Thursday, May 14, 2009

Sayonara Buat Semua

Saya mohon berundur seketika daripada aktif menulis dalam beberapa fasa waktu ini. Peperiksaan M.A saya sudah terlalu hampir. Minggu akhir bulan Jun ini adalah peperangan buat saya dalam menentukan kemenangan saya dalam permusafiran ilmu ini.

Kita perlu gemilang dalam status keilmuan kita. Status M.A al-Azhar atau PhD al-Azhar atau apa sahaja status ilmu mesti digenggam oleh kita. Mana tahu status-status itu dapat diguna buat kemenangan dan perjuangan Islam di Malaysia secara khusus.

Saya memohon untuk tidak aktif menulis sepanjang musim peperangan ini sehingga selesai peperiksaan nanti. Kalau ada tulisan baru yg bakal dilahirkan, mungkin secara tidak berkala.

Semoga seluruh mahasiswa Islam di Mesir khususnya dan seluruh dunia umumnya dapat bergelanggang secara serius dalam bidang ilmu kita masing-masing kerana membikin daulah memerlukan kepakaran dari seluruh bidang keilmuan.

Kalaulah dari Mesir contohnya bakal mengeluarkan 50 orang pemegang PhD al-Azhar al-Syarif dan 50 orang doktor pakar dalam bidang perubatan..

Alangkah cerahnya masa depan pemerintahan Islam di Malaysia sehari dua lagi.

2 comments:

mahirdanial said...

Ma'a Tawfiq wan najah bang :)

Admin said...

Assalamu'alaikum sheikh,

Ma'an Najah.. Semoga beroleh kejayaan dalam peperiksaan ini. Dan semoga kembalinya enta di muka bumi Malaysia dapat menyampaikan ilmu serta mengukuhkan lagi ahlu sunnah wal jama'ah di sini.