Saturday, July 19, 2008

Maaf Buat MKKK


Hasil daripada perbincangan bersama antara PMRAM dan MKKK, saya dengan penuh rasa tanggungjawab ingin menjelaskan bahawa saya sama sekali tidak bermaksud ingin mencemuh Majlis Kebajikan Keluarga Kedah beserta para AJKT. Sekiranya kalam saya menyebabkan kalian menganggap bahawa saya ingin mencemuh MKKK dan para pimpinan, saya memohon kemaafan atas gaya bahasa yang saya gunakan. Terima kasih buat MKKK di bawah kepimpinan saudara Mohd Fadhil atas segala kerjasama yang kalian sumbangkan kepada PMRAM khususnya kepada ahli Kedah yang berada di Mesir. Saya juga suka untuk tidak menzahirkan tulisan lepas yang membawa kepada salah tanggap ahli terhadap kenyataan saya berhubung dengan MKKK.

Walau bagaimanapun saya tetap berpendirian bahawa perjuangan yang bertunjangkan kepada Ketuanan Melayu semata-mata sehingga Islam tidak dijadikan sebagai pemutus kepada negara adalah satu fikrah yang salah dan wajib dijauhi kerana kita diajar untuk menjadikan Allah dan Rasul sebagai pemutus dasar kepada kehidupan dan bernegara.

Semoga PMRAM dan MKKK akan terus seiring selangkah dalam membawa gendongan amanah ilmu dan perjuangan kebajikan mahasiswa. Maaf buat semua dan terima kasih.

Thursday, July 17, 2008

Maaf Kepada Semua.

Saya suka untuk membaca kritikan anda sekalipun pedas. Sekurang-kurangnya saya boleh belajar untuk mendengar kritikan dan kata-kata kesat manusia. Saya suka untuk menerima sebarang cacian agar saya sedar bahawa yang saya perlu cari adalah redha Allah, bukannya redha manusia. Tapi apabila ruang 'sembang-sembang' dijadikan lokasi untuk menyampaikan kata-kata lucah, ini bukan perkara yang baik. Saya bermohon kepada Allah agar 'Ana' dan 'Din Berahi' bukan mahasiswa al-Azhar. Mungkin dia orang Malaysia yang tidak pernah langsung menerima didikan al-Azhar. Allahummaghfir Lahuma. Amin.

Wednesday, July 16, 2008

Hukum Safar Mar`ah??


Esok sekitar jam 9.00 pagi di Rumah Pulau Pinang di Hayyu Sabi', Kaherah, saya akan mendiskusikan buku karangan Fadhilat al-Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari berkenaan dengan hukum permusafiran wanita tanpa ada mahram bersamanya. Tajuk ini cukup sensitif di kalangan warga al-Azhar di permukiman Nil ini. Saya sangat berbesar hati kalau ada di kalangan para mahasiswa yang dapat berbincang dan bermunaqasyah berkenaan tajuk ini dengan baik keesokan harinya.



Tuesday, July 15, 2008

Islam Menjaga Hak Bukan Islam

Berikut adalah perjanjian yang dimetrai oleh SayyidinÉ Umar bin al-KhaÏÏÉb dengan penduduk Kristian di Bayt al-Maqdis yang sangat jelas menunjukkan bahawa Islam tidak menzalimi masyarakat bukan Islam yang tinggal dan bernaung di bawah pemerintahan Islam.

Perjanjian ini dinukilkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang di dalam buku beliau yang sedang diterjemah. Saya sertakannya kepada pembaca untuk menilai terjemahan di bawah. Sekiranya ada penterjemahan yang salah ataupun tidak tepat, komen anda sangat-sangat dialu-alukan.


بسم الله الرحمن الرحيم

هذا ما أعطى عبد الله عمر أمير المؤمنين أهل ايليا من الأمان ، أعطاهم أمانا لأنفسهم وأموالهم ، ولكنائسهم وصلبانهم ، وسقيمها وبريئها وسائر ملتها .


أنه لا تسكن كنائسهم ولا تهدم ، ولا ينتقص منها ولا من حيزها ، ولا من صلبهم ، ولا من شيء من أموالهم ، ولا يكرهون على دينهم ، ولا يضار أحد منهم ، ولا يسكن بايلياء معهم أحد من اليهود .


وعلى أهل إيلياء أن يعطوا الجزية كما يعطي اهل المدائن ، وعليهم أن يخرجوا منها الروم واللصوص ، فمن خرج منهم .. فإنه آمن على نفسه وماله حتى يبلغوا مأمنهم ، ومن أقام منهم .. فهو آمن ، وعليه مثل ما على اهل إيلياء من الجزية.

ومن أحب من أهل إيلياء أن يسير بنفسه وماله مع الروم ويخلي بِيَعهم وصلبهم .. فإنهم آمنون على أنفسهم حتى يبلغوا مأمنهم .

ومن كان بها من أهل الأرض ، فمن شاء منهم .. قعد ، وعليه مثل ما على إهل إيلياء من الجزية . ومن شاء .. سار مع الروم . ومن شاء .. رجع إلى اهله . لا يؤخذ منهم شيء حتى يحصد حصادهم . وعلى ما في هذا الكتاب عهد الله وذمة رسوله وذمة الخلفاء وذمة المؤمنين إذا أعطوا الذي عليهم من الجزية .

كتب وحضر سنة 15 هجرية عمر بن الخطاب

شهد على ذلك :

خالد بن الوليد وعمرو بن العاص وعبد الرحمن بن عوف ومعاوية بن ابي سفيان.

Terjemahan teks:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ini adalah apa yang diberikan oleh seorang hamba Allah, Umar selaku AmÊr al-MuminÊn kepada penduduk ’ÔliyÉ daripada keamanan. Dia memberikan kepada mereka keamanan buat jiwa-jiwa mereka, harta-harta mereka, gereja-gereja mereka, salib-salib mereka, orang sakit di ’ÔliyÉ, orang yang sihat di ’ÔliyÉ dan seluruh agama yang ada di ’ÔliyÉ.

Sesungguhnya gereja-gereja mereka tidak akan dijadikan sebagai tempat tinggal dan tidak akan diroboh. Gereja-gereja mereka tidak akan dikurangi struktur binaannya dan tidak akan dikurangi kawasannya. Salib-salib mereka tidak akan dirosakkan. Harta-harta mereka tidak akan dikurangi. Mereka tidak akan dipaksa untuk mengikut agama mereka. Tidak ada seorangpun daripada kalangan mereka yang akan dianiaya. Tidak ada seorangpun daripada orang Yahudi yang akan tinggal di ’ÔliyÉ bersama-sama dengan mereka.

Menjadi tanggungjawab ke atas penduduk ’ÔliyÉ’ untuk membayar jizyah sebagaimana yang diberikan oleh penduduk al-MadÉ’in[1]. Mereka juga bertanggungjawab untuk mengeluarkan orang-orang Rom dan orang-orang yang mencuri daripada ’ÔliyÉ’. Maka sesiapa yang keluar daripada kalangan mereka, dia akan selamat dari sudut jiwanya dan hartanya sehinggalah dia sampai ke lokasi yang ditujunya. Sesiapa yang terus tinggal daripada kalangan mereka, maka dia adalah selamat dan menjadi kewajipan ke atasnya untuk membayar jizyah sebagaimana penduduk ’ÔliyÉ’ wajib untuk membayar jizyah.

Sesiapa di kalangan penduduk ’ÔliyÉ’ yang suka untuk bersama-sama menyertai Rom dengan membawa jiwanya dan hartanya, dan dia meninggalkan rumah-rumah ibadat mereka dan salib-salib mereka, maka mereka akan aman dari sudut jiwa-jiwa mereka sehinggalah mereka sampai ke tempat yang dituju.

Sesiapa di kalangan penduduk bumi yang berada di ’ÔliyÉ’, sekiranya dia mahu, dia boleh tinggal di ’ÔliyÉ’ dan dia mesti menunaikan tanggungjawab membayar jizyah seperti tanggungjawab membayar jizyah yang wajib ditunaikan oleh penduduk ’ÔliyÉ’. Sekiranya dia mahu, dia boleh bersama-sama bergerak dan menyertai Rom. Sesiapa yang mahu, dia boleh kembali kepada penduduk asalnya.

Tidak akan ada satupun yang akan diambil daripada mereka sehinggalah tanaman-tanaman mereka dituai.

Perjanjian daripada Allah, keamanan daripada RasulNya, keamanan daripada para khalifah baginda dan keamanan daripada orang-orang mukmin akan menyeliputi ke atas perjanjian yang dimetrai di dalam watikah ini sekiranya mereka membayar jizyah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Yang menulis pada tahun 15 Hijrah,

‘Umar bin al-KhaÏÏÉb

Disaksikan oleh,

KhÉlid bin al-WalÊd, Amr bin al-‘ÓÎ, Abd al-RahmÉn bin Awf dan Mu‘Éwiyah bin AbÊ SufyÉn.



[1] Al-MadÉ’in adalah salah satu bandar yang berada di Iraq.


Sunday, July 13, 2008

Muqaddimah Tuan Guru Presiden Dalam Buku Beliau 'Palestin' Yang Telah Berjaya Diterjemah


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والعاقبة للمتقين , ولا عدوان إلا على الظالمين .

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك , له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , الرحمة المهداة والنعمة المسداة والسراج المنير .

والصلاة والسلام على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد , إمام المتقين , وقائد الدعاة المجاهدين , وعلى اله وأصحابه أجمعين , ومن سار على نهجه , ودعا بدعوته , وجاهد جهاده إلى يوم الدين . وبعد .

Saya bukan orang Arab. Saya juga bukan orang Palestin. Tetapi saya adalah seorang muslim. Saya membaca segala isu yang berkaitan dengan Palestin secara bacaan Islam dengan berpandukan sejarah Palestin yang bersifat Islam, geografi yang bercirikan Islam dan persaudaraan Islam yang mana ketiga-tiga ciri ini telah menjadikan seluruh bumi Islam sebagai watan yang satu dan menjadikan umat Islam seperti jasad yang satu; apabila satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh jasad akan turut merasa sakit dan berjaga malam untuk anggota tersebut.

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­Palestin adalah bersifat Islam kerana Palestin merupakan tempat hijrah para nabi, tempat Israk Rasulullah dan tempat bermulanya Mi'raj baginda. Bumi Palestin adalah bumi Islam. Al-Quds ada di dalamnya. Al-Quds adalah kiblat yang pertama daripada dua kiblat, tanah Haram yang ketiga selepas dua tanah Haram dan salah satu masjid daripada tiga masjid yang dituntut untuk seseorang itu bersungguh-sungguh berkelana menuju kepadanya.

Warga Palestin adalah saudara kita kerana Allah dan agama. Kita bertanggungjawab terhadap Palestin untuk memelihara hak Islam, hak tanah dan hak persaudaraan. Isu Palestin adalah isu orang-orang Islam, kesedihan mereka dan urusan mereka. Sesiapa yang tidak mengambil endah terhadap urusan orang-orang Islam, maka dia bukan daripada mereka.

Isu ini adalah isu yang dipetik daripada keperitan dan kesedihan yang menimpa orang-orang Islam di dalam dunia Islam. Ia bukan semata-mata isu orang-orang Palestin dan orang-orang Arab. Bahkan isu ini adalah isu yang paling penting berbanding dengan isu-isu yang lain.

Menjadi kewajipan ke atas kita selaku orang-orang Islam seluruhnya untuk memikul isu ini dan menyelesaikannya sekalipun wujudnya perancangan-perancangan jahat antarabangsa dan setempat untuk menjadikan isu Palestin ini bukan isu utama daripada Islam atau mengeluarkan isu ini atau mencerai-beraikannya daripada Islam dengan menggunakan 'Asabiyyah perkauman, persempadanan kenegaraan dan geografi yang bercirikan politik.

Sesungguhnya perancangan-perancangan jahat ini tidak akan mampu untuk memutuskan hubungan-hubungan yang bertunjangkan kepada keimanan, ruhiyyah dan Islam yang mana Allah telahpun melorongkan kita ke arah hubungan ini dan Allah telahpun menyatukan antara hati-hati kita dengan sebab hubungan ini.

Hubungan-hubungan yang bertunjangkan kepada keimanan, ruhiyyah dan Islam ini adalah merupakan nikmat yang sempurna yang pastinya akan tetap menjadi perkara yang akan dikecewai oleh orang-orang bukan Islam. Hubungan ini tidak akan hancur sama sekali walau sehebat manapun tipu daya mereka meskipun tipu daya mereka akan menyebabkan hancurnya gunung-ganang di Afganistan, Iraq, Chechnya dan tempat-tempat lain.

Orang-orang Islam tidak akan kecewa untuk terus meyakini bahawa kemenangan itu adalah untuk Islam dan orang-orang Islam. Kemenangan ini adalah janji Allah yang tidak akan sama sekali memungkiri janji. Namun kemenangan ini mesti dipenuhi dahulu dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan, bukannya semata-mata dengan slogan-slogan kosong. Kemenangan ini akan tercapai apabila kita berada di atas jalan kita yang lurus, bukannya apabila kita berada di atas jalan-jalan lain yang akan memisahkan kita daripada jalan Allah dan bukan juga apabila kita berada di atas peta-peta yang akan menyesatkan kita daripada jalanNya.

­Ini adalah petikan-petikan yang dipetik daripada bingkisan Palestin yang dizalimi untuk menjadi peringatan buat umat agar mereka tidak akan lupa pengkhianatan terbesar yang menjadikan Palestin sebagai mangsanya, agar umat kita yang tercinta ini akan dapat melihat siapakah pemilik-pemilik peta kepada jalan dengan nama 'Para Penyeru Kepada Keamanan' supaya umat Islam ini tidak akan disengat berulang kali di dalam lubang yang satu dan agar umat Islam ini tidak akan kecewa disebabkan musibah-musibah yang menyakitkan ini kerana kemuliaan Islam akan menjadikan umat ini lebih beriman dengan kebenaran janji Allah dan RasulNya.

Kita di atas satu keyakinan bahawa darah-darah yang mengalir di atas tanah Palestin dan tanah-tanah yang lain adalah seumpama darah-darah wanita-wanita yang mengandung yang akan menzahirkan janinnya yang kuat. Keganasan yang menggila yang membunuh pemuda-pemuda kita, orang-orang tua kita dan wanita-wanita kita di semua tempat tidak lain dan tidak bukan hanyalah gerakan-gerakan musuh-musuh kita kerana kehadiran maut dan sakaratnya. Kita di atas satu keimanan bahawa sesungguhnya kemulian itu adalah untuk Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin tetapi orang-orang munafiq tidak mengetahui.


Saudara kamu semua yang fakir kepada Allah,


Abdul Hadi Awang Muhammad,

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Isu Ketuanan Melayu Makin Panas?

Wah. Saya tak sangka begitu sengit isu ini. Saya terpanggil untuk membuat satu kertas kerja mengenai pandangan Islam terhadap isu Ketuanan Melayu agar dapat ditatap oleh pembaca. Namun kekangan tugasan khususnya taklifan penterjemahan buku 'Palestin' yang dikarang oleh Tuan Guru Hadi Awang daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu yang perlu disiapkan sebelum Muktamar Sanawi PAS pada Ogos ini pasti akan menjanjikan kelewatan untuk saya menyiapkan kertas kerja berkaitan dengan Ketuanan Melayu. Doakan agar saya dapat menyiapkan kertas kerja tersebut sambil-sambil saya menyiapkan taklifan terjemahan buku Tuan Guru dari Setiausaha Kerja Dewan Ulama PAS Pusat.

Monday, July 7, 2008

Jamaluddin Al-Isnawi, ikhlasnya perjuanganmu

Sudah lama saya tidak bertandang ke Ruaq Al-Atrak, Masjid Al-Azhar Al-Syariff. Tempoh dua minggu dihujani kerisauan peperiksaan menyebabkan saya terpaksa menumpukan sepenuh perhatian saya kepada peperiksaan. Namun dalam tempoh itu jugalah guru saya, Fadhilat al-Syaikh Sayyid Syaltut tidak dapat mengadakan pengajian di Masjid al-Azhar. Satu kebetulan dan satu kelegaan khusus buat saya.

Semalam, saya bergegas ke al-Azhar dalam jam 4.00 petang dengan cuaca yang cukup panas untuk menimba ilmu yang diajarkan oleh beliau. Setiap hari Selasa dan Rabu, jam 5.00, kami akan bertalaqqi Minhaj al-Tolibin, salah satu matan utama dalam fiqh mazhab al-Imam al-Syafi`e.

Dalam tempoh sekitar dua jam pengajian bersama beliau yang hanya menghabiskan hanya setengah muka surat sahaja (pengajian bersama Syeikh Sayyid memang begitu. Panjang dan penuh dengan munaqasyah antara beliau dengan kami selaku anak-anak murid menyebabkan muka surat yang dibaca hanyalah sedikit tetapi padat dengan persoalan dan perbincangan), saya begitu tertarik apabila Syeikh Sayyid Syaltut menceritakan satu kisah yang berlaku kepada al-Imam al-Isnawi, seorang ulama terkemuka dalam bidang usul fiqh dan fiqh mazhab al-Imam al-Syafi`e.

Al-Imam al-Isnawi yang merupakan pengarang kitab Nihayat al-Sul (sukatan usul fiqh di Universiti al-Azhar) dan kitab al-Muhimmat (salah satu kitab dalam mazhab al-Imam al-Syafi`e, namun hingga kini masih dalam bentuk manuskrip) pernah pada satu hari mengkaji masalah ilmu bermula selepas Isyak hinggalah ke pagi. Beliau begitu bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan perbahasan ilmu yang berkaitan sehingga ulama ulung ini tidak menyedari waktu yang berlalu hinggalah panas matahari menerjah wajahnya.

Barulah beliau tersedar dari keasyikannya mengkaji ilmu bahawa waktu pagi telahpun menjelma dan beliau telahpun tertinggal SOLAT SUBUH.

Cerita yang disampaikan oleh guru saya ini sungguh berbekas di dalam atma saya. Bagaimana seorang individu itu boleh asyik di dalam membaca, berfikir dan mentelaah ilmu sepanjang malam tanpa tidur sehingga dia tidak menyedari kehadiran waktu sehingga tertinggal solat Subuh.

Hebat. Sunggu hebat. Ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah apabila ilmu itu telah mendarah daging dalam jiwa ulama ulung ini. Ada orang tertinggal subuh kerana terlena. Rupa-rupanya ada orang tertinggal subuh bukan kerana tidur tetapi asyik dalam mencari ilmu Allah sehingga seakan-akan dia tidak mampu untuk menyedari peredaran waktu di sekelilingnya.

Saya pasrah. Moga Allah memilih kita untuk mendalami ilmu dan ikhlas untuk mempertahankan Islam dengan anjakan ilmu dan amanah yang dikendong.

Bagaimana agaknya ada orang kehidupannya hanyalah makan, tidur, main bola, berborak, layan internet dan 1001 perkara sia-sia tanpa dia ingin mendalami ilmu Islam. Akhirnya bila semboyan pulang berbunyi, dia cuba-cuba untuk berlagak alim di mata masyarakat. Sedarlah kawan-kawan sebelum terlambat. Pintu masjid al-Azhar sangat terbuka untuk kalian. Cuma adakah kalian mampu untuk membunuh rasa malas di hati kalian dan duduk bersila di kamar Ruaq al-Atrak, Ruaq Magharibah, Zollah Fatimiyyah dan lokasi-lokasi seterusnya.

Mainlah banyak-banyak dan buang-buanglah masa. Jadilah seorang pelancong yang melancong di Mesir selama bertahun-tahun. Esok lusa padan muka.

Friday, July 4, 2008

MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM: DR. TAUFIQ AL BUTI

Sheikh Dr Taufik Ramadhan Al Butti menolak dakwaan Malaysia sebagai Negara Islam. Menurut beliau, bagaimana Malaysia boleh mengumumkan sebagai Negara Islam, sedangkan masalah besar umat Islam di Malaysia kerajaan tidak mampu selesaikan?
Antara masalah yang beliau sebutkan ialah berkaitan fenomena murtad yang menjadi-jadi di Malaysia hari ini. Bagi beliau, sebagai sebuah Negara Islam, tidak sepatutnya hal ini berlaku.Beliau mempersoalkan kenapa selepas 50 tahun merdeka, jumlah bangsa selain Melayu menganut Islam amat minima. Kenapa orang Islam berbangsa Cina dan India tidak ramai di Malaysia? Sepatutnya selepas 50 tahun merdeka, ianya lebih berkembang.
Namun sehingga ke hari ini, tidak sampai 20 peratus masyarakat Cina dan India di Malaysia menganut agama Islam.Dr Taufiq membuat perbandingan dengan Negara-negara Barat. Walaupun Islam minoriti di negara-negara ini, namun perkembangannya semakin pesat hari ini. Di Negara seperti Jerman, Britain dan Russia, masjid di sana menerima tidak kurang empat orang seminggu yang memeluk agama Islam di setiap masjid. Namun di Malaysia yang dikatakan Negara Islam, perkembangan tersebut tidak berlaku. Kenyataan Dr Taufiq Al Butti ini ada kebenarannya. Ramai dikalangan masyarakat Arab dan guru-guru agama di sini (Syria) menyangka bahawa kesemua 3 kaum di Malaysia beragama Islam secara mejoritinya. Mereka menyangka 90 peratus rakyat Malaysia beragama Islam. Oleh itu mereka amat menggeruni kehebatan pemerintah Malaysia yang kononnya berjaya mengIslamkan 3 kaum utama di Malaysia secara majoriti. Namun hakikat yang berlaku sebaliknya.
Keduanya, beliau pelik dengan masalah halal haram makanan yang berlaku di Malaysia. Sepatutnya apabila dalam Negara Islam, tidak ada masalah makanan yang diragui halal haramnya."Kenapa dalam sebuah Negara Islam perlu diletakkan logo halal pada makanannya? Ini tidak lain tidak bukan kerana berlaku masalah keraguan makanan di negara tersebut, " soal Dr Taufiq. Beliau yang juga anak kepada ulama terkenal Sheikh Dr Said Ramadhan Al Butti menegaskan sepatutnya dalam Negara Islam, makanan yang tidak halal lah yang perlu diwajibkan meletakkan logo non halal.
Apabila kita pergi ke negara barat dan negara bukan Islam, kita terpaksa memilih makanan yang halal untuk di makan. Ini perkara biasa. Namun amat luar biasa apabila kita ke Negara Islam pun kita terpaksa memilih makanan yang ada logo halal.

Bila Menyatakan Pendirian Peribadi Dianggap Salah

Peperiksaaan M.A masih tak habis lagi. Saya pohon agar para teman doakan saya. Bila ada masa lapang, saya sempat jerling-jerling blog saya yang tak seberapa ini. Huh. Menakutkan. Ramai juga yang bagi komentar bila saya ulas isu UMNO yang dipaparkan di rumah Pahang, Hayyu Asyir.

Ada orang-orang yang beranggapan bahawa PMRAM sudah jauh dari landasannya bila saya mengulas isu UMNO. Saya mencadangkan kepada orang-orang itu agar meneliti satu kaedah yang sering disebutkan oleh guru saya di al-Azhar, Syeikh Sayyid Syaltut yang berbunyi:


إِذَا انْفَكَّتِ الْجِهَةُ فَلاَ تَعَارُضَ

yang bermaksud:


Apabila arah berbeza, maka tiada sebarang percanggahan.


Saya sendiri memang tidak akan bersetuju sekiranya saya dan orang-orang lain menarik PMRAM dan memaksanya untuk bergerak atas dasar politik. PAS ke UMNO ke Keadilan ker dan seterusnya. Biarlah PMRAM terus bergerak atas dasar kebajikan dan tidak terlibat sama sekali dengan unsur-unsur politik.

Tapi saya tidak akan bersetuju sekiranya teman-teman tidak membenarkan saya dan mengekang mulut saya untuk membincangkan isu pilitik secara peribadi dan bukannya atas membawa dasar pergerakan PMRAM. Dua arah yang berbeza.

Saya menyatakan pendirian saya berkenaan dengan kebobrokan sistem pemerintahan Negara kita apabila UMNO terus memerintah. Sya menyatakan pendirian saya bahawa mahasiswa perlu untuk bangkit bersama rakyat dalam menangani isu UMMAH. Apa salah sekiranya saya mengatakan bahawa UMNO itu sesat dan salah? Atau anda antara pencinta setia UMNO dan Barisan Nasional lantas anda merasa sakit hati kepada saya apabila saya ingin mencari geruh dengan UMNO?

Apa yang telah berlaku kepada mesyarakat di Malaysia selama puluhan tahun mereka memerintah? UMNO telah mendodoi anak-anak kita dengan hiburan yang menenggelamkan mereka daripada memahami tuntutan agama sehingga mereka hanyut dan mati dalam pergaulan bebas dan seks. Apa UMNO pernah terfikir bahawa mereka perlu menjadikan kehendak Allah dan RasulNya sebagai pemandu dan dustur pergerakan mereka?

Apa saudara yang mencemuh tindakan saya mahu untuk saya tidak langsung bersuara untuk menyatakan kepada masyarakat pelajar dan masyarakat umumnya bahawa UMNO bertentangan dengan ilmu agama yang kita timba di Universiti al-Azhar SEMATA-MATA satu alasan dangkal, "kita masih di bangku universiti".

Anda tidak mahu untuk berbicara mengenai UMNO dan kerosakannya, itu hak anda. Tapi mengapa saya mesti untuk mengikut jejak langkah anda? Saya menulis ini bukan atas dasar saja-saja untuk membenci UMNO. Bukan kerana melihat harga minyak yang melambung tinggi? Tidak. Saya menulis dan berpena adalah semata-mata atas dasar tanggungjawab saya sebagai seorang penuntut agama yang akan menjadikan Amar Makruf dan Nahi Mungkar itu sebagai pakaian saya. Apa saudara suka melihat warga al-Azhar terkedek-kedek menuntuni punggung UMNO sedangkan UMNO adalah bertentangan dengan Islam yang saudara timba dan pelajari?

Ini prinsip saya. Anda benci dan ingin mengkritik. Saya peduli apa. Saya bukan menulis agar anda sukakan saya. Saya akan terus mengkritik warga UMNO di sini dan di sana agar mereka meninggalkan perjuangan sesat ini dan bertaubat kepada Allah Taala.

Ada orang masuk UMNO hanya kerana suka-suka. Ingin bermain bola dan menyertai lawatan bersuka ria di sini dan disana, terus rebah dan terkulai mengisi borang UMNO. SENGAL. Apa warga agama sudah kurang siuman dan sudah tidak ada prinsip? Materialistik. Fikir-fikirkan ya. Esok lusa mati juga. Kalau mati sebelum pulang ke tanah air, maknanya anda ada saham untuk menaikkan UMNO di Mesir ini. Besar sumbangan anda dalam merosakkan nilai dan jiwa seorang mahasiswa agama yang tulin dan ampuh. Beruntung anda ya.

Doakan saya agar Allah tidak akan membolak-balikkan hati saya untuk menjilat UMNO. Saya ingin menjadi wakaf kepada PAS dan perjuangan Islam. Bukan untuk dinobatkan sebagai orang yang punya jawatan, tetapi sebagai satu amanah dan tanggungjawab dalam meninggikan Islam. Doakan agar saya sanggup hidup melarat dan papa kedana dalam mempertahankan perjuangan Islam yang tidak ada noktahnya.

Boringlah saya bila membaca beberapa kritikan dari orang yang rendah semangatnya. Saya ingin terus ke hadapan. Bukan melayan kritikan anda yang lemah semangat dan takut untuk menerima dugaan.

Sebelum menutup tirai, saya ada satu tanggungjawab. Anda yang ingin membantu?

Al-Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menulis satu buku (sekitar 80 muka surat rasanya) berkenaan dengan Palestin dalam bahasa Arab. Teman saya yang merupakan Setiausaha Kerja Dewan Ulama PAS Pusat meminta saya untuk menterjemahkan buku ini ke dalam bahasa Melayu untuk dipasarkan di dalam Muktamar ini. Pasti keuntungannya adalah untuk disumbangkan sepenuhnya untuk pergerakan PAS dalam membantu rakyat. Anda sekiranya menterjemah memang tidak akan dibayar apa-apa. Periksa saya pula masih belum surut. Ada yang ingin membantu untuk menterjemahkannya? Rasanya teman-teman yang berpandangan bahawa "politik hanya bila pulang ke Malaysia" juga boleh turut membantu untuk menterjemahkannya. Ataupun itu juga tidak boleh kerana kita tidak boleh terlibat sebab kita masih di Universiti. Kalau begitu anda memang ada penyakit jiwa kecil dan takut tak tentu hala.

Kalau ada yang sudi memulakan penterjemahan ini agar saya boleh menyambungnya seusai tamat peperiksaan nanti, beri tahu saya ya.

Teman semua. Kita adalah wakaf kepada perjuangan. Rehat kita apabila kita bersemadi di liang lahat nanti. Selagi hidup berjuanglah demi ALLAH dasn RASULNYA. AMIN