik sheikh albani. Harap-harapnya beliau tidak pula dihukum sesat oleh ulamak wahhabi salafi.

-----------------------------------

Yang beremosi menjawab sesama sendiri adlah melalui penulisan masing-masing. Dan ia akan dapat dinilai oleh orang yang membacanya.

KIta semua wajib bertaqwa kepada ALlah. Dan semoga dijauhkan dari menghukum kafir, sesat dan musyrik kepada ulamak, jemaah Islam dan umat Islam tanpa hak.

Admin said...

jarah wa at ta'dil - bagaimana penilaian anda tentang tuduhan ini?


Ada sorg sahabat ana, die kate sume syeikh azhar bermanhaj salaf.
Kalo ade yg bukan, mesti syeikh tu dah digugurkan atau dilucut sijilnya. Ana taktau la kebenarannye sejauh mane.

Make ana pelik, enta, ustaz hairul blajar ape sbenanye kt Azhar.
Adekah entum blajar cara2 utk mhapuskan wahabi?
Atau silibus azhar ni mmg ksufian?
Atau entum sume yg putar alam?
Atau Syeikh2 yg entum talaqqi tu syeikh sufi dan bbeza dgn pensyarah2 entum kt azhar yg salafi?
Blajar kt kuliah laen dgn blajar bile talaqqi, camtu ke yg entum buat?
Ana tanye ni.

-----------------------------------
Ini semua tiada nilai ilmiyyah langsung..

Insya ALlah, saya harap anda tidak menggunakan nick tersebut untuk menjarh dan menta'dil mengikut hawa nafsu dan golongan sendiri. Nak adil bercakap biarlah menilai kedua-duanya. Sebab saya lihat That pun ada buat silap, tansri atau Bohemian dan juga ghuraba' pun ada buat silap ketika reply.

WaLlahua'lam

WaLLahua'lam

Bohemian Virtuoso. said...

Ibnnafis,

Ko bias.

Dlm statement aku yg ko copy paste tu, aku bagi soalan2 kan?

Ustaz Muhammad Abdul Razak yg bgtau aku semua Syeikhul Azhar bermanhaj salaf kecuali mereka yg dah dilucutkan sijil atau dibuang dr azhar.

Nak tau lebih, sile kontek aku.

Adakah bg soklan dinilai tak ilmiah?
Ko sound org jangan emosi, ko pun sama.
Pembaca2 dpt menilai judgment ko.

Diharap Ibnnafis pun boleh berlaku adil bile menghukum.

Kalo statement aku, sile hentam aku, jgn hentam org laen.

Allah la yg paling tahu, bukan enta ibnnafis.

Allahu'alam.

Admin said...

Assalamu'alaikum,

terpaksalah saya tersenyum dengan akhlak cara orang yang bertanya seperti bohemian ini :)

Dan saya masih tidak nampak ilmiyyahnya anda bohemian. Terima kasih.

Bagaimana saya nak kontek dengan anda dengan cara penulisan dan cakap anda pun cantik sangat. Terima kasih sekali lagi.

WaLlahua'lam

p/s: Jika dibaca betul-betul, user yang menyerang dalam artikel di atas tidak bagi satu apapun untuk menjawab hujjah sebenarnya. Dikonar ke tempat lain. Pelik kan? Tapi itulah hakikatnya. Mana ilmiyyahnya tu? Tambah sedikit - akhlaknya tu..

Anonymous said...

Artikel "Saya Juga Salafi Seperti Anda." Link :
http://satuperkongsian.wordpress.com/2007/06/11/saya-juga-salafi-seperti-anda/

y.mercury said...

wa 'alaikumussalam.

tak berminat nak menjawab hujjah artikel ini. banyak sangat nak dikomen, letih la. yg komen2 saya dan my-ansarullah yg lepas2 tu siapa nak jawab?

1. http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2009/03/nabi-daud-ada-banyak-tangan-ker.html

2. http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2009/03/bila-ada-orang-kata-ilmu-kalam-itu.html

3. http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2009/05/membaca-sadaqallahul-azim-selepas.html

Admin said...

Assalamu'alaikum Yasir,

Semoga anda dapat belajar perkataan SABAR. Banyak tuh contoh SABAR dalam al Quran dan Sunnah kan?

Terima kasih.

jarah wa ta'dil said...

kepada ibnu nafis..

"Dr.Juanda Jaya, Dr. Abdul Basit, Dr.Takiri, dll ini hanyalah sampah yang terkena serpihan wahhabi..mereka bukanlah ilmuan walaupun mereka kian diterima di malaysia..mereka sampah dan ilmuan jadian belaka...bukan kah begitu?

apakah belajar di azhar sahaja mereka yang berhak digelar thaalibul ilm yang sebenar?apakah belajar dengan dr ali jumuah,dr yusri alhasani sahaja yang berhak digelar ilmuan islam?"

.......................

ini adalah bentuk soalan..tiada siapa yang menghina sesiapa..melainkan mereka yang gemar melabelkan orang dengan panggilan : muftari,manhaj tidak ilmiah,keliru,celaru,wahhabi,melompat,dll..

anda yang langsung tidak ilmiah..mengomen orang lain tidak ilmiah..sedangkan anda tidak membawa satu pun dalil daripada ulamak untuk diperbincangkan..

last-last akan tulis..tidak ilmiah..tidak ilmiah..tidak ilmiah..

kepada bohemian,
ibnu nafis tidak mengenali mana satukah bentuk soalan dan mana satukah bentuk statement..tak mengapalah,biarkanlah dia.......

jarah wa ta'dil said...

Berkata Syeikhuna Al-Albani rh :

"Sesungguhnya ilmu tidak menerima kejumudan. Aku sering mengulangi kata-kata tersebut pada majlis-majlis ilmuku dan ceramah-ceramahku dan di dalam beberapa tulisan-tulisanku. Yang demikian itu adalah perkara yang mesti dilakukan oleh seseorang Muslim iaitu menarik balik kesalahannya jika ianya terbukti salah dan dia tidak boleh jumud dengan kesalahan itu (kekal dengan pendapatnya yang salah). Yang demikian itu adalah mencontohi teladan para imam yang mana di kalangan mereka ada yang mempunyai lebih dari satu penilaian terhadap sebahagian perawi hadith dari segi tausiq atau tajrih. Begitu juga terdapat dalam sesuatu masalah feqah beberapa pendapat.Semua ini dimaklumi di sisi para ulama. Oleh yang demikian tidak sukar bagiku menarik apa apa kesalahan jika jelas padaku bukti tentangnya..."

Admin said...

Assalamu'alaikum,

baguslah jika sheikh albani ada menyebutkan sedemikian, dengan ini menunjukkan beliau boleh dinasihati bahkan juga boleh dikritik. Jadi mengapa sampai perlu berhabis-habisan perlu melenting dan marah?

Ulamak tahu kerja mereka untuk menegur mana yang silap, dan bukan sedikit ulamak yang menegur sheikh albani. Muhaddith pun ramai menegur beliau. Perkara berkaitan dengan hadith bukan perkara kecil anak.. Ia berkaitan sabdaan RasuluLlah.

Mungkin ada saudara-saudara di sini dapat merujuk fatwa sheikh albani ini pula :

Dalam risalah Minal Itsnain Wasab'iina Firqotan tulisan sheikh bin baz, Nahsiruddin al Bani, Sheikh fauzan, sheikh abu zaid cetakan Maktabah al Furqon Ajman tahun 2001 hlmn 9-10 :

Apakah jemaah tabligh yg memiliki sekian bnyk kesyirikan dan bid'ah serta jamaah hasan al bana yang memiliki aktiviti pergerakan dan pembangkang pemerintah yg akan masuk neraka?

Para penulis risalah itu menjawab : [mereka] termasuk di antara 72 golongan itu dan kelompok khawarij juga termasuk diantaranya.

Pada Halaman 14 :

Antara firqah sesat menurut penulis-penulis itu lagi :

1. Firqah Hasan al Banna (al ikhwaniyyah)
2. Hasan at Turabi (at Turabiyyah)
3. Sayid Qutb (al Qutubiyyah)
4. Firqah Muhammad Surur (as Sururiyyah)
5. Muhammad Ilyas (At tablighiyyah)
6. Ahmad Yasin (al Hamasiyyah)
7. Firqah Al Habasyi (Al Habasyiyah)
8. Firqah Abdurrahman Abdul Khaliq (at Turasiyyah)

Di atas menyentuh tentang kritikan ulamak terhadap sheikh albani, bagaimana pula dengan fatwa sheikh-sheikh wahhabi salafi di atas? Ramainya terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah..

Alzasha Illiyyin Zainal Alam said...

Assalamualaikum warahmatullah...

Nampaknya saya tertinggal setahun di belakang perbincangan ini. Berkenaan kritikan al-Ghazali berkenaan ilmu Kalam di dalam Iljam al-'Awam, tuan-tuan boleh semak antaranya:

al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad, Iljam al-’Awam ‘an ‘Ilm al-Kalam, Kaherah: Matb‘ah al-Yamaniyyah, 1309H, h. 43, begitu juga halaman 20.

Saya rasa ada yg. telah diupload dlm pdf scr online, sy pernah terjumpa, cuma tanpa kulit buku.

Sangat menarik...Mungkin kena baca 2 atau 3 kali.

=) Terkenang kenagan bersama Ustaz Hairul, ketika kita pada mulanya khilaf dalam memahami syarah Muhazzab dlm permasalahn Jama' dan Qasar.

Illiyyin