Friday, July 4, 2008

Bila Menyatakan Pendirian Peribadi Dianggap Salah

Peperiksaaan M.A masih tak habis lagi. Saya pohon agar para teman doakan saya. Bila ada masa lapang, saya sempat jerling-jerling blog saya yang tak seberapa ini. Huh. Menakutkan. Ramai juga yang bagi komentar bila saya ulas isu UMNO yang dipaparkan di rumah Pahang, Hayyu Asyir.

Ada orang-orang yang beranggapan bahawa PMRAM sudah jauh dari landasannya bila saya mengulas isu UMNO. Saya mencadangkan kepada orang-orang itu agar meneliti satu kaedah yang sering disebutkan oleh guru saya di al-Azhar, Syeikh Sayyid Syaltut yang berbunyi:


إِذَا انْفَكَّتِ الْجِهَةُ فَلاَ تَعَارُضَ

yang bermaksud:


Apabila arah berbeza, maka tiada sebarang percanggahan.


Saya sendiri memang tidak akan bersetuju sekiranya saya dan orang-orang lain menarik PMRAM dan memaksanya untuk bergerak atas dasar politik. PAS ke UMNO ke Keadilan ker dan seterusnya. Biarlah PMRAM terus bergerak atas dasar kebajikan dan tidak terlibat sama sekali dengan unsur-unsur politik.

Tapi saya tidak akan bersetuju sekiranya teman-teman tidak membenarkan saya dan mengekang mulut saya untuk membincangkan isu pilitik secara peribadi dan bukannya atas membawa dasar pergerakan PMRAM. Dua arah yang berbeza.

Saya menyatakan pendirian saya berkenaan dengan kebobrokan sistem pemerintahan Negara kita apabila UMNO terus memerintah. Sya menyatakan pendirian saya bahawa mahasiswa perlu untuk bangkit bersama rakyat dalam menangani isu UMMAH. Apa salah sekiranya saya mengatakan bahawa UMNO itu sesat dan salah? Atau anda antara pencinta setia UMNO dan Barisan Nasional lantas anda merasa sakit hati kepada saya apabila saya ingin mencari geruh dengan UMNO?

Apa yang telah berlaku kepada mesyarakat di Malaysia selama puluhan tahun mereka memerintah? UMNO telah mendodoi anak-anak kita dengan hiburan yang menenggelamkan mereka daripada memahami tuntutan agama sehingga mereka hanyut dan mati dalam pergaulan bebas dan seks. Apa UMNO pernah terfikir bahawa mereka perlu menjadikan kehendak Allah dan RasulNya sebagai pemandu dan dustur pergerakan mereka?

Apa saudara yang mencemuh tindakan saya mahu untuk saya tidak langsung bersuara untuk menyatakan kepada masyarakat pelajar dan masyarakat umumnya bahawa UMNO bertentangan dengan ilmu agama yang kita timba di Universiti al-Azhar SEMATA-MATA satu alasan dangkal, "kita masih di bangku universiti".

Anda tidak mahu untuk berbicara mengenai UMNO dan kerosakannya, itu hak anda. Tapi mengapa saya mesti untuk mengikut jejak langkah anda? Saya menulis ini bukan atas dasar saja-saja untuk membenci UMNO. Bukan kerana melihat harga minyak yang melambung tinggi? Tidak. Saya menulis dan berpena adalah semata-mata atas dasar tanggungjawab saya sebagai seorang penuntut agama yang akan menjadikan Amar Makruf dan Nahi Mungkar itu sebagai pakaian saya. Apa saudara suka melihat warga al-Azhar terkedek-kedek menuntuni punggung UMNO sedangkan UMNO adalah bertentangan dengan Islam yang saudara timba dan pelajari?

Ini prinsip saya. Anda benci dan ingin mengkritik. Saya peduli apa. Saya bukan menulis agar anda sukakan saya. Saya akan terus mengkritik warga UMNO di sini dan di sana agar mereka meninggalkan perjuangan sesat ini dan bertaubat kepada Allah Taala.

Ada orang masuk UMNO hanya kerana suka-suka. Ingin bermain bola dan menyertai lawatan bersuka ria di sini dan disana, terus rebah dan terkulai mengisi borang UMNO. SENGAL. Apa warga agama sudah kurang siuman dan sudah tidak ada prinsip? Materialistik. Fikir-fikirkan ya. Esok lusa mati juga. Kalau mati sebelum pulang ke tanah air, maknanya anda ada saham untuk menaikkan UMNO di Mesir ini. Besar sumbangan anda dalam merosakkan nilai dan jiwa seorang mahasiswa agama yang tulin dan ampuh. Beruntung anda ya.

Doakan saya agar Allah tidak akan membolak-balikkan hati saya untuk menjilat UMNO. Saya ingin menjadi wakaf kepada PAS dan perjuangan Islam. Bukan untuk dinobatkan sebagai orang yang punya jawatan, tetapi sebagai satu amanah dan tanggungjawab dalam meninggikan Islam. Doakan agar saya sanggup hidup melarat dan papa kedana dalam mempertahankan perjuangan Islam yang tidak ada noktahnya.

Boringlah saya bila membaca beberapa kritikan dari orang yang rendah semangatnya. Saya ingin terus ke hadapan. Bukan melayan kritikan anda yang lemah semangat dan takut untuk menerima dugaan.

Sebelum menutup tirai, saya ada satu tanggungjawab. Anda yang ingin membantu?

Al-Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada menulis satu buku (sekitar 80 muka surat rasanya) berkenaan dengan Palestin dalam bahasa Arab. Teman saya yang merupakan Setiausaha Kerja Dewan Ulama PAS Pusat meminta saya untuk menterjemahkan buku ini ke dalam bahasa Melayu untuk dipasarkan di dalam Muktamar ini. Pasti keuntungannya adalah untuk disumbangkan sepenuhnya untuk pergerakan PAS dalam membantu rakyat. Anda sekiranya menterjemah memang tidak akan dibayar apa-apa. Periksa saya pula masih belum surut. Ada yang ingin membantu untuk menterjemahkannya? Rasanya teman-teman yang berpandangan bahawa "politik hanya bila pulang ke Malaysia" juga boleh turut membantu untuk menterjemahkannya. Ataupun itu juga tidak boleh kerana kita tidak boleh terlibat sebab kita masih di Universiti. Kalau begitu anda memang ada penyakit jiwa kecil dan takut tak tentu hala.

Kalau ada yang sudi memulakan penterjemahan ini agar saya boleh menyambungnya seusai tamat peperiksaan nanti, beri tahu saya ya.

Teman semua. Kita adalah wakaf kepada perjuangan. Rehat kita apabila kita bersemadi di liang lahat nanti. Selagi hidup berjuanglah demi ALLAH dasn RASULNYA. AMIN

1 comment:

Perokok Soleh said...

bagus la tok ketua saya nie...makin rindu nak ketemu...
sy bukan nadi tapi UMNO dan PMRAM..best la baca pendirian tok ketua...

nie tok ketua,saya link erkk ngan blog awak yg xseberapa ini,hehehee